xcment penug EDU 3104

Embed Size (px)

Citation preview

EDU 3104 1.0 PENGENALAN. Seorang guru seharusnya mempunyai kemahiran dalam mengurus disiplin dalam bilik darjah supaya kelas sentiasa dalam keadaan yang selamat, terkawal dan harmoni. Kelas yang terkawal dan harmoni akan menjadikan interaksi atau proses pengajaran dan pembelajaran dapat berlangsung dengan berkesan. Pengurusan bilik darjah yang berkesan mempunyai asas pengurusan disiplin yang kukuh. Perkataan disiplin yang berasal dari Latin iaitu disciplina bermaksud mengajar manakala kamus bahasa pula mendefinisikan disiplin sebagai kawalan yang diperolehi daripada penguatkuasaan peraturan. Dalam konteks bilik darjah, disiplin merupakan satu set peraturan yang dikenakan kepada murid untuk mengawal dan mendapatkan tingkah laku yang diingini. Salah satu cara untuk mengurus bilik darjah dengan berkesan adalah dengan membina hubungan yang baik dengan murid- murid dan sentiasa mengawasi perjalanan rutin bilik darjah supaya berjalan dengan 1erson. Seorang guru juga perlulah memahami tingkah laku, 1ersonality dan tabiat murid- murid di dalam bilik darjah. Murid- murid yang menghadapi masalah perlulah dibantu dengan kadar yang segera supaya masalah yang dihadapi tidak berlarutan. Jadi, guru perlu peka dan berkebolehan dalam mengenal pasti punca masalah yang berlaku dalam bilik darjah dan cara yang sesuai untuk menanganinya. Pengetahuan tentang model- model pengurusan disiplin dan cara- cara pelaksanaannya mungkin dapat dijadikan panduan oleh guru dalam menguruskan bilik darjah dengan berkesan. Terdapat lima jenis model pengurusan disiplin iaitu yang pertama ialah Model Modifikasi Tingkah Laku oleh B.F. Skinner, model kedua ialah Model Disiplin Asertif oleh Lee Canter, model ketiga pula ialah Model Akibat Logikal oleh Rudolf Dreikurs dan model seterusnya ialah Model Pengurusan Kelompok oleh Jacob S. Kounin dan model terakhir ialah Model Terapi Realiti oleh William Glasser. Setiap model memberikan panduan tentang pengurusan disiplin dan tingkah laku dengan menggunakan pendekatan yang berbeza.

muka surat | 1

EDU 3104 2.0 SALINAN KERAS HASIL PEMBENTANGAN TUTORIAL

PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN PSIKOLOGI EDU 3104(TUTORIAL MING 1)

muka surat | 2

EDU 3104

1. Susunan peralatan dalam bilik darjah yang kreatif, ceria dan kondusif. Contohnya kerusi dan meja disusun atur dengan baik. Meja guru juga diletakkan ditempat yang sesuai. 2. Sistem pengudaraan yang baik. Kedudukan kelas jauh dari tempat pembuangan sampah dan jalanraya. 3. Hubungan antara guru dan murid mesra dan berkesan dalam menjalani pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. 4. Sikap guru yang prihatin dan bertanggungjawab dengan menjadi seseorang yang bermakna kepada murid.

5. Penyediaan bahan bantu mengajar yang pelbagai dan menarik mampu memberi kesan terhadap pembelajaran yang diadakan. 6. Hubungan yang tulen antara guru dengan semua muridnya: - persepsi yang betul dan +ve terhadap murid - saling peka dengan keperluan - semua pelajarnya dapat merasakan kejujuran guru - menghormati semua pelajarnya

muka surat | 3

EDU 3104

Keadaan Tidak Terkawal Pengurusan bilik darjah yang lemah ialah punca timbulnya keadaan yang tidak terkawal. Keadaan ini diburukkan lagi dengan mekanisme pengurusan yang tidak berkesan. Disiplin pelajar pada keseluruhannya amat lemah. Perkara ini berpunca daripada kegagalan kegagalan guru mendisiplinkan mereka.

muka surat | 4

EDU 3104

Bising Dan Mengganggu Suasana bising dan mengganggu berlaku disebabkan kelemahan kualiti pengurusan bilik darjah. Ketidakcekapan guru mencorakkan tingkahlaku pelajar (yang terkawal dan berdisiplin) menyebabkan suasana di dalam bilik darjah menjadi bising dan mengganggu. Perlakuan destruktif yang pelbagai boleh berlaku jika suasana bising dan mengganggu tidak dapat ditangani oleh guru secara berkesan.

Kotor Dan Tidak Kemas Kotor dan tidak kemas mencerminkan kelemahan kualiti pengurusan di dalam bilik darjah. Keadaan ini berlaku kerana kurangnya sikap tanggungjawab dan kelemahan amalan nilai-nilai murni yang sepatutnya disemai kepada murid. Faktor ini turut menimbulkan ketidakselesaan, kejahilan dan ketidakpekaan terhadap nilai kebersihan.

muka surat | 5

EDU 3104

Tekanan Emosi Bilik Darjah Kualiti bilik darjah yang tertekan boleh memberi kesan yang negatif ke atas perkembangan emosi seperti masalah rasa takut, bimbang , tiada keyakinan, dan keinginan untuk ponteng kelas yang tinggi di kalangan murid. Tekanan emosi juga boleh berlaku disebabkan perasaan dan rasa kurang selamat, aspek moral yang rendah, hubungan antara guru dan murid yang tidak baik, beban kerja yang berlebihan, jangkaan yang melampau terhadap murid serta kurangnya sokongan di dalam bilik darjah.

Sikap Negatif Sikap guru yang negatif dalam mengurus pengajaran tidak bersedia dan mengenali murid secara peribadi. Guru lebih banyak menyampai maklumat tetapi kurang membimbing. Hubungan guru murid yang renggang akibat kontek masa yang singkat. Murid kurang mengenali guru mengakibatkan penerimaan dan keyakinan tidak terbina.

muka surat | 6

EDU 3104

Kepimpinan Yang Lemah Kepimpinan guru yang lemah merupakan antara faktor penting merosotnya kualiti pengurusan, pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Kepimpinan yang lemah berlaku kerana kurangnya komitmen dan inisiatif yang dilakukan oleh guru untuk membaiki segala kelemahan yang berlaku di dalam bilik darjah.

CADANGAN UNTUK MEMPERBAIKI PENGURUSAN BILIK DARJAH1. Guru mestilah bijak dalam mendisplinkan murid agar mereka dapat dikawal dengan baik. 2. Guru hendaklah menyediakan bahan bantu mengajar yang menarik dan pelbagai bagi menarik minat murid terhadap pembelajaran dan dapat mengawal kelas dengan baik.

muka surat | 7

EDU 3104

3. Guru menyediakan jadual tugas untuk memastikan kelas berada dalam keadaan bersih dan selesa. Terapkan nilai-nilai murni dalam menjaga kebersihan. 4. Guru hendaklah mewujudkan suasana yang positif dan mesra dengan murid agar hubungan guru dan murid terjalin dengan baik. Hal ini penting dalam memupuk keyakinan diri setiap murid. 5. Guru mesti bersikap positif dan bersedia dalam setiap pengajaran yang akan dilakukan. 6. Guru hendaklah sentiasa memperbaiki kepimpinan dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang pendidik.

SEKIAN TERIMA KASIH

muka surat | 8

EDU 3104 2.1 Refleksi Individu Terhadap Pembentangan Tutorial

Nama No Kad Pengenalan

: Nurul Azira Bt Sapian : 900918- 08- 6156

Saya dan ahli kumpulan dikehendaki membuat pembentangan tutorial pada minggu yang pertama. Tajuk pembentangan tersebut ialah kekuatan dan kelemahan pengurusan bilik darjah yang telah diperhatikan semasa menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah serta cadangan untuk memperbaiki pengurusan bilik darjah. Tajuk ini merupakan tajuk tutorial yang pertama. Pembentangan tutorial ini membincangkan kekuatan pengurusan bilik darjah yang telah saya perhatikan semasa PBS yang lalu. Saya mendapati susunan peralatan dalam bilik darjah kreatif, ceria dan kondusif. Contohnya kerusi dan meja disusun atur dengan baik. Meja guru juga diletakkan ditempat yang sesuai. Sistem pengudaraannya juga baik dan kedudukan kelas jauh dari tempat pembuangan sampah dan jalanraya. Selain itu, hubungan antara guru dengan murid juga mesra dan berkesan dalam menjalani pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Ekoran itu, sikap guru yang prihatin dan bertanggungjawab dengan menjadi seseorang yang bermakna kepada murid amat penting bagi menarik perhatian mereka terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Terdapat pelbagai elemen kondusif yang lain telah saya dapati. Namun begitu, tedapat juga kelemahan pada sesuatu pengurusan bilik darjah yang telah saya perhatikan. Antaranya ialah seperti keadaan kelas yang tidak terkawal, bising dan menganggu, kotor dan tidak kemas, tekanan emosi dalam bilik darjah dan kegagalan guru dalam mengawal tingkah laku murid. Setelah mengenalpasti kekuatan dan kelemahan pengurusan bilik darjah tersebut, kami berbincang mengenai cadangan untuk memperbaiki pengurusan bilik darjah tersebut. Banyak idea yang saya perolehi dari rakan kumpulan. Antara cadangan yang dibincangkan ialah guru mestilah bijak dalam mendisplinkan muridmuka surat | 9

EDU 3104 agar mereka dapat dikawal dengan baik. Guru juga hendaklah menyediakan bahan bantu mengajar yang menarik dan pelbagai bagi menarik minat murid terhadap pembelajaran dan dapat mengawal kelas dengan baik. Disamping itu, guru hendaklah menyediakan jadual tugas untuk memastikan kelas berada dalam keadaan bersih dan selesa dan terapkan nilai-nilai murni dalam menjaga kebersihan. Ekoran itu, wujudkan suasana yang positif dan mesra dengan murid agar hubungan guru dan murid terjalin dengan baik. Hal ini penting dalam memupuk keyakinan diri setiap murid. Guru juga mesti bersikap positif dan bersedia dalam setiap pengajaran yang akan dilakukan dan sentiasa memperbaiki kepimpinan dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang pendidik. Setelah melaksanakan pembentangan ini, terdapat pelbagai perkara baru yang telah saya perolehi. Antaranya ialah memahami konsep bilik darjah yang kondusif, kepentingan mewujudkan bilik darjah yang kondusif dan kesannya terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Bilik darjah yang kondusif merupakan aspek yang penting dalam mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran secara berkesan. Dengan itu, saya telah memahami betapa pentingnya suasana yang kondusif semasa berada di dalam bilik darjah. Sebagai seorang guru kelak, saya perlu melaksanakan setiap strategi pengajaran dengan baik agar keadaan kelas berada dalam keadaan yang kondusif seterusnya mewujudkan suasana proses pengajaran yang berkesan. Kesimpulannya, bilik darjah yang kondusif menjamin kualiti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

muka surat | 10

EDU 3104 Nama No Kad Pengenalan : Nurul Hainisal Bt Deroni : 900502-03-5072

Pada semester ini, kami perlu menyediakan pembentangan tutorial setiap minggu bagi mata pelajaran EDU 3104 Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Bagi memenuhi kehendak tugasan KKBI pada semester ini, saya dikehendaki menulis satu refleksi tentang satu pembentangan tutorial yang telah dijalankan . Saya telah memilih tutorial minggu pertama iaitu perbincangan tentang konsep pengurusan bilik darjah sebagai refleksi saya pada kali ini. Tutorial ini merupakan tutorial pertama kumpulan kami sebelum mempelajari tajuktajuk yang seterusnya. Tajuk pembentangan ini sangat menarik sekali kerana konsep pengurusan bilik darjah merupakan satu tunjang kepada cara keberkesanan pengendaliaan dan pengurusan bilik darjah tersebut. Menurut Richards dalam buku Pengurusan Bilik Darjah Dan Tingkah Laku berpendapat pengurusan bilik darjah ialah satu organisasi dan kawalan guru ke atas tingkah laku, pergerakan serta interaksi murid-murid semasa pembelajaran berlangsung supaya pengajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan. Oleh itu, sebagai bakal guru, kita hendalah peka terhadap perkara ini agar proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang dijalankan dapat dilaksanakan dengan berkesan. Kita perlu memastikan keadaan kelas berada dalam keadaan yang kondusif sebelum proses P&P dilaksanakan. Contohnya susunan peralatan dalam bilik darjah hendaklah kreatif, ceria dan selesa. Keadaan ini memberi keselesaan kepada murid-murid dan sebagai

pendorong kepada mereka untuk mengikuti proses P&P. Selain itu, guru juga harus memastikan sistem pengudaraan yang baik, kedudukan kelas jauh dari tempat pembuangan sampah dan jalan raya. Hal ini kerana, ia dapat mengganggu keselesaan murd-murid. Tambahan lagi, guru hendaklah menjaga hubungan mereka dengan murid-murid agar pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan berlaku dalam suasana yang ceria dan muridmurid tidak mengalami tekanan. Oleh itu, objektif P&P dapat dicapai dengan mudah. Guru juga hendaklah prihatin dan bertanggungjawab seperti yang terdapat dalam Model Disiplin Asertif Canter agar murid berasa dirinya dihargai.

