29
(SCE 3112 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber) TAJUK 1 PENGURUSAN MAKMAL SAINS SINOPSIS Pengurusan Makmal Sains yang baik akan mengambilkira pengurusan jawatankuasa pengurusan makmal yang efisien dari segi peranan setiap personel yang terlibat, pengurusan belanjawan, pembelian, penyimpanan dan perekodan stok serta proses pelupusan bahan kimia. HASIL PEMBELAJARAN Diakhir tajuk ini, adalah diharapkan pelajar mendapat; 1. ilmu pengetahuan berkenaan pengurusan makmal sains yang melibatkan tugas setiap ahli dalam jawatankuasa pengurusan makmal sains 2. memahami prosedur belanjawan dan pembelian bahan dan alatan sains, penyimpanan dan pelupusan bahan kimia 3. mereka bentuk makmal sains yang betul. KERANGKA TAJUK 1

Pengurusan Makmal Sains

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Pengurusan Makmal Sains

(SCE 3112 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber)

TAJUK 1 PENGURUSAN MAKMAL SAINS

SINOPSIS

Pengurusan Makmal Sains yang baik akan mengambilkira pengurusan

jawatankuasa pengurusan makmal yang efisien dari segi peranan setiap

personel yang terlibat, pengurusan belanjawan, pembelian,

penyimpanan dan perekodan stok serta proses pelupusan bahan kimia.

HASIL PEMBELAJARAN

Diakhir tajuk ini, adalah diharapkan pelajar mendapat;

1. ilmu pengetahuan berkenaan pengurusan makmal sains yang melibatkan

tugas setiap ahli dalam jawatankuasa pengurusan makmal sains

2. memahami prosedur belanjawan dan pembelian bahan dan alatan sains,

penyimpanan dan pelupusan bahan kimia

3. mereka bentuk makmal sains yang betul.

KERANGKA TAJUK

1

Page 2: Pengurusan Makmal Sains

(SCE 3112 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber)

ISI KANDUNGAN

1.1 Struktur Organisasi Jawatan Kuasa Pengurusan Makmal Sains

Makmal Sains perlu diuruskan dengan cekap agar proses pengajaran dan

pembelajaran berjalan dengan baik dan berkesan. Pengurusan yang cekap

memerlukan komitmen daripada semua pihak bermula dari Pengetua/Guru

Besar sehingga ke Pembantu Am Pejabat. Rajah 1.1 menunjukkan carta

organisasi pengurusan makmal sains yang biasa diamalkan di sekolah ketika ini.

Rajah 1.1: Carta Organisasi Pengurusan Makmal Sains Sekolah Menengah

2

Pengetua

Panitia Sains Panitia Matematik

Guru Kanan Sains

Guru Sains

Ketua Bidang Sains dan Matematik

Penolong Kanan

Pembantu Makmal

Pembantu Am Pejabat (Makmal Sains)

Page 3: Pengurusan Makmal Sains

(SCE 3112 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber)

Bagi sekolah rendah pula, bilik sains diuruskan oleh Ketua Panitia Sains dan

biasanya terdapat empat unit dibawah pengurusan bilik sains iaitu;

a. Unit Keceriaan Bilik Sains

b. Unit Penyimpanan Stok

c. Unit Keselamatan Bilik

d. Unit Penyimpanan Bahan Bantu Mengajar

Rajah 1.2 menunjukkan carta organisasi pengurusan bilik sains sekolah rendah.

Rajah 1.2: Carta Organisasi Pengurusan Bilik Sains Sekolah Rendah.

Perbincangan

Bincangkan carta organisasi pengurusan makmal/bilik sains di sekolah

anda yang sedia ada dan bandingkan dengan maklumat di atas. Nyatakan

fungsi setiap personal dalam carta organisasi tersebut.

3

Guru Besar

Guru Sains

Panitia Sains

Guru Penolong Kanan

Page 4: Pengurusan Makmal Sains

(SCE 3112 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber)

1.2 Peranan Dan Tanggung Jawab Kakitangan Makmal Sains

Semua anggota di bawah struktur organisasi dalam bidang Sains terlibat secara

langsung dalam pengurusan dan pentadbiran makmal dan bilik sains di sekolah.

