Pengurusan Makmal Sains

Embed Size (px)

DESCRIPTION

pengurusan makmal sainspenarafan dan pegubahsuaian makmal sains.

Citation preview

Pengurusan Makmal Sains

Sebelum membincangkan tentang Pengurusan Makmal Sains, kita perlu tahu apakah yang dimaksudkan dengan makmal sains. Menurut Poh Swee Hiang (2001), makmal sains biasanya merujuk kepada bilik yang dibina khas untuk pengajaran dan pembelajaran (P&P) sains pada peringkat sekolah menengah, maktab (kini dikenali sebagai Institut Pendidikan Guru) dan universiti. Makmal sains biasanya mempunyai beberapa meja luas sama ada berbentuk bulat atau segiempat tepat yang disediakan di bahagian tengah untuk kegunaan pelajar. Meja-meja ini dipasang dengan punca elektrik, air dan gas. Makmal sains ini juga biasanya disambungkan dengan bilik stor atau persediaan untuk menyediakan dan menyimpan alat dan bahan sains.

Walaubagaimanapun, bukan semua sekolah terutamanya sekolah rendah mempunyai makmal sains. Jika tidak ada makmal sains, dimanakah aktiviti P&P dijalankan di sekolah tersebut? Di sekolah rendah, terdapat bilik khas untuk P&P sains yang dipanggil bilik sains untuk menggantikan makmal sains. Bilik sains ini mempunyai :

Meja guru yang sesuai digunakan untuk demonstrasi manakala meja murid pula sesuai untuk melakukan eksperimen.

Meja dan kerusi mudah alih agar ruang bilik sains dapat disesuaikan untuk P&P sains.

Bahagian belakang bilik sains almari untuk simpan alat dan bahan sains yang tidak berisiko tinggi (cth: bikar plastik)

Sekitar bilik sains poster, carta, model dan hasil kerja murid dipamerkan.

Terdapat sudut sains, sudut pameran, sudut bacaan.

Sekarang kita beralih pula kepada apakah yang perlu guru sains tahu mengenai pengurusan makmal sains. Terdapat 6 perkara yang perlu anda tahu dalam pengurusan makmal sains, iaitu:

Konsep Bilik Sains

Bilik Sains biasanya merujuk kepada bilik yang dibina khas untuk pengajaran dan pembelajaran Sains. Bilik Sains biasanya disambung dengan bilik persediaan dan stor masing-masing untuk tujuan menyediakan dan menyimpan alat serta bahan sains.

Di sekolah rendah, Bilik Sains merupakan pengubahsuaian bilik darjah ataupun dibina khas. Meja guru harus sesuai digunakan untuk demonstrasi, manakala meja murid sesuai untuk menjalankan eksperimen, projek dan perbincangan berkumpulan. Selain itu, meja kerusi yang disediakan mudah dialihkan supaya ruang pengajaran dan pembelajaran Sains dapat diubah untuk kegiatan seperti:

1. Simulasi

2. Main peranan.

Dibahagian belakang Bilik Sains, almari disediakan untuk menyimpan alat dan bahan Sains yang tidak berisiko tinggi. Di sekitar Bilik Sains, poster, carta model dan hasil kerja murid dipamerkan demi mencabar pemikiran saintifik pelajar. Sudut-sudut sains, pameran dan bacaan juga mencirikan Bilik Sains yang merangsangkan pembelajaran. Selain itu, guru juga boleh menggunakan troli, dulang atau kotak yang bersesuaian untuk membawa alat dan bahan sumber Sains dari Bilik Sains ke bilik darjah yang lain supaya aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat diadakan secara hands-on juga.

PENGURUSAN MAKMAL SAINS Komponen pengurusan makmal sains meliputi: I. Kemudahan dan susunan fizikal makmal sains.II. Anggota struktur organisasiIII. Stok yang merangkumi pengurusan buku-buku stok, bahan dan peralatan, dan proses pemerolehan, pembelian, penyelengaraan dan penyimpanan.Carta di bawah mengilustrasikan secara amnya komponen-komponen pengurusan makmal Sains di peringkat sekolah.

STRUKTUR ORGANISASI MAKMAL SAINSPengurusan makmal sains dengan cekap bergantung kepada sikap proaktif dan kerjasama yang erat di antara guru-guru Sains dan pembantu makmal.Aspek-aspek utama dalam pengurusan makmal Sains ialah:1. Keceriaan makmal Sains 2. Penyelenggaraan dan penyimpanan peralatan dan bahan.

3. Penggunaan dan penyimpanan peralatan dan bahan4. Keselamatan Makmal SainsKESELAMATAN DALAM MAKMAL SAINSKomponen-komponen keselamatan dalam makmal Sains meliputi:1. Persediaan peraturan penggunaan makmal Sains termasuk peralatan dan bahan sains.

2. Penyediaan alat pemadam api dan senarai cara menggunakannya.

3. Persediaan pelan laluan kecemasan dan latihan kebakaran.4. Persediaan peti pertolongan cemas dan panduan kemahiran pertolongan cemas seperti: luka, pengsan, selar dan lecur, kejutan elektrik, mata terkena bahan kimia atau benda asing, sengatan serangga, terkena asid atau alkali, terhidu gas, tertelan kimia dan sebagainya.