muka surat | 11

EDU 3104 Tidak dapat dinafi juga, setiap pengurusan bilik darjah mempunyai kelemahannya yang tersendiri. Pengurusan bilik darjah yang lemah berpunca daripada penyelenggaraan kelas dan disiplin yang tidak terkawal. Tambahan lagi, keadaan kelas yang bising, sikap guru yang negatif dalam mengurus pengajaran menyebabkan pengurusan kelas akan menjadi tidak terkawal. Disini, kepimpinan sebagai seorang guru amat diperlukan untuk memperbaiki segala kelemahan yang berlaku di dalam bilik darjah. Pengurusan bilik darjah yang berkesan akan membantu untuk mencapai matlamat seperti menggalakkan tingkah laku murid yang positif, membentuk suasana pembelajaran yang kondusif dan kita juga dapat menjalinkan hubungan interpersonal antara guru dengan murid dan murid dengan guru. Oleh itu, guru dapat menggunakan masa yang diperuntukan untuk pembelajaran dengan optimum dan pengglibatan murid dalam aktiviti P&P dapat ditingkatkan. Pengglibatan murid yang aktif dalam P&P dapat mengurangkan masalah disiplin dan pengurusan rutin dapat dijalankan dengan berkesan. Oleh itu, kita hendaklah kreatif dalam mengurus bilik darjah agar matlamat seperti yang diatas dapat dicapai. Antara langkah-langkah yang boleh dilakukan ialah, guru perlu mengetahui tentang keperluan murid-murid dari segi fisiologi dan psikologi. Kita hendaklah mengambil berat terhadap murid-murid kita agar mereka berasa diri mereka dihargai dan dekat dengan kita. Selain itu juga, kita hendaklah pandai untuk mengurus bilik darjah seperti merancang, mengelola, mengawal dan menjalinkan hubungan yang mesra dengan murid-murid seperti yang terdapat dalam Model Terapi Realiti oleh William Glasser. Kesimpulannya, melalui pembentang ini, saya lebih memahami tentang konsep pengurusan bilik darjah yang cemerlang. Keberkesanan sesuatu proses P&P bergantung kepada kecekapan pengurusan guru terhadap bilik darjah. Oleh itu, kita sebagai bakal guru hendaklah peka terhadap perkara ini disamping, mempunyai pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai tertentu untuk membentuk seorang guru yang efektif dalam pengurusan bilik darjah.

muka surat | 12

EDU 3104 Nama No Kad Pengenalan : Khairun Nisa Binti Kamarudin : 900730-02-5650

Tajuk pembentangan kumpulan saya ialah pengurusan bilik darjah dan psikologi yang juga merupakan tutorial minggu satu. Setelah memahami tajuk dan skop soalan, saya dan ahli kumpulan yang lain telah membahagikan sub- sub tajuk kepada setiap ahli. Oleh itu, setiap ahli kumpulan dapat memainkan peranan masing- masing. Sebelum membentangkan tugasan tutorial ini, saya terlebih dahulu

mengumpul banyak bahan maklumat dari pelbagai bahan seperti buku, jurnal, majalah dan juga laman sesawang. Saya juga menjadikan pengalaman saya di sekolah untuk dijadikan isi perbincangan bagi tajuk pembentangan saya. Semasa menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) yang lalu, saya telah berpeluang untuk melihat cara pengurusan bilik darjah yang baik. Pengurusan bilik darjah boleh ditafsirkan sebagai organisasi dan kawalan guru ke atas tingkah laku, pergerakan serta interaksi murid semasa pembelajaran berlangsung supaya pengajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan. Pengurusan bilik darjah yang baik seperti susunan dalam bilik darjah yang kraetif, ceria dan kondusif, sistem pengudaraan yang baik, kedudukan kelas jauh dari kebisingan jalan raya dan sampah, sikap guru yang prihatin dan peka terhadap keperluan murid dan hubungan antara guru dan murid yang mesra dapat menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas berjalan dengan lancar dan berkesan. Selain itu, saya juga dapat mengesan beberapa kelemahan pada aspek pengurusan disiplin dan bilik darjah semasa di sekolah. Antara kelemahan yang dapat diperhatikan ialah antaranya guru gagal mengawal disiplin murid sehingga menyebabkan kelas dalam keadaan yang bising. Selain itu, terdapat juga kelas yang kotor dan tidak kemas. Keadaan ini berlaku kerana kurangnya sikap tanggungjawab dan pemupukan amalan nilai- nilai murni yang sepatutnya disemai oleh guru kepada murid. Faktor ini turut menimbulkan ketidakselesaan, kejahilan dan ketidakpekaan terhadap nilai kebersihan.

muka surat | 13

EDU 3104 Saya berpendapat bahawa kepimpinan guru yang lemah merupakan antara faktor penting merosotnya kualiti pengurusan, pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Kepimpinan yang lemah berlaku kerana kurangnya komitmen dan inisiatif yang dilakukan oleh guru untuk membaiki segala kelemahan yang berlaku di dalam bilik darjah. Akhir kata, saya sangat bersyukur kerana diberi peluang secara tidak langsung semasa membentangkan tugasan ini kerana saya dapat menimba banyak ilmu dan pengalaman baru berkaitan pengurusan bilik darjah. Ilmu ini sangat berguna kepada saya untuk dipraktikkan apabila bergelar guru di sekolah kelak. Hal ini kerana, pengurusan bilik darjah yang baik melibatkan kemahiran guru menguruskan masa, ruang, sumber pembelajaran, peranan dan tingkah laku murid dalam menyediakan suatu iklim yang sesuai untuk pembelajaran yang berkesan.

muka surat | 14

EDU 3104 Nama No Kad Pengenalan : Muhamad Nasir Bin Ahmad : 900119-02-6085

Dalam tugasan Kerja Kursus Pendek EDU 3104, Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku pada semester ini, kami dikehendaki untuk menghasilkan satu refleksi individu berhubung salah satu perbentangan yang telah dijalankan di dalam kelas. Perbentangan tersebut merupakan salah satu aktiviti tutorial kami pada setiap minggu. Kami, setiap ahli kumpulan telah bersepakat untuk menggunakan perbentangan bagi minggu yang pertama iaitu kekuatan dan kelemahan pengurusan bilik darjah yang telah diperhatikan semasa menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah serta cadangan untuk memperbaiki pengurusan bilik darjah. Tajuk tersebut sangat sesuai dan menarik perhatian kerana selain mendedahkan sesuatu pengurusan bilik darjah, kami juga berpeluang dan berupaya untuk menilai serta memperbaiki setiap kelemahan yang ada, tambahan pula, tidak lama lagi kami semua akan bertugas dalam bidang perguruan ini. Oleh itu, persiapan awal harus dilaksanakan agar kami tidak mengalami kejutan budaya dan dapat menangani sebarang masalah yang timbul terutamanya yang berkaitan dengan pengurusan bilik darjah. Berdasarkan perbentangan itu, kami didedahkan dengan kekuatan dan kelemahan sesuatu pengurusan bilik darjah. Kekuatan yang dimaksudkan termasuklah dari segi susunan peralatan dalam bilik darjah. Setiap peralatan yang ada haruslah disusun dengan kreatif, ceria dan kondusif serta mengutamakan pengudaraan yang baik supaya bilik darjah yang selesa dapat diwujudkan. Perkara ini penting bagi membolehkan murid-murid belajar dalam suasana yang harmonis tanpa diganggu oleh sebarang masalah di persekitaran mereka. Bukan itu sahaja, guru turut memainkan peranan dalam menjalinkan hubungan yang mesra bersama murid-murid. Dalam mencapai perhubungan tersebut, guru itu mestilah bersikap prihatin dan bertanggungjawab ke atas setiap orang muridnya dalam apa jua perkara. Di samping itu, seseorang guru juga hendaklah peka terhadap keperluan murid-muridnya dan senantiasa berfikiran positif. Hal ini bertujuan untuk menguatkan lagi hubungan yang telah dibina agar terus utuh. Walau bagaimanpun, setiap perkara yang terjadi pasti tidak akan terlepas dari kelemahan-kelemahan yang tidakmuka surat | 15

EDU 3104 dapat dielakkan. Hal ini termasuklah dengan pengurusan sesebuah bilik darjah itu. Sebagai contoh, keadaan kelas yang tidak terkawal, bising, kotor, dan pelbagai lagi. Perkara ini terjadi disebabkan oleh pengurusan bilik darjah yang lemah dan sikap negatif yang ketara. Sebagai guru, perkara tersebut perlu dielakkan agar setiap kelemahan yang wujud berjaya diatasi dan suasana pembelajaran yang kondusif dapat diwujudkan. Pelbagai langkah boleh diambil dalam mengatasi masalah itu seperti guru mestilah bijak dalam mendisiplinkan murid agar mereka dapat dikawal dengan baik. Bukan itu sahaja, seseorang guru itu haruslah mewujudkan satu suasana yang positif dan mesra dalam bilik darjah bagi memupuk keyakinan diri setiap murid. Justeru itu, pelbagai bahan bantu mengajar yang menarik boleh disediakan agar proses P&P yang berlangsung berjalan dalam suasana yang penuh harmonis. Tambahan lagi, guru juga boleh menyediakan satu jadual tugas bagi memastikan sesebuah bilik darjah itu sentiasa berada dalam keadaan yang bersih dan kemas. Pada masa yang sama, penerapan nilai menjaga kebersihan juga dapat diterapkan kepada murid-murid. Secara tidak langsung, murid-murid tersebut bukan sahaja dapat belajar dalam bilk darjah yang kondusif malah berupaya menjadi individu yang berdisiplin dan berhemah tinggi. Kesimpulannya, melalui perbentangan ini, saya dapat mengetahui sedikit-sebanyak berhubung pengurusan bilik darjah yang kondusif dan langkah yang boleh diambil bagi menjamin kualiti pengurusan tersebut agar P&P yang berlangsung dapat meninggalkan kesan yang positif terutamanya kepada murid-murid.

muka surat | 16

EDU 3104 3.0 MODEL MODEL PENGURUSAN DISIPLIN DAN TINGKAH LAKU DI DALAM BILIK DARJAH 3. 1) Model Modifikasi Tingkah Laku B. F. Skinner. B.F.Skinner merupakan bapa tingkah laku psikologi. Antara model dan hasil karyanya yang popular ialah Model Modifikasi Tingkah Laku yang mementingkan tingkah laku pembentukan keinginan. Tingkah laku mestilah menjadi akibat kesan. Dengan ini, beliau menekankan bahawa tingkahlaku seseorang dipengaruhi melalui modifikasi tingkah laku. Beliau juga menyatakan bahawa modifikasi tingkah laku merupakan suatu pendekatan sistematik untuk mengubah tingkah laku melalui pengaplikasian prinsip-prinsip pelaziman. Bagi membuktikan teori tersebut, Skinner telah menjalankan eksperimen berikut di dalam sebuah makmal :Di dalam sebuah makmal, Skinner telah memasukkan seekor tikus ke dalam sebuah kotak khas yang dikenali sebagai Skinner Box. Kotak tersebut mengandungi bahan yang terdiri daripada tombol, alat memberi makanan, bekas makanan dan lampu yang dapat dikawal nyalaannya. Disebabkan dorongan lapar, tikus tersebut berusaha keluar untuk mencari makanan. Semasa berusaha keluar dari kotak, tikus tertekan tombol secara tak sengaja dan makanan keluar. Sejak itu, tikus mula menekan tombol apabila lapar dan makanan keluar secara berperingkat

berdasarkan peningkatan tahap pelaziman tikus tersebut. Proses ini dikenali sebagai shaping. Berdasarkan percubaan dan kajian yang berterusan terhadap tikus dan burung merpati, Skinner telah membuat kesimpulan bahawa unsur terpenting dalam pembelajaran ialah peneguhan (reinforcement). Skinner juga telah mencadang beberapa teknik lain yang sesuai diaplikasikan dalam pelaksanaan modifikasi tingkah laku murid. Antara teknik- teknik yang dicadangkan ialah peneguhan, denda dan peneguhan, reverse psychology, shaping, token ekonomi, kontrak (lisan dan bertulis) dan kawalan kendiri. Menurut teori ini, tingkah laku adalah berbentuk akibat, iaitu apa yang berlaku kepada seseorang itu selepas melakukan sesuatu. Ini dapat dijelaskan dengan contoh apabila seseorang murid tidak hadir ke sekolah ini akan menyebabkan dia akan ketinggalan pembelajaran pada hari tersebut.muka surat | 17

