13
Pembinaan Modul Aktiviti Seni Kreatif (ASK) Untuk Pendidikan Prasekolah Ling Pik Kuong Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang, Sarawak. ABSTRAK Pengalaman intensif dalam bidang seni ini merupakan instrumen asas dalam pendidikan yang mempromosikan pemikiran kreatif serta nilai estetika (Dokumen Standard domain Kreativiti, Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan 2010). Perkara ini selaras dengan pandangan Edwards (2006) di mana beliau menamakan aktiviti ini sebagai Aktiviti Seni Kreatif (ASK). Untuk merealisasikan pelaksanaan ASK dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan prasekolah, penyelidik telah membangunkan sebuah Modul ASK yang berlandaskan prinsip amalan bersesuaian dengan perkembangan dan teori pembelajaran konstruktivisme yang dipelopori oleh Piaget dan Vygotsky (Gardner, 1983). Draf Modul ASK yang dibangunkan merangkumi konsep 5K untuk meningkatkan lagi perkembangan domain kreativiti yang berorientasikan ‘proses’. Konsep 5K ini merupakan lima langkah pengajaran dan pembelajaran dalam pelaksanaan ASK. Ia bermula dengan langkah kesensitifan dan diikuti dengan kelancaran, keluwesan, kejelasan dan keaslian. Sampel aktiviti seni visual yang direka cipta berdasarkan konsep 5K telah digunakan untuk melaksanakan kajian tindakan secara kolaboratif dengan guru prasekolah dalam konteks sebenar di kelas prasekolah.. Dapatan kajian yang diperolehi melalui pemerhatian tingkah laku murid serta hasil karya setiap individu telah menunjukkan peningkatan pemikiran kreatif murid. Walaupun tahap peningkatan pemikiran kreatif berbeza secara individu dalam kalangan murid, kepentingan pelaksanaan ASK dengan konsep 5K untuk perkembangan domain kreativiti kanak-kanak tidak dapat dinafikan. Eksplorasi aktiviti seni bidang berbeza seperti seni muzik dan seni pergerakan kreatif adalah digalakkan ke arah pembentukan kanak-kanak yang lebih bersifat kreatif dan berdaya estetika mengikut kehendak semasa dan kehendak akan datang. 1.0 PENDAHULUAN Sejak penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) pada tahun 1987 (Tajul 1993), ia telah memberi tumpuan utama kepada usaha memperkembangkan potensi individu secara holistik dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Perkembangan aspek intelek yang menyeluruh ini merangkumi pemikiran kritis dan kreatif (BPK 2001). Namun, manifestasi keprihatinan kerajaan dalam penggubalan FPK bagi memastikan fungsi utama pendidikan iaitu, perkembangan menyeluruh gagal kerana secara sedar atau tidak, hasrat ini masih belum direalisasikan sepenuhnya dalam sistem pendidikan (Tajul 1993; Tajul & Nor Aini Dan 2006). Buktinya, kejayaan pelajar masih lagi diukur dari segi perkembangan inteleknya, iaitu kecemerlangan dalam bidang akademik, khususnya peperiksaan awam atau pencapaian dari segi fizikalnya, iaitu kecemerlangan dalam bidang sukan. Hal ini memberi impak kepada peranan prasekolah serta gurunya dalam pengajaran dan pembelajaran yang memfokus kepada pencapaian akademik sahaja. Masalah dan cabaran kualiti pendidikan prasekolah ini disedari oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan kini berlaku lagi inovasi kurikulum prasekolah

Ling Pik Kuong Institut Pendidikan Guru Kampus …prospen.ipgkrajang.edu.my/download/penerbitan02.pdf · dengan standard pembelajaran berdasarkan KSPK 2009? 2. Apakah kandungan Modul

  • Upload
    vandieu

  • View
    238

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Ling Pik Kuong Institut Pendidikan Guru Kampus …prospen.ipgkrajang.edu.my/download/penerbitan02.pdf · dengan standard pembelajaran berdasarkan KSPK 2009? 2. Apakah kandungan Modul

Pembinaan Modul Aktiviti Seni Kreatif (ASK) Untuk Pendidikan Prasekolah

Ling Pik Kuong

Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang, Sarawak.

ABSTRAK –Pengalaman intensif dalam bidang seni ini merupakan instrumen asas dalam pendidikan yang mempromosikan pemikiran kreatif serta nilai estetika (Dokumen Standard domain Kreativiti, Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan 2010). Perkara ini selaras dengan pandangan Edwards (2006) di mana beliau menamakan aktiviti ini sebagai Aktiviti Seni Kreatif (ASK). Untuk merealisasikan pelaksanaan ASK dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan prasekolah, penyelidik telah membangunkan sebuah Modul ASK yang berlandaskan prinsip amalan bersesuaian dengan perkembangan dan teori pembelajaran konstruktivisme yang dipelopori oleh Piaget dan Vygotsky (Gardner, 1983). Draf Modul ASK yang dibangunkan merangkumi konsep 5K untuk meningkatkan lagi perkembangan domain kreativiti yang berorientasikan ‘proses’. Konsep 5K ini merupakan lima langkah pengajaran dan pembelajaran dalam pelaksanaan ASK. Ia bermula dengan langkah kesensitifan dan diikuti dengan kelancaran, keluwesan, kejelasan dan keaslian. Sampel aktiviti seni visual yang direka cipta berdasarkan konsep 5K telah digunakan untuk melaksanakan kajian tindakan secara kolaboratif dengan guru prasekolah dalam konteks sebenar di kelas prasekolah.. Dapatan kajian yang diperolehi melalui pemerhatian tingkah laku murid serta hasil karya setiap individu telah menunjukkan peningkatan pemikiran kreatif murid. Walaupun tahap peningkatan pemikiran kreatif berbeza secara individu dalam kalangan murid, kepentingan pelaksanaan ASK dengan konsep 5K untuk perkembangan domain kreativiti kanak-kanak tidak dapat dinafikan. Eksplorasi aktiviti seni bidang berbeza seperti seni muzik dan seni pergerakan kreatif adalah digalakkan ke arah pembentukan kanak-kanak yang lebih bersifat kreatif dan berdaya estetika mengikut kehendak semasa dan kehendak akan datang.

