22
Merokok Dari Pandangan Islam Muzakarah Sosial/Syariah 178346 reads ShareThis KeputusanEnglish Version Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan. Keterangan/Hujah: 1. Keputusan yang telah diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia tersebut adalah bersandarkan kepada hujah-hujah berikut: i. Rokok mengandungi pelbagai jenis racun. Fakta daripada kajian- kajian perubatan telah membuktikan bahawa setiap batang rokok mengandungi 6-8 mg. nikotian dan pelbagai bahan kimia lain. Setiap sedutan asap rokok sebenarnya kita telah menghidu sebanyak 4,000 jenis bahan kimia yang boleh memudharatkan badan. ii. Ketagihan tembakau bukan hanya menimbulkan masalah kepada perokok, malah ia berada di tempat keempat dalam senarai faktor risiko bagi penyakit serius yang menular di seluruh dunia. Tabiat

Merokok Dari Pandangan Islam

Embed Size (px)

DESCRIPTION

rokok

Citation preview

Merokok Dari Pandangan IslamMuzakarah Sosial/Syariah178346 reads ShareThis

KeputusanEnglish Version Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan.

Keterangan/Hujah:

1. Keputusan yang telah diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia tersebut adalah bersandarkan kepada hujah-hujah berikut: i. Rokok mengandungi pelbagai jenis racun. Fakta daripada kajian-kajian perubatan telah membuktikan bahawa setiap batang rokok mengandungi 6-8 mg. nikotian dan pelbagai bahan kimia lain. Setiap sedutan asap rokok sebenarnya kita telah menghidu sebanyak 4,000 jenis bahan kimia yang boleh memudharatkan badan. ii. Ketagihan tembakau bukan hanya menimbulkan masalah kepada perokok, malah ia berada di tempat keempat dalam senarai faktor risiko bagi penyakit serius yang menular di seluruh dunia. Tabiat merokok dikaitkan dengan risiko barah, penyakit jantung dan masalah pernafasan. Terdapat beberapa jenis penyakit yang berpunca dari merokok, antaranya ialah kanser kerongkong, kanser mulut, katarak (sejenis kerosakan mata yang menyebabkan kanta mata berselaput dan rabun), ulser perut, penyakit jantung, strok, penyakit paru-paru, emfisema paru-paru dan banyak lagi. iii. Pada masa kini jumlah perokok sama ada dinegara maju atau negara membangun masih begitu besar, walaupun berbagai usaha telah dibuat oleh Kerajaan serta badan-badan sukarela bagi menyedarkan orang ramai tentang bahayanya merokok kepada orang ramai. Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30% daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esophagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut. Sebanyak 50% kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok. Kerajaan telah membelanjakan banyak wang untuk merawat berbagai jenis penyakit yang dikaitkan dengan tabiat merokok dan negara juga mengalami kerugian kira-kira RM 20 billion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti. iv. Imam al-Syafie telah mengeluarkan fatwa dalam kitabnya yang masyhur al-Umm iaitu: Jika mereka mengambil (sesuatu makanan, minuman atau sesuatu yang dihisap, dihidu dan disedut) yang boleh memabukkan, maka perbuatan itu adalah jelas haram. (Termasuklah) yang mengandungi racun yang menyebabkan kematian. Aku tetap menganggap (menfatwakan) ia adalah haram. Allah swt mengharamkan (apapun jenis) pembunuhan kerana pembunuh bermakna membunuh diri sendiri. v. Para ulama sepakat menyatakan bahawa merokok hukumnya haram kerana ianya jelas memudharatkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan harta serta dikategorikan sebagai satu perkara keji, berdasarkan nas-nas berikut: a. Firman Allah swt dalam Surah al-Baqarah, ayat 195 yang bermaksud: Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan. b. Firman Allah swt dalam Surah al-Araf ayat 157 yang bermaksud; Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk. c. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: Tidak boleh memberi mudharat dan membalas dengan kemudharatan. (Hadith riwayat Ahmad, Malik, Ibn Majah dan al-Daraqutni) d. Kaedah Usul Fiqh: yang bermaksud menolak kerosakan adalah didahulukan daripada mencari kemaslahatan e. Imam Ibn. Hazm dalam kitabnya al-Muhalla, jilid 7, halaman 503 (masalah no. 1027) menegaskan bahawa : Pemborosan adalah haram. Yang dimaksudkan dengan pemborosan di sini ialah: i. Membelanjakan wang untuk perkara yang diharamkan oleh Allah swt, samada banyak atau sedikit, walaupun sebesar sayap nyamuk sekalipun.

