1.0 Pengenalan
Sebahagian besar daripada pengajaran dan pembelajaran Sains di sekolah berlangsung
di dalam makmal sains. Ini bermakna para pelajar, sama ada yang mengikuti aliran
sastera mahupun aliran sains menggunakan makmal sains sekurang-kurangnya 80
minit setiap mingggu. Pengetahuan dan kemahiran tentang pengurusan dan
penyelenggaraan makmal sains merupakan dua aspek penting yang perlu dipelajari oleh
setiap guru sains bagi memastikan setiap makmal sains dapat dimanfaatkan
sepenuhnya. Di samping itu pengetahuan dan kemahiran mengurus dan menyelenggara
makmal sains adalah penting bagi menjamin kelancaran proses pengajaran dan
pembelajaran sains serta mengelak berlakunya sebarang kecelakaan.
Oleh itu guru perlu menguasai beberapa aspek penting pengurusan makmal sains
sekolah. Aspek-aspek berkenaan ialah : Belanjawan makmal sains, Penyimpanan
bahan dan peralatan sains, Jenis bahan dan tindak balas yang berbahaya, Keselamatan
di dalam makmal, Pertolongan cemas dalam makmal dan Pelupusan bahan sisa.
2.0 Kepentingan Pengurusan dan Penyelenggaraan Makmal Sains
Setiap makmal sains di sekolah perlulah diurus dan diselenggarakan dengan baik .
Matlamatnya ialah :
Menjamin kelancaran dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di
dalam makmal.
Mengelak sebarang kecelakaan semasa bekerja di dalam makmal.
Mengelak pembaziran.
Memudahkan pencarian bahan dan alat yang diperlukan untuk pengajaran.
Merancang penggunaan peruntukan secara berkesan.
3.0 Peruntukan Makmal Sains
Makmal sains mendapat peruntukan kewangan dari beberapa sumber.
PERUNTUKAN
SUBSIDI DARI
KERAJAAN SEKOLAH
PERUNTUKAN
SAINS
FIZIK KIMIA BIOLOGI SAINS
3.1 Belanjawan Makmal Sains
Suatu proses yang melibatkan perancangan yang sistematik tentang perbelanjaan
sejumlah wang yang diperuntukkan. Proses ini memerlukan kebijaksanaan perancangan
supaya faedah yang maksimum diperolehi daripada peruntukan tersebut.
3.2 Bagaimana membuat belanjawan
Perancangan dibuat dua atau tiga bulan sebelum akhir tahun. Ini membolehkan
pertimbangan tentang apa yang perlu dibeli dan membuat pesanan awal. Perancangan
adalah tanggungjawab Ketua Jabatan Sains dan gurru-guru kanan mata pelajaran sains.
Namun demikian, keputusan akhir dibuat oleh Pengetua.
3.3 Saranan membuat belanjawan makmal
1. Semak semua stok dalam setiap makmal untuk menentukan kuantiti item-item.
2. Ketua Jabatan Sains tentukan:
(a) Kegunaan tahunan item-item pakai habis.
2
(b) Bilakah dalam sesuatu tahun item-item pakai habis diperlukan.
(c) Jenis-jenis peralatan yang sangat kurang.
(d) Peralatan baru yang diperlukan pada tahun hadapan.
(e) Item-item peralatan yang rosak dan kecurian.
3. Tentukan unjuran jumlah pelajar untuk tahun hadapan.
4. Periksa kemudahan dalam setiap makmal – bekalan air, elektrik, gas ,perabot, dll.
5. Semak harga semasa item dalam makmal dan buat pelunjuran harga untuk tahun
hadapan.
6. Daripada langkah 1-5, setiap Guru Kanan mata pelajaran sains hendaklah
menyediakan satu senarai keperluan untuk tahun hadapan. Jelaskan jenis, model
dan kuantiti item yang diperlukan.Senarai berkenaan meliputi: (a) bahan-bahan
pakai habis; (b) bahan-bahan tahan lama; (c) bahan-bahan kaca, plastik dan
logam;(d) spesimen biologi dan slaid-slaid; (e) bekalan gas, air, elektrik; (f)
peralatan pejabat; (g) perabot; (h) buku-buku sains; (i) peralatan-peralatan
bengkel; dll.
