Sejarah Sistem Ejaan Rumi

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Sukatan PPISMP Semester 3

Text of Sejarah Sistem Ejaan Rumi

~ BAHASA MELAYU 1~ PENGENALAN SISTEM EJAAN RUMIOleh : Ina Rosyaida bt Yahya Norazirah bt Ajali Nur Hidayah bt Dani PPISMP MATEMATIK SEM 3 AMBILAN JULAI 2009 Pensyarah : En. Ismail bin Hasbullah

Objektif Dalam bab ini, anda akan diberikan maklumat tentang beberapa perkara penting yang berhubung sistem ejaan Rumi seperti berikut: a) Penggunaan abjad b) Penulisan huruf vokal c) Penulisan huruf konsonan d) Penulisan digraf e) Penulisan diftong f) Pola suku kata g) Sistem keselarasan huruf vokal h) Pola kekecualian keselarasan huruf vokal i) Ejaan kata pinjaman j) Penulisan kata k) Penyebutan kata

SISTEM EJAAN RUMIPenggunaan abjad Penulisan huruf vokal Penulisan huruf konsonan Penulisan digraf Sistem keselarasan huruf vokal Pola kekecualian keselarasan huruf vokal Ejaan kata pinjaman Penulisan kata:Kata terbitan Kata sendi nama Kata ganti nama singkat Partikel Kata ganda Kata majmuk Penggunaan tanda sempang

Penulisan diftong Pola suku kata

Penyebutan kata

Pengenalan Sistem Ejaan Rumi Huruf Rumi juga disebut sebagai huruf Latin. Rumi : i) berasal daripada perkataan Romawi yang digunakan dalam bahasa Arab ii) merujuk kepada empayar Rom pada zaman dahulu iii) bermaksud huruf / abjad yang digunakan oleh empayar Rom; pelopor bahasa Latin

Abjad Rumi : Mengandungi 26 huruf yang bermula daripada A hingga Z. Mengalami pengubahsuaian oleh kebanyakan bahasa di dunia seperti Eropah dan Amerika. Mengalami perubahan dari segi sebutan iaitu diambil alih daripada bahasa Arab kepada bahasa Latin semasa penjajahan British dan Belanda ( abad ke 17 ).

Sejarah Sistem Ejaan Rumi 1956 - Satu sistem ejaan Rumi Melayu iaitu Sistem Ejaan Kongres telah dipersetujui melalui Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga. - Empat dasar pengejaan bahasa Melayu dengan huruf Rumi telah dirumuskan iaitu :

Ejaan di Malaysia dan Indonesia hendaklah diseragamkan.

Kata kata daripada bahasa asing hendaklah dieja mengikut hukum dan sistem fonologi Melayu.

Dasar Pengejaan Bahasa Melayu dengan Huruf RumiPeraturan ejaan hendaklah mudah: -Sistem fonologi hendaklah diberikan keutamaan. - Fonem digambarkan dengan satu huruf sahaja.

Pengejaan hendaklah tetap sekata dan mengikut kaedah yang sama dan seragam.

1959 - Mesyuarat untuk menyelaraskankan sistem ejaan Rumi telah dijalankan. - Terbentuknya Sistem Ejaan Malindo iaitu singkatan kepada Malaysia Indonesia. - Namun begitu, sistem ejaan ini tidak dihebahkan kepada masyarakat.

1967 - Rundingan antara Malaysia dan Indonesia untuk kali kedua mengenai sistem ejaan Rumi. - Lahirnya Ejaan Baru iaitu Sistem Ejaan Bersama Malaysia Indonesia. - Perkara yang dipersetujui adalah seperti berikut :

1) Sistem penulisan vokal dalam suku kata akhir tertutup ( vokal i, e, u, dan o ).titik belek tikus putih boleh puntung

2) Penulisan awalan dan akhiran mempunyai satu cara sahaja digandingkan atau ditulis serangkai dengan kata dasar.memukul berbaju tertinggi

3) Penulisan partikel dan kata sendi nama ditulis berasingan daripada perkataan lain.siapa kah dia lah di kedai ke pasar

4) Ejaan Baru ini telah mengadakan grafem baharu iaitu :Ejaan sy menggantikan sh c menggantikan ch Contoh pada perkataan sharikat chantek syarikat cantik

Namun begitu, Ejaan Baru tersebut tidak ada pelaksanaannya secara rasmi. Semasa menunggu perasmiannya, timbul pula Ejaan Cadangan yang telah membuat beberapa perubahan pada Ejaan Baru iaitu : - Mempertahankan penggunaan sh dan c. - Menggandingkan partikel dan kata sendi nama kah, lah, tah, di, dan ke dengan perkataan lain.

