12
RINGKASAN PENEMUAN 1. Pendahuluan Laporan ini berkaitan perangkaan yang disusun daripada Penyiasatan Industri Pembuatan Tahunan yang dijalankan pada tahun 2010 bagi tahun rujukan 2009. Data utama industri pembuatan dalam tahun 2009 dipersembahkan dalam laporan ini. Sejumlah 30,607 pertubuhan aktif dalam pembuatan telah respons kepada penyiasatan ini. 2. Prestasi keseluruhan Seperti ditunjukkan dalam Jadual 1, penunjuk utama dalam sektor pembuatan mencatatkan pertumbuhan negatif dalam tahun 2009. Nilai output kasar dalam tahun 2009 menyusut sebanyak RM87.7 bilion yang mengakibatkan pertumbuhan negatif 10.7 peratus daripada RM817.7 bilion dalam tahun 2008. Pada tempoh yang sama input perantaraan juga mencatatkan penurunan 10.4 peratus kepada RM591.6 bilion pada tahun 2009 dari RM660.5 bilion bagi tahun 2008. Nilai ditambah dan guna tenaga turut menunjukkan trend yang sama dengan penurunan sebanyak RM18.6 bilion dan 78,177 pekerja, manakala nilai harta jatuh 2.8 peratus. Sumbangan industri pembuatan kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) 1 pada tahun 2009 ialah 25.5 peratus. Jumlah guna tenaga yang terlibat dalam sektor pembuatan pada tahun 2009 adalah 1,693,154 orang. Pekerja bergaji sepenuh masa berjumlah 1,658,278 orang atau 98.0 peratus daripada keseluruhan guna tenaga. Sementara itu, pekerja bergaji sambilan dan lain-lain yang juga termasuk pekerja keluarga tidak bergaji, pemilik yang bekerja dan rakan niaga yang aktif adalah seramai 34,876 orang atau 2.0 peratus daripada jumlah guna tenaga keseluruhan seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2. Pekerja bergaji sepenuh masa mengikut jantina menunjukkan bahawa peratus pekerja lelaki adalah lebih tinggi berbanding pekerja perempuan iaitu masing-masing 63.6 peratus dan 36.4 peratus. 2008 2009 Pertumbuhan tahunan (%) Output kasar (RM bilion) 817.7 730.0 -10.7 Input perantaraan (RM bilion) 660.5 591.6 -10.4 Nilai ditambah (RM bilion) 157.1 138.5 -11.8 Jumlah guna tenaga (orang) 1,771,331 1,693,154 -4.4 Nilai harta (RM bilion) 201.5 195.9 -2.8 Jadual 1 : Output kasar, input perantaraan, nilai ditambah, guna tenaga dan nilai harta, 2008 & 2009 Jadual 2 : Guna tenaga mengikut kategori pekerja dan jantina, 2009 Kategori Jumlah Lelaki % Perempuan % % Pekerja bergaji sepenuh masa 1,658,278 1,054,258 63.6 604,020 36.4 98.0 Pekerja bergaji sambilan 14,102 8,134 57.7 5,968 42.3 0.8 Lain-lain 20,774 13,479 64.9 7,295 35.1 1.2 Jumlah 1,693,154 1,075,871 63.5 617,283 36.5 100.0 3 Merujuk kepada penerbitan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK), Suku Pertama 2010, Jabatan Perangkaan Malaysia. 1

RINGKASAN PENEMUAN - dosm.gov.my By Themes... · 310 Pembuatan perabot 83,085 4.9 162 Pembuatan produk daripada kayu, gabus, jerami dan bahan ... 239 Pembuatan produk mineral bukan

Embed Size (px)

Citation preview

RINGKASAN PENEMUAN

1. Pendahuluan

Laporan ini berkaitan perangkaan yang disusun daripada Penyiasatan Industri Pembuatan Tahunan yang

dijalankan pada tahun 2010 bagi tahun rujukan 2009. Data utama industri pembuatan dalam tahun 2009

dipersembahkan dalam laporan ini. Sejumlah 30,607 pertubuhan aktif dalam pembuatan telah respons kepada

penyiasatan ini.

