21

Kepercayaan dan Pantang Larang Masyarakat Melayu

  • Upload
    filia

  • View
    183

  • Download
    3

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Kepercayaan dan Pantang Larang Masyarakat Melayu. Kepercayaan ke hutan. Kepercayaan sebelum ke hutan Pemilihan hari iaitu hari rabu, khamis dan jumaat merupakan hari yang baik untuk ke hutan kerana memberi banyak manfaat dan kebaikan kepada masyarakat melayu. - PowerPoint PPT Presentation

Citation preview

Page 1: Kepercayaan dan Pantang Larang Masyarakat Melayu
Page 2: Kepercayaan dan Pantang Larang Masyarakat Melayu

Kepercayaan sebelum ke hutan Pemilihan hari iaitu hari rabu, khamis dan jumaat

merupakan hari yang baik untuk ke hutan kerana memberi banyak manfaat dan kebaikan kepada masyarakat melayu.

Menyediakan sajian kepada penghuni hutan. Pawang diperlukan untuk menjalankan upacara ini.

Seterusnya upacara pancak penunggal iaitu peneroka akan diberi pinang sepiak yang telah dijampi dan akan diletakkan di pangkal pokok kecuali sebiji limau yang akan dibawa ke hutan sebagai pendinding semasa di hutan.

Page 3: Kepercayaan dan Pantang Larang Masyarakat Melayu

Kepercaan semasa di hutan Permulaan turun ke hutan

◦ jika baru turun dari rumah dan ular melintasi di hadapan rumah, ia merupakan petanda yang tidak baik. Maka, peneroka harus memakan pinang sepiak dan barulah turun semula ke hutan.

◦ Turun dari tangga rumah mestilah dimulakan dengan kaki kanan dan dimulakan dengan bacaan bismillah dan tidak boleh berpatah balik.

Page 4: Kepercayaan dan Pantang Larang Masyarakat Melayu

Bersiul semasa di hutan◦ Bersiul semasa perjalanan adalah dilarang. ia

dipercayai menjemput kedatangan ular dan binatang liar.

Melaung semasa di hutan◦ Perbuatan ini ditagah kerana akan menarik

perhatian berbagai jenis jembalang dan binatang buas yang terdapat di hutan.

◦ Jika peneroka melaung di hutan dan laungan disahut oleh jembalang maka kejadian sesat di hutan akan berlaku.

Page 5: Kepercayaan dan Pantang Larang Masyarakat Melayu

Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijab kabul untuk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan untuk mengawal nafsu. Ia juga untuk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yang timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.

Jangan tidur di rumah orang takut terkena ilmu. Ia juga adalah untuk menjaga nama baik keluarga.

Page 6: Kepercayaan dan Pantang Larang Masyarakat Melayu

Jangan bebas keluar ke mana-mana kerana takut disantau oleh mereka yang mempunyai niat tidak baik.

Jangan makan nasi dengan gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit.

Elakkan makan ulam yang berbau busuk seperti petai dan jering.

Jangan bercermin terutama selepas Maghrib ke atas bagi mengelak diri dari terkena sihir.

Page 7: Kepercayaan dan Pantang Larang Masyarakat Melayu

Jangan membuang air kecil dan air besar serentak di dalam air contohnya dalam sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks.

Elakkan minum air mengandungi gas kerana ia mempunyai gula dan gas yang tinggi dan boleh menyebabkan kencing manis.

Kurangkan makan makanan yang manis kerana jika terkena kencing manis, lelaki akan menghadapi masalah ketika bersama.

Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.

Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat).

Page 8: Kepercayaan dan Pantang Larang Masyarakat Melayu

Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yang ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus untuk organ seks kerana darah tidak mengalir.

Elakkan terlalu banyak makan makanan laut kerana ia mengandungi banyak toksid.

Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga yang cukup sebagai persiapan.

Amalkan makan telur ayam kampung dua kali seminggu yang dicampur madu dan lada hitam yang ditumbuk untuk menambah tenaga.

Page 9: Kepercayaan dan Pantang Larang Masyarakat Melayu

Bagi mereka yang banyak angin, minum air halia untuk membuang angin.

Jangan memuaskan nafsu dengan cara sendiri.

Belajar ilmu rumah tangga daripada orang yang berpengalaman dan sudah berkahwin tentang rahsia memikat isteri supaya rumah tangga aman dan damai.

Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan jam sehari.

Elakkan minum minuman keras dan merokok.

Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan.

Page 10: Kepercayaan dan Pantang Larang Masyarakat Melayu

Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok untuk alat kelamin.

Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan.

Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah.

Jangan makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak stabil.

Jangan terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri).

Jangan berembun atau keluar malam bagi mengelak unsur jahat.

Page 11: Kepercayaan dan Pantang Larang Masyarakat Melayu

Jangan bercelak serta memotong rambut seminggu sebelum ijab kabul.

Jika sudah nikah gantung tidak boleh bersama.

