[PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN RBT 3109
Terlebih dahulu, saya ingin memanjatkan kesyukuran kepada Tuhan kerana dapat
menyempurnakan tugasan yang ketiga ini dalam masa yang ditetapkan. Ribuan terima kasih
saya sampaikan kepada pensyarah saya, iaitu En Khu Eian Chun kerana dengan tunjuk ajar
dan dorongan dari beliaulah saya dapat melaksanakan tugasan ini dengan penuh jayanya.
Selain itu , saya juga dapat memperolehi pelbagai maklumat dan pengetahuan yang berkaitan
dengan tugasan hasil daripada didikan beliau.
Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada sahabat-sahabat yang tidak jemu memberi
tunjuk ajar dan kerjasama yang diperlukan sepanjang proses penyiapan tugasan ini. Sokongan
dan dorongan sahabat semua banyak membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini, di
samping dapat mendalami ilmu hasil daripada perkongsian maklumat antara kami.
Segulung penghargaan juga buat keluarga yang tersayang,terutama ibubapa saya yang
telah banyak membantu dalam bentuk kewangan dan juga sokongan moral. Tidak lupa juga
kepada semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam membantu saya
semasa proses penyiapan tugasan ini.
Pelbagai masalah yang saya hadapi untuk menyiapkan tugasan ini. Namun, semangat
dan dorongan yang bersungguh dari pensyarah saya telah membuatkan saya lebih gigih
mengumpul maklumat untuk menyiapkan tugasan ini. Akhir kata, semoga tugasan ini dapat
memberi sedikit sebanyak manfaat kepada kita semua. Sesungguhnya jasa baik dan budi
semua saya dahului dengan jutaan terima kasih.
[PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN RBT 3109
NAMA : JAMUNA A/P BATUMALAI
NO. K/P : 930608-10-6112
IPG : IPG KAMPUS TUN HSSEION ONN, BATU PAHAT.
PROGRAM : PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
AMBILAN : JANUARI 2013
OPSYEN : RBT/BT/MORAL
KELAS : RBT 3
ALAMAT : NO.107, JALAN CERMAI 4, TAMAN TELUK MERBAU,
43950 SUNGAI PELEK, SELANGOR.
E-MAIL : [email protected]
[PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN RBT 3109
PENGENALAN
Teknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan merupakan satu topik
yang dikandung dalam matapelajaran RBT. Topik ini mempunyai kod iaitu RBT 3109. Guru
pelatih yang mengambil opsyen major RBT dikehendaki belajar topik ini pada semester 5. Guru
pelatih akan belajar tentang ikan hiasan dan haiwan kesayangan, contohnya hamster dari segi
penjagaannya. Secara keseluruhannya, haiwan kesayangan seperti yang kita tahu, merupakan
haiwan yang dipelihara dan dijaga oleh manusia kerana naluri kasih sayang dan suka kepada
binatang. Haiwan yang menjadi pilihan akan dijaga dan dibelai dengan penuh kasih sayang
serta dianggap sebahagian daripada ahli keluarga. Pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan
hiasan merupakan satu hobi yang dilakukan oleh manusia.
Menternak ikan hiasan adalah satu kegiatan yang boleh mendatangkan keuntungan.
Kegiatan ini memerlukan pengawasan dan penjagaan yang rapi pada keseluruhan atau
sebahagian dari proses pembiakan, pengasuhan anak-anak ikan dan pembesaran atau
pemeliharaan mengikut saiz untuk mendapat keuntungan ekonomi atau pun sosial sekiranya
dilakukan secara intensif. Pemeliharaan ikan hiasan semakin menjadi satu kegiatan popular
dan diminati kerana sifat-sifat unik dan menarik pada ikan hiasan itu mampu menarik perhatian
seseorang.
[PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN RBT 3109
PENGENALAN KEPADA IKAN HIASAN
Ikan merupakan anugerah unik yang telah dicipta oleh tuhan. Ikan adalah anggota
vertebrata poikilotermik (berdarah dingin) yang hidup di air dan bernafas dengan insang. Ikan
merupakan kelompok vertebrata yang paling beraneka ragam dengan jumlah spesies lebih dari
27,000 di seluruh dunia. Secara taksonomi, ikan tergolong kelompok paraphyletic yang
hubungan kekerabatannya masih diperdebatkan; biasanya ikan dibahagi kepada ikan tanpa
rahang (kelas Agnatha, 75 spesies termasuk lamprey dan ikan hag), ikan bertulang rawan
(kelas Chondrichthyes, 800 spesies termasuk hiu dan pari), dan sisanya tergolong ikan
bertulang keras (kelas Osteichthyes).
Ikan kategori ini dikenali sebagai ikan hiasan.
Tujuannya dipelihara untuk menceriakan kawasan di sudut
rumah, pejabat atau kelas. Ini juga memberikan ketenangan
kepada kita di samping menghayati kehidupan alam akuatik.
Bolehkah kamu menamakan beberapa jenis ikan hiasan
yang dipelihara lazimnya di dalam akuarium? Ikan hiasan
dipelihara sebagai hobi yang menarik dan menyeronokkan.
Bahkan, boleh dijadikan sumber pendapatan yang lumayan.
Ikan hiasan atau lebih dikenali sebagai ornamental fish diperingkat antarabangsa
merupakan ikan yang mendapat keistimewaan daripada penggemar atau peminat ikan hiasan
diseluruh dunia. Ikan yang mempunyai berbagai-bagai spesis ini mempunyai nilai pasaran yang
agak tinggi bagi sesetengah spesis. Bagi memelihara ornamental fish ini, anda hendaklah
mempunyai serba sedikit ilmu mengenai penjagaannya seperti kualiti air, cara pemberian
makanan, proses pembersihan kolam atau akuarium dan lain-lain lagi supaya tidak berlaku
kematian atau kecederaan pada ikan dalam waktu yang singkat. Pengetahuan ini dapat
mengelak keadaan yang boleh memudaratkan kesihatan ikan hiasan tersebut dan membantu
pemilik daripada mendapat kerugian. Lebih-lebih lagi ikan hiasan yang mempunyai harga
pasaran yang tinggi. Sudah tentu anda tidak mahu perkara ini berlaku kepada anda.
[PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN RBT 3109
Ikan yang sesuai dipelihara di dalam akuarium mestilah bukan dari jenis ikan liar yang
ditangkap dari habitat semula jadi. Ikan yang jinak dan telah sesuai dipelihara di dalam
akuarium boleh dibeli dari kedai ikan hiasan atau dibiakkan sendiri. Ikan yang ditangkap dari
habitat semula jadi adalah sukar dipelihara di dalam akuarium kerana ianya belum dapat
menyesuaikan diri hidup di dalam kurungan.
Untuk mempunyai akuarium yang cantik pemilihan jenis ikan untuk dipelihara adalah
penting. Tidak semua jenis ikan boleh dipelihara di dalam satu komuniti akuarium. Ikan
pemangsa mestilah dipelihara di dalam akuarium yang hanya mengandungi jenis ikan itu sahaja
kerana ia memakan ikan-ikan kecil lain yang terdapat dalam akuarium. Hanya ikan yang boleh
hidup secara komuniti sahaja boleh dipelihara dalam akuarium mengandungi pelbagai jenis
ikan.
[PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN RBT 3109
Faedah pemeliharaan ikan hiasan
Melalui kaedah penjagaan yang memerlukan ketelitian dan berbeza mengikut jenis ikan
akan melahirkan rasa keperihatinan penternak ikan hiasan. Ia juga merupakan satu hobi yang
mampu membina pengetahuan mengenai kepelbagaian ikan-ikan hiasan dan juga tabiat
hidupnya. Terdapat beberapa faedah pemeliharaan ikan hiasan.
Terdapat juga beberapa faktor yang perlu diambil kira sebelum memelihara ikan hiasan.
Antaranya ialah :
CIRI ISTIMEWA IKAN HIASAN
Ciri-ciri istimewa ikan hiasan boleh dilihat melalui warna sisik, saiz, bentuk badan, sirip,
cara dan tabiat makan dan jantina. Pemeliharaan ikan hiasan semakin menjadi satu kegiatan
popular dan mampu memberii pendapatan lumayan kepada pengusaha-pengusaha ikan
hiasan. Kebanyakkan ikan diselaputi oleh sisik nipis berlendir yang berfungsi sebagai pelindung
Untuk mengindahkan ruang tempat kediaman
Untuk menghayati keindahan alam akuatik
Untuk memberikan ketenangan perasaan
Untuk menyemai perasaan sayangkan haiwan peliharaan
Untuk menambah pengetahuan berkaitan alam akuatik
Mudah dipelihara
Habitat dan sifat ikan
Kesesuaian bekas
Boleh bercampur dengan jenis
ikan lain
Tahan terhadap perubahan mutu
air
Tahan terhadap serangan penyakit
[PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN RBT 3109
daripada bakteria dan serangan penyakit. Kulit ikan mengandungi “chromatophoraes” iaitu
pigmen sel-sel yang memberi warna-warna tertentu kepada ikan.