2. Prestasi keseluruhan

Seperti ditunjukkan dalam Jadual 1, penunjuk utama dalam sektor pembuatan mencatatkan pertumbuhan

negatif dalam tahun 2009. Nilai output kasar dalam tahun 2009 menyusut sebanyak RM87.7 bilion yang

mengakibatkan pertumbuhan negatif 10.7 peratus daripada RM817.7 bilion dalam tahun 2008. Pada tempoh

yang sama input perantaraan juga mencatatkan penurunan 10.4 peratus kepada RM591.6 bilion pada tahun

2009 dari RM660.5 bilion bagi tahun 2008. Nilai ditambah dan guna tenaga turut menunjukkan trend yang sama

dengan penurunan sebanyak RM18.6 bilion dan 78,177 pekerja, manakala nilai harta jatuh 2.8 peratus.

Sumbangan industri pembuatan kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK)1 pada tahun 2009 ialah

25.5 peratus.

Jumlah guna tenaga yang terlibat dalam sektor pembuatan pada tahun 2009 adalah 1,693,154 orang. Pekerja

bergaji sepenuh masa berjumlah 1,658,278 orang atau 98.0 peratus daripada keseluruhan guna tenaga.

Sementara itu, pekerja bergaji sambilan dan lain-lain yang juga termasuk pekerja keluarga tidak bergaji, pemilik

yang bekerja dan rakan niaga yang aktif adalah seramai 34,876 orang atau 2.0 peratus daripada jumlah guna

tenaga keseluruhan seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2. Pekerja bergaji sepenuh masa mengikut jantina

menunjukkan bahawa peratus pekerja lelaki adalah lebih tinggi berbanding pekerja perempuan iaitu

masing-masing 63.6 peratus dan 36.4 peratus.

2008 2009 Pertumbuhan tahunan

(%)

Output kasar (RM bilion) 817.7 730.0 -10.7

Input perantaraan (RM bilion) 660.5 591.6 -10.4

Nilai ditambah (RM bilion) 157.1 138.5 -11.8

Jumlah guna tenaga (orang) 1,771,331 1,693,154 -4.4

Nilai harta (RM bilion) 201.5 195.9 -2.8

Jadual 1 : Output kasar, input perantaraan, nilai ditambah, guna tenaga dan nilai harta, 2008 & 2009

Jadual 2 : Guna tenaga mengikut kategori pekerja dan jantina, 2009

Kategori Jumlah Lelaki % Perempuan % %

Pekerja bergaji sepenuh masa 1,658,278 1,054,258 63.6 604,020 36.4 98.0

Pekerja bergaji sambilan 14,102 8,134 57.7 5,968 42.3 0.8

Lain-lain 20,774 13,479 64.9 7,295 35.1 1.2

Jumlah 1,693,154 1,075,871 63.5 617,283 36.5 100.0

3

Merujuk kepada penerbitan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK), Suku Pertama 2010, Jabatan Perangkaan Malaysia. 1

RINGKASAN PENEMUAN

3. Prestasi industri pembuatan mengikut peringkat kumpulan MSIC

Seperti ditunjukkan dalam Jadual 3, penyumbang utama kumpulan pembuatan kepada output kasar bagi tahun

2009 adalah Pembuatan produk petroleum bertapis; Pembuatan minyak dan lemak sayuran dan haiwan; dan

Pembuatan komponen dan papan elektronik. Secara kolektifnya, ketiga-tiga kumpulan ini menyumbang lebih

satu pertiga atau RM253.4 bilion kepada output kasar.

Kumpulan Pembuatan produk petroleum bertapis adalah penyumbang terbesar kepada nilai output kasar iaitu

sebanyak 12.6 peratus (RM91.9 bilion) dalam tahun 2009. Ini diikuti oleh Kumpulan Pembuatan minyak dan

lemak sayuran dan haiwan yang mencatatkan sumbangan sebanyak 11.8 peratus (RM86.3 bilion).