Pengetua dan Guru Besar sekolah bertanggungjawab atas keseluruhan

pengurusan makmal dan bilik sains dalam pengendalian program kurikulum dan

kokurikulum sains di sekolah dari segi perancangan, pelaksanaan, penyelarasan,

penilaian dan pemantauan. Pengetua dan Guru Besar merupakan pemimpin kurikulum

yang bertanggungjawab ke atas guru-guru dan kakitangan makmal dan bilik sains dalam

aspek profesional dan pengurusan.

Ketua Bidang Sains dan Matematik dan Ketua Panitia Sains bertanggungjawab

membantu Pengetua dan Guru Besar dalam keseluruhan pengurusan makmal

dan bilik sains.

1.2.1 Fungsi Ketua Bidang Sains dan Matematik 

1. Bidang Sains dianggotai oleh semua guru sains dan kakitangan makmal

sains yang diketuai oleh Ketua Bidang Sains dan Matematik.  

2. Tugas dan Tanggungjawab Ketua Bidang Sains dan Matematik adalah; 

a.       Menyelia dan memastikan segala kemudahan fizikal seperti  sistem

bekalanelektrik, gas, air, kerusi dan meja secukupnya, berfungsi dan menepati

ciri-ciri keselamatan.

b.      Merancang dan menyediakan :

i.                         Pelan tindakan keselamatan semasa kecemasan

ii.                       Peraturan keselamatan

iii.                     Latihan kecemasan dan kebakaran

iv.                   Kelengkapan pencegahan kebakaran dan jadual penyelenggaraan

v.                     Kit pertolongan cemas yang lengkap dan tidak luput tarikh

penggunaannya

c.        Menyelia dan memastikan guru, murid dan kakitangan makmal sains

mematuhi sepenuhnya peraturan makmal.

4

Page 5: Pengurusan Makmal Sains

(SCE 3112 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber)

d.       Merancang serta menyediakan senarai tugas dan waktu kerja kakitangan

makmal sains serta memastikan senarai dan waktu kerja tersebut dipatuhi.

e.       Mengurus dan memastikan penyemakan stok makmal sains dibuat sekurang-

kurangnya enam bulan sekali.

f.       Memastikan kerja hapus kira dan pelupusan peralatan serta bahan sains

dijalankan mengikut peraturan yang ditetapkan.

g.      Merancang dan menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan bagi

pengajaran dan pembelajaran sains serta keperluan makmal sains.

h.        Merancang jadual waktu penggunaan makmal sains.

i.      Merancang, mengenal pasti dan melaksanakan program atau aktiviti

perkembangan staf yang melibatkan guru sains dan kakitangan makmal.

j.       Menyelia dan menyelenggara semua kemudahan fizikal dan peralatan supaya

menepati ciri-ciri keselamatan.

k.       Menjalankan tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke semasa.

 

 

1.2.2 Fungsi Ketua Panitia Sains

 

1. Panitia bertanggungjawab membantu Pengetua dan Guru Besar serta Ketua

Bidang Sains dan Matematik dalam perancangan, perlaksanaan, penyelarasan

dan penilaian daripada aspek pengajaran dan pembelajaran serta

pengurusan makmal dan bilik sains sekolah.

2. Panitia sains yang diketuai oleh Ketua Panitia Sains terdiri daripada guru-guru

yang bertanggungjawab mengajar mata pelajaran sains seperti Sains, Sains

Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi.

