Trend Populasi

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/29/2019 Trend Populasi

    1/11

    SinopsisPopulasi adalah semua organisma yang tergolong dalam spesisyang sama

    dan hidup dalam kawasan geografi yang sama. Pe rubahan t rend popu las i adalah

    perubahan dari segi saiz populasi (N) dari semasa ke semasa, dan ini ditentukan oleh kadar

    kelahiran, kadar kematian, imigrasi dan emigrasi. . Kelahiran menambah individu baru

    kepada populasi manakala kematian membuang individu daripada populasi. Begitu juga,

    imigrasi menambah individu baru sedangkan penghijrahan keluar (emigrasi) membuang

    individu. Kadar pertumbuhan populasi positif apabila pertambahan individu lebih ramai

    daripada pengurangan individu. dan adalah sama dengan sifar apabila jumlah individu yang

    bertambah dan berkurang adalah sama. Saiz penduduk dikenali sebagaiKeupayaanMuatan(K), yang ditentukan oleh faktor-faktor alam sekitar.Pertumbuhan populasi boleh dimodelkanoleh lengkung geometri (iaitu, lengkung tak linear), samaada keluk yang berbentuk S-(sigmoid) atau

    lengkung eksponen. Jikasaiz populasi duakali ganda antara setiap jangka masa, makabentuk pertumbuhan geometri ini dipanggil pertumbuhan eksponen. Bentuk lengkung

    pertumbuhan populasi dikawal oleh tiga faktor: iaitu saiz populasi permulaan atau awal

    (N0),faktor pertumbuhan populasi (R) yang mengukur kadar di mana populasi berkembang

    jika ia mempunyai sumber makanan.

    1.2 Hasil PembelajaranPada akhir tajuk ini, anda akan dapat:

    1.2.1 menyatakan tentang saiz populasi permulaan, Kepadatan Populasi dan

    Keupayaan Muatan1.2.2 memahami tentang faktor-faktor yang mempengaruhi pertumbuhan populasi1.2.3 memahami tentang biodiversiti tersembunyi

  • 7/29/2019 Trend Populasi

    2/11

    1.3 Saiz Populasi Permulaan, Kepadatan Populasi dan Keupayaan Muatan

    Populasiadalah sekumpulan individu dengan ciri-ciri yang sama (spesies) yanghidup menempati ruang yang sama pada waktu tertentu. Anggota-anggota populasihidupdalam habitat yang sama, mempunyai persamaan morfologi, anatomi, dan fisiologi serta

    mampu menghasilkan keturunan dan berkembang biak secara bersama.Konsep populasibanyakdipakai dalam ekologi dan genetik.ParaEkologismemaknakanpopulasi sebagai unsur darisistem yang lebih luas. Populasi suatu spesies adalahsebahagiandari suatu komuniti. Ahli-ahli genetik,menganggap bahawapopulasiadalahsebagaisatuwadah bagi pertukaranalel-alel yang dimiliki oleh individu-individu anggotanya.Pergerakanfrekuensi alel dalamsuatu populasi menjadi perhatian utama dalam kajian genetikpopulasi.Sebagai contoh,pada suatu ladang seluas 200 meter persegi terdapat 800 batang jagung, 500 ekor

    belalang, 50 ekor jangkrik, 10 ekor burung, dan 3 pokok belimbing. Berdasarkan data

    tersebut maka di dalam ladang tersebut terdapat beberapa populasi, yaitu populasi jagung,

    populasi belalang, populasi jangkrik, populasi burung, dan populasi belimbing.Saiz Populasi Permulaan(N0)dipengaruhi oleh beberapa faktor iaitu fungsi

    kesihatan, penerokaan ruang, diversiti, masalah kesukaran, pemilihan tekanan dan jumlah

    individu dalam populasi.

  • 7/29/2019 Trend Populasi

    3/11

    Saiz populasi permulaan (awal) boleh dikira dengan menggunakan pertumbuhan populasi

    eksponen seperti berikut :

  • 7/29/2019 Trend Populasi

    4/11

    Kepadatan populasiadalah hubungan antara jumlah individu dan luas atau isipadu ruangyang diduduki pada waktu tertentu. Misalnya, pada tahun 1990 Daerah Peringat yang

    luasnya 30 km2 dihuni 100.000 orang, 3.000 ekor kambing, dan 6.000 ekor ayam.

