22
Perlembagaan dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia (WAJ 3106) Disediakan oleh Ng Chin Er

Hubungan etnik malaysia

  • Upload
    cher

  • View
    248

  • Download
    8

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Perlembagaan dalam konteks hubungan etnik di Malaysia

Citation preview

PowerPoint Presentation

Perlembagaan dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia(WAJ 3106)

Disediakan oleh Ng Chin Er

Apa itu Perlembagaan?

Perlembagaan adalah undang-undang asas pemerintahan negara.

Perlembagaan sebuah dokumen yang mengandungi undang-undang dan susunan peraturan penting dan tertinggi dalam sesebuah negara.

Bagi negara berdaulat, perlembagaan adalah sumber undang-undang yang tertinggi dan setiap individu perlu patuh keluhurannya.

Perlembagaan berperanan sebagai panduan bagi membentuk undang-undang sama ada oleh kerajaan atau rakyat.

Konsep Perlembagaan

1. Perlembagaan terbahagi kepada dua:

Perlembagaan bertulis

Perlembagaan yang dikumpul dan disusun dalam satu dokumen, contohnya Perlembagaan Malaysia.

Perlembagaan tidak bertulis

Perlembagaan yang tidak dikumpul dalam satu dokumen seperti undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen dan keputusan mahkamah.

Sukar dipinda kecuali wujud peruntukan dalam perlembagaan yang membenarkannya.

Menurut K.C Wheare (1951), terdapat dua maksud utama daripada istilah perlembagaan. Pertamanya ialah berhubung dengan institusi politik asaso bagi sesebuah negara.

1. Perlembagaan penting bagi menjamin kestabilan politik dan sistem pemerintahan negara yg adil dan cekap terutamanya bagi negara yg berbilang etnik.

2. Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi di Malaysia. Parlimen(badan perundangan), badan eksekutif (Kabinet dana semua jentera kerajaan) dan badan kehakiman mendapat kuasa daripada Perlembagaan.

3. Perlembagaan Malaysia mempunyai 183 Perkarana dan 13 Jadual.

4. Perlembagaan Malaysia menyentuh tentang bidang kuasa eksekutif, legislatif, kehakiman, kedudukan agama Islam, kewarganegaraan, bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu, Bumiputera Sabah dan Sarawak dan lain-lain.

5. Kuasa Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua bagi ketiga-tiga cabang kerajaan juga tertakluk kepada sekatan yang dikenakan oleh Perlembagaan.

6. Undang-undang persekutuan atau negeri tentang sesuatu perkara boleh diisytiharkan sebagai tidak sah oleh mahkamah jika undang-undang itu bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia sejauh manakah undang-undang itu bercanggah.

7. Perlembagaan merupakan sumber undang-undang tertinggi sesebuah negara. Kewujudannya adalah untuk menyelaraskan permerintahan sesebuah negara.

Sejarah Penggubalan Perlembagaan

Perlembagaan Malayan Union (1946)

Perlembagaan Rakyat (1947)

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (1948)

Sistem Ahli( 1951)

Pilihan Raya Majlis Tempatan (1951-1952)

Pilihan raya Umum Pertama (1955)

Rundingan Kemerdekaan (1956)

Suruhanjaya Reid (1956)

Perlembagaan Kemerdekaan (1957)

Perlembagaan Malayan Union (1946)

Malayan Union diisytiharkan pada 1 April 1946 dan Sir Edward Gent menjadi gabenor pertama

Malayan Union mendapat tentangan hebat daripada orang Melayu

Orang Melayu memulaukan majlis pengisytiharaan, dan akhirnya British mengalah dan menggantikan Malayan Union kepada Persekutuan Tanah Melayu.

Ciri-ciri Malayan Union

Singapora dijadikan tanah jajahan berasingan di bawah seorang Gabenor British.

Kedaulatan Raja-raja Melayu dihapuskan.

Hak kerakyatan yang sama bagi semua berasaskan Jus Soli.