4

Kod Keterangan Output kasar % Sumbangan MSIC

(RM bilion)

192 Pembuatan produk petroleum bertapis 91.9 12.6

104 Pembuatan minyak dan lemak sayuran dan haiwan 86.3 11.8

261 Pembuatan komponen dan papan elektronik 75.2 10.3

201 Pembuatan kimia asas, baja dan sebatian nitrogen, plastik dan getah sintetik dalam bentuk primer

51.5 7.1

262 Pembuatan komputer dan kelengkapan peranti 38.4 5.3

264 Pembuatan elektronik pengguna 31.2 4.3

241 Pembuatan besi asas dan keluli 30.1 4.1

221 Pembuatan produk getah 24.3 3.3

222 Pembuatan produk plastik 21.8 3.0

291 Pembuatan kenderaan bermotor 20.0 2.7

Lain-lain 259.3 35.5

Jumlah 730.0 100.0

Jadual 3 : Sumbangan output kasar mengikut peringkat kumpulan MSIC, 2009

RINGKASAN PENEMUAN

4. Guna tenaga

4.1 Saiz kumpulan pekerja

Terdapat sejumlah 24,992 pertubuhan yang menggaji 50 pekerja dan ke bawah yang menyumbang kepada

81.6 peratus pertubuhan, sementara sumbangan kepada output kasar dan guna tenaga masing-masing adalah

hanya 6.1 peratus dan 15.4 peratus seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 5. Sebaliknya, hanya

2,169 pertubuhan besar dengan 151 pekerja dan ke atas telah menggaji 66.9 peratus daripada jumlah guna

tenaga dan menyumbang 77.4 peratus kepada output kasar.

5

Jadual 5 : Bilangan pertubuhan, output kasar mengikut saiz kumpulan pekerja, 2009

Saiz kumpulan

Bilangan pertubuhan Output kasar Jumlah guna tenaga

pekerja Bilangan % Sumbangan RM bilion % Sumbangan Bilangan % Sumbangan

Jumlah 30,607 100.0 730.0 100.0 1,693,154 100.0

50 dan ke bawah 24,992 81.6 44.7 6.1 259,959 15.4

51 - 150 3,446 11.3 120.3 16.5 300,502 17.7

151 dan ke atas 2,169 7.1 565.0 77.4 1,132,693 66.9

Kod Keterangan Jumlah pekerja % Sumbangan

kumpulan

261 Pembuatan komponen dan papan elektronik 183,579 10.8

222 Pembuatan produk plastik 114,914 6.8

221 Pembuatan produk getah 83,392 4.9

310 Pembuatan perabot 83,085 4.9

162

Pembuatan produk daripada kayu, gabus, jerami dan bahan jalinan

77,627 4.6

259

Pembuatan produk lain yang direka daripada logam; aktiviti perkhidmatan kerja logam

73,725 4.4

107 Pembuatan produk makanan lain 71,160 4.2

239 Pembuatan produk mineral bukan logam t.t.t.l. 65,705 3.9

262 Pembuatan komputer dan kelengkapan peranti 58,106 3.4

141 Pembuatan pakaian kecuali pakaian berbulu 57,623 3.4

Lain-lain 824,238 48.7

Jumlah 1,693,154 100.0

Jadual 4 : Sumbangan jumlah guna tenaga mengikut kumpulan, 2009

Sumbangan kepada jumlah guna tenaga dalam Jadual 4 menunjukkan corak yang berbeza di mana Pembuatan

komponen dan papan elektronik mencatatkan bilangan pekerja yang paling ramai berjumlah 183,579 orang

(10.8 peratus) kepada jumlah guna tenaga pada tahun 2009. Sementara itu, lima kumpulan lain iaitu

Pembuatan produk plastik (114,914 orang); Pembuatan produk getah (83,392 orang); Pembuatan perabot

(83,085 orang); Pembuatan produk daripada kayu, gabus, jerami dan bahan jalinan (77,627 orang) dan

Pembuatan produk lain yang direka daripada logam; aktiviti perkhidmatan kerja logam (73,725 orang). Enam

kumpulan ini secara kumulatifnya menyumbang 36.4 peratus atau satu pertiga daripada jumlah guna tenaga

dalam tahun 2009.

RINGKASAN PENEMUAN

6

4.2 Kelulusan pekerja

Jadual 6 menunjukkan bilangan pekerja dalam sektor pembuatan mengikut kelulusan. Pekerja dengan

kelulusan SPM / SPMV atau yang setaraf dan ke bawah adalah yang paling ramai iaitu berjumlah

1,383,334 orang atau 81.7 peratus daripada jumlah guna tenaga pada tahun 2009. Pekerja dengan kelulusan

Diploma / STPM atau yang setaraf adalah sebanyak 198,065 orang (11.7 peratus) dan pemegang Ijazah

universiti dan ke atas, 111,755 orang (6.6 peratus).