EDU 3104

Tingkah laku adalah kekuatan jika ia diikuti dengan peneguhan. Malah peneguhan itu boleh sama ada peneguhan positif atau peneguhan negatif. Peneguhan positif merupakan stimuli yang boleh menambahkan kebarangkalian berulangnya sesuatu tingkah laku. Dalam permulaan pembelajaran, peneguhan diperlukan setiap masa agar ia dapat menghasilkan tingkah laku yang diharapkan. Tingkah laku dapat dapat dikekalkan dengan peneguhan yang tidak sama dan berlainan. Misalnya memberi pujian, penghargaan, hadiah dan sebagainya sebaik sahaja tingkah laku operan yang memuaskan berlaku. Denda atau hukuman pula bertujuan menghentikan sesuatu tingkah laku yang tidak diingini. Tetapi, ia adalah sesuatu yang kurang baik jika dikenakan kepada kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku yang negatif. Ini kerana apabila hukuman dijalankan, maka tingkah laku itu akan menjadi menjadi semakin lemah apabila hukuman dikenakan. Skinner juga berpendapat bahawa denda atau hukuman hanya boleh membawa kesan dalam tempoh singkat, selepas itu tingkah laku yang tidak diingini biasanya diulangi lagi. Maka, denda atau hukuman adalah sesuatu yang berlainan jika dibandingkan dengan peneguhan positif atau negatif yang bertujuan menambahkan kebarangkalian berulangnya sesuatu tingkah laku sama ada diingini atau tidak diingini. Peneguhan negatif pula merupakan stimuli yang dihapuskan dengan tujuan menguatkan tingkah laku positif supaya ia dapat diteruskan. Misalnya, seorang guru mengarah seseorang murid yang membuat bising dalam kelas agar keluar dan berdiri di luar kelas bagi menambahkan peluang murid lain untuk meneruskan aktiviti pembelajaran tanpa gangguan. Namun, terdapat juga peneguhan negatif yang boleh menyakiti seseorang individu kerana tingkah laku operannya kurang sesuai. Misalnya, mengejek kesilapan seseorang individu di depan orang ramai. Peneguhan ini tidak akan mengubah sikap individu tersebut, malah menambah kebarangkalian berulangnya tingkah laku operan itu pada masa depan. Kaedah reverse psychology yang menggunakan psikologi untuk

modifikasikan tingkah laku negatif kepada positif juga merupakan salah satu teknik yang dicadangkan oleh Skinner. Kaedah ini memerlukan kemahiran seseorang guru memahami psikologi murid- murid serta mengenal pasti sikap, pandangan danmuka surat | 18

EDU 3104 pemikiran dalaman murid tersebut. Teknik reverse psycology juga bertujuan menginsafkan murid agar melepaskan sikap negatif dan memupuk sikap positif bagi membentuk tingkah laku yang baik. Misalnya, apabila ada seseorang murid yang kerap tidur di dalam kelas semasa sesi pengajaran dan pembelajaran(P&P), guru tersebut boleh mencuba kaedah baru iaitu memyuruh murid itu tidur dalam kelas sebelum memulakan sesi pengajaran. Ini akan menyebabkan murid tersebut terkejut dan pastinya dia tidak akan dapat tidur dalam kelas sebab memikirkan tujuan cikgu menyuruhnya tidur sebelum memulakan p&p. Teknik lain yang sesuai digunakan untuk modifikasi tingkah laku murid ialah teknik token economy yang merupakan satu sistem untuk membahagikan beberapa peneguh simbolik kepada peneguh sebenar. Di dalam token economy ini, sesuatu sistem merit ditentukan berdasarkan kriteria respons terhadap tingkah laku yang diingini. Seterusnya, token yang dikumpulkan boleh ditukarkan kepada pelbagai peneguh yang diidamkan. Menurut Skinner, kaedah penggunaan token economy ini merupakan salah satu pendekatan terbaik untuk memodifikasikan sesetengah tingkah laku supaya membentuk tingkah laku pembelajaran yang sesuai. Misalnya, seorang guru boleh memberi token seperti bintang kepada muridmurid dalam sesebuah kelas berdasarkan kriteria seperti kekerapan menjawab soalan, membaca dengan lancar dan sebagainya. Kemudian, pada hujung bulan murid dengan bilangan token bintang tertentu akan dapat menebus nilai token tersebut peneguh- peneguh seperti hadiah, dibelanja makan di kantin bersama guru dan sebagainya. Seterusnya ialah teknik shaping. Asalnya, kaedah shaping digunakan untuk mengajar haiwan secara berperingkat supaya melakukan aktiviti permainan seperti dalam sarkas dan zoo. Kemudian, ahli-ahli psikologi menyatakan proses shaping juga boleh digunakan untuk membentuk tingkah laku manusia yang diingini, di mana peneguhan diberi secara beransur- ansur dekat kepada tindak balas yang diharapkan. Teknik shaping ini perlu digunakan sekiranya murid tidak melakukan secara sendiri tingkah laku yang diingini. Maka, sesuatu tingkah laku itu diterapkan secara kerap dan berperingkat agar murid melakukannya selalu dan menjadi mahir.

muka surat | 19

EDU 3104 Kaedah kontrak juga merupakan salah satu cara berkesan untuk

memodifikasikan tingkah laku negatif kepada positif. Perjanjian kontrak ini dapat dibuat sama ada secara lisan atau menandatangani kontrak. Menandatangani kontrak secara formal, misalnya pengetua, membolehkan seseorang murid memandang berat terhadap tindakan yang dijanjikan tidak akan berani untuk mengulangi sesuatu tingkah laku negatif seperti ponteng sekolah atau masalah disiplin lain lagi. Skinner juga mencadangkan teknik kawalan kendiri untuk memodifikasikan tingkah laku negatif kepada yang positif. Teknik ini melibatkan lima langkah yang patut diberi perhatian oleh seseorang guru, iaitu langkah pertama di mana seseorang guru perlu menentukan tingkah laku yang ingin dimodifikasikan terhadap muridnya. Misalnya, seseorang guru ingin memodifikasikan tingkah laku muridnya yang kerap ponteng kelas. Kemudian, dalam langkah kedua, guru tersebut perlu mengenal pasti kawalan, iaitu keberatan kawalan yang perlu dikenakan terhadap muridnya berdasarkan kekerapan dia ponteng kelas. Guru itu juga perlu menentukan respons peringkat awal serta mengenal pasti akibat kawalan sebelum melaksanakan tindakan kawalan terhadap murid tersebut. Dalam langkah ketiga, guru itu perlu merancang program tindakan yang sesuai. Misalnya, guru tersebut merancang sesi kaunseling untuk murid tersebut. Sebagai langkah keempat, guru tersebut perlu mengimplementasi dan menilai program yang dirancang itu terhadap muridnya. Langkah kelima pula melibatkan penamatan program sekiranya langkah-langkah awal berjaya dan modifikasi tingkah laku dapat dilihat dalam diri murid tersebut, iaitu dia tidak lagi ponteng kelas dan sentiasa hadir ke kelas. Kesimpulannya, sesuatu peneguhan atau pengukuhan yang secara terus menerus akan menghasilkan keputusan yang bagus. Penerusan itu bermaksud sesuatu tingkah laku itu di buat pengukuhan pada setiap masa.

muka surat | 20

EDU 3104 3.2 ) Model Terapi Realiti oleh William Glasser. William Glasser merupakan seorang Psikiatri dan Konsultan Pendidikan yang telah banyak mengemukakan pandangan terhadap isu- isu pendidikan dan disiplin. Pengalaman beliau dengan pesalah- pesalah juvenil telah meyakinkan beliau bahawa guru boleh membantu murid memilih tingkah laku yang sesuai di dalam bilik darjah. Antara teori yang pernah diasaskan oleh Glasser ialah teori Kawalan dan teori tersebut telah dibuat penambahbaikan menjadi Teori Pilihan kerana beliau mendapati Teori Kawalan agak meragukan dan sukar diterima oleh orang ramai. Glasser telah menambahbaik teori yang terdahulu dengan memasukkan elemen elemen keperluan asas, kualiti an kreativiti. Beliau juga telah menggabungjalinkan konsep pengurusan tingkah laku secara klinikal kepada konteks bilik darjah. Teori ini menekankan tingkah laku manusia didorong oleh keperluan untuk memenuhi empat keperluan psikologi asas. Keperluan- keperluan asas tersebut termasuklah rasa dipunyai dan disayangi, mempunyai kuasa dan kawalan, kebebasan dan keperluan untuk bersuka ria. Beliau percaya keperluan asas inilah yang mendorong tingkah laku individu. Kasih sayang dan rasa dipunyai adalah sebahagian daripada keperluan asas individu. Murid- murid perlu mempunyai perasaan bahawa mereka merupakan sebahagian daripada komuniti bilik darjah. Oleh itu, guru juga perlu memberikan perhatian dan sentiasa mengambil berat ke atas diri mereka. Menurut Glasser, guru boleh memenuhi keperluan asas ini dengan mengamalkan pengurusan demokratik di dalam bilik darjah. Setiap pandangan dan pendapat murid perlu diambil kira dalam pembentukan persekitaran bilik darjah. Peneguhan- peneguhan yang sesuai perlu diberikan kepada murid- murid yang menunjukkan usaha yang baik dalam mengekalkan keharmonian bilik darjah. Guru juga seharusnya sentiasa menunjukkan sikap prihatin dan mengambil berat terhadap kebajikan murid supaya dapat menimbulkan rasa disayangi dan dipunyai kepada murid. Rasa dipunyai berkait rapat dengan kuasa dan kawalan. Murid perlu mempunyai kuasa dan kawalan untuk menguruskan diri dalam persekitaran bilikmuka surat | 21

EDU 3104 darjah. Murid mempunyai pilihan untuk memilih aktiviti bilik darjah yang bersesuaian dengan minat dan kecenderungan mereka. Murid juga perlu dibimbing oleh guru untuk membuat pilihan yang sesuai dengan tahap perkembangan mereka. Kebebasan merupakan salah satu keperluan yang perlu dimiliki oleh setiap individu. Murid memerlukan kebebasan untuk menentukan matlamat hidup tetapi pada masa yang masa, guru dan ibubapa perlu mengawasi supaya kebebasan yang diberikan sesuai dengan tahap umur mereka. Murid- murid masih lagi tergolong dalam golongan kanak- kanak yang sering cenderung untuk mencari keseronokan. Oleh itu, guru perlulah memikirkan aktivitiaktiviti pembelajaran yang menyeronokkan disamping dapat menjana idea dan pemikiran murid. Guru juga perlu mempelbagaikan strategi dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid seperti aktiviti permainan bahasa, kaedah main peranan dan sebagainya. Oleh itu, Glasser menegaskan supaya pengajaran mesti dilaksanakan lebih ke arah membimbing, tidak menggunakan paksaan dan bukan bersifat memerintah. Sepanjang tempoh pengajaran juga, guru harus mengutamakan kualiti di dalam pengajaran, pembelajaran dan kurikulum. Berdasarkan Teori Pilihan, Glasser telah mengemukakan Teori Terapi Realiti yang merupakan satu teknik kaunseling untuk membantu individu meneroka kemahuan diri, membuat refleksi tentang perkara yang sedang dilakukan dan membuat perancangan tentang kehendak sebenar mereka kelak. Fokus utama model ini ialah individu bertanggungjawab terhadap tingkah laku sendiri. Model ini juga adalah kaedah untuk membantu individu merangka kehidupan, membuat pilihan yang sesuai dan tepat serta membina kekuatan diri untuk menghadapi masalah- masalah dalam kehidupan seharian. Dalam membantu murid muri untuk memahami tindakan dan pilihan yang dibuat oleh mereka, guru pada mulanya boleh membantu murid mengenal pasti akibat daripada tingkah laku tersebut. Guru kemudiannya perlu mengemukakan satu pelan perancangan untuk membantu murid menguruskan tingkah laku dan guru juga perlu bertindak sebagai pembimbing dan kaunselor yang mendengar masalah murid, membantu murid membuat pilihan dan melaksanakan pilihan tersebut.muka surat | 22

