11
1. TAJUK KAJIAN Pengaruh persekitaran terhadap kegiatan Mat Rempit dengan penyalahgunaan dadah dan aktiviti samseng jalanan di Kuala Lumpur 2. PENGENALAN ‘Mat Rempit’ merupakan golongan remaja bermotosikal yang melakukan aksi-aksi berbahaya sama ada secara solo ataupun berkumpulan seperti aksi ‘wheely’ dan sebagainya di atas jalan raya (Harian Metro, 20 Januari 2006). Mat Rempit gemar menunggang secara berkumpulan yang besar sehingga mengganggu ketenteraman awam selain tidak menghiraukan peraturan lalulintas, mengubah suai motosikal serta terlibat dengan kegiatan gangster, samun, pergaduhan, kecurian dan buli (Fuad, 2009). Mat Rempit juga seringkali dikaitkan dengan pengambilan bahan- bahan terlarang seperti pil kuda, dadah dan alkohol (Yahya Don, 1999). Di bawah pengaruh bahan-bahan terlarang ini, seseorang Mat Rempit itu sanggup bertindak di luar batasan seperti membunuh. Mat Rempit juga terlibat dalam aktiviti samseng termasuk menyerang pihak polis yang menjalankan penguatkuasaan undang-undang (Utusan Malaysia 26 Jun 2008). Sebagai contoh, sekumpulan Mat Rempit cuba membakar sebuah balai polis di Sungai Petani, Kedah dengan menggunakan botol yang diisi dengan mimyak petrol (KOSMO, 28 September 2007). Perlakuan ganas lain seperti melanggar anggota polis trafik di

KERTAS CADANGAN MAT REMPIT.docx

  • Upload
    faiz

  • View
    55

  • Download
    10

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Kajian mengenai mat rempit dan penyalahgunaan dadah dan

Citation preview

1. TAJUK KAJIAN

Pengaruh persekitaran terhadap kegiatan Mat Rempit dengan penyalahgunaan dadah dan aktiviti samseng jalanan di Kuala Lumpur

2. PENGENALAN

Mat Rempit merupakan golongan remaja bermotosikal yang melakukan aksi-aksi berbahaya sama ada secara solo ataupun berkumpulan seperti aksi wheely dan sebagainya di atas jalan raya (Harian Metro, 20 Januari 2006). Mat Rempit gemar menunggang secara berkumpulan yang besar sehingga mengganggu ketenteraman awam selain tidak menghiraukan peraturan lalulintas, mengubah suai motosikal serta terlibat dengan kegiatan gangster, samun, pergaduhan, kecurian dan buli (Fuad, 2009).

Mat Rempit juga seringkali dikaitkan dengan pengambilan bahan-bahan terlarang seperti pil kuda, dadah dan alkohol (Yahya Don, 1999). Di bawah pengaruh bahan-bahan terlarang ini, seseorang Mat Rempit itu sanggup bertindak di luar batasan seperti membunuh. Mat Rempit juga terlibat dalam aktiviti samseng termasuk menyerang pihak polis yang menjalankan penguatkuasaan undang-undang (Utusan Malaysia 26 Jun 2008). Sebagai contoh, sekumpulan Mat Rempit cuba membakar sebuah balai polis di Sungai Petani, Kedah dengan menggunakan botol yang diisi dengan mimyak petrol (KOSMO, 28 September 2007). Perlakuan ganas lain seperti melanggar anggota polis trafik di Johor Bharu (Utusan Malaysia, 26 Ogos 2008) dan merempuh konstabel polis sehingga parah di Jalan Kuala Kangsar, Ipoh, Perak (Utusan Malaysia, 9 Februari 2008).

2.1 ISU MAT REMPIT

Mat Rempit secara amnya adalah sekumpulan mat motor yang dianggap agresif, menakutkan, kurang pendidikan dan terlibat dengan penyalahgunaan dadah (Fuad, 2009). Mat Rempit kebanyakannya terdiri daripada golongan muda khususnya lelaki di dalam lingkungan umur 15 hingga 28 tahun dan majoriti mereka adalah Melayu. Mat Rempit yang terdapat di Kuala Lumpur datang dari pelbagai lokasi dan kasawan di Bandar, pinggir bandar dan luar Kuala Lumpur. Aktiviti Mat Rempit merupakan perbuatan melanggar undang-undang di Malaysia yang termaktub di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 (Akta 333) Pindaan 1999.

