20
1.0 Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Seni Visual KSSR Tahun 1 Tarikh / hari : 3 Februari 2014 / Isnin Kelas :1 Permata Masa : 7.45 pai ! ".45 pai #$0 minit% &i'an : Membuat ()rak 'an *ekaan +kti,iti : *en-isan 'an Per ikan #()rak Ti'ak Teran an% Tema : +lam emula a'i Ta-uk : Pembalut a'iah Tun-an tama : Fi ikal 'an stetika Me'ia : +lat : berus ii palet rantin ka6u &ahan : kertas lukisan arna air &ahan &antu Mena-ar : Ka' imbas teknik ren-isan 'an per ikan lau 8Tan6a ama P)k)k9 arta alir MK : Keusaha anan Kreati,iti 'an In),asi tan'ar' Kan'unan : 1. Persepsi 'an pemahaman bahasa seni ,isual #unsur seni 'an prinsip rekaan : rupa arna -alinan k)ntra ritma 'an harm)ni% 6an ter'apat pa'a )b-ek buatan manusia 'an kar6a seni 'alam penhasilan )rak menunakan teknik ren-isan 'an per ikan 2. +plikasi penetahuan 'an ke ahaman bahasa seni ,isual menerusi penentua me'ia 'an teknik 'alam penhasilan )rak 3. Pen ahiran i'ea melalui pelbaai sumber ka-ian 'an tekn)l)i 'alam penhasila )rak 4. +presiasi terha'ap kar6a sen'iri 'an rakan berpan'ukan bahasa seni ,isual se-a seni 'an bu'a6a STANDARD PEMBEA!ARAN 1

RPH 4 Bidang PSV

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Pendidikan Seni Visual

Citation preview

1.0Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Seni Visual KSSR Tahun 1

Tarikh / hari : 3 Februari 2014 / IsninKelas: 1 PermataMasa : 7.45 pagi 8.45 pagi (60 minit)Bidang : Membuat Corak dan Rekaan Aktiviti: Renjisan dan Percikan (Corak Tidak Terancang)Tema : Alam Semula Jadi Tajuk : Pembalut HadiahTunjang Utama : Fizikal dan EstetikaMedia : Alat : berus gigi, palet, ranting kayu Bahan : kertas lukisan, warna airBahan Bantu Mengajar: Kad imbas teknik renjisan dan percikan, lagu Tanya Sama Pokok, carta alirEMK: Keusahawanan, Kreativiti dan InovasiStandard Kandungan : 1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual (unsur seni dan prinsip rekaan : rupa, warna, jalinan, kontra, ritma, dan harmoni) yang terdapat pada objek buatan manusia dan karya seni dalam penghasilan corak menggunakan teknik renjisan dan percikan2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan media dan teknik dalam penghasilan corak3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian dan teknologi dalam penghasilan corak4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni dan budayaSTANDARD PEMBELAJARAN2.1 Persepsi EstetikMurid dapat mengenal, menamakan, dan memahami bahasa seni visual yang ada pada karya seni2.1.1Unsur seni2.1.1.1Warna primer dan sekunder2.1.1.2Rupa organik 2.1.1.3Jalinan tampak dan sentuh2.1.2Prinsip rekaan2.1.2.1Kontra warna2.1.2.2Ritma dan pergerakan rawak 2.1.2.3Harmoni bentuk

2.2 Aplikasi SeniMurid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual dalam menghasilkan karya seni2.2.1Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media2.2.1.1Alat berus gigi, palet, ranting kayu2.2.1.2Bahan kertas lukisan, warna air2.2.2Mengetahui penggunaan media, teknik dan proses dalam penghasilan karya2.2.2.1Teknik renjisan dan percikan (corak tidak terancang)

2.3 Ekspresi KreatifMurid dapat mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran bahasa seni visual dalam menghasilkan karya seni2.3.1Memilih dan mempelbagaikan bahan secara kreatif2.3.2Menggunakan unsur seni dan prinsip rekaan dalam penghasilan karya

2.4 Apresiasi SeniMurid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual2.4.1Mempamerkan karya yang dihasilkan2.4.2Menceritakan karya sendiri secara lisan2.4.3Menghargai karya sendiri dan rakan

