kesihatan diri

Embed Size (px)

DESCRIPTION

jenis penyakit

Text of kesihatan diri

LENNY GAN GEAK SIEW861128296256001HBHE2103

FAKULTI BAHASA DAN PENDIDIKAN

HBHE 2103

PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT

SEMESTER MEI 2015

Name: LENNY GAN GEAK SIEW

Matric number: 861128296256001

NRIC: 861128296256

E-mail address: lennygan86@gmail.com

Learning Centre: KELANTAN LEARNING CENTRE

Isi Kandunganisi kandunganmuka surat

1.0Tugasan (a):Empat kes yang berkaitan dengan penyakit-penyakit yang dikaitkan dengan alam sekitar:

1.1 120 Murid Keracunan Makanan Di Kantin Sekolah 3 - 7

1.2 Murid Didakwa Dijangkiti H1N1 Di Melaka Meninggal Dunia8 - 12

1.3 14 Murid Sekolah di Gelang Patah Disahkan Menghidap Penyakit HFMD13 15

1.4 Seorang Pelajar Sekolah Maut Akibat Denggi Sejak Jan16 - 18

2.0Tugasan (b):Empat aktiviti dijalankan pihak sekolah untuk menangani masalah ini.

2.1 Masalah Keracunan Makanan

19 23

2.2 Masalah H1N1

24 26

2.3 Masalah HFMD

26 28

2.4 Masalah Demam Denggi

29 31

3.0Rujukan32

Tugasan (a):1.0 Empat kes yang berkaitan dengan penyakit-penyakit yang dikaitkan dengan alam sekitar:1.1 Kes 1: http://www.mstar.com.my/berita/berita-jenayah/2014/01/30/120-murid-keracunan-makanan-di-kantin-sekolah/ 120 Murid Keracunan Makanan Di Kantin Sekolah

Diterbitkan: Khamis, 30 Januari 2014 12:00 AMPunca-Punca Berlakunya Keracunan Makanan Di Kantin Sekolah:Keracunan makanan ialah apa jua penyakit yang disebabkan oleh pengambilan makanan atau minuman yang tercemar.Punca utama keracunan makanan di sekolah adalah disebabkan oleh sikap pemilik atau pengusaha kantin yang kurang bertanggungjawab. Terutamanya dalam aspek kebersihan semasa menyediakan makanan.

Penyediaan makanan dalam keadaan yang menjijikan.Majoriti daripada mereka lebih cenderung kepada mengaut keuntungan semata-mata dan kurang menitikberatkan kualiti makanan yang disediakan. Malah tidak pedulikan sama ada makanan tersebut masih sesuai untuk dijual kepada pelajar. Sebagai contoh, mereka tidak mencuci bahan mentah dengan sempurna sebelum digunakan untuk memasak sesuatu hidangan. Walaupun situasi sebegini juga sering berlaku di restoran di luar sana, namun ia memang patut dielakkan. Kantin atau dewan makan yang mengabaikan aspek kebersihan dan keselamatan makanan di mana makanan yang terdedah akan dihinggapi lalat sehingga mengakibatkan keracunan makanan.

Makanan sepatutnya ditutup berasingan dengan tudung dan tidak harus dibiarkan terbuka sebegini.Selain daripada itu, kemungkinan besar bahan mentah yang digunakan telah tercemar. Seperti ikan dan ayam sudah tidak segar atau busuk, namun ia masih dimasak dan dijadikan hidangan kepada murid sekolah. Kebanyakan sekolah telahpun melarang pengusaha kantin daripada menjual makanan ringan yang mengandungi bahan kimia secara berlebihan atas sebab ia akan menjejaskan kesihatan.

Makanan ringan yang nampak menawan, namun ia langsung tidak berkhasiat dan membebankan.

