8
RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA KSSR TAHUN 4 Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Kelas 4 Tekun Tarikh / Hari 26 Februari 2015 / Khamis Bilangan Murid 25 Orang Masa 8 : 45 hingga 9 : 45 pagi Tema 1. Aktiviti Keluarga Unit 3 Tajuk Melancong Dengan Keluarga Standard Kandungan 1.3 Mendengar, memahami dan memberi respons terhadap sesuatu arahan, soalan dan pesanan yang didengar dengan betul. Standard Pembelajaran 1.3.3 Mendengar, memahami dan memberikan respons dengan menyampaikan pesanan yang betul mengikut urutan. Objektif Pada akhir sesi pengajaran pembelajaran ini murid dapat : 1. Menyampaikan pesanan dengan betul mengikut urutan. 2. Menyampaikan pesanan yang betul mengikut urutan berdasarkan kad yang diberi. 3. Menulis ayat tunggal berdasarkan gambar. Sistem Bahasa Tatabahasa : ayat seruan Pengisian Kurikulum Ilmu : Kajian Tempatan / sejarah Nilai : Bekerjasama EMK : TMK KB : Menjana Idea BCB : Mendengar dengan berkesan , mencatat nota , mengingat TKP : Intrapersonal Kepelbagaian Sumber 1

Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu KSSR Tahun 4

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Contoh Rancangan Pengajaran Bahasa Melayu Tahun 4 KSSR

Citation preview

RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIAKSSR TAHUN 4Mata Pelajaran Bahasa Malaysia

Kelas 4 Tekun

Tarikh / Hari 26 Februari 2015 / Khamis

Bilangan Murid 25 Orang

Masa 8 : 45 hingga 9 : 45 pagi

Tema1. Aktiviti Keluarga

Unit 3

Tajuk Melancong Dengan Keluarga

Standard Kandungan 1.3 Mendengar, memahami dan memberi respons terhadap sesuatu arahan, soalan dan pesanan yang didengar dengan betul.

Standard Pembelajaran 1.3.3 Mendengar, memahami dan memberikan respons dengan menyampaikan pesanan yang betul mengikut urutan.

Objektif Pada akhir sesi pengajaran pembelajaran ini murid dapat :1. Menyampaikan pesanan dengan betul mengikut urutan.2. Menyampaikan pesanan yang betul mengikut urutan berdasarkan kad yang diberi.3. Menulis ayat tunggal berdasarkan gambar.

Sistem Bahasa Tatabahasa : ayat seruan

Pengisian KurikulumIlmu : Kajian Tempatan / sejarahNilai : BekerjasamaEMK : TMKKB : Menjana IdeaBCB : Mendengar dengan berkesan , mencatat nota , mengingatTKP : Intrapersonal

Kepelbagaian Sumber1. LCD2. Komputer3. Gambar 4. Lembaran Kerja

Pengetahuan Sedia ada1. Murid pernah melawat , melancong tempat-tempat menarik bersama keluarga.2. Murid pernah menonton tempat-tempat menarik di Malaysia.3. Murid pernah melihat gambar-gambar tempat pelancongan di Malaysia.

Langkah /Masa

Isi KandunganAktiviti PembelajaranCatatan

Set induksi5 minit

1. Gambar-gambar tempat menarik di Malaysia.

2. Soalan i. Dimanakah gambar ini diambil ?

ii. Siapa pernah melawat ke tempat-tempat tersebut. ?

iii. Apakah kaitan antara gambar-gambar tersebut ?

1. Guru menayangkan Slaid Power Point gambar tempat-tempat menarik di Malaysia.

2. Murid menyatakan tempat tempat gambar tersebut.

3. Guru mengaitkan tema / tajuk pembelajaran yang akan dipelajari.

Gambar

Pembelajaran kontekstual

Kecerdasan pelbagai visual ruang

Langkah 1

15 minit

1. Tayangan video http://you.be/BFo6b4yhh4w

2. Mendengar tempat- tempat pelancongan di Kedah

3. Mencatat nota1. Guru menayang video tempat-tempat menarik di Kedah.

2. Guru meminta murid mendengar secara lagu dan mencatat nota tempat menarik

3. Guru bersoal jawab dengan murid berkaitan tempat-tempat menarik.

4. Murid menyatakan tempat-tempat menarik yang pernah dilawati di Malaysia.

5. Guru membimbing murid yang lemah dalam menyatakan idea dan pendapat.

Kemahiran belajar cara belajar

Sistem bahasa

Sebutan dan intonasi

Langkah 2

15 minit1. Gambar-gambar tempat menarik dan tempat pelancongan

1. Guru bersoal jawab dengan murid berkaitan gambar , apa yang dapat dilihat , kenapa tempat tersebut menarik , dan lain-lain lagi

