23
SEK.MEN.KEB.ST.TERESA JALAN TUN ABG HJ.OPENG 93000 KUCHING SARAWAK KERJA KURSUS GEOGRAFI 2011 TINGKATAN 1/2 TAJUK: PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI SUNGAI BINTANGOR, KUCHING NAMA PENUH: CLARA CHONG CHING LING TINGKATAN: 2A1 NO. KAD PENGENALAN: 970511-13-5220 NAMA GURU PENTAFSIR: PN. VORNICA GREACE TARIKH MENGHANTAR: 29 JULAI 2011 TANDATANGAN PELAJAR TANDATANGAN GURU (CLARA CHONG CHING LING) (PN.VORNICA GREACE) SENARAI KANDUNGAN BILANGA PERKARA MUKA

kerja kursus geografi 2011

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: kerja kursus geografi 2011

SEK.MEN.KEB.ST.TERESA

JALAN TUN ABG HJ.OPENG

93000 KUCHING

SARAWAK

KERJA KURSUS GEOGRAFI 2011

TINGKATAN 1/2

TAJUK: PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI SUNGAI BINTANGOR, KUCHING

NAMA PENUH: CLARA CHONG CHING LING

TINGKATAN: 2A1

NO. KAD PENGENALAN: 970511-13-5220

NAMA GURU PENTAFSIR: PN. VORNICA GREACE

TARIKH MENGHANTAR: 29 JULAI 2011

TANDATANGAN PELAJAR TANDATANGAN GURU

(CLARA CHONG CHING LING) (PN.VORNICA GREACE)

Page 2: kerja kursus geografi 2011

SENARAI KANDUNGANBILANGAN PERKARA MUKA

SURAT1 PENGHARGAAN2 PENDAHULUAN3 OBJEKTIF KAJIAN4 KAWASAN KAJIAN

4.1 PETA ZON KUCHING4.2 PETA KAWASAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR

5 KAEDAH KAJIAN 6 DAPATAN KAJIAN

6.1 KONSEP PENCEMARAN ALAM SEKITAR6.2 JENIS PENCEMARAN ALAM SEKITAR6.3 PUNCA PENCEMARAN ALAM SEKITAR6.4 KESAN PENCEMARAN6.5 CADANGAN UNTUK MENGURANGKAN ALAM SEKITAR

7 BAHAN GRAFIK8 RUMUSAN9 LAMPIRAN10 RUJUKAN

Page 3: kerja kursus geografi 2011

1.0 PENGHARGAAN

Saya Clara Chong Ching Ling dari kelas 2A1 merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Puan Mary John, Pengetua Cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan St. Teresa, Kuching kerana memberikan kebenaran dan sokongan untuk menjalankan kajian ini.

Saya juga ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih saya kepada guru geografi saya iaitu Puan Vornica Greace kerana telah banyak membantu saya dan memberikan tunjuk ajar dalam menyelesaikan tugasan ini. Bimbingan daripada beliau sangat saya hargai.

Tidak ketinggalan kepada ibu bapa saya, iaitu Encik Chong Mung Chin dan Puan Fu Siaw Wah yang telah membantu saya dalam menyediakan bahan kerja kursus ini serta memberikan sokongan kepada saya untuk kajian yang dijalankan.

Selain itu, terima kasih saya ucapkan kepada rakan saya iaitu Samantha Lim dan Pauline Phang kerana telah membantu saya dan memberikan sokongan untuk saya menjalankan tugasan ini. Malah kerjasama yang diberikan oleh mereka semasa kajian ini dijalankan akan saya hargai.

Page 4: kerja kursus geografi 2011

2.0 PENDAHULUAN

Saya, Clara Chong Ching Ling pelajar Tingkatan 2A1 Sekolah Menengah Kebangsaan St. Teresa, Jalan Tun Abg. Hj. Openg, 93000 Kuching, Sarawak telah diwajibkan membuat satu kerja kursus iaitu Kajian Geografi Tempatan sebagai memenuhi keperluan mata pelajaran Geografi.