3. PERNYATAAN MASALAH

Antara gejala sosial yang sering dilakukan oleh golongan remaja termasuklah lumba haram motosikal, seks bebas, penyalahgunaan dadah, vandalisme, memeras ugut dan sebagainya. Remaja yang terlibat dengan penagihan dadah membawa kepada kesengsaraan diri sendiri dan keluarga selain menjejaskan sosioekonomi dan keharmonian masyarakat (Yahya Don, 1999). Keadaan menjadi semakin membimbangkan apabila masalah penagihan dadah dan perlakuan jenayah ini mula menular di kalangan remaja sekolah (Yahya Don, 2004). Hal ini dapat diperhatikan daripada peningkatan yang serius dalam kes-kes juvana yang terlibat dalam pelbagai aktiviti jenayah.

Menurut statistik, terdapat peningkatan ketara tangkapan Mat Rempit dalam tempoh tahun 2003 dan 2008 dimana pada tahun 2003 sebanyak 494 tangkapan, meningkat kepada 699 pada tahun 2005 dan terus meningkat kepada 964 pada tahun 2008 (Laporan trafik Bukit Aman 2008). Masalah rempit ini jika tidak dibendung akan dikhuatiri menjadi mangsa kepada penyalahgunaan dadah dan penyakit Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS) (Yahya Don, 1999).

Oleh itu, Kuala Lumpur dijadikan sebagai satu kajian kes dimana akan dapat memberi gambaran kepada peningkatan jenayah dan hasil kajian ini akan memberi petunjuk kepada pihak PDRM dan lain-lain jabatan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung berhubungkait dengan masalah sosial remaja.

4. KEPENTINGAN KAJIAN

Maklumat mengenai kegiatan Mat Rempit dan penglibatan mereka dalam penyalahgunaan dadah dan aktiviti samseng dapat dikenalpasti melalui hasil kajian ini. Kajian ini diharapkan dapat membantu kerajaan dalam usaha mengurangkan permintaan dadah di kalangan remaja serta mengurangkan aktiviti samseng jalanan seperti samun dan vandalisme yang menggugat keharmonian hidup masyarakat Malaysia. Selain itu, melalui kajian ini dapat membantu ibu bapa dan pihak sekolah dalam mencegah gejala penagihan dadah dan aktiviti merempit di kalangan pelajar sekolah.

5. OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk:

1. Mengenalpasti hubungan aspek harga diri dengan penyalahgunaan dadah dan aktiviti samseng jalanan di kalangan Mat Rempit

2. Mengenalpasti hubungan aspek pengaruh keluarga dengan penyalahgunaan dadah dan aktiviti samseng jalanan di kalangan Mat Rempit

3. Mengenalpasti hubungan aspek rakan sebaya dengan penyalahgunaan dadah dan aktiviti samseng jalanan di kalangan Mat Rempit

4. Mengenalpasti hubungan aspek kurangnya didikan agama dengan penyalahgunaan dadah dan aktiviti samseng jalanan di kalangan Mat Rempit

6. SOROTAN LITERATUR

6.1 Remaja bermotosikal dan penyalahgunaan dadah dan aktiviti samseng

Menurut Romzi (2004), golongan remaja seringkali melakukan aksi-aksi berbahaya di jalan raya dan bertindak ganas keatas pengguna-pengguna jalan raya yang lain. Kajian Hawkins (1992) menunjukkan pengambilan dadah jenis amphetamine (ATS) meningkatkan keberanian dan kemahiran dalam pengendalian kenderaan. Dadah perangsang, khususnya amphetamine sering dikesan melalui ujian air kencing ke atas penunggang motosikal, pemandu lori dan kereta (Yahya Don, 2004).