Jadual 6 : Bilangan pekerja mengikut kelulusan, 2009

Bilangan pekerja mengikut jantina dan kelulusan menunjukkan bahawa pekerja lelaki mewakili 63.5 peratus

daripada jumlah guna tenaga. Jadual 7 menunjukkan wujudnya jurang yang ketara antara pekerja lelaki dan

perempuan di setiap peringkat kelulusan. Ia menunjukkan bahawa pekerja lelaki yang memiliki Diploma / STPM

atau yang setaraf berjumlah 66.7 peratus berbanding 33.3 peratus bagi pekerja perempuan. Ini diikuti oleh

Ijazah universiti dan ke atas di mana pekerja lelaki mencatatkan 65.6 peratus berbanding pekerja perempuan

(34.4 peratus). Pekerja lelaki dan perempuan dengan SPM / SPMV atau yang setaraf dan ke bawah masing-

masing adalah 62.9 peratus dan 37.1 peratus.

Kelulusan Jumlah %

Ijazah universiti dan ke atas 111,755 6.6

Diploma / STPM atau yang setaraf 198,065 11.7

SPM / SPMV atau yang setaraf dan ke bawah 1,383,334 81.7

Jumlah 1,693,154 100.0

Jadual 7 : Bilangan pekerja sektor pembuatan mengikut jantina dan kelulusan, 2009

Kelulusan Bilangan pekerja mengikut jantina

Jumlah Lelaki % Perempuan %

Ijazah universiti dan ke atas 111,755 73,289 65.6 38,466 34.4

Diploma / STPM atau yang setaraf 198,065 132,155 66.7 65,910 33.3

SPM / SPMV atau yang setaraf dan ke bawah 1,383,334 870,428 62.9 512,906 37.1

1,693,154 1,075,872 63.5 617,282 36.5 Jumlah

RINGKASAN PENEMUAN

4.3 Gaji & upah

Jadual 8 menunjukkan taburan gaji & upah bagi pekerja bergaji sepenuh masa mengikut kategori pekerja.

Terdapat seramai 1,144,514 orang (69.0 peratus) diambil bekerja sebagai Operator loji & mesin dan pemasang2

yang telah menerima bayaran gaji & upah berjumlah RM17.0 bilion (43.4 peratus). Namun begitu, pekerja

Pengurusan, profesional dan eksekutif menerima gaji & upah berjumlah RM11.9 bilion (30.3 peratus) walaupun

terdiri hanya 144,535 orang (8.7 peratus) daripada jumlah keseluruhan pekerja bergaji sepenuh masa.

Purata gaji & upah setahun yang diperoleh bagi kategori Pengurusan, profesional dan eksekutif adalah

RM82,435. Ini diikuti oleh Juruteknik dan profesional bersekutu (RM35,387); Perkeranian dan pekerjaan

berkaitan (RM22,720); Pekerja asas (RM16,390) dan Operator loji & mesin dan pemasang (RM14,893).

5. Prestasi mengikut negeri

5.1 Output kasar dan guna tenaga

Selangor merupakan penyumbang utama kepada output kasar dan jumlah guna tenaga dalam sektor

pembuatan bagi tahun 2009 dengan masing-masing 26.5 peratus dan 29.3 peratus. Ini seterusnya dikuti oleh

Johor dan Pulau Pinang, masing-masing dengan 17.4 peratus dan 13.6 peratus daripada output kasar seperti

ditunjukkan dalam Carta 1. Di samping itu, ketiga-tiga negeri ini menyumbang lebih daripada separuh jumlah

guna tenaga dalam sektor pembuatan seperti ditunjukkan pada Carta 2.

7

2 Diambil secara langsung dan melalui kontraktor buruh

Jadual 8 : Gaji & upah bagi pekerja bergaji sepenuh masa mengikut kategori pekerja, 2009