EDU 3104 Model ini juga membantu individu mengenal reality kehidupan dan memenuhi kehendak kehidupan mereka melalui pilihan yang telah dibuat. Guru perlu menegaskan kepada murid tentang kelakuan yang diterima dan peraturanperaturan yang harus dipatuhi di sekolah. Glasser juga berpendapat bahawa guru perlu sering menyatakan bahawa mereka tahu perkara yang terbaik untuk muri dan hal ini akan membantu guru memotivasikan murid- murid untuk belajar engan lebih tekun. Namun, andaian ini tidak tepat kerana murid akan melakukan sesuatu yang memuaskan hati mereka pada masa tertentu sahaja. Glasser menegaskan kurikulum sekolah perlu dirangka untuk memenuhi keprluan murid iaitu murid dapat menggunakan pengetahuan yang dipelajari dengan berkesan dan bukan sekadar untuk lulus peperiksaaan. Kurikulum yang berkualiti bermula apabila guru dapat memperkenalkan topik- topik yang terkandung dalam kurikulum dengan baik. Perancangan yang teliti harus dibuat dengan mengambil kira semua aspek seperti minat dan keblehan murid. Perbincangan dan pembelajaran berpusatkan murid perlu digunakan dan pembahagian masa yang mencukupi untuk setiap tajuk atau topic juga perlu diberikan perhatian. Menurut Glasser juga, guru boleh meningkatkan mutu pengajaran melalui cara- cara berikut iaitu yang pertama, guru perlu kenali murid dengan lebih mendalam dan bantu murid untuk mengenali guru dengan lebih baik. Persekiran bilik darjah juga perlulah tenang dan kondusif. Cara kedua ialah guru perlu lebih bersifat sebagai pembimbing dan bukannya pengarah. Hal ini bermaksud, guru harus memberikan galakan kepada murid untuk mencuba dan memikul tanggungjawab seta elakkan paksaan ke atas sesuatu tindakan. Seterusnya, guru boleh mengaitkan topik- topik pembelajaran dengan pengalaman murid serta kegunaannya dalam kehidupan. Dengan itu, murid akan lebih tertarik dan berminat untuk belajar sekiranya mereka memahami dan dapat mengetahui kegunaan ilmu tersebut. Guru juga perlulah memberi galakan kepada murid untuk memberikan yang terbaik dalam apa sahaja tindakan. Guru yang baik juga akan sentiasa membimbing dan membantu murid dalam usaha untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Cara yang terakhir ialah guru perlu memberi peluang kepada murid untuk menilai kerja masing- masing dan member masa kepada merek untuk memperbaikimuka surat | 23

EDU 3104 kesalahan. Hal ini kerana, salah satu ciri pembelajaran yang berkualiti ialah murid sentiasa memeperbaiki kesalahan dan kelemahan diri dari masa ke semasa untuk menjadi yang terbaik. Hal ini kerana, proses menilai diri sendiri, memperbaiki dan mengulang semula perbuatan yang betul dapat menghasilkan pembelajaran yang berkualiti dan berkesan. Menurut Glasser juga, terdapat sepuluh langkah yang boleh diikuti oleh guru untuk membina bilik darjah yang berkualiti. Pertama, tabiat- tabiat buruk perlulah dielakkan berlaku di dalam kelas. Kedua, guru perlu menyampaikanmesej dengan jelas kepada murid- murid berkaitan peraturan dan pendirian guru. Seterusnya, guru perlu cuba untuk membina hubungan yang mesra dan baik dengan murid- murid dan elakkan dari sering mengarah dan memerintah serta memaksa murid- murid melaksanakan sesuatu yang diluar kemampuan murid. Guru juga perlu merangka satu set peraturan yang dipersetujui bersama murid yang akan menjadi asas utama kepada keharmonian bilik darjah. Dari masa ke semasa, guru bolehlah membuat sebarang penambahbaikan peraturan tetapi tidak mengubah peraturan asal. Menurut Glasser juga, guru perlulah mengelak daripada menggunakankawalan luaran seperti mendenda dan memasukkan unsurunsur kecindan untuk mengelakkan ketegangan semasa di dalam kelas. Guru juga diingatkan supaya memberitahu kepentingan dan kegunaan ilmu yang murid sedang pelajari. Guru tidak boleh menyuruh murid untuk menghafal fakta tetapi cuba membimbing murid untuk memahami ilmu tersebut dengan baik. Guru juga perlu memberitahu murid keutamaan anda sebagai guru inginkan yang terbaik dari murid. Selain itu, guru juga perlu sentiasa memberikan galakan dan sokongan kepada murid untuk meningkatkan kualiti tugasan mereka. Langkah yang kesembilan ialah guru perlu memberi pelunag kepada muri untuk menunjukkan kefahaman mereka terhadap topik yang diajar dengan mengaplikasikan ilmu pada situasi yang sesuai. Langkah yang terakhir ialah guru perlu menguji murid secara berterusan. Guru perlu menerangkan kepada murid bahawa ujian hanyalah sekadar untuk melihat tahap pembelajaran mereka dan elakkan dari menguji sesuatu yang memerlukan mereka menghafal. Guru juga perlu menggalakkan murid menyemak semula jawapan dan mencari kesalahan sebelum menghantar kertas jawapan kepada guru.muka surat | 24

EDU 3104 3.3 ) Model Akibat Logikal Dreikurs. Rudolf Dreikurs (1897-1972) dilahirkan di Vienna, Austria. Beliau

memperolehi Ijazah Perubatan dari University of Austria dan telah bekerjasama dengan psikiatari terkemuka Austria, Alfred Adler dalam bidang Kaunseling Keluarga dan Kanak- Kanak. Disebabkan minat yang mendalam terhadap bidang kaunseling, beliau telah mengasaskan satu model tingkah laku dan disiplin di dalam bilik darjah iaitu Model Akibat Logikal Dreikurs. Model ini menekankan kepentingan guru untuk memberikan kepercayaan dan tanggungjawab kepada murid- murid untuk menjaga disiplin bilik darjah. Murid seharusnya diberi autonomi untuk membincangkan salah laku di dalam bilik darjah serta membantu menguatkuasakan peraturan dalam bilik darjah. Guru perlu membimbing murid- murid untuk saling ingat- mengingati antara satu sama lain tentang peraturan yang telah ditetapkan di dalam bilik darjah. Masalah disiplin dapat diatasi dan juga dikurangkan jika murid- murid sudah mula memahami dan dapat menerima serta mengamalkan peraturan tersebut. Dreikurs juga menyatakan guru perlu mengenal pasti punca kepada masalah tingkah laku yang berlaku dalam bilik darjah. Disiplin dapat dilihat melalui muridmurid yang mempunyai kawalan kendiri yang baik berdasarkan kepentingan persekitaran. Murid- murid yang boleh mengawal disiplin akan menunjukkan inisiatif dan boleh membuat keputusan yang munasabah dan sesuai dengan keadaan serta dapat memikul tanggungjawan yang diberikan. Beliau juga telah mengemukakan beberapa strategi untuk membantu murid mendisiplinkan diri berdasarkan kefahaman murid terhadap nilai sosial yang terdapat di persekitarannya. Hal ini kerana beliau percaya bahawa disiplin kendiri yang berkualiti hanya boleh dicapai dalam suasana bilik darjah yang demokratik. Oleh itu, murid dan guru perlu bersama- sama memikul tanggungjawab dalam pengurusan bilik darjah agar amalan demokrasi dapat diaplikasikan. Pengurusan disiplin yang baik tidak boleh terbentuk di dalam suasana bilik darjah yang autokratik dan permisif. Bilik darjah yang bersifat autokratik akan berlaku apabila guru membuat semua keputusan dan mengenakan kepada muridmurid tanpa memberikan ruang kepada murid untuk member pandangan ataumuka surat | 25

EDU 3104 memberi peluang kepada mereka untuk memikul tanggungjawab. Bilik darjah yang bersifat permisif pula ialah apabila guru gagal memastikan murid mengikut peraturan yang telah ditetapkan dan gagal menangani akibat daripada salah laku yang ditunjukkan oleh murid di dalam bilik darjah. Murid yang gagal mendapat rasa kepunyaan, kadangkala akan melakukan sesuatu tindakan yang salah untuk memenuhi keperluan tersebut. Mereka mungkin akan cuba menarik perhatian guru dan rakan lain dengan mencabar guru, membalas dendam, menunjukkan kelemahan atau memberontak. Hal ini kerana rasa kepunyaan terhadap bilik darjah merupakan matlamat utama dalam pembentukan tingkah laku murid. Murid akan berasa dipunyai apabila guru dan rakan- rakan memberikan perhatian dan menghormati hak mereka, melibatkan mereka dalam aktiviti- aktiviti bilik darjah serta tidak meminggirkan mereka semasa menjalankan sesuatu aktiviti. Dreikurs juga berpendapat bahawa guru berperanan untuk membantu murid memahami motif tingkah laku mereka supaya dapat mengurangkan salah laku dalam kalangan murid. Salah laku akan dapat dielakkan sekiranya murid diberi pilihan untuk bertindak dan guru akan mengambil tindakan terhadap tingkah laku yang tidak diingini. Dengan itu, murid akan lebih bertanggungjawab atas pilihan tingkah laku yang mereka lakukan dan menyedari akibat yang akan diperolehi. Dreikurs mendapati bahawa tingkah laku bermasalah berpunca daripada motif- motif seperti mendapatkan perhatian, mencabar kuasa, membalas dendam dan mempamerkan kekurangan. Murid- murid sentiasa inginkan perhatian daripada guru sehingga kadang kala tingkah laku yang dilakukan untuk menarik perhatian guru tersebut boleh mengundang kemarahan guru. Antara tingkah laku tersebut ialah seperti membuat lawak bodoh, mengetuk meja tanpa sebab, bercakap atau mengganggu murid lain ketika guru sedang mengajar, berjalan dalam kelas ketika guru berada dalam kelas, tidak memberikan tumpuan terhadap pembelajaran dan malas membuat kerja yang diberikan oleh guru. Apabila guru berhadapan dengan situasi seperti di atas, terlebih dahulu guru perlu menganalisa dan mencari punca berlakunya tingkah laku tersebut. Sekiranya guru memberikan perhatian kepada tingkah laku tersebut, kemungkinan besar tingkah laku tersebut akan meningkat. Seperti contoh, seorang murid mengganggumuka surat | 26

EDU 3104 rakannya ketika guru sedang mengajar dihadapan kelas. Murid tersebut telah dimarahi oleh guru dan tindakan guru telah memberi mesej kepada seluruh kelas bahawa tingkah laku tadi boleh menarik perhatian guru dan perbuatan tersebut akan terus diulangi Oleh itu, guru perlu mencari cara lain untuk memberikan perhatian kepada murid yang mendatangkan kesan positif. Seperti contoh, guru memuji Amin setelah dia menyiapkan kerja sekolahnya dengan cepat walaupun dia seorang murid yang nakal. Secara tidak langsung, guru memberikan pilihan kepada murid sama ada untuk terus membuat perkara yang tidak sepatutnya dan tidak mendapat perhatian atau membuat tindakan yang disukai guru dan mendapat perhatian. Kebanyakkan masalah disiplin yang timbul berpunca daripada masalah perebutan kuasa antara guru dengan murid. Hak guru untuk mengekalkan disiplin bilik darjah dan mengawasi tingkah laku murid adakalanya menyebabkan murid berasa tertekan dan dipinggirkan. Oleh itu, murid melakukan tingkah laku yang mencabar kewibawaan dan kesabaran guru seperti enggan memberikan kerjasama, degil dan melanggar peraturan yang telah ditetapkan. Jika keadaan sedemikian berlaku, guru harus mengelakkan diri daripada bersemuka dan melepaskan emosi kepada murid tersebut. Kemudian, guru perlu bertenang dan panggil murid tersebut untuk berjumpa secara individu dan kenal pasti punca kelakuan murid tersebut. Dengan itu, murid tersebut akan berasa bahawa guru masih mengambil berat tentang kebajikan dan masalah yang dihadapi olehnya. Seterusnya, Dreikurs mendapati bahawa tingkah laku bermasalah adalah berpunca daripada motif membalas dendam. Kadangkala dengan menggunakan kekerasan atau bersikap autokratik, guru berjaya menangani salah laku di dalam bilik darjah tetapi hasilnya mungkin hanya bersikap luaran. Selepas itu, murid mungkin akan menyimpan dendam terhadap tindakan yang dikenakan oleh guru. Murid akan melihat tindakan guru sebagai tidak adil dan mencari jalan untuk membalas dendam terhadap guru tersebut.