Saya dan rakan-rakan telah diberikan tajuk Pencemaran Alam Sekitar. Oleh itu, saya telah diarahkan oleh guru yang mengajar mata pelajaran Geografi untuk membuat kajian ini yang mempunyai masalah pencemaran alam sekitar. Saya juga telah memilih kawasan kajian di Pending sebagai kawasan kajian saya kerana kawasan tersebut sememangnya mempunyai masalah pencemaran yang teruk iaitu pencemaran udara dan pencemaran bunyi sehingga menjejaskan kesihatan.

Saya juga telah menjalankan kajian ini selama 3 bulan bermula 1 April sehingga 29 Julai, 2011. Kajian ini dijalankan secara berkumpulan dan dilakukan bersama-sama rakan saya, tetapi hasil kerja tersebut merupakan hasil tugasan individu.

Melalui kajian yang dijalankan ini, saya berharap agar hasil yang diberikan dapat mendatangkan manfaat serta pengetahuan kepada saya serta penduduk di kawasan saya agar masalah pencemaran ini tidak berterusan dan perlulah ditangani bersama-sama.

Page 5: kerja kursus geografi 2011

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Untuk menjalankan kajian ini, beberapa objektif kajian yang perlu dalam kerja kursus ini. Antara objektif kajian adalah:

Saya perlu memahami konsep pencemaran alam sekitar. Ini kerana pencemaran alam sekitar sering dihebahkan di media massa.

Saya juga perlu mengetahui beberapa jenis pencemaran alam sekitar. Pencemaran alam sekitar dibahagikan kepada lima jenis iaitu pencemaran bunyi, bau, tanih, air dan udara. Setiap jenis pencemaran ini boleh menjejaskan kesihatan manusia serta alam sekeliling.

Selain itu, saya dikehendaki mengenalpasti punca yang menyebabkan pencemaran alam sekitar ini berlaku.

Akibat daripada pencemaran yang berlaku, tidak ketinggalan juga, saya dikehendaki mengkaji kesan pencemaran alam sekitar. Kesan yang disebabkan pencemaran dapat menjejaskan pelbagai kehidupan di muka bumi ini.

Objektif yang terakhir adalah dengan mengemukakan beberapa cadangan untuk mengatasi masalah pencemaran alam sekitar.

Akhir kata, saya akan memupuk beberapa nilai murni atau patriotisme untuk kajian ini. Antara nilai murni yang diamalkan adalah seperti nilai bertanggungjawab dan nilai mencintai dan menghargai alam sekitar.

Page 6: kerja kursus geografi 2011

4.0 KAWASAN KAJIAN

Untuk menjalankan kajian ini, saya telah memilih lokasi Pending sebagai kawasan kajian saya. Kawasan ini pada asalnya merupakan sebuah kampung nelayan yang bebas daripada pencemaran. Ia telah dimajukan oleh pihak kerajaan bagi mewujudkan petempatan dan memajukan bidang perindustrian.

Lokasi kawasan kajian ini terletak 4 kilometer daripada Bandaraya Kuching dan 3 kilometer dari jarak rumah kediaman saya. Dengan mempunyai kemudahan seperti Jambatan Pending dapat memberikan kemudahan kepada penduduk setempat.

Selain itu, terdapat juga Everise, Pearl Commercial Centre, Dua Puluh Sen yang tidak jauh dari kawasan kajian. Wujudnya pusat membeli-belah tersebut, ia menyumbang kepada pelbagai bentuk ekonomi yang dijalankan.

Page 7: kerja kursus geografi 2011

4.1 Peta Zon Kuching

PETUNJUK

Kuching

Sungai

Page 8: kerja kursus geografi 2011

4.2 Peta Lakar

Page 9: kerja kursus geografi 2011

5.0 KAEDAH KAJIAN

Untuk menyiapkan kerja kursus ini, saya telah menggunakan beberapa kaedah.

Kaedah pertama yang digunakan oleh saya adalah kaedah Pemerhatian. Dengan memerhatikan situasi alam sekeliling ia sekaligus dapat membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini. Pemerhatian adalah kaedah yang amat mudah digunakan.

Kaedah kedua adalah melalui Temubual. Temubual yang dilakukan adalah dengan menyoal dan bertanya kepada penduduk setempat atau penduduk yang berada di kawasan pencemaran alam sekitar ini. Ia sedikit sebanyak dapat membantu saya dalam mengenalpasti pelbagai masalah yang menyebabkan pencemaran ini berlaku.