Kategori pekerja

Pekerja bergaji sepenuh masa

Gaji & upah Purata gaji & upah diterima bagi setahun

(RM) Bilangan % RM Bilion %

Pengurusan, profesional dan eksekutif 144,535 8.7 11.9 30.3 82,435

Juruteknik dan profesional bersekutu 188,219 11.4 6.7 16.9 35,387

Perkeranian dan pekerjaan berkaitan 112,551 6.8 2.6 6.5 22,720

Pekerja asas 68,458 4.1 1.1 2.9 16,390

Operator loji & mesin dan pemasang 1,144,515 69.0 17.0 43.4 14,893

Jumlah 1,658,278 100.0 39.3 100.0 23,699

Nilai output kasar RM730.0 bilion

Carta 1 : Output kasar mengikut negeri, 2009

Jumlah guna tenaga 1,693,154 orang

Carta 2 : Jumlah guna tenaga mengikut negeri, 2009

*Termasuk W.P. Putrajaya

RINGKASAN PENEMUAN

8

5.2 Taburan sub-sektor pembuatan dengan output kasar tertinggi mengikut negeri

Jadual 9 menunjukkan taburan sub-sektor pembuatan dengan sumbangan output kasar tertinggi mengikut

negeri. Dalam tahun 2009, Pembuatan komputer, produk elektronik dan optikal adalah yang tertinggi di Johor

(26.5 peratus) diikuti oleh Kedah (27.8 peratus); Kelantan (25.8 peratus); Pulau Pinang (54.4 peratus) dan

Selangor (21.8 peratus) kepada output kasar negeri masing-masing.

Pembuatan produk makanan merupakan penyumbang tertinggi bagi Pahang (34.6 peratus), Perak

(33.7 peratus), Perlis (44.3 peratus), Sabah (80.1 peratus) dan W.P. Kuala Lumpur (26.5 peratus). Sementara

itu, untuk Pembuatan kok dan produk petroleum bertapis, penyumbang terbesar iaitu Melaka (51.9 peratus),

Negeri Sembilan (37.1 peratus) dan Sarawak (65.4 peratus). Sub-sektor Pembuatan kimia dan produk kimia

mencatatkan output kasar tertinggi iaitu 47.6 peratus bagi Terengganu. Keadaan yang sama ditunjukkan bagi

W.P. Labuan di mana sub-sektor Pembuatan logam asas telah menyumbang 50.4 peratus.

Jadual 9 : Taburan sub-sektor pembuatan dengan output kasar tertinggi mengikut negeri, 2009

Negeri

Kod sub-

sektor Sub-sektor berdasarkan output kasar tertinggi

Output kasar

(RM juta)

Peratus

(%)

Johor Jumlah output kasar 127,050.8 100.0

26 Pembuatan komputer, produk elektronik dan optikal 33,695.9 26.5

10 Pembuatan produk makanan 27,458.5 21.6

20 Pembuatan kimia dan produk kimia 12,605.8 9.9

Kedah Jumlah output kasar 22,809.7 100.0

26 Pembuatan komputer, produk elektronik dan optikal 6,335.2 27.8

22 Pembuatan produk getah dan plastik 4,213.3 18.5

10 Pembuatan produk makanan 2,796.2 12.3

Kelantan Jumlah output kasar 3,203.2 100.0

26 Pembuatan komputer, produk elektronik dan optikal 825.9 25.8

10 Pembuatan produk makanan 823.7 25.7

Melaka Jumlah output kasar 54,186.0 100.0

19 Pembuatan kok dan produk petroleum bertapis 28,111.6 51.9

Negeri Sembilan Jumlah output kasar 38,105.4 100.0

19 Pembuatan kok dan produk petroleum bertapis 14,150.4 37.1

26 Pembuatan komputer, produk elektronik dan optikal 8,686.1 22.8

Pahang Jumlah output kasar 25,042.5 100.0

10 Pembuatan produk makanan 8,660.2 34.6

20 Pembuatan kimia dan produk kimia 7,787.4 31.1

RINGKASAN PENEMUAN

Jadual 9 : Taburan sub-sektor pembuatan dengan output kasar tertinggi mengikut negeri, 2009 (samb.)

