12
Page1 Bil.2 JUN 2014 ISSN 2229-9416 PERKHEMAHAN CUTI SEKOLAH PERMATApintar™ - UKM JHU CTY MASUK TAHUN KE-5 Pusat PERMATApintar™ Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia dengan kerjasama Johns Hopkins Universiti Centre for Talented Youth telah menjalankan program Perkhemahan Cuti Sekolah kali ke-5 pada bulan November hingga Disember 2013. Memandangkan bilangan pelajar yang layak untuk mengamil bahagian dalam program PCS ini semakin meningkat setiap tahun, pihak Pusat PERMATApintar™ Negara, UKM telah menjalankan program ini dua kali setahun mengikut sesi cuti sekolah yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Sebanyak 22 kursus berasaskan bidang Fizik, Kimia, Biologi, Matematik dan bahasa telah diberikan kepada pelajar-pelajar yang telah belajar tanpa jemu selama dua minggu untuk menguasai bidang ilmu tersebut. www.ukm.my/permatapintar KANDUNGAN Perkhemahan Cuti Sekolah PERMATApintar™ UKM JHU CTY Masuk Tahun Ke-5 3 Pencarian Pelajar Pintar & Berbakat 4 PERMATApintar™ Global Outreach Program 5 Profil Personaliti Pelajar Pintar Cerdas 8 Permasalahan Sosio-Emosi Pelajar Pintar Cerdas 9 Biasiswa PETRONAS Realisasi Potensi Akademik 316 Pelajar 10 Fasa Ke-3 Pembinaan Kompleks PERMATApintar™ Negara, UKM 11 Teknologi Hijau (Green Technology) merupakan satu kursus yang begitu popular dalam kalangan pelajar-pelajar yang menyertai program PCS. Mereka diajar bagaimana menggunakan bahan- bahan pembinaan yang tidak membahayakan alam sekitar. Mereka juga diajar untuk menggabungkan bahan-bahan tersebut supaya “efficiency” pembinaan dapat dilakukan dengan sebaik mungkin, menjimatkan kos pembinaan dan ianya kekal indah dari segi estatik pembinaan. Lihat halaman 3

PERKHEMAHAN CUTI SEKOLAH PERMATApintar™ - UKM – JHU

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PERKHEMAHAN CUTI SEKOLAH PERMATApintar™ - UKM – JHU

P

age1

Bil.2 JUN 2014 ISSN 2229-9416

PERKHEMAHAN CUTI SEKOLAH PERMATApintar™ - UKM – JHU – CTY MASUK TAHUN KE-5 Pusat PERMATApintar™ Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia dengan kerjasama Johns Hopkins Universiti – Centre for Talented Youth telah menjalankan program Perkhemahan Cuti Sekolah kali ke-5 pada bulan November hingga Disember 2013. Memandangkan bilangan pelajar yang layak untuk mengamil bahagian dalam program PCS ini semakin meningkat setiap tahun, pihak Pusat PERMATApintar™ Negara, UKM telah menjalankan program ini dua kali setahun mengikut sesi cuti sekolah yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Sebanyak 22 kursus berasaskan bidang Fizik, Kimia, Biologi, Matematik dan bahasa telah diberikan kepada pelajar-pelajar yang telah belajar tanpa jemu selama dua minggu untuk menguasai bidang ilmu tersebut.

www.ukm.my/permatapintar

KANDUNGAN

Perkhemahan Cuti Sekolah PERMATApintar™ UKM – JHU – CTY Masuk Tahun Ke-5

3

Pencarian Pelajar Pintar & Berbakat

4

PERMATApintar™ Global Outreach Program

5

Profil Personaliti Pelajar Pintar Cerdas

8

Permasalahan Sosio-Emosi Pelajar Pintar Cerdas

9

Biasiswa PETRONAS Realisasi Potensi Akademik 316 Pelajar

10

Fasa Ke-3 Pembinaan Kompleks PERMATApintar™ Negara, UKM

11

Teknologi Hijau (Green Technology) merupakan satu kursus yang begitu popular dalam kalangan pelajar-pelajar yang menyertai program PCS. Mereka diajar bagaimana menggunakan bahan-bahan pembinaan yang tidak membahayakan alam sekitar. Mereka juga diajar untuk menggabungkan bahan-bahan tersebut supaya “efficiency” pembinaan dapat dilakukan dengan sebaik mungkin, menjimatkan kos pembinaan dan ianya kekal indah dari segi estatik pembinaan.