Standard PembelajaranIlustrasi Aktiviti

Set Induksi(5 min)Persepsi Estetik Guru menunjukkan contoh-contoh corak yang terhasil daripada teknik renjisan dan percikan Murid memberi respon terhadap soalan guru- jalinan apakah yang wujud dalam karya ini?- warna apakah yang digunakan?- apakah rupa yang terdapat dalam karya ini?- adakah kontra wujud?- apakah ritma dan pergerakan yang terhasil dalam karya ini?- adakah karya ini mengandungi unsur harmoni? Guru mengaitkan contoh karya dengan tajuk pembelajaran* karya yang akan dihasilkan adalah menghasilkan pembalut hadiah mengikut teknik renjisan dan percikan menggunakan berus gigi dan ranting kayu

Aplikasi Seni (10 min) Guru memperkenalkan alat dan bahan untuk menghasilkan karya teknik renjisan dan percikan* berus gigi, palet, ranting kayu, warna air, kertas lukisan Guru memaparkan proses tunjuk cara menggunakan carta alir* carta alir dilekatkan pada papan putih Guru menunjuk cara penghasilan corak renjisan dan percikan pada kertas lukisan menggunakan warna air dan ranting kayu di hadapan kelas Tunjuk cara yang lebih jelas dilakukan dalam kumpulan kecil bagi murid yang kurang faham

Standard PembelajaranIlustrasi Aktiviti

Aplikasi Seni (10 min) Guru meminta ketua bagi setiap kumpulan mengambil warna air, kertas lukisan dan palet untuk diedarkan kepada rakan Guru mengarahkan murid yang tidak membawa berus gigi dan ranting kayu agar membersihkan kelas setelah selesai proses pembelajaran

Ekspresi Kreatif (40 min) Murid menghasilkan corak teknik renjisan dan percikan dengan bimbingan guru berdasarkan langkah-langkah berikut :Langkah 1 Sediakan sekeping kertas lukisan Sediakan motif yang diinginkan (ranting kayu) Murid perlu berkongsi palet dan warna air bersama rakan Guru membimbing murid yang lemah serta memberi galakan semangat kepada merekaLangkah 2 Susun ranting kayu di atas kertas lukisanLangkah 3 Sapukan warna pada berus gigi dan percikan warna pada permukaan kertas dengan menggunakan jari* Warna dibancuh oleh guruLangkah 4 Ulangi langkah 3 menggunakan warna yang berbeza mengikut kesukaan Langkah 5 Setelah siap, alihkan ranting kayu daripada kertas lukisan dan jemur hingga kering Pendekatan : Chapman Kaedah : projek Teknik : memberi arahan,

Standard PembelajaranIlustrasi Aktiviti

Penutup(5 min)Apresiasi Seni Murid menyanyikan lagu Tanya Sama Pokok sambil membuat gayaTanya Sama Pokok Tanya sama pokok, Apa sebab goyang,Nanti jawab pokok, Angin yang goncang,Tanya sama angin, Apa sebab hujan,Nanti jawab angin, Tanyalah awan,Awan nanti kata, Aku kandung air,Sampai tempat sejuk, Aku pun cair,Lihat dalam air, Nampak bayang-bayang,Campak satu batu, Bayang pun hilang. Dua orang murid dipilih untuk mempamerkan karya di hadapan kelas Murid diminta menyatakan bahasa seni visual pada karya sendiri dan rakan yang dipamerkan dengan bimbingan guru* pemilihan warna dan kepelbagaian ton Murid diminta bertukar karya dengan rakan sebagai tanda hadiah persahabatan Kaedah : sumbangsaran Teknik : soal jawab, nyanyian Lirik lagu dilekatkan pada papan putih