6.2 Faktor-faktor yang mempengaruhi penglibatan Mat Rempit dalam penyalahgunaan dadah dan aktiviti samseng jalanan

a) Faktor harga diri

Menurut Zainal dan Sharani (2004), zaman remaja adalah masa berlakunya proses adaptasi dalam masyarakat apabila mencapai akil baligh atau cukup umur. Dari sudut psikologi, Arieff dan Wardah (2006) menjelaskan remaja sebagai perlakuan emosi yang akan membentuk kerangka perlakuan remaja itu sendiri. Sekiranya gagal mengawal emosi tersebut, mereka akan mengalami tekanan mental dan melakukan tindakan-tindakan di luar kawalan.

b) Faktor Keluarga

Menurut Hoffman (1996), keluarga membentuk personaliti seseorang sejak kecil dan terus memberi pengaruh yang amat besar kepada tingkah laku, sikap dan pemikiran seseorang dalam alam dewasa. Kegagalan ibu bapa dalam mendidik anak-anak boleh menyebabkan mereka terlibat dengan gejala-gejala sosial dan tidak mampu membentuk jati diri menjadi orang yang berwawasan (Arieff dan Wardah, 2006). Selain itu, kekurangan komunikasi berkesan dan kasih sayang keluarga turut memainkan peranan dalam pembentukan personaliti diri remaja (Mahmood Nazar Muhammad, 1993).

c) Faktor Rakan Sebaya

Faktor ingin mendapatkan pengiktirafan antara salah satu faktor rakan sebaya yang mendorong penglibatan remaja dalam masalah sosial seperti merempit dan penyalahgunaan dadah. Menurut Asmak (2006), remaja akan terpengaruh dengan rakan sebaya yang mengganggap undang-undang adalah tidak penting dan mereka akan membentuk kumpulan serta peraturan tertentu. Di sinilah wujudnya aktiviti samseng jalanan seperti peras ugut dan sebagainya. Selain itu, faktor kepuasan bersama rakan-rakan mempengaruhi remaja terlibat dalam masalah sosial. Menurut kajian Rozmi (2006), sebab utama remaja terlibat dengan kegiatan berisiko tinggi adalah untuk mencari keseronokan tanpa berfikir panjang

d) Faktor Kurangnya Didikan Agama

Antara punca berlakunya masalah sosial di kalangan remaja adalah disebabkan kurangnya didikan dan penghayatan agama dalam kalangan ibu bapa mahupun remaja itu sendiri (Mahmood Nazar Mohamed, 2009). Sharifah (2010) mendapati remaja yang mendapat bimbingan positif daripada keluarga dan mempunyai kesedaran agama yang tinggi mampu berdepan dengan cabaran persekitaran negatif dan tingkah laku berisiko seperti merempit dan penyalahgunaan dadah. Poulson (1988) mendapati seseorang individu yang mempunyai kepercayaan agama yang tinggi akan kurang terdedah kepada aktiviti tidak berakhlak seperti penggunaan alkohol dan seks bebas.

7. KERANGKA TEORI

(Pembolehubah Bersandar) (Pembolehubah Bebas)

8. UNIT YANG DIANALISIS

Skop kajian ditumpukan kepada golongan Mat Rempit di sekitar lebuhraya di Kuala Lumpur. Antara lebuhraya yang dikaji adalah lebuhraya: (i) Ampang KL Elevated (AKLEH), (ii) Kuala Lumpur-Seremban, (iii) Persekutuan dan (iv) Duta-Ulu Kelang (DUKE).

9. HIPOTESIS

H1: Terdapat hubungan yang signifikan antara aspek harga diri Mat Rempit dengan pengambilan dadah dan aktiviti samseng jalanan

H2: Terdapat hubungan yang signifikan antara pengaruh keluarga Mat Rempit dengan pengambilan dadah dan aktiviti samseng jalanan

H3: Terdapat hubungan yang signifikan antara pengaruh rakan sebaya Mat Rempit dengan pengambilan dadah dan aktiviti samseng jalanan

H4: Terdapat hubungan yang signifikan antara kurang didikan agama Mat Rempit dengan pengambilan dadah dan aktiviti samseng jalanan

H5: Terdapat hubungan yang signifikan antara faktor umur, lokasi tempat tinggal, pekerjaan ibu bapa, tahap pendidikan dengan faktor psikososial iaitu aspek harga diri, pengaruh ibu bapa, rakan sebaya dan kurangnya didikan agama

10. METODOLOGI PENYELIDIKAN

Kajian ini berbentuk deskriptif yang melibatkan pengumpulan data bagi tujuan menguji hipotesis dan menggunakan teknik korelasi untuk mengenalpasti hubungan antara dua atau lebih pembolehubah dalam membuat ramalan.