1.0 PENDAHULUAN Sejak penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) pada tahun 1987 (Tajul 1993), ia telah memberi tumpuan utama kepada usaha memperkembangkan potensi individu secara holistik dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Perkembangan aspek intelek yang menyeluruh ini merangkumi pemikiran kritis dan kreatif (BPK 2001). Namun, manifestasi keprihatinan kerajaan dalam penggubalan FPK bagi memastikan fungsi utama pendidikan iaitu, perkembangan menyeluruh gagal kerana secara sedar atau tidak, hasrat ini masih belum direalisasikan sepenuhnya dalam sistem pendidikan (Tajul 1993; Tajul & Nor Aini Dan 2006). Buktinya, kejayaan pelajar masih lagi diukur dari segi perkembangan inteleknya, iaitu kecemerlangan dalam bidang akademik, khususnya peperiksaan awam atau pencapaian dari segi fizikalnya, iaitu kecemerlangan dalam bidang sukan. Hal ini memberi impak kepada peranan prasekolah serta gurunya dalam pengajaran dan pembelajaran yang memfokus kepada pencapaian akademik sahaja. Masalah dan cabaran kualiti pendidikan prasekolah ini disedari oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan kini berlaku lagi inovasi kurikulum prasekolah

Page 2: Ling Pik Kuong Institut Pendidikan Guru Kampus …prospen.ipgkrajang.edu.my/download/penerbitan02.pdf · dengan standard pembelajaran berdasarkan KSPK 2009? 2. Apakah kandungan Modul

dengan penggubalan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) pada tahun 2009 dengan enam tunjang yang pelbagai. Antaranya, tunjang fizikal dan estetik memberi fokus kepada tiga bidang, iaitu seni visual, muzik serta drama dan gerakan kreatif. Ketiga-tiga bidang seni yang difokuskan ini selari dengan pengenalan Kursus Seni Dalam Pendidikan oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG) pada tahun 2005. Hal ini selaras dengan pandangan Edwards (2006), di mana bersetuju bahawa pengalaman intensif dalam bidang seni merupakan instrumen asas dalam pendidikan yang mempromosikan pemikiran kreatif. Aktiviti-aktiviti seni yang memupuk perkembangan kreativiti kanak-kanak ini dikenali sebagai Aktiviti Seni Kreatif (ASK).

2.0 PERNYATAAN MASALAH Nilai penghasilan imej dan reka bentuk dalam karya kanak-kanak menyokong pembentukan pendidikan awal kanak-kanak (Lowenfeld & Brittain 1975; Garritson 1979; Edwards 2006; Craft 2000). Sehubungan ini, tingkahlaku kanak-kanak yang kreatif dalam penghasilan karya harus diperkembangkan untuk pembelajaran optimum terutamanya ke arah pemikiran kreatif kanak-kanak. Aspek ini telah mengeksplisitkan kemahiran berfikir secara kreatif dan disebatikan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan prasekolah. Kemahiran ini diharapkan dapat dikuasai melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang dirancang dengan membekalkan peluang pembelajaran yang memperkembangan domian kreativiti kanak-kanak.

Menyedari kepentingan aktiviti seni dalam program pendidikan prasekolah, kajian ini

berhasrat untuk menjalankan eksplorasi aktiviti-aktiviti seni yang mampu membangkitkan domain kreativiti kanak-kanak sebagai Modul ASK. Sumber ilham pembangunan modul ASK ini daripada kajian Ling & Hasnah (2009) yang meninjau persepsi ibu bapa dan guru prasekolah terhadap kepentingan ASK. Dapatan kajian tersebut telah menunjukkan kehendak tinggi ibu bapa dan guru prasekolah terhadap ASK. Selain itu, kajian tersebut juga telah mengesan tahap kefahaman guru prasekolah yang ada pada tahap sederhana saja terhadap pelaksanaan ASK. Kebanyakan guru dikesan kurang berkeyakinan dalam melaksanakan ASK. Dapatan kajian ini selaras dengan kajian Chua (2008) yang juga menunjukkan bahawa guru-guru pendidikan seni visual Tingkatan Empat banyak menghadapi masalah dalam usaha memperkembangkan domain kreativiti semasa pengajaran dan pembelajaran. Chua (2003) telah menyarankan pemupukan domain kreativiti pelajar, khususnya dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual. Justeru, kajian ke arah pembangunan Modul ASK yang berlandaskan Standard Domain Kreativiti sepertimana yang ditetapkan dalam KSPK (2009) perlu dilaksanakan supaya membekalkan satu lagi rujukan dan panduan kepada guru prasekolah dalam persediaan perancangan pelajaran harian kepada kanak-kanak dalam pendidikan prasekolah.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian ini adalah untuk: 1. meneroka pelaksanaan pelbagai bidang aktiviti seni kreatif (dalam seni visual) yang

bersesuaian dengan standard pembelajaran berdasarkan KSPK 2009.