Lihat halaman 3

Page 2: PERKHEMAHAN CUTI SEKOLAH PERMATApintar™ - UKM – JHU

2 • BITARA • Bil.3 • JUNE 2014

DARI MEJA SIDANG PENGARANG BITARA, Buletin Pusat PERMATApintar™ Negara merupakan satu wadah dan usaha pihak Pusat PERMATApintar™ Negara, UKM untuk membina hubungan antara setiap warga PERMATApintar™ dan pihak umum tanpa mengira peranan yang telah dimainkan oleh setiap individu dalam pelbagai aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tahun lepas. Buletin yang dikeluarkan secara elektronik ini akan memaparkan laporan pelbagai aktiviti yang telah dan akan dijalankan oleh Pusat PERMATApintar™ Negara, UKM. Maklumat sedemikian boleh membantu pelajar, ibu bapa dan juga semua individu yang berminat dengan pendidikan pintar dan berbakat mengikuti perkembangan semasa semua program PERMATApintar™ yang dilaksanakan di UKM. Buletin ini dikeluarkan empat kali setahun. Pelajar, ibu bapa, semua yang terlibat dalam program PERMATApintar™ dan masyarakat umum juga boleh membaca isi kandungan buletin ini melalui lawan sesawang Pusat PERMATApintar™ Negara. Semua pihak juga boleh menyumbang penulisan untuk dimuatkan ke dalam buletin ini dari masa ke semasa. Sila hantarkan penulisan tersebut kepada: Editor BITARA, Pusat PERMATApintar™ Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia, 436000 UKM Bangi, Selangor. Tel: 03-8921 7533/ 7508/ 7510 Faks: 03-8921 7525 E-mel: [email protected] Salam hormat dari kami di Pusat PERMATApintar™ Negara. SELAMAT MEMBACA

PENGURUSAN PUSAT PERMATApintar™ NEGARA Pengarah Prof. Datuk Dr. Noriah Mohd Ishak Ketua Unit Prof. Madya Dr. Mohd. Arif Hj. Ismail Dr. Siti Fatimah Mohd. Yassin Dr. Sakinah Mohammed Puan Rozlina Tan Abdullah Penolong Pendaftar Puan Nurul Ainny Omar Sidang Editor Prof. Datuk Dr. Noriah Mohd Ishak Encik Mohd Shafiz Md Shah BITARA elektronik boleh dicapai di laman sesawang:

www.ukm.my/permatapintar

Page 3: PERKHEMAHAN CUTI SEKOLAH PERMATApintar™ - UKM – JHU

BITARA • Bil.3 • JUN 2014 • 3

PERKHEMAHAN CUTI SEKOLAH PERMATApintar™ - UKM – JHU – CTY MASUK TAHUN KE-5 Antara kursus-kursus yang telah mereka ikuti ialah:

Cryptology

Fast-Paced Biology

Fast-Paced Physics

Mathematical Reasoning

Probability and Game Theory

Crystal and Polymer

Crime Scene Investigation

Ethno- Mathematics

Mathematics for the Universe

Bio-technology

Invention

Robotic

Green Technology

Semua pengajaran telah dijalankan dalam Bahasa Inggeris dari jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang

PCS Jun 2014 sekarang sedang berlangsung selama dua

minggu di Pusat PERMATApintar™ Negara, UKM

Pelajar belajar bagaimana mengesan “finger print” seorang

pencuri – Kursus Crime Scene Investigation.

Pelajar cuba mencari jawapan melalui kaedah eksperimen.

“PCS is all about making learning a fun activity”

Page 4: PERKHEMAHAN CUTI SEKOLAH PERMATApintar™ - UKM – JHU

4 • BITARA • Bil.3 • JUNE 2014

Pada tahun 2013, Pusat PERMATApintar™ Negara sekali lagi telah menjalankan proses pencarian bakat di seluruh Malaysia. Kronologi pencarian bakat yang berlaku adalah seperti berikut:

Ujian PERMATApintar™ UKM1 telah dibuka pada 1 Februari hingga 31 Mei 2013 dan seramai 306,609 orang pelajar telah mencuba ujian tersebut.

Seramai 199,747 orang pelajar telah berjaya menamatkan Ujian PERMATApintar™ UKM1.