5

Page 6: Pengurusan Makmal Sains

(SCE 3112 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber)

 3. Ketua Panitia Sains bertanggungjawab;

a.        Membantu merancang perbelanjaan tahunan bagi perolehan peralatan dan

bahan sains.

b.        Menyemak dan mengemas kini stok makmal dan bilik sains dari segi

keperluan peralatan dan bahan sains sepanjang tahun.

c.        Merekod peralatan dan bahan sains yang rosak dan hilang untuk tujuan

hapus kira dan pelupusan.

d.        Memastikan kaedah penyimpanan peralatan, bahan sains dan manual

operasi peralatan sains mengikut prosedur dan bersistem.

e.     Menyemak dan mengemas kini rekod pengurusan makmal dan bilik sains

seperti berikut :

                                                                                                         i.                        Pesanan peralatan dan bahan sains

                                                                                                        ii.                        Stok makmal sains

                                                                                                      iii.                        Pinjaman atau pemindahan peralatan dan bahan sains

                                                                                                     iv.                        Kerosakan dan kehilangan

                                                                                                       v.                        Penyelenggaraan dan pemeriksaan

                                                                                                      vi.                        Kemalangan

                                                                                                    vii.                        Rekod penggunaan makmal sains

f.         Menyelenggara peralatan dan bahan eksperimen dengan sempurna.

g.     Memastikan fizikal makmal dan bilik sains, sistem bekalan elektrik, air, gas,

perabot dan kemudahan lain berfungsi dan menepati ciri-ciri keselamatan.

h.         Memastikan peraturan keselamatan makmal dan bilik sains dipatuhi dan

diamalkan oleh semua pihak yang menggunakan makmal dan bilik sains.

i.           Memberi bimbingan dan menyelia kerja kakitangan makmal dan bilik sains.

j.          Memastikan makmal dan bilik sains sentiasa bersih, ceria dan selamat.

k.        Memberi bimbingan profesional kepada guru-guru dalam panitianya dan

kakitangan makmal  dan bilik sains.

l.           Membantu merancang anggaran perbelanjaan tahunan bagi panitianya.

m.    Menjalankan tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dan Guru Besar dari

masa ke semasa.

 

6

Page 7: Pengurusan Makmal Sains

(SCE 3112 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber)

1.2.3 Fungsi Guru Sains

1. Seorang Guru sains merupakan ahli dalam Panitia Sains sekolah.

2. Tugas guru sains dalam pengurusan makmal dan bilik sains adalah seperti

berikut :                       

a. Mematuhi jadual penggunaan makmal  dan bilik sains.

b. Memastikan murid mematuhi dan mengamalkan peraturan keselamatan

makmal dan bilik sains.

c. Memastikan makmal dan bilik sains sentiasa bersih, ceria dan selamat.

d. Mengenal pasti keperluan peralatan dan bahan sains yang akan digunakan

dalam kerja amali serta mengisi borang atau buku pesanan untuk tindakan

kakitangan makmal dan bilik sains.

e. Mengawasi penggunaan peralatan dan bahan sains supaya digunakan

dengan betul, cermat, jimat dan mematuhi langkah keselamatan.

f. Membantu Ketua Bidang Sains dan Matematik atau Ketua Panitia merekod,

menyemak dan mengemas kini stok.

g. Mengendalikan sistem maklumat bagi senarai dan bahan sains.

h. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dan Guru

Besar dari masa ke semasa.

1.2.4 Fungsi Pembantu Makmal

1. Fungsi Pembantu Makmal adalah;

a.        Membuka pintu makmal dan pintu bilik persediaan makmal sains sebelum

waktu sesi pembelajaran bermula dan mengunci pintu makmal apabila sesi

pembelajaran makmal berakhir.

b.        Memastikan kerja-kerja pembersihan makmal sains agar sentiasa dalam

keadaan bersih.

c.         Memastikan makmal dalam keadaan ceria dan selamat.

d.        Menyediakan alat, radas dan bahan sains seperti yang dipesan oleh guru

sains dalam buku penyediaan alat / radas atau borang pesanan.