Page 3: Ling Pik Kuong Institut Pendidikan Guru Kampus …prospen.ipgkrajang.edu.my/download/penerbitan02.pdf · dengan standard pembelajaran berdasarkan KSPK 2009? 2. Apakah kandungan Modul

2. menghasilkan satu modul yang boleh dijadikan rujukan dan panduan kepada guru prasekolah dalam pelaksanaan ASK.

4.0 SOALAN KAJIAN Kajian ini cuba menjawab soalan-soalan berikut: 1. Bagaimanakah pelaksanaan aktiviti seni kreatif (dalam bidang seni visual) yang bersesuaian

dengan standard pembelajaran berdasarkan KSPK 2009? 2. Apakah kandungan Modul ASK untuk memperkembangkan domain kreativiviti kanak-kanak? 5.0 KERANGKA KONSEP KAJIAN Kerangka konseptual kajian pada Rajah 1 berlandaskan dokumen standard KSPK 2009. Sepertimana yang dinyatakan dalam dokumen standard KSPK 2009, Standard Domain Kreativiti mempromosikan aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan melalui tunjang fizikal dan estetika. Hal ini selaras dengan pelaksanaan Aktiviti Seni Kreatif (ASK) untuk membangkitkan pemikiran kreatif kanak-kanak. Aktiviti Seni Kreatif (ASK) merupakan aktiviti seni dalam bidang seni muzik, seni visual dan drama serta gerakan kreatif untuk perkembangan domain kreativiti kanak-kanak. Walau bagaimanapun, kajian ini hanya akan memokuskan kepada aktiviti seni kreatif dalam bidang seni visual sahaja. Untuk merealisasikan proses pelaksanaan ASK dalam pengajaran dan pembelajaran, penyelidik telah berusaha membangunkan suatu amalan yang bersesuaian dalam kelas konteks sebenar. Amalan tersebut dinamakan konsep 5K yang merupakan lima langkah yang berorientasikan `proses’ ke arah perkembangan pemikiran kreatif kanak-kanak. Konsep 5K bermula dengan langkah kesensitifan dan diikuti dengan kelancaran, keluwesan, kejelasan dan keaslian. Langkah-langkah perkembangan domain kreativiti ini diselaraskan ke dalam Model Konstruktivisme 5 fasa Needham (1987) semasa pengajaran dan pembelajaran atas pertimbangan tema dan aktiviti yang ingin dilaksanakan. Fasa Needham (1987) ini merangkumi fasa orientasi, pencetusan idea, penstrukturan semula idea, pengaplikasian idea dan refleksi. Saranan pengintegrasian konsep 5K dengan 5 fasa Needham ini diilustrasikan pada Rajah 1 di bawah. Dengan adanya penyelarasan cara pelaksanaan ASK ini, guru juga perlu menepati standard kandungan dan standard pembelajaran dalam tunjang Fizikal dan Estetika untuk mencapai objektif Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan dalam aspek mengembangkan daya kreatif dan estetika kanak-kanak. Setelah dimurnikan sampel ASK serta langkah-langkah pelaksanaan ASK ini melalui reka bentuk kajian tindakan, semua lembaran kerja dan rancangan pelajaran slot dikumpul dan disatukan sebagai Modul ASK. Modul ASK memberi fokus untuk membekalkan sampel ASK yang boleh dijadikan rujukan dan panduan kepada guru prasekolah dalam persediaan pengajaran dan pembelajaran harian. Pembangunan Modul ASK ini secara langsungnya berkesinambungan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah pembangunan insan yang seimbang.

Page 4: Ling Pik Kuong Institut Pendidikan Guru Kampus …prospen.ipgkrajang.edu.my/download/penerbitan02.pdf · dengan standard pembelajaran berdasarkan KSPK 2009? 2. Apakah kandungan Modul

Rajah 1 Kerangka Konseptual Kajian 6.0 KONSEP 5K DALAM PELAKSANAAN ASK Menurut Edwards (2006), pengajaran dan pembelajaran perkembangan domain kreativiti harus berorientasikan proses dan bukannya produk. Hal ini bermaksud proses penghasilan idea melalui imaginasi dan penerokaan perlu diberi keutamaan dan bukannya kejayaan produk yang terhasil. Dalam proses perkembangan kanak-kanak, Bandura (1997) mengutarakan bahawa peniruan dengan deria pancaindera merupakan proses pembelajaran utama bagi kanak-kanak. Perkara ini bersinambungan dengan modul Seni Dalam Pendidikan (BPG, KPM 2006) yang juga menekankan pengamatan deria seni, iaitu lihat, hidu, rasa/ perasaan, sentuh dan dengar ke arah perkembangan kanak-kanak yang menyeluruh. Justeru, langkah menajamkan kesensitifan deria seni ini merupakan langkah permulaan bagi proses perkembangan pemikiran kreatif yang boleh