Ujian PERMATApintar™ UKM2 telah dijalankan pada 6 Julai hingga 16 Ogos 2013 di 73 pusat ujian seluruh Negara dan dipantau oleh pegawai yang dilantik oleh Pusat PERMATApintar™ Negara, UKM dengan bantuan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Proses pemilihan pelajar telah dilakukan mulai 23 Ogos hingga 3 September 2013

Pengumuman di laman web PERMATApintar™ telah dilakukan pada 6 September 2013

Page 5: PERKHEMAHAN CUTI SEKOLAH PERMATApintar™ - UKM – JHU

BITARA • Bil.3 • JUN 2014 • 5

Pusat PERMATApintar™ Negara, UKM telah menerima bantuan yang sangat baik dari pelbagai pihak terutama dari Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memastikan pelaksanaan Ujian UKM2 berjalan dengan lancar. Setiap Jabatan Pendidikan Negeri telah mencuba sedaya upaya bagi memastikan pelajar-pelajar yang terpilih untuk menduduki Ujian UKM2 dapat hadir semasa ujian tersebut dijalankan. Negeri Johor dan Kelantan mendahului negeri-negeri lain dengan bilangan pelajar seramai 526 dan 460 orang terpilih untuk menduduki Ujian PERMATApintar™ UKM2. Negeri Johor juga telah mendahului negeri-negeri lain dalam bilangan jumlah pelajar yang ditawarkan ke program perkhemahan cuti sekolah 2013. Bilangan keseluruhan pelajar yang telah ditawarkan program ini ialah 599 orang pelajar. Jumlah ini merupakan 0.2% keseluruhan jumlah pelajar yang telah mengambil Ujian PERMATApintar™ UKM2. Syabas pelajar-pelajar pintar yang terpilih ke perkhemahan cuti sekolah 2013. Bilangan keseluruhan pelajar yang telah ditawarkan program ini ialah 599 orang pelajar. Jumlah ini merupakan 0.2% keseluruhan jumlah pelajar yang telah mengambil Ujian PERMATApintar™ UKM2. Syabas pelajar-pelajar pintar yang terpilih.

UKM1 UKM2 PCS

2010

-SR

PCS

2010

-SM

JOHOR 26,357 526 38 58

KEDAH 13,711 229 3 21

KELANTAN 23,890 460 24 25

MELAKA 9,513 116 10 12

NEGERI SEMBILAN 5,066 146 4 31

PAHANG 7,883 186 14 24

PERAK 29,566 235 22 38

PERLIS 7,129 100 3 8

PULAU PINANG 12,433 187 13 35

SABAH 6,203 264 4 13

SARAWAK 10,685 214 10 23

SELANGOR 3,978 187 22 30

TERENGGANU 31,076 388 15 28

WP

KUALA LUMPUR

9,097 250 29 28

WP LABUAN 797 9 0 0

WP PUTRAJAYA 2,363 33 2 12

199,747 3,530 213 386

Jadual 1: Pecahan Bilangan Pelajar Mengikut Negeri

PERMATApintar™ GLOBAL OUTREACH PROGRAM

The PERMATApintar™ Global Outreach Program was established in 2014 to provide different learning experiences for our PERMATApintar™ students. The program encompasses many activities including student exchange programs with gifted schools around the world, conferences and seminars on research and innovation, summer/volunteer camps in United Kingdom, United States and Europe, leadership summit, robotic competitions and benchmarking program.

Page 6: PERKHEMAHAN CUTI SEKOLAH PERMATApintar™ - UKM – JHU

6 • BITARA • Bil.3 • JUNE 2014

Our first activity for this year was the student exchange program between Pusat PERMATApintar™ Negara, UKM and Sir Karl Popper Shule, a gifted school in Vienna, Austria. A student from Sir Karl Popper Shule, Marie Fletchner came to PERMATApintar™ on January 8, 2014. She stayed for one month at Pusat PERMATApintar™ Negara, UKM, went to all the classes and ate all the hot food served at the cafeteria. Marie‟s roommate was Nadia Athirah binti Ahmad Nazair and her stay was hosted by Mdm. Rozlina Tan Abdullah. Aside from learning Physics, Chemistry and Mathematics, Marie also learn to communicate in Bahasa Malaysia and taught the PERMATApintar™ students German, her national language. Marie was taken to Kuala Lumpur for city tour and Malacca for a different cultural experience. In exchange, two of our PERMATApintar™ students, Nadia Athirah binti Ahmad Nazair and Rizq Afzareen Afdlin bin Rozaidi went back with Marie to Vienna and attended the Sir Karl Popper Shule for one month, from February 9, 2014 to March 10, 2014. Rizq and Nadia were chaperoned by our lecturer, Professor Datin Dr. Siti Rahayah Ariffin who lives in Vienna.

Marie with Nadia and Mdm. Rozlina Tan Abdullah – upon arrival at KLIA.

Marie and her PERMATApintar™ classmate of 2014.

