kkp PIM3110 2014.docx

Embed Size (px)

Citation preview

kepentingan penilaian dalam pendidikan islamPenilaian adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Penilaian, pengajaran dan pembelajaran mempunyai hubungan yang saling bertindak balas antara satu sama lain bagi mencapai matlamat yang dikenal pasti.Penilaian dalam pendidikan merupakan suatu proses atau suatu system yang merangkumi aktiviti-aktiviti mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk membuat analisis dan keputusan dengan tujuan mengambil tindakan yang sewajarnya, seperti merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang selanjutnya dengan lebih berkesan.Penilaian dalam Pendidikan Islam amat penting , ini kerana penilaian dalam pendidikan Islam boleh digunakan untuk mengesan serta-merta pencapaian murid. Guru boleh mengesan penguasaan hasil pembelajaran dengan serta-merta dalam pengajaran harian dimana adakala guru tidak memerlukan instrumen yang khusus. Penilaian dalam Pendidikan Islam juga dapat mengesan kemajuan murid-murid. Guru dapat mengesan kekuatan dan kelemahan selepas beberapa pembelajaran. Penilaian dalam Pendidikan Islam ini perlu dirancang secara individu atau kumpulan. Guru akan menggunakan instrumen tertentu seperti senarai semak, lembaran kerja, ujian bertulis dalam mengesan pencapaian. Seterusnya guru boleh mengesan pencapaian selepas beberapa pembelajaran atau pada akhir program. Pelaksanaan penilaian bilik darjah merupakan elemen penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Justeru, dalam melaksanakan penilaian bilik darjah yang betul, pengetahuan, pemahaman dan pengamalan terhadap proses-proses melaksanakan penilaian dalam kalangan warga pendidikan merupakan aspek paling penting dalam menghasilkan binaan-binaan soalan ujian yang berkesan dan bermakna dalam menilai keberkesanan hasil pembelajaran pelajar disamping dapat membuat penambahbaikan pembelajaran mereka. Antara aspek-aspek penting dalam melaksanakan penilaian bilik darjah ialah menentukan silibus, membina jadual spesifikasi ujian (JSU), cara membina ujian, pentadbiran ujian, semakan jawapan ujian, analisis item, pelaporan dan tindakan susulan. Dengan itu, pendidik seharusnya menyedari akan peranan mereka dalam menentukan jenis-jenis soalan dan kemahiran pola-pola aplikasi aras soalan.

Selain itu juga, guru-guru haruslah menyedari tentang kepentingan pengujian bilik darjah kerana kajian telah membuktikan perkaitan dan kesan amalan proses-proses penilaian bilik darjah dalam menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Persoalannya, sejauh manakah guru benar-benar mempunyai pengetahuan, pemahaman dan amalan sebenar dalam melaksanakan proses-proses penilaian bilik darjah yang berkualiti dan berkesan.

Prosedur penilaian Dalam Bentuk Grafik

Interpretasi dan tindakan susulananalisis ukuranPemeriksaan jawapan ujianPentadbiran ujianPersediaan ujian

JSU PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN PENDIDIKAN ISLAM tahun 6UJIAN BERTULIS ( 60 MARKAH)

TAJUK / KONSTRUKPENGETAHUANKEFAHAMANAPLIKASIANALISISJUMLAH SOALAN

RSTRSTRSTRST

2.0ASAS ULUM SYARIAH

2.1AQIDAH

Allah Bersifat Sama112

Nama-Nama Allah Al-Hasib1124

2.2IBADAH

Konsep Puasa1214

Syarat Wajib Dan Rukun Puasa213

2.3SIRAH

Piagam Madinah213

Perjanjian Mudaibiah123

3.0Asas-Asas Ahlak Islamiyah

Adab Terhadap Tempat Dan Harta Benda Awam11114

Adab Kecintaan Terhadap Negara

112

4.0Jawi

Mengenal Dan Menulis Khat Nasakh

55

ARASPENGETAHUANKEFAHAMANAPLIKASIANALISISJUMLAH SOALAN

RSTRSTRSTRST

Aras Rendah833115

Aras Sederhana531-9

Aras tinggi321-6

JUMLAH KESELURUHAN30

Membina item berdasarkan JSU yang dibina mengikut bentuk item dan aras kesukaran toksonomi bloom yang berbeza bagi setiap bidang pendIDIKAN islam tahun 6

Pengetahuan ITEM 1 ASAS ULUM SYARIAH Aqidah Tajuk Allah bersifat Sama Konstruk item berbentuk pengetahuan Aras Rendah.

