Hubungan Indonesia Malaysia

Embed Size (px)

Citation preview

  • JUDUL

    IJAZAH SAYA

    BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

    HUBUNGAN INDONESIA-MALAYSIA SELEPAS ERA SUHARTO (1998-2008): SATU ANAUSIS SARJANA SASTERA AU MAKSUM SESI PENGAJIAN: 2007/2008

    Mengaku membenarkan tesis *(I:PSM/Sarjana/Dektol Falsar3N) ini disimpan di Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

    1. Tesis adalah hakmilik Universiti Malaysia Sabah. 2. Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

    pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesls ini sebagai bahan pertukaran antara

    institusi pengajian tinggi. 4. Sila tandakan (/)

    SUfi

    TERHAD

    (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di AKTA RAHSIA RASMI1972)

    (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah dltentukan oleh organisasijbadan di mana penyelidikan dijalankan)

    7 TIDAK TERHAD .

    Disahkan oleh: JAMJUN MICHEAL

    PUSTAKAWAN ____ -=~~~~HN~~P~ERPUSTAKAAN

    N PUSTAKAWAN TJ MALAYSIA SABAH

    Alamat tetap: RT/RW III SIDOREJO, SUKOREJO, PONOROGO, JAWA TIMUR INDONESIA 63453

    PROF. MADYA. DR. MOHD NOOR YAZID PENYEUA

    Tarikh: 11).../ l /~Oll Tarikh: Catatan: *Potong yang tidak berkenaan.

    *Jika tesls ini SUfi atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada plhak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dijelaskan sebagai SUfi dan TERHAD.

    *Tesis dlmaksudkan sebagai tesis bagl ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana Secara Penyelidlkan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan Laporan Projek Sarjana Muda (LPSM)

  • HUBUNGAN INDONESIA - MALAYSIA SELEPAS ERA SUHARTO (1998-2008):

    SATU ANALISIS

    ALI MAKSUM

    TESIS INI DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI SYARAT MEMPEROLEHI

    IJAZAH SARlANA SASTERA

    SEKOLAH SAINS SO SIAL UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

    2010

  • PENGAKUAN

    Karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan, ringkasan dan rujukan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

    Disember 2010

    PA207-S373

    ii

  • NAMA

    NO. MATRIKS

    TAJUK

    IJAZAH

    TARIKH VIVA

    1. PENYELIA

    PENGESAHAN

    ALI MAKSUM

    PA 2007-8373

    HUBUNGAN INDONESIA-MALAYSIA SELEPAS ERA SUHARTO (1998-2008): SATU ANALISIS

    SARlANA SASTERA

    14 MEl 2010

    DISAHKAN OLEH /)

    Prof. Madya. Dr. Mohd Noor Vazid ~~

    iii

  • PENGHARGAAN

    Syukur ke hadrat Allah subha nahu wa taa/a kerana dengan izinNya jua tesis dan pengajian ini dapat terselesaikan. Penulis akan merakamkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah banyak membantu menyelesaikan pengajian ini. Pertama, Radjudin dan Munasri kedua orang tua penulis, dan juga kepada dua abang penulis iaitu Mujaroini dan Ahmad Khozin dengan segala pengorbanan dan sentiasa mendoakan bagi kesejahteraan serta kejayaan penulis. Kedua, YBhg. Prof. Madya. Dr. Mohd Noor Yazid, penyelia yang sabar dan ikhlas membimbing dan mendoakan serta mendorong kejayaan penulis. Ketiga, YBhg. Dr. Lai Yew Meng, pemeriksa dalam yang mana atas bantuan, kesabaran, keikhlasan dan dorongan beliau tesis ini dapat selesai dengan baik. Keempat, Naib Canselor UMS YBhg. Brig. Jen. Prof. Datuk Seri Panglima Dr. Kamaruzaman Hj. Ampon, Dekan Sekolah Sains Sosial (SSS) UMS Prof. Madya. Dr. Asmady Idris dan juga Dekan SSS-UMS yang baru Prof. Madya. Hj. Inon Shaharuddin Abdul Rahman serta Dekan Pascasiswazah UMS Prof. Madya. Datin. Dr. Mariam Abd. Latip.

    Dalam kesempatan ini, penulis juga berterima kasih kepada beberapa individu yang amat berjasa kepada penulis selama menempuh pengajian di UMS, antaranya YBhg. Prof. Datin. Dr. Maryati Mohamed dan YBhg. Prof. Datuk. Dr. Mohd Noh Dalimin, Dr. Zaleha Aziz, Kamisah Husin, Nurhayati Abdullah (SKTM), para persyarah SSS-UMS En. Rizal, En. Zaini, En. Wan, Dr. Tahir, Dr. Ali, En. Nordin, Dr. Ramzah, Dr. Paul, Dr. Bilcher dan lain-lain. Seterusnya para pegawai Pascasiswazah UMS dan SSS-UMS dan juga kawan-kawan pelajar pasca Adi Jafar, Rosaini, Uji, Afiq, Tati, Jennifer, Leonie, Suzineh, Fadilah dan lain-lain. Terima kasih juga kepada Prof. Subagus, Hamka Abd Rahman, Supriyanto dan Ikhwah Tarbiyah UMS antaranya Akh. Syafiq, Akh. Hafizul, Akh. Faza, Akh. Hanif, Akh. Kamarul, Akh. Usop dan lain-lain di atas bantuannya sepanjang di Malaysia dan di Indonesia. Sdra. Mohd Farid, Sdra. Hisyamudin dan Sdra. Eko di atas bantuan pengejaan bahasa Melayu. Kawan-kawan pelajar Indonesia, Mas Satria dan Pak Rafdinal. Last but not least Prof. Dr. Ir. Daniel M. Rosyid, Sdra. Abd Hamid, HMI Kom. Perkapalan ITS dan UKMKI UHT di atas bantuan dan doanya. Tidak lupa kepada Dr. Khin Maung Htwe dan Dr. Sophie Van Aerde, dua orang doktor Pusat Rawatan Warga UMS. Semoga menjadi amal shaleh sehingga Allah meridhoi kita semua. Amin.

    I

    alu, Disember 2010

    3

    iv

  • ABSTRAK HUBUNGAN INDONESIA-MALAYSIA SELEPAS ERA SUHARTO

    (1998-2008): SATU ANALISIS

    Penyelidikan ini membahas hubungan Indonesia-Malaysia selepas era Suharto (1998-2008). Isu-isu utama yang akan dibincang ialah isu campur tangan pemimpin Indonesia terhadap hal ehwal dalam negeri Malaysia, isu keganasan, isu persempadanan, isu pendatang Indonesia dan isu sengketa budaya. Dengan menggunakan pendekatan defensive rea/ism didapati bahawa suasana baru struktur politik antarabangsa selepas berakhirnya Perang Dingin mempengaruhi perubahan hubungan Indonesia-Malaysia. Bagaimanapun, faktor lain seperti kepemimpinan, politik dalaman dan rasa serum pun juga mempengaruhi bentuk hubungan dua hala.