Ikan hiasan terkenal dengan beberapa ciri istimewa. Antaranya:
Pergerakan
Ikan mempunyai pergerakan unik contohnya ikan mas yang bergerak
perlahan dan mengasyikkan apabila kita memerhatikannya.
Sisik
Warna badan
Saiz
Sirip
Bentuk badan
Ikan hiasan mempunyai sisik yang cantik dan pelbagai warna mengikut
spesis. Sisik nipis berlendir berfungsi sebagai pelindung daripada bakteria
dan serangan penyakit.
Ikan hiasan mempunyai pelbagai jenis bentuk badan seperti pipih,gemuk,
pendek dan panjang. Ikan Tiger Barb mempunyai bentuk badan pipih.
Terdapat ikan hiasan yang kecil dan ada yang besar seperti ikan Kelisa
mempunyai saiz badan yang besar manakala ikan Guppy mempunyai saiz
yang kecil.
Ada ikan sirip pendek dan ada yang sirip panjang
[PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN RBT 3109
CONTOH-CONTOH IKAN HIASAN
Cara makan
Badan ikan hiasan mempunyai pelbagai warna dan corak yang menarik.
Ikan hiasan mempunyai beberapa jenis spesis dan habitat. Terdapat ikan
hiasan yang makan makanan hidup dan makanan kering.Contoh ikan
Tiger Barb makan makanan rumusan dan makanan hidup.
Jantina
Terdapat beberapa perkara yang membezakan jantan atau betina ikan
hiasan seperti bentuk badan, warna dan saiz ikan. Ikan Angelfish
dibezakan melalui bentuk badan.Ikan jantan lebih besar dan perut pipih.
Cara Pembiakan
Ikan membiak dengan dua cara iaitu bertelur dan beranak. Tiger barb dan
Guppy merupakan spesis yang beranak. Di anggarkan setiap kali kelahiran
sebanyak 40-50 ekor anak ikan terhasil.Ikan Arowana bertelur dan dieram
di dalam mulutnya sehingga menetas menjadi anak ikan. Ikan hiasan
biasanya bertelur di celah-celah tumbuhan akuatik.
IKAN EMAS IKAN GUPPY
[PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN RBT 3109
BAHAGIAN LUAR IKAN
[PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN RBT 3109
MEMILIH IKAN HIASAN UNTUK DIPELIHARA
Ikan hiasan dipelihara sebagai hobi yang menarik dan mengasyikkan kerana ikan
hiasan mempunyai warna yang cantik. Melihat ikan ini berenang di dalam akuarium akan
Sirip
Sirip terdiri dari dua jenis iaitu sirip berpasangan dan tidak berpasangan. Sirip tidak berpasangan ialah seperti sirip ekor (kaudal), sirip dorsal dan sirip anal berfungsi membantu supaya ikan bergerak lurus dan sebagai kemudi pergerakan ikan di dalam air..
Garis Lateral
Garis lateral terdapat seperti bintik-bintik di sisi badan bermula dari tutup insang hingga ke ekor. Ia berfungsi untuk mengesan pergerakan objek lain di dalam air. Organ deria ini juga berfungsi sebagai telinga.
Penutup Insang
Ikan bernafas di dalam air menggunakan insang. Air disedut melalui mulut nya dan keluar melalui tutup insang. Semasa air mengandungi oksigen bergerak melalui insang oksigen akan diserap ke dalam badan ikan.
[PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN RBT 3109
memberi ketenangan. Lebih menarik lagi sekiranya ikan ini dipelihara di dalam akuarium yang
yang ditanam dengan pelbagai jenis tumbuhan akuatik hidup dan hiasi dengan aksessori lain.
Ikan yang sesuai dipelihara di dalam akuarium mestilah bukan dari jenis ikan liar yang
ditangkap dari habitat semula jadi. Ikan yang jinak dan telah sesuai dipelihara di dalam
akuarium boleh dibeli dari kedai ikan hiasan atau dibiakkan sendiri. Ikan yang ditangkap dari
habitat semula jadi adalah sukar dipelihara di dalam akuarium kerana ianya belum dapat
menyesuaikan diri hidup di dalam kurungan. Ikan yang dipilih untuk dipelihara di dalam
akuarium juga mestilah ikan yang mempunyai ciri menarik seperti warna dan bentuk yang unik
dan cantik.
Untuk mempunyai akuarium yang cantik pemilihan jenis ikan untuk dipelihara adalah
penting. Tidak semua jenis ikan boleh dipelihara di dalam satu komuniti akuarium. Ikan
pemangsa mestilah dipelihara di dalam akuarium yang hanya mengandungi jenis ikan itu sahaja
kerana ia memakan ikan-ikan kecil lain yang terdapat dalam akuarium. Hanya ikan yang boleh
hidup secara komuniti sahaja boleh dipelihara dalam akuarium yang mengandungi pelbagai
jenis ikan.
MENGENAL DAN MEMILIH JENIS MAKANAN IKAN HIASAN
Makanan pellet jenis terapung adalah sesuai untuk makanan ikan yang mempunyai bentuk
mulut menghala ke atas dan pertengahan kepala seperti ikan Swordtail, Guppy atau Angel.
Makanan tenggelam pula sesuai untuk diberikan kepada ikan yang mempunyai bentuk mulut
yang menghala ke bawah seperti ikan Corydoras atau Loach.
PEMAKANAN IKAN HIASAN
Ikan hiasan boleh dikategorikan kepada beberapa kumpulan utama berdasarkan jenis
permakanannya.
IKAN HIASAN
KARNIVOR PEMAKAN PLAKTON OMNIVOR HERBIVOR
[PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN RBT 3109
A) KARNIVOR
Ikan yang memakan benda-benda hidup seperti ikan kecil atau haiwan lain dikenali
sebagai ikan pemangsa atau karnivor. Biasanya ikan pemangsa bersaiz besar,
mempunyai gigi yang tajam dan rahang yang kuat. Makanan ikan karnivor ialah seperti
cengkerik, anak ikan, katak atau ulat. Contoh ikan karnivor ialah ikan Sebarau, Oskar
dan ikan arowana.
B) PEMAKAN PLAKTON
Ikan yang memakan mikro organisma di dalam air dikenali sebagai ikan pemakan
plankton. Contoh ikan ini ialah seperti ikan Barb, ikan Tetra dan kebanyakan jenis ikan
semasa peringkat anak.
C) HERBIVOR
Sesetengah ikan hiasan memakan tumbuhan dan ianya dikenali sebagai herbivor.
Ikan ini tidak sesuai dipelihara di dalam akuarium yang ditanam tumbuhan akuatik.
D) OMNIVOR
ikan yang memakan pelbagai jenis makanan seperti plankton, tumbuhan reput, daging
haiwan atau pellet. Kebanyakan ikan hiasan ialah jenis ini kerana ianya telah
menyesuaikan diri untuk hidup di dalam tangki. Contoh ikan omnivor ialah ikan Pelaga,
Oscar, dan cichlid.
PEMAKANAN IKAN HIASAN DI DALAM AKUARIUM
Ikan yang dipelihara di dalam akuarium boleh diberi makan plankton atau makanan kering,
cacing atau makanan hidup seperti cengkerik, ulat atau lain-lain bergantung kepada jenis ikan
yang dipelihara. Oleh kerana ikan mempunyai pelbagai cara pemakanannya, makanan ikan
hiasan juga perlu disediakan berdasarkan sifat ikan yang dipelihara. Kebanyakan ikan yang
dipelihara di dalam akuarium pula telah lama menyesuaikan diri di dalam sekitaran tangki,
[PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN RBT 3109
pemakanannya juga banyak dipengaruhi oleh sekitarannya. Ikan hiasan akan memakan apa
sahaja makanan yang diberikan kepada terutamanya apabila ikan telah lapar.
Makanan ikan hiasan boleh dibahagikan kepada 3 kumpulan,
i) Makanan Hidup
Makanan hidup terdiri dari plankton iaitu organisma halus yang terdapat di
dalam air, cacing, ulat roti, jejentik nyamuk, udang, anak ikan, cengkerik, lipas
ii) Makanan kering
makanan hidup
makanan basah
makanan kering
makanan rumusan
Bloodworm
Cengkerik
Anak ikanUlat roti
lipas
[PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN RBT 3109
Makanan kering ialah seperti cacing yang telah diawet atau roti.
iii) Makanan basah
Makanan basah ialah seperti kerang, hati lembu, sayuran seperti salad atau bayam.
iv) Makanan Rumusan
Makanan rumusan ialah terdiri dari pellet , emping, stick yang telah sedia diproses
oleh kilang membuat makanan. Iannya yang boleh dibeli dari kedai ikan hiasan atau
pembekal makanan haiwan.
[PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN RBT 3109
MENGENAL PASTI DAN MEMILIH TUMBUHAN AKUATIK UNTUK HIASAN DALAM
AKUARIUM
Ciri utama kesesuaian tumbuhan akuatik untuk akuarium ialah tahan hidup di dalam air
dan mempunyai bentuk yang menarik sebagai hiasan dalaman akuarium.