7

Page 8: Pengurusan Makmal Sains

(SCE 3112 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber)

e.        Memastikan semua peralatan dan bahan sains berfungsi sebelum kerja

amali dijalankan.

f.          Memelihara dan menjaga tumbuhan dan haiwan yang diperlukan untuk

kerja amali.

g.         Melaksanakan semua langkah keselamatan dalam mengendalikan

peralatan dan bahan sains.

h.        Mengambil tindakan yang sewajarnya jika berlaku sebarang kecemasan

seperti kebakaran dan kecederaan.

i.           Membersih dan menyimpan peralatan dan bahan sains ke tempat asal

yang telah ditetapkan setelah selesai kerja amali.

j.           Membersih meja makmal, sinki dan menutup paip gas, air, kipas dan lampu

setelah selesai setiap kerja amali.

k.        Memeriksa dan menyelenggara kemudahan makmal sains termasuk

perabot, bekalan elektrik, air dan gas.

l.          Membantu guru sains, mengawas dan membantu murid mendapatkan

peralatan dan bahan sains semasa amali.

m.       Mengambil tindakan sewajarnya serta melapor dengan segera sebarang

kehilangan, kerosakan dan kebocoran kepada guru sains, Ketua Panitia,

Ketua Bidang Sains dan Matematik atau Pengetua.

n.         Membantu mengendalikan sistem maklumat makmal sains seperti

mengemaskini stok dan sebagainya.

o.       Mencuci peralatan sains yang kotor.

p.        Membantu membuat pesanan untuk pembelian dan menerima bahan-

bahan serta radas daripada pihak pembekal.

q.          Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke

semasa.

8

Page 9: Pengurusan Makmal Sains

(SCE 3112 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber)

Latihan

1. Nyatakan tiga tugas utama Ketua Panitia Sains, Guru Sains dan

Pembantu Makmal Sains dalam pengurusan makmal sains.

2. Senaraikan aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan oleh pembantu makmal

semasa cuti sekolah.

9

Page 10: Pengurusan Makmal Sains

(SCE 3112 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber)

 1.3 Belanjawan, Pesanan dan Pembayaran

1.3.1 Belanjawan

1. Belanjawan melibatkan perancangan sistematik pembelian bahan kimia dan

peralatan sains serta pejabat berdasarkan peruntukan. Ianya memerlukan

kebijaksanaan bagi memastikan pengggunaan yang optimum oleh sekolah.

2. Dua komponen yang perlu diambilkira sebelum anggaran perbelanjaan

dilakukan iaitu keperluan dan peruntukan. Keperluan dirancang

berdasarkan stok semasa dalam simpanan makmal dan sistem rekod yang

kemaskini sepanjang masa. Peruntukan pula dirancang berdasarkan

kedudukan peruntukan semasa yang kemaskini supaya perbelanjaan tidak

melebihi peruntukan.

3. Perancangan dibuat dua atau tiga bulan sebelum akhir tahun. Ini

membolehkan pertimbangan tentang apa yang perlu dibeli dan membuat

pesanan awal. Perancangan adalah tanggungjawab Ketua Jabatan Sains

dan gurru-gurukanan mata pelajaran sains. Namun demikian, keputusan

akhir dibuat oleh Pengetua/Guru Besar.

4. Semasa membuat belanjawan, perkara-perkara berikut perlu diambil kira;

a. Semak semua stok dalam setiap makmal untuk menentukan kuantiti

item-item dan;

Tentukan kegunaan tahunan item-item pakai habis.

Bilakah dalam sesuatu tahun item-item pakai habis diperlukan.

Jenis-jenis peralatan yang sangat kurang.

Peralatan baru yang diperlukan pada tahun hadapan.

Item-item peralatan yang rosak dan kecurian.

b. Periksa kemudahan dalam setiap makmal seperti bekalan air, elektrik,

gas, perabot dan lain-lain.

c. Sediakan senarai keperluan tahunan.

d. Membuat senarai pendek keperluan tahunan peralatan dan bahan sains.

10

Page 11: Pengurusan Makmal Sains

(SCE 3112 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber)

e. Mendapat senarai harga dari pembekal.

f. Mendapatkan jumlah peruntukan PCG.

g. Membuat anggaran belanjawan dan senarai keutamaan.

h. Menyemak samada senarai keperluan ada dalam kontrak pusat.

5. Mesyuarat penyelarasan perlu dilaksanakan untuk menentukan apa yang

perlu dibeli berdasarkan peruntukan.

