Upload
rt-patmawathy-ramalingam
View
14
Download
2
Embed Size (px)
DESCRIPTION
EDU 3104 MEI 2011 PISMP.docx
Citation preview
EDU 3104
BAHAGIAN A (20 MARKAH)
Jawab semua soalan dalam bahagian ini.
1.
Sebagai teman sekerja anda berhasrat membantu beliau untuk mengenali aspek
pengurusan bilik darjah.
Antara aktiviti-aktiviti yang perlu anda lakukan ialah
A. Perancangan, pengelolaan, pengawalan dan motivasi.
B. Perancangan, pengelolaan, pengawalan, pengarahan dan motivasi.
C. Perancangan, pelaksanaan, pengawalan, pengarahan, kritikan dan motivasi.
D. Perancangan, pengelolaan, pengawalan, pemberian maklumbalas dan
motivasi.
2. Apakah implikasi yang berlaku jika guru gagal menguruskan bilik darjah dengan
berkesan?
A. Wujud masalah komunikasi antara guru dan murid
B. Tidak dapat menguruskan rutin harian di bilik darjah
C. Bermasalah untuk menguruskan pembelajaran murid
D. Keadaan kelas akan menjadi bising dan hilang kawalan
Cikgu Jabu ialah seorang guru permulaan yang telah mendapatkan bimbingan
daripada rakan sekerja yang berpengalaman. Beliau berminat untuk memahami
secara lebih terperinci tentang aktiviti-aktiviti yang perlu dilakukan oleh
seseorang guru dalam kerja-kerja pengurusan.
EDU 3104
3.
Berdasarkan situasi di atas, bagaimanakah anda dapat memastikan
pembelajaran dapat berlaku dengan berkesan.
A. Mengadakan kuiz
B. Merancang aktiviti bagi setiap kumpulan
C. Menggunakan bahan pembelajaran berasaskan teknologi
D. Membawa pelajar ke pusat sumber sekolah membuat rujukan
4. Tindakan guru menyediakan peraturan dan prosedur dalam bilik darjah dapat
mengurangkan masalah disiplin murid.
Antara yang berikut, manakah tindakah guru yang tidak tepat dalam membentuk
peraturan biulik darjah?
A. Berbincang dengan murid ketika membentuk peraturan bilik darjah.
B. Membentuk peraturan yang spesifik bagi mengawal tingkah laku murid.
C. Menyenaraikan akibat yang akan dikenakan jika melanggar peraturan.
D. Memastikan peraturan bilik darjah selaras dengan peraturan di sekolah.
Jumlah pelajar dalam kelas 40 orang
Terdapat dua aras kebolehan pelajar
Waktu mengajar 12. 30 tengahari
EDU 3104
5. Penyediaan ujian dalam bilik darjah mengambil kira pelbagai tahap kebolehan
murid. Berikut adalah perkara yang perlu difikirkan oleh seseorang guru apabila
menyediakan ujian.
I. Soalan objektif
II. Objektif tingkahlaku
III. Objektif pengajaran
IV. Jadual penentuan ujian
A. I dan II sahaja
B. I dan III sahaja
C. II dan III sahaja
D. III dan IV sahaja
6. Penyimpanan sumber maklumat murid amat penting kepada guru. Apakah
kepentingan penyimpanan sumber maklumat ini kepada guru?
A. Merapatkan hubungan guru dengan ibu bapa.
B. Meringankan tugas guru merancang kerja murid.
C. Membantu guru menentukan aktiviti yang sesuai dengan minat murid.
D. Memudahkan guru menyusun jadual kerja murid dan rutin bilik darjah.
7. Hubungan guru-murid penting untuk memastikan proses pengajaran dan
pembelajaran berjalan dengan lancar.
Apakah faktor yang mempengaruhi hubungan guru dan murid?
A. Gaya kepimpinan guru
B. Status sosioekonomi murid
C. Pencapaian akademik murid
D. Strategi yang berpusatkan guru
EDU 3104
8. Pengetahuan mendalam mengenai dinamika bilik darjah membantu seseorang
guru mewujudkan persekitaran bilik darjah yang kondusif.
Bagaimanakah anda sebagai seorang guru menggunakan prinsip dinamika
kumpulan untuk mengurus bilik darjah secara berkesan ?