Kepentingan tumbuhan akuatik di dalam akuarium ialah untuk menyerap bahan-bahan
toksik yang dihasilkan dari perkumuhan ikan dan sisi makanan yang tidak habis dimakan
oleh ikan. Sisa makanan dan bahan perkumuhan akan mendak ke dalam substrat di
dasar akuarium dan menjadi baja kepada tumbuhan akuatik.
Tumbuhan akuatik mengeluarkan oksigen kedalam air hasil dari proses fotosistisis. Gas
oksigen ini akan digunakan oleh ikan untuk proses pernafasan.
Tumbuhan akuatik juga berdungsi sebagai tempat ikan kecil berlindung dari ikan yang
menjadi musuhnya, menjadi tempat persembunyiannya dan tempat berehat.
Ikan herbivor juga akan memakan daun-daun tumbuhan akuatik.
Karbon dioksida
[PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN RBT 3109
Tumbuhan memerlukan gas karbon dioksida untuk menjalankan proses fotosintisis
sebagaimana kita memerlukan oksigen untuk bernafas. Untuk pertumbuhan yang baik gas
karbon dioksida perlu dibekalkan kepada tumbuhan melalui gas karbon dioksida yang khusus
dan ada dijual di kedai akuarium. Sekiranya gas ini tidak dibekalkan tumbuhan masih boleh
hidup kerana gas karbon dioksida sedia terhasil di dalam air melalui pernafasan ikan yang
dipelihara di dalam akuarium.
Baja
Baja diperlukan untuk membekalkan zat-zat mineral untuk proses pembesaran tumbuhan
akuatik. Baja berbentuk cecair atau biji perlu ditambahkan dari masa ke semasa menggunakan
baja yang boleh dibeli di pasaran mengikut kaedah yang dicadangkan.
CARA MEMASUKKAN IKAN KE DALAM AKUARIUM
[PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN RBT 3109
1. Letakkan beg ikan ke dalam tangki akuarium selama 20 hingga 30 minit.
2. Tujuannya ialah untuk menyamakan suhu air di dalam bekas plastik dan air di dalam
akuarium.
3. Buka beg plastik dan biarkan ikan keluar dengan sendirinya bersama air daripada beg
plastik.
CARA MENJAGA AKUARIUM
Penjagaan akuarium yang mengandungi ikan hiasan kecil dan tumbuhan akuatik sebagai
hiasan adalah mudah.
PENJAGAAN HARIAN
• Beri makan sekali atau dua kali sehari. Makanan adalah mencukupi apabila dapat dihabiskan
oleh ikan dalam masa 2 hingga 3 minit.
• Perhatian kelakuan ikan. Sekiranya tedapat tanda-tanda ikan tidak normal atau sakit seperti
berenang dalam keadaan luar biasa, berpusing-pusing, terdapat kecederaan, berubah warna,
sisiknya tanggal atau kembang, ikan tersebut perlu diasingkan dan diberi rawatan
Ikan yang mati perlu dibuang.
Pastikan semua peralatan pengudaraan, penapis dan lampu berfungsi dengan baik.
Ukur kualiti air seperti nilai pH, ammonia, oksigen dan karbon dioksida menggunakan
alat yang disediakan.
PENJAGAAN MINGGUAN
[PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN RBT 3109
Setiap minggu atau sekurang-kurangnya 2 minggu air perlu diganti sebanyak ½ atau ⅓
bahagian dari isipadu tangki.
Cantas tumbuhan akuatik yang tumbuh terlalu tinggi
Bersihkan bahagian hadapan cermin tangki.
Padamkan semua peralatan elektrik seperti pam penapis dan lampu buat sementara
waktu.
Siphonkan kotoran yang terdapat di dasar tangki.
Cucikan kapas penapis dengan air bersih.
Tambahkan air dalam tangki seniggga ke paras asal.
Perlu diingat supaya tidak memberi makan dengan berlebihan sebelum bercuti pada
hujung minggu. Ikan tidak akan mati sekiranya tidak diberi makanan selama beberapa
hari sebaliknya akan lebih merbahayakan ikan sekiranya diberi makan dengan
berlebihan.
MENGENAL PASTI MUTU AIR AKUARIUM
[PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN RBT 3109
a. pH air
pH air ialah kadar kemasaman air. Ia diukur dari nilai 1 hingga 14. Nilai 1 ialah paling
masam atau asidik dan nilai 14 merupakan keadaan yang paling alkali. pH air akuarium yang
paling sesuai aialah 6.5 hingga 7.5 iaitu sekitar neutral. Untuk menentukan nilai pH boleh
menggunakan kertas litmus. Nilai pH air perlu dipastikan dari masa ke semasa untuk
mengelakkan ianya terlalu asidik.
b. Suhu
Ikan dapat hidup dengan baik pada suhu sekitar 26o hingga 27oC. Suhu yang terlalu tinggi
atau terlalu rendah boleh menyebabkan ikan mati. Suhu yang sejuk di bawah 26oC
menyebabkan ikan mudah dijangkiti penyakit. Biasanya keadaan suhu dan iklim di negara kita
tidak memerlukan pemanas kerana tiada musim sejuk. Suhu bilik adalah cukup sesuai untuk
ikan hidup dengan baik.
b. Bahan beracun
Bahan beracun yang wujud di dalam air ternakan ialah ammonia dan nitrate. Ianya terhasil dari
proses perkumuhan ikan yang dipelihara iaitu bahan buangan urin dan najis. Oleh kerana
sistem tangki kita adalah sistem yang seimbang, bahan beracun ini tidak akan memberi kesan
kepada kehidupan ikan kerana ianya telah ditukar kepada bahan makanan dan baja.
MENGENAL PASTI PENYAKIT IKAN HIASAN
Faktor-faktor yang menyebabkan ikan mudah dijangkiti penyakit ialah seperti berikut :
[PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN RBT 3109
Keadaan suhu air dalam akuarium yang terlalu sejuk
Air di dalam akuarium terlalu kotor kerana tidak ditukar selama beberapa lama.
Ikan yang cedera atau mengalami luka akibat dipindahkan tempat.
Antara penyakit penting ikan hiasan ialah:
a. Penyakit rintik putih
Penyakit ini disebabkan parasit yang melekat pada sisiknya. Ia berlaku apabila suhu air terlalu
sejuk. Ikan yang sakit perlu dipindahkan ke dalam tangki lain. Ianya boleh dirawat
menggunakan larutan methylene blue dan campuran sedikit garam biasa ke dalam air.
Terdapat juga ubat yang telah tersedia dan boleh didapati dari kedai akuarium.
d. Penyakit kulat
Kulat akan tumbuh pada luka pada badan ikan sekiranya tidak diberi rawatan awal. Bahagian
[PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN RBT 3109
yang sering dijangkiti kulat ialah sirip, mulut dan badan yang terdapat luka. Kulat ini kelihatan
seperti kapas yang tumbuh pada bahagian luka yang terbuka. Ia boleh dirawat menggunakan
larutan methylene blue yang dimasukkan ke dalam air atau menyapukan terus pada luka yang
dijangkiti kulat itu. Ikan yang dijangkiti kulat perlu diasingkan dari ikan sihat.
c. Penyakit bakteria
Ikan yang dijangkiti bakteria biasanya akan berubah warna menjadi pudar, sisiknya
mengembang atau perutnya menjadi buncit. Penyakit bakteria boleh menyerang ikan
disebabkan oleh mutu air yang tidak baik, pemakanan yang tidak sesuai atau ikan mengalami
stress. Penyakit ini boleh dirawat menggunakan antibiotik yang boleh dibeli dari pembekal ubat
tempatan dengan bimbingan Pegawai Perikanan.
A. Akuarium
[PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN RBT 3109
a. Akuarium ialah kompenan utama dalam pemeliharaan ikan hiasan. Fungsi utama
akuarium ialah untuk menakung air sebagai medium kehidupan ikan supaya ikan
terus hidup, berkembang dan membesar.
b. Secara umumnya akuarium boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu akuarium
berbentuk bersegi dan akuarium tidak bersegi.
c. Lazimnya, akuarium bersegi lebih digemari kerana ianya akan menampilkan
keindahan ikan dan mempermudahkan susun atur dan hiasan dalamnya.
d. Ukuran akuarium boleh didapati dalam pelbagai saiz dengan ketebalan kaca
yang berbeza – beza. Ini adalah bagi memastikan akuarium tersebut mampu
menampung tekanan air supaya akuarium tidak pecah.
e. Akuarium bersegi berukuran 100 x 40 x 40 cm atau 90 x 40 x 35 cm memerlukan
kaca dengan ketebalan sekitar 5 mm dan akuarium yang berukuran 20 x 20 x 20
cm atau 60 x 20 x 25 cm pula memerlukan kaca dengan ketebalan 3mm.
gambar akuarium bersegi & tidak bersegi
B. Penyaring
[PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN RBT 3109
a. Fungsi penyaring adalah untuk menyaring unsur – unsur halus yang tidak
dikehendaki di dalam akuarium seperti bakteria, parasite, kulat, virus, alga dan
lain – lain pathogen.
b. Cara penyaring berfungsi adalah sangat mudah iaitu ia menyedut air yang kotor
melalui lapisan penyaring kemudian mengeluarkannya kembali dalam keadaan
bersih.
c. Untuk menapis kotoran, penyaring menggunakan span, buih, pasir dan batu
kerikil yang telah ditambah karbon aktif atau zeolit yang bertujuan untuk
membunuh bakteria, menapis kotoran dan menjernihkan air.
d. Terdapat dua lapisan penyaring iaitu penyaring atas dan penyaring pusat.
gambar penyaring
PERALATAN SAMPINGAN
[PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN RBT 3109
A. Aerator
Rajah 8 : carta penerangan aerator
Rajah 9 : gambar aerator
B. Lampu
Aerator merupakan alat yang digunakan di dalam akuarium untuk menghasilkan oksigen.