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

MATLAMAT PENDIDIKAN PRASEKOLAH

OBJEKTIF KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN

(MENGEMBANGKAN DAYA KREATIF & ESTETIKA)

Tunjang Fizikal & Estetika Modul ASK dalam bidang Seni Visual

Model Konstuktivisme Needham (1987)

Page 5: Ling Pik Kuong Institut Pendidikan Guru Kampus …prospen.ipgkrajang.edu.my/download/penerbitan02.pdf · dengan standard pembelajaran berdasarkan KSPK 2009? 2. Apakah kandungan Modul

dilanjutkan dengan perkembangan kemahiran pemikiran intuitif, analogik dan metaforik (Jackman, 2001).

Setelah peringkat peningkatan sensitiviti deria seni kanak-kanak, proses perkembangan pemikiran kreatif disusuli peringkat kelancaran pengetahuan sedia ada dengan pengalaman baru. Menurut Piaget (1967) & Vygotsky (1978), kelancaran persembahan idea berasaskan pengetahuan sedia ada dalam perkembangan kognitif dan pengalaman sosial interaksi harian. Justeru, usaha membekalkan pelbagai pengalaman pembelajaran untuk meningkatkan pengetahuan kanak-kanak secara langsung membantu proses kelancaran untuk perkembangan pemikiran yang kreatif.

Proses perkembangan pemikiran kreatif akan dibangkitkan lagi dalam peringkat

keluwesan, di mana kanak-kanak dirangsang untuk memikirkan pelbagai alternatif secara logik ataupun tidak logik melalui imaginasi dan penerokaan masing-masing. Berimaginasi dan penerokaan ialah proses penting yang tidak seharusnya diabaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Craft, 2000). Guru seharusnya memotivasikan murid supaya berani mengemukakan keluwesan idea ini.

Keluwesan idea menjadi lebih ternilai setelah peringkat kejelasan. Dalam peringkat

kejelasan, kanak-kanak dikehendaki menyusun semula idea, membuat pilihan idea yang bernas dengan kemampuan memperjelasnya secara verbal ataupun non-verbal. Menurut Craft (2005), idea yang jelas mudah diterima oleh diri sendiri dan juga orang lain untuk diperkembangkan lagi sehingga peringkat keaslian.

Peringkat keaslian sering diangkat sebagai kemuncak dalam satu gelungan proses

perkembangan pemikiran kreatif (Craft, 2005). Dalam peringkat ini, kanak-kanak digalakkan untuk menghasilkan suatu idea/ produk yang baru, asli dan bernilai. Kebolehan inventif merupakan kriteria pentaksiran kreativiti yang berorientasikan produk (Jackman 2001; Edwards, 2006).

Selain kebolehan inventif ini, pemikiran kreativiti ini semestinya dapat dikesan melalui

setiap peringkat kelancaran, keluwesan, kejelasan dan keaslian. Keempat-empat aspek ini bagaikan petunjuk pada penghasilan karya dan idea (KPM, 2010). Keempat-empat kriteria ini disarankan sebagai kriteria pentaksiran pemikiran domain kreatif oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (2010). Untuk menyelaraskan kriteria pentaksiran domain kreatif ini dengan proses perkembangan pemikiran kreatif yang dibangunkan, penyelidik telah berusaha membangkitkan kriteria Kesensitifan sebagai kriteria yang penting dan pertama, khususnya dalam pentaksiran pemikiran domain kreatif dalam pelaksanaan ASK. Justeru, konsep 5K dibangunkan dengan penambahan konsep Kesensitifan kepada 4K iaitu, kelancaran, keluwesan, kejelasan dan keaslian yang sedia ada dalam dokumen KPM, 2010. Dalam konteks kajian ini, konsep 5K bukan sahaja merupakan kriteria pentaksiran pemikiran kreatif dalam pelaksanaan ASK malah juga merupakan langkah-langkah pelaksanaan ASK dalam pendidikan prasekolah. Rajah 2 di bawah memberi penerangan konsep 5K dalam pelaksanaan ASK.

Page 6: Ling Pik Kuong Institut Pendidikan Guru Kampus …prospen.ipgkrajang.edu.my/download/penerbitan02.pdf · dengan standard pembelajaran berdasarkan KSPK 2009? 2. Apakah kandungan Modul

Rajah 2 Definisi Konsep 5K

Proses perkembangan pemikiran kreatif pemikiran kreatif bersifat generatif dengan proses berterusan dalam gelungan di mana satu tahap pencapaian peringkat keaslian boleh dilanjutkan ke tahap yang lebih tinggi atas dorongan ataupun refleksi (Craft, 2005). Amalan refleksi harus diperkenalkan khususnya selepas peringkat assimilasi, ataupun setelah satu kitaran konsep 5K. Pelaksanaan sesi refleksi dapat merangsang suatu setting yang baru ke gelungan kreativiti yang ke-2. Sehubungan ini, konsep 5K yang dibangunkan untuk pelaksanaan ASK juga berbentuk gelungan yang tiada penghujungnya. Usaha menjalankan sesi apresiasi dan refleksi ialah langkah yang wajib dalam proses pelaksanaan ASK.

