Proposal PCG makmal sains

  • View
    32

  • Download
    7

Embed Size (px)

DESCRIPTION

proposal pcg

Transcript

SCE 3123 E Proposal Perbelanjaan PCG Tahun 2015

SCE 3123 E Pengurusan Makmal Sains dan Sumber

1. Dokumen Laporan AnalisisI. Menyediakan Proposal Perbelanjaan PCGPeruntukan PCG untuk mata pelajaran Sains boleh dibelanjakan untuk membeli alat dan radas Sains, membeli bahan kimia yang diperlukan untuk menjalankan aktiviti dan eksperimen, membeli carta, model dan bahan bantu mengajar. Peruntukan PCG Sains juga boleh dibelanjakan untuk memberi upah penceramah jika bermanfaat kepada murid dan membeli bahan runcit untuk digunakan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran Sains. Per Capita Grant (PCG) atau dalam Bahasa Melayunya Bantuan Per Kapita merupakan bantuan kewangan yang diperuntukkan kepada setiap murid sekolah sama ada sekolah bertaraf Sekolah Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan. PCG dibahagikan kepada dua iaitu PCG mata pelajaran dan PCG bukan mata pelajaran. PCG mata pelajaran pula dibahagikan kepada empat iaitu teras, wajib, tambahan bahasa dan elektif. PCG bukan mata pelajaran pula dibahagikan kepada tiga iaitu Pusat Sumber, Bimbingan dan Kaunseling serta LPBT. Mata pelajaran Sains dikategorikan dalam mata pelajaran teras.Jumlah peralihan harta modal bagi sekolah rendah adalah tidak melebihi RM5,000 atau 30% daripada keseluruhan peruntukan PCG Mata Pelajaran dan PCG Bukan Mata Pelajaran (Tidak termasuk komponen LPBT/LPK Sekolah) mana yang lebih rendah. Bagi sekolah yang mempunyai kekurangan murid, Sekolah Kurang Murid (SKM) jumlah yang dibenarkan adalah tidak melebihi 30% daripada keseluruhan peruntukan PCG Mata Pelajaran dan PCG Bukan Mata Pelajaran. Perolehan harta modal yang melebihi kadar yang ditetapkan perlu mendapat kelulusan terlebih dahulu daripada Ketua Pusat Tanggungjawab (KPT). Jumlah peralihan harta modal ini bertujuan untuk keceriaan berunsurkan pendidikan seperti taman sains, taman herba dan lain-lain yang boleh memberi pengukuhan kepada program pengajaran dan pembelajaran.

PENGIRAAN PCG BAGI PANITIA SAINSSK SUNGAI KOROK LAMA

Peruntukan PCG bagi mata pelajaran teras SK Sungai Korok Lama1.1,000 murid pertama = RM 10, 700. 00200 orang murid x RM 9.00 = RM 1, 800.00RM 10, 700. 00 + RM 1, 800.00 = RM 12, 500.00Oleh itu; Jumlah peruntukan mata pelajaran teras = RM 12, 500.00

2. Jumlah peruntukan PCG ini akan akan diagihkan 40 % bagi mata pelajaran teras lain-lain (Pendidikan Moral, Bahasa Melayu, Pendidikan Agama Islam, Kajian Tempatan dan Sejarah). 60% daripada peruntukan ini pula akan diagihkan kepada panitia mata pelajaran Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris. 40% daripada jumlah itu akan diperuntukkan bagi panitia mata pelajaran Sains, 30% bagi panitia mata pelajaran Matematik dan 30% bagi panitia mata pelajaran Bahasa Inggeris.

Peruntukan PCG bagi panitia Sains SK Sungai Korok LamaRM 12, 500.00 x 60% = RM 7,500.00RM 7, 500.00 x 40% = RM 3, 000.00Oleh itu; Jumlah peruntukan PCG bagi panitia Sains = RM 3, 000.