Selepas nikah mesti ada peneman tidur sebelum bersama. Ia bertujuan menghangatkan lagi kemesraan.

Bilik lelaki atau wanita jangan dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli keluarga terdekat tidur di dalam bagi mengelak daripada dikhianati.

Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati.

Page 12: Kepercayaan dan Pantang Larang Masyarakat Melayu

Jangan buat kerja yang berat kerana apabila pengantin membuat kerja berat, dia akan berasa penat dan mudah terjadinya gangguan emosi.

Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak segar.

Jangan cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka.

Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh pengantin kerana tidak manis.

Dilarang memandang cermin ketika disolek kerana dikhuatiri hilang seri.

Page 13: Kepercayaan dan Pantang Larang Masyarakat Melayu

Kedua pengantin dilarang bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu.

Jangan makan leher ayam nanti dikhuatiri kepala senget masa bersanding.

Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki.

Elakkan keluar rumah tanpa tujuan menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada di luar.

Page 14: Kepercayaan dan Pantang Larang Masyarakat Melayu

Jangan memukul, mendera atau mencederakan mana-mana binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahir mengalami kecacatan.

Jangan melihat gerhana, dikhuatiri anak mendapat tompok hitam atau bermata juling.

Dilarang (orang lelaki) kencing atas busut, dikatakan buruk kemaluan

Jangan duduk di atas bantal kerana dipercayai boleh naik bisul .

Jangan bergendang dalam rumah, nanti harta habis dicuri oleh orang

Jangan menjahit pada waktu senja, nanti mata engkau akan buta

Page 15: Kepercayaan dan Pantang Larang Masyarakat Melayu

Jangan makan kepala ayam nanti mengantuk masa bersanding.

Kedua-dua pengantin dilarang bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu.

Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui orang lain bagi mengelak hujan turun ketika majlis berlangsung.

Anak dara jangan menyanyi di dapur, nanti kahwin dengan orang tua.

Page 16: Kepercayaan dan Pantang Larang Masyarakat Melayu

Wanita-wanita hamil dilarang dari melakukan perkara-perkara berikut:

Dilarang mencaci atau mengumpat, membuat fitnah, iri hati juga bergaduh terutamanya dengan ibu mertua. Perbuatan tersebut dipercayai akan mempengaruhi perangai anak yang bakal lahir. Ibu mengandung juga akan mengalami kesulitan semasa melahirkan anak. Yang sebenarnya, tujuannya larangan di sini adalah untuk melahirkan rasa hormat kepada orang tua dan selalunya ibu mertua turut menjaga dan membantu sewaktu dalam pantang.

Page 17: Kepercayaan dan Pantang Larang Masyarakat Melayu

Dilarang melihat gerhana bulan ataupun matahari kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir akan cacat atau berkulit gelap.

Dilarang duduk di anak tangga kerana dipercayai perbuatan ini akan mendatangkan kecelakaan kepada ibu sewaktu hendak melahirkan anak.

Ibu juga dilarang memikul batu kerana dikhuatiri anak dalam kandungan menjadi lumpuh. Tidak boleh menanam pokok pisang kerana dikatakan perbuatan ini boleh menyebabkan anak berkepala besar yang luar biasa.

Ditegah menyusun tempurung kerana dikhuatiri anak yang dilahirkan akan botak kepalanya.

Page 18: Kepercayaan dan Pantang Larang Masyarakat Melayu

Dilarang memaku, memahat dan menggali lubang. Tidak boleh memukul atau mencederakan binatang kerana dikhuatiri akan menyebabkan anak yang bakal lahir cacat anggota badan.

Ibu mengandung juga tidak boleh membiarkan anak-anak melangkah perut kerana dikhuatiri anak akan lahir cacat atau dilahirkan tidak cukup bulan. Dilarang tidur pada waktu tengah hari kerana dikhuatiri kepala anak yang bakal lahir akan menjadi besar. Dilarang keluar rumah pada waktu petang atau senja kerana dikhuatiri hantu akan menggusiknya.

Page 19: Kepercayaan dan Pantang Larang Masyarakat Melayu

Hendaklah menjauhi pergaulan dengan orang yang tidak jujur atau rendah maruahnya, kerana dipercayai ini akan mempengaruhi perangai anak yang bakal lahir.

Page 20: Kepercayaan dan Pantang Larang Masyarakat Melayu

Pantang larang lagi yang bersangkut dengan suami kepada ibu mengandung:

Suami kepada ibu mengandung pula dilarang meniup seruling atau alat bunyi bunyian kerana dikhuatiri anak yang akan dilahirkan sentiasa menangis.

Suami juga dilarang menyembelih ataupun pergi memburu binatang kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir cacat anggota badannya.

Suami juga dilarang memukul, membunuh binatang seperti ular dan sebagainya kerana dipercayai anak yang lahir akan cacat atau kenan binatang tersebut.

Page 21: Kepercayaan dan Pantang Larang Masyarakat Melayu