Cara aerator berfungsi adalah cukup mudah, iaitu tekanan udara yang dihasilkan di dalam motor digunakan untuk menggerakkan air di dalam akuarium
sehingga terhasilnya penyebaran oksigen.
[PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN RBT 3109
C. Tapak Under Gravel
LAMPU
Lampu berfungsi sebagai penerang
untuk mencantikkan akuarium.
Harga lampu berbeza - beza mengikut jenis nya.
Lampu neon berwarna ungu atau hijau mampu
memberi pesona tersendiri terhadap ikan
dan boleh memperindahkan lagi
dekorasi akuarium pada waktu malam.
[PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN RBT 3109
Tapak Under Gravel terdiri daripada lapisan bahan anti karat (plastik) berlubang dengan
kaki penahan untuk membolehkan terdapatnya ruang bagi memudahkan pengaliran air
bersih. Tapak Under Gravel berfungsi untuk menyaring kotoran.
Rajah 12 : Gambar contoh under garvel
D. Pasir dan Batu
1. Digunakan sebagai aksesori untuk mencantikkan pemandangan di dalam
akuarium ikan hiasan.
2. Terdapat pelbagai bentuk dan saiz batu yang boleh digunakan
Rajah 13 : Gambar contoh pasir dan batu.
E. Anti Klorin
1. Anti Klorin dititiskan ke dalam akuarium selepas air dimasukkan.
[PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN RBT 3109
2. Anti klorin berfungsi untuk menyahkan klorin yang terdapat di dalam air bagi
memastikan semua ikan peliharaan bebas daripada penyakit.
F) Thermometer.
1. Termometer Celcius yang berukuran mini biasanya dipasang pada dinding bahagian
dalam akuarium untuk mengetahui setiap suhu air didalamnya.
2. Ia mestilah diletakkan didalam akuarium. Pilihlah kawasan yang sesuai untuk
meletakkan termotemer agar tidak mengganggu pemandangan dan mengurangkan
keindahan akuarium.
G) Kertas pH
[PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN RBT 3109
1. Kertas pH harus pula disediakan untuk mengetahui keasidan air akuarium. Dengan
kelengkapan ini kita bakal mengetahui secara cepat apabila terjadi penurunan kualiti air.
2. Kertas pH harus disimpan di tempat kering karena sifatnya yang mudah menyerap air akan
cepat rosak sekiranya berada ditempat yang lembap.
H) Batu karang / karangan laut.
1. Batu karang dan karangan laut yang sudah bebas dari garam dan air laut juga boleh
digunakan sebagai perhiasan didalam akaurium.
2. Bentuknya yang aneh dan menarik dengan warna yang putih akan kelihatan kontras
dengan tumbuhan dan hiasan-hiasan akuarium yang lain.
I) Tumbuhan
[PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN RBT 3109
1. Tumbuhan ditanam di dalam akuarium bagi menghasilkan oksigen kepada ikan-ikan
hiasan yang terdapat di dalam akuarium.
2. Terdapat pelbagai jenis tumbuhan yang biasanya ditanam di dalam akuarium.
Antaranya termasuklah rotala, mayaca, hygro, cockscrew val, bacopa dan apono
crispus.
3. Selain membekalkan oksigen, tumbuhan ini juga menjadi salah satu pelengkap kepada
pemandangan indah sesebuah akuarium.
BIL. BAHAN/PERALATAN KOS SEUNIT(RM) BIL. UNIT JUMLAH(RM)1. Akuarium 20.00 1 20.00
2. Pasir Halus 7.00 1 7.00
3. Batu Kasar 7.50 1 7.50
[PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN RBT 3109
4. Batu Kecil 10.00 2 10.00
5. Kain kasa 0.50 1 0.50
6. Pam udara 11.50 1 11.50
7. Ikan
a. Tiger barb
b. Jelawat
c. Gourami
d. Ikan bandaraya
0.50
1.50
0.60
2.00
2
2
4
1
1.00
3.00
2.40
2.00
8. Lampu 12.00 1 12.00
9. Makanan Ikan 6.60 1 6.60
10. Ubat-ubatan 4.90 1 4.90
11. Poster Pemandangan
Belakang 8.90 1 8.90
12. Tumbuhan Plastik 4.90 1 4.90
13. Hiasan 30.00 1 30.00
14. Penutup Akuarium 15.00 1 15.00
JUMLAH 147.20
REKOD INVENTORI ALAT DAN STOK BAHAN IKAN HIASAN
BIL ALAT-ALAT YANG TIDAK HABIS GUNA KUANTITI CATATAN
[PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN RBT 3109
1. Akuarium kaca 1
2. Penutup akuarium 1
3. Hiasan 1
4. Batu
5. Tumbuhan plastik 1
6. Lampu 1
7. Irigator 1
8. Pam 1
9. Food timer 1
10. Makanan 1
11. Antiklorin 1
PEMBIAKAN IKAN PELAGA
MEMBIAK DAN MEMELIHARA BETTA (Betta splendens)
[PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN RBT 3109
PENGENALAN
Minat memelihara ikan hiasan sentiasa berubah mengikut keadaan semasa. Sejak
kebelakangan ini ikan pelaga (Betta) mendapat tempat di hati peminat ikan tidak kira dari
kanak-kanak sehinggalah golongan dewasa. ‘Trend’ semasa ialah mendapat jenis ‘fancy’ untuk
dijadikan hiasan atau dipertandingkan. Seekor ikan baka baru yang istimewa mencapai harga
ribuan ringgit.
Betta splendens ialah nama saintifik yang diberi oleh Bleeker pada tahun 1850 diambil
dari perkataan Jawa iaitu ‘Wader Bettah’. ‘Bettah’ bermaksud sifatnya yang tahan lasak.
Sebagai ikan yang membina sarang buih ketika membiak ikan jantan lebih menunjukkan sifat
‘parental care’ mengawasi anaknya sehingga mampu hidup sendiri.
Untuk membiakan ikan ini tidaklah terlalu sukar . Ianya dapat dijalankan sebagai aktiviti
sambilan. Keperluan untuk membiakkanya ialah seperti tangki pembiakan, tangki pembesaran,
sedikit ruang untuk memeliharanya disamping pengetahuan asas penjagaan induk dan frynya.
Ramai orang telah berjaya membiakkannya baik secara sambilan, sepenuh masa atau
komersial. Masing-masingnya ada teknik dan rahsianya tersendiri.
Langkah-langkah untuk membiakkan Betta:
Tidak kira sama ada jenis biasa atau ‘fancy’ asas membiakkan Betta adalah serupa. Berikut
dinyatakan beberapa langkah untuk membiakkan Betta:
1. Pra pembiakan (Conditioning)
Induk jantan dan betina diasingkan, seekor jantan dipelihara di dalam sebuah bekas sementara
betina di dalam akuarium secara komuniti. Pelbagai makanan boleh diberikan tetapi keutamaan
ialah makanan hidup seperti Moina, ‘tubifex worm’ atau ‘blood worm’.
[PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN RBT 3109
1. Penyediaan tangki Pembiakan
Tangki berukuran 12”x10”x10” adalah memadai. Tangki diisi separuh penuh dengan air -
air paip atau air hujan yang telah diheningkan. Di bahagian bawah tangki diletakkan satu
keratan paip PVC 6” untuk induk betina bersembunyi ketika induk jantan bertindak
aggresif.
2. Mencampurkan Induk
Mula-mula induk jantan dimasukkan ke dalam tangki pembiakan. Apabila ia telah
membina sarang buih, ini menunjukkan kesediaanya untuk membiak. Untuk
menggalakkan proses ini ikan betina boleh dimasukkan di dalam sebuah botol dan
diletakkan di dalam tangki pembiakan untuk merangsang ikan jantan.
3. Membuat Sarang Buih
Ikan jantan membuat sarang buih dengan mengambil udara atmosfera dan
menghembuskan satu buih yang berbaur dengan mukus dari dalam mulutnya. Buih-buih
kekal ini atau bercantum antara satu sama lain membentuk segumpal sarang. Pada
mula diperkenalkan akan berlaku pergaduhan antara induk jantan dan betina. Sehingga
pada satu ketika apabila kedua-dua induk telah bersedia mengawan, ianya akan berada
di bawah sarangnya dan mulai mengawan.
[PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN RBT 3109
4. Pengawanan
Semasa mengawan ikan jantan dan betina akan membelitkan badannya antara satu
sama lain. Ikan jantan akan memusingkan badan ikan betina beberapa kali sehingga
telur matang dikeluarkan dan serentak dengan itu ikan jantan mensenyawakannya.
Telur tersenyawa tenggelam ke dasar tangki. Ikan jantan memungutnya dan
menghembuskannya ke dalam sarang buih. Buih yang rosak akan terus dibaiki oleh ikan
jantan. Proses ini akan berulang-ulang dan mengambil masa 1 hingga 11/2 jam.
5. Penjagaan Telur
Sebaik sahaja selesai mengawan induk betina perlu dikeluarkan dari tangki pembiakan
dan dirawat sekiranya mengalami kecederaan. Biarkan induk jantan mengawasi telur
sehingga menetas.
Ikan jantan memusing di sekeliling ikan betina
[PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN RBT 3109
6. PenjagaanFry
Telur menetas selepas 24-30 jam. Ikan jantan sentiasa mengawasi sarangnya,
membina semula sarang yang rosak, menangkap fry yang terlepas dan memasukkan
semula ke dalam sarang. Selepas 3 hari fry akan berenang dan perlu diberi makanan.
Makanan pertama terbaik untuknya ialah makanan semula jadi yang terdapat dalam air
hijau (green water) yang boleh didapati dari air ternakan ikan seperti tilapia / keli yang
telah lama. Kaedah lain ialah dengan menyediakan brine shrimp nauplii (Artemia) yang
baru menetas. Setelah berumur 5 hari boleh diberi makanan rumusan berbentuk serbok.
Fry berumur 7-10 hari perlu dipindahkan ke dalam tangki pemeliharaan yang lebih besar
untuk pembesaran dengan diberi makan moina atau ‘blood worm’ yang dicincang.
Tangki pemeliharaan tidak perlu diberi pengudaraan.
7. Pengasingan / Pembotolan
Setelah berumur 3 bulan ikan jantan mulai aggresif dan perlu diasingkan secara individu
di dalam botol. Ikan betina boleh dipelihara dalam tangki secara komuniti. Untuk
penghasilan komersial perlu dipastikan ruang yang mencukupi dan bekas yang banyak
untuk menyimpan jantan.
[PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN RBT 3109
PERLU DIAMBIL KIRA SEMASA MEMBIAKKAN BETTA
Jika ikan betina belum bersedia, ikan jantan akan mencederakannya sehingga mati. Jika ikan
jantan belum bersedia menerima ikan betina atau sarang buihnya belum siap disediakan ianya
juga akan bertindak ganas terhadap ikan betina. Sebaliknya jika betina telah bersedia tetapi
jantan belum lagi, ikan betina pula akan bertindak agresif terhadap ikan jantan. Sekiranya
jantan masih belum menyiapkan sarangnya kadang kala betina akan melepaskan telurnya
tanpa disenyawakan oleh ikan jantan.
PANDUAN MEMELIHARA BETTA
Pada asalnya Betta memerlukan air dengan pH rendah sekitar 5-6.5 untuk hidup dengan baik.
Kini kebanyakan Betta yang dihasilkan secara komersial di negara kita telah dapat
menyesuaikan diri dengan pelbagai pH air. Bekalan air domestik yang neutral juga sesuai untuk
ternakan Betta. Ikan jantan yang terpilih boleh dipelihara dalam botol minuman kecil secara
individu untuk mengelakkan dari dicederakan oleh ikan yang sejenis dengannya. Ikan betina
boleh dipelihara bersama ikan-ikan lain yang toleran seperti Rasbora, Angel dan neon tetra.
Elakkan dari ikan yang gemar menggigit sirip ikan lain (fin nipper) seperti half-red eye tetra, atau
tiger barb.
Betta ialah sejenis omnivor dan boleh diberi sebarang makanan termasuk plankton, cacing,
jejentik dan pellet. Ia adalah ikan tahunan (annual fish) dan hayatnya lebih kurang satu atau dua
tahun. Adalah tidak digalakkan untuk mengeluarkan wang ratusan atau ribuan ringgit hanya
untuk membeli seekor ikan yang diidamkan. Berbeza pula jika anda membelinya untuk dijadikan
induk yang bakal mengeluarkan hasil berlipat kali ganda.
[PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN RBT 3109
PANDUAN MEMILIH JENIS BETTA
Pelbagai jenis Betta ‘fancy’ boleh dibeli di pasaran tempatan ketika ini seperti jenis yang
berwarna merah, kuning dan hitam, terdapat juga jenis yang berkilat (metallic) seperti hijau dan
biru, pelbagai warna dan bercorak ‘marble’. Terdapat juga yang mempunyai ekor yang panjang
(veil tail, comb tail atau palm leaf), jenis berekor pendek (short fin), ekor cabang dua (duoble
tail) dan berbentuk ekor guppy atau half moon. Warna ikan dan jenis sirip adalah mengikut
selera individu peminat. Ciri penting yang perlu diambil kira dalam memilih Betta ialah dilihat
keadaan siripnya semasa berenang dan mengembang. Sirip yang sangat terlentuk ke bawah
dan terlipat dianggap tidak bermutu. Bahagian ekornya mestilah agak selari dengan badannya
semasa ikan berehat atau berenang. Ekor (jenis panjang) yang berlipat atau bergulung
menunjukkan ikan sudah tua atau telah lumpuh (paralyse) dan tidak menarik. Sirip ikan yang
kuncup menunjukkan ikan kurang sihat atau kurang selesa dengan sekitarannya. Untuk memilih
jantan yang bertenaga perlu dipastikan terdapatnya buih di dalam bekasnya sementara ikan
betina dipilih dari individu yang kelihatan ceria dengan sirip terbuka luas, warna menarik dan
memberangsangkan.
Sirip yang panjang
[PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN RBT 3109
ANATOMI IKAN LAGA (BETTA)
Hamster merupakan sejenis haiwan yang berasal dari Syria. Spesis ini berasal dari
Syria dan mempunyai pelbagai jenis. Hamster ini suka bersembunyi di bawah tanah pada waktu
siang hari dan berjaga pada waktu malam. Hamster mempunyai banyak persamaan dengan
spesis tikus. Jenis-jenis hamster yang sering menjadi pilihan kepada para pengemar haiwan
peliharaan ialah hamters syria, hamster Mini dan hamster campbell. Hamster Syria paling
banyak ditemui di Malaysia. Hal ini kerana harganya yang berpatutan dan mempunyai bulu
IKAN LAGA JANTAN
Sirip yang kembang
IKAN LAGA BETINA
Sirip yang tidak kembang
Sirip yang pendek
[PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN RBT 3109
yang cantik berbanding dengan hamster yang lain (Rian Handayani &Khairunnasikin Alias,
2000).
Hamster pertama yang di temui adalah hamster Mesocricetus auratus atau dalam
bahasa latinnya ialah hamster emas. Hamster ini ditemui oleh seorang profesor dari Universiti
Hebrew di padang pasir Alieppo, Siria. Disebabkan penemuan ini, hamster tersebut dikenali
sebagai hamster siria (Rian Handayani & Khairunnasikin Alias, 2000).Hamster ini juga telah
diperkenalkan kepada masyarakat sebagai hamster emas.Hal ini disokong dalam ensklopedia
menyatakan hamster siria atau hamster emas merupakanhamster yang pertama di perkenalkan
secara saintifik iaitu pada tahun 1839(capaian 1 Nov2012). Hamster adalah sejenis haiwan
yang suka mengigit dan mempunyai gigi yang kuat, terdapat berbagai jenis di dunia dan hampir
ada di tiap negara. Hamster termasuk ke dalam subfamili cricetinae. Subfamili ini terbahagi
kepada sekitar 18 spesies, yang diklasifikasikan ke dalam enam atau tujuh jenis.
KARAKTERISTIK
Hamster memiliki badan yang gemuk, dengan ekor yang lebih pendek daripada
badannya dan memiliki telinga yang berbulu, kaki yang lebar, pendek dan pendek gemuk.
Hamster memiliki bulu yang tebal dan panjang, dan bulunya memiliki pelbagai warna
bergantung kepada spesies hamster tersebut, contohnya hitam, abu-abu, putih,coklat, kuning
Emas
RoborovskiWinter White
Syria
[PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN RBT 3109
dan merah. Bahagian bawah hamster berwarna putih sampai abu-abu dan hitam. Hamster
Dzhungaria - juga dikenal sebagai Hamster Winter White (Phodopussungorus) dan hamster
kerdil bergaris (Cricetulus barabensis) memiliki garis hitamdi bawah bagian tengah punggung.
Hamster kerdil padang pasir (genus Phodopus) adalah hamster terkecil, dengan panjang badan
5 sampai 10 sentimeter (sekitar 2sampai 4 inci) , manakala hamster terbesar adalah hamster
Eropa (Cricetus cricetus),dengan panjang badan lebih dari 34 sentimeter, tidak termasuk ekor
pendek yang panjangnya ialah 6 sentimeter.