    Kata kunci: hubungan dua hala, Perang Dingin, politik antarabangsa, struktur antarabangsa.

    v

  • ABSTRACT

    This research discusses Indonesia-Malaysia relations during the post-Suharto era (1998-2008). The issues discussed are Indonesian leaders involvement in the Malaysian domestic affairs, terrorism issue, border issue, Indonesian immigrant issue and culture disputes. By applying defensive realism this research found that the new international political structure after the end of the Cold War influence to the changes Indonesia-Malaysia relations. Nevertheless, other factors such as leadership (idiosyncratic), domestic politics, and kinship [serumpun} also give significant impact to the relationship.

    Keywords: Bilateral relations, Cold War, international politics, international structure.

    vi

  • SENARAlKANDUNGAN

    TAlUK PENGAKUAN PENGESAHAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAlKANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAIFOTO SENARAISINGKATAN SENARAI LAMPlRAN BAB 1: PENDAHULUAN

    Pengenalan Sorotan Literatur Objektif Kajian

    1.1

    1.2

    1.3

    1.4 Permasalahan Kajian dan Hipotesis 1.4.1 Permasalahan Kajian

    1.5

    1.6

    1.7

    1.8

    1.9

    1.10

    1.4.2 Hipotesis Kajian Kerangka Teori Metodologi Kajian 1.6.1 Jenis Penyelidikan

    1.6.2 Kaedah Pengumpulan Data Skop Kajian Kepentingan Kajian Limitasi Kajian Pembahagian Bab

    vii

    Halaman

    ii

    iii

    iv

    v

    vi

    vii

    x

    xi

    xii

    xv

    1 1

    8

    17 17 17 17 18

    19 19 20

    21

    22

    22

    23

  • BAB 2: HUBUNGAN INDONESIA-MALAYSIA: SATU

    2.1

    2.2

    2.3

    PERBINCANGAN TEOREnKAL Pengenalan Hubungan Indonesia-Malaysia: Antara Sejarah dan Hubungan Antarabangsa Pendekatan Utama Hubungan Antarabangsa

    2.4 Defensive Rea/ism Sebagai Kerangka Teori 2.5 Kesimpulan BAB 3: HUBUNGAN INDONESIA-MALAYSIA (1957-2008):

    3.1

    3.2

    3.3

    3.4

    SATU PENGENALAN Pengenalan Hubungan Indonesia-Malaysia (1957-1998): Konfrontasi, Kerjasama dan Persaingan Hubungan Indonesia-Malaysia (1998-2008): Campur Tangan, Kerjasama dan Ketegangan Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Hubungan Indonesia-Malaysia 3.4.1 Faktor LuaranjSistemik 3.4.2 Faktor Dalaman/Domestik

    3.5 Kesimpulan BAB 4: DEFENSIVE REAUSM DAN HUBUNGAN

    4.1

    4.2

    4.3 4.4

    4.5

    4.6 4.7

    INDONESIA-MALAYSIA (1998-2008) Pengenalan Campur Tangan BJ Habibie dan Abdurrahman Wahid ke atas Kes Anwar Ibrahim

    Isu Keganasan Isu Persempadanan

    Isu Pendatang Indonesia Isu Sengketa Budaya Kesimpulan

    viii

    25

    25

    26

    27

    38

    51

    53

    53 54

    63

    68

    69 74

    76 79

    79

    80

    85

    90

    100

    109

    113

  • BAB 5: KESIMPULAN 115 5.1 Pengenalan 115 5.2 Dapatan Kajian 116 5.3 Dapatan Teori 123 5.4 Limitasi dan Cadangan 130

    RUJUKAN

    LAMPIRAN

    ix

  • Rajah 2.1

    Rajah 2.2

    Rajah 3.1

    Rajah 4.1

    Rajah 4.2

    Rajah 4.3

    Rajah 4.4

    SENARAI RAJAH

    Kerangka Defensive Rea/ism dalam Proses Pembuatan Dasar Luar Indonesia dan Malaysia

    Bentuk Tingkah Laku/Dasar Luar Dalam Teori Defensive Rea/ism Perkembangan Kerjasama Ekonomi Indonesia dan Malaysia

    Perbandingan Jumlah Media Elektronik di Indonesia 1998 dan 2003 Perbandingan Jumlah Media Cetak di Indonesia 1997/1998 dan 2003 Senarai Permasalahan TKI di Malaysia Berdasarkan Rekod Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) di Kuala Lumpur Beberapa Kes Persengketaan Budaya Antara Indonesia dan Malaysia

    x

    Halaman

    44

    46

    72

    98

    99

    106

    110

  • Foto 4.1

    Foto 4.2

    SENARAIFOTO

    Warga Indonesia dan Malaysia yang terlibat keganasan

    Peta Wilayah Kepulauan Ambalat Termasuk Pulau

    Sipadan dan Pulau Ligitan

    xi

    Halaman

    88

    94

  • ABIM

    ASEAN

    BN

    CIA

    CIDES

    DAP

    DI/TII

    DPR

    EPG

    EU

    FEER

    FISIP

    HAM

    HRWG

    ICMI

    IKD

    IMF

    JI

    KBRI

    KD

    KJRI

    KMM

    KOGAM

    KRI

    SENARAISINGKATAN

    Angkatan Belia Islam Malaysia

    Association of Southeast Asian Nations

    Barisan Nasional

    Central Intelligence Agency

    Center for Information and Development Studies

    Democratic Action Party

    Darul Islam/Tentara Islam Indonesia

    Dewan Perwakilan Rakyat

    Eminent Persons Group

    European Union

    Far Eastern Economic Review

    Fakulti I1mu Sosial dan I1mu Politik

    Hak-Hak Asasi Manusia

    Human Rights Watch Group

    Ikatan Cendekiawan Muslim Indonesia

    Institut Kajian Dasar International Monetary Fund

    Jemaah Islamiyah

    Kedutaan Besar Republik Indonesia

    Kapal Diraja Konsulat Jenderal Republik Indonesia

    Kumpulan Mujahidin Malaysia Komando Ganyang Malaysia

    Kapal Republik Indonesia

    xii

  • MAGERAN

    MALINDa CORPAT

    MMI

    NAM

    NATO

    NIEs

    NTB

    PAS

    PAT!

    PBB

    PDRM

    PERMESTA

    PKI

    PKM

    PRRI

    PRU

    RTM-l

    SBY

    SIS

    TKI

    TKW

    TNI

    TN I-AD

    TNI-AL

    TVRI

    Majlis Gerakan Negara Malaysia-Indonesia Coordinated Patrol

    Majelis Mujahidin Indonesia Non-Aligned Movement

    North Athlantic Treaty Organisation

    New Industrial Economies

    Nusa Tenggara Barat

    Parti Islam Se-Malaysia

    Pendatang Tanpa Izin

    Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

    Polis Diraja Malaysia Piagam Perjuangan Semesta Parti Komunis Indonesia

    Parti Komunis Malaya

    Pemerintah Revolusioner Republik Indonesia

    Pilihan Raya Umum

    Radio Televisyen Malaysia-l

    Susilo Bambang Yudhoyono

    Secret Intelligence Service

    Tenaga Kerja Indonesia Tenaga Kerja Wanita Tentera Nasional Indonesia

    Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Darat

    Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Laut

    Televisi Republik Indonesia

    xiii

  • UGM

    UKM

    UMNO

    UN DIP

    WTC

    ZOPFAN

    Universiti Gadjah Mada Universiti Kebangsaan Malaysia

    United Malays National Organisation

    Universiti Diponegoro

    World Trade Centre

    Zone of Peace, Freedom and Neutrality

    xiv

  • Lampiran 1

    Lampiran 2

    Lampiran 3

    Lampiran 4

    Lampiran 5

    Lampiran 6

    SENARAI LAMPIRAN

    Joint Statement Between the Republic of Indonesia and Malaysia at the Annual Consultations Between President Susilo Bambang Yudhoyono and Prime Minister Dato Seri Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi,

    Bukittinggi, West Sumatra, Indonesia, 12-13 January 2006.