7. Adakan mesyuarat penyelarasan (Pengetua, Ketua Jabatan dan Guru Kanan)
untuk
menentukan apa yang perlu dibeli berdasarkan peruntukan.
3.4 Garis panduan menyediakan senarai keperluan
1. Apakah item-item yang:
sangat diperlukan?
boleh diubahsuaikan?
boleh dibeli dengan murah?
boleh diganti dengan bahan-bahan terpakai dari rumah, sekolah,
sekitaran?
boleh dibuat oleh Kelab Sains sekolah?
2. Apakah jenis perkhidmatan yang boleh dilakukan oleh pelajar-pelajar?
4.0 Pesanan dan pembelian
Pembelian keperluan makmal dilakukan oleh sama ada Pengetua atau Ketua Jabatan.
Segala urusan surat-menyurat dan tanda tangan dilakukan oleh Pengetua.
4.1 Pertimbangan sebelum pembelian:
3
1. Item tidak dalam kontrak kerajaan. Pembelian melalui pembekal yang dilantik
oleh kerajaan biasanya lambat dihantar ke sekolah
.
2. Pembelian dalam kuantiti banyak atau sedikit pada sesuatu masa:
. Kuantiti banyak, lebih murah.
. Bahan kimia, jangan beli banyak.
3. Masa pembelian:
. Bahan kimia yang diperlukan dalam keadaan “segar”.
. Bahan kimia yang tidak tahan lama dibeli apabila stok minimum.
4. Cari pembekal yang murah:
. Harga mahal dari pembekal alatan sains.
. Beli dari syarikat yang belum terkenal.
. Beli dari kedai biasa.
4.2 Prosedur pembelian
Jika anggaran harga melebihi RM50,000 pembelian mestilah melalui cara tender.
Bagi pembelian kurang daripada RM50,000 , pembelian adalah melalui sebut harga.
Pembelian melalui sebut harga merangkumi tujuh langkah, iaitu:
4.2.1 Meminta Sebut harga
Sekolah menghantar surat kepada sekurang-kurangnya lima (5) pembekal meminta
sebut harga.Didalam sebut harga tersebut dinyatakan spesifikasi item dan kuantiti yang
diperlukan dan tarikh tutup sebut harga.Salinan surat perlu disimpan.
4.2.2 Pemilihan pembekal.
Pihak sekolah memilih pembekal berdasarkan sebut harga..Kriteria utama ialah harga
item. Kriteria lain : mutu barangan, status pembekal, perkhidmatan selepas
jualan.Kadang kala perlu minta sampel untuk diperiksa dahulu.
4.2.3. Borang pesanan
Sekolah mengantar borang pesanan kepada pembekal yang berjaya.Salinan pesanan
akan disimpan di dalam fail .
4.2.4 Surat/nota tanda terima
Pembekal menghantar nota akuan penerimaan pesanan.Nota akuan penerimaan ini
akan difailkan bersama-sama dengan borang pesanan.
4.2.5 Nota hantaran
4
Pembekal menghantar nota hantaran , menyatakan tarikh dan masa barangan akan
dihantar ke sekolah seperti dinyatakan dalam borang pesanan. Surat menyatakan jenis
dan kuantiti barangan yang akan dihantar. Ketua Jabatan membuat persiapan
menerima hantaran.Nota akan difailkan bersama -sama dokumen lain.
4.2.5 Penerimaan barangan
Pembekal menghantar barangan.Tiga salinan nota hantaran disertakan. Sebelum
menandatangani nota hantaran, semak barangan yang dihantar. Dua salinan nota yang
telah ditandatangani dikembalikan kepada pembekal. Satu lagi disimpan oleh sekolah.
4.2.6 Invois
Pembekal menghantar invois bersama-sama satu salinan nota hantaran yang telah
ditandatangani.Ketua Jabatan semak invois supaya sesuai dengan sebut harga yang
dibuat.. Invois ke pejabat sekolah untuk urusan pembayaran
5.0 Penyimpanan Bahan/Radas Sains
5.1 Jenis stor
Di sekolah, terdapat dua jenis stor, iaitu stor utama dan stor agihan.
STOR UTAMA STOR AGIHAN
Menyimpan semua alat dan bahan
pengajaran sains.