May 31, 2014, three PERMATApintar™ students, Abul Munzeer bin Mohd Isa, Ahmad Nur Afieq bin Idrus and Muhammad Hisyam bin Saiful Hakimi, flew to Marburg, Germany to attend a Volunteer Work Camp for two weeks. Another group of students, Karthigeyan a/l Mohhan, Manesha Thiyagarajan and Rowenna Renee anak Rigen will fly to the same work camp on June 28, 2014. The objectives of this Volunteer Work Camp are twofold: to develop citizen of the world who are sensitive to their living environment and the wellbeing of others, and to learn the German language by immersing themselves in the German culture. During the two-week camps, these students do voluntary work with students from other countries and attend German Language classes three times a week. They have to cook their own food, clean their own living quarters, arrange their daily tight schedules, and teach little children German language. The students were selected based on their German language competency. The camp rule is that the students must communicate in German at all time.

Abul Munzeer selfie with his Marburg Camp team from 10 different countries.

Our students were only supplied with a pillow to sleep on. They have to learn to manage their life and make it

comfortable.

Page 7: PERKHEMAHAN CUTI SEKOLAH PERMATApintar™ - UKM – JHU

BITARA • Bil.3 • JUN 2014 • 7

The Dunman High Model ASEAN Plus Summit in Singapore, June 3, 2014 to June 7, 2014, received participation from five PERMATApintar™ students, Rahazimah Al Zahrah binti Abu Bakar Sadiqin, Kasdi Nata bin Sujono, Mohd Firdaus bin Yaacob, Arathi Jeyaratnam, Athira Nair a/p Surendran and Karthigeyan Mohhan. Their departure to Singapore was accompanied by our English Language instructor, Madam Siti Noor Diana Kamaruddin. These students participated in debates, quizzes, elocutions and round-table discussions during the five-day summit. Rahazimah, our star of the Dunman High Model ASEAN Plus won the Verbal Recommendation Award for being the most verbal participant during the closing ceremony.

Our Dunman High Model ASEAN Plus Summit 2014 team.

Rahazimah and her debate competitors at the summit.

Aiman Syakirin, Ahmad Azfar Azhar at KLIA Airport with Dr. Azizah, Prof. Datuk Dr. Noriah (Director of Pusat

PERMATApintar™ Negara, UKM) and Aiman’s parents before departure.

King Abdulaziz & his Companions‟ Foundation for Giftedness and Creativity “MAWHIBA” invited four PERMATApintar™ students to join their residential summer program at ARAMCO, Dhahran, Saudi Arabia. This program offers courses such as Fast-Paced High School Physics, Principles of Engineering, Cryptology, and Chemistry in Society to help gifted and talented students accelerate their understanding in STEM. Pusat PERMATApintar™ Negara, UKM is represented by Aiman Syakirin bin Zaidun, Ahmad Azfar Azhar bin Adnan, Khairul Ain binti Kamarurudin and Anis Atiqah binti Jasmani, chaperoned by a lecturer, Dr. Azizah Mohd Zahidi. The summer program runs for three weeks, from June 7, 2014 until June 27, 2014. Students‟ selection was done based on their academic standing, their competency to communicate in Arabic and English and result from their essay competition.

Another one of our student, Ng Yew Yang will attend the Kingdom Education Summer Program at Oxford and York University, United Kingdom from July 3, 2014 to July 17, 2014. Apart from that, six PERMATApintar™ students, Amir Fikri bin Abdul Khalil, Izzat Zuhailee bin Abd Hamid, Nur Alia binti Mohd Meliki, Mohamad Danial bin Mohd Firdaus, Muhammad Farhan bin Roslan and Nur Hanisah binti Ismail, together with our Biology instructor, Miss Ong Sy Ing, will attend and participate in the 28th Caretakers of the Environment International (CEI) Conference in Yilan,Taiwan from July 6, 2014 to July 12, 2014.This is followed by another two PERMATApintar™ students, Achmad Bakhtiar bin Yuni and Inderjit Kaur a/p Manjit Singh who will take part in the London International Youth Science Forum in London, England from July 23, 2014 to August 13, 2014.

All in all, PERMATApintar™ Global Outreach Program is a platform for students to shine in the world map.