HABITAT
Habitat hamster di utara terletak dari Eropa tengah sampai Siberia, Mongolia,dan
Tiongkok utara sampai Korea. Habitat hamster di selatan membentang dari Suriah sampai
Pakistan. Mereka hidup di perbatasan padang pasir, bukit pasir yang divegetasi,bukit di kaki
gunung dan dataran rendah yang bersemak-semak dan berbatu, sungai di lembah, dan padang
rumput yang luas, beberapa juga tinggal di ladang tanam. Sebarang geografi menggambarkan
kelompok spesies hamster, contohnya hamster eropaditemukan di Eropa tengah dan Siberia
barat serta Tiongkok barat laut, sedangkan hamster siria (dalam beberapa artikel disebut
sebagai hamster golden atau hamster emas) hanya ditemukan di kota kecil di Suriah barat laut.
MAKANAN
Hamster adalah makhluk omnivor. Makanan mereka biasanya butir padi, tetapi juga termasuk
buah segar, akar, bahagian hijau tumbuhan, invertebrata dan beberapa binatang kecil lainnya
(serangga seperti belalang). Hamster membawa makanan mereka di pipi dimana di dalamnya
terdapat kantung untuk dimasukkan ke dalam lubang makanan mereka. Namun, tidak semua
makanan sesuai untuk hamster,beberapa makanan, seperti daun beracun dari tomato, menjadi
makanan yang paling berbahaya untuk kesihatan hamster. Pendapat orang tentang makanan
tidak sesuai lainnya seperti memberi makan timun menyebabkan ekor mereka basah dan buah
sitrus beracun dan pada kedua pendapat ini terdapat hal yang salah. Timun memiliki sangat
sedikit nutrisi yang baik dan dapat menyebabkan masalah pada hati, dan beberapa hamster
tidak menyukai rasa dari buah sitrus, tetapi sitrus boleh diberikan pada hamster. Hamster yang
terkena penyakit diabetes tidak boleh mendapat makanan yang mengandungi kadar gula yang
tinggi, seperti buah dan jagung. Komponen makanan hamster dibahagi jadi 3 kategori:kering,
segar, dan makanan binatang.
[PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN RBT 3109
Jika kita ingin memelihara hamster, hal paling penting adalah memberikan makanan
berupa biji-bijian segar. Pilih biji-bijian yang tidak diawetkan namun bebas dari kutu dan bahan
pewarna. Demi menjaga kesihatan hamster, sebaiknya tidak memberikan makanan berupa
daun segar dan makanan segera. Beberapa jenis daun segar mungkin tidak berbahaya bagi
hamster, namun sebagian besar daun-daunan sudah tercemar pestisida. Walau sedikit,
hamster sensitif terhadap pestisida. Makanan segera juga tidak baik diberikan kepada hamster
karana biasanya mengandungi bahan pengawet. Makanan yang mengandung garam dapat
menyebabkan keguguran pada bulu hamster.
KELAKUAN
Hamster biasanya bersifat pendiam dan nokturnal walaupun juga dapat dikatakan
krepuskular dan mereka terkadang aktif pada awal pagi hari atau akhir petang. Mereka adalah
penggali yang baik, membuat lubang dengan pintu masuk satu atau lebih dan dengan galeri
yang terhubung dengan tempat tidur mereka untuk sarang, gudang makanan dan aktiviti
lainnya. Tidak ada hamster yang berhibernasi selama musim dingin.
A. Sangkar
Ukuran yang sesuai minimum 25 x 30 cm, cukup tinggi menempatkan roda mainan.
Semakin besar sangkar, semakin baik. Seekor hamster cukup selesa dengan sangkar
[PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN RBT 3109
yang kecil selagi dilengkapi dengan mainan dan potongan kayu untuk digigit. Bahan
yang disyorkan adalah alas diperbuat dari plastik.
Bentuk sangkar- segiempat kerana hamster mempunyai kecenderungan membuat
sarang, menyimpan makanan dan membuang kotoran di sudut yang berbeza. Penutup
sangkar diperbuat dari batang-bantang besi agar hamster berlatih memanjat.
Penggunaan sangkar kayu tidak sesuai kerana hamster haiwan menggerit dan
mempunyai gigi tajam- sangkar rosak dan tidak selamat untuk didiami. Akuarium boleh
digunakan sebagai sangkar alternatif.
Sangkar akuarium diperlukan untuk hamster bunting hingga proses melahirkan kerana
sangkar yang berjeriji besi menyebabkan anak hamster yang baru lahir terkeluar dan
jatuh dari sangkar.
Penutup sangkar dari batang besi agar hamster berlatih memanjat.
[PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN RBT 3109
B. Bekas makanan dan minuman
Bekas makanan dari plastik. Botol minuman yang dapat mengeluarkan air
jika hamster menjilat hujungnya.
Bekas minuman berbentuk mangkuk dan terdedah tidak sesuai kerana
mudah tumpah. Hamster sukakan air, oleh itu, bekas seperti ini
membahayakan hamster. Untuk mengalas sangkar hamster gunakan sebuk
kayu.
Selain sebagai alas tidur, ia berfungsi menyerap urin dan sebagai bahan
membuat sarang. Ia perlu diganti secara rutin.Untuk sangkar kecil, 3-4 hari
sekali, untuk sangkar besar, seminggu sekali, kerana hamster adalah haiwan
pembersih.
Namun begitu, serabut kayu yang terletak di sudut yang digunakan sebagai
tempat
pembuangan sebaiknya diganti sekerap mungkin.
Penggunaan kertas surat khabar tidak digalakkan kerana racun yang
terdapat dalam dakwat menyebabkan alahan dan juga bulu hamster
kelihatan kotor.
[PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN RBT 3109
C) Makanan
Hamster adalah haiwan omnivor. Makanan yang baik adalah campuran biji bijian,
kekacang, jagung dan pelet. Campuran ini mengandungi vitamin lengkap yang diperlukan
hamster. Hamster perlukan 18% protin, oleh itu jangan beri makanan arnab kerana arnab hanya
perlukan 14% protin disamping mengandungi ubat antic oksidiosis yang berbahaya kepada
haiwan lain. Makanan yang tidak boleh diberikan adalah makanan yang sudah diletakkan
perisa, jeruk dan makanan berkarbonat, makanan manis, coklat dan gula-gula. Makanan
anjing/kucing tidak sesuai kerana memiliki protin terlalu tinggi.
Buah dan sayur seperti epal, lobak merah, timun, kobis,
salad ,tomato, pisang, pear, anggur, tembikai, kacang panjang, ubi
merah, jagung dan pelbagai jenis kacang boleh diberikan kepada
hamster sebagai makanan sampingan.
Makanan ini hanya boleh diberikan 2 kali seminggu dan dalam
kuantiti yang kecil. Pemberian berlebihan menyebabkan masalah sisitem pencernaan,
kekurangan zat dan menyebabkan kematian. Kesalahan yang sering dilakukan dalam
pemberian makanan hamster ialah pemberian sayur atau buah sebagai makanan utama dan
ditambah dengan biji bunga matahari. Ini mengakibatkan masalah keseimbangan gizi hamster.
Pemberian sayur dan buah berlebihan mengakibatkan kerosakan organ perncernaan
dan ginjal. Gejala dapat dilihat melalui kekerapan hamster membuang air kecil yang berlebihan,
sangkar akan basah dan berbau. Keadaan ini tidak baik untuk hamster dan menyusahkan
pemelihara kerana mengganti serbuk kayu lebih kerap.
Pemberian biji bunga matahari tidak sesuai. Biji bunga matahari mengandungi lemak
yang tinggi, protin dan kalsium rendah menyebabkan hamster gemuk dan tidak sihat. Lebihan
minyak dalam tubuh hamster mengakibatkan kelainan pada proses kelahiran dan menyebakan
[PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN RBT 3109
kematian ibu atau anak. Kekurangan kalsium sebabkan gigi dan tulang rapuh. Kualiti makanan
akan menentukan kualiti hamster. Pemberian makanan yang baik membantu hamster
membesar dengan sihat, tubuh sempurna, bulu lembut bersinar dan melahirkan anak sihat.Oleh
itu, jangan mudah memberi makanan tidak sesuai, walaupun terdapat penambahan vitamin.
Vitamin boleh membantu tetapi makanan tetap merupakan sumber gizi utama. Selain makanan
siap, makanan hamster boleh dibuat sendiri, namun begitu ia merupakan makanan tambahan
bukan makanan utama dan tidak boleh diberikan terlalu kerap.
D) BAHAN BEDDING
Untuk mengalas sangkar hamster. Selain sebagai alas tidur,
ia berfungsi menyerap urin dan sebagai bahan membuat
sarang.Perlu diganti secara rutin.
Untuk sangkar kecil, 3-4 hari sekali, untuk sangkar besar,
seminggu sekali, kerana hamster adalah haiwan pembersih.