Bagaimana Ia Merebak: Makanan ditinggalkan pada suhu bilik untuk tempoh yang lama (lebih dari 4 jam). Ini menambah risiko makanan tersebut menjadi basi ataupun dihinggap kuman atau mikro-organisma yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar. Sebagai contoh, pengusaha kantin menyediakan makanan terlalu awal sebelum waktu rehat pelajar. Makanan tidak dimasak dengan sempurna membawa kuman dan makanan yang mentah di disimpan bersama dengan makanan yang telah dimasak. Amalan pengendalian makanan yang tidak bersih. Oleh itu, pengambilan pekerja kantin juga perlu diberi perhatian. Makanan disediakan oleh orang sakit atau pembawa penyakit bawaan makanan. Usaha untuk membuat pemeriksaan badan harus dikuatkuasakan untuk kesemua pekerja kantin.

Kadar berlakunya kes keracunan makanan yang membimbangkan.Bagaimana untuk mengelakkan keracunan makanan?Cara-cara untuk mengelakkan keracunan makanan: Pihak pengurusan kantin seharusnya sentiasa menjaga kebersihan: Basuh tangan dengan betul sebelum mengendalikan makanan. Basuh dengan bersih permukaan dan peralatan yang digunakan untuk menyediakan makanan. Pastikan kawasan dapur bebas dari serangga, makhluk perosak dan haiwan-haiwan yang lain. Asingkan makanan mentah dari yang telah dimasak: Gunakan perkakas seperti pisau dan papan pemotong yang berbeza untuk penyediaan makanan yang belum dimasak. Simpan makanan yang telah dimasak dan yang mentah di dalam bekas yang berbeza untuk mengelakkan dari pencemaran silang. Sentiasa simpan makanan pada suhu yang betul. Simpan semua makanan yang telah dimasak dan yang mudah basi di dalam peti sejuk atau peti sejuk beku. Sentiasa gunakan air dan bahan mentah yang bersih. Basuh buah-buahan dan sayur-sayuran dengan sempurna jika dimakan mentah. Pelajar juga perlu mengutamakan kebersihan diri. Sentiasa bersihkan tangan sebelum makan mengikut langkah mencuci tangan yang betul.

1.2 Kes 2:http://mynewshub.cc/2015/04/15/murid-didakwa-dijangkiti-h1n1-di-melaka-meninggal-dunia/Murid Didakwa Dijangkiti H1N1 Di Melaka Meninggal Dunia

Kelihatan beberapa orang kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah Melaka Tengah tiba di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Pay Teck untuk melakukan pemeriksaan berikutan seorang pelajar sekolah tersebut disyaki dijangkiti Influenza A (H1N1) dan masih dalam siasatan di sini hari ini. Apr 15, 2015

Punca-Punca Berlakunya Jangkitan H1N1:Seorang murid Tahun Lima dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Pay Teck telah meninggal dunia akibat jangkitan virus Influenza A atau lebih dikenali sebagai H1N1. Maka di sini akan dibincangkan tentang punca serta akal umbi masalah jangkitan tersebut yang juga ada kaitan dengan alam sekitar mereka.Demam Virus Influenza A (H1N1) merupakan penyakit sistem pernafasan yang lazimnya ditemui dalam kawanan babi. Virus Influenza A (H1N1) atau demam babi ini biasanya hanya terdapat dalam spesies babi sahaja dan tidak menjangkiti manusia. Namun jangkitan terhadap manusia telah berlaku dan penyebaran virus ini dalam kalangan manusia telah mula dikesan sejak tahun 1988. Selesema babi ini dikesan saban tahun dan biasanya terjadinya kepada mereka yang mempunyai kaitan dengan babi. Virus selesema babi telah dilaporkan merebak dari manusia ke manusia lain. Tetapi pada masa lepas, pemindahan virus ini adalah terhad dan menjangkiti sehingga tiga orang sahaja.