7.0 PROSEDUR KAJIAN Pembinaan Modul ASK berdasarkan prinsip amalan bersesuaian dalam konteks kelas sebenar telah merangsang pengkaji mengolah satu model pembangunan pengajaran dan pembelajaran yang baru dengan menggunakan penyelidikan tindakan. Ilustrasi model ini ada pada Rajah 2 dan ia merangkumi dua peringkat.

Kesensitifan •peringkat menajamkan sensitiviti dalam deria seni

Kelancaran •Peringkat persembahan idea dari pengetahuan sedia dengan pengalaman pembelajaran yg baru

Keluwesan •Peringkat mengolah, menambah dan mempelbagaikan idea secara logik atau tidak logik.

Kejelasan •Peringkat penyusunan dan pemilihan idea imaginatif yang pelbagai.

Keaslian •Peringkat inventif dalam penghasilan idea/ produk yang baru, asli dan bernilai.

Page 7: Ling Pik Kuong Institut Pendidikan Guru Kampus …prospen.ipgkrajang.edu.my/download/penerbitan02.pdf · dengan standard pembelajaran berdasarkan KSPK 2009? 2. Apakah kandungan Modul

Rajah 2 Prosedur Kajian

Dalam peringkat pertama, penyelidik membina matlamat, mengenal pasti teori, rasional,

konsep dan sasaran. Kemudian penyelidik menganalisis keperluan dan kehendak KSPK secara literatur sebelum menyenaraikan objektif yang khusus bagi rancangan pelajaran slot untuk bidang menggambar dalam seni visual. Seterusnya, penyelidik memilih tema yang bersesuaian untuk pelaksanaan aktiviti seni kreatif yang disarankan. Pada peringkat kedua pula, penyelidik mengadaptasikan model Carr dan Kemmis (1986) bersama Model Kurt Lewin (1952) untuk menjalankan kajian tindakan berkolaborasi dengan guru prasekolah. Prinsip kolaboratif dititikberatkan supaya dapat sama-sama mencari cara penyelesaian masalah terhadap praktis atau amalan dalam pelaksanaan ASK. Melalui kitaran kajian tindakan ini, proses penambahbaikan dan pemurnian Modul ASK berlaku sehingga lebih mantap. 8.0 METODOLOGI KAJIAN Pemilihan lokasi kajian secara `purposive’, iaitu Prasekolah IPG Kampus Sarawak di Miri

adalah atas pertimbangan kebolehlaksanaan, kesesuaian dan juga kos kajian. Selain itu, guru prasekolah yang dilantik sebagai pelaksana ASK merupakan `willing partner’ yang sanggup memberi komitmen tinggi untuk menjalankan kajian tindakan berbentuk kolaboratif ini. Berdasarkan prinsip amalan bersesuaian dalam konteks kelas sebenar, maka, subjek dan bilangan penyelidikan (murid) tidak diolah oleh penyelidik. Kesemua murid dalam kelas, iaitu 6 orang lelaki dan 7 orang perempuan dijadikan subjek penyelidikan sepanjang semester 1/2011. 9.0 RUMUSAN DAPATAN KAJIAN

Page 8: Ling Pik Kuong Institut Pendidikan Guru Kampus …prospen.ipgkrajang.edu.my/download/penerbitan02.pdf · dengan standard pembelajaran berdasarkan KSPK 2009? 2. Apakah kandungan Modul

Pelbagai aktiviti seni visual telah diterokai dalam pelaksanaan tindakan kelas sejak semester 1/2011. Aktiviti-aktiviti ini merangkumi aktiviti menggambar dengan teknik gurisan, mencorak dengan teknik tiupan, melukis dengan lembaran kerja serta membentuk dan membuat binaan. Pelaksanaan aktiviti ini dirancang berdasarkan konsep 5K, khususnya untuk tujuan perkembangan domain kreativiti kanak-kanak. Kesemua aktiviti yang diterokai ini menenuhi kehendak dan mencapai standard pembelajaran setelah dua dan tiga kali kitaran tindakan kelas dalam reka bentuk penyelidikan tindakan. Aktiviti seni ini dikumpul sebagai sampel untuk Modul ASK. Bukan itu sahaja, penyelidik juga berusaha mengenal pasti kelebihan dan kelemahan setiap kitaran pelaksanaan ASK dengan konsep 5K yang berkaitan. Jadual 1 merupakan rumusan data yang dikumpul setelah setiap pelaksanaan ASK.

Jadual 1 Rumasan Pelaksanaan ASK – Aktiviti Menggambar

Kitaran

Penyelidikan tindakan

& Keterangan

ASK

Sampel ASK Catatan/

kelebihan & kelemahan

praktis & amalan pelaksanaan ASK

Sampel ASK 1: Menggambar dgn teknik gurisan Media: Karyon Kitaran 1: Bebas menghasilkan gambar Kitaran 2: penerokaan pelbagai jenis garisan Kitaran 3: Menggambar bertemakan rumah impian

-ASK ini digemari . -arahan mudah disusuli dengan tunjuk ajar dapat merangsang murid. -tajuk bebas merisaukan murid. -kurang berjaya melancarkan idea yang dikendaki. -tiada berlaku penerokaan terhadap alat ’pengguris’

walaupun digalakkan. -minat melihat pameran mini tetapi kurang berkebolehan dalam sesi refleksi.