    Joint Statement Between the Republic of Indonesia and Malaysia at the Annual Consultations Between President Dr. H. Susilo Bambang Yudhoyono and Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi,

    Putrajaya, 11 January 2008.

    Naskah Pembentangan "Menimbang Hubungan RI-Malaysia", Direkturat Asia limur & Pasifik, Departemen Luar Negeri, Republik Indonesia.

    Panduan Temu Bual

    Laporan Kemajuan Tesis

    Senarai Surat-Surat Selama Menjalankan Penyelidikan

    xv

  • 1.1 Pengenalan

    BAB 1

    PENDAHULUAN

    ''Katakanlah (Muhammad)'; Wahai Tuhan pemilik kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada siapapun yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari siapapun yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan siapapun yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan siapapun yang kau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas sega/a sesuatu H (Qur'an Surah Ali Imran 3:26).

    Struktur politik antarabangsa acapkali berubah apabila berlakunya sebuah peristiwa bersejarah yang menggegar kestabilan politik dunia. Perang Dunia Kedua yang berakhir pad a tahun 1945, disusuli pula dengan bermulanya era Perang Dingin menyaksikan dunia terbahagi kepada dua blok. Runtuhnya Tembok Berlin pada tahun 1989, memberi isyarat kepada masyarakat antarabangsa bahawa Perang Dingin akan berakhir dan disusuli pula dengan era baru iaitu era Pasca Perang Dingin. Demikian pula dengan runtuhnya menara kembar World Trade Centre (WTC) di New York pada 11 September 2001, ramai pemerhati politik antarabangsa yang berpandangan bahawa ianya sebagai isyarat berakhirnya era Pasca-Perang Dingin1 Sememangnya tragedi 11 September membawa impak fundamental

    1 Hal ini merujuk pada asas perubahan struktur politik antarabangsa. Struktur sistem berubah apabila berlaku perubahan pengagihan keupayaan (distribution of capability). Perubahan ini amat mempengaruhi perubahan sikap dan Impak yang dihasilkan daripada hasil Interaksi antara unit. Sila lihat Waltz, Kenneth N. (1979), Theory of Intemational Politics, Reading MA: Addison-Wesley. Khasnya halaman 97. Serangan 11 September 2001 memberikan impak luar biasa, yang menggugat politik dalaman, perubahan dasar luar dan percaturan kuasa antarabangsa. Walau bagaimanapun, pelbagal pandangan saling berselisih disebabkan Amerika Syarikat dan sekutunya berdepan dengan AI Qaeda yang bukanlah sesebuah negara. Berhubung kelompok yang didakwa pelaku keganasan , sehlngga kini belum ada satu bukti yang mempertegas bahawa mereka adalah pelaku sebenar. Selain itu, Amerika Syarikat juga tldak mampu memberikan alasan yang kukuh berhubung tindakannya menyerang Iraq dan Afghanistan. Sila lihat Coward, Martin (2006), International Relations in the Post-Globalisation Era, Politics, Vol. 26, No.1, hal.

  • terhadap situasi dan percaturan politik antarabangsa. Malah, bagi pihak Amerika Syarikat sendiri, peristiwa tersebut merupakan tamparan hebat terhadap kekuasaannya sebagai negara adi daya. Amerika Syarikat yang kemudiannya menuntut perhatian dunia dalam bentuk "perang melawan keganasan", seolah-olah hanya sebagai dalih2 untuk mengekal kuasa hegemonnya. Walau bagaimanapun, tragedi WTC dan kempen "perang melawan keganasan" amat menjejaskan senario politik antarabangsa. Justeru, tragedi WTC dan kempen tersebut memberi kesan kepada meningkatnya ancaman bukan-tradisional (khasnya aktiviti keganasan) yang mengukuhkan Amerika Syarikat sebagai kuasa tunggal terpenting selepas era pasca-Perang Dingin.3

    Pelbagai pandangan yang saling bersaing muncul untuk memberi hujah mengenai gambaran dunia pasca-Perang Dingin, misalnya pendemokrasian dan kekuatan pasaran; konflik antara tamadun; dikotomi Barat-Timur dan Utara-Selatan4 ; kebangkitan Asia; merebaknya zon konflik dan kerjasama, hegemoni

    54-61. Sila lihat juga Haubrich, Dirk, (2006), The Foreign v. The Domestic After September 11th : The Methodology of Political Analysis Revisited, Politics, Vol. 26, No.2, hal. 84-92.

    2 Serangan 11 September amat rapat kaitannya dengan percaturan kuasa di Timur Tengah yang juga memberi kesan kepada negara-negara Islam. Malah, seperti penjelasan John J. Mearsheimer dan Stephen M. Walt, dalam ''The War over Israel's Influence", Serangan 11 September hanyalah sebagai laluan Amerika Syarikat untuk menyerang Iraq hingga boleh mengawal politik Timur Tengah. Hal ini disebabkan 'Yobby" Israel kepada Amerika Syarikat yang khuatir terhadap ancaman Iraq dan Iran. Lobi yang dilakukan Israel sememangnya memperolehi hasil yang cukup memberangsangkan. Malahan, kejayaan melobi Amerika Syarikat, berjaya "menaklukkan" para pembuat dasar luar Amerika Syarikat sehingga muncul satu istilah yang cukup popular iaitu"baik untuk Amerika Syarikat baik pula untuk Israel, kepentingan Amerika Syarikat kepentingan Israel pula". Walau bagaimanapun, terlepas daripada apa juga senario yang berlaku serangan 11 September tetap menjadi faktor yang amat penting dalam menyokong perubahan dasar luar Amerika Syarikat. Untuk perbahasan lebih lengkap sila IIhat Mearheimer, John J. and Walt, Stephen M. (2007), The Israel Lobby and U.S Foreign Policy, New York: Farrar, Straus and Giroux. Fenomena lobi Israel yang tersebut di atas juga berlaku pada kes penyerangan Amerika Syarikat ke atas Iraq pada Perang Teluk. Sila Llihat Mearsheimer, John J. and Walt, Stephen M. (2006), ''The War over Israel's Influence," Foreign Policy, No. 155, ha1.57-58, 64-66.

    3 Sukma, Rizal (2003), Keamanan Internasional Pasca 11 September: Terorisme, Hegemoni AS dan Implikasi Regional, Kertas Kerja, pada Seminar Pembangunan Hukum Nasional, Badan Pembinaan Hukum Nasional Departemen Kehakiman dan HAM Republik Indonesia, 14-18 Julai, Bali, Indonesia.