Namun begitu, serabut kayu yang terletak di sudut yang
digunakan sebagai tempat pembuangan sebaiknya diganti
sekerap mungkin.
Penggunaan kertas surat khabar tidak digalakkan kerana racun yang terdapat dalam
dakwat menyebabkan alahan dan juga bulu hamster kelihatan kotor.
E) Permainan
Alat paling digemari adalah roda berputar.
Saiznya perlu diberi perhatian, roda berputar berdiameter kecil menyebabkan luka yang
serius di belakang hamster. Contoh permainan lain adalah lorong diperbuat dari plastik,
memerlukan sangkar luas ataupun sangkar khusus, membersihkan permainan ini
perlukan masa lama.
Hamster gembira jika mendapat permainan yang boleh digigit. Sediakan kayu atau
kadbod yang dapat digigit hingga habis.
[PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN RBT 3109
BIL. BAHAN/PERALATAN KOS SEUNIT(RM)
BIL. UNIT JUMLAH(RM)
1. Sangkar 20.00 1 20.00
2. Serbuk Kayu 10.00 1 10.00
3. Hamster 12.00 2 24.00
4. Botol Air 3.50 1 3.50
5. Bekas makanan 4.00 1 4.00
6. Makanan 5.00 1 5.00
7. Ubat-ubatan 6.00 1 6.00
8. Syampu 8.00 1 8.00
9 Exercise Wheel 5.00 1 5.00
10. Bekas Bathing Sand 3.00 1 3.00
11. Berus Gigi 1.50 1 1.50
Jumlah RM 90.00
[PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN RBT 3109
BIL ALAT-ALAT YANG TIDAK HABIS GUNA KUANTITI CATATAN
1.Sangkar 1
2.Bekas makanan 1
3.Botol air 1
4.Bekas bathing sand 1
5.Exercise Wheel 1
6.Rumah Hamster 1
REKOD INVENTORI ALAT DAN STOK BAHAN
[PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN RBT 3109
PEMBIAKAN HAMSTER
PEMBIAKAN HAMSTER SIRIA
Umur Induk betina yang sesuai untuk mengawan ialah pada 4-11 bulan yang sihat.
Hamster jantan boleh mengawan apabila usia seawal usia 5minggu. Namun
kebiasaannya hamster jantan hanya akan tertarik kepada hamster betina sehingga
berusia 3-4bulan.Tempoh subur hamster jantan ialah 18bulan.
PROSES PENGAWANAN
Tempoh mengawan hamster betina adalah setiap 4hari sekali. Kebiasaanya hamster
akan sedia mengawan pada pukul 8malam hingga ke waktu pagi. Ini adalah kerana
tabii hamster yang aktif pada waktu malam dan tidup pada siang hari. Tanda yang
menunjukkan hamster suda bersedia untuk mengawan adalah dengan menggaru
belakang hamster betina. Berdiri diam,mengangkat ekornya keatas dan mata separuh
tertutup dan mencium alat kelamin hamster betina
Hamster jantan terus menjilat dan kadangkala dilihat mendorong pasangannya.Proses
mengawan dimulakan beberapa kali. Diselangi proses pembersihan oleh hamster
jantan. Masa yang selalu digunakan untuk mengawan adalah lebih kurang 15minit.
Kemudian Hamster betina pula membersihkan dirinya. Sekiranya proses pengawanan
ini berlaku dengan jayanya makan anak-anak hamster akan lahir dalam 16hari.
TEMPOH BUNTING DAN MELAHIRKAN ANAK
Tidak menerima hamster jantan sekiranya hamster jantan mengajak untuk
mengawan. Pada hari ke-10hari perut hamster sudah mula membesar dan puting
sudah keluar. Sikap hamster juga berubah, hamster betina akan mengurangkan
[PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN RBT 3109
aktivitinya memusing roda . Induk juga akan makan dengan banyak dan mempunyai
tabiat suka mengali-gali. Hamster juga kan menjadi semakin agrasif apabla mendekati
tarikh untuk melahirkan anak.
Pindahkan hamster jantan ke sangkar yang lain. Sediakan sangkar untuk induk
hamster hanya untuk dirinya sahaja. Bersihkan sangkar sekerap mungkin. Setelah
melahirkan sangkar tidak dapat dibersihkan selama 2minggu. Ini kerana jika sangkar
dibersihkan induk hamster tidak dapat mengecam bau anaknya. Sekiranya keadaan ini
berlaku, induk hamster akan memakan anaknya. Makanan untuk hamster yang bunting
adalah makanan yang berkhasiat dan makanan kering.
Makanan tambahan seperti ikan rebus dan telur rebus. Tambahan protien sangat
penting kepada hamster betina yang sedang bunting dan menyusukan anak. Kajian
menunjukkan hamster memakan anaknya kerana kekurangan gizi Ketika proses
melahirkan anak hamster memerlukan ketenangan. Biarkan hamster betina sendirian
dan tidak diganggu.
Tabiat hamster memakan anaknya adalah normal. Hamster akan memakan
anaknya yang lahir dalam keadaan sakit dan juga anak yang telah mati. Hamster siria
akan melahirkan anaknya satu per satu dan akan membersihkan kulit ari yang terlekat
pada anaknya. Ibu hamster akan tidur dalam jangka waktu yang cukup lama.
Setelah melahirkan anak biarkan ibu hamster dan anak-anaknya bersama dan
jangan dipindahkan. Setelah 2 minggu barulah sangkar dibersihkan. Hamster yang
berusia 2 minggu biasanya sudah mula membuka mata .Elakkan mengangkat anak
hamster kerana anak hamster akan melompat turun dan jatuh serta mati. Pada usia 4
minggu anak hamster sudah boleh dipisahkan daripada ibunya.
HAMSTER KACUKAN : PENYILANGAN ANTARA BAKA
Penyilangan baka hamster campbell dan winter white bertujuan mendapatkan
baka hamster dengan bulu yang beraneka warna dengan ciri-ciri yang tertentu. Namun
tindakan ini tidak digalakkan. Sekiranya kedua-dua jenis hamster ini dipelihara
didalam satu sangkar yang sama, kemungkinan besar akan mengawan dan
[PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN RBT 3109
mempunyai anak. Penyilangan antara kedua-dua jenis hamster ini boleh
membahayakan induk dan anak-anak yang dihasilkan. Anak-anak mudah diserang
penyakit. Anak-anak hamster ini juga mudah mati dan mudah diserang tumor pada
akhir hidupnya. Struktur tubuh dan bentuk kepala hamster campbell yang lebih besar
akan menyebabkan kematian anak dan ibunya sekiranya ibunya merupakan hamster
winter white semasa melahirkan.
TUMBESARAN HAMSTER.
Hari pertama
Hamster ini masih belum boleh melihat. Namun mereka boleh mengeluarkan bunyi
untuk berkomunikasi dengan induk dan sedara yang lain. Mereka akan berbunyi apabila
lapar, tersepit dan apa sahaja yang mereka terfikir oleh anak hamster. Hamster-
hamster ini akan meminum susu daripada ibunya. Gerakan susu masuk ke dalam tubuh
anak hamster dapat dilihat kerana kulit anak hamster sangat nipis.
Hari kedua dan ketiga
Berlaku perubahan pada kulitnya. Ada antara anak hamster akan berubah warna kulit
kepadalebih gelap dan bertompok dengan warna gelap. Namun, kita masih belum
dapat mengesan warna bulunya lagi. Bagi usia ini, anak hamster masih belum sedia
untuk diangkat.
Hari keempat dan kelima
[PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN RBT 3109
Perkembangan pada bahagian telinga. Sudah terbuka dan boleh mendengar dengan
lebih baik. Bulu anak hamster sudah mula kelihatan berkilat.
Hari keenam sehingga ke10
Seluruh badan anak amster ditumbuhi bulu pendek. Hamster sudah mula keluar dari
tempatnya dan mula untuk menggigit makanan walaupun matanya masih belum dibuka.
Hari ke10 hingga hari ke 15
Warna bulu hamster dapat dikenalpasti. Hamster mula membuka mata dan bergerak
dalam sangkar. Anak hamster mula untuk meminum air dalam tiub dan mengigit
makanan.
[PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN RBT 3109
Hari ke 15 hingga ke 21
Gigi hamster mula tumbuh dan mereka akan makan dengan bersemangatnya. Pada
waktu ini juga mereka akan menyerupai induk mereka. Usia hamster pada ketika ini
sesuai untuk dijual. Lebar hamster akan mencapai 2.5sm-6.4sm. Mereka perlu
didedahkan dengan air dan menyukai apple dan lobak merah. Mereka juga suka
bermain bersama dengan sedara mereka.
Hari ke 21 hingga ke 28
Anak hamster sudah bertukar menjadi remaja dan sudah tidak meminum susu induknya
lagi. Induk boleh mengawan semula.
Hari ke 28 hingga ke 31
Hamster sudah matang dari segi seksual. Pada masa ini mereka akan mencari
pasangan untuk mengawan . Anak mungkin akan berpasangan dengan ibunya dan
sedara yang lain. Jika pemelihara tidak ingin hamster bertambah lebih banyak.