ii. Pembaziran yang tidak ada keperluannya.

iii. Membuang wang, betapa kecilpun jumlahnya kerana dengan membuang tanpa tujuan itu menjadikannya sia-sia. vi. Beberapa negara Islam dan beberapa ulama muktabar telah mengeluarkan fatwa tentang amalan merokok. Antaranya seperti berikut: a. Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan fatwa bahawa merokok, menanam tembakau dan memperniagakannya adalah hukumnya haram kerana daripadanya terdapat kemudharatan. b. Ulama-ulama semasa Mesir seperti Dr. Abdul Jalil Shalaby mengatakan merokok adalah haram kerana ia boleh mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan masyarakat. c. Al Imam Abdul Halim Mahmud dalam kitabnya Fatawa al-Imam Abdul Halim Mahmud telah memberi fatwa merokok hukumnya makruh jika ia tidak mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan. Sebaliknya adalah haram jika ia mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan. 2. Hukum pengharaman arak dan khinzir tidak boleh disamakan dengan hukum haram merokok kerana hukum pengharaman terhadap arak dan khinzir telah dinyatakan secara jelas dan qatie oleh Allah swt dalam kitab suci al-Quran. Manakala hukum pengharaman terhadap perbuatan merokok telah diistinbatkan oleh para jumhur ulama terdahulu dan masa kini bersandarkan hujah-hujah kepada nas-nas syarak yang jelas dinyatakan seperti al-Quran, al-Hadith, Ijma Ulama, Qaedah-qaedah Fiqhiyah dan sebagainya. Ayat-ayat al-Quran dan hadith seperti yang dinyatakan di atas jelas telah memperincikan isu ini. 3. Al-Syeikh Hasanain Muhammad Makhluf, bekas Mufti Mesir dalam Kitabnya Fatawa Syariyyah Wa Buhuth Islamiyah menyatakan:

Sesungguhnya tumbuhan (tembakau) ini dahulunya belum dikenali. Apabila ia diperkenal dan digunakan oleh manusia untuk merokok, maka ulama-ulama fiqh daripada pelbagai mazhab Islam telah membincangkannya untuk menetapkan hukumnya berdasarkan prinsip (qaedah fiqhiyyah) yang telah ditetapkan.

Sesungguhnya berdasarkan hukum asal sesuatu itu harus. Tidak akan terkeluar daripada prinsip asal melainkan adanya perkara-perkara yang mengubah hukumnya menjadi haram atau sebagainya. Dalam isu merokok ini, sebab yang menjadikannya haram ialah kesan mudharat dan bahayanya sehingga meruntuhkan lima asas utama (al-Kulliyatul Khams) yang wajib dipelihara oleh setiap manusia iaitu agama, jiwa, maruah keturunan, akal dan juga harta. Keputusan Fatwa Kebangsaan lain berkaitan: BilTajukBil. JKFTarikh Keputusan1Hukum Shisha Menurut Pandangan SyarakMuzakarah Khas17 Jul, 2013Fatwa Negeri Berkaitan: BilTajukNegeriPenwartaanTarikh Keputusan1Merokok Menurut Perspektif IslamMelakaTidak Diwartakan17 Oct, 20032MerokokKedahTidak Diwartakan1 Jan, 19703Fatwa RokokPerlisTidak Diwartakan1 Jan, 19704Fatwa Tentang RokokPulau PinangDiwartakan18 Nov, 20045Merokok Pada Pandangan IslamSarawakTidak Diwartakan9 Dec, 19956Fatwa Tentang MerokokSelangorDiwartakan25 Oct, 1995

Fakta Mengenai E Cigarette,Rokok Elektronik,Vapers Anda Harus TahuFakta Mengenai E Cigarette,Rokok Elektronik,Vapers

Fakta Mengenai E Cigarette,Rokok Elektronik,Vapers

Info yang menarik untuk perokok dan yang tidak merokok.