    Berdasarkan angka tersebut kepadatan penduduk Daerah Peringat tahun 1990 adalah

    100.000 orang/30 km2 = 3333 orang per km2. Artinya, setiap luas 1 km2 rata-rata ditempati

    3333 orang. Kepadatan populasi kambing adalah 100/km2 dan kepadatan populasi ayam

    adalah 200/km2.Keupayaan Muatan(K)ialah saiz maksimum populasi yang boleh ditampung oleh

    persekitaran dan bergantung kepada keperluan makanan, habitat , air dan lain-lain yang

    terdapat dalam persekitaran. Dalam populasi biologi ,Keupayaan Muatanditakrifkansebagai beban maksimum persekitaran, yang berbeza dari konsep keseimbangan populasi.Keupayaan Muatanmerujuk kepada bilangan individu yang boleh disokong di kawasantertentu dalam had sumber semulajadi, tanpa memusnahkan alam semula jadi, sosial,

    budaya dan ekonomi bagi generasi masa kini dan masa depan.Dalam erti kata lain, Keupayaan Muatanbagi populasi dikatakan dicapai apabila kestabilan menghampiri nilaimaksimum dengan sumber yang terhad seperti makanan, air dan bekalan. Apabila saiz

    populasi kecil daripadaKeupayaan Muatan, kadar pertumbuhan populasi adalah positifsupaya saiz populasi meningkat .Apabila saiz populasi lebih besar daripadaKeupayaanMuatan, kadar pertumbuhan populasi adalah negatif supaya saiz populasi berkurang.

    Pertumbuhan populasi akan berhenti apabila saiz populasi menyamaiKeupayaan Muatan.Keupayaan Muatanmewakili keseimbangan saiz populasi.Contoh keupayaan muatan ialah seperti contoh dibawah dimana seketul daging hanya boleh

    menampung keperluan 6 larva lalat sahaja .

  • 7/29/2019 Trend Populasi

    5/11

    1.4.1 Kadar Kelahiran (b)

  • 7/29/2019 Trend Populasi

    6/11

    Kadar kelahiran adalah punca paling penting dalam pertambahan saiz populasi.

    Proses: kelahiran, penetasan, percambahan, pembiakan berjantina adalah dipengaruhi oleh

    beberapa faktor seperti kesuburan dan kesuburan purata,nisbah jantina di dalam populasidan kadar pembiakan dalam populasi.

    1.4.2 Kadar Kematian (d)

    Merujuk kepada kematian individu-individu dalam populasi. Kematian disebabkan

    oleh beberapa faktor seperti kematian fisiologi, faktor-faktor genetik, kematian akibat

    kemalangan, musuh semula jadi, kannibalisma dan kekurangan makanan. Kematian dalam

    populasi hidupan liar adalah sukar untuk ditentukan kerana tindakan pemangsa jarang

    diperhatikan dan kecepatan kematian akibat penyakit dan perasit..

    1.4.3 Imigrasidan Emigrasi

    Imigrasibermaksud penghijrahan ke dalam sesuatu kawasan kerana mencaripasangan dan makanan di kawasan baru. ManakalaEmigrasibermaksud penghijrahankeluar dari satu tempat ke tempat lain. Haiwan liar seperti harimau, serigala dan beruang

    muda meninggalkan populasi mereka kerana dihalau oleh induk kerana telah matang

    ataupun kerana kekurangan makanan.

    1.4.4 Pengiraan Pertumbuhan Populasi

    Contoh:Apakah jenis pertumbuhan populasi yang dimiliki oleh badak dan mengapa saiz populasi

    akhir berbeza?

  • 7/29/2019 Trend Populasi

    7/11

    Jadual menunjukkan anggaran populasi bagi dua jenis populasi badak di dalam persekitaran

    yang sama, bagi 5 selang masa (generasi).

    Selang masa

    (t) = generasi

    Populasi Badak A Populasi Badak BSaiz populasi,

    (N)Faktor

    pertumbuhan,

    (R)Saiz populasi,

    (N)Faktor

    pertumbuhan, (R)0 N0 = 30 N0 = 201 58 1.9 39 2.02

    123

    2.1

    82

    2.1

    3 236 1.9 161 2.04 484 2.0 318 2.05 955 2.0 643 2.0

    Langkah

    Populasi badak A,12 Purata R'>

    12 = 1.98 ~ 2.0 '>

    Populasi badak B,12 Purata R'>

    12 = 2.02 ~ 2.0'>

    Soalan

  • 7/29/2019 Trend Populasi

    8/11

    Semak ketiga-tiga faktor-faktor yang mempengaruhi pertumbuhan. Mengapa terdapat

    perbezaan dari segi saiz populasi antara kedua-dua populasi pada selang masa ke 5?

    Adakah ia disebabkan oleh perbezaan dalam saiz populasi permulaan (awal), faktor

    pertumbuhan, atau faktor alam sekitar?

    Graf menunjukkan bentuk eksponen. Populasi Badak B mempunyai kadar

    pertumbuhan, Ryang tinggi. Saiz penduduk bagi selang masa ke 5 berbeza bagi kedua-dua

    populasi badak disebabkan oleh saiz awal populasi (populasi permulaan). Bilangan saiz

    populasi awal bagi badak A sebanyak 30 adalah lebih tinggi daripada saiz populasi awalbadak B dimana hanya terdapat 20 sahaja. Disebabkan itu, ahli baru lebih banyak dihasilkan

    di populasi badak B.