Page 8: PERKHEMAHAN CUTI SEKOLAH PERMATApintar™ - UKM – JHU

8 • BITARA • Bil.3 • JUNE 2014

PROFIL PERSONALITI PELAJAR PINTAR CERDAS Dalam konteks pelajar pintar cerdas, pelbagai pendapat diutarakan oleh kalangan sarjana yang menjalankan kajian dalam pelbagai dimensi berbeza. Ini mendorong kepada kewujudan pelbagai dapatan yang merumuskan kepelbagaian profil personaliti kumpulan pelajar ini. Sebagai contoh, Mischel (1999) mentafsirkan konsep personaliti sebagai organisasi dinamik sistem psikofizikal setiap individu yang menentukan tingkah laku dan pemikiran. Manakala Mohd Zuri, Rahimi, Nik Rosila dan Aznan (2008) pula merumuskan personaliti sebagai satu entiti yang merangkumi elemen pemikiran, persepsi, nilai, sikap, watak, keupayaan, kepercayaan, kecerdasan, motivasi dan rutin kebiasaan. Sementara itu, Piirto (1999) secara jelas merumuskan bahawa terdapat 17 ciri personaliti pelajar pintar cerdas dan berbakat iaitu :

• kreatif, • berimaginasi, • mempunyai pandangan yang mendalam, • intuitif, • keterbukaan, • keamatan dalam tingkah laku, • amat menyukai kerjanya, • perseptif, • mendesak, • berani mengambil risiko, • berdisiplin kendiri, • mempunyai kecekapan kendiri, • cara berfikir mirip kedua-dua gender, • tabah berusaha, • amat mementingkan kesempurnaan, • toleransi terhadap sesuatu yang tidak pasti, • mempunyai kemahuan yang kuat.

Disamping itu, sejumlah penyelidik turut berkongsi pandangan bahawa golongan pelajar pintar cerdas mempamerkan ciri-ciri khas bukan sahaja dalam aspek personaliti, malahan juga aspek-aspek tingkah laku dan pemerosesan kognitif (Bee 1997; Kyle 1998; Mills 1993; Piirto 1999; Rosadah 2004).

Satu kajian lyang dijalankan oleh Eysenck dan Cookson (1961) mendapati kelompok pelajar dengan kecerdasan tinggi adalah berpersonaliti ekstrovert. Kajian yang dijalankan Che Mah dan Mariani (2001) turut mendapati pelajar pintar cerdas sering dikaitkan dengan ciri personaliti ekstrovert seperti suka bergaul, cepat mengeluarkan pendapat, mudah mesra, kreatif dan lebih bersikap terbuka. Namun, pandangan ini disangkal oleh Dunn, Dunn dan Perrin (1989) serta Williams (1992) yang berpendapat bahawa pelajar pintar cerdas adalah merupakan individu dengan profil personaliti introvert. Pendapat ini turut disokong oleh kajian Mills (1993) serta Mills dan Parker (1998) yang menyatakan subjek kajian mereka menunjukkan kecenderungan berada dalam kategori introvert. Walau bagaimanapun, satu kajian tempatan yang dijalankan oleh Mohd Zuri, Rahimi, Nik Rosila dan Aznan (2008) pula mendapati bahawa adalah sukar untuk mengklasifikasikan personaliti pelajar pintar cerdas – sama ada ekstrovert ataupun introvert – kerana setiap seorang daripada mereka adalah unik dan memiliki profil tersendiri. Mills (1993) menyatakan bahawa pelajar pintar cerdas dalam akademik mempunyai personaliti yang berbeza daripada pelajar lain. Natijahnya, kepelbagaian profil personaliti setiap pelajar pintar cerdas ini menuntut agar semua pihak yang terlibat dalam pengurusan pendidikan mereka mengiktiraf keunikan setiap individu, supaya setiap keperluan pendidikan mereka yang berbeza dapat dipenuhi dengan sewajarnya. Keunikan yang dimiliki oleh pelajar ini iaitu kelebihan intelektual yang jauh mengatasi rakan sebaya akan menjurus mereka ke arah berhadapan dengan pelbagai isu yang bakal mencetuskan konflik sosio emosi dalam kehidupan seharian mereka, sekiranya tidak ditangani dengan sebaik-baiknya.

Page 9: PERKHEMAHAN CUTI SEKOLAH PERMATApintar™ - UKM – JHU

BITARA • Bil.3 • JUN 2014 • 9

PERMASALAHAN SOSIO-EMOSI PELAJAR PINTAR CERDAS Ng dan Sandiyao (2005) menyatakan bahawa isu yang lazimnya mencetuskan masalah sosio-emosi di kalangan pelajar pintar cerdas seringkali berpunca dari dua sumber iaitu sifat unik yang dimiliki setiap individu pintar cerdas dan faktor persekitaran. Perincian isu-isu bagi setiap kategori dinyatakan dalam Jadual 2.