    4 Hubungan Utara-Selatan dikenali daiam teori mercantilism moden yang amat erat dengan teori dependency. Hubungan Utara-Selatan berlaku disebabkan perbezaan yang ketara dari segi pencapaian pembangunan antara negara yang berada di sisi Utara dengan negara yang di sisi

    2

  • Amerika Syarikat dan sebagainya. Walau bagaimanapun, tidak satupun daripada pendapat-pendapat tersebut dapat diterima begitu sahaja secara luas oleh masyarakat antarabangsa. Malahan, pendapat-pendapat tersebut lebih banyak mendapatkan bantahan berbanding mendapatkan pembelaan. 5

    Sementara itu, rantau Asia-Pasifik khasnya Asia Tenggara berdepan dengan tiga isu keselamatan yang amat penting. Pertama, masalah keganasan dan keselamatan serantau; kedua, ketidakselesaian masalah keselamatan tradisional, terutama sengketa dan ketegangan antara negara; dan ketiga, masalah ancaman trans-nasional. Ketiga-tiga masalah ini muncul sebagai cabaran keselamatan yang mesti segera ditangani oleh Association of Southeast Asian Nations (ASEAN).6

    Berakhirnya Perang Dingin menimbulkan beberapa perkara penting selain kembali bersatunya Jerman, iaitu kenaikan ekonomi Jepun dan kemelesetan ekonomi Amerika Syarikat serta kemunculan New Industrial Economies (NIEs) dalam kalangan negara-negara ASEAN. Perubahan-perubahan yang berlaku di rantau Asia Pasifik pasca-Perang Dingin amatlah menentukan kestabilan di rantau ini. Malah, sejurus selepas Perang Dingin, ada yang meramalkan bahawa Jepun sebagai pelabur terbesar di Asia Tenggara, berkemungkinan besar bakal menjadi pencabar utama Amerika Syarikat di bidang ekonomi.7 Tambahan lagi, krisis ekonomi yang berpunca daripada krisis kewangan pada akhir 1990-an membuktikan kekhuatiran yang timbul di Asia Tenggara adalah suatu yang

    Selatan bumi. Realiti menggambarkan bahawa negara-negara Selatan yang merupakan bekas jajahan termasuklah Afrika, Amerika Selatan serta Asia Selatan dan sebahagian besar Asia Tenggara kurang sejahtera. Singapura dinilai sudah naik tarat menjadl bahagian dari "naga-naga kecil (Taiwan, Korea Selatan, dan Hongkong)". Lihat Jackson, Robert and Sorensen, Georg (2007), Introduction to International Relations (3rd edition), New York: Oxford University Press, hal. 202-210.

    5 Bandoro, Bantarto (2003), Masalah-masalah Keamanan Internasional Abad 21, Kertas Kerja, pad a Seminar Pembangunan Hukum Nasional, Badan Pembinaan Hukum Nasional Departemen Kehakiman dan HAM Republik Indonesia, 14-18 Julai, Bali, Indonesia.

    6 Sukma, Rizal (2003), ibid, haLlOo

    7 Chen, Qimao (1992), The International Pattern in the Asia Pacific Region : Brewing Change and Its Impact on China and Indonesia, dalam Ji, Guoxing and Soesastro, Hadi (eds), Sino-Indonesia Relations in the Post-Cold War Era, Jakarta: Centre For Strategic and International Studies.

    3

  • bertepatan. Malah, krisis tersebut pula pada akhirnya menggoncang kestabilan politik dalaman sebahagian besar negara-negara Asia Tenggara.

    Krisis kewangan yang menjejaskan kehidupan rakyat Indonesia semakin teruk apabila berlaku perubahan besar dalam struktur politik dalaman bagi menuntut peranan kerajaan yang lebih serius dalam mengatasi krisis ekonomi. Berlakunya apa yang disebut oleh Samuel P. Huntington sebagai The Third Wave: Democratization in the Twentieth Century,8 memberikan kesan kepada tergugatnya Presiden Suharto daripada tampuk kepemimpinan Indonesia. Suharto yang terdesak oleh keadaan ini terpaksa meletakkan jawatannya yang dipegang lebih kurang 32 tahun, akibat gerakan reformasi dan tunjuk perasaan yang hebat di Jakarta. Malaysia yang berdepan dengan keadaan yang hampir sama, mampu untuk mengawal kegawatan ekonomi dan politik, walaupun terpengaruh dengan reformasi di Indonesia. Malah, penggantian kepemimpinan di Malaysia hanya berlaku pada tahun 2003, selepas Dr. Mahathir Mohamad menyerahkan jawatan Perdana Menteri pada Oktober 2003 kepada Abdullah Ahmad Badawi. Dr. Mahathir sendiri masih sempat menyertai Pilihan Raya Umum (PRU) pada tahun 1999 yang dimenangi parti kerajaan iaitu Barisan Nasional (BN). Walau bagaimanapun, peranan besar Dr. Mahathir dalam menangani krisis ekonomi amat besar terutamanya dalam menyelamatkan ekonomi Malaysia. Selain itu, Dr. Mahathir turut berjaya mengatasi kemelut politik, yang seterusnya memberi kesan positif pula kepada pencapaian ekonomi Malaysia yang semakin memberangsangkan.

    Krisis ekonomi 1997 pula semakin memburukkan ekonomi Indonesia dengan jatuhnya nilai mata wang Rupiah di pasaran antarabangsa. Sebaliknya, Malaysia berjaya mengatasi krisis akibat tindakan tegas Dr. Mahathir dalam mengawal dasar kewangan. Sebagai contoh, Dr. Mahathir telah menolak bantuan International Monetary Fund (IMF) dan Bank Dunia serta menetapkan nilai pertukaran Ringgit (RM3.8 bersamaan USD1). Akibat daripada dasar kerajaan tersebut, Malaysia dapat mengawal keadaan ekonomi dalam negara serta kepercayaan para pelabur. Walau bagaimanapun, tindakan Malaysia tersebut amat bertentangan dengan sebahagian

    8 cabarelio-Anthony, Mely (2005), Political Transitions in Southeast Asia, Southeast Asian Affairs, hal. 24-43.

    4

  • besar negara-negara di rantau Asia. Malah, ianya turut menimbulkan banyak kritikan yang datang daripada pihak antarabangsa.9

    Kerajaan Malaysia di bawah pentadbiran Dr. Mahathir, dapat bertahan daripada badai krisis ekonomi tanpa adanya pergolakan politik dalaman yang cukup besar. Sebaliknya, pergolakan politik dalaman yang hebat telah berlaku di Indonesia sehingga memaksa Presiden Suharto meletak jawatan dan digantikan oleh BJ. Habibie (21 Mei 1998-20 Oktober 1999). Habibie kemudiannya digantikan oleh Abdurrahman Wahid (20 Oktober 1999-23 Julai 2001), dan diikuti dengan Megawati Sukarnoputri (23 Julai 2001-20 Oktober 2004) dan kemudiannya, Susilo Bambang Yudhoyono (20 Oktober 2004-sekarang).

