JEJAK WARISAN PANTANG LARANG PELBAGAI KAUM
DI GEORGE TOWN
PANTANG
Berdekatan dengan pokok pisang pada waktu malam.
LARANG
Kerana ia adalah rumah pontianak.
Cerita sebenar: Di kampung, pokok pisang terdapat
di mana-mana maka pantang larang ini menakutkan kanak-kanak
daripada keluar pada waktu malam.
PANTANG
Bermain di sekitar perkuburan.
LARANG
Sekiranya terhidu bau bunga telur pada waktu malam maka menandakan ada pontianak di sekeliling.
Cerita sebenar: Pokok ini selalu dikaitkan dengan
kawasan perkuburan. Untuk menakutkan kanak-kanak supaya
tidak bermain di kawasan perkuburan pada waktu malam.
PANTANG
Ambil dahan pokok “liu ” atau “weeping willow” untuk upacara
buang nasib malang tanpa keizinan daripada tuan punya pokok.
LARANG
Kerana dahan pokok ini biasanya digunakan secara tradisional untuk
membuang nasib malang. Jika diambil tanpa keizinan untuk
membuang nasib malang maka ia tidak berkuasa.
Cerita sebenar: Tidak boleh mencuri.
PANTANG
Masuk ke rumah sekiranya kelihatan daun mambu digantung pada pintu
depan rumah.
LARANG
Daun ini digunakan sebagai ubat untuk penyakit campak. Bila
digantung di pintu, maksudnya ada orang menghidapi demam
campak.
Cerita sebenar: Mengelakkan daripada dijangkiti oleh
pelawat.
PANTANG LARANG
Kerana nanti berpisah dengan keluarga pada
masa kelak.
Jari petunjuk dipisahkan daripada jari lain dan tidak
dimasukkan ke dalam mulut.
Cerita sebenar: Makan dengan elok supaya makanan tidak jatuh.
PANTANG LARANG
Kerana tangan kiri digunakan untuk pembersihan.
Guna tangan kiri untuk makan.
Cerita sebenar: Untuk menjaga kebersihan.
PANTANG LARANG
Kerana ini hanya dilakukan selepas upacara pengebumian.
Lipatan daun pisang dari bawah ke atas semasa
makanan dihidangkan.
Cerita sebenar: Supaya kita tidak perlu datang lagi untuk upacara yang sedih ini.
PANTANG LARANG
a) Kerana nanti suami/isteri akan banyak parut
jerawat.
Nasi tidak dihabiskan.
b) Kerana nasi akan menangis.
Cerita sebenar: Mengelakkan kanak-kanak daripada membazir.
PANTANG LARANG
Mencucuk penyepit dalam nasi.
Cerita sebenar:
Kerana ini seakan-akan mencaci diri sendiri seperti sudah mati.
Dalam upacara menyembah nenek moyang, orang Cina biasanya mencucuk penyepit demikian sebagai penyembahan.
PANTANG LARANG
Nanti dapat anak berbibir sumbing.
Minum dengan cawan sumbing atau retak.
Cerita sebenar: Mengelakkan daripada terkena luka dari bekas yang digunakan itu.
PANTANG LARANG
Kerana seperti
MAYAT.
Menutup seluruh badan dengan selimut ketika tidur.
Cerita sebenar: Mengelakkan daripada kesesakan nafas.
PANTANG LARANG
Kerana akan menarik perhatian hantu yang akan ikut anda pulang.
Bersiul pada waktu malam.
Cerita sebenar: Tidak mengganggu orang yang mungkin sudah tidur.
PANTANG LARANG
Kerana kekayaan akan dihalau keluar. Ibu bapa mungkin akan berhutang kepada orang lain.
Goyang kaki semasa duduk di atas katil.
Cerita sebenar:
Dulu, peti simpanan wang, pasu lama akan disimpan di bawah katil. Pantang larang ini adalah untuk mengelakkan benda yang disimpan di bawah katil daripada pecah.
PANTANG LARANG
Kerana anda mungkin terkencing pada hantu yang berdekatan menyebabkan
anda sakit. Jadi kena minta kebenaran sebelum kencing.
Kencing di merata-rata tempat.
Cerita sebenar: Tidak boleh kencing di mana-mana tempat dengan sesuka hati. Semasa minta kebenaran, memaksa seseorang itu lihat ke bawah dan mungkin boleh mengelakkan daripada terkencing ke atas sarang semut.
PANTANG LARANG
Kerana nanti kuku mati. Potong kuku pada waktu malam.
Cerita sebenar: Mengelakkan daripada terluka.
• Pelbagai kaum datang ke George Town • Membawa bersama adat, pantang larang & tradisional nenek moyang • Pantang larang bertujuan untuk mendidik anak-anak muda supaya lebih beradab
Recommended