KKP ELM syarudin.docx

Embed Size (px)

Citation preview

IPGM KAMPUS PEREMPUAN MELAYU MELAKAPROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)ELM 3101E PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS PENDIDIKAN MORAL

TAJUK KERJA KURSUS:Tugasan 1. Pilih artikel berkaitan dimensi-dimensi moral individu atau prisip-prinsip asas kemoralan daripada sumber rujukan yang sahih. 2. Berdasarkan artikel yang dipilih, anda dikehendaki menghasilkan pengurusan grafik yang mengandungi analisis isu/perkara berkaitan insan bermoral. (kumpulan: 2-3 orang)Tugasan 2. 1. Berdasarkan artikel (Tugasan 1) anda perlu menghasilkan esei iaitu dengan mengulas artikel yang dipilih. 2. Ulasan artikel mestilah dikaitkan dengan peranan guru dalam pembentukan insan bermoral di sekolah. (individu)

DISEDIAKAN OLEH:SYARUDIN BIN IBRAHIMNO. KP: 761104-04-5227 A. GILIRAN: 2012141360117

PPG BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAHAMBILAN FEBRUARI 2012 MEI 2016SEMESTER 5

UNTUK PERHATIAN:ENCIK DZULKIFLI BIN ABD SAMADTARIKH HANTAR: 15 MAC 2014HALAMAN PENGAKUAN

Saya akui karya ini hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tanda Tangan : ..Nama : SYARUDIN BIN IBRAHIMAngka Giliran: 2012141360117No.K/P : 761104045227Tarikh : 15 Mac 2014ISI KANDUNGAN

BILPERKARAMUKA SURAT

1Halaman Pengakuan2

2Penghargaan4

3Pengurusan Grafik 5

4Pendahuluan6

5Konsep Moral7

6Ulasan artikel9

7Penulisan Reflektif26

8Rujukan 29

9Lampiran30

PENGHARGAAN

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Alhamdulillah, saya mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, kerja kursus pendek (KKP) ELM 3101E Pengenalan Kepada Konsep Asas Pendidikan Moral ini dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan. Diucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah bimbingan, Encik Dzulkifli Bin Abd Samad yang sangat pemurah dalam mencurahkan ilmu kepada kami dan rakan-rakan tanpa mengenal penat dan jemu. Kami percaya jika beliau tidak membantu, kerja kursus ini tidak akan berjaya mencapai standard yang dikehendaki.Seterusnya diucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakan-rakan seunit yang tidak lokek untuk berkongsi ilmu dan maklumat yang pada kami sangat berguna dalam penghasilan kerja kursus ini agar menjadi semakin mantap dan baik.Diharapkan kalian semua dapat berkongsi maklumat lagi pada masa kelak.Tidak dilupakan sama sekali, diucapkan berbanyak-banyak terima kasih buat rakan-rakan sekelas atas usaha dan komitmen bagi kejayaan kami menuntut di IPG. Akhir sekali, terima kasih juga diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak.Sekian, terima kasih.

Tugasan 2. Berdasarkan artikel yang dipilih, anda dikehendaki menghasilkan pengurusan grafik yang mengandungi analisis isu/perkara berkaitan insan bermoral. (kumpulan: 2-3 orang)

1.0PENDAHULUANPendidikan Moral di sekolah sentiasa dikaitkan dengan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan ataupun Pendidikan Agama Islam yang masing-masing mempunyai tujuan hampir sama iaitu membentuk sikap dan akhlak iaitu moral. Secara tidak lansung, pendidikan moral telah menjadi batu loncatan untuk mengajar para pelajar tentang isu-isu moral serta menanamkan keyakinan terhadap tingkah laku moral, supaya pelajar mempunyai rasa tanggungjawab moral. Bagi mata pelajaran Pengenalan Kepada Konsep Asas Pendidikan Moral (ELM 3101) ini, kursus ini memberi saya dan rakan-rakan menimba ilmu pengetahuan dan kemahiran asas tentang konsep asas moral, konsep asas nilai, teori-teori etika, insan bermoral, nilai-nilai agama dan masyarakat dan teori-teori perkembangan moral yang terdapat dalam modul kali ini. Pelbagai objektif kursus ini yang telah dikenalpasti. Antaranya ialah menjelaskan kosep asas moral dan konsep asas nilai, menganalisis teori-teori etika dan mengaplikasikannya dalam profesion perguruan, membezakan teori-teori perkembangan moral dan menghubungkaitkan teori perkembangan moral dengan pembentukan insan bermoral, dan menghayati dan mengamalkan nilai murni agama dalam kehidupan seharian.Selain itu, bidang kajian ini mendidik dan mengajar saya memahami isi kandungan secara menyeluruh, terperinci dan membuat rujukan yang meluas. Ini menuntut penghasilan esei atau karya yang menarik dan berkualiti memandangkan mata pelajaran ini tiada peperiksaan sepenuhnya bergantung pada kerje khusus pendek ini semata-mata.1.1KONSEP MORAL1.1.1PengertianMenurut pengertian bahasa, moral berasal daripada bahasa latin moralis atau mores iaitu yang bererti kebiasaan iaitu perbuatan, budi pekerti dan perangai atau pun tingkah laku yang sejajar dengan tatasusila atau peraturan hidup bermasyarakat. Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat (2010:1043) moral ialah ajaran atau pegangan tentang buruk baik sesuatu perbuatan (kelakuan, kewajiban) sikap atau cara berkelakuan yang berasaskan atau yang diukur dari segi baik buruk sesuatu akhlak. Moral juga boleh dilihat dalam membicarakan persoalan betul atau salah, apa yang perlu dilakukan dan ditinggalkan atas sebab-sebab tertentu dan dalam keadaan tertentu. Manakal pertimbangan moral bergantung kepada suasana atau keadaan yang membentuk individu. Sebagai contoh dalam, sistem sosial, kelas sosial dan kepercayaan yang dianuti sesuatu bangsa atau negara. Menurut Dagobert D. Runes Moral adalah hal yang mendorong manusia untuk melakukan tindakan-tindakan yang baik sebagai kewajiban atau norma. Manakala menurut Helden (1977) dan Richards (1971) Moral adalah suatu kepekaan dalam fikiran, perasaan, dan tindakan dibandingkan dengan tindakan-tindakan lain yang tidak hanya berupa kepekaan terhadap prinsip-prinsip dan aturan-aturan. Namun berbeza dengan pendapat Atkinson (1969) Moral merupakan pandangan tentang baik dan buruk, benar dan salah, apa yang dapat dan tidak dapat dilakukan.