muka surat | 27

EDU 3104 Sesetengah murid juga mungkin akan bertindak membalas dendam secara pasif. Mereka tidak menunjukkan tingkah laku yang memberontak secara aktif tetapi lebih kepada tindakan memencilkan diri, murung, tidak mengambil peduli atau melibatkan diri dengan aktiviti di dalam kelas dan juga beremosi, degil serta memberontak. Oleh itu, guru harus sedar tingkah laku murid yang cuba untuk membangkitkan kemarahan guru dan pihak sekolah adalah disebabkan mereka berasa tertekan dan disakiti. Guru harus bijak memilih pendekatan yang sesuai, cuba mengawal dan memahami emosi yang dialami oleh murid tersebut. Murid perlu dibantu supaya mereka dapat melihat matlamat tingkah laku mereka adalah salah dan tidak mengulangi tindakan yang sama lagi. Motif mempamerkan kekurangan ialah punca kepada tingkah laku

bermasalah yang terakhir yang telah dinyatakan oleh Dreikurs. Apabila murid gagal mendapatkan pengiktirafan melalui motif- motif yang dibincangkan sebelum ini, mereka mungkin akan bertindak memencilkan diri atau meminggirkan diri. Murid sebegini juga sering berseorangan, mengelak daripada melakukan gerak kerja kumpulan, tidak bercampur dengan rakan sekelas yang lain dan tidak mengambil peduli dengan aktiviti yang dilaksanakan di dalam kelas. Tujuan utama tindakan murid yang bertingkah laku sebegitu adalah supaya mereka tidak dihiraukan dan dibiarkan dengan dunia mereka sendiri. Mereka akan cuba mencapai matlamat ini dengan menunjukkan kekurangan diri. Motif tindakan mereka adalah untuk mendapatkan pengiktirafan diri di dalam kelas. Oleh itu, guru perlulah peka apabila terdapat murid- murid yang berkelakuan sebegini di dalam kelas. Guru perlu bertindak secara perlahan- lahan menarik perhatian mereka dalam aktiviti yang dijalankan di kelas bersama- sama muridmurid yang lain. Guru juga perlu memberi mereka peluang untuk menonjolkan diri dan menunjukkan keupayaan mereka, kemudian guru perlulah menghargai usaha mereka. Menurut Dreikurs, guru perlulah bijak dalam mengenalpasti minat mereka tanpa meminggirkan murid- murid yang lain dalam usaha menarik perhatian murid yang bermasalah tadi. Guru juga seharusnya belajar cara untuk mengenalpastimuka surat | 28

EDU 3104 matlamat- matlamat murid yang salah ini serta cara untuk menanganinya. Apabila guru mula melihat tanda- tanda berlakunya tindakan yang salah, guru perlu secepat mungkin menyedarkan murid tersebut dan berbincang dengan murid dalam suasana yang mesra dan tidak terancam. Dreikurs juga berpendapat bahawa dendaan tidak sepatutnya dijalankan di dalam bilik darjah kerana dendaan menunjukkan cara guru membalas dendam terhadap murid. Dendaan juga menunjukkan kuasa mutlak guru yang memalukan murid. Secara keseluruhannya, Dreikurs telah mencadangkan beberapa langkah untuk menangani murid- murid yang mempunyai motif yang salah dalam mempamerkan tingkah laku di dalam bilik darjah. Antara langkah yang dicadangkan ialah guru perlu mengenal pasti motif murid tersebut berdasarkan empat motif iaitu mendapatkan perhatian, mencabar kuasa, membalas dendam dan mempemerkan kekurangan. Kemudian, guru perlu membantu murid untuk memahami motif yang telah ditunjukkan. Murid mungkin gagal untuk memahami cara yang terbaik untuk mendapat tempat dan

menyesuaikan diri di dalam bilik darjah. Guru seharusnya tunjuk dan beri kesedaran kepada murid bahawa mereka telah memilih cara atau motif yang salah untuk mendapat pengiktirafan diri. Setelah itu, guru perlu membantu murid untuk menukar matlamat yang salah kepada matlamat sebenar yang betul dan mendatangkan manfaat kepada semua pihak. Guru juga perlu membimbing murid untuk bertanggungjawab atas matlamat baru yang dipilih oleh murid. Murid juga perlu dibantu untuk melihat akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan. Akibat tersebut mestilah boleh difahami dan diterima oleh murid juga memberi manfaat kepada orang di persekitaran mereka.

muka surat | 29

EDU 3104 3.4 ) Model Disiplin Asertif Canter Teori Disiplin Asertif yang dikemukakan oleh Canter menekankan tentang hak guru dan murid dalam pengurusan bilik darjah. Hak murid ialah untuk belajar dalam persekitaran dan kondusif dan hak guru pula ialah untuk mengajar tanpa gangguan. Oleh itu, terdapat beberapa cara yang dapat diaplikasikan oleh guru untuk mengatasi masalah disiplin murid melalui model disiplin asertif canter ini. Berikut merupakan cara-caranya. Salah satu cara disiplin asertif adalah menetapkan peraturan kelas. Menurut Canter, murid- murid memilih untuk bertingkah laku. Oleh itu, guru perlu menyediakan persekitaran pembelajaran yang dapat membantu murid memilih tingkah laku yang sesuai dan bermanfaat. Untuk mencapai persekitaran yang kondusif, keperluan-keperluan guru dan murid perlu dipenuhi melalui pengurusan bilik darjah yang asertif. Hal ini boleh dilakukan dengan mengadakan peraturan yang jelas di dalam bilik darjah. Peneguhan juga merupakan salah satu cara disiplin asertif. Model Teori Disiplin Asertif berasaskan peneguhan terhadap tingkah laku yang diingini dan penerimaan murid terhadap akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan. Apabila murid- murid mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan, guru memberikan peneguhan seperti penghargaan, pujian atau ganjaran. Sebaliknya apabila murid melanggar peraturan, guru mengenakan peneguhan negatif yang berstruktur, iaitu murid-murid sedaya upaya akan mengelak daripada akibat dengan mematuhi peraturan. Sebagai contoh, dalam kelas Tahun Lima Melur, tidak semua murid akan menghantar kerja rumah yang diberikan oleh guru kelas dalam masa yang ditetapkan kerana terdapat sebilangan murid dalam kelas tersebut yang sering tidak menghantar kerja rumah mereka. Guru kelas tersebut haruslah memberi peneguhan seperti pujian atau hadiah dalam kelas kepada murid- murid yang menyiapkan dan menghantar kerja rumah dalam masa yang ditetapkan. Dengan cara ini, murid- murid tersebut akan terus mengamalkan tingkah laku yang baik tersebut pada masa yang akan datang. Pada masa yang sama, peneguhan tersebut juga diberikan kepada murid- murid yang lainmuka surat | 30

EDU 3104 dalam kelas terutamanya mereka yang tidak menghantar kerja rumah atau tidak menyiapkan kerja rumah pada masa yang ditetapkan. Dalam masa yang singkat, sesetengah murid yang tidak menghantar atau menyiapkan kerja rumah akan berubah sikap seperti menghantar kerja rumah pada masa yang tepat atau menyiapkan kerja rumah supaya mendapat pujian atau hadiah yang telah diberikan oleh guru. Pada masa yang sama, guru kelas haruslah mengenakan peneguhan negatif terhadap mereka yang tidak menghantar dan menyiapkan kerja rumah. Guru memberi amaran yang terakhir kepada murid yang tidak menghantar dan menyiapkan kerja rumah pada masa yang ditetapkan dan berjanji akan menghantar mereka berjumpa dengan guru disiplin sekolah. Sekiranya masih terdapat segelintir murid yang enggan mengubah sikapnya untuk menyiapkan dan menghatar kerja rumah yang diberi, guru harus menghantar mereka berjumpa dengan guru disiplin sekolah. Dengan ini, murid-murid sedaya upaya akan mengelak daripada akibat dengan menghantar dan menyiapkan kerja rumah pada masa yang ditetapkan. Canter berpendapat pendekatan yang terbaik untuk menguruskan disiplin bilik darjah adalah dengan menggunakan pendekatan asertif. Guru yang mengamalkan pendekatan asertif tahu apa yang diingin oleh daripada muridmuridnya. Mereka akan menyatakan dengan jelas kemahuan mereka terhadap tingkah laku murid yang diingini, perasaan mereka terhadap tingkah laku murid dan menyokong tindakan- tindakan mereka dengan perlakuan yang boleh diterima oleh murid. Guru yang asertif membantu muridnya untuk memahami bentuk tingkah laku yang dapat membawa kejayaan dan tingkah laku yang menyusahkan dan ke arah kegagalan. Sebagai contoh, rutin dan peraturan bilik darjah ditetapkan dengan jelas dan diterangkan kepada murid-murid tentang kepentingan rutin dan peraturan tersebut. Murid-murid juga diberitahu perasaan guru sekiranya mereka mematuhi atau melanggar peraturan tersebut. Murid-murid diterangkan akibat-akibat yang

munasabah sekiranya mereka melanggar peraturan. Penjelasan guru diterangkan secara perbincangan dengan murid-murid dan bukannya berbentuk ancaman. Murid-murid sedar dan jelas sebab peraturan itu diadakan dan tahu akan kesan apabila peraturan tersebut tidak dipatuhi.muka surat | 31

EDU 3104 Menurut Canter, akibat atau tindakan pembetulan boleh dikenakan kepada murid- murid yang mengganggu hak murid-murid lain untuk belajar dengan selesa. Tindakan pembetulan bukanlah bertujuan untuk mendera murid secara fizikal atau psikologi walaupun kadangkala tindakan pembetulan akan menimbulkan rasa kurang selesa murid. Canter menegaskan matlamat tindakan pembetulan dapat memberikan keadilan kepada semua murid dan tindakan itu perlu konsisten. Apabila tindakan pembetulan hendak dikenakan kepada murid, murid tersebut perlu diberitahu bahawa disebabkan tingkah laku yang ditunjukkan oleh mereka bercanggah denagn peraturan yang telah ditetapkan, maka tindakan pembetulan itu perlu dilaksanakan. Kesimpulannya, terdapat empat cara yang dapat guru aplikasikan dalam pengurusan disiplin para murid iaitu, menetapkan peraturan kelas, peneguhan, pendekatan asertif dan tindakan pembetulan. Nescaya jika cara- cara ini diaplikasikan dengan baik dan mendapat sokongan daripada ibu bapa, masalah disiplin dalam bilik darjah dapat dikurangkan dan diselesaikan.

