Upload
faizal-bin-amran
View
22
Download
0
Embed Size (px)
DESCRIPTION
tugasan mb
Citation preview
5/26/2018 Tugasan Dalam Kelas Multibudaya
1/3
TUGASAN DALAM KELAS
Soalan 1 : Maksud Kemahiran
1. Bersikap kritikal terhadap budayaKemahiran bersikap kritikal terhadap budaya merangkumi sikap, empati, ingin tahu, dan
menghormati. Ia boleh dilihat melalui tiga aspek yang utama iaitu Murid, Guru dan Sekolah:
a) Murid- sebagai seorang murid, mereka perlu mengetahui dan memahami budaya merekasendiri serta budaya rakan-rakan yang lain. Contohnya, murid perlu digalakkan untuk
melibatkan diri dalam aktiviti kebudayaan yang diadakan disekolah. Dengan cara ini,
murid akan lebih memahami tentang budaya sendiri serta budaya orang lain
b) Guru- Guru perlu mencari, menyingkap, menentukan makna, nilai dan motif yang wujuddalam kepelbagaian pelajar di sekolah. Dengan ini, guru-guru dapat memahami mengenai
sesuatu budaya pelajar secara menyeluruh. Contohnya, guru perlu peka terhadap
penggunaan Bahasa serta intonasi yang diucapkan semasa menjalankan proses PDP
supaya mengelakkan salah faham dalam kalangan pelajar terhadap Bahasa yang
digunakan. Di samping itu, guru perlu berperanan sebagai perantara terhadap situasi
konflik yang melibatkan isu budaya dalam kalangan budaya.
c) Sekolah-disekolah pula pihak pentadbir perlu menitik beratkan isu kepelbagaian budayadan mengambil perhatian yang serius dengan membentuk model-model yang
menghuraikan hubungan dalam kelompok budaya pelajar. Contohnya, pihak sekolah
perlu mengelakkan daripada mengadakan program yang hanya melibatkan satu budaya
tetapi seharusnya melibatkan kepelbagaian budaya.
Soalan 2: Sub kemahiran lain
Objektif:Bersikap kritikal terhadap budaya sama ada budaya sendiri mahupun budaya
orang lain
1. Terima pandagan orang lain tentang budaya sendiri2. Membuat refleksi tentang kekurangan budaya sendiri3. Menjadi pengantara situasi konflik antara budaya4.
Memberi peluang mengamalkan budaya lain
5. Berperasangka positif terhadap tindakan dan amalan6. Bertoleransi terhadap budaya lain.7. Peka terhadap sensitiviti budaya sendiri dan budaya lain.8. Beri peluang kepada orang lain mengamalkan budaya sendiri.
5/26/2018 Tugasan Dalam Kelas Multibudaya
2/3
Soalan 3: Rancangan Pengajaran Harian
TAJUK : Kenali Budaya
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti pelajar dapat:-
1. Mengenali diri sendiri.
2. Mendedahkan cara meningkatkan konsep kendiri.
3. Mendedahkan pelajar untuk bertingkah laku sesuai ikut budaya masing-masing dan
bersesuaian dengan kehidupan dalam masyarakat multibudaya.
4. Memberi peluang kepada pelajar untuk membuat refleksi tentang kekurangan budaya sendiri.
5. Memberikan peluang kepada pelajar mengamalkan budaya lain.
MASA : 40 minit
BAHAN-BAHAN: Radio, Kiosk,
Sasaran :Pelajar tingkatan 4
LANGKAH :
1. Tayangan video
2. Membuat refleksi
3. Lakonkan tentang budaya orang lain
4. Perbincangan mengenai lakonan.
REFLEKSI / RUMUSAN:
1. Setiap orang mempunyai kelemahan dan kekuatan dan pelajar harus menerima kelemahan
mereka secara positif. Setiap kelemahan boleh diperbaiki dan kekuatan harus ditingkatkan.
2. Pelajar harus sedar bahawa orang lain mempunyai persepsi yang berbeza-beza terhadap diri
5/26/2018 Tugasan Dalam Kelas Multibudaya
3/3
mereka. Jika pelajar mempunyai konsep kendiri yang positif mereka akan menerima budaya
orang lain.
3. Pelajar akan belajar bertingkah laku sesuai ikut kepelbagaian budaya.