Pengasingan hamster perlu dilakukan. Masukkan jantina hamster. Bagi hamster jenis
siria, perkara yang terbaik adalah untuk mengasingkan hamster kepada setiap sangkar
seekor.
[PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN RBT 3109
Hari ke 35 dan 3 bulan seterusnya
Waktu yang sangat sesuai untuk menjual hamster. Jual hamster yang sama jenis.
Bulan ke 12 hingga bulanke 14
Hamster memasuki umur pertengahan. Untuk hamster family Siria, Campbell dan
Winter hamster betina sudah kurang produktif namun hamster jantan masih lagi
produktif.
Bulan ke 14 dan bulan ke 16
Hamster mula menunjukkan perubahan. Bulunya semakin pendek, kusut masai dan
tidak kemas. Hamster akan makan sedikit sahaja dan lebih suka tidur. Hamster betina
pula sudah tidak subur.
[PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN RBT 3109
Bulan ke hingga bulan ke 48
Aktiviti yang dilakukan semakin sedikit dan perlahan. Mereka lebih mengutamakan
tidur. Hamster jantan sudah mandul. Dan pergerakan mereka perlahan dan berhati-hati.
JADUAL TEMPOH PEMBIAKAN HAMSTER
Jenis Tempoh bunting Saiz Tempoh bercerai susu
Siria 15-18 hari 4-12 21 hari
Campbell 18-22 hari 8 21 hari
Winter whites 18-22 hari 4-6 20 hari
Roborovski 20-21 hari 3-5 19 hari
Chinese 20-21 hari 4-5 21 hari
[PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN RBT 3109
LANGKAH KERJA
BIL LANGKAH KERJA1.
- Membuang bedding ke dalam tong sampah.2.
- Mecuci bekas tapak sangkar dan bahan – bahan sangkar
3.
[PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN RBT 3109
4.
- Mandikan hamster dengan menggunakan spray
5.
- Masukkan hamster yang dimandikan ke dalam baldi supaya ia tidak akan dapat lari.
6.
[PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN RBT 3109
- Menjemurkan hamster dengan menggunakan hairdryer.
7.
- Bersihkan sangkar dan bahan-bahan akuarium
8.
- Letakkan dan ratakan bedding yang baru ke atas tapak sangkar.
9.
[PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN RBT 3109
- Letakkan hamster ke dalam sangkar
10.
- Letakkan bahan –bahan yang diperlukan ke dalam sangkar hamster.
[PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN RBT 3109
11.
- Sangkar yang telah disiap.
REFLEKSI
Saya Jamuna a/p Batumalai dari opsyen RBT 3 ingin berkongsi pengalaman sepanjang
menyiapkan tugasan. Tajuk tugasan yang saya telah mendapat ialah “Teknologi Pemeliharaan
Haiwan Kesayangan dan Ikan Hiasan. Tugasan ini mempunyai tugasan individu dan secara
berkumpulan. Saya telah diberi tugasan untuk mengumpul maklumat berkaitan dengan tajuk
tugasan manakala tugasan kumpulan pula merekod peracangan amali ikan hiasan dan
hamster. Sebelum itu, saya mengucapkan selamat sejahtera bagi pembuka kata refleksi
tugasan projek kerja kursus Reka Bentuk dan Teknologi Saya sangat berbesar hati kerana
tugasan yang diberikan telah berjaya saya dan rakan-rakan saya sempurnakan. Semua ini tidak
akan berlaku jika kawan-kawan, pensyarah dan ibu bapa saya tidak memberi galakan
dandorongan kepada kami untuk menyiapkan tugasan ini. Refleksi selepas menyelesaikan
sangat menarik kerana kami tidak menyangka bahawa saya dan ahli kumpulan saya telah
melakukannya dengan baik.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih en. Khu Eian
Chun kerana beliau telah membimbng saya dan rakan-raka saya sepanjang melaksanakan
tugasan ini. Penerangan jelas yang telah diberi oleh beliau dapat saya menyempurnakan
tugasan ini dengan sempurna. Saya dengan rakan –rakan saya telah berjaya menyiapkan
tugasan yang telah diberikan dan dihantar pada masanya. Walaupun arahan tugasan ini agak
mudah namun maklumat yang diperlukan agak banyak kerana banyak topik yang perlu
dibincangkan dalam bentuk penulisan ilmiah. Saya juga kurang mahir dalam penulisan ilmiah.
Maklumat yang diperlukan hendaklah sahih dan relevan dengan topik yang dikumpul.
Maklumat yang diperolehi juga tidak mencukupi dan sangat terhad. Oleh itu, saya telah e
perpustakaan IPG Tun Hussein On unutuk mendapatkan maklumat-maklumat yang berkaitan
dengan tajuk tugasan. Perpustakaan tersebut telah membantu saya untuk menerokai nota-nota
[PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN RBT 3109
yang terdapat dalam tugasan ini. Dan juga saya telah mencari nota-nota tersebut dalam laman
sesawang. Begitu banyak nota yang saya telah dapat melalui laman sesawang. Saya telah pun
menyiapkan maklumat-maklumat berkaitan dengan tajuk tugasan ini dengan sempurna.
Untuk tugasan yang kedua, saya dengan rakan sekumpulan saya telah diberi tugasan
iaitu menyediakan rancangan kerja, rekod memelihara haiwan kesayangan dan ikan hiasan
mengikut prinsip dan amalan pemelihara. Rancangan kerja tersebut ini perlu dilaksanakan
mengikut format, iaitu menyediakan bajet perbelanjaan, carta gantt, rekod inventri dan rekod
penjagaan harian. Saya berasa sangat gembira kerana ahli-ahi kumpulan saya telah memebri
kerjasama yang sangat baik dalam menyiapkan tugasan kedua ini. Saya teah belajar semanagt
kerjasama daripada tugasan ini. Pepatah melayu ada berkata “ Bulat air kerana pembetung,
bulat manusia kerana muafakat telah merealisasikan dalam kumpulan saya. Sepanjang
menyiapakan tugasan kedua ini, kami semua telah diberi tugasan untuk menjaga hamster.
Pada permulaan, saya berasa takut akan digigit oleh hamster. Selepas itu, saya telah
mengendalikan hamster tersebut dengan berseorangan. Pada masa itulah, saya berasa
gembira dan bangga dalam diri saya dan juga saya dapat merasai sifat keibuan terhadap
sesuatu anak samada beranak atau memelihara.
Selanjutnya, kami telah mandikan hamster jagaan kumpulan kami. Saya telah
mempelajari beberapa perkara. Salah satunya, melakukan sesuatu langkah kerja mengikut
prosedur. Conthnya, kami telah menggunakan prosedur yang telah ditetapkan apabila
mandikan hamster. Saya telah pun belajar bagaimana memegang hamster, bagaimana
mandikan hamster, dan juga menggunakan spray yang telah ditetapkan untuk mandikan
hamster. Pada masa itu, saya telah merasai sifat diri saya ialah seorang ibu apabila mandikan
hamster itu. Saya telah belajar mengawa emosi dan bersabar apabila memegang ia ketika
mandikan ia. Selain itu, saya telah menolong ahli kumpulan saya dalam membersihkan dan
menyiapkan sangkar hamster dengan kemas dengan sempurna. Kerja semua ini telah Berjaya
disiap kerana kerjasama kumpulan kami. Pada masa ini, saya mengucapkan ribuan terima
kasih dan berasa gembira kerana telah mempunyai ahli-ahli kumpulan yang sangat berdedikasi.
Bukan sahaja sangkar, kami telah membersihkan akuarium ikan hiasan. Seperti mana,
kami telah membersihkan akuarium secara rutin. Dan Contohnya, sebelum memasang penapis
air , kita hendaklah memastikan pam penapis berfungsi sebelum memasang secara langsung di
dalam akuarium. Saya juga belajar cara menghias akuarium. Hari demi hari saya mula belajar
mengingati dan mengenali jenis dan nama ikan hiasan. Saya juga telah menyedari bahawa
[PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN RBT 3109
topic ini sangat menarik bagi semua murid kerana ikan hiasan merupakan haiwan yang dapat
digemari oleh setiap manusia.
Oleh itu, saya telah mendapat keyakinan bahawa dapat mengajar murid-murid pada masa akan
datang. Dan juga saya yakin bahawa saya dapat menguasai topik ini secara menyeluruh dan
dapat mengajar murid-murid saya dengan penuh keyakinan.
Kesimpulannya, terima kasih diucapkan kepada pensyarah, rakan sekumpulan saya,
dan rakan sekelas yang banyak membantu saya menyiapkan tugasan ini. Semangat kerjasama
adalah penting dalam melaksanakan sesuatu tugasan dan sikap saling bantu-membantu adalah
adalah wajib antara satu sama lain. Selain berusaha dan berkerja keras menentukan
keberhasilan sesuatu tugasan. Sepanjang menyiapkan tugasan ini pelbagai perkara , ilmu dan
pengalaman yang saya perolehi. Sekian, terima kasih.