SK SUNGAI KOROK LAMA, ALOR SETAR

PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN WANG PCGPANITIA SAINS

Peruntukan PCG mata pelajaran teras 2015 = RM 12,500. 0060% daripada RM 12, 500.00 untuk mata pelajaran teras = RM 7, 500.0040% daripada RM 7, 500.00 untuk mata pelajaran Sains30% daripada RM 7, 500.00 untuk mata pelajaran Matematik30% daripada RM 7, 500.00 untuk mata pelajaran Bahasa Inggeris

PERUNTUKAN PCG(MATA PELAJARAN TERAS)JUMLAH PCG(MATA PELAJARAN TERAS)

60% daripada RM 12, 500.00RM 7, 500.00

PERUNTUKAN PCG(MATA PELAJARAN TERAS)JUMLAH PCG(MATA PELAJARAN TERAS)

SainsRM 3, 000.00

MatematikRM 2, 250.00

Bahasa InggerisRM 2, 250.00

JUMLAH BESARRM 7, 500.00

PERUNTUKAN PCG SAINSJUMLAH PCG PER KAPITA MURID

Jumlah murid SKSKL = 1, 200 orangOleh itu, RM 3,000.00 1, 200 orang murid RM 2.50

BILANGAN MURID TAHUN 4JUMLAH PCG MURID TAHUN 4

204 orangRM 2.50 x 204 RM 510

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI KOROK LAMA,05050, ALOR SETAR, KEDAH

KERTAS CADANGAN PERBELANJAAN PCG MURID TAHUN 4 (TAMAN SAINS)

ANJURAN :PANITIA SAINS SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI KOROK LAMA

1.0Pendahuluan

Program membina Taman Sains telah dipilih sebagai program rancangan bagi bagi murid Tahun 4 di Sekolah Kebangsaan Sungai Korok Lama. Program ini akan dijalankan pada penggal kedua sesi persekolahan bagi tahun 2015 . Program ini diharapkan dapat menarik minat murid terhadap mata pelajaran Sains kerana mata pelajaran Sains bukan sahaja sesuai dilaksanakan di dalam bilik darjah atau makmal Sains malah di luar bilik darjah. Oleh itu, perancangan untuk membina Taman Sains amat bertepatan untuk membantu pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Sains di luar bilik darjah. Program ini akan dijalankan oleh semua murid Tahun 4 secara giliran mengikut minggu.

2.0Rasional

2.1Memberi pendedahan kepada murid Tahun 4 tentang proses hidup haiwan dan tumbuhan bersesuaian dengan modul KSSR sains tahun 42.2Melahirkan murid yang peka terhadap alam sekitar.2.3Memupuk semangat kerjasama di antara murid untuk menyayangi alam sekitar.

3.0Objektif Program

Melalui program ini murid- murid akan dapat :3.1Membudayakan amalan menyayangi alam sekitar.3.2Membantu murid- murid dalam mengenali dunia sekeliling ketika proses menyiapkan Taman Sains.3.3 Memupuk semangat cintakan alam sekitar 3.4 Mendidik murid supaya memelihara dan memulihara alam sektar.

4.0Sasaran ProgramMurid Tahun 4 SKSKL (204 orang). 5.0Tempoh ProgramJun 2015 sehingga November 2015

6.0 Ahli Jawatankuasa Program

6.1Ahli Jawatankuasa Induk

Pengerusi: Pn. Che Hamidah binti Che Ros (Guru Besar)Naib pengerusi : En. Fazaleh bin Mansor (PK Pentadbiran) : En. Ahmad bin Abu Seman (PK HEM) : Pn. Jazmidar bin Aziz (PK Kurikulum) : Pn. Yuzniza binti Khamis (Penyelia Petang)

Penyelaras : Cik Siti Aisyah binti YahayaProgram

Pen.Penyelaras : Pn. Salina binti Mansur Penyediaan: En. Azizan bin AliTapak En. Mohd Nasrul Nizam bin Abu Bakar En. Rosli bin Omar

Fotografi : YM. Tengku Faiz binti Tengku Mohd En Zaidi bin Hassan Dokumentasi : Pn. Mazlina binti Ahmad

6.2Ahli Jawatankuasa KecilSemua ketua kelas Tahun 4 7.0Tempat

Tapak kosong bertentangan dengan kelas pendidikan khas dan pemulihan SK Sungai Korok Lama.