1.2 KONSEP ETIKA1.2.1PengertianMaksud etimologi bagi perkataan etika (ethics) yang berasal daripada perkataan Yunani ethos ialah adat (customs) atau kegunaan (usages). Etika boleh ditakrifkan sebagai kajian falsafah tentang moral, iaitu tentang kelakuan yang baik, kewajipan moral, sikap moral, tanggungjawab moral, keadilan sosial dan cirri-ciri kehidupan yang baik.Selain itu, etika juga diertikan sebagai sains yang mengkaji tingkah laku manusia yang terdapat dalam masyarakat. Ia merupakan satu bidang yang mentafsirkan tingkah laku manusia sebagai benar atau salah, baik atau buruk. Berkenaan tingkah laku manusia pula ia merangkumi tindakan sengaja atau tindakan yang boleh dikawal. Ini menunjukkan bahawa tindakan sengaja termasuk tindakan yang dilakukan dengan satu niat tertentu. Tindakan sengaja juga termasuk tindakan yang dilakukan secara tidak disedari oleh pelaku tersebut. Oleh yang demikian, etika adalah berbeza dengan logik, di mana logik mengkaji standard-standard yang digunakan untuk menentukan sama ada satu-satu kenyataan itu benar atau salah, tetapi etika mengkaji standard-standard yang digunakan untuk menentukan sama ada tingkah laku manusia itu betul atau salah.Dalam bidang etika, tingkah laku itu boleh juga merangkumi aktiviti-aktiviti dalaman seperti motif dan keinginan seseorang itu serta aktiviti-aktiviti luaran seperti kata-kata atau pergerakan individu itu. Tingkah laku yang dikaji meliputi tingkah laku di dalam masyarakat serta tingkah laku yang mempengaruhi ahli-ahli di dalam masyarkat itu. Perkataan etika sebenarnya berasal daripada perkataan Greek ethos yang bermaksud adat atau cara hidup. Etika juga bermaksud satu set peraturan tingkah laku seperti kod etika perguruan, perubatan, guaman, perakaunan dan sebagainya.Tugasan 2. 1. Berdasarkan artikel (Tugasan 1) anda perlu menghasilkan esei iaitu dengan mengulas artikel yang dipilih. 2. Ulasan artikel mestilah dikaitkan dengan peranan guru dalam pembentukan insan bermoral di sekolah. (individu)

Tajuk Artikel: PENAAKULAN MORAL: KEPENTINGAN TERHADAP CALON GURU PENDIDIKAN MORAL Penulis: Norzihani Saharuddin ([email protected]), Nur Surayyah Madhubala Abdullah, dan Samsilah Roslan Sumber: Jabatan Pendidikan Bahasa & Kemanusiaan Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia

2.0 ULASAN ARTIKEL PENAAKULAN MORALMenurut Modul ELM 3101E (2013) penaakulan moral disebut juga sebagai pemikiran moral dan pertimbangan yang dibuat secara rasional dan bebas. Ini bermaksud seserong individu yang mempunyai pemikiran moral dapat memikir akan sesuatu dilema moral dan membuat pertimbangan berasaskan prinsip moral dan nilai-nilai moral yang diterima oleh masyarakat setempat. Prinsip keadilan dipentingkan semasa membuat sesuatu keputusan. Penaakulan moral juga boleh dikaitkan dengan membuat keputusan secara rasional berasaskan fakta tanpa dipengaruhi oleh emosi dan persekitaran.Menurut Abdul Rahman Aroff & Chang Lee Hoon (1994) mendefinisikan penaakulan moral merujuk kepada satu sistem perlakuan yang berdasarkan kepada prinsip-prinsip yang dianggap benar, baik dan patut dilakukan. Menurutnya lagi tahap penaakulan moral yang tinggi haruslah dipunyai oleh bakal guru yang akan ditempatkan untuk mengajar di sekolah kelak. Perkara ini dilihat sebagai sesuatu yang amat penting dengan mengambil kira peranan guru di sekolah sebagai agen moral. Oleh yang demikian kurikulum di sekolah terutama di sekolah rendah amat mementingkan aspek moral apatah lagi ia melibat dan terkandung pada Falsafah Pendidikan Negara iaitu: Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2005: hlm. ii) Ini jelas menunjukkan bahawa guru memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan suasana dan ajen moral kepada tahap yang tertinggi agar hasrat kerajaan mahupun Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dapat melahirkan insan yang bermoral tinggi disamping membentuk masyarakat yang mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan kelak. Namun menurut kajian artikel ini, satu daripada aspek penting yang jelas dalamnya menyelidik pembentukan insan berakhlak mulia terutama guru itu sendiri yang bakal membentuk insan kecil dan muda di sekolah. Justeru kepentingan penghayatan nilai mumi dalam kalangan insan walaupun seseorang guru amat penting, kerana nilai murni yang dihayati itu akan menentukan jenis manusia yang diingini. Oleh itu, pendidikan dan penerapan moral tidak boleh dipisahkan. Maka dapat saya lihat pada kertas kajian ini telah memberi tumpuan berkenaan keperluan untuk menyelidik kepentingan aspek penaakulan moral dalam kalangan calon guru Pendidikan Moral. Selain itu kertas ini akan membincangkan tentang pandangan teori perkembangan moral kognitif terhadap aspek penaakulan moral calon guru yang bakal ditempatkan di sekolah. Ini disebabkan seseorang guru itu sendiri harus menjadi role model kepada para pelajarnya agar bertingkah laku baik dan bermoral. Pada artikel ini juga seseorang guru juga harus terlibat secara langsung dalam penaakulan moral. Ini dapat dijelaskan dengan kenyataan berikut iaitu: Dalam usaha untuk memperkembangkan kemahiran penaakulan moral pelajar dengan efektif, proses yang dilakukan dalam institusi pendidikan tinggi perlulah secara berfokus dan secara holistik. Jika kita hanya bergantung kepada pengagihan kursus mengikut keperluan atau kelas etika terpencil untuk menghasilkan siswazah dididik dengan moral, maka kita bakal berdepan dengan kegagalan menurut Hersch & Schneider, (2005). Oleh itu, guru haruslah sedar dan sentiasa memberi pengajaran dan pembelajaran secara menyeluruh tanpa mengamalkan diskriminasi atau tertumpu kepada murid yang bijak sahaja dengan membiarkan golongan yang lemah terus ketinggalan. Kanak-kanak atau golongan pelajar ini harus dibentuk dengan pendidikan moral yang tinggi yang mana pengajaran adalah asas kepada kemoralan di mana orang dewasa bertanya dan mengkehendaki kanak-kanak berubah arah kepada apa yang telah dipilih oleh orang dewasa terutama guru itu sendiri. Ini disokong menurut Rest, Thoma & Edwards (1997) guru melakukan pertimbangan moral yang melibatkan mengenalpasti apa sebenarnya isu moral tersebut, bagaimana konflik ini ingin diselesaikan dan rasional pemilihan tindakan tersebut. Selain itu, guru pendidikan moral seharusnya mampu untuk melihat lebih jauh, melangkaui kepentingan diri dan mengambil pandangan yang lebih luas terhadap aspek kemoralan yang mengambil kira perspektif kesemua pelajar tanpa mengira bangsa, kaum, budaya dan mengiktiraf hak untuk dihargai sebagai manusia. Ini membuktikan bahawa pihak sekolah mahupun ibu bapa secara umumnya dan guru secara khususnya sepatutnya memainkan peranan penting dan mempunyai pengaruh yang besar di dalam menerapkan penaakulan moral secara tidak langsung melaluinya, pelajar dididik supaya berakhlak, bermoral dan mengamalkan budaya hidup yang murni. Ini juga dapat mengurangkan masalah disiplin pelajar di sekolah yang semakin hari semakin meruncing untuk mencari jalan penyelesaiannya. Apa yang terjadi masing-masing menuding jari dan mencari siapa salah dan siapa betul, lama kelamaan sistem pendidikan sekarang dianggap meremehkan. Dengan itu profesion perguruan pada masa kini akan dianggap kelas kedua oleh sesetengah pihak, walhal tujuan dan objektif pendidikan itu sendiri telah menuntut agar semua insan dapat mengamalkan moral yang tinggi. Ini diterangkan lagi dengan pendapat Abd Rahim Abd Rashid (200I) dalam jurnal Peranan Sekolah dan Guru dalam Pembangunan Nilai Pelajar Menerusi Penerapan Nilai Murni: Satu Sorotan juga menjelaskan pendidikan dan persekolahan perlu memainkan peranan yang berkesan bagi menyemai dan menanamkan nilai-nilai murni sebagai langkah membentuk dan melahirkan masyarakat yang mempunyai kualiti moral, sosial dan kerohanian. Tanggungjawab bagi mendidik dan memupuk nilai-nilai murni tidak boleh diambil ringan. Dalam artikel ini, penulis-penulis telah menerangkan beberapa konsep-konsep utama dalam penaakulan moral antaranya ialah penaakulan moral merujuk kepada satu sistem perlakuan yang berdasarkan kepada prinsip-prinsip yang dianggap benar, baik dan patut dilakukan menurut Abdul Rahman Aroff & Chang Lee Hoon (1994). Konsep yang kedua oleh Berkowitz (1964) menyatakan bahawa ia merujuk kepada kelakuan yang melibatkan pertimbangan atau penaakulan yang mematuhi norma sosial yang ditetapkan sebagai tingkah laku yang betul. Manakala konsep seterusnya, pendapat oleh Rest (1976), Penaakulan moral bermaksud proses seseorang individu mencapai keputusan tentang apa yang patut dilakukan dalam sesuatu dilema moral. Selain itu penaakulan moral turut didefinisikan sebagai sebab-sebab atau justifikasi yang dipegang oleh individu untuk menghasilkan sesuatu keputusan moral bagi pendapat Gibbs, Basinger dan Fuller, (1992). Selain itu, Mengikut sukatan pelajaran Pendidikan Moral Malaysia penaakulan moral merupakan hasil yang penting dalam pengajaran Pendidikan Moral (Pusat Perkembangan Kurikulum 1988). Pengetahuan Moral yang diuji di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk pelajar tingkatan 5 juga adalah berasaskan penilaian penaakulan moral, bagi pendapat oleh Jeevajothi (1997). Begitu jugalah dalam hal pembelajaran dan pengajaran penaakulan moral juga dilihat menekankan aspek-aspek kerohanian, kemanusiaan, sosial dan pembentukan nilai individu. Ia menekankan pemupukan dan penghayatan nilai-nilai murni yang terdapat dalam masyarakat Malaysia, berdasarkan pelbagai tradisi agama dan budaya, masyarakat yang berbeza dan juga sejajar dengan nilai-nilai sejagat. Ini tidak dapat disangkal kerana peranan guru dalam menjalankan tanggungjawab sebagai model penerapan moral, iaitu guru perlu menjadi penjaga, model dan mentor; mencipta komuniti moral; mengamal disiplin moral; membina kelas yang bercirikan demokrasi; mengajar nilai merentas kurikulum; menggunakan pembelajaran kooperatif; memupuk keprihatinan melangkaui batas kelas; membina budaya moral yang positif di sekolah; dan jadikan ibu bapa sebagai rakan kongsi amatlah dituntut. Ini membuahkan suasana yang harmoni serta toleren sesama pelajar, ibu bapa, pihak pentadbir dan guru itu sendiri. Bukan itu sahaja, dalam artikel ini juga diterangkan mengenai objektif am penaakulan moral yang mana penulis-penulis berkenaan telah menyatakan bahawa di sekolah rendah dan sekolah menengah adalah pembentukan individu yang mengiktiraf, menerima, dan mengenalpasti peranan mereka sebagai pembuat keputusan yang bertanggungjawab mengenai nilai-nilai moral dalam masyarakat yang demokratik. Ini menyentuh mengenai kaitan seseorang pelajar boleh membuat keputusan secara rasional tanpa dipengaruhi oleh emosi dan persekitaran. Oleh itu, para pelajar di sekolah diajar untuk berkomunikasi dan berhujah tentang sesuatu tajuk pelajaran yang ditetapkan. Dengan kata lain, terdapat beberapa model atau pendekatan pengajaran seperti pendidikan kognitif, pendekatan aktiviti-aktiviti motivasi dan jaya diri, pendekatan pembinaan tingkah laku, pendekatan interaksi sosial dan pendekataan penggunaan ilmu. Ini memberi ruang kepada guru supaya dapat memilih mana-mana pendekatan yang sesuai dengan matlamat pendidikan yang telah ditentukan. Pada peringkat awal ini para pelajar boleh diajar mengenali nilai yang ada dalam diri dan seterusnya melihat bagaimana mereka menjaga barang-barang dan perkara yang mereka anggap bernilai.Artikel ini juga ada membincangkan pemahaman tentang perkembangan moral pelajar akan membantu guru-guru memilih kandungan dan kaedah pengajaran yang sesuai dengan peringkat perkembangan moral yang telah dicapai oleh pelajar di sekolah. Sebagai contoh, dalam pendidikan moral juga boleh menggunakan teknik bercerita, yang mana seseorang guru boleh menceritakan nilai-nilai moral yang terdapat dalam cerita itu seperti cerita Sang Kancil dan Buaya iaitu Sang Kancil yang berdusta atau bercakap bohong. Akibat daripada perbuatan dustanya, menipu Sang Buaya maka tidak dapat juga ia memakan buah rambutan setelah dapat menyeberang sungai. Selain itu, guru mampu merangsang proses meningkatkan perkembangan moral pelajar ke satu peringkat seterusnya yang lebih tinggi melalui dilema moral yang dibincangkan di dalam bilik darjah. Justeru membawa maksud bahawa kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran yang selaras dengan peringkat perkembangan moral pelajar mungkin dapat merangsangkan pemikiran yang rasional dalam artikel ini dibincangkan. Oleh kerana proses ini telah diwujudkan mengikut sistem pendidikan negara, maka penumpuan kepada jenis sekolah yang kurang memberi perhatian kepada aspek pembangunan nilai sama ada aspek pengajaran akhlak, penerapan nilai, penghayatan akhlak dan nilai murni harus diberi perhatian. Dewasa ini, rata-rata sekiranya ibu bapa ingin menghantar anak ke sekolah mereka akan memilih jenis sekolah yang boleh meningkatkan pencapaian akademik dan nilai serta akhlak pelajar. Secara tidak langsung tahap persepsi ke atas sekolah berkenaan akan menjadi perhatian dan ibu bapa tidak agak-agak menghantar anak-anak mereka ke sekolah berkenaan.Sebelum mencapai tahap yang sebegini rupa, guru juga perlu turut mempunyai tahap penaakulan moral yang tinggi demi merangsang pelajar dengan pengajaran yang mendorong pemikiran kritikal. Ditambah pula dengan pendapat oleh OKeefe & Johnson (1989) mendapati bahawa secara spesifiknya, guru yang mempunyai tahap penaakulan moral yang tinggi mampu untuk lebih empati terhadap para pelajar, lebih bertoleransi dalam melontarkan pandangan dan lebih fleksibel dalam pengajaran mereka. Dapatan ini seterusnya disokong oleh Beyer (1997) yang mendapati bahawa kemampuan guru untuk memahami dimensi moral dalam pengajaran adalah amat penting dalam berhadapan dengan masyarakat demokratik yang wujud di sekolah. Berbanding atau jika sebaliknya berlaku seperti pendapat Thies, Sprinthall,(1894); Reiman & Peace, 2002). menyatakan manakala guru yang menaakul pada tahap yang rendah dikatakan sebagai seorang guru yang kurang efektif, cenderung untuk membuat penilaian yang kurang tepat terhadap pelajar yang menaakul pada tahap yang tinggi, dan menggunakan pendekatan yang kurang pelbagai dalam pengajarannya. Ini akan memberi kesan yang negative terhadap perkembangan pemikiran serta tingkah laku pelajar di sekolah yang mana kegagalan bagi meningkatkan pencapaian akademik misalnya terjadi tetapi mungkin lebih daripada itu iaitu kegagalan dalam memnbina dan membangun potensi diri terutama sahsiah, nilai dan akhlak pelajar. Maka beberapa aspek berkaitan dengan sekolah dan guru haruslah diketengahkan untuk dibincang bersama untuk mencari jalan penyelesaiannya.Menurut Chang (1994) menyatakan bahawa bagi mengukuhkan lagi kajian dan kepentingan tentang penaakulan moral terhadap pengajaran dan pembelajaran pendidikan moral, guru-guru ini mampu untuk menerima pendapat yang pelbagai dan sedaya upaya akan berusaha untuk membantu para pelajar mereka memahami dan menaakul tentang sesuatu peraturan atau undang-undang dari perspektif yang berbeza. Ini disebabkan pelbagai undang-undang dan peraturan telah diwujudkan di sekolah yang rata-rata menuntut agar semua warga sekolah mamatuhinya. Perkara pokoknya setakat mana undang-undang dan peraturan yang duwujudkan itu dapat dipatuhi dan diamalkan seterusnya akan menjadi budaya. Persoalan inilah yang harus diketengahkan bagi mendapatkan jawapannya. Oleh itu, sesuai dengan pandangan oleh Conroy (1987) mendapati bahawa guru-guru yang berada pada penaakulan moral pos-konvensional mempunyai pandangan humanistik-demokratik terhadap disiplin pelajar. Menurut Johnston & Lubomudrov (1987), tambahan pula guru-guru ini menganggap peranan mereka sebagai seorang yang demokratik dan pemudahcara. Ini dapat dijelaskan bahawa seseorang guru harus bersikap mendengarkan dan tidak mendominasi kerana para pelaajr merupakan penyumbang utama dalam pembelajaran, maka sebagai fasilitator, guru harus memberi kesempatan agar para pelajar dapat melibatkan diri secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Disamping itu guru juga harus berupaya menjadi fasilitator berpusatkan pelajar dan ini boleh dilakukan sedikit demi sedikit mengikut tahap penguasaan pelajar-pelajarnya. Dalam hal ini juga guru harus bersikap sabar yang tinggi dan menjadi aspek utama pembelajaran adalah proses belajar yang dilakukan oleh pelajar itu sendiri. Jika guru kurang sabar atau hilang pertimbangan, takut-takut proses pengajaran dan pembelajaran menjadi kurang lancar dan terganggu.Bukan itu sahaja, artikel ini juga ada membincangkan tentang penaakulan moral yang tinggi dikatakan mampu mencipta iklim bilik darjah yang berasaskan saling menghormati menurut Holt, Kauchak & Person, (1980). Ianya berkaitan dengan pengurusan fizikal seperti pembentukan iklim fizikal, sosial, emosi dan penyusunan bilik darjah. Suasana fizikal bilik darjah yang kondusif merupakan rangka yang menentukan keadaan pembelajaran yang menarik dan mewujudkan moral yang tinggi. Misalnya, iklim fizikal bilik darjah yang baik mampu menggalakkan pembelajaran yang lebih berkesan, dan oleh sebab inilah suasana fizikal bilik darjah harus dapat dikawal atau ditentukan oleh guru. Melalui pendidikan moral, guru dan pelajar harus mempunyai perancangan dan penyusunan suasana fizikal bilik darjah melibatkan organisasi, merancang berkaitan dengan tempat duduk murid, bahan bantu mengajar, papan pameran dan berbagai- bagai perabot lain dengan sempurna. Ini secara tidak langsung memberi ruang dan peluang para pelajar mengamalkan moral dan nilai-nilai murni dalam menjalankan tanggungjawab menjaga perabot sekolah, berakhlak mulia dan menghargai hasil usaha orang lain.Ini dapat juga dilihat dalam penulisan mereka yang menyentuh penaakulan moral yang tinggi mampu untuk lebih empati terhadap keperluan pelajar dan lebih bersedia untuk memudahkan perkembangan pelajar, menghormati hak pelajar, dan lebih objektif dalam mengendalikan masalah yang ditimbulkan oleh pelajar. Secara jelas, guru yang berada pada tahap penaakulan moral pos-konvensional mampu untuk lebih berpusatkan pelajar dengan lebih bertimbang rasa, bersikap demokratik dan professional. Ini akan mewujudkan persekitaran dan budaya sekolah, personaliti guru, pengalaman mengajar guru dan mata pelajaran yang diajar akan mempengaruhi peranan guru untuk menerapkan nilai dan moral dalam pengajaran yang seterusnya boleh mempengaruhi penghayatan dan pembangunan penaakulan moral dalam kalangan pelajar di sesebuah sekolah.