1.3.2 Pesanan dan Pembayaran

1. Pembelian keperluan makmal diluluskan oleh Pengetua/Guru Besar.

2. Jika anggaran harga bagi satu item/jenis atau satu kelas item/jenis melebihi

RM500,000 pembelian mestilah melalui cara tender. Bagi pembelian bagi

satu item/jenis atau satu kelas item/jenis antara RM50,000 hingga

RM500,000 pembelian adalah melalui sebut harga. Bagi pembelian bagi

satu item/jenis atau satu kelas item/jenis kurang daripada RM50,000,

pembelian terus (Direct Award) secara sebutharga (RM 500.00-

RM50,000.00) atau petty cash (RM 500.00 kebawah).

3. Bekalan Pusat dibuat oleh Kementerian pelajaran Malaysia semasa sekolah

baru dibina, kurikulum baharu diperkenalkan, atau program peruntukan

khas diperuntukan oleh kerajaan. KPM akan menyelaras kontrak bekalan

pusat dari segi mengenalpasti, membeli, menghantar, memasang dan

menguji radas dalam satu jangka masa. Sekiranya peralatan atau bahan

sains ada dalam senarai kontrak pusat tetapi sekolah ingin membuat

pembelian dalam kuantiti yang minimum, makan pembelian secara terus

bolehlah dilakukan kepada syarikat yang lain.

4. Prosedur pembelian secara sebutharga adalah seperti berikut;

a. Mendapatkan sebut harga.

Sekolah menghantar surat kepada sekurang-kurangnya lima (5) pembekal

meminta sebut harga. Nyatakan spesifikasi item dan kuantiti yang

11

Page 12: Pengurusan Makmal Sains

(SCE 3112 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber)

diperlukan. Nyatakan tarikh tutup sebut harga. Simpan salinan surat.

b. Pemilihan pembekal

Pihak sekolah memilih pembekal berdasarkan sebut harga. Kriteria utama

ialah harga item yang berpatutan, kualiti barangan, status

pembekal, perkhidmatan selepas jualan. Kadang kala perlu minta sampel

untuk diperiksa dahulu. Satu senarai peralatan dan bahan mengikut

syarikat yang telah dipilih perlu disediakan.

c. Mengisi Borang Pesanan dan menghantar kepada pembekal yang

berjaya.

Perlu kelulusan ketua jabatan.

d. Pesanan Tempatan (LO) kepada pembekal.

e. Surat/nota tanda terima.

Pembekal menghantar nota akuan penerimaan pesanan.

f. Nota hantaran.

Pembekal menghantar nota hantaran, menyatakan tarikh dan masa

barangan akan dihantar ke sekolah seperti dinyatakan dalam borang

pesanan.

g. Penerimaan barangan.

Pembekal menghantar barangan.

Tiga salinan nota hantaran disertakan. Sebelum menandatangani nota

hantaran, semak barangan yang dihantar. Dua salinan nota yang telah

ditandatangani dikembalikan kepada pembekal. Satu lagi disimpan oleh

sekolah.

h. Invois.

Pembekal menghantar invois bersama-sama satu salinan nota hantaran

telah ditandatangani. Ketua Jabatan semak invois supaya sesuai dengan

harga yang dibuat. Hantar invois ke pejabat sekolah untuk urusan

pembayaran.

12

Page 13: Pengurusan Makmal Sains

(SCE 3112 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber)

5. Prosedur Pembelian Secara Terus

I) Secara sebutharga (Direct Award)

a. Pembantu makmal mengisi borang permohonan dan ditandatangan oleh

ketua bidang/panitia.

b. Pihak pentadbiran sekolah akan meminta coutation dari beberapa

syarikat.

c. Pemilihan dibuat dan syarikat yang berjaya dihubungi.

d. Pihak sekolah akan menghantar borang pesanan dan syarikat akan

menghantar peralatan/bahan bersama invois dan DO.

e. Pihak sekolah memeriksa alatan/bahan sebelum menandatangani pada

invois dan DO.