    Pada era pentadbiran Presiden Megawati yang mengambil alih tampuk pemerintahan pada Ogos 2001 sehingga 2004, hubungan Indonesia dan Malaysia memasuki era baru. Sepanjang tempoh tiga tahun itu, hubungan kedua-dua negara banyak diwarnai oleh peristiwa-peristiwa penting yang amat menjejaskan hubungan kedua-dua negara yang sebelumnya cukup harmoni.

    Salah satunya adalah keputusan Mahkamah Antarabangsa di The Hague, Belanda yang akhirnya menentukan Malaysia sebagai pemilik sah ke atas Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan. Keputusan itu memberikan impak yang luar biasa terutamanya kepada Indonesia yang tidak rela atas "kekalahan" tersebut. Semua pihak, tidak terkecuali rakyat bawahan, ahli akademik hingga wakil rakyat yang duduk di Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) telah memanifestasikan kekecewaan mereka dengan melancarkan bantahan dan tunjuk perasaan di merata-rata Indonesia sebagai reaksi terhadap keputusan tersebut. Permasalahan Sipadan dan Ligitan yang memberi kesan mendalam pada rakyat Indonesia, bertambah teruk apabila berlakunya beberapa kes penganiayaan pekerja Indonesia, seperti yang menimpa Nirmala Bonat, Tenaga Kerja Wanita (TKW) asal Nusa Tenggara Barat (NTB), yang diseksa majikannya di Malaysia. Lebih malang lagi apabila proses

    9 Cheah, Boon Kheng (2002), Malaysia: The Making of the Nation, Singapore: ISEAS, hal. 227.

    5

  • pembicaraan di mahkamah dipersepsikan sebagai tidak mendapatkan ketegasan daripada kerajaan Malaysia. lO

    Berdasarkan pengamatan beberapa tahun terakhir, kedua-dua negara sering kali terlibat dalam pelbagai isu bilateral yang serius yang boleh menuju kepada keretakan hubungan Indonesia-Malaysia. Salah satu isu tersebut adalah pengakuan hak milik daripada pihak Malaysia ke atas Kepulauan Ambalat yang terletak berhampiran dengan Pulau Sulawesi.

    Tidaklah menghairankan jika rakyat Indonesia marah sebagaimana ditunjukkan masyarakat Makassar yang membantah dakwaan Malaysia tersebut. Malah, rakyat setempat menggesa kerajaan agar mengambil tindakan tegas terhadap sikap angkuh kerajaan Malaysia. Selain itu, pekikan "Ganyang Malaysia" pun muncul kembali dan ini bukan sahaja berlaku di Sulawesi, tetapi juga di Jawa Barat dan wilayah-wilayah Indonesia yang lain. Mereka pula menggesa kerajaan untuk menggunakan pelbagai cara bagi mempertahankan hak Indonesia ke atas pulau itu.ll

    Pelbagai bentuk ungkapan rasa kekecewaan telah ditunjukkan oleh sebahagian rakyat Indonesia sebagai bantahan atas "hilangnya" sebahagian wilayah negara mereka. Bagaimanapun, retorik sedemikian amat menjejaskan persepsi rakyat Indonesia sehingga memberi kesan kepada bangkitnya semangat nasionalisme yang berbau "anti-Malaysia" di hampir seluruh wilayah Indonesia.

    Perkara tersebut merupakan salah satu isu besar pada era pentadbiran Presiden Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) yang menyebabkan terjejasnya hubungan Indonesia dan Malaysia. Bukti keseriusan pentadbiran Presiden SBY atas kes tersebut dapat dilihat dengan dikerahkannya kapal perang dan Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Laut (TNI-AL) ke wilayah sempadan dengan Malaysia sebagai reaksi keras terhadap cabaran keselamatan daripada negara jiran tersebut.

    10 Suara Merdeka, 4 September 2007, Negeri Jiran yang Suka Memupuk Sara.

    11 Harian Pikiran Rakyat, 8 Mac 2005, Konflik Indonesia-Malaysia Sejarah yang Berulang.

    6

  • Sementara itu, ahli-ahli DPR Indonesia pula turut menggesa kerajaan untuk mengambil tindakan tegas dengan melaungkan retorika seperti yang di bawah:

    "Ahli Jawatan Kuasa I DPR Djoko Susilo menggesa kerajaan menggunakan cara-cara tegas yang menunjukkan bantahan terhadap keinginan Malaysia."Kerajaan harus terus menggelar kekuatan bagi menunjukkan bantahan kepada Malaysia."l2

    Berpandukan kejadian-kejadian yang telah berlaku di atas, penulis beranggapan bahawa masalah semasa dalam hubungan Indonesia-Malaysia merupakan satu topik penting yang perlu dikaji selidik. Pertimbangan ini pula berdasarkan kepada berlakunya kes-kes yang telah menjejasnya hubungan kedua-dua negara. Kes-kes tersebut telah menonjolkan beberapa perubahan dalam hubungan dua hala yang sebelumnya tidak berdepan masalah, terutamanya ketika Suharto memegang kuasa. Hubungan dua-hala yang mesra semasa era Suharto jelas dinyatakan dalam kenyataan di bawah oleh Dr. Mahathir sendiri:

    "Apa yang paling berharga bagi Malaysia adalah saat-saat berakhirnya konfrontasi yang dipicu oleh Presiden Soekarno dan diselesaikan dengan damai oleh Pak Harto. Ada banyak keinginan baik, hasrat yang mulia untuk menghentikan konfrontasi. Pak Harto menghargai hubungan baik dengan Malaysia," papar Mahathir, Senin (28/1/2008).

    Mahathir menyatakan senang dapat bekerja sama dan punya hubungan baik dengan Pak Harto ketika menjadi presiden dan dia menjadi PM Malaysia. Sebab, mereka dapat berbicara dengan persahabatan satu sama lain. "Ada beberapa sengketa antara kedua negara, tapi sengketa itu tidak pernah menimbulkan konfrontasi antara negara. Kita (kedua negara) punya sengketa perbatasan, tapi kita dapat menyelesaikan semua masalah," ujarnya, yang menjabat PM Malaysia selama 22 tahun.13

    12 Tempointeraktif, 6 Mac 2005, Anggota DPR: Kalau Perlu, Pemerintah Tembak Kapal Malaysia.

    13http://neW5.okezone.com/index. php/ReadStory /2008/0 1/28/1/78984/mahathir-malaysia-berhutang-budi-ke-soeharto- muat turun 4 Februari 2008.

    7

  • Hal ini juga dipertegaskan oleh kenyataan Menteri Luar Malaysia Syed Hamid Albar pada kesempatan yang lain.

    "Sejak Soeharto menjadi presiden Indonesia, hubungan Indonesia-Malaysia mesra," katanya14

    Kes-kes di atas merupakan sebahagian daripada isu-isu dua hala yang menjadi dasar hujah tentang betapa pentingnya kajian ini. Oleh itu, dalam penyelidikan ini, penulis akan berusaha meleraikan faktor-faktor di sebalik perubahan dalam hubungan diplomatik Indonesia-Malaysia, khususnya pada era pasea-pentadbiran Suharto.

