1.0 Pengenalan
1.1 Definisi Seni
Seni adalah suatu ciptaan ataupun ekspresi akan sesuatu yang dianggap indah. Seni
memenuhi keperluan-keperluan naluri estetik dan fizikal manusia yang dipengaruhi oleh faktor-
faktor keagamaan, kebudayaan, ruang, masa dan keadaan yang tertentu. Hal ini telah
melahirkan kepelbagaian pengertian seni seperti tradisi, moden dan pascamoden, mengikut
zaman dan masyarakat yang tertentu. Penghayatan dan penghargaan terhadap seni lazimnya
mengambil kira aspek-aspek formal, makna dan konteks penghasilan sesuatu karya. Seni juga
mempunyai pelbagai peranan yang bersifat psikologi dan sosiologi.
Secara umum, seni berkaitan dengan hal-hal mengenai keindahan atau estetika yang
merangkumi aspek-aspek jasmani dan kerohanian individu mahupun masyarakat.
Seni ditakrifkan sebagai suatu ciptaan ataupun ekspresi akan sesuatu yang dianggap indah,
terutamanya dalam bentuk visual (Hornby, 1974: 43).
Seni juga disifatkan sebagai suatu kegiatan atau proses penciptaan yang memerlukan
kemahiran serta pengetahuan untuk melahirkan idea dalam bentuk yang nyata (Martin, 1986:
12).
Hauser berpendapat, seni adalah komunikasi (1959). Herbert Read pula menjelaskan bahawa
seni adalah penciptaan bentuk-bentuk yang menyenangkan. Seni adalah penjelmaan rasa
estetika (1959: 16).
Mengikut Kamus Dewan Edisi baru, seni didefinisikan sebagai karya ( sajak, lukisan, muzik dan
lain-lain ) yang diciptakan dengan bakat, kebolehan mencipta sesuatu yang indah. Secara tidak
langsung mengakui bahawa untuk menghasilkan sesuatu produk seni, bakat, kebolehan dan
penghayatan serta pemahaman yang jitu amat penting. Kebolehan adalah sesuatu yang
mampu dipelajari dan dibentuk manakala bakat pula adalah sesuatu yang berdiri dengan sendiri
hasil daripada kurniaan Tuhan yang Maha Esa. Kedua-dua ini saling berkait rapat di dalam
menghasilkan sesuatu produk seni yang mempunyai nilai estetika yang tinggi.
Menurut buku Fine art in Islamic civilization (1981),pemikir islam iaitu imam Al- Ghazali
memperkatakan bahawa seni itu indah melalui pandangan kecantikan dan keindahan.1
Menurut Herbert Read ( buku, The Meaning of Arts ) seni adalah penghasilan rupa bentuk yang
menimbulkan keceriaan, keseronokan dan kesenangan estetik ( Art is Expression ).
Kesimpulannya, biar dari sudut pandangan mana sekalipun, seni merupakan sesuatu yang
berkait rapat dengan estetika dan keindahan. Keindahan yang mampu memukau dan
mempersonakan mata dan hati yang menghayatinya dengan segenap pancaindera yang ada.
1.2 Seni Lukis
Seni lukis adalah salah satu cabang dari seni rupa. Dengan dasar pengertian yang sama, seni
lukis adalah sebuah pengembangan yang lebih utuh dari menggambar.
Melukis adalah aktiviti mengolah medium dua dimensi atau permukaan dari objek tiga dimensi
untuk mendapat kesan tertentu. Medium lukisan boleh berbentuk apa saja, seperti kanvas,
kertas, papan, dan bahkan filem di dalam fotografi boleh dianggap sebagai media lukisan. Alat
yang digunakan juga boleh bermacam-macam, dengan syarat boleh memberikan imej tertentu
kepada media yang digunakan.
Seni lukis adalah salah satu cabang dari seni rupa. Seni lukis adalah sebuah pengembangan
dari menggambar. Melukis adalah aktiviti mengolah medium dua dimensi atau permukaan dari
objek tiga dimensi untuk mendapat kesan tertentu, dengan melibatkan ekspresi, emosi, dan
gagasan pencipta secara penuh. Sebuah lukisan memerlukan konsep tutur yang subjektif , iaitu
harus dapat menterjemahkan apa yang ada dalam objek, tema atau idea secara representatif.
Di sini ekspresi pelukis seolah-olah menjadi pendorong utama, sedangkan bentuk, corak dan
Pengertian warna merupakan hasil akibat ekspresi tadi. Sebagai kata benda ia bererti
mengotorkan, yang kemudian berkembang menjadi segala macam karya yang artistik.
2.0 Sejarah Umum Senilukis
2
2.1 Zaman Prasejarah
Secara sejarah, seni lukis sangat berkait rapat dengan gambar. Peninggalan-peninggalan
prasejarah memperlihatkan bahawa sejak ribuan tahun yang lalu, nenek moyang manusia telah
mula membuat gambar pada dinding-dinding gua untuk membentuk imej bahagian-bahagian
penting dari kehidupan. Sebuah lukisan atau gambar boleh dibuat hanya dengan menggunakan
bahan yang mudah seperti arang, kapur, atau bahan lain. Salah satu teknik terkenal gambar
prasejarah yang dilakukan orang-orang gua adalah dengan menampal tangan di dinding gua,
lalu menyemburnya dengan kunyahan daun atau batu mineral berwarna. Hasilnya adalah yang
diciplak tangan berwana-warni di dinding-dinding gua yang masih boleh dilihat hingga saat ini.