SIFAT UNIK DIRI FAKTOR PERSEKITARAN

Konsep Kendiri Masalah komunikasi Fobia Diskriminasi Perkembangan nilai Masalah keluarga Keupayaan tidak seimbang Masalah penyesuaian Masalah kemahiran sosial Pandangan orang lain Mengembangkan potensi

Jadual 2: Kategori masalah sosio-emosipelajar pintar cerdas.

Dalam penulisannya yang lain, Ng (2005) telah memperkembangkan klasifikasi permasalahan sosio-emosi pelajar pintar cerdas kepada enam kategori dengan perincian ciri bagi setiap kategori dipaparkan dalam Jadual 3.

BIL KATEGORI CIRI-CIRI

1. Interpersonal Masalah dalam perhubungan dengan rakan, guru dan ahli keluarga

2. Fizikal gangguan kesihatan (tidur, rehat dan diet)

3. Personaliti kebosanan, sikap sinis dan egosentrik, serta mengalami kekecewaan sosial

4. Pembelajaran tumpuan sempit hanya kepada perkara diminati, perkembangan tidak seimbang

5. Keyakinan diri tidak seimbang pada sebilang masa, hilang arah tuju, enggan mencuba kerana takut gagal

6. Tabiat susah bertindak, terburu-buru, tidak produktif, suka menyalahkan diri dan mengadu.

Jadual 3: Kategori dan ciri masalah sosio-emosi pelajar pintar

Permasalahan yang membelenggu kehidupan pelajar pintar kebiasaannya berkisar dalam dimensi psikologi dan sosial. Dari perspektif psikologi, mereka sering berhadapan dengan isu emosi dan tingkah laku yang menjejaskan perkembangan emosi yang sihat. Manakala dalam konteks sosial pula mereka lazimnya terjebak dalam konflik interaksi dan perhubungan dengan individu yang memiliki perkaitan secara langsung atau tidak dalam kehidupan seperti ahli keluarga, guru dan rakan sebaya. Konflik sosial yang dialami oleh pelajar pintar cerdas ini dizahirkan secara nyata dalam persekitaran pembelajaran. Antara sikap dan tingkah laku negatif yang sering ditunjukkan adalah kecenderungan menimbulkan masalah di sekolah seperti tidak memberi kerjasama, malas, sukar untuk fokus, gagal berinteraksi dengan baik sesama rakan sebaya, bertengkar, bergaduh dan menunjuk-nunjuk kebolehan. Dalam erti kata lain, pelajar pintar cerdas kebiasaannya dilihat cuba mendapatkan penerimaan sosial dengan cara yang sering meninggalkan kesan negatif kepada masyarakat sekelilingnya. Dalam aspek psikologi pembelajaran pula, pelajar pintar cerdas memiliki ciri seperti sifat kesempurnaan melampau (perfectionism), takut menghadapi kegagalan dan kemurungan. Ciri-ciri ini biasanya akan memberi bebanan kepada diri mereka dalam pelbagai bentuk dan keadaan, malahan juga menimbulkan tekanan kepada guru dalam proses pengajaran. Sebagai contoh, sifat perfectionism mereka bukan sahaja akan melambatkan pelaksanaan sesuatu tugasan, tetapi juga selalu mendorong mereka untuk mencabar pengajaran guru dengan pelbagai cara. Tindakan sinis ini dilihat sebagai reaksi kebosanan mereka kepada sistem pendidikan yang dirasakan kurang mencabar. Situasi ini bertepatan dengan apa yang dinyatakan oleh Davis dan Rimm (1998) iaitu kebanyakan pelajar pintar cerdas bersikap dingin (apathetic) kerana mereka merasa kecewa dengan persekitaran sekolah, dan disokong oleh Gallagher dan Gallagher (1994) yang menggariskan lima cabaran/masalah yang sering dihadapi pelajar pintar cerdas dalam institusi pendidikan iaitu:

1. Mendapatkan tugasan pembelajaran yang mencabar di sekolah;

2. Bersabar dengan orang yang tidak sepintarnya;

3. Mengelakkan sikap sinis/negatif terhadap autoriti;

4. Menentang kecenderungan mengasingkan diri; dan

5. Mengelakkan pembentukan sikap suka menipu dan memanipulasikan orang lain.

Page 10: PERKHEMAHAN CUTI SEKOLAH PERMATApintar™ - UKM – JHU

10 • BITARA • Bil.3 • JUNE 2014

Kesimpulannya, pelajar pintar cerdas adalah sekelompok individu yang bukan sahaja berfikir secara berbeza tetapi juga memiliki perasaan berbeza jika dibandingkan dengan rakan sebaya mereka. Sehubungan itu, mereka terdedah kepada pelbagai isu sosio-emosi dalam kehidupan. Antara isu sosio-emosi itu ialah perasaan sensitif dan rasa keterasingan (isolation) melampau, tahap daya saing (competitiveness) dan kesempurnaan (perfectionism) yang tinggi, kesukaran berinteraksi dan membina perhubungan dengan ahli keluarga dan rakan sebaya, pemilikan konsep kendiri serta kemahiran sosial yang rendah. Hakikat ini secara tidak langsung berpotensi memberikan tekanan kepada kehidupan seharian mereka. Sekiranya tekanan ini mampu ditangani dengan baik, pelajar pintar cerdas ini akan berupaya menyesuaikan diri dalam persekitaran sosial kehidupan dan seterusnya menjalani kehidupan dengan harmoni dan selesa.

Walau bagaimanapun, sekiranya mereka gagal, ia berkemungkinan akan menjurus kepada kemungkinan untuk mensia-siakan anugerah yang dimiliki dalam pelbagai situasi negatif seperti kegagalan meneruskan kecemerlangan ataupun penglibatan dalam gejala kurang sihat sebagai reaksi kepada ‟pemberontakan‟ emosi yang mereka alami. Justeru, dalam sesebuah organisasi atau institusi pendidikan yang terlibat secara langsung menguruskan program untuk pelajar pintar cerdas, keperluan menyediakan elemen sokongan psikologi dan sosial yang baik adalah sangat tinggi, bagi memastikan usaha melahirkan generasi pelajar pintar cerdas yang seimbang dalam aspek intelek, emosi dan sahsiah mampu dicapai sebaik mungkin.

BIASISWA PETRONAS REALISASI POTENSI AKADEMIK 316 PELAJAR

Pada 8 Jun 2014, PETRONAS telah menganugerahkan biasiswa kepada 316 pelajar lepasan SPM bagi melanjutkan pendidikan tinggi mereka di universiti terkemuka di dalam dan luar negara menerusi Program Penajaan Pendidikan PETRONAS (PESP) dengan nilai keseluruhan sekitar RM100 juta. Naib Presiden Kanan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan PETRONAS, Raiha Azni Abd Rahman berkata,”Sejak ditubuhkan pada 1974, PETRONAS melihat pendidikan dan pembangunan modal insan sebagai salah satu elemen penting yang dapat menyokong pertumbuhan PETRONAS. Oleh itu, PETRONAS melaksanakan PESP dengan tujuan membantu pelajar-pelajar yang berbakat dengan cara memberikan peluang untuk merealisasikan potensi akademik mereka. Usaha ini telah memberi manfaat kepada PETRONAS dan juga negara kerana ianya turut meningkatkan bilangan bakat-bakat mahir dalam pelbagai bidang dan disiplin ilmu di negara ini.

Raiha menambah PETRONAS berharap para penerima biasiswa dapat menggunakan peluang yang telah diberi dengan sebaik mungkin dan seterusnya berkongsi pengetahuan yang telah diperolehi demi kebaikan syarikat dan negara.

Biasiswa tersebut disampaikan olah Menteri Pendidikan II Malaysia, Dato‟ Seri Idris Jusoh pada satu majlis di Dewan Canselor Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) di Tronoh, Perak. Antara 316 penerima adalah 15 pelajar Program PERMATApintar Negara, iaitu sebuah inisiatif kerajaan Malaysia bagi membangunkan potensi kanak-kanak berkebolehan istimewa dan berbakat luar biasa yang berumur lapan hingga 15 tahun. Daripada jumlah keseluruhan, 148 penerima akan melanjutkan pendidikan mereka di universiti-universiti di Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia dan Kanada manakala penerima lainnya akan melanjutkan pendidikan di UTP. Di bawah PESP, PETRONAS akan memberikan tajaan daripada program persediaan hingga peringkat ijazah pertama. Sejak dilancarkan pada tahun 1975, PESP telah memberi manfaat kepada hampir seramai 21,000 pelajar di seluruh negara dengan nilai pelaburan keseluruhan setakat ini berkisar RM2.8 billion. Dalam proses pemilihan penerima, PETRONAS telah menentukan piawaian ketat berdasarkan merit yang merangkumi kecemerlangan akademik, prestasi dalam bidang kokurikulum dan daya kepimpinan serta latar belakang sosioekonomi. Selain daripada PESP, PETRONAS turut menjalankan program bakti masyarakat yang menitikberatkan usaha meningkatkan pencapaian akademik pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah yang kurang cemerlang dan berasal daripada keluarga kurang mampu menerusi Program Sentuhan Ilmu PETRONAS (PISP).