Ulasan artikel ini diteruskan lagi dengan topik yang menyentuh aspek daripada pandangan Abdul Rahman dan Chang (1994), pemahaman tentang perkembangan moral pelajar akan membantu guru-guru memilih kandungan dan kaedah pengajaran yang sesuai dengan peringkat perkembangan moral yang telah dicapai oleh pelajar di sekolah. Oleh itu, pelbagai kaedah boleh digunapakai oleh seseorang guru dalam menyampaikan pelajaran seperti kaedah berlakon, main peranan dan lawatan serta projek. Ini membolehkan penaakulan moral pelajar serta guru mampu merangsang proses meningkatkan perkembangan moral pelajar ke satu peringkat seterusnya yang lebih tinggi melalui dilema moral yang dibincangkan di dalam bilik darjah. Ini akan merangsang minat dan saling percaya antara satu sama lain antara rakan-rakan di sekolah. Pandangan berkenaan kemoralan telah dibangkitkan oleh Kohlberg (1981), di mana teori perkembangan moralnya mengandaikan bahawa wujud hubungan diantara perkembangan kognitif dan kemampuan penaakulan moral. Menurut Kohlberg lagi, pada tahap perkembangan tertentu, kanak-kanak akan mempelajari apa yang betul dan apa yang salah. Dia juga akan mempraktikkan kebaikan, kejujuran, kesetiaan, kepatuhan dan pelbagai jenis aspek moral yang lain, walaupun beliau tidak mengetahui maksud moral yang sebenar.Kohlberg melalui penyelidikannya telah mengenalpasti tiga tahap perkembangan moral dan setiap tahap dibahagikan pula kepada dua peringkat iaitu:I. Tahap Prakonvensional Peringkat 1: Orientasi hukuman dan kepatuhan - Pada peringkat ini, seseorang itu mementingkan diri sendiri. Mereka mematuhi sesuatu autoriti yang lebih berkuasa kerana takut kepada hukuman atau denda.