Kemudahan ini membolehkan gambar (dan selanjutnya lukisan) untuk berkembang lebih cepat
daripada cabang seni rupa lain seperti seni patung dan seni keramik.
Seperti gambar, lukisan kebanyakan dibuat di atas bidang rata seperti dinding, lantai, kertas,
atau kanvas.
Objek yang sering muncul dalam karya-karya terdahulu adalah manusia, binatang, dan objek-
objek alam lain seperti pokok, bukit, gunung, sungai dan laut. Bentuk dari objek yang dilukis
tidak selalu sama dengan asalnya. Ini disebut citra dan itu sangat dipengaruhi oleh pemahaman
si pelukis terhadap objeknya. Misalnya, gambar seekor lembu dibuat dengan bahagian tanduk
yang luar biasa besar berbanding dengan saiz tanduk asli. Pengimejan ini dipengaruhi oleh
pemahaman si pelukis yang menganggap tanduk adalah bahagian paling mengesankan dari
seekor lembu. Kerana itu, imej mengenai satu macam objek menjadi berbeza-beza bergantung
dari pemahaman budaya masyarakat di daerahnya.
Pada satu titik, ada orang-orang tertentu dalam satu kelompok masyarakat prasejarah yang
lebih banyak menghabiskan masa untuk menggambar daripada mencari makanan. Mereka
mula mahir membuat gambar dan mula mencari bahawa bentuk dan susunan rupa tertentu.
Mereka mula mencari bermacam citarasa keindahan dalam kegiatannya dan terus melakukan
hal itu sehingga mereka menjadi semakin mahir. Mereka adalah seniman-seniman yang
pertama di muka bumi dan pada saat itulah kegiatan menggambar dan melukis mulai menjadi
aktiviti seni .
Contoh Lukisan Prasejarah3
2.2 Seni Lukis Zaman Klasik
4
Di zaman ini lukisan adalah menjrus kepada peniruan bentuk-bentuk alam semulajadi. Bermula
pada zaman inilah perkembangnya ilmu pengetahuan yang semakin memuncak dan timbulnya
kesedaran bahawa seni lukis merupakan salah satu cabang komunikasi yang lebih efisien serta
mampu menyampaikan maklumat verbal dengan lebih berkesan dalam pelbagai aspek.
Klasikisme, istilah secara amnya bermaksud kebeningan, elegan, simetri dan dihasilkan kerana
perhatian kepada bentuk tradisional. Ia boleh dinyatakan sebagai kecemerlangan atau kualiti
seni. Lebih tepat lagi, ia merujuk kepada rasa kagum dan tiruan kesusasteraan Yunani dan
Rom, seni dan seni bina kerana ia diperolehi daripada kaedah-kaedah dan amalan orang
dahulu dan istilah datang daripada kepatuhan kepada peraturan-peraturan akademik tertentu.
Klasikisme juga memperkenalkan Polytheism (kepercayaan kepada banyak tuhan) atau
paganism (fahaman jahiliah, tidak menganut sebarang agama) dan seiringan dengan purba dan
moden.
Contoh Lukisan Zaman Klasik:
2.3 Seni Lukis Zaman Pertengahan
5
Seni lukis zaman pertengahan dipegaruhi oleh aktiviti keagamaan yang kuat, seni lukis di
zaman ini menentang segala bentuk ilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuan dianggap sebagai
sihir yang boleh menjauhkan manusia dari pengabdian kepada Tuhan. Kesan daripada itu, seni
bertentangan dengan realiti.
Kebanyakan lukisan pada zaman ini lebih berupa simbolisme, bukan realisme. Sehingga sukar
untuk menemui lukisan yang agung dan baik.
Lukisan pada masa ini digunakan untuk alat propaganda dan keagamaan. Beberapa agama
yang melarang penggambaran haiwan dan manusia mendorong perkembangan abstrakisme
(pemisahan unsur bentuk yang "benar" dari benda).
Contoh Lukisan Zaman Pertengahan:
2.4 Seni Lukis Zaman Renaissance
6
Seni Lukis Renaissance merupakan lukisan, ukiran dan seni hiasan seni ini muncul sebagai
gaya yang berbeza di Itali pada kira-kira 1400, selari dengan perkembangan yang berlaku
dalam falsafah , sastera , muzik dan sains. Seni Renaissance, juga dilihat sebagai royalti tradisi
purba, yang mengambil asas kepada pembentukkan seni kuno klasik, tetapi mengubah tradisi
melalui penyerapan perkembangan terkini dalam seni Eropah Utara dan aplikasi pengetahuan
sains kontemporari. Seni Renaissance dan falsafah Renaissance Kemanusiaan, tersebar di
seluruh Eropah, telah memberi kesan kepada kedua-dua bidang dengan pembangunan teknik-
teknik baharu dan perasaan seni baru. Seni Renaissance menandakan peralihan Eropah dari
Zaman Pertengahan untuk zaman moden yang awal.
Contoh Lukisan Zaman Renaissance:
3.0 Sejarah Seni Lukis Malaysia
7
Terdapat kepercayaan bahawa pengembara- pengembara Eropah dan Inggeris telah meminta
pelukis-pelukis negeri-negeri Selat yang berketurunan Cina atau Melayu untuk melukis
gambaran kehidupan tempatan yang bermotifkan flora dan fauna. Ini disebabkan oleh minat
mereka atau sebagai rekod sejarah. Lukisan-lukisan dan catan-catan tersebut banyak ditempah
oleh pegawai-pegawai Syarikat Hindia Timur yang ditempatkan di Malaya.