Kaedah demonstrasi dengan arahan mudah dan jelas sangat diperlukan. Pendekatan bertema digalakkan bersama dengan kebebasan penerokaan. Kelancaran idea dibangkitkan melalui kesensitifan deria serta pengetahuan sedia ada. Dedahan sesi refleksi diperbanyak

Dalam proses penghasilan karya menggambar dengan teknik gurisan ini, penyelidik

mendapati bahawa pemikiran murid terangsang semasa penerokaan garisan yang pelbagai.

Setelah 3 kitaran

Page 9: Ling Pik Kuong Institut Pendidikan Guru Kampus …prospen.ipgkrajang.edu.my/download/penerbitan02.pdf · dengan standard pembelajaran berdasarkan KSPK 2009? 2. Apakah kandungan Modul

Semasa kitaran pertama, murid kurang berkeyakinan dalam penghasilan gambar yang bebas temanya. Selain itu, mereka juga tidak banyak menggunakan ‘pengguris’ yang pelbagai dalam

penerokaan garisan yang pelbagi. Dengan ini, fokus kitaran kedua membekalkan peluang untuk penerokaan garisan. Pencapaian murid pada kitaran ketiga menunjukkan bahawa pendekatan bertema serta rangsangan penghubungkaitan pengetahuan sedia ada berjaya membangkitkan pemikiran kreatif kanak-kanak.

10.0 PERBINCANGAN Konsep 5K merupakan langkah pengajaran dan pembelajaran yang dibangunkan khas untuk pelaksanaan ASK untuk perkembangan domain kreativiti kanak-kanak dalam pendidikan prasekolah. Pengaplikasian konsep 5K ini boleh dipadankan dengan Model Konstruktivisme 5-Fasa Needham (1987) semasa pelaksanaan ASK dalam pengajaran dan pembelaran seperti yang diilustrasikan pada Jadual 2 di bawah ini.

Jadual 1 Pelaksanaan ASK dengan pengaplikasian Konsep 5K dengan Model Konstruktivisme 5-Fasa Needham (1987)

Fasa

Needham Fasa SDK Konsep 5K Tujuan Kaedah Contoh ASK

Orientasi

Persediaan

Kesensitifan

- Menimbulkan minat dan menyediakan suasana - Melatih sensitiviti terhadap suasana yang sedia wujud.

Amali penyelesaian masalah sebenar

Murid memerhatikan hasil karya yang dipaparkan .

Pencetusan idea

Kelancaran

+ Keluwesan

Supaya murid dan guru sedar tentang idea terdahulu dan dilanjutkan dengan penambahan idea. - Mewujudkan kesedaran tentang idea alternatif yang berbentuk saintitif

Amali, perbincangan dalam kumpulan kecil, pemetaan konsep & laporan

Perbincangan dan pengagihan tugas untuk aktiviti menggambar dengan teknik gurisan

Page 10: Ling Pik Kuong Institut Pendidikan Guru Kampus …prospen.ipgkrajang.edu.my/download/penerbitan02.pdf · dengan standard pembelajaran berdasarkan KSPK 2009? 2. Apakah kandungan Modul

Penstrukturan semula

idea

Imaginasi

Kejelasan

- Menguji kesahan idea-idea sedia ada - Pengubahsuaian, pengembangan atau penukaran idea. - Menguji kesahan untuk idea-idea baru yang dibina.

Perbincangan dalam kumpulan kecil Refleksi kendiri Pembacaan, input guru. Amali

Murid menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan alternatif sekiranya ada. (penguris yang berbeza) Penukaran idea berlaku dalam kumpulan terhadap pemilihan alat dan bahan yang disediakan.

Aplikasi

idea

Tindakan Keaslian

Pengukuhan idea yang telah dibina dalam situasi baru dan biasa.

Penulisan sendiri kerja projek, menyelesaikan masalah dalam konteks berbeza berdasarkan idea baru.

Menghasilkan karya menggambar tersendiri dengan mengguris imej yang dikehendaki.

Penilaian/ Refleksi

- Menyedari tentang perubahan idea murid yang lain. - Murid boleh membuat refleksi sejauh manakah idea asal mereka telah berubah.

Penulisan kendiri, perbincangan kumpulan, catatan peribadi dan lain-lain.

Perbandingan hasil ciptaan dengan rakan lain atau dengan idea asal sendiri.

Berdasarkan model konstruktivisme ini, peringkat kesensitifan dilaksanakan pada fasa orientasi. Pada fasa ini, pelaksana ASK membekalkan peluang-peluang untuk menajamkan kesensitifan deria, khusunya deria penglihatan untuk bidang seni visual, deria pendengaran untuk bidang seni muzik dan deria rasa, sentuh, lihat dan sebagainya untuk bidang pergerakan dan drama. Sebagai misalannya, pelaksana ASK memaparkan pelbagai gambar untuk diperlihatkan kanak-kanak sebagai peringkat kesensitifan dalam fasa orientasi. Fasa pencetusan idea merupakan peringkat kelancaran idea di mana ia dibangkitkan dengan pengalaman atau pengetahuan yang sedia ada. Kelancaran idea yang pelbagai dengan memikirkan idea alternatif