    1.2 Sorotan Literatur

    Semenjak kedua-dua negara mencapai kemerdekaan, beberapa sarjana telah membuat kajian berhubung pasang-surutnya hubungan dua-hala Indonesia-Malaysia dengan menggunakan pelbagai pendekatan yang berbeza. Penulis berpandangan bahawa hubungan Indonesia-Malaysia menjadi topik kajian menarik apabila berlakunya isu-isu yang dapat mengganggu hubungan dua-hala. Isu-isu seperti konfrontasi pada era Presiden Sukarno dan konflik-konflik sempadan pada era selepas Presiden Suharto adalah topik yang amat menarik bagi para penyelidik hubungan Indonesia-Malaysia. Beberapa rujukan yang diperolehi mendapati lima daripada sembilan kajian lepas membineangkan hubungan Indonesia-Malaysia semasa konfrontasi, dua rujukan membineangkan isu baru hubungan dua hala selepas era Suharto (konflik sempadan dan isu pekerja Indonesia) dan dua rujukan lagi membineangkan hubungan dua hala semenjak konfrontasi sehingga selepas era Suharto (konfrontasi, konflik sempadan dan isu budaya).

    George MeT. KahinlS adalah antara sarjana yang menjadi pelopor penyelidikan hubungan Indonesia-Malaysia. Dalam kajian beliau seperti yang telah

    14http://www.antara.eo.id/are/2008/ 1/28/ucapan-belasung kawa-atas-wafatnya-soeharto-mengalir-dari-dn-dan-ln/-3- muat turun 4 Februari 2008.

    15 Kahin, George MeT. (1964), Malaysia and Indonesia, Pacific Affairs, Vol. 37, No. 3, hal. 253-270.

    8

  • RUJUKAN

    Abubakar Eby Hara (2008), Hubungan Indonesia dan Malaysia: dari Saudara Serumpun ke 'Smart Partnership?, Seminar Proceeding, Seminar Internasional Indonesia-Malaysia Up Date 2008, 27-29 Mei, UGM Indonesia.

    Acharya, Amitav (1998), Democratising Southeast Asia: Economic Crisis and Political Change, Working Paper, Asia Research Centre, Murdoch University, No. 87.

    Alwi, Des (2009), Kenangan 51 Tahun Silam, dalam Mohamad Redzuan Othman, etal. (eds), Setengah Abad Hubungan Malaysia-Indonesia, Shah Alam: Arah Publications.

    Anwar, Dewi Fortuna (1994), Indonesia in ASEAN: Foreign Policy and Regionalism/ Singapore: ISEAS.

    Basri@Basri Bin Baddiri (2001), Hubungan Malaysia-Indonesia Selama Krisis Ekonomi Asia 1997-2000, Tesis B.A., Sekolah Sains Sosial, Universiti Malaysia Sabah.

    Bandoro, Bantarto (2003), Masalah-Masalah Keamanan Internasional Abad 21, Kertas Ketja, pada Seminar Pembangunan Hukum Nasional, Badan Pembinaan Hukum Nasional Departemen Kehakiman dan HAM Republik Indonesia, 14-18 Julai, Bali, Indonesia.

    Brooks, Stephen G. (1997), Dueling Realisms, International Organization, Vol. 51, No.3, hal. 445-477.

    Cabarello-Anthony, Mely (2005), Political Transitions in Southeast Asia, Southeast Asian Affairs, haI.24-43.

    Cheah, Boon Kheng (2002), Malaysia: The Making of the Nation, Singapore: ISEAS. Chen, Qimao (1992), The International Pattern in the Asia Pacific Region: Brewing

    Change and Its Impact on China and Indonesia, dalam Ji, Guoxing and Soesastro, Hadi (eds), Sino-Indonesia Relations in the Post-Cold War Era/ Jakarta: Centre For Strategic and International Studies.

    Copeland, Dale C. (2000), The Constructivist Challenge to Structural Realism, International Security, Vol. 25, No.2, hal. 187-212.

    Coward, Martin (2006), International Relations in the Post-Globalisation Era, Politics/ Vol. 26, No.1, hal. 54-61.

    Daery, Viddy A.D., (2008), Perlunya Kesadaran Bangsa Serum pun, Jawa Pos, 25 Julai 2008.

    133

  • Darul Amin Bin Abdul Manaf (2009), Perlindungan Pembantu Rumah Indonesia di Malaysia: Antara Impian dan Realiti, dalam Mohamad Redzuan Othman, et.al. (eds), Setengah Abad Hubungan Malaysia-Indonesia, Shah Alam: Arah Publications.

    Dunne, T., Kurki, M. and Smith, S. (2007), International Relations Theories: Discipline and Diversity, Oxford: Oxford University Press.

    F., Efantino dan SN., Arifin (2009), Ganyang Malaysia: Hubungan Indonesia-Malaysia Sejak Konfrontasi Sampai Konflik Ambalat, Yogyakarta: Bio Pustaka.

    Felker, Greg (1999), Malaysia in 1998: A Cornered Tiger Bares Its Claws, Asian Survey, Vol. 39, No.1, hal. 43-54.

    Fierke, K. M. (2007), Constructivism, dalam Dunne, T., Kurki, M. and Smith, S., International Relations Theories: Discipline and Diversity, Oxford: Oxford University Press.

    Finnemore, Martha and Sikkink, Kathryn (2001), Taking Stock: The Constructivist Research Program in International Relations and Comparative Politics, Annual Review of Political Science, VolA, hal. 391-416.

    Ganesan, N. (2003), Malaysia in 2002: Political Consolidation Amid Change?, Asian Survey, Vol. 43, No.1, hal. 147-155.

    Glaser, Charles L. (2003), Structural Realism in a More Complex World, Review of International Studies, No. 29, hal. 403-414.

    Hanani, Silfia (2009), Sosio-Kultural Tenaga Kerja Indonesia di Malaysia, Seminar Proceeding, Persidangan Hubungan Malaysia-Indonesia 2009 "Serumpun Merentas Globalisasi", 6-8 Ogos, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

    Hanizah Idris (2009), Hubungan Kerjasama Malaysia-Indonesia Dalam Aspek Keselamatan Maritim di Selat Melaka, dalam Mohamad Redzuan Othman, et.a!. (eds), Setengah Abad Hubungan Malaysia-Indonesia, Shah Alam: Arah Publications.

    Harsutejo (2003), G30S: Sejarah yang Digelapkan, Tangan Berdarah CIA dan Rejim Suharto, Jakarta: Hasta Mitra.

    Haubrich, Dirk (2006), The Foreign v. The Domestic After September 11th: The Methodology of Political Analysis Revisited, Politics, Vol. 26, No.2, hal. 84-92.

    Jackson, Robert and Sorensen, Georg (2007), Introduction to International Relations r?edition), New York: Oxford University Press.

    Jervis, Robert (1998), Realism in the Study of World Polities, International Organization, Vol. 52, No.4, hal. 971-991.

    134

  • Ji, Guoxing and Soesastro, Hadi (eds) (1992), Sino-Indonesia Relations in the Post-Cold War Era, Jakarta: Centre For Strategic and International Studies.

    Kahin, George McT. (1964), Malaysia and Indonesia, Pacific Affairs, Vol. 37, No.3, hal. 253-270.