Pihak Inggeris telah memperkenalkan genre lukisan/ catan lanskap dalam aliran Realisme,
zaman Pre-Raphelites, Turner dan Constable. Ini telah berterusan sehingga abad ke 19 apabile
Seni Eropah terutamanya Seni Perancis mula memberi kesannya kepada seluruh rantau
dengan pergerakan-pergerakan seni seperti aliran Impresionisme, Kubisme, Surealisme,
Futurisme dan Konstruktivisme.
Sumbangan golongan Cina kepada perkembangan seni Malaysia dan Singapura berpunca
daripada pendatang dan pelawat Cina seperti Xu Beihong yang telah bermastautin di Pulau
Pinang untuk beberapa tahun. Mereka juga telah berkunjung ke Singapura untuk sesuatu
jangka masa. Mereka telah menerima pendidikan dalam lukisan berus Cina dan kaligrafi di
China.
Pada mulanya penghijrah-penghijrah awal dari China adalah untuk mencari sara hidup. Seni
halus tidak pernah difikirkan . Hanya selepas mereka bertapak kukuh dan berjaya dalam
kehidupan, barulah terdapat beberapa penghijrahan berdasarkan kretiviti artistik mereka.
Terdapat yang terlibat dalam pendidikan Seni dan ada pula yang menjadi pelukis amatur.
Antara yang berjaya dalam bidang seni ialah Lee Kah Yeow, Wang Yau, Reverend Chuk Mor,
Reverend Pak Yuen, Chai Horng, Chung Hong Kong dan Zhen Wei Sin. Kesimpulannya pada
awal tahu 1920an terdapat pelukis yang mempamerkan hasil karyanya. Pameran seni lukis
yang terawal di singapura ialah pameran Lian Xiao Oh pada tahun 1924. Disusuli pula dengan
pameran pastel He Qui Qo pada tahun 1926.
Aktiviti-aktiviti seni yang awal di Pulau Pinang bermula apabila pengasasan Pulau Pinang pada
tahun 1786 oleh Sir Francis Light di bawah Syarikat Hindia timur. Pelukis-pelukis Inggeris yang
tinggal di Pulau Pinang gemar melukis pemandangan laut dan keindahan alam semulajadi
pulau itu. Kemungkinan terdapat pelukis tempatan yang membekalkan lukisan-lukisan kepada
para penaung Syarikat Peniagaan Eropah.
8
Perkembangan seni lukis moden boleh dikesan sehingga tanuh 1920an semasa kumpulan
penang Impressionist ditubuhkan. Kumpulan ini terdiri daripada ekspatriat Eropah yang
kebanyakannya merupakan surirumah bangsa Inggeris. Disebabkan sikap-sikap kolonialistik
pada masa itu, pelukis-pelukis tempatan Pulau Pinang tidak dibenarkan menyertai Penang
Impressionist. Dua orang pelukis tempatan yang diterima menganggotainya ialah Puan Lim
Cheng Kung dan Abullah Ariff. Abdullah Arif diterima dalam kumpulan itu kerana perkhidmatan
beliau sebagai pendidik seni diperlukan, manakala Puan Lim pula isteri seorang jutawan yang
dapat memberi sokongan kewangan.
Tahun 1920an merupakan peringkat yang penting dalam sejarah seni lukis Pulau Pinang. Yong
Mun Seng telah datang ke Pulau Pinang dari Singapura dan mendirikan studio seninya. Pelukis
pertama yang mengadakan pameran seni lukis di Malaysia adalah Ooi Hwa yang telah
mempamerkan karya-karyanya di Pulau Pinang pada tahun 1927. Ooi Hwa dan Lee Cheng
Yong mungkin merupakan pelukis pertama yang pergi ke luar negeri untuk mempelajari seni di
Akademi Seni Halus Shanghai. SITC (Sultan Idris Training College) ditubuhkan pada tahun
1922. Mata pelajaran Pendidikan Seni diajar di samping subjek-subjek lain. Komponen subjek
Pendidikan Seni diajar bersama-sama dengan pertukangan tangan seperti membuat bakul dan
lain-lain seni pertukangan rakyat ketika itu.
Sukatan Pelajaran yang digunakan adalah pelajaran menggunakan mengkuang untuk membuat
bakul bagi tahun pertama. Mereka dikehendaki mencipta corak-corak baru dengan
menggunakan rotan dan buluh. Kerja-kerja tahun pertama disambung pada tahun ke dua dan
penggunaan rotan dan buluh adalah lebih meluas lagi pada tahun ke tiga. Buku teks yang
digunakan ialah ’Kitab Rajah-rajah Anyaman’ oleh guru anyaman Mr. W. Olaguera.
Penuntut-penuntut diberi pilihan untuk pertukangan kayu bagi melatih membuat perabot-
perabot seperti meja kecil, almari buku, tongkat dan sebagainya. Dalam tempoh tiga tahun
terdapat enam kelas pertukangan kayu. Pilihan seterusnya adalah menjilid buku di mana hanya
sebahagian kecil penuntut tahun tiga sahaja yang mengikutinya. Menganyam jaring bagi
permainan bola sepak, hoki dan bola tampar. Pertukangan tanah liat di mana hanya sebilangan
penuntut sahaja dipilih untuk belajar membuat tempat bunga, periuk dan lain-lain daripada
tanah liat.