II) Secara Petty Cash

a. Pembantu makmal mengisi borang permohonan dan ditandatangan oleh

ketua bidang/panitia.

b. Pihak makmal boleh membeli dahulu dan mengemukakan resit pada

pihak pentadbir sekolah bagi mengeluarkan wang dari petty cash.

Mengumpul Maklumat

1. Anda dikehendaki mengumpul maklumat berkenaan prosedur pembelian

dan pembayaran peralatan/bahan sains beserta contoh-contoh borang

pesanan, invois dan Delivery Order.

13Latihan

Page 14: Pengurusan Makmal Sains

(SCE 3112 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber)

1. Berikan takrif PCG (Per Capita Grant). Bagaimanakah kaedah pengiraan

PCG bagi pelajar sekolah rendah kerajaan ditentukan.

1.3.3 Penyimpanan Stok

1. Di makmal sekolah, peralatan sains biasanya disimpan di bahagian makmal

sains atau di bilik persediaan manakala bahan kimia pula disimpan dalam

stor kimia.

2. Di stor dan makmal, terdapat ruang-ruang simpanan, iaitu laci, almari,

kabinet,rak dan sebagainya. Setiap ruang mestilahdilabel mengikut apa

yang disimpan padanya. Selain label, ruang simpanan diberi kod yang

sesuai supaya mudahmencari bahan/item semasa pemeriksaan stok.

3. Cara menyimpan bahan-bahan Kimia adalah seperti berikut;

a. Bahan-bahan kimia ( sama ada organik ataupun tak organik) hendaklah

dipisahkan dari bahan dan peralatan yang lain kerana ada bahan kimia

yang beracun, mudah terbakar,mengkakis dan sebagainya.

b. Perlu selalu semak stok kerana bahan mudah rosak jika disimpan lama.

c. Gunakan stok yang lama dahulu.

d. Tarikh penerimaan setiap botol mestilah ditulis dengan terang.

e. Simpan stok baru di belakang stok yang lama pada rak.

4. Bagi bahan kimia tak organik pula, ianya haruslah diabel pada botol mengikut

nama logam. Botol-botol bahan kimia tak organik disusun mengikut abjad di

dalam almari bertutup.

5. Jangan disusun pada rak yang terdedah kerana mudah dihinggapi habuk.

6. Penambahan di, tri, ortho dan meta diabaikan dan disimpan mengikut nama

logam. Contoh: Triammonium orthophosphate disimpan di bawah nama

sebatian ammonium.

7. Asingkan bahan-bahan kimia yang boleh menyerap air dari udara dengan

yang boleh menghilangkan air habluran ke udara.

14

Page 15: Pengurusan Makmal Sains

(SCE 3112 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber)

8. Bahan-bahan kimia yang boleh menyerap air dari udara adalah seperi asid

sulfurik pekat, barium klorida, barium nitrat, ferum (III) klorida, kalium

hidroksida, kaliumkarbonat, kalium tiosianat, kalsium klorida, kalsium oksida,

kalsium nitrat,kobaltum (II) klorida, kobaltum (II) nitrat, kromium (II) sulfat,

kuprum (II)klorida, kuprum (II) nitrat, magnesium klorida, natrium bromida,

natriumhidroksida, natrium iodida, natrium nitrat, stanum (II) klorida, zink

klorida,zink nitrat.

9. Bahan-bahan yang boleh kehilangan air habluran ke udara seperti

ammoniumkarbonat, boraks (dinatrium tetraborat), kalium heksasianoferat

(II),magnesium sulfat, natrium asetat, natrium karbonat dan natrium sulfat.

10. Bahan kimia cecair yang mengkakis tidak boleh diletakkan di atas rak yang tinggi.11. Logam alkali yang sangat aktif dan mudah teroksida jika bersentuhan dengan

udara hendaklah disimpan terendam dalam minyak parafin. Jika hendak

dikeluarkan,gunakan penyepit dan potong dengan pisau yang tajam.

Jangan sentuh dengan tangan.

12. Bagi Fosforus kuning (putih), ianya sangat berbahaya dan sangat aktif .

Maka bahan ini perlu disimpan di dalam air sejuk.