Kaedah yang ketiga adalah dengan menggunakan Borang Soal Selidik. Borang soal selidik yang diedarkan perlu dijawab oleh 20 orang responden dalam mengetahui pendapat penduduk serta beberapa permasalahan yang berlaku akibat masalah pencemaran alam sekitar ini.

Kaedah yang terakhir sekali adalah dengan Merujuk iaitu merujuk daripada majalah, keratan akhbar dan sumber dari internet. Ini sekaligus dapat menyumbang kepada diri saya untuk mendapatkan data yang diperlukan.

Page 10: kerja kursus geografi 2011

6.0 DAPATAN KAJIAN

6.1 Konsep Pencemaran Alam Sekitar Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengatakan bahawa pencemaran adalah suatu perbuatan yang mencemarkan (mengotorkan) - pengotoran alam - perbuatan mencemarkan kebersihan alam sekeliling dengan sampah sarap.

Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-bahan hasil dari aktiviti manusia ke alam persekitaran menyebabkan terganggunya keselesaan atau kemandirian kehidupan.Takrifan pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik, kimia, biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan kegunaan-kegunaan berfaedah, yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya kepada kesihatan, keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma lain, tumbuhan dan haiwan-haiwan.

Page 11: kerja kursus geografi 2011

6.2 Jenis Pencemaran Alam Sekitar

Page 12: kerja kursus geografi 2011

Jenis Pencemaran Alam Sekitar Selain itu, saya juga perlu mengenalpasti jenis-jenis alam sekitar untuk menjayakan kera kursus ini.

Pencemaran udara, iaitu pelepasan bahan kimia berbahaya ke dalam atmosfera. Contoh-contoh bahan pencemar termasuk karbon monoksida, sulfur dioksida, klorofluorokarbon (CFC), nitrogen dioksida yang dikeluarkan oleh kenderaan dan kilang industri.

Pencemaran air, seperti kebocoran dan pembuangan bahan kimia ke dalam sumber air atau fenomenon eutrofikasi.

Pencemaran tanih, iaitu peresapan bahan kimia bahaya seperti logam berat, hidrokarbon dan racun serangga ke dalam tanih.

Pencemaran radioaktif, iaitu pelepasan bahan radioaktif ke dalam alam sekeliling.

Pencemaran bunyi yang disebabkan hingar jalan raya, pesawat dan industri.

Pencemaran cahaya yang disebabkan penyinaran (iluminasi) lebihan

Pencemaran terma, iaitu perubahan suhu akibat kegiatan manusia.

Pencemaran visual, iaitu pemusnahan alam fizikal dan penghakisan keindahan alam.

Cara berlaku pencemaran boleh dibahagikan kepada dua iaitu pencemaran oleh faktor semula jadi, akibat bencana alam dan pencemaran oleh faktor manusia.pencemaran ini juga disebabkan sikap segelintir golongan manusia yang tidak mempunyai sikap bertanggungjawab mahupun cinta akan negara.

Page 13: kerja kursus geografi 2011

Punca Pencemaran Alam Sekitar

Saya juga dikehendaki mencari punca-punca berlakunya pencemaran alam sekitar.

Pencemaran udara

Mengikut laporan yang dibuat oleh Jabatan Alam Sekitar,melalui akhbar Utusan Pengguna pada tahun 2001:Jumlah keluaran bahan-bahan pencemaran udara bagi Malaysia dianggarkan sebanyak 933,000 tan setahun.Daripada jumlah ini,kenderaan ialah punca utama pencemaran ini(58.1%),diikuti oleh stesen jana kuasa(23.9%),pembakaran bahan api industri(9.4%),pemprosesan industri(3.9%) dan pembakaran terbuka(4.9%).

Pencemaran udara ini berlaku apabila terdapat benda asing dalam kepekatan yang mengganggu atau membahayakan manusia,tumbuh-tumbuhan,b inatang dan harta benda.Benda asing ini adalah di dalam bentuk abuk,asap,kabus,wap dan gas(Karbon Monoksida,Nitrogen Oksida,Hidrokarbon,Ozon,S ulfur Oksida ,bau-bauan) ataupun apa-apa campuran bahan-bahan ini.