9
Pada tahun 1935, sekumpulan pelukis di Singapura merupakan penuntut Sekolah Seni Halus
Shanghai, Sekolah Seni Shanghai dan Universiti. Mereka telah menubuhkan Salon Art Studies
Society yang kemudiannya ditukar kepada Persatuan Pelukis-pelukis Cina.
Persatuan ini menumpukan perhatian kepada perlaksaan pameran karya-karya pelukis asing,
terutamanya karya pelukis-pelukis HongKong dan Cina. Pelukis tempatan turut diberi peluang
untuk meluaskan pengalaman. Pameran tahunan mereka telah menjadi tradisi berterusan tanpa
sebarang sekatan melainkan pada tahun-tahun peperangan 1942 hingga 1945. Ramai ahlinya
merupakan staf Akademi Seni Halus Nanyang.
Akademi Seni Halus Nanyang diasaskan pada tahun 1938 oleh pengetuanya, Lim Hak Tai. Lim
Hak Tai, seorang pelukis ternama dan berwawasan memperkembangkan kesenian dengan
menubuhkan institusi yang pertama dan paling lama di Singapura. Di antara pelukis-pelukis
terkenal yang menjadi tenaga pengajar ialah Cheong Soo pieng, Georgette Chen Li Ying, Chen
Wen His dan Chen Chong Swee. Para pelukis ini telah datang ke Singapura selepas Perang
Dunia ke Dua. Mereka dilatih di akademi-akademi Seni di Shanghai, kanton dan Amoy. Mereka
juga didedahkan kepada pengaruh modenis aliran-aliran di Paris.
4.0 Tokoh-Tokoh Seni Lukis Malaysia
4.1 Bapa Seni Lukis Melayu Moden Malaysia
10
Nama: Syed Ahmad Jamal (1929-2011)
Asal: Bandar Maharani, Muar, Johor
T/Lahir: 19 September 1929
Aliran: Ekspresionisme (Abstrak)
Pendidikan: Chelsea School of Art (1951-1955), Institute of Education, London University (1955-1956), School of Art Institute Chicago (1963-1964) and University of Hawaai, Honolulu (1973-1974).
Pencapaian: 1st prize in the Johor Art exhibition (1950), Summer Competition - Chelsea School of Art London (1954), Federation Art Competition - Kuala Lumpur (1962), and the National Bank of Malaysia Mural Competition
Karya seni Syed Ahmad Jamal, mempunyai makna yang analitikal dan intrinsik yang tinggi
bahawa tanah menandakan sumbangan yang besar kepada sejarah Seni Malaysia. Dari
konteks ini, Syed Ahmad Jamal niat adalah untuk menjemput masyarakat Malaysia untuk
berfikir dalam cahaya yang berbeza terutamanya dalam “intellectualizing” cara orang ramai
akan bertindak balas terhadap makna yang ketara terdapat dalam karya seni beliau. Selain itu,
dari kajian ini, ia telah ditubuhkan bahawa karya seni Syed Ahmad Jamal bekerja unsur-unsur
warisan Melayu dan pengaruh Melayu-Islam khususnya yang melibatkan tema, bentuk, warna,
komposisi, ruang, garis dan tekstur. Elemen-elemen ini telah dibentangkan dalam susunan
yang kukuh dan harmoni. Tambahan pula, hampir semua unsur-unsur Melayu yang telah
dikenal pasti dalam Syed Ahmad Jamal lukisan seni cenderung untuk menekankan dengan
menggunakan konsep estetika keindahan seni. Penerapan unsur-unsur Melayu yang dibuat
oleh Syed Ahmad Jamal berikut ekspresionis ideologi abstrak berjaya membangkitkan
ungkapan baru dan unik seni Melayu- Islam/ seni timur yang sangat besar bagi memberi kesan
kepada seni Malaysia.
Karya-Karya Beliau:
11
4.2 Tokoh Seni Ibrahim bin Hussien
12
Karya: Mandi Laut
Tahun: 1957
Media: Cat Minyak dia atas
papan
Karya: Sirih Pinang
Tahun: 1982
Media: Cat acrylis di atas kanvas
Keistimewaan pelukis tersohor Allahyarham Datuk Ibrahim Hussein bukan sahaja terletak pada
lukisan bahkan tulisan seni khat Cina dan jawi pada kanvas. Sentuhan seninya amat
menakjubkan, halus lagi kreatif. Setiap abjad atau karakter dilakar secara seragam dan teratur
menggunakan tangannya.
Hasil kreativitinya yang asli menceritakan isu-isu sosial secara kiasan dan memperlihatkan
banyak ciri keabstrakan yang tinggi antaranya, 13 Mei, Tsunami dan Myanmar.
Allahyarham mengakui bahawa beliau gemar memberikan reaksi terhadap insiden-insiden
di persekitarannya melalui lukisannya. Cintanya pada kerjaya melukis menyebabkan beliau
tidak jemu-jemu melukis setiap hari, namun selepas lebih setengah abad ‘menghambakan’
pada kanvas, Allahyarham mengalami kesan negatifnya.
Sebagai artis, Allahyarham banyak menggunakan bahan kimia dan kulit tangannya selalu
terdedah kepada akrilik yang berasid akibatnya, tangannya mengelupas dan berdarah.