Semua negeri Melayu kecuali Singapora disatukan di bawah pemerintahan Gabenor British.

Sebab penentangan Malayan Union

Kuasa Raja-raja Melayu dilenyapkan dalam urusan pentadbiran negeri.

Singapora dipisahkan dari Malayan Union, sbg tanah jajahan Inggeris.

Hak kerakyatan liberal berdasarkan prinsip Jus Soli.

Hak sama rata kepada semua warganegara tanpa mengira bangsa. ( peribumi x keistimewaa)

Tidak puas hati dengan Sir Harold Mc Micheal yang menggunakan paksaan dan ugutan untuk mendapatkan tandatangan raja-raja Melayu

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948

Cadangan jawatan kuasa Kerja Perlembagaan Persekutuan TM 1948:

Pemulihan kedudukan Raja-raja Melayu dengan kedaulatan mereka dikembalikan

Penubuhan Dewan Undangan Negeri bagi setiap negeri.

Syarat-syarat kewarganegaraan yang lebih ketat bagi kaum bukan Melayu.

Jaminan kedudukan istimewa orang Melayu dalam Perlembagaan

Singapora tetap diasingkan sbg sebuah tanah jajahan Mahkota

~ Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu ini jelas menunjukkan tidak banyak perubahan berdasarkan yang ketara mengenai isu kadungannya. Perkara yang berubah ialah mengenai sistem pentadbiran, iaitu pembentukan kerajaan pusat dan kerajaan negeri.

~Sistem Ahli telah diperkenalkan pada April 1951 sebagai langkah awal memberikan peluang penduduk tempatan melibatkan diri dalam sistem pentadbiran. Sistem Ahli bertujuan mewujudkan jawatan ketua jabatan dalam kerajaan pusat. Ada dalam kalangan mereka yang dilantik sebagai menteri yng bertanggungjawab kepada Persuruhjaya Tinggi.

~Faedah sistem ini: memberi pengalaman mentadbir kepada pemimpin tempatan.

Pilihan raya Majlis-majlis tempatan

Kerajaaan British menggunakan pilihan raya untuk menguji sama ada wujud atau tidak perpaduan di negara ini.

British berjanji untuk memberikan kemerdekaan sekiranya rakyat negara ini bersatu padu.

Pilihan raya pertama negara telah diadakan untuk Majlis Banadaran Geogetown pada bulan Disember 1951. Pilihan raya yang paling sifnifikan dari segi perhubungan kaum ialah pilihan raya Majlis Bandaran Kuala Lumpur pada bulan Februari 1952.

Jawatan kuasa Hubungan antara kaum

1 . Melalui pengenalan Persekutuan Tanah Melayu, kerjasama antara orang Melayu dan bukan Melayu semakin kuat.

2. Pada tahun 1949, Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) ditubuh.Peranannya adalah:

~ berusaha menyelesaikan sesetengah masalah perlembagaan, politik dan ekonomi.

~organisasi pertama ditubuhkan secara tidak rasmi yang membincangkan pelbagai isu. Cth: kewarganegaraan, kedudukan istimewa orang Melayu dan dasar pendidikan.

~ Pemimpin daripada pelbagai golongan etnik berbincang secara terbuka.

3. Kebanyakkan cadangan CLC dimasukkan ke dalam usul-usul perundangan yang diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan.

4. Pada tahun 1951, sistem ahli diperkenalkan.

5. British melantik beberapa orng warganegara Persekutuan Tanah Melayu menjadi ahli Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan taraf menteri.

6. Peluang dan latihan kepada pemimpim tempatan mendapat pengalaman memerintah secara demokrasi.

Suruhanjaya Reid 1956

Suruhanjaya Reid ditubuhkan pada tahun 1956 untuk menggubal perlembagaan baharu bagi Tanah Melayu yang Merdeka. Anggotanya ialah Load Reid dari Britian sebagai pengerusi, Sir Ivor Jennings yang juga dari Britian sebagai pengerusi, Sir Ivor Jennings yang juga dari Britain, Sir William Mckell dari Australia, B Malik dari India dan Hakim Abdul Hamid dari Pakistan.