2.0Rancangan Pengajaran Harian KSSR Pendidikan Seni Visual Tahun 2

Tarikh / hari : 13 Mac 2014 / KhamisMasa : 7.45 pagi 8.45 pagi (60 minit)Bidang : MenggambarAktiviti: GosokanTema : Objek Buatan Manusia Tajuk : RumahMedia : Alat : pelbagai jenis permukaan berjalinBahan : lembaran kerja gambar rumah, pensel warnaBahan Bantu Mengajar: kad imbas contoh-contoh karya gosokan, carta alir proses tunjuk cara, bahan sebenar pelbagai jenis permukaan, audio dan lirik lagu Saya Ada Rumah BesarEMK: Keusahawanan, Kreativiti dan InovasiStandard Kandungan : 5. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual seperti rupa, bentuk, warna, jalinan, serta kontra, dan kepelbagaian yang terdapat pada alam semula jadi, objek buatan manusia, dan karya menggambar teknik gosokan6. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan media dan teknik dalam aktiviti menggambar teknik gosokan7. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian dan teknologi dalam penghasilan gosokan8. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni dan budaya

STANDARD PEMBELAJARAN1.1 Persepsi EstetikMenghasilkan gambar menggunakan media basah dengan teknik gosokan yang menekankan aspek jalinan1.1.1Unsur seni 1.1.1.1Jalinan sentuh1.1.1.2Warna primer dan sekunder1.1.2Prinsip rekaan1.1.2.1kepelbagaian jalinan dan ton warna

1.2 Aplikasi SeniMurid dapat mengetahui dan memahami bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik dalam penghasilan gambar dengan teknik gosokan1.2.1Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media1.2.1.1Alat pelbagai jenis permukaan berjalinan1.2.1.2Bahan kertas lukisan, pensel, pensel warna1.2.2Mengetahui penggunaan media, teknik dan proses dalam penghasilan karya1.2.2.1Teknik gosokan

1.3 Ekspresi KreatifMurid dapat mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran media, proses dan teknik, serta bahasa seni visual dalam menghasilkan karya seni1.3.1Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif1.3.2Mengaplikasikan proses dan teknik gosokan dalam penghasilan karya1.3.3Menggunakan bahasa seni visual: jalinan, kontra dan kepelbagaian dalam penghasilan karya

1.4 Apresiasi SeniMurid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan dengan memberikan penekanan pada bahasa seni visual1.4.1Mempamerkan karya yang dihasilkan1.4.2Menceritakan karya sendiri secara lisan

Standard PembelajaranIlustrasi Aktiviti / Catatan

Set Induksi(5 min)Persepsi Estetik Guru memperdengarkan lagu Saya Ada Rumah BesarSaya Ada Rumah BesarSaya ada rumah besar,Iya iya oDinding kasar, lantai licin,Iya iya oGosok sana, gosok sini,Sana sini gosok gosok,Saya ada rumah besar,Iya iya o Murid berdiri dan menyanyi bersama guru lagu Saya Ada Rumah Besar sambil membuat gaya Murid memberi respon terhadap soalan guru :* apakah jenis permukaan yang terdapat di dalam lagu?* apakah objek yang mempunyai jalinan sentuh di dalam lagu? Guru mengaitkan lagu dengan tajuk pembelajaran* karya yang akan dihasilkan adalah mewarna lukisan rumah menggunakan teknik gosokan pelbagai permukaan Guru menerangkan definisi teknik gosokan Guru memaparkan pelbagai contoh karya gosokan menggunakan kad imbas Guru bertanya asas seni reka yang terdapat di dalam karya. Antaranya : * jenis jalinan dan kepelbagaiannya* pemilihan warna dan kepelbagaian ton* lirik lagu Saya Ada Rumah Besar dilekatkan pada papan putih* lagu dinyanyikan tanpa iringan muzik tetapi mengikut melodi Pak Mamat Ada Kebun* guru boleh menepuk tangan selain membuat gaya semasa menyanyi mengikut lirik lagu