    Katzenstein, Peter J., Keohane, Robert 0., and Krasner, Stephen D. (1998), International Organization and the Study of World Politics, International Organization, V1.52, No.4, hal. 645-685.

    Keohane, Robert O. and Waltz, Kenneth N. (2000), Correspondence: The Neorealist and His Critic, International Security, Vol. 25, No.3, hal. 204-205.

    Keohane, Robert O. (2002), The Globalization of Informal Violence, Theories of World Politics, and "the Liberalism of Fear", Dialog-IO, hal. 29-43.

    ___ (2007), The Demand for International Regime, dalam Simmons, Beth A., and Steinberg, Richard H., International Law and International Relations: An International Organization Reader, Cambridge: Cambridge University Press.

    Kunaseelan a/I Muniandy (1996), Hubungan Malaysia-Indonesia 1957-1970, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Lai, Yew Meng (2008), Nationalism and Power Politics in Japan's Relations with China: A Neoclassical Realist Interpretation, Ph.D. Thesis, Department of Politics and International Studies, University of Warwick.

    Lili Yulyadi Arnakim (2009), Hubungan Dinamik Antara Indonesia dan Malaysia Pasca Merdeka: Peranan Faktor "Co-Religio" Dalam Hubungan Dua Hala, dalam Mohamad Redzuan Othman, et.al. (eds), Setengah Abad Hubungan Malaysia-Indonesia, Shah Alam: Arah Publications.

    Liow, Joseph Chinyong (2003), Malaysia's Illegal Indonesian Migrant Labour Problem: In Search of Solutions, Contemporary Southeast Asia, Vol. 25, No.1, hal. 44-64.

    ____ (2004), The Mahathir Administration's War Against Islamic Militancy: Operational and Ideological Challenges, Australian Journal of International Affairs, Vol. 58, No.2, hal. 241-256.

    ____ (2005), The Politics of Indonesia-Malaysia Relations: One Kin Two Nations, London: RoutledgeCurzon.

    Lobell, Steven E., Ripsman, Norrin M., and Taliaferro, Jeffrey W., (2009), Neoclassical Realism/ The State/ and Foreign Policy, Cambridge: Cambridge University Press.

    LuFong, Chua (2001), Konfrontasi: Rethinking Explanations for the Indonesia-Malaysia Confrontation 1963-1966, M.Sc. TheSiS, Department of Political Science, Massachusetts Institute of Technology.

    135

  • Maksum, Ali dan Wahyuni, Sri (2006), Implementasi Program Pemberdayaan Ekonomi Masyarakat Pesisir (PEMP): Studi Kasus Implementasi Program PEMP di Kelurahan Sukolilo Kota Surabaya, Jurnal Aplikasi Administras~ Vol. 8. No.1, hal. 29-52.

    Maksum, Ali (2010), Urgensi Menjaga Hubungan Serumpun, Jawa Pos, 13 Ogos 2010.

    Malley, Michael S. (2003), Indonesia in 2002: The Rising Cost of Inaction, Asian Survey, Vol. 43, No.1, hal. 135-146.

    Martin, Lisa L. (2007), Neoliberalism, dalam Dunne, T., Kurki, M. and Smith,S., International Relations Theories: Discipline and Diversi~ Oxford: Oxford University Press.

    Mearsheimer, John J. (2007), Structural Realism, dalam Dunne, T., Kurki, M. and Smith,S., International Relations Theories: Discipline and Diversi~ Oxford: Oxford University Press.

    Mearsheimer, John J. and Walt, Stephen M. (2006), "The War over Israel's Influence," Foreign Policy, No. 155, hal. 57-58, 64-66.

    ___ (2007) The Israel Lobby and U.S Foreign Policy, New York: Farrar, Straus and Giroux.

    Mohamad Redzuan Othman, et.al. (eds) (2009), Setengah Abad Hubungan Malaysia-Indonesia, Shah Alam: Arah Publications.

    Mohd Noor Yazid (2000), Politik Antarabangsa Asia Pasifik, Kuala Lumpur: Utusan Publications.

    ___ (2007), Hegemonic Powers, Radical Politics & Developmental State: The Case of Indonesia-Malaysia Political Relations During the Cold War, Kota Kinabalu: Penerbit UMS.

    Muhammad Iqbal dan Arifin Zainal (2009), Tahap Kualiti Hidup Tenaga Kerja Indonesia di Malaysia dan Fa ktor-Faktor Psikologikal Yang Mempengaruhinya, Seminar Proceeding, Persidangan Hubungan Malaysia-Indonesia 2009 "Serum pun Merentas Globalisasi", 6-8 Ogos, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

    Nasir, Moh (1998), Metode Penelitian, Jakarta: Gholia Indonesia. Nasrullah Ali Fauzi (2009a), Indonesia Dalam Pandangan Media Malaysia: Sebuah

    Kajian Awal, dalam Mohamad Redzuan Othman, et.al(eds), Setengah Abad Hubungan Malaysia-Indonesia, Shah Alam: Arah Publications.

    (2009b), Akar Konflik dalam Hubungan Malaysia-Indonesia, Seminar Proceeding, Persidangan Hubungan Malaysia-Indonesia 2009 "Serumpun Merentas Globalisasi", 6-8 Ogos, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

    136

  • Nik Anuar Nik Mahmud (2000), Konfrontasi Malaysia-Indonesia, Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

    ___ (2003), Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan: Isu Sempadan dan Kedaulatan, Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

    Nor Azizan Idris (2005), Hubungan Malaysia-Indonesia dan Isu Pendatang Tanpa Izin, dalam Zarina Othman dan Siti Daud (eds), Politik dan Keselamatan, Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

    Nye, Joseph S. and Keohane, Robert O. (1971), Transnational Relations and World Politics: An Introduction, International Organization, Vol. 25, No.3, hal. 329-349.

    Panke, Diana and Risse, Thomas (2007), Liberalism, dalam Dunne, T., Kurki, M. and Smith, S., International Relations Theories: Discipline and Diversity, Oxford: Oxford University Press.

    Putnam, Robert D. (1988), Diplomacy and Domestic Politics: The Logic of Two-Level Games, InternationalOrganization Vol. 42, No.3, hal . 427-460.

    Permal, Sumanthy (2006), US-Indonesia Military Ties: An Observation, Working Paper, Centre for Maritime Security and Diplomacy, Maritime Institute of Malaysia.

    Ramlah Adam (1996), Burhanuddin AI-Helmy: Suatu Kemelut Politik, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Ramli Dollah, Wan Shawaluddin Wan Hassan dan Baszley Bee Basrah Bee (2007), Isu Ambalat: Reaksi Perang Indonesia ke atas Malaysia dan Implikasi Kepada Keselamatan Serantau, Malaysia in History, No. 35, hal. 103-118.

    Roosa, John (2008), Dalih Pembunuhan Massal: Gerakan 30 September dan Kudeta Suharto, Jakarta: Institut Sejarah Sosial Indonesia dan Hasta Mitra.

    Rose, Gideon (1998), Neoclassical Realism and Theories of Foreign Policy, World Politics, Vol. 51, No.1, hal. 144-172.

    Schofield, Clive and Storey, Ian (2005), Energy Security and Southeast Asia: The Impact on Maritime Boundary and Territorial Disputes, Harvard Asia Quarterly, Vol. 9, No.4.