8.0Anggaran Perbelanjaan ProgramSila lihat lampiran 1

9.0 PenutupTaman Sains ini adalah bertujuan untuk membantu murid- murid bagi memahami dan mengenali dunia Sains dengan lebih jelas. Diharapkan program yang diadakan ini akan mendapat kerjasama dari semua pihak sama ada bagi pihak sekolah mahupun dari pihak ibu bapa.

MURID KREATIF GENERASI AKTIF Disediakan oleh:Disemak oleh,

....................(CIK SITI AISYAH BINTI YAHAYA) (Pn. Salina binti Mansur)Penyelaras, Ketua Panitia Sains,Program Taman Sains 2015, SK Sungai Korok LamaSK Sungai Korok Lama

LAMPIRAN 1

Anggaran Perbelanjaan Program

PERUNTUKAN: RM 510

BIL.AKTIVITIBAHANKUANTITIKOS SEUNITJUMLAH KOS

1.Taman Sains SKSKLTanah1 loriRM 140.50RM 140.50

Batu kelikir loriRM 130.00RM 130.00

Kolam buatan dengan sistem saluran air dan penapis air1 unitRM 105.00RM 105.00

Cat1 tinRM 72.00RM 72.00

Pasu6 bijiRM 5.00RM 30.00

Pokok cili2 pokokRM 5.00RM 10.00

Anak pokok bunga 3 pokokRM 5.00RM 15.00

Anak ikan15 ekorRM 0.50RM 7.50

JUMLAH BESARRM 510

II. Grafik berkomputer penyusunan makmal sains sekolahKebuk wasap Papan tulis

Pintu masukMeja guru

almari

Meja murid

sinki

Pintu Bilik PersediaanPintu keluar

Stor Kimia Rak Bahan Kimia

Meja stafBilik Persediaan

III. Proses pengawetan kering a. TumbuhanMaklumat Spesimen

Nama (biasa) : Pokok Mata Ayam, mata pelandukNama Spesifik : Ardisia CrispaKawasan Habitat : Kebun getah, kawasan semak samunKegunaan : Merawat batuk, demam, kelemumur dan patah tulangTarikh dijumpai : 17 Mac 2015Bahan untuk proses pengawetan herbarium Alat penekan (Kayu) Surat khabar Tali Rafia BatuProses untuk mengawet herbariumDaun yang dipilih akan diapit dan ditekan dengan alat penekan berselang seli dengan surat khabar. Sisirkan daun- daun supaya tidak bertindih antara satu sama lain. Lebihan daun akan dibuang. Proses ini akan memakan masa selama dua hingga tiga minggu bergantung kepada saiz daun. Daun yang telah dikering dan diawet dengan rapi akan dibingkaikan dengan pembingkai dan disertakan dengan nama dan maklumat tentang spesis herbarium tersebut. Label dilekatkan pada bahagian bawah kertas. Maklumat untuk dilabel adalah seperti nama saintifik, nama amnya, nama family, tempat dikutip dan tarikh.Langkah 1: Mengumpul tumbuhan

Memilih spesimen yang sesuai

Langkah 2 : Menekan/ mengapit dan mengeringkan tumbuhan

susunkan spesimen ini di antara lapisan kertas. Sisinkan daun-daun supaya tidak bertindih bahagian batang, daun. Spesimen perlu dibiarkan selama 2 hingga 3 minggu. Pemerhatian perlu berterusan. Proses ini perlu dilakukan sehingga spesimen betul kering.

Langkah 3 : Menyusun dan Mempamerkan

. Pamerkan bahagian atas daun-daun. Batang tumbuhan dilekatkan atas kertas Susun daun-daun dengan kemas.

Langkah 4 : Melabel

Label dilekatkan berhampiran spesimen. Maklumat untuk dilabel adalah seperti nama saintifik, nama amnya, nama family, tempat dikutip dan tarikh.

b. Spesimen seranggaMaklumat spesimen

Nama biasa : Belalang rusaHabitat : Kawasan berumput panjang, kawasan lapangKelas : SeranggaF