6
1 PENGGUNAAN MODEL PENGAJARAN Pengaplikasian kaedah dan model pengajaran adalah penting supaya sesuatu objektif pembelajaran dapat dicapai. Model pengajaran yang sesuai digunakan untuk membantu guru mengajar dan menyampaikan maklumat kepada pelajar dengan lebih jelas dan berkesan supaya objektif pembelajaran dan pengajaran guru dapat dicapai. Bahan yang digunakan dapat membantu guru untuk menjelaskan konsep dan memberi penerangan kepada pelajar agar mesej yang ingin disampaikan jelas dan tepat. Proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih sempurna dan dapat mencapai objektif pembelajaran dengan adanya perancangan yang lengkap dan sistematik. Seseorang guru perlu mengetahui perkara yang hendak dilaksanakan sebelum, semasa dan selepas proses pengajaran dan pembelajaran. Mereka memerlukan satu perancangan yang rapi untuk memastikan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan lebih efisien dan berkesan. Model reka bentuk pengajaran yang digunakan adalah model ASSURE. Model ASSURE (Heinich, Molenda, Russell dan Smaldino, 1993) adalah model reka bentuk pengajaran yang boleh digunakan untuk merancang penggunaan media secara sistematik. Model ini digubal oleh Heinich dan rakan-rakan (1982). Model ini bertujuan untuk menyediakan panduan merancang dan mengendalikan pengajaran yang menggunaan media. Model ini berfokus kepada perancangan pengajaran dalam situasi bilik darjah. Model ASSURE bermaksud mempastikan pembelajaran berlaku. Dalam model ini terdapat enam langkah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1: A - Analyse learners (Analisis pelajar). S - State learning objectives (Nyatakan objektif pembelajaran). S - Select methods, media and materials (Pilih kaedah, media dan bahan ). U - Utilise media and materials (Gunakan media dan bahan). R - Require learner participation ( Penglibatan pelajar dalam pembelajaran ). E – Evaluate / Review (Penilaian / semak semula bahan).

Model 20 Assure

  • Upload
    ahyien

  • View
    224

  • Download
    3

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Model 20 Assure

Citation preview

Page 1: Model 20 Assure

1

PENGGUNAAN MODEL PENGAJARAN

Pengaplikasian kaedah dan model pengajaran adalah penting supaya sesuatu objektif

pembelajaran dapat dicapai. Model pengajaran yang sesuai digunakan untuk membantu

guru mengajar dan menyampaikan maklumat kepada pelajar dengan lebih jelas dan

berkesan supaya objektif pembelajaran dan pengajaran guru dapat dicapai. Bahan yang

digunakan dapat membantu guru untuk menjelaskan konsep dan memberi penerangan

kepada pelajar agar mesej yang ingin disampaikan jelas dan tepat.

Proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih sempurna dan dapat

mencapai objektif pembelajaran dengan adanya perancangan yang lengkap dan

sistematik. Seseorang guru perlu mengetahui perkara yang hendak dilaksanakan

sebelum, semasa dan selepas proses pengajaran dan pembelajaran. Mereka

memerlukan satu perancangan yang rapi untuk memastikan pelaksanaan pengajaran

dan pembelajaran dijalankan dengan lebih efisien dan berkesan. Model reka bentuk

pengajaran yang digunakan adalah model ASSURE.

Model ASSURE (Heinich, Molenda, Russell dan Smaldino, 1993) adalah model

reka bentuk pengajaran yang boleh digunakan untuk merancang penggunaan media

secara sistematik. Model ini digubal oleh Heinich dan rakan-rakan (1982). Model ini

bertujuan untuk menyediakan panduan merancang dan mengendalikan pengajaran yang

menggunaan media. Model ini berfokus kepada perancangan pengajaran dalam situasi

bilik darjah.

Model ASSURE bermaksud mempastikan pembelajaran berlaku. Dalam model

ini terdapat enam langkah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1:

• A - Analyse learners (Analisis pelajar).

• S - State learning objectives (Nyatakan objektif pembelajaran).

• S - Select methods, media and materials (Pilih kaedah, media dan bahan ).

• U - Utilise media and materials (Gunakan media dan bahan).

• R - Require learner participation ( Penglibatan pelajar dalam pembelajaran ).

• E – Evaluate / Review (Penilaian / semak semula bahan).

Page 2: Model 20 Assure

2

Rajah 1 : Model ASSURE

Langkah 1 : Analisis pelajar

Model ASSURE bermula dengan analisis pelajar. Ciri-ciri umum pelajar

termasuklah deskripsi tentang umur pelajar, tingkatan, latarbelakang dan sebagainya.

Maklumat yang dinyatakan di atas boleh dijadikan asas dalam pemilihan media.

Maklumat tersebut boleh diperolehi dengan meneliti rekod pelajar dan berinteraksi secara

langsung dan pengajar akan dapat mengetahui harapan, sikap dan latar belakang pelajar.

Peringkat pertama berkaitan dengan pengetahuan dan kemahiran sedia ada

pelajar tentang tajuk dan kandungan pelajaran. Maklumat diperolehi daripada ujian

kemasukan dan juga interaksi bersama mereka. Pelajar pernah mendapat maklumat

daripada buku rujukan dan mendapat pendedahan melalui majalah dan TV.