9

Negeri

Kod sub-

sektor Sub-sektor berdasarkan output kasar tertinggi

Output kasar

(RM juta)

Peratus

(%)

Pulau Pinang Jumlah output kasar 99,059.6 100.0

26 Pembuatan komputer, produk elektronik dan optikal 53,934.6 54.4

Perak Jumlah output kasar 27,395.4 100.0

10 Pembuatan produk makanan 9,236.6 33.7

22 Pembuatan produk getah dan plastik 4,755.8 17.4

Perlis Jumlah output kasar 1,085.0 100.0

10 Pembuatan produk makanan 480.2 44.3

23 Pembuatan produk galian bukan logam lain 312.4 28.8

Selangor Jumlah output kasar 193,354.6 100.0

26 Pembuatan komputer, produk elektronik dan optikal 42,096.2 21.8

10 Pembuatan produk makanan 25,339.1 13.1

29 Pembuatan kenderaan bermotor, treler dan semi treler 20,608.3 10.7

24 Pembuatan logam asas 19,712.2 10.2

Terengganu Jumlah output kasar 26,661.4 100.0

20 Pembuatan kimia dan produk kimia 12,684.3 47.6

19 Pembuatan kok dan produk petroleum bertapis 10,475.5 39.3

Sabah Jumlah output kasar 29,490.1 100.0

10 Pembuatan produk makanan 23,627.3 80.1

Sarawak Jumlah output kasar 58,705.8 100.0

19 Pembuatan kok dan produk petroleum bertapis 38,384.7 65.4

W.P. Kuala Lumpur* Jumlah output kasar 21,868.4 100.0

10 Pembuatan produk makanan 5,796.9 26.5

20 Pembuatan kimia dan produk kimia 4,511.1 20.6

22 Pembuatan produk getah dan plastik 2,281.5 10.4

W.P. Labuan Jumlah output kasar 2,024.6 100.0

24 Pembuatan logam asas 1,021.1 50.4

* Termasuk W.P. Putrajaya

RINGKASAN PENEMUAN

10

6. Eksport mengikut sub-sektor pembuatan

Pembuatan kok dan produk petroleum bertapis mendominasi eksport dengan peratusan pertubuhan terbesar

(28.6 peratus). Ini diikuti oleh Pembuatan komputer, produk elektronik dan optikal (28.3 peratus);

Pembuatan produk getah dan plastik (21.3 peratus); Pembuatan kimia dan produk kimia (18.4 peratus) dan

Pembuatan produk kulit dan barangan berkaitan (17.8 peratus). Dari segi nilai eksport, Pembuatan komputer,

produk elektronik dan optikal adalah penyumbang utama dengan RM85,467.4 juta. Ini diikuti oleh Pembuatan

kok dan produk petroleum bertapis dengan RM52,311.3 juta dan Pembuatan kimia dan produk kimia

(RM15,281.6 juta) seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 10.

Jadual 10 : Peratus pertubuhan yang terlibat dalam Eksport, 2009

Kod sub-

sektor Sub-sektor

Pertubuhan yang terlibat dengan

eksport (%)

Nilai eksport (RM juta)

19 Pembuatan kok dan produk petroleum bertapis 28.6 52,311.3

26 Pembuatan komputer, produk elektronik dan optikal 28.3 85,467.4

22 Pembuatan produk getah dan plastik 21.3 13,289.0

20 Pembuatan kimia dan produk kimia 18.4 15,281.6

15 Pembuatan produk kulit dan barangan berkaitan 17.8 180.5

27 Pembuatan kelengkapan elektrik 17.5 4,455.4

16 Pembuatan kayu dan produk kayu dan gabus, kecuali perabot; pembuatan bagi artikel jerami dan bahan-bahan anyaman

11.5

6,505.2

28 Pembuatan jentera dan peralatan t.t.t.l. 10.4 4,023.7

31 Pembuatan perabot 10.3 2,894.0

29 Pembuatan kenderaan bermotor, treler dan semi treler 10.0 2,386.3

RINGKASAN PENEMUAN

11

7. Perbelanjaan penyelidikan dan pembangunan mengikut subsektor

Perbelanjaan Penyelidikan dan Pembangunan (P&P) merekodkan nilai sebanyak RM1.8 bilion seperti yang

ditunjukkan dalam Jadual 11. Empat sub-sektor yang mencatatkan perbelanjaan yang tertinggi ialah

Pembuatan komputer, produk elektronik dan optikal (RM1,243.8 juta); Pembuatan jentera dan peralatan t.t.t.l.

(RM120.0 juta); Pembuatan kelengkapan elektrik (RM76.1 juta) dan Pembuatan produk makanan (RM66.9 juta).

Jumlah perbelanjaan bagi keempat-empat sub-sektor ini adalah RM1.5 bilion (81.6 peratus), sementara bagi

sub-sektor selebihnya adalah sebanyak RM340.0 juta (18.4 peratus).