13. Bagi bahan kimia yang terurai oleh cahaya seperti argentum nitrat dan asid

nitrik pekat, ianya perlu disimpan di dalam botol kaca berwarna gelap.

14. Bagi bahan kimia yang mudah rosak oleh panas seperti vitamin C (asid

askorbik) dan hidrogen peroksida, ianya perlu disimpan di dalam peti sejuk.

15. Bagi bahan kimia yang sangat berbahaya seperti sebatian arsenik dan

garam sianida. Simpan di dalam almari khas yang berkunci dan rekodkan

kuantitinya.

15

Page 16: Pengurusan Makmal Sains

(SCE 3112 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber)

1.4 Prosedur Pelupusan

1. Pelupusan di makmal sains boleh dibahagikan kepada pelupusan bahan

sisa pelupusan stok bahan kimia dan pelupusan aset alih kerajaan.

1.4.1 Pelupusan Bahan Sisa

1. Setelah menjalankan amali, anda perlu memastikan semua bahan buangan

dilupuskan dengan cara yang betul. Amalan membuang sisa ini ke dalam

sistem saliran atau longkang perlu dielakkan kerana berkemungkinan bahan

ini akan mengalir ke kawasan perumahan, tasik atau sungai.

2. Cara-cara pelupusan yang sesuai adalah;

a) Baha-bahan yang larut dalam air dan tidak reaktif boleh dibuang terus

ke dalam sistem saliran air yang banyak.

b) Bahan organik hendaklah dikumpulkan di dalam botol dan dilabelkan.

c) Bahan kimia berasid pula hendaklah dicairkan sehingga 10-4 molar dan

kemudian dineutralkan. Selepas itu barulah boleh dibuang ke saliran air

yang banyak.

d) Garam-garam logam seperti merkuri dan kadmium hendaklah dimendakkan

terlebih dahulu sebelum dibuang.

e) Bahan-bahan pepejal yang merbahaya boleh dibuang terus ke dalam tong

sampah. Walau bagaimanapun kaca dan bahan-bahan logam hendaklah

dibungkus dan dibuang.

f) Najis, bangkai haiwan dan sisa tumbuhan bolehlah ditanam.

1.4.2 Pelupusan Stok Bahan Kimia

16

Page 17: Pengurusan Makmal Sains

(SCE 3112 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber)

1. Pelupusan bahan kimia atau stok bernilai rendah biasanya dilakukan apabila

bahan kimia tersebut telah sampai tarikh luput, berlebihan, tercemar, bocor

atau tidak digunakan lagi.

3. Sekolah perlu mengisi Borang Laporan Stok Bernilai Rendah KEW PS-19

dan mendapat tandatangan Pegawai Pemeriksa Stok yang terdiri dari

Guru/Pensyarah Kimia/Biologi/Sains atau pembantu makmal. Pelupusan ini

hendaklah mendapat kelulusan pengetua/Guru Besar.

4. Maklumat kemudiannya perlu dihantar kepada Pihak Berkuasa Melulus

beserta dokumen berikut untuk mendapatkan kelulusan pelupusan;

a) Borang KEW PS-19

b) Surat dari Jabatan Alam Sekitar

c) Surat dari Syarikat yang dilantik oleh Jabatan Alam Sekitar.

5. Pelupusan dilaksanakan setelah mendapat kelulusan mengikut kaedah-

kaedah yang telah ditentukan seperti buang, tanam atau bakar.

1.4.3 Pelupusan Aset Alih Kerajaan

1. Bahan peralatan sains yang terdiri dari harta modal dan inventori perlu

dilupuskan mengikut Pekeliling Perbendaharaan Bil. 05 Tahun 2007

(Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan) dan Pekeliling Perbendaharaan

Bil. 05 Tahun 2009.

2. Pelupusan aset alih merupakan satu tindakan mengeluarkan aset dari

milikan, kawalan, simpanan dan rekod mengikut kaedah-kaedah yang

ditetapkan.