Bahan/alat dari stor ini tidak
diagihkan kepada individu.
Bahan/alat diagihka kepada stor di
setiap makmal.
Di setiap makmal.
Agihan/pengeluaran bahan/alat
kepada pelajar di makmal berkenaan.
5.2 Ciri-ciri stor utama
Biasanya di bahagian belakang bangunan, di tingkat bawah untuk memudahkan
hantaran bahan/alat.Pastikan ruangan cukup besar dan ada ruang untuk pergerakan
troli. Pencahayaan diantara lorong dan diantara antara rak mestilah mencukupi.
5.3 Sistem penyimpanan item-item sains
Di stor dan makmal, terdapat ruang-ruang simpanan, iaitu laci, almari, kabinet, rak dan
sebagainya. Setiap ruang mestilah dilabel mengikut apa yang disimpan padanya. Selain
5
label, ruang simpanan diberi kod yang sesuai supaya mudah mencari bahan/item
semasa pemeriksaan stok.
Contoh:
Terdapat lima (5) kabinet di dalam makmal Fizik I dan lima (5) kabinet dalam makmal
Fizik II. Kod kabinet di dalam makmal Fizik I : F1K1, F1K2, F1K3, F1K4 dan F1K5.
Kod kabinet di dalam makmal Fizik II : F2K1, F2K2, F2K3, F2K4 dan F2K5.Cara ini
memudahkan pemeriksaan stok dan pencarian bahan/alat.Kad-kad stok biasanya
disimpan mengikut abjad dan mengandungi maklumat tentang setiap item dalam bentuk
kod.
Contoh:
Botol spesimen boleh didapati di B1K3. Ini bermakna botol spesimen disimpan di
makmal Biologi I, dalam kabinet nombor 3.
Jenis dan ragam kod yang digunakan hendaklah mudah dan tidak mengelirukan.
Pastikan setiap item yang diambil dikembalikan ke tempat asalnya.
5.3 Dokumen-dokumen penting di dalam makmal
Dokumen-dokumen mesti difailkan dengan rapi dan disimpan dalam kabinet yang
berkunci..Hanya kakitangan makmal boleh melihat dokumen. Orang lain mesti terlebih
dahulu mendapat kebenaran dari Ketua Jabatan Sains.Segala dokumen tidak boleh
dibawa keluar dari makmal.Antara dokumen penting yang disimpan di dalam makmal
ialah Sebut harga, Nota pesanan, Nota perakuan, Nota hantaran, Invois, Manual
arahan, Katalog, Risalah dan Kad-kad stok.
5.4 Kad-kad Stok
Kad-kad Stok adalah dokumen terpenting kerana mengandungi maklumat tentang setiap
item yang disimpan di dalam stor.Mesti mengandungi maklumat secukupnya tentang
setiap item, untuk memudahkan pemeriksaan stok.Ianya disusun mengikut abjad. Kad-
kad stok bahan kimia (iaitu item-item pakai habis) dipisahkan dari kad-kad stok
peralatan (item-item tahan lama).
6
Contoh kad stok:
5.4.1 Item-item tahan lama.
(Nama
sekolah)
Item: Kelalang,volumetrik 500ml
Lokasi : K8
Tarik
h
Stok
Masu
k
Tarik
h
Kuant
iti
Dibeli
Harg
a
Jumla
h
Stok
Tarik
h
Dipinja
m,
Rosak,
dll.
Bak
i
Tanda
tangan
1996
25/3
5
26/
4
2
RM1
2
5
6
1 pecah 4
6
5.4.2 Bahan pakai habis.
STOK
MAKSIMUM
2 kg
(Nama sekolah)
STOK
MINIMUM
0.5kg
Nama bahan: Kuprum sulfat ( hablur)
Lokasi : K3
Tarikh Stok
Masu
k
Tarikh Kuant
iti
Diter
ma
Har
ga
Pembek
al
Jumla
h
Stok
Digunak
an
Ba
ki
Tanda
tanga
n
1996
19/3
1.5kg
26/4 0.5kg RM3
0
R&R 2.0kg 0.5kg
1.5k
g
7
5.5 Penyimpanan Bahan/Radas
A. Cara menyimpan bahan-bahan Kimia
Bahan-bahan kimia ( sama ada organik ataupun tak organik) hendaklah dipisahkan dari
bahan dan peralatan yang lain kerana ada bahan kimia yang beracun, higroskopik ,
mudah terbakar,mengkakis dan sebagainya. Stok bahan kimia perlu disemak kerana
bahan mudah rosak jika disimpan lama. Stok yang lama dahulu jika ada stok lama.