Peringkat 2: Orientasi Instrumental Relativis - Pada peringkat ini, seseorang itu mengambil berat tentang orang lain tetapi mempunyai kepentingan diri. Motif utama seseorang adalah untuk memuaskan keperluan diri sendiri dan tidak mempedulikan keperluan orang lain. II. Tahap Konvensional

Peringkat 3: Orientasi Persetujuan Antara Individu - Pada peringkat ini, seseorang itu mengambil berat tentang orang lain dan mengikuti norma-norma mereka. Motif mereka ialah untuk menjadi seorang yang baik seperti yang diharapkan oleh orang lain. Kasih sayang dan sikap prihatin memainkan peranan yang penting.

Peringkat 4: Orientasi Undang-undang dan Peraturan - Seseorang itu mengambil berat tentang ketenteraman dalam sesebuah masyarakat. Seseorang itu mempunyai tanggungjawab untuk memelihara peraturan-peraturan dalam masyarakat. Fokus utama adalah untuk memelihara masyarakat dan mengelakkan perpecahan dalam sistem tersebut.

III. Tahap Poskonvensional

Peringkat 5: Orientasi Contract-Legalistic sosial - Pada peringkat ini, seseorang itu mempunyai obligasi terhadap undang-undang disebabkan kontrak sosialnya untuk mematuhi undang-undang demi menjaga kebajikan orang ramai dan melindungi hak mereka. Undang-undang dibuat untuk kebaikan semua. Walau bagaimanapun, nilai-nilai seperti kebebasan dan nyawa harus dipertahankan dalam mana-mana masyarakat tanpa mempedulikan pendapat majoriti.

Peringkat 6: Orientasi Prinsip Etika Sejagat - Pada peringkat ini, seseorang yang rasional percaya validiti prinsip-prinsip moral sejagat dan mereka mempunyai komitmen peribadi terhadapnya. Prinsip-prinsip sejagat tersebut adalah seperti keadilan, persamaan dan hormat kepada kemuliaan orang ramai sebagai seorang individu. Sesuatu undang-undang atau persetujuan sosial social agreement tertentu pada kebiasaannya adalah sah kerana ia adalah berdasarkan kepada prinsip-prinsip tersebut. Apabila sesuatu undang-undang itu dilanggar, seseorang itu akan bertindak mengikut prinsip tersebut.