3. Aset ini dilupuskan sekiranya mengalami kerosakan dan tidak ekonomik

dibaiki, tidak boleh digunakan, melebihi keperluan, tidak bergerak dan

disyorkan selepas verifikasi atau pemeriksaan aset dijalankan.

4. Jabatan perlu mengenalpasti aset yang perlu dilupuskan dan menyediakan

Perakuan Pemeriksa PEP melalui borang KEW PA-16 (jika perlu).

Kemudian lembaga pemeriksa melengkapkan Borang Laporan Lembaga

17

Page 18: Pengurusan Makmal Sains

(SCE 3112 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber)

Pemeriksa KEW PA-17 dan menghantar maklumat ke urusetia pelupusan

untuk di hantar ke Jawatankuasa Melulus samada JPN atau KPM mengikut

nilai aset tersebut.

5. Setelah keputusan diterima dari pelulus, maka pelupusan perlu

dilaksanakan segera dan sekolah perlu melengkapkan borang KEW PA-19

dan hantar semula ke kuasa melulus dan rekod aset di sekolah pula perlu

dikemaskini di borang KEW PA-2 atau KEW PA-3.

1. Anda telah selesai menjalankan amali melibatkan beberapa bahan

seperti;

Larutan asid hidroklorik cair

Larutan Natrium hidrksida cair

Hablur sulfur

Terangkan kaedah pelupusan bagi bahan sisa tersebut.

2. Nyatakan proses pelupusan bagi asid nitrik pekat yang telah tamat

tempoh penggunaannya.

18

Latihan

Page 19: Pengurusan Makmal Sains

(SCE 3112 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber)

1.5 Reka Bentuk Makmal Sains

  Rak/almari radas       Rak Bahan Kimia  

                 

                 

    Bilik Persediaan   Stor Kimia    

                 

                 

    Meja                Staf            

 

Pintu Bilik Persediaan            

 Pintu Masuk 

    Meja Guru

 

  − − − −  

  Meja Pelajar      

          Sinki

  − − − −     

  − − − −                                − − − −                          − − − −       − − − −                          − − − −         

19

Page 20: Pengurusan Makmal Sains

(SCE 3112 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber)

 

 Pintu Keluar 

Kebuk Wasap

             Almari          

1. Makmal Sains yang lengkap haruslah mempunyai sebuah bilik untuk aktiviti

pengajaran dan pembelajaran, sebuah bilik persediaan dan stor bahan

kimia.

2. Meja makmal sains biasanya tetap pada kedudukannya dan dilengkapi

dengan sinki dan paip gas. Bagi bilik sains pula, susunan meja boleh

diubahsuai bagi tujuan aktiviti seperti main peranan, simulasi dan

penyiasatan sains.

3. Bilik Persediaan biasanya menyimpan peralatan sains dan menempatkan

seorang atau lebih pembantu makmal sains. Fail pengurusan makmal sains

dan fail meja pegawai biasanya diletakkan disini.

4. Stor bahan kimia pula dilengkapi dengan rak untuk menyimpan bahan kimia

samada dalam bentuk pepejal atau cecair dengan mengikut kaedah

penyimpanan yang betul.

5. Bahan kimia yang mudah meruap, menghakis, berbau dan berbahaya

biasanya dikendalikan dalam kebuk wasap.

Tutorial

1. Bincangkan perbezaan antara makmal sains dan bilik sains sekolah dari

segi fungsi, susun atur dan kemudahan.

Layari Internet

1. Sila layari internet dan mencari contoh reka bentuk makmal sains di

beberapa sekolah dan bandingkan dari segi reka bentuknya.

20

Page 21: Pengurusan Makmal Sains

(SCE 3112 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber)

Rujukan:

Beng, D.C. & Yahya, M.K. (1982). Panduan makmal sains. Kuala Lumpur: Dewan Bahan dan Pustaka.

Nasir, J. & Zakaria, N. (2001). Panduan makmal sains sekolah. Online 28.10. 2012 http://makmal.8m.com/index.htm

Poh, S. H. (2001). Pedagogi sains 4: Pengurusan makmal dan sumber sains. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

21