Standard PembelajaranIlustrasi Aktiviti / Catatan

Aplikasi Seni (10 min) Guru memperkenalkan alat dan bahan untuk menghasilkan karya teknik gosokan* pensel warna, lembaran kerja gambar rumah, pelbagai jenis permukaan berjalin * Guru menunjukkan pelbagai jenis permukaan berjalin menggunakan bahan sebenar(sikat, ,klip kertas, daun, dinding, duit syiling) Guru memaparkan proses tunjuk cara menggunakan carta alir* carta alir dilekatkan pada papan putih Guru membuat tunjuk cara gosokan untuk mendapatkan kesan pelbagai jalinan pada gambar rumah yang telah disediakan dengan menggunakan pensel warna di hadapan kelas Tunjuk cara yang lebih jelas dilakukan dalam kumpulan kecil bagi murid yang kurang faham Guru meminta ketua bagi setiap kumpulan mengambil lembaran kerja, alat dan bahan untuk diedarkan kepada rakan Guru mengarahkan murid yang tidak membawa alat dan bahan agar membersihkan kelas setelah selesai proses pembelajaran

Ekspresi Kreatif (40 min)Langkah 1 Murid memilih permukaan yang sesuai untuk mendapatkan kesan pelbagai jalinan sama ada menggunakan objek yang dibawa dari rumah atau objek yang terdapat di persekitaran bilik darjah* sikat, duit syiling, dinding, Kaedah : projek Teknik : memberi arahan

Standard PembelajaranIlustrasi Aktiviti / Catatan

Ekspresi Kreatif (40 min)Langkah 1 Murid dibenarkan mencari objek di luar bilik darjah dengan pantauan guru* daun, kulit kayu Murid perlu berkongsi alat dan bahan bersama rakanLangkah 2 Murid membuat gosokan pada gambar rumah bagi mendapatkan pelbagai kesan jalinan yang menimbulkan bentuk Guru membimbing murid yang lemah serta memberi galakan semangat kepada mereka

Penutup(5 min)Apresiasi Seni Visual Murid menyanyi bersama guru lagu Saya Ada Rumah Besar sambil berdiri dan membuat gaya Dua orang murid dipilih untuk mempamerkan karya di hadapan kelas Murid diminta menyatakan bahasa seni visual pada karya sendiri dan rakan yang dipamerkan dengan bimbingan guru* jenis jalinan* pemilihan warna Karya murid ditampal pada sudut Pendidikan Seni di dalam kelas Kaedah : sumbangsaran Teknik : soal jawab

3.0Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Seni Visual KSSR Tahun 3

Tarikh / hari : 3 Februari 2014 / IsninMasa : 7.45 pagi 8.45 pagi (60 minit)Bidang : Membentuk dan Membuat BinaanAktiviti: BonekaTema : Alam Semula Jadi Tajuk : IkanTunjang Utama : Fizikal dan EstetikaMedia : Alat : gunting, berus, palet Bahan : pinggan polisterin, gam, warna air, lidiBahan Bantu Mengajar: Kad imbas boneka pelbagai jenis, carta alir, lirik lagu Ikan Kekek, boneka siapEMK: Kreativiti dan InovasiStandard Kandungan : 9. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual iaitu bentuk, jalinan, dan imbangan yang terdapat pada alam semula jadi dan karya seni dalam penghasilan boneka10. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan media dan teknik dalam penghasilan boneka11. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian dan teknologi dalam penghasilan boneka12. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni dan budaya

STANDARD PEMBELAJARAN3.1 Persepsi EstetikMurid dapat mengenal, menamakan, dan memahami bahasa seni visual yang ada pada boneka3.1.1Unsur seni3.1.1.1Bentuk konkrit3.1.1.2Jalinan sentuh3.1.1.3Warna primer dan sekunder3.1.2Prinsip rekaan3.1.2.1Imbangan simetri

3.2 Aplikasi SeniMurid dapat mengetahui dan memahami bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik dalam penghasilkan karya3.2.1Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media3.2.1.1Alat gunting, berus3.2.1.2Bahan pinggan polisterin, gam, palet, warna air, lidi3.2.2Mengetahui penggunaan media, teknik dan proses dalam penghasilan karya

3.3 Ekspresi KreatifMurid dapat mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik dalam penghasilan karya3.3.1Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif3.3.2Menggunakan bahasa seni visual iaitu bentuk, jalinan dan imbangan dalam penghasilan karya3.3.3Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan karya

3.4 Apresiasi SeniMurid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual3.4.1Mempamerkan karya yang dihasilkan3.4.2Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan

Standard PembelajaranIlustrasi Aktiviti

Set Induksi(5 min)Persepsi Estetik Guru menunjukkan beberapa contoh boneka menggunakan kad imbas Murid memberi respon terhadap soalan guru :* apakah bentuk boneka yang ditunjukkan?* nyatakan jenis jalinan boneka* warna apakah yang terdapat pada boneka?* apakah jenis imbangan boneka ini? Guru mengaitkan kad imbas boneka dengan tajuk pembelajaran* karya yang akan dihasilkan adalah membuat boneka lidi ikan Guru menyatakan definisi boneka dan menunjukkan boneka ikan yang telah siap

Aplikasi Seni (10 min) Guru memperkenalkan alat dan bahan untuk menghasilkan boneka lidi* pinggan polisterin, gam, lidi, gunting, warna air, berus, palet Guru memaparkan proses tunjuk cara membuat boneka lidi menggunakan carta alir Guru membuat tunjuk cara membuat boneka lidi ikan di hadapan kelas Tunjuk cara yang lebih jelas dilakukan dalam kumpulan kecil bagi murid yang kurang faham Guru meminta ketua bagi setiap kumpulan mengambil alat dan bahan untuk diedarkan kepada rakan Guru mengarahkan murid yang tidak membawa alat dan bahan agar membersihkan kelas setelah selesai proses pembelajaran

* carta alir dilekatkan pada papan putih

Standard PembelajaranIlustrasi Aktiviti

Ekspresi Kreatif (40 min) Murid menghasilkan boneka berpandukan langkah-langkah yang telah dinyatakan dengan bimbingan guru Langkah 1 Bancuh cat air dalam palet Buat bancuhan warna primer dan sekunder Sediakan sekeping pinggan polisterin dan guntingLangkah 2 Gunting pinggan polisterin secara segi tiga untuk membentuk mulut ikan Lekatkan hasil guntingan tersebut pada hujung badan boneka untuk dijadikan ekor ikanLangkah 3 Lekatkan lidi pada belakang boneka sebagai pemegangLangkah 4 Lukis dan hias boneka menyerupai ikan menggunakan cat air Pendekatan : Chapman Kaedah : berkumpulan Teknik : memberi arahan

Penutup(5 min)Apresiasi Seni Murid menyanyikan lagu Ikan Kekek sambil menggerakkan boneka masing-masingIkan KekekIkan kekek mak ilui-ilui,Ikan gelama mak ilai-ilai,Nanti adik mak ilui-ilui,Pulang sama mak ilai-ilai, Lirik lagu dilekatkan pada papan putih

Standard PembelajaranIlustrasi Aktiviti

Penutup(5 min)Apresiasi Seni

Tenang-tenang air di lautSampan golek mudik ke tanjungHati terkenang mulut tersebutBudi yang baik rasa dijunjung

*Ulang rangkap 1

Dua orang murid dipilih untuk mempamerkan boneka lidi di hadapan kelas Murid menyatakan bahasa seni visual pada karya sendiri dan rakan yang dipamerkan dengan bimbingan guru* kepelbagaian warna dan jalinan Kaedah : sumbangsaran Teknik : soal jawab

4.0Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Seni Visual KSSR Tahun 4

Tarikh / hari : 3 Februari 2014 / IsninMasa : 7.45 pagi 8.45 pagi (60 minit)Bidang : Mengenal Kraf TradisionalAktiviti: TembikarTema : Alam Semula JadiTajuk : CawanTunjang Utama : Fizikal dan EstetikaMedia : Alat : berus Bahan : doh, warna airBahan Bantu Mengajar: kad imbas pelbagai jenis tembikar, lagu Tembikar, carta alirEMK: Keusahawanan, Kreativiti dan InovasiStandard Kandungan : 13. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual iaitu bentuk, jalinan, warna, dan imbangan yang terdapat pada alam semula jadi atau objek buatan manusia dalam penghasilan tembikar teknik picitan14. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penggunaan media dan teknik dalam menghasilkan tembikar teknik picitan15. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian dan teknologi dalam penghasilan tembikar teknik picitan16. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni dan budaya