Dapatlah dijelaskan punca-punca utama pencemaran udara ini adalah akibat daripada stesen jana kuasa elektrik,kerja-kerja pembinaan,industri atau kilang,kenderaan bermotor dan pembakaran sampah sarap.

Penderaan alam sekitar melalui pencemaran udara timbul akibat daripada tindakan manusia itu sendiri.Setiap manusia menyumbang terhadap kemusnahan alam sekitar.Perokok yang mengembuskan asap ke udara,pembakaran sisa buangan di kawasan perumahan secara tidak terkawal juga membawa kesan kepada pencemaran udara.

Page 14: kerja kursus geografi 2011

Pencemaran air

Pencemaran air bermaksud perubahan yang berlaku dari segi kandungan,keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan akan memberi kesan terhadap manusia apabila digunakan.Pencemaran ini berlaku sama ada dari segi biologi,kimia dan fizik.Bahan pencemaran boleh didapati dalam pelbagai bentuk iaitu gas,cecair dan pepejal.Pencemaran air boleh berlaku di mana-mana sahaja tempat berair.Oleh itu,pencemaran air merupakan pencemaran yang begitu meluas kerana didapati di seluruh dunia.

Antara punca-punca pencemaran air ialah:

a.Sisa bahan buangan kilang seperti sisatosid yang dibuang ke dalam sungai oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.Pembuangan ini dianggap mudah kerana tidak memerlukan kos pelupusan.

b.Pembuangan bahan-bahan buangan seperti sampah,minyak dan najis oleh sesetengah pihak individu juga merupakan penyumbang ke arah pencemaran air.

c.Penerokaan juga membantu menyumbang ke arah pencemaran air.Ini adalah kerana,penerokaan yang dijalankan sudah pasti menyebabkan hakisan tanah berlaku dan seterusnya tanah runtuh akan masuk ke dalam sungai dan menjadi mendakan.Mendakan ini boleh mencetekkan lagi paras air sungai dan seterusnya banjir akan berlaku.

Sesetengah bandar dan kampung mengepam pelbagai bahan buangan yang tidak dirawat,manakala kilang kadang kala membuang bahan beracun ke dalam sungai.Ini boleh membunuh ikan dan tumbuhan seperti haiwan air yang lain.Baja dan racun perosak kimia yang digunakan oleh petani juga dibawa oleh air hujan ke dalam sungai dan anak sungai.Bahan-bahan ini boleh membunuh berbagai-bagai jenis hidupan air.

Page 15: kerja kursus geografi 2011

Sikap tidak bertanggungjawab dan mementingkan keuntungan semata-mata telah membutakan hati dan perasaan manusia terhadap alam sekitar.Pengusaha kilang umpamanya,berusaha menjimatkan kos dengan mengambil jalan mudah,membuang sisa kilang ke dalam sungai walaupun menyedari kesannya terhadap persekitaran.

Selain itu,kekurangan pengetahuan menyebabkan pemilik industri tidak mengambil berat serta cuba mengelak piawaian keselamatan yang ditetapkan sama ada berhubung keselamatan manusia atau kestabilan alam sekitar.Pembangunan tidak boleh dipersalahkan sebagai punca kemusnahan alam sekitar.Pembangunan adalah rekaan manusia.

Masalah ini harus dipandang serius kerana sungai merupakan sumber air yang paling utama.Kepesatan pembangunan industri,perumahan dan pembukaan tanah baru menyebabkan banyak sungai yang hilang keupayaan untuk memainkan peranan semula jadinya.Sekiranya fenomena ini berterusan,tidak mustahil rangkaian sungai di seluruh negara turut tercemar .

Pencemaran laut

Antara punca-punca berlakunya pencemaran ini ialah:

a.Sungai yang tercemar akan mengalir ke laut,dan membawa pencemaran bersama-samanya.

b.Sesetengah bandar dan bandar raya di tepi pantai mengepam kumbahan terus ke dalam laut.

c.Minyak yang tumpah daripada tangki minyak dan pelantar minyak merebak di lautan lalu membunuh burung laut,kerang-kerang dan hidupan liar yang lain.

Page 16: kerja kursus geografi 2011

d.Pencemaran yang berpunca daripada pembuangan sisa kilang.Industri memproses serbuk pencuci pakaian memberikan kesan terhadap sistem air di laut.Bahan kimia,asid dan bahan organik seperti nutrien,bahan radioaktif dan gas semakin berleluasa mencemari laut.