ITEM 2 Jawi Mengenal Dan Menulis Khat Nasakh Konstruk item berbentuk Pengetahuan Aras Sederhana

ITEM 3 ASAS ULUM SYARIAH Ibadah Tajuk Syarat Wajib Dan Rukun Puasa Konstruk item berbentuk pengetahuan Aras tinggi

KefahamanITEM 1 Konstruk Item Berbentuk Kefahaman Aras Rendah

ITEM 2 ASAS ULUM SYARIAH Aqidah Tajuk Nama-Nama Allah Al-Hasib Konstruk item berbentuk Kefahaman Aras Kesukaran Sederhana.

Apakah Pengertian Al Hasib:A. Allah maha besar dalam segala halB. Allah maha menghitung segala amalan manusia didunia ini pada setiap masa.C. Allah maha mengetahui dalam segala halD. Allah maha bijaksana dalam segala hal

ITEM 3ASAS ULUM SYARIAH Bab 2 Sirah Tajuk Piagam Hudaibiah Konstruk item berbentuk kefahaman Aras Sederhana

AplikasiITEM 1 Asas-Asas Ahlak Islamiyah Adab Terhadap Tempat Dan Harta Benda Awam Konstruk item berbentuk Aplikasi Aras Rendah

ITEM 2 Konstruk item berbentuk Aplikasi Aras Sederhana

ITEM 3 Konstruk item berbentuk Aplikasi Aras Tinggi

Suaikan ayat dengan maksud surah Ad-Dhuha dengan betul

AnalisisITEM 1 Asas-Asas Akhlak Islamiyah Adab Kecintaan Terhadap Negara Konstruk item berbentuk Analisis Aras Rendah

Senaraikan kebaikan mencintai Negara.I. Keselamatan Negara terjamin.II. Negara akan disanjung dan disegani.III. Sanggup berkorban untuk negara.IV. Rahsia negara selamat.V. Bersatu padu mempertahankan negara.

A. I dan IIB. I , II , III dan VC. I, II, IV dan VD. I,II,III,IV dan V

ITEM 2 Konstruk item berbentuk Analisis Aras Sederhana

ITEM 3 Konstruk item berbentuk Analisis Aras Tinggi

Lengkapkan ayat berikut dengan kalimah yang betul

kesimpulanJusteru, kepentingan pentaksiran dalam aspek pengujian bilik darjah dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran guru seterusnya menilai tahap keupayaan dan perkembangan potensi intelektual pelajar. Namun, keberkesanannya bergantung kepada faktor-faktor tertentu termasuklah sikap, orientasi dan falsafah guru, latihan, pengetahuan dan kemahiran guru dalam pentaksiran pendidikan (Rohaya,2008) Dalam menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran, guru-guru Pendidikan Islam perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran untuk melaksanakan penilaian proses pengajaran dan pembelajaran yang betul. Terdapat lima prosedur penilaian iaitu (i) membina silibus, (ii) membina JSU (iii) membina instrument penilaian (iv) membina skema jawapan (v) mentadbir penilaian (vi) memeriksa kertas ujian (vi) menganalisis item (vii) melapor dan tindakan susulan Dari tujuan penilaian yang telah disenaraikan tadi, tujuan untuk melihat tingkat penguasaan kompetensi, bimbingan, dan diagnostik merupakan peranan utama dalam penilaian. Sesuai dengan tujuan tersebut, penilaian menuntut guru agar secara langsung atau tak langsung mampu melaksanakan penilaian dalam keseluruhan proses pembelajaran. Untuk menilai sejauhmana murid-murid telah menguasai beragam kompetensi, tentu saja berbagai jenis penilaian perlu diberikan sesuai dengan kompetensi yang akan dinilai.