Selain daripada itu tarikh penerimaan setiap botol mestilah ditulis dengan terang. Stok
baru disimpan dibelakang stok yang lama pada rak.
(a) Bahan kimia tak organik
Simpan berasingan daripada bahan kimia organik. Botol dilebel mengikut nama logam.
Botol-botol bahan kimia tak organik disusun mengikut abjad di dalam almari bertutup
dan jangan disusun pada rak yang terdedah kerana mudah dihinggapi
habuk.Penambahan di, tri, ortho dan meta diabaikan dan disimpan mengikut nama
logam. Contoh:
i. Triammonium orthophosphate disimpan di bawah nama sebatian ammonium.
Asingkan bahan-bahan kimia yang boleh menyerap air dari udara dengan yang boleh
menghilangkan air habluran ke udara..
ii. Bahan-bahan kimia yang boleh menyerap air dari udara : asid sulfurik pekat, barium
klorida, barium nitrat, ferum (III) klorida, kalium hidroksida, kalium karbonat, kalium
tiosianat, kalsium klorida, kalsium oksida, kalsium nitrat, kobaltum (II) klorida, kobaltum
(II) nitrat, kromium (II) sulfat, kuprum (II) klorida, kuprum (II) nitrat, magnesium klorida,
natrium bromida, natrium hidroksida, natrium iodida, natrium nitrat, stanum (II) klorida,
zink klorida, zink nitrat.
iii. Bahan-bahan yang boleh kehilangan air habluran ke udara : ammonium karbonat,
boraks (dinatrium tetraborat), kalium heksasianoferat (II), magnesium sulfat, natrium
asetat, natrium karbonat, natrium sulfat.
(b) Bahan kimia organik
Disimpan mengikut abjad ditempat yang berasingan dari bahan-bahan lain. Abaikan
penambahan ortho, para, di, tri.Banyak bahan kimia organik adalah cecair yang meruap,
8
beracun dan mudah terbakar. Oleh itu, bilik stor mestilah mempunyai pengudaraan yang
baik dan penggunaan api dilarang.
(c) Bahan kimia cecair yang mengkakis
Asid dan alkali pekat sangat mengkakis. Jangan letak di atas rak yang tinggi.
Sebaliknya, letak di atas lantai atau rak-rak yang hampir dengan lantai.
(d) Logam alkali
Sangat aktif dan mudah teroksida jika bersentuhan dengan udara..Disimpan terendam
dalam minyak parafin. Jika hendak dikeluarkan, gunakan penyepit dan potong dengan
pisau yang tajam. Jangan sentuh dengan tangan.
(e) Fosforus kuning (putih)
Sangat berbahaya dan sangat aktif .dan penyimpannya adalah di dalam air sejuk.
(f) Bahan kimia yang terurai oleh cahaya
Contoh, argentum nitrat dan asid nitrik pekat..Disimpan di dalam botol kaca berwarna
gelap.
(g) Bahan kimia yang mudah rosak oleh panas
Contoh : vitamin C (asid askorbik) dan hidrogen peroksida., mesti disimpan di dalam peti
sejuk.
(h) Bahan kimia yang sangat berbahaya
Contoh : sebatian arsenik dan garam sianida. Boleh membawa maut serta–merta jika
tertelan.Simpan di dalam almari khas yang berkunci dan rekodkan kuantitinya.
B. Cara menyimpan peralatan
(a) Bahan kaca
Disimpan mengikut saiz. Jangan disimpan terlalu tinggi atau bersama-sama benda-
benda yang berat atau logam..Alat yang mahal seperti “Kipp’s Apparatus” hendaklah
disimpan dalam bungkusan dan kotak asal. Labelkan kotak jengan jelas.Bahan-bahan
kaca disimpan mengikut saiz dan jenis.
i. Kelalang disimpan mengikut saiz dan dalam kotak yang berbeza.
ii. Buret – disimpan berdiri atau dalam laci yang panjang yang dialas dengan
kapas.
iii. Bahan-bahan kaca yang kecil (slaid mikroskop, piring petri, tiub spesimen)
disimpan di dalam talam di rak ataupun dalam.
iv. laci. Labelkan setiap laci dengan jelas.
v. Termometer , disimpan dalam kotak asal mengikut jenis dan julat.