Pencemaran tanah

Pencemaran tanah bermaksud perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga terjadinya pertukaran warna,kesuburan dan hakisan.Pencemaran ini disebabkan oleh bahan buangan sama ada berbentuk air atau pepejal.Bahan pencemar pula terdiri daripada pencemar organik,kimia atau fizik.

Antara punca-punca berlakunya pencemaran ini ialah:

a.Pembuangan bahan-bahan buangan daripada kilang seperti minyak,sisa toksik dan sisa-sisa kilang.

b.Pembuangan sampah merata-rata juga merupakan penyumbang ke arah pencemaran ini.

c.Penggunaan racun serangga secara berlebih-lebihan juga boleh menjadi salah satu punca pencemaran tanah.

d.Sikap manusia yang jarang menghargai nilai-nilai maksum yang terdapat di kawasan menarik dan indah.Penebangan pokok-pokok dan industri pembalakan di kawasan tersebut,bertujuan kononnya untuk menggerakkan industri hiliran bagi membangunkan ekonomi negara.Kesan penebangan telah mengubah sama sekali rupa bumi di kawasan berkenaan.

Pencemaran tanah juga memberi kesan ke atas aktiviti harian manusia.Jika hampir kesemua tempat telah dicemari,manusia sudah tidak berpeluang lagi untuk melihat

Page 17: kerja kursus geografi 2011

keindahan alam ini.Tanah yang telah dicemari tidak sesuai lagi untuk dijalankan pertanian kerana bahan kimia akan membunuh tumbuhan yang ditanam.

Penukaran tanah dari hutan kepada pertanian telah mengakibatkan berlakunya penebangan hutan secara meluas. Selain daripada mengurangkan jumlah hutan asal dan biodiversiti hutan dan hidupan liar, penebangan hutan juga turut menyumbang kepada hakisan tanah, pemendapan, kerosakan cerun dan tanah runtuh di Malaysia .Penebangan hutan yang berterusan dan kemusnahan hutan di kawasan tadahan air akan menjejaskan bekalan air dan kualiti sumber air, menjejaskan kemampuan peng- ambilan semula air bawah tanah dan menyebabkan lebih banyak banjir di kawasan tanah rendah.

Pembangunan yang tidak dirancang dengan berkesan seperti pembalakan yang giat dan pembukaan tanah secara berleluasa akan memberikan kesan buruk terhadap alam sekitar contohnya berlakulah hakisan tanah,berlaku perubahan iklim,kesan kepada rumah hijau dan banjir.

Pencemaran bunyi

Pencemaran bunyi ialah bunyi bising yang keterlaluan sehingga menyakitkan telinga.Pencemaran bunyi biasanya melebihi 80 dB(A) dan pencemaran ini mengikut situasi dan keinginan masing-masing.Pencemaran ini boleh dibahagikan kepada empat bahagian,iaitu kebisingan selang-seli,kebisingan selenjar,kebisingan fluktuasi dan bunyi lantunan.

Antara punca-punca pencemaran ini ialah:

a.Bunyi kenderaan bermotor merupakan penyumbang ke arah pencemaran ini.

Page 18: kerja kursus geografi 2011

b.Industri-industri juga merupakan penyumbang ke arah pencemaran bunyi.Bunyi-bunyi ini datangnya daripada penggunaan jentera,kenderaan dan sebagainya.

c.Kuari juga merupakan ejen pencemaran bunyi.Bunyi pemecahan batu,enjin gerudi dan pemunggahan batu ke lori merupakan punca pencemaran ini.

d.Bunyi juga berpunca daripada proses pembangunan.

Malaysia sememangnya sebuah negara yang berkembang pesat serta maju dalam pelbagai bidang.Namun dalam kepesatan pertumbuhannya itu,ramai yang tidak menyedari bahawa ia juga membawa kesan sampingan terhadap alam sekitar.Kegiatan-kegiatan perusahan atau perkilangan asap-asap menyebabkan pencemaran udara dan pembuangan toksik menyebabkan pencemaran air.Selain itu,kegiatan pembangunan dan penerokaan hutan telah mengganggu sistem ekologi bumi dan mengakibatkan hakisan tanah.Terdapat punca-punca lain yang menyebabkan pencemaran alam,seperti kegiatan pengangkutan yang mencemarkan udara dan air,kegiatan perladangan dan sebagainya.