    1.5 Faktor-faktor Yang mempengaruhi Pertumbuhan Populasi

    Ada dua faktor yang mempengaruhi pertumbuhan populasi iaitu faktor bersandarkankepadatan (Density-dependent factors)dan faktor tidak bersandarkan kepadatan(Density-independent factors).

    Faktor bersandarkankepadatan (Density-dependent factors) adalah faktor-faktoryang mengawal pertumbuhan populasi apabila saiz populasi adalah besar seperti makanan

    dan bekalan air, cahaya, udara, pemangsa,penyakit, parasit dan ruang wilayah.

  • 7/29/2019 Trend Populasi

    9/11

    Faktor tidak bersandarkan kepadatan(Density-independent factors)ialah tidakbergantung kepada saiz populasi seperti cuaca , ribut, gempa bumi, kebakaran, banjir dan

    pengairan.

    1.6 Biodiversiti TersembunyiBiodiversiti tersembunyi adalah hidupan yang tidak disedari kepentingan kehadiran

    mereka. Terbahagi kepada dua iaitu komponen komuniti dalam tanah dan mikroorganisma

    1.6.1 Komponen Komuniti Dalam Tanah

    Megiabiotamerangkumi vertebrata seperti ular, musang, tikus dan arnab yangkebanyakannya menggali tanah untuk mencari makanan dan sebagai tempat

    perlindungan.Macrobiota(diameter >2mm) (contoh semut, anai-anai, labah-labah). Akar pokokjuga selalunya dikira sebagai biota tanah.Mesobiota(diameter 0.1 2.0mm) biasanya tinggal di dalam rongga tanah.Kumpulan ini kebanyakannya tergolong di bawah arthropoda mikro seperti gegat dan

    hamama.Mikrobiota(diameter

  • 7/29/2019 Trend Populasi

    10/11

    kebaikan dalam pemuliharaan alam sekitar. Kini banyak formulasi mikrob berfaedah dijual

    secara komersial di pasaran untuk kegunaan dalam pertanian sama ada sebagai baja

    biologi, kawalan perosak tumbuhan, agen pereputan sisa pertanian, bahan nyah bau dan

    membantu menghadamkan makanan dalam perut haiwan ruminen.Mikroorganismamenjalankan proses hidup seperti bernafas, membesar dan bergerak apabila dibekalkan

    dengan keperluan asas dan persekitaran yang sesuai.

    Terdapat empat jenis mikroorganisma yang utama:

    (a) bakteria

    (b) virus

    (c) fungi

    (d) protozoa

    1.6.2. 1 Bakteria

    Bakteria ialah organisma yang sangat kecil. Bakteria wujud dalam pelbagai bentuk.

    Kebanyakan Bakteria boleh dikelaskan berdasarkan bentuknyaBakteria terdapat di udara, di dalam air, di dalam tanah serta di permukaan yang kamu

    sentuh. Bakteria hidup di dalam tubuh kamu juga. Bakteria membiak sangat cepat pada

    suhu yang sesuai dengan kehadiran air dan makanan yang mencukupi. Bakteria membiak

    sangat aktif di tempat yang hangat, gelap, lembab dan kotor.Kebanyakan bakteria tidak

    bebahaya dan berguna kepada kita. Namun begitu, sesetengah bakteria menyebabkan

    penyakit seperti cirit-birit, sakit kerongkong dan sebagainya.Bakteria yang menyebabkan

    penyakit di kenali sebagai kuman

    1.6.2.2 VirusVirus ialah mikroorganisma yang paling kecil. Virus hanya dapat dilihat dengan

    menggunakan mikroskop yang paling tinggi kuasanya. Virus boleh menjangkiti tumbuhan,

    haiwan dan bakteria.Deman selesema adalah disebabkan oleh virus. Virus

  • 7/29/2019 Trend Populasi

    11/11

    bertanggungjawab kepada pelbagai jenis penyakit berbahaya dan membawa maut seperti

    AIDS.

    1.6.2.3 Protozoa

    Protozoa lebih besar daripada virus dan bakteria. Protozoa ialah organisma

    akuatik.Protozoa juga ada yang tidak berbahaya dan ada yang berbahaya. Demam malaria

    adalah salah satu penyakit yang disebabkan oleh sejenis protozoa.

    1.6.2.4 FungiFungi adalah yang paling besar antara keempat-empat mikroorganisma. Fungi hidup

    di dalam tanah, pada sampah-sarap, di atas organisma lain dan juga pada makanan

    kita.Fungi membiak daripada spora.Cendawan, kulapuk dan yis (ragi) adalah contoh-contoh

    fungi. Sesetengah fungi, seperti yis adalah sangat halus dan hanya boleh dilihat dengan

    bantuan mikroskop.Seperti bakteria, kebanyakan fungi tidak berbahaya dan berguna kepada

    kita. Walau bagaimanapun, ada juga fungi yang boleh menyebabkan penyakit.