Ekoran itu, kulit tangannya itu menjadi semakin nipis dan merekah sehingga berdarah. Pun
begitu, akrilik tidak dapat menghakis keazaman menggunungnya untuk meluahkan cetusan
hatinya di atas kanvas
Karya-karya Beliau:
13
Nama : Ibrahim bin Hussien
Asal: Sg Limau,Yan, Kedah
T/Lahir:13 Mac 1936
Aliran: Impressionisme (abstrak)
Pendidikan: Akademi Seni Nanyang Singapura (1956), Byam Shaw School of Drawing and Printing, London (1959 – 1963), Royal Academy Schools, London (1964 – 1966), American Workshop, Venice (1970)
Pencapaian: Griffin Prize, London (1964), Smithsonian Institute, American Workshop, Venice (1970), Crystal Award World Economic Forum di Switzerland pada 1997), Order of Bernado O'Higgings, Chile (1995), Order of Andres Bello Venezuela (1993)
Pengenalan
14
Tajuk : My Father and The Astronaut
Pelukis : Ibrahim Hussein
Media : Teknik campuran, Catan & Cetakan saring
Tahun: 1969
Tajuk : The Dream
Pelukis : Ibrahim Hussein
Media : Cat Acrylic
Tahun: 1969
Harga Jualan: RM500 500
5.0 Definisi Lukisan
Banyak pengertian tentang lukisan. Kita hanya memetik beberapa sahaja antaranya:
Perkataan Lukisan dalam bahasa Inggeris ialah ‘Drawing’ yang asalnya dari dua
bahasa iaitu German dan Latin. Perkataan ‘to draw’ adalah dari perkataan ‘Old English’
iaitu ‘dragan’ yang bermasud ‘to drag’ dan aktiviti yang berhubung dan tubuh badan.
Lukisan ialah salah satu aktiviti penghasilan karya dalam bidang seni halus yang
dihasilkan melalui garisan sehingga mewujudkan rupa, bentuk, cahaya, bayang, jalinan
dengan menggunakan media kering.
Lukisan juga boleh menyatakan luahan emosi, keintelektual & spiritual manusia.
Biasanya lukisan dihasilkan secara spontan, mengikut gerak hati & perasaan pelukis
masing-masing. Ini menjadi landasan asas untuk berkomunikasi dalam pelbagai cara
dan bidang.
Lukisan dapat mengembangkan kedua-dua minda dan semangat (spirit). Justeru,
lukisan dilakukan sebagai satu cara menghargai penglihatan dan pemikiran manusia.
Lukisan akan mengikatkan kita dengan emosi, keintelektualan dan juga spiritual.
Boleh dikaitkan dengan pengalaman yg istimewa kepada seseorang pelukis yang
digambarkan melalui gerak minda dan hati, diterjemahkan di atas permukaan untuk
dijadikan bahan dokumentasi.
Secara langsung lukisan adalah satu disiplin seni yg boleh dikaitkan dengan keperluan
psikologi, sejarah dan artistik – ini terbukti bahawa pelukis perlu mempunyai tiga nilai
kerangka dalam dirinya iaitu; daya visualisasi, daya emosi dan daya estetika.
5.1 Jenis-Jenis Lukisan
15
5.1.1 Lukisan Figuratif & Non-Figuratif
Penumpuan kepada tubuh badan dan anatomi manusia. Lukisan figuratif tertumpu kepada
mengkaji dan melukis tubuh manusia atau binatang. Pelukis perlu memahami anatomi
terlebih dahulu untuk melukis. Melukis figuratif adalah rumit kerana memerlukan pelukis
membuat penilaian dan kadar banding yang tepat bagi menentukan keindahan dalam
karya lukisan figuratif.
Untuk mencapai kemahiran melukis figura memerlukan kesabaran dan masa yang lama.
Ia juga perlu membuat pemerhatian. Satu-satunya cara untuk menghasilkan lukisan yang
baik ialah dengan melukis. Lukisan figuratif menekankan aktiviti melukis bentuk-bentuk
tubuh manusia.
Lukisan Figuratif Non-Figuratif
5.1.2 Lukisan Kajian
16
Lukisan kajian merujuk kepada kegiatan melukis sesuatu benda untuk tujuan kajian. Pelukis
perlu melukis sesuatu bahagian itu dengan teliti sebagai bahan kajian.Merakamkan ketelitian
pada subjek yang dikaji. Contohnya, melukis tumbuh-tumbuhan atau memasukkan unsur
jalinan, cahaya dan struktur bentuk yang terperinci.
Lukisan anatomi oleh Leonardo Da Vinci Lukisan anatomi oleh Leonardo Da Vinci
5.1.3 Lukisan Arkitektural
17
Bidang seni dan seni reka yang menjurus kepada rekabentuk bangunan dikenali sebagai
arkitek. Lukisan arkitektural memerlukan lakaran yang terperinci dari segi ukuran dan bentuk.Ini
bermakna lukisan arkitektural ialah gambaran dan dokumen reka bentuk arkitek.
Lukisan arkitektural umumnya merujuk kepada melukis pelan bangunan. Ianya digunakan oleh
akritek dan orang tertentu untuk beberapa tujuan antaranya:
membangunkan idea rekaan untuk dikemukakan sebagai proposal.
menghubungkan idea dan konsep rekaan.
memberi keyakinan kepada pelanggan tentang manfaat dan kebaikan rekaan.
Untuk membolehkan kontraktor memahami struktur bangunan.
sebagai dokumentasi kerja yang telah siap.
sebagai satu rekod sebuah bangunan yang telah wujud.