Perbincangan dan ulasan mengenai artikel ini diteruskan lagi dengan pendapat oleh Chang (1994) mencadangkan bahawa tahap penaakulan moral guru akan membawa kesan terhadap persepsi pelajar terhadap atmosfera bilik darjah dan juga disebut bahawa guru yang mempunyai tahap penaakulan moral yang tinggi adalah lebih mudah untuk memotivasikan pelajar dan mewujudkan perkembangan sosial yang sihat berbanding guru yang berada pada tahap penaakulan moral yang rendah. Sudah menjadi lumrah bagi seseorang guru mengamalkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan bagi menarik minat pelajar-pelajarnya. Namun, seperti saya juga di sekolah salah satu cara untuk memotivasikan pelajar yang kadang kala tahap pencapaian serta motivasinya berada pada tahap yang rendah. Jadi bagi guru yang peka dan prihatin supaya anggapan dan perspektif pelajat tidak merudum, guru perlu mencari jalan untuk menyelesaikannya. Misalnya jika di dalam kelas itu terdapat pelajar yang tidak mempunyai motivasi dalaman yang kuat boleh dimotivasikan secara luaran dengan menyediakan pelbagai bentuk ganjaran. Lihat apa kebaikan dan kelebihan pelajar dan suburkannya, mereka pasti mengulangi kebaikan ini dilain masa. Pelbagai bentuk ganjaran boleh diberikan seperti hadiah, puji-pujian, pelepasan dari tugas harian, dan sebagainya. Ini akan memotivasikan diri mereka secara tidak langsung dapat meningkatkan tahap penaakulan moral di dalam bilik darjah. Ganjaran bukan sahaja diberikan terhadap pencapaian yang diperolehi tetapi juga terhadap usaha yang diberikan.Bukan setakat itu sahaja, mengikut Beyer (1997) juga pernah menegaskan bahawa kemampuan guru dalam mengambil kira dimensi moral dalam amalan bilik darjah adalah amat penting lebih-lebih lagi dalam masyarakat demokratik. Oleh yang demikian, kemampuan guru dapat dilihat dengan kebolehannya berdepan dengan isu atau dilema moral dan dapat membuat pertimbangan berdasarkan keadilan serta prinsip moral. Oleh itu, pada pandangan saya yang juga bertugas sebagai guru mestilah sedar bahawa setiap pelajar memerlukan daya hidup, kasih sayang, kuasa memilih, keseronokan dan kebebasan. Misalnya, memberikan peluang pelajar memilih satu dari dua tiga tajuk untuk disiapkan, atau satu dari beberapa aktiviti untuk mereka terlibat, memberikan mereka kuasa memilih. Adakan juga aktiviti pembelajaran yang mereka rasa seronok kerana bebas menyumbang sebarang idea. Perlu juga pengawalan dan pemantauan agar segala objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai sepenuhnya.

Dalam artikel ini juga terdapat hujah mengenai guru memandang serius terhadap tanggungjawab sebagai ajen moral, maka mereka sewajarnya mampu untuk menaakul tentang isu moral mahupun dilema yang dihadapi pada tahap pos-konvensional justeru mempunyai tahap kesedaran yang tinggi terhadap tanggungjawab etika dan moral diri mereka sendiri. Oleh yang demikian, moral dan etika merupakan bentuk langsung dari sikap yang ditunjukan oleh guru kepada anak didiknya. Jika moral dan etika buruk, maka buruk juga sikap guru dimata anak didiknya, dan terkadang anak didik menjadikan ikutan dalam kehidupan sehari-hari mereka. Untuk mencapai moral dan etika yang baik kepada pelajar, sudah selayaknya sebagai calon guru yang profesional, mampu membina kembali sistem pendidikan yang akan dilakukan kepada pelajar. Untuk mendapatkan apresiasi yang baik daripada pelajar, maka terlebih dahulu guru mengamalkan moral atau ejen dan etika mereka dihadapan pelajar dan bukan menjadikan moral sebagai topeng. Ini dinyatakan lagi oleh pendapat Kamaruddin Hussin (1995) oleh yang demikian para guru memainkan peranan penting dalam mencorakkan kehidupan pelajar. Guru adalah orang yang penting dalam kehidupan pelajar. Hubungan guru dengan pelajar adalah sangat rapat dan hubungan ini merupakan peranan yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran.

Apa yang menarik dalam artikel ini, terdapat pendapat Mosher (1980), selepas menjalankan penyelidikan, Piaget telah menjelaskan semula peringkat-peringkat penaakulan moral Dewey kepada peringkat-peringkat berikut:

(1) Peringkat Pramoral Di mana seseorang itu tidak mempunyai obligasi terhadap peraturan. Pada peringkat ini, pelajar belum lagi memahami fungsi sesuatu peraturan.

(2) Peringkat Heteronomos Iaitu sesuatu yang betul itu merupakan ketaatan kepada peraturan. Seseorang itu sudah mula menerima peraturan dan mempunyai obligasi dan kepatuhan terhadap kuasa dan hukuman.

(3) Peringkat Autonomos Di mana seseorang itu mempunyai keupayaan untuk menimbang di antara tujuan dan kesan-kesan sesuatu peraturan. Obligasi terhadap peraturan adalah berasaskan kepada amalan timbal balik dan pertukaran. Dalam penaakulan moral ini, seorang guru harus menerima pendapat pelajar dengan fikiran terbuka dan membimbing mereka mempertingkatkan tahap penaakulan moral mereka. Namun apa yang menjadikan fokus dalam pendekatan ini ialah proses (struktur) bukan keputusan (kandungan) penaakulan atau pertimbangan. Oleh kerana pendekatan ini lebih memokuskan kepada aspek kognitif moral, maka guru perlu menggunakan pendekatan lain supaya aspek emosi moral dan perlakuan moral diberikan penekanan yang setara. Oleh itu, pelajar akan memberikan tindak balas yang positif terhadap guru yang ambil berat misalnya tentang diri dan masalah mereka. Memahami adalah lebih baik dari menghukum bahkan ada ketikanya guru perlu bercerita kisah lampau, memberitahu kesilapan-kesilapan yang pernah mereka lakukan, dan lain-lain sebagai suatu teladan untuk pelajar. Dengan cara ini wujud kemesraan antara guru dan pelajar, secara tidak langsung mewujudkan jambatan emosi, saling mempercayai dan saling bertanggung jawab. Namun jika mereka lakukan kesilapan, pastikan mereka faham bahawa semua orang boleh lakukan kesilapan tetapi guru perlu menjelaskan kepada pelajar iaitu manusia berjaya ialah mereka yang belajar dari kesilapan adalah lebih baik.

Berbincang pula tentang penaakulan moral dalam kalangan calon guru, Hurt (1977) yang mengkaji tahap penaakulan moral guru pelatih melalui kemahiran kaunseling dalam memupuk sikap empati melalui aktiviti kaunseling sebaya dan analisis kendiri. Menerima dan menyokong individu berkaitan dengan apa yang dikatakan atau apa yang dilakukan. Guru yang berempati perlu mencari kekuatan dan aset positif yang ada dalam diri para pelajar. Lebih kukuh lagi ia didefinisikan sebagai memilih aspek positif dalam penceritaan pelajar dan memilih aspek positif dalam pernyataan pelajar.Ini penting kerana ia sebagai satu asas kepada empati yang efektif semasa mendengar permasalahan pelajar. Guru boleh bertindak balas dan membuat penambahan sedikit apa yang telah pelajar katakan walaupun dalam situasi yang sukar. Justeru semua guru khasnya guru pendidikan moral seharusnya mempunyai tahap penaakulan moral yang lebih tinggi bagi memastikan pengajaran berkualiti mampu disampaikan kepada para pelajarnya.