A. Mengenal pasti bentuk dinamika kumpulan dari aspek pengaruh murid
dan keupayaan memimpin murid lain
B. Menggunakan kuasa penularan untuk meningkatkan penerimaan dan
membawa kebaikan kepada semua murid
C. Membimbing kumpulan murid membentuk ciri yang diingini demi
mewujudkan perpaduan di dalam bilik darjah
D. Memberi perhatian kepada murid yang tersingkir atau yang tidak disukai
supaya murid tersebut dapat menyesuaikan diri di dalam bilik darjah
9. Manakah antara berikut merupakan konsep disiplin bilik darjah ?
A. Penguatkuasaan peraturan dalam bilik darjah supaya lebih terkawal
B. Kesanggupan murid menghormati dan mematuhi peraturan yang dibuat
C. Satu set peraturan yang dikenakan kepada murid-murid untuk mengawal
dan mendapatkan tingkah laku yang diingini
D. Mematuhi atau membuat sesuatu dengan tertib dan menghormati hak
orang lain supaya keadaan akan menjadi lebih terkawal.
EDU 3104
10. Murid-murid boleh dibantu untuk memperoleh disiplin kendiri berdasarkan
kefahaman murid-murid terhadap nilai-nilai sosial yang terdapat dalam
persekitarannya. Kenyataan di atas merujuk Model Pengurusan Disiplin
A. Canter
B. Kounin
C. Skinner
D. Dreikurs
11. Apakah konsep yang sesuai digunakan oleh guru apabila beliau ingin
mengeluarkan rangsangan yang tidak diingini untuk meningkatkan tingkah laku
murid yang diingini.
A. Dendaan
B. Hukuman
C. Peneguhan positif
D. Peneguhan negatif
12.
Pernyataan di atas adalah ciri bagi
A. Model Canter
B. Model Skinner
C. Model Glasser
D. Model Dreikurs
Hak murid adalah untuk belajar dalam persekitaran bilik darjah yang kondusif
manakala hak guru pula adalah untuk mengajar tanpa sebarang gangguan.
Oleh itu, penguatkuasaan peraturan adalah perlu bagi memastikan aktiviti bilik
darjah berjalan lancar.
EDU 3104
13. Manakah antara berikut contoh tingkah laku bermasalah jenis disruptif ?
A. Suka membantu guru
B. Melengah-lengahkan kerja
C. Suka menconteng dinding tandas
D. Menghantar tugasan bukan pada masa yang ditetapkan
14. “Ali selalu menggangu kawan-kawannya semasa pengajaran di dalam bilik
darjah dan Cikgu Faridah hanya mendiamkan diri sahaja“.
Berdasarkan penyataan di atas antara faktor guru yang menyumbang kepada
masalah disiplin dan tingkah laku murid tersebut
A. Bersifat autokratik
B. Mempunyai masalah komunikasi
C. Menggunakan ugutan dan hukuman
D. Tidak memberi perhatian kepada murid
15.
Masalah di atas dapat diatasi sekiranya guru dapat memainkan peranan dengan
berkesan sebagai
A. Pengurus
B. Penggerak
C. Pembimbing
D. pemudahcara
Keadaan yang wujud di dalam kelas 3 Inovatif dapat digambarkan seperti berikut:-
Susunan kerusi meja tidak teratur Sampah berselerak di merata-rata tempat Pelajar-pelajar keluar masuk bilik darjah dengan bebas Papan tulis penuh dengan contengan-contengan pelajar
EDU 3104
16. Manakah antara berikut langkah utama yang boleh dilakukan oleh guru untuk
mencegah masalah disiplin murid?
A. Menampalkan peraturan dalam bilik darjah
B. Menyediakan pelan pengajaran dengan baik
C. Memberi perhatian terhadap keperluan murid
D. Menguruskan penggunaan masa murid dengan baik
17.
Proses pengurusan tingkah laku di atas merujuk modifikasi dari segi
A. Sosial
B. Afektif
C. Kognitif
D. Psikomotor
18. Cikgu Safari mendapati Damia sering melakukan kesilapan menterbalikkan
perkataan serta tidak berminat terhadap buku.
Berdasarkan pemerhatian di atas, apakah masalah yang dialami oleh Damia?
A. Autistik
B. Disgrafia
C. Disleksia
D. Hiperaktif
Menurut Sulzer-Azaroff dan Mayer proses pengurusan tingkah laku ialah
“Proses merujuk kepada tingkah laku pelajar dan bagaimana faktor suasana
dan interaksi menjejas luahan perbuatan yang dilakukan”.
EDU 3104
19. Berdasarkan pemerhatian dan senarai semak yang anda lakukan kesemua
jawapan adalah seperti berikut.