9
vi. Tiub dan batang kaca, disimpan tegak dan diberi sokongan di bahagian tengah.
Tiub kaca yang bergaris pusat besar disumbat kedua-dua hujung untuk
mengelak habuk/debu.
vii. Bahan –bahan ini mesti disimpan mengikut “berat” (berdinding nipis, sederhana
atau tebal). Setiap kategori disimpan mengikut garis pusat luar. Jika belun
digunakan, simpan dalam pembalut asal.
viii. Alat kaca yang panjang (contoh : buret dan pipet) disimpan berdiri tegak
pada rak khusus.
(b) Bahan/alat plastic
Jauhkan dari punca panas.Jangan simpan dengan/bersama-sama alat yang berat.
(c) Bahan-bahan logam
Tripod, penunu Bunsen, kaki retot disimpan bersama dan perlu diperiksa dari
semasa ke semasa.
(d) Bahan bantu mengajar
Disimpan dalam almari “bertingkap” cermin. Carta pula mesti ditutup dengan helaian
plastik lutsinar.
(e) Pelbagai item kecil
Contoh : macis, gabus, paku, penyepit tabung uji dan spatula disimpan dalam kotak
kayu yang mempunyai banyak petak kecil.
(f) Model-model yang besar
Diletakkan di atas meja-meja yang khusus dan ditutup dengan plasik untuk mengelak
debu.
(g) Mikroskop
Disimpan dalam almari yang dipasangkan dengan beberapa buah mentol 25 watt
sepanjang masa. Bahagian dalam almari dilapik dengan beberapa keping zink atau
aluminium untuk memastikan udara di dalamnya panas dan kering. Tujuannya
adalah untuk mengelak percambahan kulat. Dinding almari ditebuk beberapa lubang
kecil supaya udara bergerak dengan bebas.
10
Refleksi
Bersyukur kehadrat Allah swt. dengan limpah dan kurniaNya dapat saya
menyiapkan Kerja Kursus Pendek SCE 3112 ini dengan jayanya. Saya berharap
hasil kerja saya ini dapat memenuhi segala kreteria yang telah ditetapkan.
Sepanjang menjalankan tugasan ini , banyak pengalaman dan
pengetahuan baru yang saya perolehi. Antaranya ialah bagaimanakah cara
untuk kita menguruskan Bilik Sains Sekolah dengan lebih berkesan dan
sempurna. Selain itu , saya juga mendapat pengalaman mengenali dan
menggunakan peralatan sains secara ‘hands on’ bersama rakan-rakan dengan
lebih bermakna lagi. Melalui pengalaman ini saya dapat membentuk daya
kreativiti dan inovasi dalam diri sendiri.
Banyak pembelajaran yang saya perolehi daripada pengalaman
menghasilkan kerja kursus ini. Antaranya ialah saya dapat menimba
pengetahuan baru di dalam mata pelajaran Sains terutamanya pengetahuan
untuk merancang perbelanjaan dan pembelian peralatan sains dengan
peruntukan yang telah dinyatakan.
Selain itu saya juga telah mepelajari sesuatu yang tersirat dalam proses
penyiapan kerja kursus pendek ini ialah pengurusan masa. Pengurusan masa
yang betul dapat menjamin bahawa kerja yang dilakukan akan siap dengan
sepenuhnya sebelum tarikh penyerahan.
Sebagai kesimpulannya, tugasan ini amat memberi makna kepada saya
dalam memberi pendedahan kepada saya tentang pengurusan Bilik Sains
dengan lebih lagi untuk kepentingan murid-murid di sekolah ini.
11
Rujukan
Kementerian Pelajaran Malaysia. 1978. Panduan keselamatan makmal sains. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ooi Chong Beng & Mohd Khairuddi Yahaya. 1982. Panduan makmal sains. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
RECSAM. 1978. Laboratory management and techniques for schools and colleges.
Kuala Lumpur : Anthonian Store Sdn. Bhd.
12