Pembangunan komputer memberi satu kesan yang besar dalam kaedah merekabentuk dan
mewujudkan lukisan-lukisan teknikal. Melukis secara manual merupakan kaedah lama dan
ketinggalan. Hari ini kebanyakan lakaran dihasilkan menggunakan perisian CAD.
Lukisan Arkitektural Lukisan Arkitektural
5.1.4 Lukisan Teknikal
18
Merupakan cabang seni yang dikatakan berkaitan dengan saintifik. Dikenali juga sebagai
merangka atau melukis yang memerlukan kemahiran dalam matematik kerana keperluan untuk
melukis dengan kadar banding yang tepat. Sesuatu lakaran rangka yang secara visual memberi
informasi tentang bagaimana ia berfungsi atau cara ia dibina.
Untuk memahami lukisan-lukisan teknikal, seseorang perlu menggunakan piawaian teknikal
iaitu kefahaman terhadap simbol-simbol lazim, perspektif, unit-unit ukuran, sistem-sistem
tatatanda, gaya visual, atau susunan. Ini memudahkan pelukis teknikal dapat memperlihatkan
perkaitan setiap unit dengan lebih ringkas dan mudah. Kelaziman sedemikian membentuk satu
bahasa visual yang membolehkan lukisan mudah untuk difahami.
Ini memerlukan satu bentuk kemunikasi yang jelas terutama dalam menyediakan
dokumentasi fungsi-fungsi setiap objek yang dirangka. Peranan ini membezakan lukisan
teknikal dengan lukisan ekspresif seni tampak. Apabila mentafsir lukisan-lukisan artistik,
tafsirannya mempunyai maksud yang pelbagai namun bagi lukisan teknikal ianya mempunyai
satu makna yang hendak disampaikan.
Lukisan Teknikal Lukisan Teknikal
19
5.1.4 Lukisan Konseptual
Lukisan konseptual adalah lukisan yang melakarkan idea-idea tentang sesuatu, yang diinginkan
atau tentang seauatu reka bentuk yang diinginkan. Ia sesuatu yang bersahaja dan berdasarkan
komposisi. Ia juga bertujuan mencuba sesuatu yang baharu dan melihat akan kemenjadian
sesuatu reka bentuk atau melukis sekadar mengikut imaginasi. Ia juga banyak melibatkan
penggunaan mental dan tidak membawa apa-apa maksud.
Pelukis juga memerlukan imaginasi yang kuat untuk melukis sesuatu konsep yang baru.
Misalnya sesebuah filem seram memerlukan lukisan satu watak seram untuk dijadikan watak
dalam cerita tersebut, maka pelukis perlu melukis konsep watak tersebut dalam bentuk fantasi.
Lukisan Konseptual Lukisan Konseptual
20
5.1.5 Lukisan Artistik
“Artistik” bermaksud indah. Lukisan artistik adalah lukisan yang mengambarkan tentang sesuatu
keindahan. Pelukisan biasanya ingin menimbulkan atau mempamerkan sesuatu keindahan
dalam karya yang dihasilkan.
Lukisan mungkin hanya terlihat bagaikan sebuah gambar yang di gambar mahu pun di lukis di
sebuah kanvas atau media, namun pelukis ingin menikmati seni dan mempamerkan keindahan
suatu lukisan.
Lukisan itu adalah sebuah karya seni yang di curahkan atau ekspresi dari pelukisnya, seni dari
seorang seniman tersebut yang ada pada gambar tersebut yang membuat lukisan itu terlihat
ekspresif maupun imajinatif.
Lukisan Artistik Lukisan Artistik
21
5.1.6 Lukisan Ilustrasi
Pengertian ilustrasi adalah proses penggambaran objek, baik visual maupun audio dan lain-lain.
Komunikasi visual merupakan suatu komunikasi melalui wujud yang dapat diserap oleh indera
pengelihatan. Pada media komunikasi, khususnya media cetak, terdiri atas beberapa unsur
yaitu warna, tipografi, ilustrasi, layout, fotografi, dan lain sebagainya.
Lukisan ilustrasi merupakan cabang lukisan tergolong dalam seni grafik. Lukisan ini dijadikan
bahan untuk penerbitan, kartun dan animasi. Pelukis memerlukan kemahiran tertentu untuk
melukis ilustrasi terutama dalam kemahiran melukis figuratif.
Lukisan Ilustrasi karya Kimianto Lukisan Ilustrasi Fesyen
22
5.1.7 Lukisan Informasi
Secara umum informasi dapat didefinisikan sebagai hasil dari pengolahan data dalam suatu
bentuk yang lebih berguna dan lebih berarti bagi penerimanya yang menggambarkan suatu
kejadian-kejadian yang nyata yang digunakan untuk pengambilan keputusan.
Adalah bertujuan untuk memberi informasi kepada pelanggan, kebiasannya dalam bentuk
ilustrasi atau peta. Lukisan ini memerlukan kemahiran yang khusus dan melukis dengan cermat
dan bersih Merupakan cabang seni yang dikatakan berkaitan saintifik.
Lukisan Informasi PulauTioman, Terengganu Lukisan Informasi
23
6.0 Alat/ Media Lukisan
24
1. Arang 2. Pen
3. Pen Kaligrafi 4. Berus
5.Pensel 6. Krayon
7.0 Lukisan Menggunakan Pensel
Teknik Garisan Teknik Titik Teknik Gosokkan
Teknik Contengan Teknik Lorek Teknik Campuran
25
8.0 Kraf Tradisional Tembikar
8.1 Pengenalan
Tembikar adalah sejenis barangan yang diperbuat daripada tanah liat yang telah diproses,
dibentuk dan kemudiannya dibakar bagi mengekalkan rupa bentuk tembikar tersebut. Tembikar
yang telah dibakar di dalam tanur memiliki kekuatan yang lebih dan kalis air.
