pemilikan perniagaan.pptx

  • Upload
    siti

  • View
    17

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Perniagaan merupakan sebuah bidang luas yang berkembang dengan cepat dan merangkumi pelbagai aspek. Proses memulakan perniagaan adalah amat penting kepada seorang peniaga atau usahawan kerana beberapa faktor seperti saiz, jenis dan corak pemilikan perlu dipertimbangkan.

KAEDAH PEMBELAJARAN MENGIKUT MODEL INKUIRIMenurut Mok Soon Sang (2010), model inkuiri merangkumi segala proses soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau kesimpulan daripada soalan, atau daripada masalah yang dikemukakan.

Aktiviti soal selidik ini memerlukan murid mengenalpasti soalan bermasalah, membentuk hipotesis, merancang aktiviti kajian, menjalankan kajian siasatan dan membuat rumusan atau mendapatkan jawapan.STRATEGI INKUIRIINKUIRI TERBIMBING Pendekatan inkuri di mana guru membimbing pelajar melakukan aktiviti dengan memberi pertanyaan awal dan mengarahkan pada suatu perbincangan.

Ianya sesuai digunakan untuk pelajar peringkat sekolah rendah dan menengah.

Pelajar belajar lebih berorientasi pada bimbingan dan petunjuk dari guru sehingga pelajar dapat memahami konsep-konsep pelajaran.INKUIRI TERBUKA (BEBAS)Tiada sebarang bimbingan daripada guru. Segala proses dijalankan oleh pelajar sendiri.

Ianya sesuai digunakan pada peringkat sekolah menengah atas dan peringkat yang lebih tinggi spt; IPTA, IPTS.

JENIS-JENIS INKUIRI1. Model Inkuiri Sains (Model Dewey)Digunakan untuk mengkaji prinsip, fenomena dan ciri-ciri unsur sains.

2. Model Inkuiri Sosial Mengkaji topik-topik yang berkaitan dengan bidang kemasyarakatan dan kemanusiaan. Proses kajian berlandaskan kepada aktivti pemerhatian, temubual atau soal selidik.

JENIS-JENIS INKUIRI3. Inkuiri JurisprudentialDigunakan untuk mencari kebenaran dan ketepatan isu-isu. Ia juga berlandaskan kepada aktiviti perdebatan

4. Inkuiri Suchman Berlandaskan andaian bahawa strategi-strategi yang digunakan oleh ahli sains boleh juga digunakan sebagai model pengajaran dalam mata pelajaran sekolah, khususnya mata pelajaran sains.MODEL INKUIRI SOSIALPersediaan mengajar yang menggunakan Model InkuiriTajuk : Pemilikan PerniagaanSub tajuk : Faktor yang dipertimbangkan untuk memulakan perniagaanBidang : Mengetahui, memahami dan mengaplikasiStandard kandungan: Murid dibimbing untuk mengetahui dan memahami faktor yang dipertimbangkan untuk memulakan perniagaanStandard pembelajaran :Murid berupaya untuk mengaplikasikan faktor yang dipertimbangkan untuk memulakan perniagaanObjektif pembelajaran : Murid mengetahui, memahami dan berupaya mengaplikasikan faktor yang dipertimbangkan untuk memulakan perniagaan

FASACADANGAN AKTIVITICADANGAN KOMUNIKASIPersediaan

2. Pembentukan masalah oleh guru

Guru mengedarkan gambar pemilikan perniagaan yang berlainan kepada setiap kumpulan. Apakah bentuk pemilikan perniagaan yang kamu lihat?3. Pembentukan hipotesis oleh muridMurid diminta untuk mengenalpasti jenis pemilikan perniagaan berdasarkan lembaran gambar yang mereka perolehiNyatakan apakah jenis pemilikan perniagaan tersebut ?4. Memberi definisi kepada hipotesisMurid dikehendaki menyenaraikan faktor faktor yang perlu dipertimbangkan untuk memulakan perniagaanSecara umum, apakah faktor-faktor yang perlu kamu pertimbangkan untuk memulakan perniagaan ?FASACADANGAN AKTIVITICADANGAN KOMUNIKASI5. Perbincangan kesahan hipotesis

Berdasarkan lembaran yang diterima, murid diminta untuk menyatakan faktor yang perlu dipertimbangkan untuk memulakan perniagaan tersebutBerdasarkan lembaran yang kamu dapat, apakah faktor yang perlu dipertimbangkan untuk memelukan perniagaan tersebut?6. Mencari sokongan untuk hipotesis

Murid diminta untuk memberi contoh bagi setiap faktor yang dinyatakan Berikan contoh yang sesuai berdasarkan faktor yang kamu pilih 7. Membuat kesimpulan atau rumusanBerdasarkan faktor yang diperolehi, murid diminta membuat kesimpulan sama ada pemilikan perniagaan tersebut sesuai atau tidak dijalankan di Tanjung MalimSecara keseluruhannya adakah faktor yang anda pilih sesuai dipertimbangkan untuk membuka perniagaan tersebut di Tanjung Malim FASACADANGAN AKTIVITICADANGAN KOMUNIKASI8. Penutup

Guru membuat kesimpulan tentang faktor yang dipertimbangkan untuk memulakan perniagaan Nyatakan cara untuk memulakan perniagaan

Apakah faktor yang dipertimbangkan untuk memulakan perniagaan9. Nilai dan sikapTerapkan sikap bekerjasama, memupuk nilai keusahawanan dalam diri muridPerniagaan merupakan sebuah bidang luas yang berkembang dengan cepat dan merangkumi pelbagai aspek. Proses memulakan perniagaan adalah amat penting kepada seorang peniaga atau usahawan kerana beberapa faktor seperti saiz, jenis dan corak pemilikan perlu dipertimbangkan.CARA MEMULAKAN PERNIAGAANMemulakan sendiriMengambil alihFrancaisWarisanDiundangMemulakan SendiriUntuk memulakan perniagaan sendiri, seseorang itu harus mempunyai minat, kebolehan, modal, pengalaman dan pengetahuan yang cukup.