Berdasarkan infographic di bawah, kelebihanrokok elektronikadalah, ianya tidak mempunyai asap dan kadar

nikotin yang boleh dikawal sendiri oleh perokok disamping ianya mempunyai pelbagai jenis perisa.

Oleh kerana ianya tidak berasap (ianya mengeluarkan wap), maka tiadalah orang di sekeliling dapatmenghisap seconhand smoke dan yang paling penting, anda sebenarnya boleh merokok di kawasan yangtertulis'no smoking'terutamanya didalambangunan kerana perbuatan menghisap rokok elektronik adalah'vaping'.

struktur vaper atau e-cigarete terbahagi pada bahagian tertentu

Body (Mechanical Mod/Eletronics Mod) - Baterry,Electronic circuit

body mekanikal

Mechanical body:aliran elektik trus dari bateri dan tiada sebarang wayar dan litar elektrik digunakan,tidak boleh mengawal voltan,voltan hanya boleh dikawal melalui jumlah rintangan pada Atomizer(Sesuai untuk Vapers yang berpengalaman dan profesional)

joyetech evic

Provari Body

Electronical Body:body elekronik mempunyai litar elekronik yang membolehkankitamengawal bacaan voltan serta dapat membaca jumlah rintangan pada atomizer(sesuai untuk permulaan vaping)

Vivi Nova Tank

Era Atomizer,Drip Tank

Tank / Atomizer -tank adalah tempat penghasilan vape,tempat pemnasan cecair dan tempat penyimpanan liquid.ada pelbagai jenis keluaran tank/atomizer dipasaran,yang menggunakan wick/benang atau juga menggunakan stainles steel Mesh(Genesis atomizer)

ini adalah carta untuk pengaliran voltan dan rintangan yang selamat bagi anda ketika menghisap rokok elektronik "Vaping"

untuk pengetahuan Di negara Malaysia kita juga sudah Ada pengeluar e-Juice,e-liquid atau perisa rokok elektroniuk yang dihasilkan dari bumiputera kita sendiri,Jika anda pandai anda boleh membuat sendiri perisa tersebut dirumah dan keperluannya bahan kandungannya terdapat di kedai-kedai menjual peralatan kek,,

bahan-bahannya adalah

PG - Propylene Glycol

VG - Vegetable Glycerine

AG - Aqueous Glycerine

PEG 400 - Poly Ethylene Glycol

Ramai orang kata Vape ini permainan orang kaya?sejak akhir-akhir ini penerimaan rokok elektronik kepada masyarakat semakin meningkat dan bertambah meriah,dan banyak juga rokok elektronik yang dijual di pasaran,Up-town dengan harga yang murah dalam pelbagai pilihan.terpulang kepada ketebalan poket anda sendiri,,,

Namun Harus diambil kira dari segi cara pengambilanVapingdan tujuan untukVaping,,Bagi saya kalau untuk mengikuti trend yang ada pada masa kini baik tak payah vape,ini akan menjadi kepada pembaziran wang ringgit anda sahaja..

kalau anda berniat untuk berhenti dari menghisap rokok analog dan sudah mencuba pelbagai cara namun tidak berkesan,,Cubalah kepadarokok elektronik,Vapingmungkin anda akan kurangkan pengambilan rokok analog yang membahayaka kesihatan itu dan mugnkin juga anda akan terus berhenti merokok,,tertakluk kepada usaha anda untuk berhenti.

Vaping ini banyak juga kelebihan sosial yang terhasil contohnya dapat kenalan baru dan bertukar-tukar pendapat dariVape Meetyang diadakan ,orang sekeliling kita tidak menjauhi kita dengan asap rokok bisas yang busuk dan kita mengeluarkan vape yang wangi dari pelbagai perisa,kita juga dapat merasakan badan lebih cergas dan lebih ceria akibat dari kesan pengambilan rokok analog yang merbahaya,,

The World Health Organization does not consider theelectronic cigaretteto be a legitimate nicotine replacement therapy, he said.The devices, which resemble real cigarettes and are powered by rechargeable batteries, produce a nicotine mist that is absorbed in the lungs. The cigarettes, made of steel, have a chamber for storing liquid nicotine in different concentrationsIt is of great concern that certain manufacturers of these cigarettes around the world have included WHOs name, for example on their Web (sites) or on their package inserts or on their advertisements, as having endorsed these products, Bettcher said.No tests have been made to find out exactly what the nicotine cartridges contain, he said.Also theres no experience in pharmacology yet of nicotine replacement therapies which actually inhale nicotine into the lungs, he said:Dipetik dariDouglas Betcheryang mengetuai WHO's Tobacco free initiative.