2. Murid menyatakan kebaikan aktiviti melancong bersama keluarga.

3. Guru membimbing murid menjawab soalan secara lisan.

4. Murid menjawab soalan secara lisan dalam bentuk ayat yang mudah dengan menggunakan struktur ayat yang betul.

KBKK

Merumus

Sistem bahasa

Kosa kataBina ayat

Verbal linguistik

Langkah 3

10 minitAktiviti Kumpulan

1. Membina 5 ayat berdasarkan situasi dalam gambar1. Guru membahagikan murid kepada 5 kumpulan kecil.

2. Guru mengedarkan gambar kepada setiap kumpulan dan meminta murid-murid membina ayat tunggal berdasarkan situasi yang ditunjukkan dalam gambar secara perbincangan kumpulan.

3. Guru meminta wakil setiap kumpulan untuk membaca ayat yang telah dibina berdasarkan gambar yang diedarkan.

4. Guru membimbing murid membina ayat dengan betul dan memperbaiki kesilapan dan kesalahan pembinaan ayat.

Kecerdasan Pelbagai

Kemahiran interpersonal

Kemahiran belajar cara belajar

Memberi ulasan

Langkah 4

10 minit

1. Pengukuhan

2. Lembaran kerja1. Guru mengedarkan gambar situasi pemandangan kawasan pelancongan.

2. Murid membina 5 ayat berdasarkan situasi pada gambar secara individu.

3. Guru membimbing murid lemah dalam membina ayat secara individu dan secara kelas.

Kemahiran verbal linguistik

Membina ayat

Penutup

5 minitRumusan

1. Menulis ayat hanya berdasarkan situasi yang digambarkan.

2. Menjaga kebersihan alam sekitar dan menjaga khazanah pelancongan Malaysia. 3. Guru meminta murid-murid membuat rumusan pembelajaran.

4. Guru merumus selain isi pelajaran yang dipelajari kita juga hendaklah menjaga alam sekitar supaya sentiasa terjaga.

Pembelajaran Kontekstual-

Menghubung-kan pembelajaran dengan kehidupan luar.