Selain mendirikan premis sendiri serta membeli stok barang yang diperlukan, seseorang itu harus mewujudkan nama baik perniagaan dan perlu menarik pelanggan untuk datang ke kedainya.

Mengambil AlihMengambil alih perniagaan bermakna membeli perniagaan yang telah sedia wujud dan mengambil alih pentadbiran serta pengurusannya daripada pemilik lama.

Usahawan bukan sahaja mengambil alih aset perniagaan tetapi juga mengambil alih tanggungan perniagaan berkenaan.

Mudah dan ringkas untuk memulakan perniagaan kerana sudah mempunyai rangkaian pelanggan, struktur pentadbiran dan jaringan pembekal sendiri.

WarisanMewarisi perniagaan daripada keluarga merupakan salah satu cara memulakan perniagaan.

Usahawan hanya perlu menyambung dan mengembangkan perniagaan yang diwarisinya.

Ianya mudah kerana struktur pentadbiran sudah sedia wujud dan sudah ada pelanggan tetapnya.FrancaisFrancais ialah perjanjian antara pemilik francais (francaisor) dengan penerima francais (francaisi) untuk menjalankan urus niaga barang-arang atau perkhidmatan dengan menggunakan tanda dagangan ataupun jenama francaisor.

Francaisi mesti membayar bebrapa peratus daripada jumlah jualan kepada francaisor yang dikenal sebagai royalti.DIUNDANGUsahawan boleh diundang untuk menyertai sebuah perniagaan yang wujud sebagai pemegang syer atau pekongsi.

Usahawan diundang mungkin kerana dia mempunyai modal atau kebolehan serta kepakaran dan nama baik yang diperlukan oleh perniagaan.

Usahawan perlu mengenalpasti bentuk ganjaran yang akan diterima, prestasi perniagaan pemilik pada masa lampau, keperluan mencarumkan modal dan sebagainya. FAKTOR YANG DIPERTIMBANGKAN UNTUK MEMULAKAN PERNIAGAANPERSAINGANKajian perlu dibuat untuk mengenal pasti pesaing, bilangannya, saiz perniagaan, kekuatan & kelemahan serta sambutan pelanggan terhadap perniagaan mereka.

Tempat banyak pesaingPerniagaan boleh maju ?

SUMBER BEKALANUsahawan perlu mengetahui tempat-tempat di mana untuk mendapatkan bekalan barang-barang dengan seberapa cepat, murah dan mudah.

Usahawab juga harus tahu pembekal mana yang dapat menawarkan diskaun dan kredit yang lebih baik.LOKASIUsahawan mesti bijak memilih lokasi yang strategik atau sesuai bagi menjamin kejayaan perniagaan.

Lokasi perniagaan harus diletakkan di tempat yang mempunyai kuasa beli yang tinggi dan kurang persaingan.

Pemilihan lokasi juga dipengaruhi oleh faktor-faktor lain seperti modal, kos sewa, persaingan, kemudahan infrastruktur, undang-undang dan lain-lainUNDANG-UNDANG & PERATURANUsahawan mestilah mengetahui undang-undang serta akta yang mengawal perjalanan perniagaan dalam negara supaya tidak melanggar undang-undang, peraturan atau akta yang boleh menghalang perjalanan perniagaan seperti :Jenis lesen yang diperlukanPendaftaran perniagaanMematuhi berbagai akta seperti Akta Perihal Dagangan, Akta Kawalan Harga, Akta Kawalan BekalanMINAT & PENGETAHUANUsahawan mesti mempunya minat dalam perniagaan yang diceburi supaya dapat menguruskannya dengan lebih cekap dan berkesan. Tanpa minat, perniagaan sukar untuk dimajukan.

Usahawan juga harus mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam bidang perniagaan yang akan diceburinya. Contohnya, pengalaman mengenai cara melayan pelanggan, pengurusan wang, masa, stok, menyimpan rekod & akaun dan lain-lain.

Bagaimana untuk mendapatan pengetahuan & pengalaman?

MODALJumlah modal yang diperlukan bergantung pada saiz dan jenis perniagaan, lokasi perniagaan dan jumlah kredit yang hendak diberikan kepada pelanggan.

Bagaimana untuk mendapatkan modal ?

JENIS & MILIKAN PERNIAGAANJenis perniagaan yang ingin dijalankan hendaklah bersesuaian degan kebolehan, pengetahuan dan pengalaman.

Milikan perniagaan yang kecil mudah untuk dimulakan serta diurus.

Perniagaan secara besar-besaran memerlukan modal yang besar dan tidak begitu mudah dikendalikan.