Mengikut petikan ayat diatas, beliau tidak menunjukkan yang rokok elektronik itu merbahaya sebaliknya dia menafikane-cigarsebagai alternatif untuk berhenti merokok. Selain itu belum ada kajian atau ujikaji yang menunjukkan rokok elektronik ini membawa kesan sampingan yang merbahaya

BIDAH TERHADAP FATWA ROKOK,

TATKALA CUBA MENCABAR IJTIHAD IMAM MUJTAHID IMAM SYAFIESEHINGGA BERLAKUNYA BURUK SANGKA TERHADAP SESAMA ISLAM, TERMASUK KEPADA ULAMAK SERTA ILMUAN AGAMA YANG MEROKOK.

JUGA GAGAL DALAM MENGGUNAKAN KAEDAH FIQH YANG LEBIH BERDISIPLIN BAGIMENGHARAMKAN ROKOK.

1.HUKUM ASAL ROKOK daripada Ulamak atau Imam Mustaqdimin (ulamak awal) adalah lebih kepada Mubah (harus) dan juga Makruh sahaja.

2.Tiada Nas yang Mutlak bagi pengharaman Rokok, melainkan menggunakan Kias terhadap ayat atau hadith yang bersifat umum. (dihujahkan oleh bukan Mujtahid).

3.Fatwa atau Ijtihad baru hanyalah kepada perkara yang belum diputuskan Hukum oleh Imam Mujtahid dan keatas.

4.Rokok mempunyai hukum khilafiah yang masing-masing boleh diterima pakai. Iaitu samada ingin memilih yang berhukum Harus, makruh atau haram, kerana sudah ada Ulamak awal yang bertanggung jawab mengeluarkan hukum tersebut.

5.Hukum Fiqh tidak boleh diukur menggunakan teknologi Canggih, melainkan ianya hanya terikat kepada Usul dan kaedah Fiqh sahaja. Contohnya rakaman Video tidak boleh menjadi saksi liwat atau zina.

6.Ayat tentang janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri dalam kebinasaan. (Al-Baqarah: 195). Adalah ayat yang menampakkan jelas 100% kebinasaan. Contohnya membunuh diri ataupun sengaja memilih jalan ke Neraka. Bagi perkara yang berbahaya seperti berlatih senjata, aktiviti lasak, berperang, bermain kuda, sukan yang berbahaya dan sebagainya, yang mana padanya terdapat bahaya tetapi tidak semestinya semua akan binasa, maka keadaan ini tidak dilarang dalam agama. Umpamanya jika semua perokok akan cacat atau mati setelah menghisap rokok, maka keadaan inilah yang boleh disabitkan.

Serta kebanyakan ancaman Al-Qoran adalah tentang bahaya, kerosakan atau kebinasaan adalah lebih kepada berhubung dengan aqidah atau dosa maksiat hamba Allah yang paling utama iaitu enggan (kufr), Syirik, Bidah, sesat dan sebagainya.

7.Manakala bagi pembaziran pula ianya terlalu Umum kerana, seseorang manusia itu sudah mampu kenyang dengan nasi kosong, tetapi mereka suka menambah aneka lauk. Pakaian berlebihan, hiasan berlebihan, menggunakan air berlebihan walau dalam wudhu dan sebagainya.

8.Sejarah Rokok tidak semestinya membinasakan seseorang perokok kerana ramai perokok yang mampu hidup sihat sehingga umur 100 tahun lebih.

9.Rokok telah wujud sejak 4000 tahun lalu (daripada Sumber Budha), tetapi tidak pernah diharamkan oleh Ulamak Islam zaman awal, termasuk zaman nabi.

10.Asap kenderaan, atau asap-asap lain yang dikeluarkan oleh kilang atau dapur adalah lebih berbahaya berjuta kali ganda berbanding asap rokok. Iaitu membahayakan kepada orang lain sekiranya terlampau terdedah.