Terdapat sebanyak 1,879 pertubuhan (6.1 peratus) daripada sejumlah 30,607 pertubuhan yang terlibat secara

aktif dalam P&P. Pembuatan produk makanan mempunyai bilangan pertubuhan tertinggi dalam penglibatan

P&P iaitu sebanyak 319 pertubuhan (17.0 peratus). Ini diikuti oleh Pembuatan produk getah dan plastik,

228 pertubuhan (12.1 peratus); Pembuatan kimia dan produk kimia, 173 pertubuhan (9.2 peratus); dan

Pembuatan komputer, produk elektronik dan optikal, 134 pertubuhan (7.1 peratus). Di samping itu, jumlah

peratusan P&P kepada nilai output keseluruhan sub-sektor adalah 5.1 peratus. Pembuatan komputer, produk

elektronik dan optikal mempunyai peratusan tertinggi iaitu 0.8 peratus, diikuti oleh Pembuatan jentera dan

peralatan t.t.t.l. yang mencatatkan 0.7 peratus; Pembuatan kelengkapan elektrik (0.4 peratus); dan Pembuatan

pakaian (0.4 peratus). Bagi enam sub-sektor yang lain adalah sebanyak 0.9 peratus.

Jadual 11 : Perbelanjaan penyelidikan & pembangunan (P&P) mengikut sub-sektor, 2009

Kod sub-sektor

Sub-sektor

Perbelanjaan penyelidikan &

pembangunan (P&P) Jumlah

pertubuhan

Pertubuhan terlibat dalam P&P

P&P per

Output

(%) RM juta % Bilangan %

26

Pembuatan komputer, produk elektronik dan optikal

1,243.8 67.3 648 134 7.1 0.8

28

Pembuatan jentera dan peralatan t.t.t.l.

120.0 6.5 1,213 102 5.4 0.7

27

Pembuatan kelengkapan elektrik

76.1 4.1 580 95 5.1 0.4

10 Pembuatan produk makanan 66.9 3.6 4,352 319 17.0 0.1

22

Pembuatan produk getah dan plastik

58.8 3.2 1,990 228 12.1 0.1

20

Pembuatan kimia dan produk kimia

48.6 2.6 998 173 9.2 0.1

30

Pembuatan kelengkapan

pengangkutan lain 47.6 2.6 215 26 1.4 0.3

29 Pembuatan kenderaan bermotor, treler dan semi treler

47.3 2.6 384 62 3.3 0.2

25

Pembuatan produk logam, kecuali mesin dan kelengkapan

18.9 1.0 3,157 98 5.2 0.1

14 Pembuatan pakaian 16.0 0.9 5,641 34 1.8 0.4

Lain-lain 103.3 5.6 11,429 608 32.4 1.9

Jumlah 1,847.3 100.0 30,607 1,879 100.0 5.1

RINGKASAN PENEMUAN

12

8. Profil PKS dalam sektor pembuatan

8.1 Bilangan PKS

Carta 3 menunjukkan bilangan pertubuhan PKS dalam sektor pembuatan. Dalam tahun 2009, terdapat

28,840 PKS yang mewakili 94.2 peratus daripada jumlah pertubuhan dalam sektor pembuatan manakala

bakinya adalah pertubuhan besar yang berjumlah 1,767 pertubuhan. Sub-sektor Pembuatan pakaian adalah

tertinggi dari segi bilangan pertubuhan (19.4 peratus), diikuti oleh Pembuatan produk makanan

(14.4 peratus) dan Pembuatan produk logam, kecuali mesin dan kelengkapan (10.5 peratus).

Bagi PKS dalam sektor pembuatan, bilangan pertubuhan tertinggi dicatatkan di Selangor dengan

5,117 pertubuhan (17.7 peratus). Ini diikuti oleh Johor (14.4 peratus) dan W.P. Kuala Lumpur (12.4 peratus).

Ketiga-tiga negeri ini secara kumulatifnya menyumbang 44.6 peratus kepada bilangan pertubuhan PKS dalam

sektor pembuatan seperti yang ditunjukkan di Carta 4.