Sebenarnya,punca utama kemusnahan alam sekitar adalah rekaan manusia yang tidak mempunyai nilai peka terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat.

Sayang pada alam sekitar, patuh kepada undang-undang,bertanggung jawab,boleh membuat pertimbangan.Maka,manusialah yang perlu rasional menangani keadaan ini.

Page 19: kerja kursus geografi 2011

Kesan Pencemaran Alam Sekitar

Kesan pencemaran alam sekitar juga merupakan salah satu aspek yang dikehendaki dalam kerja kursus ini.

Kesan–Kesan Pencemaran Udara

1.1 Kesan terhadap Kesihatan Manusia

Pencemaran udara telah memberi kesan yang buruk terhadap hidupan di dunia pada masa kini. Di antara kesan utama yang menimpa manusia akibat daripada pencemaran udara ialah terhadap sistem pernafasan. Udara dan bahan cemar yang terperangkap didalamnya akan memasuki hidung atau mulut manusia dan memasuki paru-paru melalui trakea. Karbon monoksida (CO) adalah antara gas yang dapat meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah dengan begitu berkesan sekali. Selain itu, bahan cemar Nitrogen Oksida (NO2) boleh menyebabkan edema dan pendarahan pulmonari, bahan cemar gas ozon (O3) boleh menimbulkan kerengsaan. Habuk,asap, kabus, wap atau bahan-bahan lain juga menghalang penglihatan mata dan juga menjejaskan mata manusia.

1.2 Kesan Terhadap Tumbuh-tumbuhan

Pencemaran udara juga memberi kesan yang sangat buruk terhadap tumbuh-tumbuhan di dunia ini. Tumbuh-tumbuhan mengalami kerosakan dengan tiga cara iaitu Nekrosis(Keguguran daun), Klorosis (Pertukaran warna), dan perubahan pertumbuhan. Alfalfa, barli, kapas, gandum dan epal adalah antara tumbuhan yang mudah mengalami kerosakan dengan bahan cemar sulfur dioksida. Selain itu, tomato, kekacang, bayam dan kentang juga mengalami kerosakan dengan adanya gas ozon di udara. Keadaan ini

Page 20: kerja kursus geografi 2011

menyebabkan bumi kekurangan sumber makanan dan ekonomi sebahagian daripada penduduk dibumi juga terganggu.

1.3 Kesan Terhadap Haiwan

Seterusnya, bahan cemar juga menyebabkan haiwan-haiwan terancam dan terbunuh. Sebagai contoh, di Poza Rica, Mexico, sekumpulan burung kenari, ayam, itik, lembu, khinzir angsa dan anjing telah mati akibat terdedah kepada sulfur dioksida (SO2) yang dilepaskan ke udara oleh sebuah loji penapisan pada tahun 1950. Kematian haiwan itu disebabkan oleh penghadaman makanan haiwan yang tercemar setelah terdedah kepada bahan–bahan toksid yang terdapat di dalam udara. Contoh lain adalah keracunan yang disebabkan oleh plumbum (Pb) yang telah membawa maut kepada lembu dan kuda yang berlaku di Jerman. Haiwan-haiwan ini yang meragut kawasan rumput sekitar 5 kilometer dari sebuah kawasan kilang plumbum dan zink telah mengalami keracunan akibat daripada habuk plumbum yang dilepaskan oleh kilang tersebut.

1.4 Kesan Terhadap Bahan

Bahan-bahan cemar di udara juga mengotorkan permukaan bahan terutamanya kepada bangunan, pakaian, dan juga benda-benda lain. Pengotoran berlaku akibat dari pengendapan asap atau zarah halus yang begaris pusat kira- kira 0.3 mikrometer. Selepas beberapa lama, pengendapan ini dapat dilihat dan dipanggil kekotoran, kelunturan, atau kehitaman permukaan. Selain itu, kakisan logam juga berlaku disebabkan berlakunya kehadiran sulfur dioksida (SO2) di dalam udara. Bahan cemar juga menyebabkan fabric-fabrik mudah rosak. Keadaan ini telah berlaku di Kanada dan Florida

Page 21: kerja kursus geografi 2011

dimana stoking wanita mudah terurai disebabkan oleh kabus halus asid sulfuric yang terdapat di bandar-bandar tersebut.