11.Didalam mazhab Syafie juga telah menyimpulkan bahawa Asap atau abu najis tidak akan dikira Najis (suci), Sekiranya mereka menggunakan alasan kandungan rokok tersebut sekalipun.

12.JIka kerana bau, juga tidak semestinya semua perokok akan berbau busuk. Kerana mereka mungkin menghisap rokok sebelum ke masjid dan setelah bersugi.

OLEH YANG DEMIKIAN AMATLAH BIDAH JIKA MENYEBUT ATAU MENDATANGKAN FATWA TENTANG ROKOK ITU HARAM, TERUTAMANYA KERANA SUDAH ADA FATWA TENTANGNYA OLEH IMAM MAZHAB. Serta Ulamak-ulamak terdahulu yang lebih baik dan alim serta amat berhati-hati dalam menyimpulkan sesuatu hukum.

Fatwa baru adalah seolah-olah merendahkan Ijtihad Imam Mujtahid dalam ASWJ. Serta telah menyalahgunakan usul fiqh semasa mewujudkan fatwa terhadap rokok.Abg Ngoh:APA YANG BENAR?Memandangkan ROKOK telah mempunyai fatwanya atau Ijtihadnya (harus atau makruh).Maka cukuplah disitu hukumnya.

MELAINKAN JIKA FATWA BARU INGIN MENGHARAMKAN ROKOK IALAH:DENGAN TIDAK MENYEBUT MEROKOK ITU HARAM.

TETAPI HARUS BESERTAKAN MUQAYYAD (KAITAN) PADA ISTILAH ROKOK TERSEBUT IAITU:MEROKOK SEMASA ****** ADALAH HARAM.ROKOK ******** ADALAH HARAM. ( iaitu mereka harus menambah perkataan lain pada tanda ***** tersebut).

Contoh:1.Jika merokok berlebihan itu haram.2.Rokok Moden itu haram, Rokok elektronik itu haram3.Rokok dari Syarikat yahudi itu haram.4.Rokok dalam kotak adalah haram5.Rokok Bensen, Rokok dunhill, rokok Winston dan lain-lain (dinyatakan cirinya) adalah haram.6.Merokok ditempat tertutup itu haram.7.Orang miskin yang membeli rokok adalah haram.8.Merokok berhampiran bayi adalah haram, dan sebagainya.9.Jika merokok akan menyebababkan kematian adalah haram (contohnya bagi pesakit asma ).10. Rokok Dunhill, Benson, Marlboro (sertakan nama tertentu) adalah haram.

* kerana Muqayyad atau kaitan ini atau produk ini adalah tidak berkaitan dengan Ijtihad awal (imam Mujtahid dan ke atas).

Iaitu Hanya boleh dengan mengaitkan dengan benda lain, peristiwa lain, perbuatan lain, cara lain dan sebagainya.

(Namun Fatwa Sebegini Masih Belum Wujud).

IAITU:

Jangan hanya guna istilah solo Rokok atau Merokok. Kerana ia telah mempunyai hukum.

Setiap Fatwa atau Hukum baru hanyalah kepada perkara, perbuatan atau benda yang baharu juga. Iaitu harus disandarkan kepada sesuatu yang baru.

Contohnya jangan kata Roti itu Haram, tetapi yang adilnya ialah dengan mengatakan bahawa Roti Cap X adalah, haram, Roti Israel adalah Haram.- Inilah yang benar.

(iaitu mesti ditambah ayatnya, kerana yang single atau asal telah digunakan oleh Ijtihad asal)

Jadi Mufti atau fatwa yang bijak ialah mereka yang menjaga Disiplin Ijtihad atau fatwa (Jangan Cabar fatwa asal).

NAMUN MEREKA BOLEH MENGHARAMKAN ROKOKdengan alasan yang muqayyad (berkait) seperti contoh di atas.Agar tidak berlaku perpecahan dan salah faham diantara Umat islam yang merokok dengan yang anti rokok. Agar tidak berlaku umpat, tajasus, syak, buruk sangka sesama islam. Terutamanya yang mencela golongan awal termasuk guru dan ulamak dulu-dulu.

Fiqh atau syariat agama tidak semestinya berselari dengan akal manusia. Iainya lebih bersifat adil, berhikmah dan sempurna.

KE ARAH PENYATUAN UMAT ISLAM.