Laporan Suruhanjaya Reid ini kemudiannya dipinda oleh Jawatankuasa Kerja yang terdiri daripada wakil Raja-raja Melayu, Parti Perikatan, Pesuruhjaya Tinggi, Ketua Setiausaha, dan Peguam Negara. Akhirnya. Rang Perlembagaan yang dipinda diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan pada 15 Ogos 1957.

Perlembagaan Kemerdekaan 1957

Pada Januari 1957, Tunku Abdul Rahman dan lapan orang wakil berangkat ke London untuk menuntut kemerdekaan

Pihak British diketuai oleh Lord Lennox-Boyd (Setiausaha Tanah jajahan British)

Perundingan berlangsung dari 18 Januari-8 Februari 1956

Hasil perundingan tersebut, Perjanjian London terbentuk (1956)

Ciri-ciri Perlembagaan Merdeka

Perlembagaan mengasaskan Malaysia sbg sebuah persekutuan.

Sebagai negara raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen.

Agama Islam sbg Agama Rasmi Persekutuan Tanah Melayu.

Perlembagaan memperuntukkan ketinggian perlembagaan dan kebebasan undang-undang.

Perlembagaan Malaysia 1963

PERUNTUKAN UTAMA DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA:

Kebebasan asasi

Pengabdian dan kerja paksa

Perlindungan daripada undang-undang jenayah

Kesamaratan

Pembuangan negeri dan kebebasan bergerak.

Kebebasan bercakap, berhimpun, berpersatuan

Kebebasan agama

Pemilikan harta

Bahasa kebangsaan

Kepentingan Perlembagaan Malaysia

Perlembagaan Malaysia dapat mewujudkan satu bentuk pemerintah yg adil di mana iannya juga dapat memudahkan perpaduan nasional dan pembangunan negara. (tolak ansur antara kaum, contohnya hak istimewa orang Melayu)

Semua agama bersifat bebas untuk diamalkan.

YDPA bukan shj menjaga kepentingan orang Melayu bahkan kaum bukan Melayu juga mendapat perlindungan yg sewajarnya.

Perlembagaan juga berfungsi sbg alat utk menyelesaikan masalah kerana ia merupakan undang-undang tertinggi negara.

Perlembagaan sendiri adalah asas kepada pembentukkan demokrasi di Malaysia. Juteru, pembentukkan perlembagaan dengan sendirinya dapat mengekalkan identiti negara bangsa Malaysia kerana ianya telah mencorakkan sistem pentadbiran dan perjalanan undang-undang negara.

Kepentingan perlembagaan

Perlembagaan sebenarnya dapat mengelakkan daripada penyalahangunaan kuasa oleh pemerintah sebagaimana yang telah digariskan dalalmnya, terdapat beberapa peruntukan tertentu yang dikhaaskan untuk YDPA atau Yang Dipertua Negeri. Dalam hal ini, walaupun baginda mempunyai bidang kuasa tertentu, tetapi segala tindakan mereka tertakluk dibawah Perlembagaan Malaysia.

Penyalahangunaan kuasa pemerintah dapat dielekkan.

3. Kewujudan perlembagaan sebagai asas undang-undang sesungguhnya mempunyai peranan yg sangat besar dalam membentuk perjalanan pemerintahan negara ini.

4. Walaupun ia sebuah perlembagaan yg terlalu panjang dan terperinci, setakat ini ia telah berjaya melicinkan pentadbiran negara, mewujudkan keamanan dan kestabilan negara.

5. Perlembagaan juga adalah tunjang kepada keamanan dan perpaduan kaum di Malaysia. Ini adalah kerana pembentukan perlembagaan awal-awal lagi adalah atas dasar persetujuan semua kaum. Perlembagaan juga menjadi dasar kepada pembentukan demokrasi berParlimen di Malaysia.