Kegiatan perusahaan seni tembikar tradisional di Semenanjung Malaysia telah mula dikenali
sejak zaman berzaman dan kini masih hidup perusahaannya di Semenanjung Malaysia.
Tembikar merupakan lambang keindahan warisan kesenian yang lahir dari ketajaman ilham
manusia. Perusahaan ini kebanyakan di usahakan oleh kaum wanita. Seni tembikar merupakan
hasil seni kraf tangan yang diperbuat dari tanah liat yang diuli, diterap dengan pelbagai corak,
diserap serta dibakar untuk menghasilkan rupa bentuk yang unik dan berseni.
8.2 Sejarah tembikar
Sejarah seni tembikar ini bermula sejak beribu tahun dahulu. Seni Tembikar ini telah terbukti
dengan penemuan barangan tembikar seperti di
Gua Cha, Kelantan
Bukit Tengku Lembu,Perlis
Ulu Tembeling,Pahang
Bukit Tamabun, Perak
Guah Niah,Sarawak.
Pada zaman dahulu, ragam hias pada permukaan serpihan tembikar berbentuk sederhana
yang dibuat secara spontan dan dibakar pada sebarang suhu.
Tembikar-tembikar neolitik yang dijumpai di Mesir, Cyprus dan Crete merupakan contoh-contoh
yang menarik dari segi ragam hias. Pada zaman tersebut teknik sepuh dan guris telah
berkembang. Selain itu,tembikar bukan sahaja dihasilkan dengan bahan tanah liat basah tetapi
juga dicampuri dengan pasir, serbuk batu dan arang. Tanah liat asli diambil dari dalam bumi
dan sungai. Ia terdiri daripada ‘kulit dan tanah liat endapan’.
Di Perak, terdapat empat tempat yang berasingan, iaitu sebahagian penduduknya melakukan
perusahaan tembikar secara kecil iaitu di Lenggong, Krian, utara Perak, di Sayong, Kuala
26
Kangsar, Perak Tengah dan di Pulau Tiga sebelah selatannya. Usaha untuk menghidupkan kraf
tangan tembikar ini telah dijalankan oleh PKKM di Enggor, berhampiran dengan Jambatan
Iskandar.
Kegunaan tembikar pada zaman dahulu digunakan sebagai kegunaan harian dan secara
keseluruhannya berbentuk periuk, belanga dan kukusan merupakan yang paling awal dicipta.
Manakala, di Sarawak dan Sabah pula tembikar digunakan untuk upacara pengebumian. Dari
segi bentuknya pula tidak jauh berbeza, persamaan dari segi susunan motif, ketebalan dan
dibuat melalui teknik pembakaran pada suhu rendah dengan permukaan yang berwarna coklat,
hitam dan kelabu gelap. Walau bagaimanapun tembikar berbeza kerana dihasilkan mengikut
teknik-teknik tersendiri serta dipengaruhi oleh budaya dan latar belakang si pembuat.
8.3 Sejarah Awal Tembikar Sabah
8.3.1 Tembikar Kuron
Di Sabah, penghasilan kraftangan seperti kuron di kalangan masyarakat asli di Sabah bermula
dalam usaha mereka untuk memenuhi keperluan harian. Mereka menghasilkan pelbagai bahan
yang banyak dengan tumpuan lebih kepada fungsinya dan kurang memberi perhatian kepada
perhiasannya. Pembuatan tembikar asli dengan motif yang mudah memandangkan fungsinya
lebih lazim sebagai bahan utilitarian. Misalnya, kuron dipakai untuk memasak nasi, lauk-pauk
dan ubat-ubatan tradisional. Selain itu, penghasilan kraf mereka juga bergantung pada sumber
alam sekitar dan keperluan dari segi budaya.
27
Tembikar asli (Lanjang) suku kaum Kadazandusun di
Sabah yang diperbuat daripada tanah liat (Lagit) dan
digunakan sebagai bekas memasak nasi, lauk pauk dan
herba ubat-ubatan tradisional.
8.3.2 Kraftangan Tembikar Sabah
Tambikar Sabah (Tambunan tapai/bekas air) Tambikar Sabah (penyimpanan mayat)
Tembikar Sabah (Suku kaum murut) Tembikar Sabah
28
8.3.3 Bahan-bahan
1. Tanah Liat:
Bahan utama untuk membuat tembikar. Pelbagai jenis tanah liat seperti tanah liat drpd
tanah busut, tanah berhampiran sungai/di sungai, tanah sawah, berwarna kelabu dan
kuning kemerah-merahan.
2. Damar
Bahan kemasan tembikar yang berupa getah keras yang digunakan sebagai bahan kalis air,
bahan ini diperolehi daripada jenis pokok damar laut, dan damar batu
7.3.4 Langkah-langkah memproses tanah liat
Tanah liat dimasukkan ke dalam bekas yang besar.
Tanah liat dicampurkan dengan air supaya menjadi lembut.
Tanah liat ditapis dengan penapis khas.
Tanah liat disimpan semalam-malaman bagi pemendapan.
Air di dalam bekas dibuang, manakala selut tanah liat ditinggalkan.
Selut dicurahkan ke atas permukaan kepingan plaster Paris untuk pemendapan kali kedua.