Page 11: PERKHEMAHAN CUTI SEKOLAH PERMATApintar™ - UKM – JHU

BITARA • Bil.3 • JUN 2014 • 11

PEMBINAAN KOMPLEKS PERMATApintar™ NEGARA, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA KINI MEMASUKI PEMBINAAN FASA KE-3 Kompleks PERMATApintar™ Negara telah diserahkan secara rasminya kepada Pusat PERMATApintar™ Negara, UKM pada 10 April 2014. Kompleks yang terletak di atas tanah seluas 22 ekar itu telah dibina mengikut beberapa fasa. Fasa pertama merangkumi bangunan pentadbiran, kafeteria, dewan serbaguna, blok pembelajaran dan blok makmal. Fasa kedua pula merangkumi 2 blok asrama lelaki, 2 blok asrama perempuan, dewan makan serta tambahan blok pembelajaran dan blok makmal. Kini, pembinaan Kompleks PERMATApintar™ Negara telah memasuki pembinaan fasa ketiga. Kos pembinaan fasa ini ditanggung sepenuhnya oleh Yayasan Albukhary dan merangkumi pembinaan sebuah auditorium dan kompleks sukan yang dilengkapi dengan kolam renang dan padang bola sepak.

Auditorium dibina bersebelahan bangunan pentadbiran bakal menjadi mercu tanda terbaru Kompleks PERMATApintar™

Negara.

Astaka di padang bola sepak mampu memuatkan 300 orang

penonton.

Kolam renang pada ketika ini sedang diuji tahap

keberkesanan untuk menampung air.

Page 12: PERKHEMAHAN CUTI SEKOLAH PERMATApintar™ - UKM – JHU

12 • BITARA • Bil.3 • JUNE 2014

LAGU ANAK PERMATApintar™ NEGARA Anak adalah anugerah Tuhan Yang lahir dengan kasih sayang Anak PERMATA cahaya hidup Bakal berkilau di masa hadapan Kami dicari seluruh Malaysia Dengan segala usaha yang payah Bersama sahabat yang memahami Serta guru yang mendampingi KORUS Belajar kami terus belajar Berusaha kami terus berusaha Menjadi warga pintar Demi mencapai cita-cita negara Memenuhi impian pemimpin Bangsa SATU MALAYSIA Kami teroka pelbagai penjuru Kami cipta mencari yang baru Jadi anak bitara bangsa Pintar, luhur, berhemalijujur Kami disaji pelbagai program Yang menguji dan mencabar minda Kami diasuh menjadi kreatif Agar minda lebih inovatif KORUS Belajar kami terus belajar Berusaha kami terus berusaha Membentuk diri sendiri Demi mencapai cita-cita negara Menjadi warga pintar dunia Impian SATU MALAYSIA Bukan sahaja mengenal buku Kami diasuh hormati ilmu Jadi pemikir beradab cermat Bijaksana pula mencapai matlamat Kami anak PERMATApintar™ Bagai khazanah yang perlu digilap Agar kilauan membenih bakti Kepada Negara yang dicintai Gubahan Muzik: Dato’ Johari Salleh Senikata: Prof. Datuk Dr. Noriah Mohd Ishak / Dr. Mawar Safei/ Pn. Aliza Alias

SUDAH TERBIT

THE ROUTLEDGE INTERNATIONAL HANDBOOK OF INNOVATION EDUCATION The Worldwide Interest in Developing Innovators: The case of the Center for Talented Youth (United States) and PERMATApintar™ (Malaysia) 2013

Pusat PERMATApintar™ Negara, UKM: Bangi Center for Talented Youth, JHU ISSN 978-0-415-68221-3 (kulit keras) 632 HALAMAN. Noriah Mohd. Ishak Julian Jones

The Johns Hopkins University Center for Talented Youth (CTY) identifies and nurtures high ability pre-university youth. Although it has received considerable academic recognition worldwide over its 32-year history, international attention has broadened in the last four years to include CTY‟s economic development potential. This interest appears to have been encouraged by research that connects innovation with a nation‟s successful shift into knowledge-intensive industries. Malaysia was the first major adapter of the CTY approach to integrate education of highly gifted youth into plans for economic transformation. This chapter discusses Malaysian government and university interest in deepening the pool of youthful genius to encourage economic growth, generally, and the knowledge economy, in particular. It also describes how CTY helped establish the Malaysian version of CTY at the Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). The success to date of the Malaysian model called PERMATApintar™ („Gifted Gem”) is considered as well.

Pembelian/ Pesanan:

Pusat PERMATApintar™ Negara, UKM Tel: 03-8921 7503

E-mel: [email protected]