Dalam kajian ini turut ditemukan bahawa kandungan moral dalam kurikulum merupakan salah satu faktor yang menggalakan perkembangan moral. Ini kerana dengan memberi pelajar peluang berbincang tentang isu yang melibatkan dimensi moral mampu menggalakkan mereka untuk mengambil perspektif sekaligus menyediakan mereka ruang untuk terlibat dalam membuat keputusan moral. Kurangnya penekanan moral oleh guru dalam mana-mana mata pelajaran tersebut mungkin boleh menyebabkan pelajar kurang dapat melihat perkaitan sesuatu ilmu dengan pembangunan moral dan nilai. Oleh sebab itu, guru yang mempunyai pengalaman luas mempunyai pandangan yang lebih mengenai objektif terhadap penguasaan pengetahuan berbanding dengan guru yang tidak banyak pengalaman mengajar. Oleh itu, jelas menunjukkan pengalaman mengajar di sekolah rnempengaruhi seseorang guru dalam amalan pengajaran dan seterusnya membantu dalam pembentukan moral pelajar.

Penemuan penting kajian ini juga antara lainnya menyatakan bahawa pembentukan persekitaran pembelajaran yang selamat dan menyokong pelajar untuk bertanya mahupun menyuarakan pandangan berkenaan isu moral dikatakan sebagai amat penting dalam menggalakkan pertumbuhan taakulan moral. Menurut Veugclers (2000) jenis sekolah, persekitaran dan budaya sekolah, personaliti guru, pengalarnan mengajar guru dan mata pelajaran yang diajar akan mempengaruhi peranan guru untuk menerapkan nilai murni dan moral dalam pengajaran yang seterusnya mempengaruhi penghayatan dan pembangunan moral dalam kalangan pelajar. Suasana fizikal bilik darjah yang kondusif adalah penting untuki meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.Menurut Marland (1975), suasana fizikal bilik darjah mungkin merupakan kawan atau musuh dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan ini persekitaran fizikal di dalam bilik darjah perlu merangkumi aspek-aspek seperti susunan dan reka bentuk fizikal di dalam bilik darjah, sumber bahan pembelajaran yang pelbagai guna, ruang atau sudut pembelajaran yang sesuai, ruang pada dinding, pencahayaan, pengudaraan dan perabot serta kebersihan perlu diambil kira. Selain itu, persekitaran fizikal kawasan sekolah turut mempengaruhi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran secara tidak langsung ia merangkumi bentuk bangunan, pokok dan bungaan serta kemudahan seperti tempat bersukan dan perpustakaan.Bangunan sekolah juga perlu indah, kawasan sekolah yang bersih dan ditanam dengan pelbagai jenis pokok memberikan keselesaan dan ketenangan kepada pelajar.

Dalam artikel ini juga telah menyentuh soal pihak fakulti atau institut pengajian bertanggungjawab untuk menyediakan tenaga pengajar yang efektif, termasuklah memupuk kemahiran untuk mencipta ruang di mana para pelajar berasa selamat untuk berbual secara jujur berkenaan isu bangsa antara satu sama lain serta belajar untuk menghormati keterbezaan masing-masing. Kajian ini sedikit sebanyak telah memberi celik akal terhadap proses mempelajari pengetahuan dan kemahiran yang disatukan dengan pembangunan penaakulan moral pelajar perguruan. oleh yang demikian, minat yang ditunjukkan oleh para guru terhadap profesyen perguruan akan menentukan tahap minat pelajar terhadap guru tersebut serta pengajarannya. Salah satu faktor yang memainkan peranan penting dalam menentukan minat guru terhadap profesyen perguruan ialah motivasi dan motivasi ini pula berkait rapat dengan personaliti guru tersebut menurut David Selvam, (2000). Guru yang mengajar pendidikan moral perlulah menguasai kemahiran-kemahiran serta pedagogi untuk diaplikasikan di sekolah kelak. Ini dapat dinyatakan oleh Chang (1994) kemudian merumuskan bahawa walaupun mengajar adalah sesuatu yang bersifat moral secara semula jadi dan guru membuat keputusan moral berterusan, namun para guru dilihat sebagai belum bersedia terhadap aspek tugas ini. Yeazell and Johnson (1988) yang menyatakan kebimbangan bahawa dikhuatiri bakal guru ini menjadi guru yang mempunyai tahap pertimbangan moral yang kurang daripada pelajar mereka. Beliau turut menyatakan bahawa kemampuan penaakulan moral yang rendah bukan hanya menimbulkan keraguan serius terhadap kemampuan bakal guru ini untuk memahami dan mengajar prinsip etika dan memudahcara perkembangan panaakulan moral pelajar, namun turut membangkitkan persoalan serius tentang bagaimana bakal guru ini membuat keputusan di dalam aktiviti bilik darjah yang melibatkan situasi moral seperti keadilan, pengurusan kekurangan masa dan sumber dan segala proses berkenaan disiplin kelas.

Sebagai kesimpulannya, perkembangan moral pelajar-pelajar membawa kepada pembentukan insan bermoral. Bermula dari peranan ibu bapa, guru di sekolah, rakan sebaya, hinggalah masyarakat di sekeliling, semuanya memberi impak serta menentukan perkembangan seseorang individu itu, bukan dari sudut moral sahaja, malahan dari sudut kognitif (cara pemikiran) serta sosial. Ini menunjukkan juga guru serta semua pihak boleh berganding bahu membentuk keperibadian pelajar melalui penaakulan moral yang tinggi supaya segala dasar pendidikan kerajaan dapat bersaing dengan negara maju selain membentuk negara bangsa kita ke tahap yang berdaya saing, maju, berkerampilan serta harmoni. Dengan ini, lahirlah generasi yang berakhlak mulia dan akan dapat memberi sumbangan kepada negara, bangsa dan masyarakat pada masa akan datang. Bak kata pepatah melayu "Meluntur buluh biarlah dari rebungnya", didikan moral seharusnya diterapkan dalam diri pelajar semenjak kecil lagi terutama di peringkat sekolah rendah.3.0PENULISAN REFLEKTIF