Proses penyebaran virus H1N1.Antara punca merebaknya wabak ini ialah:i. kurang peka dalam menjaga kebersihan diri terutamanya selepas melakukan aktiviti. ii. kurang kesedaran betapa pentingnya penggunaan sabun antibakteria.iii. Pemakaian topeng muka juga kurang dititikberatkan oleh sesetengah pihak yang dijangkiti batuk dan selesema kerana mereka berpendapat bahawa pemakaian topeng menyusahkan.

Virus disebarkan dari pesakit kepada umum.iv. Sesetengah pihak enggan berjumpa doktor apabila mengalami simptom-simptom Influenza A. Lanjutan daripada itu, mereka yang sudah berjumpa dengan doktor pula tidak mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor. v. Elakkan berada di tempat yang sesak seperti di pasar malam atau kompleks beli belah. vi. Virus ini juga merebak disebabkan faktor perubahan cuaca yang tidak menentu. Fakta ini diakui sendiri oleh Badan Kesihatan Dunia (WHO) iaitu wabak ini menular berkali-kali ganda pada musim hujan. Keadaan lembap dan kering yang bersilih ganti menyebabkan ramai penduduk menghidap selesema dan batuk. Bagaimana Ia Merebak:Virus jenis A (H1N1) selsema babi ini dijangka akan merebak seperti mana virus selesema bermusim lain. Virus selesema ini biasanya disebarkan dari individu ke individu yang lain melalui batuk dan bersin mereka yang terkena jangkitan. Kadang-kadang seseorang itu boleh dijangkiti melalui barang yang disentuh dengan tangan dan kemudiannya menyentuh mulut dan hidung mereka. Kita mungkin boleh menyebarkan virus ini sebelum mengetahui yang kita telah dijangkiti. Mereka yang dijangkiti dengan virus ini boleh dikira sebagai pembawa virus selagi mereka di dalam simptom sehingga tujuh hari dari bermula sakit. Anak-anak kecil merupakan golongan yang peling berpotensi untuk dijangkiti untuk jangka masa yang lebih lama.

Proses penyebaran virus H1N1

CARA PENCEGAHAN H1N1

Buat masa ini belum lagi ada sebarang vaksin untuk melindungi dari selesema babi ini. Namun, terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk membantu menghalang penyebaran kuman yang menyebabkan penyakit pernafasan seperti demam selesema. Tutup mulut dan hidung anda dengan tisu semasa bersin atau batuk. Buangkan tisu tersebut ke dalam tong sampah yang bertudung selepas menggunakannya.

Basuh tangan dengan sabun dan air secara kerap terutamanya selepas batuk atau selesema. Pembersih tangan berasaskan alkohol juga berkesan. Mengelakkan dari menyentuh mata, hidung dan mulut disebabkan kuman boleh merebak melalui cara ini.

Jika sakit akibat demam selesema, disyorkan supaya tidak ke sekolah, di samping mengehadkan pergaulan dengan orang lain supaya mereka tidak dijangkiti.

1.3 Kes 3:http://utusanmalaysian.blogspot.com/2014/10/14-murid-sekolah-di-gelang-patah.html14 Murid Sekolah di Gelang Patah Disahkan Menghidap Penyakit HFMD

Isnin, Oktober 13, 2014Punca-Punca Berlakunya Penyakit HFMD:Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut (HFMD- Hand, foot and mouth disease) yang disebabkan oleh virus yang dikenali sebagai enterovirus meliputi Coxsackie Virus A16 (Cox A16) dan Enterovirus 71 (EV 71). Penularan virus HFMD adalah melalui sentuhan langsung dengan cecair hidung, air liur, lepuh (blister) dan najis kanak-kanak yang dijangkiti serta sentuhan pada permukaan dan alatan permainan yang tercemar dengan virus HFMD. Mereka yang dijangkiti akan menunjukkan satu atau lebih tanda seperti demam, luka di mulut, ruam atau lepuh di tapak tangan dan kaki.

Tanda dijangkiti penyakit HFMDHFMD selalunya menyebabkan jangkitan ringan dan sembuh dengan sendiri. Namun begitu, segelintir jangkitan