27

Click here to load reader

Peranan Guru Sekolah Rendah _ Pembentuk Tingkah Laku

Embed Size (px)

DESCRIPTION

EDU 3083

Citation preview

Peranan Guru Sekolah Rendah

EDU 3083 ASAS KEPIMPINAN & PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU

Disediakan Oleh : Nurisina Felina Binti Mhaykan

Pensyarah Penasihat : Tn. Haji Omar bin Haji Chek Man

Bab 5 : Peranan Guru Sekolah Rendah : Pembentuk Tingkah LakuDefinisi Pembentuk Tingkah LakuMenurut pandangan islam, guru ini diberi oleh Allah kelebihan yang berganda. Hadis Nabi Muhammad bermaksud Bahawa orang yang berilmu harus mengajarkan ilmu pengetahuan kepada orang lain dan pekerjaan mengajar itu amat terpuji.Menurut Imam Al-Ghazali, tingkah laku manusia mempunyai tujuan agama dan kemanusiaan. Menurut Lewis M. Beaker (2001), tingkah laku adalah sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar.Menurut Garry Martin dan Joseph Pear (2003), tingkah laku merangkumi aktiviti, aksi, prestasi, tindakan dan reaksi dari segi teknik, aktiviti melibatkan otot-otot, kalenjar dan aktiviti elektrik oleh setiap organ.Menurut Carl Rogers (1999), individu bertingkah laku adalah apa sahaja yang diperkatakan atau dilakukan oleh individu. Dr. Ragbir Kaur (2005) berkata bahawa setiap guru mesti ada satu sistem pengurusan tingkah laku mengawal kelas, pembelajaran yang sihat dan produktif.Oleh itu, dapatlah disimpulkan bahawa tingkah laku itu adalah satu perbuatan yang dilakukan oleh individu disokong oleh perkataan yang diujarkan sama ada secara sengaja atau tidak sengaja. Peranan guru

Mengamalkan pendekatan model disiplin tegar

Model ini adalah sistem peraturan yang dilaksanakan dalam kelas. Apabila murid melanggar peraturan yang ditetapkan, nama murid akan dipaparkan dan guru memanggil ibu bapa ke sekolah.Nama murid juga akan direkod dan dihantar kepada Guru Besar.Menjelaskan kepada murid-murid berkaitan peraturan dan prosedur di sekolah / bilik darjah

Peraturan yang dibuat perlu ditransformasikan dalam bentuk tulisan atau amalan harian. Murid yang mempunyai kelakuan yang baik, perlulah diberikan sokongan dan pujian.

Membina hubungan positif antara guru dan murid dalam sekolah / bilik darjah

Hubungan yang dibina berlandaskan perasaan kasih sayang.

Guru perlulah sentiasa memberikan pujian yang ikhlas dan tepat kepada murid-murid. Dalam masa yang sama guru boleh menerima pujian daripada muridnya.

Menyampaikan nilai murni dan nilai agama bagi membentuk tingkah laku murid.

Contoh nilai murni ialah tolong menolong, hormat-menghormati, bertolak-ansur dan sebagainya.Contoh nilai agama pula ialah kepercayaan kepada tuhan. Sebagai contoh, murid yang beragama islam tidak boleh meninggalkan solat 5 waktu.

Mempunyai kemahiran strategi dalam pengajaran dan pembelajaranContohnya, guru memilih strategi pengajaran berpusatkan murid yang melibatkan aktiviti pembelajaran secara koperatif (berkumpulan).

Strategi ini dapat meningkatkan peluang pembelajaran untuk diri murid dan rakan serta mewujudkan nilai kerjasama.

Bertanggungjawab dan membentuk tingkah laku murid yang melakukan kesalahanMemberi nasihat yang tepat dan jelas kepada murid yang melakukan kesalahan.Menghukum dengan sesuka hati bukanlah penyelesaian dan amalan pendidikan yang sesuai untuk pendidikan di peringkat sekolah rendah.Hukuman yang membawa kesakitan kepada murid tidak boleh dilaksanakan.

Mengaplikasikan beberapa teknikTeknik pertama : Alat Pengukuran Personal

Teknik kedua : Teknik PencegahanTeknik ketiga : Tindakan Pembetulan

Menggunakan prinsip-prinsip yang perlu dihayati dan diberi perhatianPrinsip PeneguhanJenis-jenis Pemerhatian

Perkara asas dalam pengurusan tingkah laku murid yang perlu diketahui guru Peneguhan

HukumanPrompts

Kiu Kesimpulannya .....Jadilah seorang guru yang bijak dan ikhlas dalam membentuk tingkah laku murid. Sebenarnya guru sendiri yang perlu berkelakuan baik barulah murid mengikut dan membentuk tingkah laku yang baik. Guru yang baik akan memberikan peluang dan ruang untuk murid-murid mengamalkan tingkah laku dengan sokongan dan bimbingan.Sekian, Terima Kasih