Ejaan Baru Universiti Malaya Sistem ejaan ini disusun mengikut sistem ejaan yang diguna pakai pada masa itu. Perbezaan ejaan ini dengan ejaan Indonesia : 1) Penggunaan huruf dan grafem tertentu.Ejaan Universiti Malaya y j sh ch kh Ejaan Indonesia j dj sj tj C

2) Pengejaan kata kata tertentu.Ejaan Universiti Malaya kerana bahawa iaitu mahu tahu Ejaan Indonesia karena bahwa jaitu mau tau

3) Penulisan di dan ke dipisahkan daripada perkataan lain tanpa menggunakan sempang. - Contoh : di rumah dan ke kedai

4) Bagi kata majmuk, angka dua boleh digunakan jika seluruh perkataannya diulang. - Contoh : i) kanak2 atau kanak kanak ii) rumah2 atau rumah rumah 5) Menggunakan tanda sempang jika sebahagian perkataan sahaja diulang. - Contoh : i) bermain main ii) berkasih kasihan iii) sekali kali

Cita- cita bagi penyatuan ejaan Rumi di Malaysia dan Indonesia sebagaimana yang dicadangkan dalam Kongres Ketiga ( 1956) terlaksana juga apabila kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan pemerintah Republik Indonesia mengadakan perjanjian persahabatan pada 17 April 1959. Ekoran perjanjian tersebut, diadakan pertemuan antara Jawatankuasa Ejaan Rumi Persekutuan Tanah Melayu yang diketuai oleh Tuan Syed Nasir Ismail dengan Panitia Pelaksanaan Kerjasama Bahasa Melayu- Bahasa Indonesia yang dipimpin oleh Slametmuljana di Jakarta pada tahun 1959.

Sistem Ejaan Malindo mengandungi maklumat tentang fonem vokal, diftong dan konsonan serta perlambangannya, kaedah penulisan dan penyebutan abjad, penggunaan tanda sempang, penulisan kata ulang dan penggunaan angka dua, penggunaan huruf besar, penulisan kata depan, penulisan kata ganti singkat, penulisan partikel dan penggunaan tanda baca. Ejaan Malindo tidak dapat dilaksanakan kerana dikatakan tidak praktis dan tidak ekonomik. Salah satu sebab terjadi demikian adalah disebabkan pengenalan grafem < > bagi dan < > bagi akan melibatkan penukaran mesin cetak.

Hal ini melibatkan belanja yang besar. Persetujuan hanyalah di atas kertas dan tidak pernah dapat direalisasikan dalam amalan seharian. Selepas konfrontasi, berlakulah krisis ejaan Rumi. Timbul berbagai-bagai jenis sistem Ejaan seperti Ejaan Universiti Malaya dan Ejaan Cadangan yang terus diamalkan, di samping Ejaan Universiti Kebangsaan, Ejaan Universiti Pertanian Malaysia dan Ejaan Sekolah. Pada tahun 1972, pertemuan antara Menteri Menteri Pendidikan Malaysia dengan Indonesia bagi membincangkan masalah bahasa di kedua-dua buah negara.

Ekoran pertemuan tersebut maka lahirlah Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Malaysia (SERBBM) di Malaysia dan Pedoman Ejaan Bahasa Indonesia yang disempurnakan bagi negara Indonesia. Sistem ejaan ini adalah hasil perancangan bahasa pada peringkat supranasional dalam bidang sistem ejaan. Sistem ejaan tersebut telah diisytiharkan penggunaannya di kedua-dua buah negara pada 16 Ogos 1972 secara serentak.

SERBBM mengandungi maklumat tentang abjad Rumi, perlambangan vokal, perlambangan konsonan, penggunaan huruf, penyukuan suku kata, perlambangan diftong, penulisan awalan, penulisan kata depan, penulisan partikel, penulisan kata ganti singkat, penulisan kata majmuk dan penulisan kata ulang. Pada tahun 1975, Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia (MABIM) berjaya menyusun Pedoman Ejaan yang mengandungi maklumat tambahan dan kaedah ejaan yang lebih lengkap. Versi bahasa Malaysia dinamakan Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia dan versi bahasa Indonesia dinamakan Pedoman Umum Ejaan Bahasa Indonesia.

Kedua-dua Pedoman Ejaan ini telah diisytiharkan penggunaannya oleh kedua-dua buah negara secara serentak pada 31 Ogos 1957.

Senarai lengkap ejaan bagi bahasa Malaysia dengan nama Daftar Ejaan Ejaan Rumi Bahasa Malaysia Edisi Pertama telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1981, diikuti Edisi Kedua pada tahun 1988. Kesimpulannya, sistem ejaan Rumi yang kita gunakan sepenuhnya pada hari ini merupakan hasil kesepakatan Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia yang telah diisytiharkan penggunaannya secara rasmi pada 16 Ogos 1972.

BIBLIOGRAFISiti Hajar Abdul Aziz, 2008. Siri Pendidikan Guru Bahasa Melayu 1, Shah Alam: Oxford Fajar.