muka surat | 32

EDU 3104 3.5 ) Model Pengurusan Kelompok Kounin. Jacob Kounin (1971) merupakan seorang pakar Psikologi Pendidikan dari Wayne State University yang menjalankan kajian terhadap cara pengurusan bilik darjah dan pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang mempengaruhi tingkah laku murid di sekolah. Menurut beliau, asas kepada keberkesanan pengurusan disiplin bilik darjah adalah bergantung kepada pengawasan dan penyeliaan yang teliti guru terhadap aktiviti- aktiviti di dalam bilik darjah. Kounin juga berpendapat faktor utama dalam menguruskan tingkah laku di dalam bilik darjah adalah berkaitan dengan kebolehan guru untuk mengawasi semua perkara yang berlaku di dalam bilik darjahnya pada setiap masa dan cara yang sesuai nuntuk menangani masalah tersebut sebelum berlarutan menjadi masalah disiplin yang teruk. Kesedaran dan kepekaan guru dalam mengawasi pergerakan di dalam bilik darjah pada setiap masa disebut sebagai withitness. Contoh keadaan ialah dalam gerak kerja kumpulan, guru ini berjaya mengawasi dan berinteraksi dengan semua kumpulan kecil walaupun pada ketika itu dia sedang mengajar satu kumpulan yang tertentu. Selain itu, guru juga boleh menggunakan kemahiran pertindihan (overlapping) semasa mengawal lebih daripada satu situasi dengan serentak yang berlaku di dalam bilik darjah. Contoh situasi ialah, Ain terus bacakan jawapan awak, saya dengar. Kamil berhenti bercakap dan dengar jawapan Ain. Kounin juga membuat kajian bahawa teguran atau tindakan guru atau seseorang murid yang melakukan salah laku akan turut memberikan kesan kepada murid- murid lain di dalam bilik darjah. Kounin menggelarkannya sebagai Kesan Gelombang (Ripple Effect). Kounin juga mencadangkan supaya guru perlu bersikap tegas, jelas dan serius semasa menjalankan sesuatu tindakan untuk mendapatkan kesan gelombang yang efektif. Guru juga haruslah mengawasi persekitaran bilik darjah pada setiap masa. Guru perlu memilih masa yang sesuai untuk memberikan teguran dengan jelas, serius dan tegas kepada murid yang melakukan salah laku. Guru tidak boleh

muka surat | 33

EDU 3104 melengah- lengahkan teguran, sebaiknya teguran terus diberikan pada ketika salah laku tersebut sedang dilakukan. Kounin juga menyatakan kelancaran dan pelaksanaan aktiviti di dalam bilik darjah memainkan peranan yang penting untuk mengawal salah laku di dalam bilik darjah. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tidak lancar, tertangguh, arahan tidak jelas dan aktiviti yang tidak menarik boleh menyumbang kepada

kebarangkalian salah laku berlaku dengan lebih kerap. Hal ini kerana, murid akan berasa bosan, tidak faham dan mulai tidak memberi perhatian dan tidak bermotivasi untuk meneruskan pembelajaran. Penyebab lain yang mengganggu kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran adalah penerangan yang meleret dan fragmentasi. Penerangan meleret bermaksud guru terus menerangkan dan mengulangi perkara- perkara yang telah lama difahami oleh murid. Fragmentasi pula bermaksud guru memecahkan aktiviti- aktiviti p&p kepada bahagian- bahagian kecil sedangkan hal itu dapat dijalankan secara menyeluruh oleh murid. Kedua- dua penyebab ini boleh menyebabkan murid berasa bosan dan keadaan ini akan mendorong mereka untuk melakukan perkara lain yang lebih menarik minat dan perhatian mereka. Model ini juga memberikan tumpuan utama terhadap pengurusan p&p untuk memastikan murid sentiasa mempunyai tugasan dan dilibatkan dengan aktiviti bilik darjah. Guru perlu sering menggunakan pelbagai strategi untuk menarik perhatian murid dan mencapai objektif pengajaran dan sekaligus menjadikan proses p&p berkesan. Kounin juga berpendapat, guru yang mempunyai momentum pengajaran yang baik akan membantu murid untuk bersedia melibatkan diri dalam aktiviti p&p. Momentum menurut Kounin merujuk kepada keadaan, iaitu guru memulakan pengajaran dengan menarik perhaatian murid, meneruskan pengajaran dengan lancar, melakukan peralihan antara aktiviti p&p dengan cekap dan membuat penutup dengan membuat kesimpulan pengajaran hari itu dengan berkesan. Pengajaran guru juga harus mengambil kira aspek minat, kebolehan dan perkembangan murid. Setiap aktiviti juga perlu menyeronokkan dan mencabar minda supaya murid akan lebih tertarik untuk memberi perhatian dan bermotivasi untuk terus belajar.

muka surat | 34

EDU 3104 4.0 PEMERHATIAN KE ATAS CORAK PENGAJARAN 4.1 ) Borang Pemerhatian Model- Model Disiplin di dalam Bilik Darjah TEORI MODEL MODIFIKASI TINGKAH LAKU B.F. SKINNER

Pemerhatian ASPEK Peneguhan positif /

Keterangan

Guru memberi ganjaran (gula) jika murid dapat menjawab soalan yang diberikan. Guru juga memberikan kata perangsang( bagus) kepada murid yang Berjaya. Guru akan memotong markah jika murid bising.

Peneguhan negatif

/

TEORI ASPEK Ganjaran / Dendaan Guru yang agresif Guru yang tidak asertif Guru yang asertif / Pengiktirafan /

MODEL DISIPLIN ASERTIF CANTER Pemerhatian Keterangan Guru membeir hadiah kepada murid yang mematuhi peraturan kelas. Pemotongan mata sistem token

Seorang guru yang mesra tetapi tegas. (permainan kotak muzik dapat dikendalikan dengan jayanya dan menyeronokkan). Guru menyebut nama pelajar yang berjaya dan memberi ucapan taniah. Guru juga member lencana khas kepada murid yang Berjaya menjaga tingkah laku mereka berdasarkan sisitem token. Guru menetapkan peraturan kelas dan murid dan guru bersama-sama mematuhinya. Cara: peraturan sistem token ditampa, jelas dan bertulis.muka surat | 35

/

Perancangan disiplin

/

EDU 3104

Tindakan pembetulan

/

Guru akan membimbing murid-murid yang melakukan kesalahan( contoh dalam mengeja) Guru membetulkan tindakan murid yang dilakukan dikhalayak ramai tetapi tanpa memalukan murid tersebut.

TEORI

MODEL AKIBAT LOGIKAL DREIKURS Pemerhatian Keterangan

ASPEK Mengenal pasti tingkah laku muridmurid Guru mengenal pasti tingkah laku pelajar yang bermasalah. ( faktor: keluarga, nak kan pemerhatian) Guru mengenal pasti murid yang pandai dan lemah. Guru boleh mengawal murid Murid senyap dan melakukan arahan yang diberikan. P&P dapat dijalankan dengan baik sekali /

/

Kawalan kendiri murid / Demokrasi bilik darjah Bilik darjah autokratik Bilik darjah permisif Rasa kepunyaan / Guru yang autokratik Memberi galakan Komunikasi yang berkesan

Guru memberi perhatian kepada murid yang bermasala dan guur juga menghormati hak mereka.

/

Guru memberi galakan kepada murid untuk membetulkan tingkah laku dan mengikuti P&P Arahan yang jelas

/

muka surat | 36

EDU 3104

TEORI ASPEK

MODEL PENGURUSAN KELOMPOK KOUNIN Pemerhatian Keterangan

Pengawasan dan penyelian guru Witniness (kesedaran oleh kepekaan) Pertindanan (overlaping) Kesan gelombang (tegas, jelas dan serius) Teguran dengan jelas P&P yang lancar dan menarik Arahan yang jelas Strategi yang pelbagai

Sangat baik sekali / Guru mempunyai kebolehan mengawasi semua perkara yang berlaku dlam kelas. /

/

Guru memberi teguran kepada murid yang melakukan salah laku. Contoh: murid membuat bising

Sangat jelas dan tegas / Keadaan kelas yang terkawal Bahan bantu mengajar yang menarik / Arahan guru sangat jelas. / Guru menggunakan pelbagai strategi P&P Berpusatkan guru, murid dan bahan Menjadikan P&P menarik

/

muka surat | 37

EDU 3104

TEORI ASPEK

MODEL TERAPI REALITI OLEH WILLIAM GLASSER Pemerhatian Keterangan

Kasih sayang (guru memberi perhatian dan ambil berat) Ada kuasa dan kawalan kelas Kebebasan

Walaupun tegas, guru masih mesra dengan muridmurid /

/

Guru berkusa Kelas terkawal

Guru menerima pandangan murid /

Keseronokan / Kurikulum yang berkualiti

P&P yang dijalankan memberi keseronokan kepada murid Pengajaran yang memotivasikan murid, berpusatkan murid dan member peluang kepada murid untuk meneroka P&P Bilik darjah yang kondusif Guru yang bersifat pembimbing Memberi galakan Memberi peluang kepada murid untuk menilai kerja masing-masing.

/

Kualiti pengajaran

/

muka surat | 38

EDU 3104 4.2 Laporan Pemerhatian Terhadap Model Disiplin yang Terdapat dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran. Pada 11 Februari yang lepas, kumpulan kami telah menjalankan satu pemerhatian terhadap satu proses pengajaran dan pembelajaran di Sekolah Kebangsaan Putrajaya persints 11 (1). Kami menjalankan pemerhatian selama satu jam terhadap P&P Cikgu Zara Wahida Binti Ahmad(Cikgu Zara). Beliau menfokuskan murid-murid tahun dua yang mempunyai tahap pemikiran yang sederhana. Pada pemerhatian kami, Cikgu Zara Wahida Binti Ahmad, telah menggunakan kesemua model yang terdapat dalam model disiplin di dalam bilik darjah untuk memperolehi pengurusan yang baik di dalam bilik darjah. Pengurusan bilik darjah dan penyelenggaraan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang dilakukan berlaku dengan baik sekali. Beliau dapat mengawal kelas secara sistematik dengan pengurusan disiplin murid-murid yang rapi. Menurut beliau, sebelum memulakan P&P, kita perlu memastikan keadaan disiplin murid-murid kita terlebih dahulu agar objektif pengajaran dapat mencapai. Sebelum memulakan P&P, beliau menggunakan Model Pengurusan Kelompok Kounin untuk mengawal kelas. Contohnya, beliau memberi arahan yang jelas kepada muridmurid dalam setiap aktiviti. Situasi ini dapat manarik perhatian murid untuk melaksanakan aktivit P&P dengan betul. Jika terdapat kesilapan yang dilakukan oleh murid-murid, beliau akan menegur dengan jelas supaya kesilapan tingkah laku itu tidak diulang kembali oleh murid-murid yang lain. Contohnya Cikgu Zara menggunakan sistem token untuk mengawal disiplin di dalam kelasnya. Penambahan dan penolakkan mata token akan berlaku dan ia bergantung kepada disiplin muird. Contohnya, beliau akan menegur dan menolak mata token yang dikumpul oleh murid sebagai hukuman. Keadaan ini dapat mengelakkan murid daripada melakukan perbuatan yang tidak disenangi dan mengganggu proses P&P. Keadaan ini yang dikenali sebagai kesan gelombang yang dimaksudkan oleh Kounin. Selain itu juga, Cikgu Zara seorang yang pandai mengawal dan menyelia kelas dengan baik sekali. Perkara itu adalah fokus utama dalam model kelompok Kounin. Beliau dapat mengawasi semua perkara yang berlaku dalam bilik darjahnya dan mengatasinya dengan cara yang berkesan. Keadaan ini, memang tidak dapat dinafikan kerana pada pemerhatian kami, mereka terdiri daripada murid-murid pemulihan yang hiperaktif danmuka surat | 39

EDU 3104 mengalami masalah pembelajaran. Tetapi keadaan ini dapat diatasi dengan pengawasan dan penyeliaan dan kesedaran oleh kepekaan iaitu nwitniness yang bagus daripada Cikgu Zara. Tambahan lagi, penggunaan model ini juga terselah dalam P&P tersebut. Contohnya Cikgu Zara menggunakan pelbagai strategi dalam mencapai objektif pengajarannya. Semasa aktiviti mengeja sambil bermain kotak muzik, beliau menggunakan pelbagai kaedah seperti kaedah berpusatkan guru, murid dan berpusatkan bahan buntu mengajar (BBM). Penglibatan murid yang aktif dapat mengurangakan murid daripada melakukan masalah disiplin. Penglibatan ini dibantu oleh penyediaan BBM yang menarik semasa prose P&P. Selain itu juga, P&P tersebut menggunakan konsep penggabungjalinan unsur muzik. Keadaan ini menjadikan proses P&P yang dijalankan lebih menarik dan berjalan dengan lancar. Tambahan lagi, Cikgu Zara juga menggunakan model Modifikasi Tingkah Laku B.F Skinner dalam proses P&P beliau. Contohnya, beliau telah menggunakan peneguhan positif semasa menjalankan aktivit pertandingan mengeja. Beliau akan memberikan gula-gula kepada kumpulan yang berjaya mengeja dengan betul. Keadaan ini dapat menarik minat pelajar lain untuk mengikuti P&P tersebut kerana mereka semua mempunyai taget untuk mendapatkan gula-gula tersebut. Peneguhan positif adalah satu cara untuk memotivasikan murid-murid untuk berjaya dalam pembelajaran. Oleh itu, pengurusan tingkah laku murid dapat dikendalikan dengan baik sekali. Selain itu, untuk mengawal tingkah laku pelajar di dalam kelas juga, beliau memperkenalkan satu sistem yang dikenali sebagai sistem token. Melalui sistem ini, setiap murid yang berkelakuan baik dan berdisiplin akan diberikan mata ganjaran dan mata token yang terkumpul akan ditolak jika murid-murid melakukan kesalahan seperti membuat bising, tidak membuat kerja rumah dan membuang sampah di dalam kelas. Pada akhirnya, murid dapat menebus mata token tersebut dengan hadiah-hadiah yang menarik.