Penjelasan & pertukaran

Pendedahan situasi konflik

Pembinaan idea baru

Penilaian

Page 11: Ling Pik Kuong Institut Pendidikan Guru Kampus …prospen.ipgkrajang.edu.my/download/penerbitan02.pdf · dengan standard pembelajaran berdasarkan KSPK 2009? 2. Apakah kandungan Modul

secara logik atau tidak logik merupakan peringkat keluwesan dalam konsep 5K. Motivasi ataupun galakan untuk berfikiran imaginatif melalui pelbagai penerokaan membantu fasa pencetusan idea ini. Setelah pencetusan idea yang pelbagai, murid digalakkan memberi kejelasan idea melalui penstrukturan dan pemilihan semula idea. Fasa ini disamakan dengan peringkat kejelasan dalam konsep 5K. Fasa Penstrukturan semula idea disusuli dengan fasa aplikasi idea di mana ia merupakan peringkat penghasilan idea yang asli, baru dan bernilai. Keaslian idea secara inventif juga bagaikan fasa pengukuhan kepada idea yang telah dibina dalam baru. Dengan adanya ciptaan/ idea baru ini, pelaksana ASK seharusnya menjalankan satu sesi apresiasi dan refleksi untuk membangkitkan lagi pemikiran kreatif yang boleh dilanjutkan ke ‘setting’

yang baru. Semasa sesi apresiasi dan refleksi ini, peringkat kesensitifan mungkin bermula lagi dengan membandingbezakan idea lama dengan idea baru yang mungkin ditemui. Proses kitaran ini tidak semestinya bermula dengan peringkat kesensitifan atau fasa orientasi lagi. Ia boleh juga berlaku di mana-mana fasa dalam Model Konstruktivisme 5 Fasa Needham (1987) ini.

Walaupun sampel dalam Modul ASK hanya menjurus kepada aktiviti seni visual saja, ia tidak bermaksud pelaksanaan ASK hanya mampu dilaksanakan dalam bidang tersebut sahaja. Menurut Edwards (2006), aktiviti seni kreatif merangkumi seni muzik, seni pergerakan kreatif dan seni visual. Justeru dalam pelaksanaan aktiviti seni muzik dan seni pergerakan kreatif, guru juga boleh mengaplikasikan konsep 5K dalam pengajaran dan pembelajaran masing-masing. Yang mungkin berbeza bagi aktiviti seni muzik ialah ia lebih menitikberatkan deria dengar dan aktiviti seni pergerakan pula, lebih berfokus kepada deria sentuh dan rasa.

Selain itu, rancangan pelajaran slot untuk aktiviti menggambar; membuat corak dan rekaan; membentuk dan membuat binaan disediakan berdasarkan tunjang Fizikal dan Estetika, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (2009) dalam Modul ASK. Walau bagaimanapun, pengguna Modul ASK tidak digalakkan untuk mengikutinya dengan sepenuhnya. Mereka digalakkan mengolah, mengubah suai mengikut kehendak kelas masing-masing sebelum pengaplikasiannya. Seperti mana yang ditolak oleh ahli falsafah progressivisme dengan kurikulum yang dikatakan ‘standard’ untuk kegunaan semua (Ornstein & Hunkins, 2004),

pelaksanaan ASK dengan konsep 5K tidak boleh diangkat sebagai suatu yang ‘standard’ untuk

kegunaan semua kelas prasekolah. Pengaplikasian ASK mesti diselaraskan mengikut kesesuaian, iklim sekolah, kesediaan murid dan guru serta iklim dan kemudahan yang ada di sekolah berdasarkan lokasi dan jenis prasekolah yang berbeza. Maka, inisiatif guru dalam pembangunan aktiviti seni kreatif yang sesuai amatlah penting kerana guru tersebut paling memahami kehendak murid serta kelasnya. Guru yang berinisiatif tinggi akan memajukan diri dalam proses mencari perisian yang baru dan menyelesaikan masalah atau cabaran yang dihadapi. Sikap dan inisiatif guru yang melaksanakan apa juga kurikulum atau konsep baru yang menentukan keberkesanannya (Rohaty, 2003). Untuk meningkatkan inisiatif seseorang guru, galakan dan rangsangan luar perlu dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam pelaksanaan ASK. Bengkel dan kursus yang berkaitan boleh dilaksanakan supaya guru dilatih dan berkemampuan untuk membangunkan aktiviti seni kreatif yang bersesuaian untuk kelas masing-masing. Pensyarah-pensyarah dari Institut Pendidikan Guru juga boleh mengadakan demonstrasi pelaksanaan ASK semasa pemantauan atau penyeliaan praktikum di sekolah-sekolah.