Carta 3 : Sumbangan PKS dalam sektor pembuatan, 2009

Carta 4 : PKS mengikut negeri, 2009

* Termasuk W.P. Putrajaya

28,840 pertubuhan

RINGKASAN PENEMUAN

13

8.2 Output dan nilai ditambah PKS

Dalam tahun 2009, output kasar PKS mencatatkan pertumbuhan negatif 5.6 peratus selari dengan prestasi

sektor pembuatan yang juga mencatatkan pertumbuhan negatif sebanyak 10.7 peratus. Nilai ditambah bagi

PKS juga menunjukkan penurunan iaitu RM1,735 juta dari RM35,457 juta dalam tahun 2008 yang ditunjukkan di

Carta 5.

8.3 Guna tenaga dalam PKS

Jumlah guna tenaga yang bekerja dalam pertubuhan PKS adalah seramai 648,458 orang atau 38.3 peratus

daripada jumlah keseluruhan guna tenaga sektor pembuatan (1,693,154 juta orang). Sub-sektor Pembuatan

produk makanan mencatatkan jumlah pekerja tertinggi iaitu seramai 100,309 orang atau 15.5 peratus. Ini diikuti

oleh Pembuatan produk getah dan plastik, 80,143 orang atau 12.4 peratus dan Pembuatan perabot,

62,006 orang atau 9.6 peratus. Dari segi gaji & upah yang dibayar, subsektor yang menerima gaji & upah

tertinggi adalah Pembuatan produk makanan, RM1.7 bilion diikuti oleh Pembuatan produk getah dan plastik,

RM1.6 bilion dan Pembuatan produk logam, kecuali mesin dan kelengkapan, RM1.3 bilion seperti yang

ditunjukkan di Carta 6.

Carta 5 : Sumbangan output dan nilai tambah PKS kepada sektor pembuatan, 2005 - 2009

Sub-sektor

10. Pembuatan produk makanan. 16. Pembuatan kayu dan produk kayu dan gabus, 22. Pembuatan produk getah dan plastik. kecuali perabot; pembuatan bagi artikel 25. Pembuatan produk logam, kecuali jerami dan bahan-bahan anyaman. mesin dan kelengkapan. 31. Pembuatan perabot.

Carta 6 : Guna tenaga dan gaji & upah PKS, 2009

RINGKASAN PENEMUAN

Guna tenaga dalam PKS terdiri daripada pekerja yang bekerja sendiri (pemilik yang bekerja, rakan niaga yang

aktif dan pekerja keluarga tidak bergaji) dan juga pekerja bergaji sepenuh masa dan pekerja bergaji sambilan.

Sumbangan pekerja bergaji sepenuh masa kepada guna tenaga PKS adalah yang terbesar yang mencatatkan

94.8 peratus (615,024 orang). Pemilik yang bekerja, rakan niaga yang aktif dan pekerja keluarga tidak bergaji

mewakili 3.2 peratus (20,775 orang), manakala pekerja bergaji sambilan 2.0 peratus (12,659 orang) seperti

yang ditunjukkan dalam Carta 7. Daripada jumlah keseluruhan pekerja bergaji sepenuh masa dalam PKS,

pekerja pengeluaran / operator diambil secara langsung merupakan kumpulan terbesar iaitu 56.6 peratus

(348,247 orang).

8.4 Taraf sah PKS Dalam sektor pembuatan, status taraf sah PKS yang utama adalah Syarikat sendirian berhad, Hak milik

perseorangan dan Perkongsian. Syarikat sendirian berhad mewakili 44.7 peratus daripada keseluruhan

pertubuhan PKS, manakala Hak milik perseorangan dan Perkongsian masing-masing mewakili 44.5 peratus dan

10.3 peratus seperti yang ditunjukkan dalam Carta 8.

14

Carta 7 : Bilangan pekerja PKS mengikut kategori pekerja, 2009

Jumlah pekerja PKS : 648,458 orang

Pekerja bergaji sambilan

Rakan niaga yang aktif dan pekerja keluarga tidak bergaji

Pekerja bergaji sepenuh masa

Pekerja pengeluaran/operator diambil secara langsung

Pekerja pengeluaran/operator diambil bekerja melalui kontraktor buruh

Pekerja am

Perkeranian & pekerjaan yang berkaitan

Teknik & penyeliaan

Pengurusan & profesional

Pekerja bergaji sepenuh masa PKS : 615,024 orang

Carta 8 : Taraf sah PKS dalam sektor pembuatan, 2009