Pada pandangan kami, sistem token yang beliau jalankan ini sangat menarik untuk membina satu pengurusan kelas yang sistematik. Semua murid akan berusaha untuk meningkatkan mata token masing-masing dan mengelakkan penolakan mata token berlaku. Keadaan ini dapat meningkatkan tingkah laku yang diingini dan dapat mengelakkan perbuatan yang tidak diinginkan kembali berlaku.

muka surat | 40

EDU 3104 Beliau juga selalu memberikan peneguhan positif yang berbentuk pujian, senyuman dan tepukan kepada murid yang berjaya dan mengawal tingkah laku. Peneguhan ini adalah satu pengiktirafan kepada murid dan mendorong mereka untuk memperbaiki dan mengekalkan tingkah laku baik mereka. Selain itu, keadaan dapat meningkatkan penglibatan murid dalam proses P&P. Kaedah ini merupakan satu element luaran yang digunakan untuk meningkatkan tingkah laku yang diingini. Cikgu Zara juga telah menggunakan Model Disiplin Asertif Canter. Model ini menyerupai Model Modifikasi Skinner, tetapi model ini lebih menekankan penetapan dan penguatkuasaan peraturan secara tegas. Cikgu Zara telah menekakan beberapa perkara yang tidak disukainya sebelum proses P&P bermula secara jelas dan tegas. Peraturan-peraturan ini dinyatakan secara bertulis dan lisan agar murid-murid sentiasa peka dengan peraturan ini dan menjaga hak guru dan murid dari semasa ke semasa. Disini jelas kepada kita bahawa, Cikgu Zara seorang guru asertif iaitu seorang yang tegas dan berkeyakinan. Pengurusan bilik darjah perlu dilakukan secara asertif agar masalah disiplin di dalam kelas dapat ditanggani. Walaupun tegas, beliau juga seorang guru yang sangat mesra. Situasi ini dapat dilihat ketika beliau melakukan permainan kotak muzik dalam proses P&P. Murid-muridnya begitu seronok dan teruja dalam melakukan aktiviti ini. Selain itu, Cikgu Zara juga menggunakan sistem memberi ganjaran dan dendaan kepada murid yang melakukan masalah disiplin. Kaedah ini digunakan bagi meningkatkan dan mengelakkan masalah disiplin. Menurut beliau, sistem token yang dilaksanakannya itu, banyak membantu beliau dalam mengendalikan masalah disiplin di dalam bilik darjah. Beliau juga melaksanakan tindakan pembetulan dengan membimbing murid-murid supaya menunjukkan tingkah laku yang diingini agar proses P&P dapat berlaku secara professional dan tanpa ganguan. Perkara tersebut merupakan konsep utama Model Disiplin Asertif Canter yang ada dalam proses P&P Cikgu Zara. Selain daripada memberi ganjaran seperti hadiah, beliau juga menggunakan kaedah pengiktirafan. Beliau akan menyebut nama murid dan menyatakan ucapan taniah kepada murid yang berjaya sebagai pengiktirafan. Cikgu Zara begitu kreatif dalam mengendalikan disiplin kelasnya iaitu penyediaan lencana khas untuk murid-murid yang berdisiplin. Lencana tersebut akan diberikan kepada murid yang berjaya menjaga tingkah laku mereka berdasarkan sisitem token. Lencana itu juga menjadi rebutan murid-murid kerana terlalu istimewa dan

muka surat | 41

EDU 3104 menjadi kebanggaan murid-murid sekolah tersebut. Oleh itu, semua murid akan menjaga tingkah lakunya untuk memperolehi lencara khas tersebut. Jelaslah kepada kita, bahawa Cikgu Zara mempunyai pesonaliti sebagai pemimpin di dalam bilik darjah dan mempunyai pendekatan yang proaktif semasa berhadapan dengan masalah tingkah laku. Perkara sebegini yang menjadi fokus utama dalam Model Disiplin Asertif Canter. Selain daripada menggunakan Model Pengurusan Kelompok Kounin, Model Modifikasi Tingkah Laku B.F. Skinner dan Model Disiplin Asertif Canter, Cikgu Zara juga menggunakan Model Akibat Logikal Dreikurs. Model ini menekankan keberkesanan guru mengenal pasti punca salah laku. Oleh itu, murid perlu dibimbing untuk memahami peraturan di dalam bilik darjah. Justeru itu, Cikgu Zara telah memberi kepercayaan dan tanggungjawab kepada murid-murid untuk bersama-sama menjaga disiplin di dalam bilik darjah. Beliau membimbing murid-muridnya untuk saling mengingati tentang peraturan yang telah ditetapkan. Cikgu Zara akan mengetahui masalah yang dihadapi oleh murid-muridnya kerana perkara inilah yang menjadi punca masalah disiplin di dalam bilik darjah. Antara puncanya ialah masalah keluarga, kesihatan dan inginkan perhatian yang lebih daripada orang

sekeliling. Contohnya, di dalam kelas Cikgu Zara, terdapat seorang pelajar perempuan yang mempunyai masalah disiplin. Murid tersebut tidak mahu melakukan tugasan dan sering menganggu rakannya. Menurut Cikgu Zara, murid tersebut adalah anak tunggal yang manja. Ketika dirumah semua kerja dilakukan oleh ibunya. Oleh sebab itu, dia tidak mahu melakukan tugasan yang diberi. Murid tersebut selalu menggangu murid-murid lain kerana dia inginkan perhatian yang sama dengan perhatian yang diperolahi di rumahnya. Keadaan ini dapat diatasi oleh beliau dengan menggunakan kaedah kawalan kendiri murid dan memberi perhatian kepadanya supaya murid tersebut merasa dirinya kepunyaan. Selain itu, beliau akan memberikan galakan kepada murid-murid untuk membetulkan tingkah laku dan memupuk semangat untuk meneruskan proses P&P. Tambahan lagi, pada pemerhatian saya, suasana bilik darjah tersebut sangat demokrasi. Keadaan ini dapat membentuk disiplin yang berkualiti iaitu guru dan murid berkerjasama membuat keputusan dalam pengurusan bilik darjah. Selain itu, keadaan inimuka surat | 42

EDU 3104 dapat membentuk disiplin kendiri dalam membina sahsiah murid-murid. Oleh sebab itu, proses P&P dapat berlaku dengan jayanya dan seronok. Kami dapati konsep Drakus banyak membantu dalam pengurusan disiplin bilik darjah beliau. Model yang terakhir yang digunakan oleh Cikgu Zara ialah Model Terapi Realiti Oleh William Glasserr. Beliau sememangnya menggunakan kretiria di dalam model ini sepenuhnya. Antaranya, beliau seorang yang perihatin dan sangat mesra dengan muridmuridnya. Pada masa yang sama juga beliau adalah seorang yang tegas tetapi masih memberi kebebasan kepada murid-muridnya untuk memberi pandangan. Selepas itu, beliau akan menilai pandangan tersebut untuk tindakan seterusnya. Oleh itu, tidak mustahilah, proses P&P yang dijalankan oleh Cikgu Zara dapat dijalankan dengan berkesan dan memberi keseronokan kepada murid-muridnya. Pendekatan dan cara yang digunakan oleh beliau dapat menarik murid-muridnya untuk mengikuti prose P&P. pengajarannya juga bermotifkan motivasi, berpusatkan murid dan beliau juga memberi peluang kepada muridnya untuk meneroka sendiri proses P&P. Contohnya, semasa aktiviti memadamkan perkataan dengan gambar, beliau menyuruh murid-muridnya mencari jawapan dan meneroka sendiri aktiviti tersebut. Bantuan akan diberikan jika muri-murid mengalami masalah. Selain itu, pada pemerhatian kami juga, Cikgu Zara seorang yang menentingkan kualiti pengajarannya kerana kami dapati bilik darjah Cikgu Zara sangat kondusif dari segi susun atur meja kerusi, kebersihan dan suasana bilik tersebut sangat selesa sekali. Oleh itu, tidak hairanlah, kelas tersebut mendapat anugerah kelas tercantik. Beliau juga seorang yang bersifat pembimbing, sentiasa memberi galakan dan memberi peluang kepada muridnya untuk menilai hasil kerja mereka sendiri. Oleh itu, murid-muridnya akan berusaha untuk memperbaiki kesalahan yang dilakukan. Justeru itu, ini dapat membantu untuk mengurangkan masalah disiplin dalam bilik darjah. Kesimpulanya, Cikgu Zara bijak menguruskan disiplin bilik darjah dengan mempunyai asas pengurusan disiplin yang kukuh. Oleh itu, sebagai bakal guru kita hendaklah mengambil langkah untuk merancang satu bentuk pengurusan disiplin bilik darjah yang berkesan iaitu bersesuaian dengan persekitaran bilik darjah tersebut. Model-model yang telah digunakan oleh Cikgu Zara boleh menjadi panduan kepada kami kelak untuk membentuk disiplin murid dan membina kelas yang kondusif.muka surat | 43

EDU 3104

5.0 KEKUATAN DAN KELEMAHAN PENGGUNAAN MODEL DISIPLIN Berdasarkan pemerhatian yang telah dijalankan, Cikgu Zara Wahida telah menggunakan kesemua model yang terdapat dalam pengurusan disiplin bilik darjah. Namun, terdapat juga kekuatan dan kelemahan terhadap penggunaan model yang digunakan. Antara kekuatan yang dapat dilihat pada Model Pengurusan Kelompok Kounin ialah, cikgu Zara berjaya mengawal kelas dengan baik. Hal ini kerana, setiap arahan yang diberi adalah jelas dan mudah untuk difahami . Beliau juga sentiasa memberikan teguran jika ada murid yang melakukan salah laku. Ekoran itu, tingkah laku murid dapat dikawal dengan baik semasa menjalani setiap aktiviti yang dirancang oleh beliau. Hal ini penting dalam melibatkan pengibatan murid secara menyeluruh dan dapat mengelakkan mereka daripada melakukan masalah displin. Dalam memberi arahan, seorang guru perlu mempunyai kemahiran yang tinggi bagi menarik minat murid. Perkara ini merupakan aspek yang penting dalam menghasilkan pengajaran secara menyeluruh dan berkesan.

muka surat | 44

EDU 3104 Model ini juga mempunyai kekuatan dari segi strategi pengajaran yang melibatkan pengajaran berpusatkan guru dan murid berpusatkan bahan bantu mengajar yang menarik. Namun begitu, kelemahan model ini dapat dilhat pada kesan gelombang yang dilaksanakan oleh Cikgu Zara kerana beliau hanya memberi teguran tanpa hukuman dendaan. Perkara ini mungkin akan menyebabkan murid tersebut mengulangi kesalahan yang sama contohnya membuat bising. Hal ini kerana, kebanyakkan murid di dalam kelas tersebut merupakan kanak- kanak berkeperluan khas. Bagi model modifikasi tingkah laku B.F Skinner pula, kekuatannya terserlah pada peneguhan posiif dan peneguhan negatif yang digunakan oleh Cikgu Zara. Peneguhan ini penting dalam memastikan penglibatan murid secara aktif terhadap aktiviti pembelajaran yang dilaksanakan. Hal ini dapat dilihat pada aktiviti pertandingan mengeja yang amat memberansangkan kerana setiap murid berlumbalumba untuk mendapatkan gula- gula tersebut. Hal ini kerana Cikgu Zara telah mengaplikasikan peneguhan positif dengan memberikan gula- gula kepada murid yang telah berjaya mengeja dengan betul. Murid juga berasa seronok dan dihargai kerana Cikgu Zara sentiasa memberikan pujian, senyuman dan tepukan kepada mereka yang berjaya. Perkara ini menjadi kekuatan dalam memberikan motivasi secara luaran untuk mereka melibatkan diri secara aktif dan mengekalkan tingkah laku yang baik. Disamping itu, beliau juga menekankan peneguhan negatif agar mereka sentiasa menjaga tingkah laku dan displin diri supaya tidak membuat bising. Beliau menggunakan peneguhan negatif dengan memotong markah murid jika mereka membuat bising. Disamping itu, peneguhan positif dan negatif yang digunakan Cikgu Zara diaplikasikan melalui satu sistem iaitu sistem token. Sistem token ini merupakan sistem yang dilaksanakan di dalam kelas beliau dan sistem ini amat berfungsi untuk mengawal tingkah laku murid semasa dalam bilik darjah mahupun aktiviti pembelajaran dijalankan. Ekoran itu, terdapat juga kelemahan yang terdapat dalam model ini iaitu peneguhan positif yang diberikan contohnya pada ganjaran. Bagi murid yang terdiri daripada keluarga berekonomi tinggi, mereka tidak akan menghiraukan sistem token tersebut. Bagi mereka, ganjaran yang diberikan guru tersebut mungkin perkara biasa dan mereka akan terus melanggar disiplin. Dengan itu, tindakan dendaan perlu dilaksanakan contohnya seperti berdiri di atas kerusimuka surat | 45