Reka bentuk kajian

Kuantitatif. Berdasarkan soal selidik yang dijawab oleh responden

Populasi dan sampel kajian

Anggaran Mat Rempit di Kuala Lumpur berjumlah 6000 orang

Lebuhraya Ampang KL Elevated (Akleh) 1200

Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban 1700

Lebuhraya Persekutuan 1500

Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) 1600

Teknik Persampelan

Persampelan bukan kebarangkalian.

Responden akan dipilih secara persampelan bertujuan berdasarkan saranan Krejcie dan Morgan (1970).

Saiz sampel yang sesuai ialah 600 orang (berdasarkan saiz populasi sebanyak 6000 orang)

Instrumen Kajian

Satu set instrument diguna untuk mengumpul data asas dan dipecah kepada 5 bahagian:

a) Maklumat demografi (latar belakang responden, kekeluargaan, pengetahuan undang-undang, penglibatan dalam aktiviti merempit, penyalahguaan dadah dan aktiviti samseng jalanan)

b) Aspek harga diri

c) Pengaruh Keluarga

d) Pengaruh Rakan sebaya

e) Didikan agama

Kaedah mendapatkan maklumat

i) Ujian air kencing secara sukarela

ii) Operasi trafik, Jabatan siasatan jenayah narkonik

iii) Tangkapan berkaitan kesalahan merempit seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1967

Analisis Data

Menggunakan perisian SPSS (Statistical Package For The Social Science) versi 22.0

Menggunakan analisis Korelasi Pearson, analisis Varian Pelbagai (MANOVA), ujian-t dan analisis Regresi Berganda.

RUJUKAN

Arieff Salleh Rosman & Wardah Mokhtar. (2006). Membentuk Jati Diri Remaja. Bentong: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Asmak Haji Ali. (2006). Salah Laku Remaja Masa Kini: Cabaran dan Penyelesaiannya. UITM Shah Alam: Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam.

Hawkins, J. D., Catalano, R. F. & Miller, J. Y. (1992). Risk and Protective Factors for Alcohol and Other Drug Problems in Adolescence and Early Adulthood: Implications for Substance Abuse Prevention. Psychological Bulletin, 112: 64-105.

Hodge, D. R., Cardenas, P. & Montoya, H. (2001). Substance use: Spirituality and religious participation as protective factors among rural youths. Social Work Research, 25 (3): 153-161.

Hoffman, L. (1996). Progress and Problems in the Study of Adolescence. Developmental Psychology. 32: 777-780.

Mahmood Nazar Mohamed (1993). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn Bhd.

Mahmood Nazar. (2009). Gejala Sosial di Malaysia Masa Kini: Antara Puncanya. Kertas kerja dibentangkan dalam Seminar Pembangunan Insan di Malaysia di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya pada 8 Januari 2008.

Muhamad Fuad Abdul Karim, Rokiah Ismail & Mohamad Fauzi Sukimi. (2009). Sub-Budaya Mat Rempit dan Perubahan Sosiobudaya, Malaysian Journal of Society and Space, 5 (3): 26-43.

Poulson, R.L., Eppler, M.A, Satterwhite, T.N, Wuensch, K.L. & Bass, L.A. 1988. Alcohol Consumption, Strength of Religious Beliefs Aand Risky Sexual Behavior In College Students. Journal of American College Health, 46 (5): 227-232.

Romzi Ismail (2006). Penglibatan Remaja Dalam Perlumbaan Motosikal Haram: Peranan Keluarga dan Masyarakat Dalam Menangani Gejala Ini. Universiti Kebangsaan Malaysia: Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia.

Rozmi Ismail. (2004). Gejala Perlumbaan Motosikal Haram di Kalangan Remaja: Peranan Keluarga dan Masyarakat Dalam Mengenai Gejala Ini. Prosiding Seminar Kebangsaan Ke-3 Psikologi dan Masyarakat 2004. Pusat Teknologi Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. 4-5 Oktober 2004.

Yahya Don & Mahmood, N.M., (2004). Hubungan Penagihan Dadah dan Perlakuan Jenayah. Malaysian Journal of Psychology, UKM, Bangi, Selangor.

Yahya Don (1999). Hubungan Penagihan Dadah Dengan Kelakuan Jenayah: Pengaruh Faktor-Faktor Psikososial dan Institusi Terpilih. Kajian Sarjana, Universiti Utara Malaysia.

Zainal Madon dan Mohd. Sharani Ahmad (2004). Panduan Mengurus Remaja Moden. Bentong: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.