Selain inisiatif guru, keberkesanan pelaksanaan ASK juga dipengaruhi oleh amalan dan praktis guru semasa pengajaran dan pembelajaran. Praktis guru yang sentiasa mengarah dan

Page 12: Ling Pik Kuong Institut Pendidikan Guru Kampus …prospen.ipgkrajang.edu.my/download/penerbitan02.pdf · dengan standard pembelajaran berdasarkan KSPK 2009? 2. Apakah kandungan Modul

menegur dengan kata-kata yang tidak memotivasikan, tidak akan membangkit pemikiran kreatif kanak-kanak. Kanak-kanak perlu dimotivasi dan dirangsang untuk berfikir secara kreatif kerana idea imaginatif mungkin tidak dilancarkan atau dikukuhkan tanpa galakan dan sokongan daripada guru. Amalan dan praktis yang bersesuaian dengan pelaksanaan ASK merangkumi arahan guru, cara memotivasi kanak-kanak, cara peneguran dan lain-lain. Saranan amalan dan praktis yang dirumuskan dalam Modul ASK tidak mengarah - `non-didactic’ , tidak menghakimi - `non-judgemental’, motivasi tinggi - `highly motivative’ dan konstrain minima – ‘minimal constraint’ untuk kanak-kanak yang terlibat dalam aktiviti seni kreatif ini.

Selain kebolehlaksanaan Aktiviti Seni Kreatif dalam tunjang Fizikal dan Estetika, pelaksanaan ASK dengan konsep 5K boleh juga disepadukan, diintegrasikan dan diserapkan dalam tunjang yang lain seperti komunikasi, literasi sains dan teknologi, kemanuisaan dan kerohanian, sikap dan nilai . Untuk memastikan keberkesanan proses penyepaduan, pengintegrasian dan penyerapan, pendekatan bertema disarankan supaya memberi fokus kepada pengajaran dan pembelajaran yang dikehendaki oleh tunjang masing-masing. Pengubahsuaian konsep 5K mungkin berlaku mengikut kehendak kurikulum atau hasil pembelajaran yang berbeza. Penguatkuasaan pelaksanaan ASK untuk aspek perkembangan kreativiti dan estetika harus dipandang serius. Penyepaduan dan pengintegrasian pengetahuan dan kemahiran seni saja ke dalam tunjang yang lain tidak membawa kesan yang maksima sekiranya diabaikan perkembangan pemikiran kreatif.

PENUTUP Sebagai kesimpulan, pembentukan konsep 5K dalam pelaksanaan aktiviti seni visual merupakan salah satu sampel kurikulum yang lebih berorientasikan proses dalam perkembangan domain kreativiti. Dengan adanya konsep 5K, guru boleh mengintegrasikannya dalam tunjang yang lain semasa mendidik anak murid kita. Kesemua usaha ke arah perkembangan domain kreativiti kanak-kanak merupakan langkah pro aktif Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menangani cabaran pendidikan yang berkualiti. Ini selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaaan dan matlamat Malaysia tahun 2020 dalam pembentukan modal insan yang kritis, kreatif dan inovatif untuk kehendak semasa dan masa depan Negara.

RUJUKAN

Bandura, A. (1997) Self-efficacy: Toward a unifying theory of behavioral change. Psychological Review, 84, 191-215. Chua, Y.P. (2003) Relationships between thinking skills dan left, right and whole brain learning

styles. Journal article in The Learning Conference 2003. Institut of Education, University of London http:/lc03.commongroundconferences.com/proposalsystem/presentations/ p000682.html [24 Nov. 2009]

Craft, A. (2000) Creativity across the primary curriculum. London: Routledge. Craft, A. (2005) Creativity in schools: tensions and dilemmas. London: Routledge.

Page 13: Ling Pik Kuong Institut Pendidikan Guru Kampus …prospen.ipgkrajang.edu.my/download/penerbitan02.pdf · dengan standard pembelajaran berdasarkan KSPK 2009? 2. Apakah kandungan Modul

Edwards L. C. (2006) The creative arts: a process approach for teachers and children. Ed. ke-4. New Jersey: Pearson.

Gardner, H. (1983) Frames of mind: the theory in practice. New York: HarperCollins. Gardner, H. (1993) Multiple intelleginces: The theory in practice. New York: Basic Books Jackman, H.L. (2001) Early Education Curriculum: A Child Connection to the World. Ed ke-2.

USA: Thomson Learning , Inc Kementerian Pendidikan Malaysia. (2009) Dokumen Standard Kurikulum Standard Prasekolah

Kebangsaan (KSPK) Ling Pik Kuong & Hasnah Toran. (2009) Pelaksanaan aktiviti seni kreatif (ASK) dalam

pengajaran dan pembelajaran pendidikan prasekolah Malaysia. Jurnal Penyelidikan Pendidikan Guru.Jilid 4, 2008/2009. hlm.143-158.

Lowenfeld, V. & Brittain, W.L. (1975) Creative and mental growth. Ed. ke-6. New York:

MacMillan Needham,, R. (1987) Teaching strategi for developing understanding in science. The University

of Leeds: Centre for Studies in Science and Mathematics Education. Ornstein, Allan C. & Hunkins, Francis P. (2004) Curriculum:foundation, principles, adn issues.

USA: Pearson Education, Inc. Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001) Pembelajaran secara konstruktivisme. KL:

Perpustakaan Negara Malaysia. Rohaty Mohd. Majzub. (2003) Syarahan Perdana - Pendidikan prasekolah. Cabaran

Kualiti. Universiti Kebangsaan Malaysia Tajul Ariffin Noordin & Nor Aini Dan. (2006) Menorbatkan paradigm Al-quran sebagai reality

pendidikan bersepadu. (dlm) Prosiding Wacana Pendidikan Isalam ke-5. Bangi. Fakulti Pendidikan, UKM.