Bersyukur saya ke hadrat Allah SWT dengan limpah dan kurnia-Nya dapatlah saya Syarudin Bin Ibrahim (761104045227) Unit Bahasa Melayu dapat menyiapkan tugasan ELM 3101E Pengenalan Konsep Asas Pendidikan Moral yang diberikan kepada semua pelajar Program Pensiswazahan Guru PPG Semester 5 tahun 2014 ini. Tugasan kali ini perlu saya buat secara individu dan berkumpulan. Oleh itu saya telah meluangkan banyak masa untuk menyiapkan tugasan ini. Proses pertama tugasan ini memerlukan saya mencari artikel atau jurnal yang menjadi teks wajib untuk membuat tugasan ini. Nasib saya baik , setelah memilih dan memuat turun dari pelbagai sumber, akhirnya saya telah memilih satu artikel iaitu jurnal yang bertajuk Penaakulan Moral: Kepentingan Terhadap Calon Guru Pendidikan Moral.Tugasan pertama ini memerlukan saya membaca dan mencerakinkan kandungan jurnal ini. Setelah itu, saya perlu membuat peta minda atau pengurusan grafik dan nota ringkas mengenai tajuk-tajuk yang terkandung dalam artikel yang dibaca. Proses membuat peta minda ini banyak memakan masa . Sehubungan dengan itu saya telah menggunakan satu perisian untuk membuat peta minda iaitu perisian Edraw Max. Perisian ini membolehkan saya membuat peta minda lebih cepat dan prosesnya amatlah mudah. Namun terdapat kekurangan semasa menggunakan perisian ini kerana perlu melakukan proses mengubah atau convert ke prisian MS Word. Untuk tugasan yang kedua pula saya perlu menggunakan maklumat yang diperoleh untuk mengulas dan menghurai berkaitan dengan peranan guru dalam pembentukan insan bermoral di sekolah. Tugasan kali ini begitu mencabar kerana tugasan perlu dibuat sewaktu dalam bulan Februari dan Mac. Di mana pada bulan ini saya banyak terlibat dengan sukan olahraga peringkat MSSNM Kawasan Tanjung. Di sekolah pula , tugasan menanda kertas peperiksaan kerana saya mengajar tahun 6 yang sememangnya pelbagai program kecemerlangan diatur. Hal ini kerana setiap minggu mulai bulan Februari di adakan kelas tambahan untuk pelajar-pelajar tahun 6 yang akan menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada awal September nanti. Tempoh masa sebulan menyiapkan tugasan ini amat mencabar. Kekangan masa ini menyebabkan saya lebih merangka dan menyusun tugasan sekolah serta pengajian melalui masa terluang yang ada. Pengalaman hampir sebulan untuk menyiapkan kerja kursus ini sungguh bermakna. Ini merupakan satu cabaran dalam meningkatkan lagi ilmu terutama bidang yang berkaitan pendidikan moral ini memberikan pengetahuan yang lebih mendalam berkenaan dimensi moral, penaakulan moral dan ciri-ciri insan bermoral. Dengan adanya pengetahuan ini tahap keyakinan saya semakin bertambah dalam menyampaikan ilmu pendidikan moral di sekolah walhal buat masa ini saya tidak pernah mengajar pendidikan moral walau sekali pun. Apabila saya tekun menyiapkan tugasan ini, barulah saya faham banyak ilmu berkaitan pendidikan moral yang masih saya tidak ketahui walaupun saya seorang guru bahasa Melayu di sekolah rendah. Sesungguhnya rasa bersyukur apabila saya dapat membuat tugasan ini disamping bantuan rakan-rakan dan terutamanya pensyarah iaitu Encik Dzulkifli bin Abd Samad banyak memberi input dan penerangan. Pada mulanya saya mengalami kesukaran untuk menganalisis artikel tersebut memandangkan ia perlu dilaksanakan dengan betul dan mengikut peraturan dan kehendak proforma kursus. Semasa menghurai dan menganalisis juga saya mengalami kekeliruan penaakulan moral dengan nilai-nilai murni. Ini disebabkan kedua-duanya berkaitan antara satu sama lain. Yang mana secara kasar, misalnya penaakulan moral dikaitkan dengan membuat keputusan secara rasional berasaskan fakta tanpa dipengaruhi oleh emosi dan persekitaran berbanding nilai berkaitan kriteria atau standard bagi kita mempertimbangkan sesuatu benda (manusia, objek, idea, tingkah laku dan situasi) sebagai baik, berfaedah, diingini, berharga atau sebaliknya. Cuma kita perlu memegang konsep dan pengertian yang telah diberikan di dalam modul, buku dan melayari internet memberikan gambaran dan konsep yang sangat jelas.Saya beranggapan jika saya tidak ditugaskan membuat tugasan ini , sudah tentu saya masih lagi tidak mengetahui mengenai pendidikan moral yang saya ada ini dengan penuh penelitian tajuk demi tajuk. Akhirnya dengan bahan-bahan rujukan yang diperoleh daripada internet dan perbincangan dengan rakan-rakan seperjuangan tugasan analisis artikel ini berjaya disiapkan.

Sekalung penghargaan saya ucapkan sekali lagi kepada pensyarah yang bertanggungjawab untuk KKP ini iaitu atas bimbingan Encik Dzulkifli bin Abd Samad dan panduan yang telah diberikan sewaktu saya menyiapkan tugasan ini. Sesungguhnya, tanpa tunjuk ajar daripada pihak tuan, sudah tentu tugasan ini tidak dapat disempurnakan dengan jayanya.

Sekian, terima kasih.

SYARUDIN BIN IBRAHIMPPG BAHASA MELAYUSEMESTER 5

RUJUKANBUKU:

(2010), Kamus Dewan Edisi Keempat, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Noriati A. Rashid et al. (2012), Murid dan Alam Belajar Edisi Kemas Kini, Shah Alam, Selangor: Oxford Fajar Sdn Bhd.

INTERNET:http://eprints.uthm.edu.my/2327/1/4B-PERANAN_PENDIDIKAN.pdfhttp://eprints.utm.my/4019/1/AziziYahaya_kajian_agama.pdfhttp://jurnal.upi.edu/file/04_MODEL_PENDIDIKAN_NILAI_MORAL-KOKOM.pdfhttp://repo.uum.edu.my/1793/1/5.pdfhttp://staff.uny.ac.id/sites/default/files/ARTIKEL%20DIMENSI%20MORAL%20DALAM%20PKN.pdfhttp://www.ukm.my/jhadhari/makalah/khas2012/JD005862%2023-36.pdfhttp://amelan2013.blogspot.com/2013/06/konsep-asas-moral.htmlhttp://leemersing.blogspot.com/2011/04/guru-sebagai-agen-pembentukan-akhlak.htmlhttp://majorpra.blogspot.com/2010/11/1.htmlhttp://pismppklihat.blogspot.com/2013/05/persekitaran-pembelajaran-yang-kondusif.html

LAMPIRAN

25