STANDARD PEMBELAJARAN4.1 Persepsi EstetikMurid dapat mengenal, memahami dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada tembikar4.1.1Unsur seni4.1.1.1Bentuk konkrit4.1.1.2Jalinan sentuh dan tampak4.1.2Prinsip rekaan4.1.2.1Imbangan simetri atau tidak simetri

4.2 Aplikasi SeniMurid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik dalam penghasilan tembikar4.2.1Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media4.2.1.1Alat berus4.2.1.2Bahan doh, warna air4.2.2Mengetahui penggunaan bahan serta proses dan teknik dalam penghasilan karya4.2.2.1Teknik picitan

4.3 Ekspresi KreatifMurid dapat mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik dalam penghasilan tembikar secara kreatif4.3.1Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif4.3.2Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya4.3.3Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan tembikar

3.4 Apresiasi SeniMurid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan dengan menumpukan pada aspek bahasa seni visual4.4.1Mempamerkan karya yang dihasilkan4.4.2Memperkenalkan tokoh-tokoh seni tembikar tempatan4.4.3Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan

Standard PembelajaranIlustrasi Aktiviti

Set Induksi(5 min)Persepsi Estetik Guru memperdengarkan lagu TembikarTembikarTepung gandum 2xJadi tembikar 2xJom buat tempayan 2xBersama 2x Murid berdiri dan menyanyi bersama guru lagu Tembikar sambil membuat gaya Guru mengaitkan lagu dengan tajuk pembelajaran* karya yang akan dihasilkan adalah tembikar tempayan menggunakan teknik picitan Guru menerangkan definisi tembikar teknik picitan Guru memaparkan pelbagai contoh tembikar menggunakan kad imbas Guru bertanya asas seni reka yang terdapat di dalam kad imbas. Antaranya :* bentuk dan imbangan tembikar* jenis jalinan Lirik lagu Tembikar dilekatkan pada papan putih Lagu dinyanyikan tanpa iringan muzik tapi mengikut melodi The Family Finger

Aplikasi Seni (10 min) Guru memperkenalkan alat dan bahan untuk menghasilkan tembikar tempayan teknik picitan* doh, berus, warna air Guru memaparkan proses tunjuk cara menggunakan carta alir Guru membuat tunjuk cara membuat tembikar teknik picitan di hadapan kelas Tunjuk cara yang lebih jelas dilakukan dalam kumpulan kecil bagi murid yang kurang faham

Standard PembelajaranIlustrasi Aktiviti

Aplikasi Seni (10 min) Guru meminta ketua bagi setiap kumpulan mengambil alat dan bahan untuk diedarkan kepada rakan Guru mengarahkan murid yang tidak membawa alat dan bahan agar membersihkan kelas setelah selesai proses pembelajaran

Ekspresi Kreatif (40 min)Langkah 1 Sediakan doh yang mencukupi untuk semua murid Murid menguli doh untuk menyebatikannyaLangkah 2 Bentukkan doh menjadi bentuk tempayan dengan cara memicit menggunakan jari Guru membimbing murid yang lemah serta memberi galakan semangat kepada merekaLangkah 3 Hias tempayan menggunakan berus dan warna air mengikut kreativiti masing-masing Pendekatan : Chapman Kaedah : memberi arahan, berkumpulan Teknik : tunjuk cara

Penutup(5 min)Apresiasi Seni Murid menyanyikan lagu Tembikar berselang seli mengikut jantina sambil membuat gayaP : tepung gandum 2xL : jadi tembikar 2xP : jom buat tempayan 2xL : bersama 2x Dua orang murid dipilih untuk mempamerkan karya di hadapan kelasKaedah : mendengar arahanTeknik : nyanyian

Standard PembelajaranIlustrasi Aktiviti

Penutup(5 min)Apresiasi Seni Murid diminta menyatakan bahasa seni visual pada karya sendiri dan rakan yang dipamerkan dengan bimbingan guru* imbangan dan pemilihan warna Murid mempamerkan tempayan masing-masing pada rak sudut hasil kerja murid Kaedah : sumbang saran Teknik : soal jawab

16