RPH Moral

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Lesson plan

Citation preview

Tarikh / Hari: 27.7.2011/ Rabu

Kelas: Tahun 6

Jumlah Pelajar:Seorang

Masa / Hari:8.45pagi-9.15pagi

Mata Pelajaran:Moral

Tajuk:Hormati Ayah dan Ibu

Bidang:Nilai Murni Perlu Ada Pada Seorang Anak.

Nilai:2. 3 Tanggungjawab Terhadap Keluarga

Nilai Sampingan:Hormat Pada Ahli Keluarga Yang lebih Tua.

Pengetahuan Sedia Ada:Murid telah pun belajar bagaimana hormat dan taat kepada keluarga dalam minggu ke-10.

Hasil Pembelajaran:Di akhir pembelajaran murid akan dapat:1. Murid dapat menceritakan bagaimana kesusahan ayah dan ibu membesarkannya.

2. Murid dapat menyenaraikan lima perkara yang akan dilakukan untuk membalas jasa baik ayah dan ibu.

Teknik:Perbincangan dan soal jawab

Gabungjalin:

Sumber P&P:

1. Buku teks Tahun 62. Capaian internet di laman www.google.com

KBKK:Murid dapat memberi pandangan tersendiri.

LANGKAHISI PELAJARANAKTIVITI GURUAKTIVITI MURIDCATATAN

Set Induksi

(5 minit)1. Guru menunjukan gambar ibu dan ayah

2. Guru mengaitkan gambar tersebut dengan isi pelajaran tentang ayah dan ibu.2. Murid cuba memahami gambar yang ditunjukkan.1. Gambar sebuah keluarga India.

Langkah 1

(10 minit)

1. Guru menerangkan maksud hormat.

2. Hormat tidak terbatas kepada ayah dan ibu malahan juga pada kakak dan abang.1. Guru menerangkan kenapa murid perlu hormati ayah dan ibu.

2. Guru meminta pandangan murid.1. Murid mendengar dan memahami maksud hormati ayah dan ibu.2. Murid memberitahu guru aktiviti seharian ayah dan ibu yang diketahui.

Langkah 2

(10 minit)

1. Latihan isi tempat kosong.

1. Guru bersoal jawab dengan murid tentang gambar tersebut.

2. Guru memberi latihan isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.3. Guru member latihan senaraikan lima perkara yang akan dilakukan dalam membalas jasa ayah dan ibu.

1. Murid memberikan jawapan berdasarkan gambar menerusi apa yang difahami dalam perbincangan antara murid dan guru.2. Murid membuat latihan yang diberi guru.

Penutup

(5 minit)Rumusan1. Guru membuat rumusan tentang perlunya hormat pada ayah dan ibu. 1. Murid mendengar rumusan.

2. Murid meyiapkan latihan yang diberi dan mewarna gambar yang disertakan.

Latihan 1: Senaraikan lima perkara yang boleh anda lakukan untuk membalas jasa ayah dan ibu. Warnakan gambar di bawah:

Latihan 2:

Isikan tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.

dijagabersikapmenghormatiberjayaBerbangga

sembilanbesarternilaibertanggungjawabmemelihara

Setiap orang di dunia ini mempunyai ibu. Jasa ibu sungguh _________________. Ibu mengandungkan kita selama _______________ bulan. Ibu telah _____________ kita sejak kecil lagi. Segala makan minum dan keperluan lain _______________ oleh ibu.

Pengorbanan ayah juga sungguh besar dan tidak ________________. Seorang ayah tidak mengharapkan balasan tetapi akan bersyukur jika anaknya _____________dalam hidup. Seorang ayah akan _________________ kalau anaknya menjadi orang yang berjasa dan ____________ mulia.

Setelah ibu dan ayah kita tua, kita perlu mempunyai sikap ______________ untuk menjaga mereka. Kita hendaklah _________________ ibu dan ayah serta menjaga hati mereka. Jangan sesekali menghancurkan hati ibu dan ayah.