1.5 Kesan Terhadap Lapisan Ozon

Pencemaran udara juga menyebabkan penyusutan lapisan ozon bumi yang melindungi hidupan di bumi ini daripada sinaran terus matahari. Pembebasan gas klorofluorocarbon atau CFC yang digunakan dalam alat-alat penyembur, alat penyaman udara dan peti sejuk menipiskan lapisan ozon ini. Ini menyebabkan lebih banyak sinaran matahari yang sampai ke bumi. Pendedahan secara terus kepada cahaya matahari boleh menyebabkan kanser kulit yang amat berbahaya kepada manusia dan juga hidupan lain. Pancaran matahari yang terik juga menyebabkan berlakunya pencairaan kepada ais-ais di bahagian kutub-kutub bumi dan menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan ekosistem di dunia pada masa kini.

1.6 Kejadian Hujan Asid

Seterusnya, pencemaran udara juga menyebabkan terbentuknya Hujan asid yang disebabkan oleh penggabungan gas-gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida dengan air hujan. Ianya berlaku apabila gas-gas sulfur oksida (SO2) dan oksida-oksida nitrogen (NOx) dilepaskan ke udara dan bertindakbalas dengan wap air yang terdapat di atmosfera dan seterusnya menjadi asid sulfurik dan asid nitrik. Asid ini terkumpul di dalam awan dan awan pula bergerak ke tempat- tempat lain dan membawa asid-asid tersebut. Asid itu akan turun bersama-sama dengan hujan dan menimpa hidupan yang terdapat di dunia. Ianya membunuh tumbuh-tumbuhan dan juga hidupan air. Ia juga boleh menghakis pakaian, kertas dan bahan binaan bangunan. Selain itu, asid tersebut juga meresap kedalam

Page 22: kerja kursus geografi 2011

tanah dan menyebabkan kualiti tanah berkurang dan menjadikannya tidak subur.

1.7 Kesan Rumah Hijau dan Pemanasan Global

Kesan yang paling ketara dan sedang hangat diperkatakan oleh seluruh warga dunia pada masa kini adalah kesan pemanasan global yang disebabkan oleh kesan rumah hijau. Kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon menjadi punca kepada pemanasan global ini yang dapat dirasakan oleh seluruh penduduk bumi. Kenaikan suhu bumi disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon dioksida dan terkumpul di dalam udara. Gas karbon dioksida yang terlalu banyak menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat dan persekitaranya menjadi panas. Penyusutan lapisan ozon juga adalah faktor utama kejadian pemanasan global ini. Pemanasan global menyebabkan keadaan bumi menjadi panas, ekosistem terganggu, banjir berlaku secara kerap dan juga berlakunya kejadian alam yang tidak normal. Kebakaran hutan yang berlaku juga sedikit sebanyak memberi kesan kepada suhu di bumi ini dan juga menjejaskan kualiti udara.

1.8 Kesan Terhadap Atmosfera

Kesan terhadap atmosfera yang dibawa oleh pencemaran udara pula ialah mengurangkan jarak penglihatan. Contoh yang paling jelas ialah kebakaran besar yang berlaku di hutan Indonesia pada tahun 1997 telah menyebabkan beberapa buah Negara di Asia Tenggara mengalami keadaan jerebu yang sangat teruk termasuk Malaysia. Selain itu, pertambahan kepekatan karbon dioksida dalam atmosfera turut meningkatkan suhu bumi yang telah mencetuskan perbincangan hebat di kalangan para saintis di abad ini. Para

Page 23: kerja kursus geografi 2011

saintis mendapati bahawa kepekatan karbon dioksida bertambah dari 0.032 peratus pada tahun 1968 kepada 0.038 peratus pada tahun 2000. Mengikut analisis tersebut, ia menyebabkan peningkatan suhu sebanyak 0.5 darjah selsius,

dan kesan ini dikenali sebagai kesan ‘rumah hijau’.

Page 24: kerja kursus geografi 2011