EDU 3104 agar dendaan ini dapat memberi kesan terhadap perubahan tingkah lakunya. Bagi murid yang lemah dan bermasalah pula, mereka akan ketinggalan kerana mereka tidak berpeluang untuk merebut ganjaran yang diberi seterusnya akan membuat bising dan melanggar peraturan. Hal ini akan menyebabkan kawalan kelas tidak terurus. Model yang seterusnya ialah model disiplin asertif canter. Kekuatan model ini dapat dilihat pada ketegasan seorang guru dalam menekankan penetapan dan penguatkuasaan peraturan. Sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran, Cikgu zara telah menekankan beberapa perkara yang tidak diingininya dan menetapkan peraturan. Peraturan-peraturan ini dinyatakan secara bertulis dan lisan agar murid-murid sentiasa peka dan hak guru dan murid dapat dipenuhi. Hal ini penting bagi memastikan bilik darjah berada dalam keadaan terkawal dan kondusif. Kekuatannya juga dilihat pada sistem memberi ganjaran dan dendaan yang melibatkan sistem token. Disamping itu, Cikgu Zara seorang yang kreatif dalam memberi pengiktirafan kepada muridnya dengan menyediakan lencana khas kepada mereka yang sentiasa menjaga tingkah laku. Hal ini amat memberi kesan terhadap disiplin murid di dalam kelas mahupun di sekolah. Ekoran itu, murid yang lain juga akan berusaha untuk menjaga tingkah laku agar mendapat pengiktirafan tersebut. Namun begitu, terdapat juga kelemahan dalam model ini iaitu jika seorang guru terlalu tegas murid akan takut untuk melibatkan diri mereka secara aktif dalam setiap aktiviti yang dilakukan. Murid juga akan bersifat pasif dalam memberi respon. Ketegasan itu perlulah diselit kelembutan agar hubungan antara guru dan murid mesra seterusnya dapat mengawal murid dengan baik dan berkesan. Kekuatan pada Model Akibat Logikal Dreikurs juga dikenalpasti ketika pengajaran dan pembelajaran Cikgu Zara. Kekuatan ini dilihat pada kebolehan beliau mengenalpasti punca masalah disiplin yang dihadapi oleh muridnya. Hal ini dapat dilihat pada cara beliau menyelesaikan masalah seorang murid perempuan yang mempunyai masalah disiplin dalam melakukan tugasan dan sering menganggu rakannya. Cikgu Zara telah menyelesaikan masalah tersebut dengan menyiasat puncanya dan menggunakan kaedah kawalan murid . Galakkkan juga diberi bagi

muka surat | 46

EDU 3104 membetulkan tingkah laku seterusnya memupuk semangat dalam meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran. Kekuatan pada suasana bilik darjah juga terserlah kerana bilik darjah tersebut bersifat demokrasi dalam membuat sesuatu keputusan. Dengan itu, guru dapat membentuk disiplin kendiri mereka dalam melaksanakan sesuatu perkara. Walaubagaimanapun, model ini juga mempunyai kelemahan yang melibatkan rasa kepunyaan tersebut akan menimbulkan perasaan cemburu dikalangan murid lain terhadap perhatian guru bagi murid bermasalah sahaja. Perkara ini secara tidak langsung, akan memyebabkan masalah disiplin semakin bertambah. Model yang terakhir yang digunakan oleh Cikgu Zara ialah Model Terapi Realiti Oleh William Glasserr. Kekuatan model ini amat mempengaruhi sepenuhnya dalam mengawal kelas dan murid dengan baik. Hal ini kerana, Cikgu Zara sentiasa menunjukkan guru sebagai seorang yang berkuasa semasa berada dalam kelas. Perkara ini amat penting bagi memastikan keadaan kelas sentiasa berada dalam keadaan yang terkawal. Ekoran itu, Cikgu Zara amat mementingkan kualiti pengajarannya. Hal ini dapat dilihat pada persediaan bilik darjah yang sangat kondusif dan pendekatan pengajaran yang digunakan berpusatkan murid serta memberi peluang kepada mereka untuk meneroka sendiri P&P tersebut. Aspek keseronokan juga merupakan kekuatan bagi beliau agar proses P&P yang berlangsung berkesan. Kelemahan yang terdapat dalam model ini pula dilhat pada aktiviti yang diberi oleh guru agar murid meneroka P&P dengan sendiri. Hal ini akan mendatangkan masalah disiplin kerana, bagi murid yang sangat aktif mereka akan menggunakan peluang tersebut untuk membuat bising dan mengganggu rakan sekelas mereka. Dengan itu, tingkah laku murid sukar untuk dikawal kerana mereka kurang memahami arahan guru yang diberikan. Kesimpulannya, setiap model disiplin mempunyai kelebihan dan kekurangan masing- masing. Dengan itu, kita sebagai bakal guru haruslah bijik memilih agar dapat mengawal kelas dengan baik dan teratur. Guru yang bijak dapat mencipta satu cara untuk menarik perhatian dan minat murid. Oleh itu, jadilah seorang guru yang sentiasa melakukan transformasi agar jentera yang dikawalnya dapatmuka surat | 47

EDU 3104 menghasilkan produk yang berkualiti seterusnya menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

6.0 BAGAIMANA GURU DAPAT MEMANFAATKAN MODEL DISIPLIN DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 6.1) Model Akibat Logikal Dreikurs Proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam bilik darjah yang berkesan terjadi disebabkan oleh pengurusan guru itu sendiri dan kerjasama yang diberikan oleh murid-murid. Namun, wujudnya pelbagai masalah berkaitan salah laku disiplin murid-murid adalah berpunca daripada peraturan-peraturan yang ditetapkan serta pengawasan guru yang salah. Oleh yang demikian, berdasarkan model disiplin yang dikemukakan Rudolf Dreikurs iaitu Model Akibat Logikal, guru dan murid-murid itu perlu saling bekerjasama dalam menetapkan sebarang peraturan dan pengurusan disiplin bilik darjah agar ianya kondusif dan selesa. Berbeza dengan Model Disiplin Asertif Canter yang lebih bersifat autokratik, model ini menekankan bahawa amalan demokrasi di dalam bilik darjah itu dapat membentuk disiplin yang berkualiti.muka surat | 48

EDU 3104 Berdasarkan model Dreikurs, sebagai guru, kita digalakkan supaya menganalisa dan mengenal pasti terlebih dahulu setiap masalah tingkah laku yang timbul agar jalan penyelesaian yang terbaik dapat diambil. Hal ini penting kerana setiap langkah yang diambil guru mampu mempengaruhi tingkah laku murid seterusnya sama ada berhasil ataupun tidak. Jika tindakan keras yang diambil seperti dendaan, masalah tersebut akan membawa kepada kesan yang lebih negatif di samping memalukan diri murid itu sendiri. Oleh itu, guru hendaklah bijak dan belajar cara-cara bagi mengenal pasti matlamat murid yang salah ini serta cara untuk menanganinya. Dalam Model Akibat Logikal, Dreikurs telah mengutarakan bahawa konsep kepunyaan terhadap bilik darjah merupakan matlamat utama yang berupaya memotivasikan sikap dan tingkah laku murid. Hal ini secara tidak langsung saling bersangkutan dengan cadangannya dalam mengenal pasti matlamat murid yang salah yakni punca kepada tingkah laku bermasalah iaitu menunjukkan tingkah laku mencuri perhatian, menunjukkan kuasa, membalas dendam dan menunjukkan kelemahan sejajar dengan usaha membantu murid tersebut dalam mendapatkan rasa kepunyaan seperti yang dimahukan. Berdasarkan motif tersebut, secara tidak langsung seseorang guru itu dapat mengenal pasti dengan lebih awal setiap tingkah laku murid-murid yang diajar olehnya. Hal ini sekurang-kurangnya membantu guru dalam memilih cara yang sesuai dalam menangani masalah yang timbul. Contohnya, Akmal telah melakukan kesalahan iaitu mengganggu murid-murid lain semasa berlangsungnya proses P&P dan mengundang kemarahan guru. Dengan mempelajari model ini, kita berupaya untuk memikirkan secara logik langkah yang sesuai untuk diambil dan akibat yang akan terjadi atas keputusan tersebut. Sebagai guru, pertama sekali kita hendaklah mengkaji dahulu punca berlakunya masalah tersebut dan bukannya melepaskan terus emosi ke atas murid itu kerana dikhuatiri masalah yang timbul akan semakin meningkat. Kebiasaannya, murid yang melakukan salah laku ini adalah disebabkan mereka ingin mendapat perhatian daripada guru tetapi menggunakan cara yang salah. Oleh yang demikian, sebagai guru, kita tidak boleh melepaskan kemarahan kepada Akmal tetapi menggantikannya dengan memberi galakan yang sesuaimuka surat | 49

EDU 3104 seperti mengucapkan syabas kerana telah melaksanakan kerja sekolah yang diberikan dengan baik. Dengan cara itu, guru telah memberi pilihan kepada dia sama ada ingin melakukan perbuatan yang salah tetapi tidak mendapat perhatian atau melakukan kerja-kerja yang dapat memberikan perhatian guru kepadanya. Setelah itu, guru hendaklah membantu dan membimbingnya dalam memilih cara mendapatkan perhatian yang betul iaitu secara positif dan bukannya secara negatif. Dalam menangani keempat-empat motif tersebut, langkah yang perlu diambil untuk menanganinya adalah hampir sama iaitu selain mengkaji punca berlakunya sesuatu motif itu, sebagai guru, kita perlulah tenang, sabar, peka dan cuba berbincang masalah tersebut dengan cara yang berhemah. Selain itu, guru juga perlu memahami emosi setiap orang murid yang diajar di samping cuba membantu mereka menyalurkan emosi negatif yang ada dalam diri kepada tingkah laku yang lebih baik. Bukan itu sahaja, Dreikurs turut memberi banyak cadangan yang boleh diguna pakai oleh para guru dalam mengatasai masalah tersebut. Sebagai contoh, guru haruslah membantu murid untuk melihat akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan di samping memberi galakkan dan bimbingan supaya mereka bertanggungjawab ke atas matlamat bermanfaat yang telah mereka ambil. Kadang-kala, punca berlakunya sesuatu tingkah laku yang salah dalam kalangan murid-murid adalah disebabkan komunikasi antara guru itu sangat lemah dan kurang berkesan. Dengan adanya model Dreikurs tersebut, masalah komunikasi itu dapat diatasi apabila terdapatnya beberapa cadangan yang telah beliau sarankan sebagai contoh, guru hendaklah selalu berkomunikasi tentang perkara-perkara yang positif dan bukannya perkara-perkara yang negatif. Berkomunikasi secara positif penting agar murid-murid tersebut sentiasa didedahkan dengan persekitaran yang baik dan terhindar daripada perkara-perkara yang negatif. Selain itu, dalam meningkatkan keberkesanan komunikasi yang berkesan antara guru dan murid, guru hendaklah selalu memberi galakan kepada mereka untuk menunjukkan peningkatan dalam sesuatu pembelajaran dan bukannya kesempurnaan. Perkara ini sejajar dengan Model Terapi Realiti yang dikemukakan William Glasser yang menyatakan kurikulum perlu dirangka untuk memenuhi keperluan murid iaitu berupaya menggunakan dan mengaplikasi ilmu yang diterima ke dalam kehidupan seharian dan bukan hanya untuk lulus dalam peperiksaan semata-mata.muka surat | 50

EDU 3104 Selain itu, memberi galakan kepada mereka supaya bekerjasama antara satu dengan yang lain juga turut ditekankan. Hal ini bagi membantu murid-murid yang lemah dan pasif supaya menjadi lebih cemerlang dan aktif pada masa akan datang. Bahkan, perkara ini turut membantu guru dalam mengawal disiplin bilik darjah itu sendiri agar teratur dan selesa sepanjang masa. Sebagai guru, tugas yang dipikul bukan hanya untuk mengajar semata-mata tetaapi lebih kepada fasilitator dan kauselor. Oleh itu, guru juga bertanggungjawab dalam mengenal pasti kelemahan setiap murid yang diajar. Hal ini secara tidak langsung dapat membantu guru berbincang dengan murid tersebut di samping cuba mengatasi masalah yang dihadapi. Apabila penyelesaian tersebut berjaya diatasi, proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah akan menjadi lebih kondusif. Kebiasaannya juga, murid-murid sering melakukan banyak kesila