Biarkan air yang terkandung dalam selut diserap sehingga menjadi liut untuk proses
menguli.
29
8.3.5 Alatan Membuat Tembikar
30
8.3.6 Tokoh Tembikar Di Malaysia
1. Zamri bin Pandak
Lahir di Kampung Kepala Bendang, Kuala Kangsar, Perak pada tahun 1942.
Memperoleh kemahiran membentuk tradisi daripada datuknya sejak berumur 15
tahun dan terus berkecimpung dalam bidang ini.
Berkhidmat sebagai pengajar kraf tembikar di Perbadanan Kemajuan Kraf
Tangan Malaysia (PKKM) pada tahun 1974 hingga bersara pada tahun 1997.
Pernah memperkenal dan memajukan industri kampong berasakan kraf tembikar di:
o Koperasi Industri kampong Jai, Kelantan
o Koperasi Industri Kampung Mambong, Kelantan
o Koperasi Industri Kampung Pulau Tiga, Parit, Perak
o Koperasi Industri Kampung Kepala Bendang,Perak
o Koperasi Industri Kampung Pasir Durian, Jerantut, Pahang
Sering menyertai pameran, demonstrasi, bengkel, dan seminar-seminar yang
dianjurkan oleh agensi kerajaan dan swasta. Antaranya ialah menyertai program ‘
Asian Regional Workshop’ di Dhaka, Bangladesh pada tahun 1986.
Telah membuat beberapa inovasi dalam reka bentuk labu dan juga experimentasi
pelbagai teknik dan bahan semasa berkhidmat di PKKM.
Karya kerja tangan sering menjadi kegunaan rasmi kerajaan Malaysia. Contoh, 4
unit tempayan untuk Persidangan CHOGM dan tempayan pancutan air di Putrajaya.
2. Puan Hasnah binti Mohd. Adnan
Lahir di Kampung Sayong, Kuala Kangsar, Perak.
Mula membuat labu sejak berumur 30 tahun kerana dipengaruhi oleh kawan-kawan
dan suasana persekitaran yang aktif dalam kegiatan membuat labu sayong.
Membentuk labu mengikut cara tradisional, iaitu menggunakan teknik lingkaran atau
picitan.
Tokoh labu sayong yang diiktiraf oleh Perbadanan kemajuan Kraf Tangan Malaysia
(PKKM).
31
9.0 Refleksi
Sebelum
Sepanjang minggu pengajaran dan pembelajaran lukisan penyuburan diri ini, pensyarah telah
menerangkan kami tentang topik-topik mengenai matapelajaran ini.
Proses penyediaan Folio penyuburan diri ini dimulakan dengan penyediaan sktechbook,
drawing pad dan pensel sebagai bahan kajian lukisan penyuburan diri.
Tema dan tajuk diberikan kepada kami adalah tema kraf tradisional, di mana saya telah memilih
kraf tradisional tembikar.
Semasa
Semasa menyiapkan projek ini saya dapati banyak pengetahuan dan maklumat yang telah
dipelajari pada sesi pembelajaran yang lalu saling berkait rapat dengan tugasan ini. Terutama
mengenai. Apresiasi seni dan sejarah seni. Tetapi tugasan ini lebih menjurus kepada
pengetahuan mengenai senilukis dan teknik-teknik serta jenis lukisan yang menggunakan
media kering.
Saya memilih kraf tradisional tembikar sebagai tajuk dan tema saya dalam folio ini kerana kraf
tradisonal terutama tembikar di sabah jarang diketengahkan. Saya juga dapat megetahui
sejarah awal kraf tradisional tembikar Sabah mula-mula di hasilkan oleh suku kaum bajau/lotud
dan beberapa suku kaum sabah yang berasal daripada Kota Belud.
Selepas
Selepas menyiapkan tugasan ini saya merasakan informasi serta pengetahuan yang telah
dipelajari boleh digunakan sebagai panduan dan asas pengetahuan yang berharga yang boleh
dijadikan ilmu dalam memperkukuhkan lagi kefahaman mengenai seni dan kraf tradisional yang
terdapat di Malaysia. Selain itu ilmu dan pengalaman merupakan satu input yang boleh
membimbing guru seni dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas kelak.
32
10. Bibilografi
Buku Rujukan
Amason, H. H., (1968)., History of Modern Art , London: Thames and Hudson.
Azimah A. Samah, Zailani Yaacob (2006). Teks Lengkap Pendidikan Seni Visual KBSM Selangor
OxfordFajar Sdn. Bhd.
Siti Zainon Ismail. (1985). Getaran Jalur dan Warna. Kuala Lumpur. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Laman Sesawang
http://dntrace.keyhints.com/seni-catan.com
http://kamalsabran.blogspot.com/2007/06/artriangle -satukan-seni-catan-tiga.html
http://senivisual1.blogspot.com/2009/10/catan -aliran-seni-catan-barat.html
http://www.pdfqueen.com/pdf/se/seni-catan-di-barat/
http://www.slideshare.net/artventure/konsep-seni-islam-seni-cina-dan-seni
http://www.qoftd.com/search/Sejarah+catan
http://image.healthhaven.com/60/Seni_Catan.htm
http://malaysiana.pnm.my/04/0410tembikar2_proses.htm
Kathleen Chee,2008,Buku Teks Seni Tingkatan Satu, Penerbitan Pelangi Sdn.Bhd.
http://www.google.com.my/image/
http://lamanseni09.blogspot.com/
33