Dalam penulisan rancangan mengajar ini pelbagai faktor perlu di ambil kira untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung itu amat berkesan kepada khalayak murid. Menurut Akhiar Paidi dan Shamsina Shamsudin ( 2009 ) terdapat dua perancangan pelajaran iaitu peringkat strategik dan peringkat pelaksanaan. Peringkat strategik melibatkan perancangan jangka panjang seperti membina rancangan tahunan. Manakala peringkat pelaksanaan melibatkan perancangan pengajaran harian.Reka bentuk pengajaran merupakan keupayaan seorang guru menggunakan pengalaman , kemahiran dan pengetahuan untuk diselaraskan dengan persekitaran agar sesuai digunakan untuk mencapai matlamat dan objektif sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Model pengajaran pula merupakan rangka kerja untuk melaksanakan pengajaran menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang disusun atur untuk mencapai objektif atau hasil pembelajaran. Model pengajaran boleh dijadikan alat yang berkesan untuk merancang proses perkembangan pengajaran daripada unit-unit kecil menjadi satu konsep keseluruhan daripada mudah kepada kompleks.Dalam penulisan rancangan pengajaran harian ini memfokuskan standard kandungan dan standard pembelajaran berasaskan kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur. Strategi yang digunakan dalam penulisan rancangan mengajar ini adalah berpusatkan bahan. Manakala kedah pengajaran menggunakan Kaedah Natural dan mengaplikasikan Teknik Bercerita.Murid-murid dibekalkan dengan pelbagai gambar tempat-tempat pelancongan di Malaysia untuk mendedahkan mereka bahawa Malaysia mempunyai banyak tempat yang menarik untuk aktiviti pelancongan bersama keluarga. Video lagu mai cek mai cek kita ke negeri Kedah merupakan rangsangan kepada murid melalui seni kata lagu yang mengandungi banyak tempat-tempat pelancongan di negeri Kedah. Murid-murid perlu mendengar dengan baik untuk menyatakan tempat-tempat yang disebutkan di samping aktiviti di tempat berkenaan. Contohnya air gamat di Langkawi , ada mesin padi menggambarkan Kedah sebuah negeri pengeluar padi terbesar di Malaysia. Kemahiran mendengar yang diaplikasikan dalam lagu tersebut dapat membantu murid meningkatkan deria pendengaran mereka agar mendengar dengan penuh teliti dan bertanggungjawab.Dalam aktiviti melihat gambar-gambar tempat pelancongan yang diedarkan murid-murid menjana idea berdasarkan pemerhatian mereka. Berdasarkan gambar-gambar yang diedarkan murid-murid seharusnya bersedia dengan soalan-soalan yang bakal ditanya oleh guru. Peringkat ini murid-murid mengumpul idea-idea berdasarkan pengalaman mereka sama ada pernah melancong atau berdasarkan pengalaman rakan-rakan yang pernah melancong. Dalam sesi penyoalan guru , murid-murid akan memberi pendapat mereka. Secara tidak langsung kemahiran bertutur di kalangan murid-murid dibina. Di samping itu penyoalan yang tidak memerlukan jawapan yang tepat seperti menjawab soalan kefahaman ,dapat memberi keselesaan kepada murid untuk berkomunikasi. Murid bebas menyatakan pengalaman dan pemerhatian mereka. Situasi pembelajaran yang lebih santai dapat diwujudkan. Keadaan ini akan dapat menarik minat mereka untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung.Di samping mendengar dan bertutur , murid-murid juga dikehendaki membina ayat tunggal berdasarkan bahan-bahan yang dibekalkan. Dalam aktiviti ini murid-murid tidak menghadapi masalah kerana sebelum menulis , perbincangan tentang gambar telah diadakan. Kesalahan dan kesilapan dalam membina ayat telah diperbetulkan semasa aktiviti kumpulan diadakan. Penulisan merupakan suatu aktiviti yang perlu dijalankan walaupun fokus utama dalam sesi pengajaran pembelajaran menekankan kemahiran mendengar dan bertutur. Ini kerana melalui aktiviti penulisan segala aktiviti kemahiran mendengar dan bertutur dapat diperkukuhkan lagi.Namun dalam penulisan rancangan mengajar ini juga terdapat kelemahan-kelemahan yang dapat membantutkan pencapaian objektif pengajaran . Antaranya dari aspek bahan yang disediakan , sekiranya murid-murid tidak mempunyai pengalaman melancong mungkin agak sukar bagi mereka mengeluarkan idea atau pendapat. Oleh yang demikian gambar-gambar sekitar dengan murid juga perlu digunakan untuk memberi peluang kepada mereka menyatakan pendapat , meluahkan idea dan sebagainya lagi.Murid-murid yang mempunyai keyakinan diri yang rendah mungkin tidak mengambil bahagian secara aktif sekiranya mereka tidak mempunyai pengalaman keluar jauh dari rumah. Oleh yang demikian guru perlu membimbing mereka dalam menyatakan idea, pendapat dan jawapan yang sepatutnya dalam sesi soal jawab.Dari aspek penyediaan bahan pula guru perlu mengambil masa untuk mengumpul bahan-bahan berkaitan dengan pengajaran yang dirancang. Gambar-gambar yang disediakan mestilah gambar yang berwarna. Ini mungkin melibatkan sedikit kos sekiranya guru mengumpul dan memperoleh dari internet kerana perlu mencetak dengan kualiti gambar bermutu tinggi. Perancangan masa mengajar juga perlu dititik beratkan supaya masa satu jam yang diperuntukan adalah mencukupi.

Kesimpulannya sebagai seorang guru perlu mengambil kira pelbagai faktor dalam merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang akan dilaksanakan. Perancangan yang sempurna dan pelaksanaan yang baik menjamin dapat meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran yang disasarkan kepada murid.

7