Adakah murid anda:
a. Mengalami sensory integration dysfunction YA
b. Menunjukkan masalah merancang dan mengkordinasi pergerakan YA
c. Menunjukkan reaksi ekstrim terhadap sentuhan YA
Murid di atas tergolong dalam kategori bekeperluan khas yang mengalami
masalah
A. Autistik
B. Disleksia
C. Hiperaktif
D. Lewat perkembangan
20. Ruang pembelajaran yang menarik dapat menyokong aktiviti pembelajaran.
Apakah yang perlu dititikberatkan dalam menyediakan ruang pembelajaran yang
sesuai untuk sesebuah bilik darjah?
A. Menyusun atur kedudukan murid mengikut pencapaian mereka.
B. Perancangan aktiviti murid mengikut kreativiti guru dan kebolehan murid.
C. Menggalakkan interaksi dua haka supaya objektif pengajaran dan
pembelajaran dapat dicapai.
D. Susun atur peralatan yang tidak menyekat pendangan guru bagi
memantau pergerakan murid.
EDU 3104
BAHAGIAN B
STRUKTUR (40 MARKAH)
Jawab semua soalan dalam bahagian ini.
1. (a) Nyatakan empat kemahiran yang perlu dikuasai oleh guru untuk
membantu mengurus bilik darjah secara efektif. (4 markah)
(b) Jelaskan tiga ciri kualiti peribadi guru efektif yang mampu mewujudkan
persekitaran bilik darjah yang kondusif. (6 markah)
2. (a) Nyatakan enam kepentingan guru membina hubungan yang baik dan
mesra dengan murid. (6 markah)
(b) Amalan budaya penyayang dalam bilik darjah memainkan peranan utama
melahirkan murid yang komited dalam pelbagai arahan guru.
Nyatakan dua amalan budaya penyayang dalam pengurusan bilik darjah.
(4 markah)
EDU 3104
3. (a) Prinsip peneguhan dalam Model Tingkah Laku B. F. Skinner merupakan
motivasi luaran yang mempengaruhi tingkah laku murid terutama dalam
meningkatkan tingkah laku yang diingini.
Terangkan tiga cara peneguhan positif dapat dilakukan oleh guru untuk
murid-muridnya. (6 markah)
(b) Berdasarkan Model Terapi Realiti Glasser persekitaran bilik darjah yang
berkualiti dapat meningkatkan mutu pengajaran guru. Model ini dapat
membantu pengurusan disiplin bilik darjah melalui tindakan memenuhi
keperluan psikologi asas murid.
Jelaskan dua contoh aspek kualiti pengajaran sesuai mengikut model
Glasser. (4 markah)
4. Guru perlu mahir membuat perancangan danpengurusan bilik darjah yang
berkesan.
(a) Kenal pasti dua kekuatan yang dapat menunjukkan seseorang guru
berjaya membuat perancangan yang baik dalam bilik darjah.
(b) Cadangkan tiga usaha guru untuk memastikan pengurusan bilik darjah
kekal positif, kondusif dan proaktif. (6 markah)
EDU 3104
BAHAGIAN C (40 MARKAH)
Jawab dua daripada tiga soalan dalam bahagian ini.
1. Semasa melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran guru harus
memberi penekanan pada persekitaran yang kondusif dan pengurusan
pentaksiran dalam bilik darjah.
(a) Huraikan lima implikasi penekanan persekitaran pembelajaran yang kondusif
terhadap pengajaran guru. (10 markah)
(b) Selain daripada mengurus bilik darjah, guru juga terlibat dalam mengurus dan
mentadbir ujian.
Bincangkan lima cara bagaimana guru dapat mentadbir ujian dengan
berkesan. (10 markah)
2. Tingkah laku yang bermasalah dalam bilik darjah menggangu pengajaran dan
pembelajaran guru.
(a) Terangkan lima jenis tingkah laku bermasalah di dalam bilik darjah.
(10 markah)
(b) Huraikan lima cadangan bagi mengatasi halangan kepada pengurusan
masalah disiplin bilik darjah. (10 markah)
EDU 3104
3.
Berdasarkan kepada definisi Jawatankuasa Penasihat Kebangsaan bagi kanak-
kanak cacat pada tahun 1986 di atas;
(a) Bincangkan lima ciri kanak-kanak yang mengalami masalah autistik.
(10 markah)
(b) Huraikan lima strategi yang boleh digunakan oleh guru untuk membantu
mengurus kanak-kanak kecelaruan tingkah laku ADHD (Attention Deficit
Hyperactivity Disorder). (10 markah)
“Kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah dimanifestasikan daripasa
salah satu atau beberapa proses psikologi yang melibatkan gangguan
tatatertib dalam kefahaman dan penggunaan bahasa lisan atau tulisan”.