Nilai bahan

Penglibatan pelajar dalam pembelajaran

Gunakan media dan bahan

Pilih kaedah, media dan bahan

Nyatakan objektif

Analisis pelajar

Page 3: Model 20 Assure

3

Media yang digunakan perlu disesuaikan dengan ciri-ciri pelajar, kandungan

pelajaran, kaedah, media dan bahan pembelajaran. Untuk menganalisis ciri pelajar,

terdapat 3 perkara penting yang perlu dilihat iaitu: penggunaan sesuatu media dalam

proses pengajaran dan pembelajaran perlu disesuaikan dengan ciri-ciri pelajar supaya

penggunaannya berkesan dan bermakna kepada pelajar itu sendiri. Perkara-perkara

berikut harus dijadikan pertimbangan guru iaitu perkembangan tahap kognitif dan fizikal

pelajar yang akan diajar. Dengan itu bahan media yang digunakan dapat disesuaikan

dengan tahap kognitif pelajar, di mana hasil pengajaran dan pembelajaran adalah lebih

berkesan. Selain itu, perbezaan budaya dan bahasa setiap pelajar harus diberi

pertimbangan.

Langkah 2: Nyatakan objektif

Objektif pembelajaran perlu dinyatakan dengan jelas supaya guru dapat lebih

fokus kepada perkara yang sepatutnya dipelajari dan dikuasai oleh pelajar. Setiap aktiviti

pengajaran dan pembelajaran yang dirancang adalah untuk menyampaikan maklumat

berdasarkan objektif pembelajaran. Penggunaan kaedah dan media yang bersesuaian

dapat dipilih kerana guru telah fokus terhadap pengetahuan, kemahiran dan sikap baru

yang perlu dikuasai oleh pelajar. Objektif pembelajaran berfokuskan kepada apakah

pengetahuan, kemahiran dan sikap yang baru untuk dipelajari.

Langkah 3: Pilih kaedah, media dan bahan

Dalam proses pemilihan, membaiki atau mengubah suai media, guru perlu

berdasarkan kepada tingkat kebolehan pelajar dan objektif pembelajaran yang ingin

dicapai. Terdapat 3 perkara yang perlu dilakukan dalam langkah ini:

i. Memilih kaedah

Dalam satu pengajaran, pelbagai kaedah berbeza akan diaplikasi untuk

disesuaikan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dipilih seperti set induksi,

pengenalan untuk konsep, aktiviti berkumpulan dan latihan. Guru menarik perhatian

pelajar dengan memulakan set induksi dan diikuti dengan kaedah perbincangan, latihan

dan latih tubi untuk mempelajari sesuatu pengetahuan yang baru.

Page 4: Model 20 Assure

4

ii. Memilih media

Pemilihan media yang sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran

merupakan antara faktor yang membolehkan mesej atau maklumat disampaikan secara

bermakna. Media yang dipilih ialah slaid, video, tayangan komputer multimedia. Format

media yang dipilih perlu sesuai dengan keupayaan pelajar.

iii. Memilih bahan

Bahan sumber pengajaran pembelajaran merujuk kepada isi pelajaran yang

menjadi fokus pembelajaran. Bahan yang dipilih ialah buku teks Sains tingkatan 5, nota,

dan buku latihan.

Langkah 4: Gunakan media dan bahan

Penggunaan media dan bahan dalam pengajaran adalah penting kerana hal ini

menjadi penentuan kepada keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Guru

boleh menggunakan internet dalam proses pengajaran dan menyediakan bahan

pengajaran dalam bentuk nota dan latihan. Media dan bahan yang telah dipilih akan

menyediakan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran pelajar. Selain itu pemilihan

bahan dan media tersebut adalah bersesuaian dengan pengalaman pelajar, jadi akhirnya

dapat mendatangkan manfaat kepada para pelajar.

Langkah 5: Penglibatan pelajar dalam pembelajaran

Untuk mempastikan proses pembelajaran berlaku, pelajar perlu terlibat dalam

aktiviti pembelajaran seperti perbincangan, gerak kerja kumpulan, latihan, latih tubi dan

sebagainya. Pengukuhan serta merta perlu diberikan atas tindak balas pelajar yang betul.

Langkah 6 : Penilaian / semak semula bahan

Page 5: Model 20 Assure

5

Penilaian ialah proses untuk melihat keberkesanan keseluruhan proses P&P

mahupun program pendidikan yang dilaksanakan. Penilaian boleh dibuat terhadap

sesebuah program atau kursus, kesusuaian penggunaan media, pembinaan bahan

pengajaran, dan pencapaian murid mengikut keperluan.

Setelah tamat pengajaran, penilaian perlu dilakukan untuk melihat kekuatan dan

keberkesanan media secara menyeluruh agar penambahbaikan dapat dilakukan untuk

mendapatkan kesan penggunaan media yang maksimum dalam pengajaran. Penilaian

ialah proses membuat pertimbangan nilai tentang sesuatu perkara. Keputusan penilaian

akan mempengaruhi keputusan yang diambil terhadap perkara yang dinilai. Secara

umum, pencapaian pelajar dibahagikan kepada tiga, iaitu

i. Prestasi pelajar berdasarkan rujukan criteria (penilaian pelajar

berdasarkan suatu set objektif yang telah ditentukan)

ii. Prestasi pelajar dalam aspek kemahiran.

iii. Sikap.

Pelajar akan dinilai dengan soalan betul/salah untuk melihat pemahaman mereka.

Kesimpulan:

Berdasarkan model ASSURE, pemilihan dan penggunaan media yang dibuat secara

teliti dapat memastikan guru membuat pilihan media yang tepat dan menggunakan media

secara optimum dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Page 6: Model 20 Assure

6