    Schweller, Randall L. and Priess, David (1997), A Tale of Two Realisms: Expanding the Institution Debate, Mershon International Studies Review, Vol. 41, No. 1, hal. 1-32.

    Schweller, Randall L. (1997), New Realist Research on Alliances: Refining, Not Refuting, Waltz's Balancing Proposition, American Political Science Review, Vol. 91, No.4, hal. 927-930.

    137

  • Senn, Martin (2008), Wolves in the Woods. The Rogue State Concept from a Constructivist Perspective, Seminar Proceeding, 2nd ECPR Graduate Conference, 25- 27 August, Universitat Autonoma de Barcelona.

    Simmons, Beth A., and Steinberg, Richard H. (2007), International Law and International Relations: An International Organization Reader, Cambridge: Cambridge University Press.

    Smith, Anthony L. (2003), U.S.-Indonesia Relations: Searching for Cooperation in the War Against Terrorism, Asia-Pacific Center for Security Studies, Vol. 2, No.2, hal. 1-4.

    Snyder, Glenn H. (2002), Mearsheimer's World-Offensive Realism and the Struggle for Security: A Review Essay, International Security, Vol. 27, No.1, hal. 149-173.

    Sterling-Folker, Jennifer (1997), Realist Environment, Liberal Process, and Domestic Politics, International Studies Quarterly, Vol. 14, No.1, hal. 1-25.

    Sukma, Rizal (2002), Indonesia and the September 11 Attacks: Domestic Reactions and Implications, The Indonesian Quarterly, Vol. 30, No.3, hal. 263-278.

    (2003), Keamanan Internasional Pasca 11 September: Terorisme, Hegemoni AS dan Implikasi Regional, Seminar Proceeding, pad a Seminar Pembangunan Hukum Nasional, Badan Pembinaan Hukum Nasional Departemen Kehakiman dan HAM Republik Indonesia, 14-18 Julai, Bali, Indonesia.

    ___ (2004), War on Terror. Islam and the Imperative of Democracy, Asia Europe Journal, No.2, hal. 85-93.

    Supriyadi, Eko (2003), Sosialisme Islam: Pemikiran Ali Syari'atl Yogyakarta: Pustaka Pelajar.

    Taliaferro, Jeffrey W. (2000), Security Seeking under Anarchy: Defensive Realism Revisited, International Security, Vol. 25, No.3, hal. 128-161.

    ___ (2009), Neoclassical Realism and Extraction: State Building for Future War, dalam Lobell, Steven E., Ripsman, Norrin M., and Taliaferro, Jeffrey W., Neoclassical Realism, The State, and Foreign Policy, Cambridge: Cambridge University Press.

    Tang, Shiping (2007), From Offensive Realism to Defensive Realism: A Social Evolutionary Interpretation of China's Security Strategy, State of Security and International Studies Series, No.3, S. Rajaratnam School of International Studies, Nanyang Technological University, Singapore.

    Tham Siew Yean, Lee Poh Ping and Norani Othman (2008), Community in ASEAN: Ideas and Practices, Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

    Walt, Stephen M. (1998), International Relations: One World, Many Theories, Foreign Policy, No. 110, hal. 29-46.

    138

  • Waltz, Kenneth N. (1979), Theory of International Politics, Reading MA: Addison-Wesley.

    Zarina Othman dan Siti Daud (eds) (2005), Politik dan Keselamatan, Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

    ANTARA, 6 September 2007, Rizal Sukma: Kata Serumpun Jangan Lagi untuk Hubungan RI-Malaysia.

    ANTARA, 18 Jun 2008, Pola Hubungan RI-Malaysia Setelah Reformasi Banyak Berubah.

    Buletin lOR!, edisi Januari-April 2007.

    Gatra, 24 Oktober 1998, Malaysia: Kini Giliran Nurul.

    Gatra, 31 Oktober 1998, Kambing Hitam Saat Krisis.

    Gatra, 9 Oktober 1999,Trisula dan Kemiskinan yang Tersisa.

    Gatra, 18 Disember 1999, Indonesia-Malaysia: Berselisih Karena Yahudi.

    Gatra, 19 Mac 2005, Alur Minyak Membelah Tetangga.

    Gatra, 19 Mac 2005, Ngeper Perang Siaga di Perundingan.

    Gatra, 19 Mac 2005, Diam-Diam Perang di Perbatasan.

    Gatra, 19 Mac 2005, "Cuma Memancing Masalah".

    Harian Pikiran Rakyat, 8 Mac 2005, Konflik Indonesia-Malaysia Sejarah yang Berulang.

    Jawa Pos, 16 Julai 2008, Sebut Natsir Layak Jadi Panutan Presiden RI: Kalla Dalam Peringatan 100 Tahun Mohammad Natsir.

    Jawa Pos, 18 Mac 2009, Penyiksaan TKW Rendahkan Martabat Bangsa.

    Kompas, 1 Oktober 2008, J Sumardianta, Balada Tenaga Kerja Indonesia di Malaysia, http://www2.kompas.com/kompascetak/0110/08/DIKBUD/bala36.htm muat turun 3 april 2009.

    Kompas.com, muat turun 14 September 2008.

    PAB Online, Kembali, Penganiayaan TKI di Malaysia. Tersedia dalam http://pab-indonesia.com/web muat turun 6 Februari 2008.

    Suara Merdeka, 30 Ogos 2007, Atlet Malaysia Diminta Pulang.

    Suara Merdeka, 4 September 2007, Negeri Jiran yang Suka Memupuk Bara.

    Temu bual Najib Tun Razak , Kompas, 17 Disember 2006, Ada Persoalan antara RI-Malaysia.

    139

  • Temu bual, Dato' Rastam Mohammad Isa, tersedia dalam: http://www.tempointeraktif.com/harian/wawancara/waw-DatoRastam.html muat turun 3 Februari 2008.

    Temu bual, Laksamana Pertama TNI Ishak Latuconsina, ahli parlimen yang juga anggota delegasi Indonesia dalam perundingan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa. Tersedia dalam http://www.tempointeraktif.com/harian/wawancara/waw-ishaklatuconsina.html muat turun 3 Februari 2008.

    Temu bual, Menteri Luar Indonesia, Hassan Wirajuda dalam Tempo, edisi 23 Disember 2002.

    Tempointeraktif, 06 Mac 2005, Anggota DPR: Kalau Perlu, Pemerintah Tembak Kapal Malaysia.

    http://news.okezone.com/index.php/ReadStory/2008/01/28/1/78984/mahathir-malaysia-berhutang-budi-ke-soeharto muat turun 4 Februari 2008

    http://www.antara.co.id/arc/2008/ 1/28/ ucapan-belasung kawa-atas-wafatnya-soeharto-mengalir-dari-dn-dan-In/ muat turun 4 Februari 2004

    http://www.tni-au.mil.id/content.asp?Catid=503&ContentType=Direktori, Peran Pangkalan Udara Supadio Dalam Sejarah Perjuangan Bangsa Indonesia, muat turun 17 Mac 2009.

    http://www.depdaq.qo.id/index.php muat turun 14 Mac 2009.

    140