of 12 /12
DIPLOMA IN MANAGEMENT JANUARI / 2011 BDEK1103 PENGANTAR MIKROEKONOMI NO. MATRIKULASI : 730301015236001 NO. KAD PENGENALAN : 730301-01-5236 NO. TELEFON : 012-7303726 E-MEL : [email protected]

BDEK1103 - INTRODUCTORY MICROECONOMICS

Embed Size (px)

Text of BDEK1103 - INTRODUCTORY MICROECONOMICS

DIPLOMA IN MANAGEMENT

JANUARI / 2011

BDEK1103

PENGANTAR MIKROEKONOMI

NO. MATRIKULASI

:

730301015236001 730301-01-5236 012-7303726 [email protected]

NO. KAD PENGENALAN : NO. TELEFON E-MEL : :

PUSAT PEMBELAJARAN :

BATU PAHAT LEARNING CENTRE

BDEK1103 Pengenalan

Peningkatan kadar jenayah dalam masyarakat moden semakin membimbangkan kerana jenayah mengamcam keamanan, ketenteraman dan kebahagiaan masyarakat dan

negara.Peningkatan kadar jenayah dalam masyarakat dan Negara berlaku kerana kepincangan ekonomi. Sistem ekonomi yang tidak sihat dalam Negara yang mengamalkan dasar ekonomi liberal dan kapitalis lebih cenderung melahirkan penjenayah ekonomi yang melakukan penipuan dan penyelewengan. Kerajaan Oked telah menyekat kemasukan dadah dan ubat-ubatan dengan tujuan supaya jenayah dapat dikurangkan di negaranya. Dari segi konsep permintaan barangan, apabila sekatan atau barangan tersebut dihadkan, ini akan menyebabkan harga barangan akan naik dan permintaan akan tetap meningkat. Ini bererti walaupun harga dinaikkan, permintaan terhadap barangan ini akan tetap meningkat disebabkan ubatan dan dadah merupakan barang wajib/keperluan bagi penagih dadah (tegar ). Keanjalan pula akan menunjukkan saiz perubahan keseimbangan harga dan kuantiti di pasaran. Ini dapat ditunjukkan di Rajah 1 dan Rajah 2.

Rajah 1 : Harga ubat naik dari H1 ke H2 namun permintaan tetap meningkat dari U1 ke U2. Perubahan ini dipaparkan melalui titik pertemuan D1 meningkat ke D2

Rajah 2 : Walaupun harga dadah/ubat naik dari HD1 ke HD2 didapati kadar jenayah meningkat dari J1 ke J2. Ini kerana, apabila harga meningkat, ia mendorong penggunaan dadah dan

jenayah meningkat kegiatan bagi tujuan untuk mendapatkan sumber ubat/dadah. Selain itu, harga ubatan yang mahal mendorong penjenayah meningkatkan aktiviti kerana ia memberi imbuhan yang tinggi.

Konsep permintaan :

Negara oked telah membuat sekatan terhadap pengeluaran dadah tetapi kadar jenayah tetap ada dengan kadar yang meningkat. Dadah merupakan barang wajib . Bila barangan ini disekat, permintaan masih tetap ada. Apabila permintaan ada, harga bagi barangan ini akan meningkat naik kerana ianya merupakan keperluan. Secara tidak langsung penjenayah akan melakukan jenayah untuk mendapatkan barangan ini.

Konsep Tawaran :

Tawaran merupakan perhubungan

di antara kuantiti yang ditawarkan dengan harga

barang tersebut, dan perhubungan ini adalah secara positif, iaitu apabila harga meningkat, kuantiti yang ditawarkan juga akan meningkat. Di Negara Oked, apabila sekatan berlaku, harga barangan ubatan/dadah akan meningkat, dan kuantiti juga akan meningkat.

Konsep Elastisitis :

Keanjalan permintaan harga adalah satu konsep yang mengukur tindakbalas perubahan kuantiti yang diminta kesan daripada perubahan harga bagi sesuatu barang.

Pendapat : (menyokong ) Pada pendapat saya, tindakan kerajaan Negara Oked untuk membenarkan kegiatan ubatan supaya kegiatan jenayah dapat dikurangkan.,ekonomi dapat ditingkatkan. Membenarkan kegiatan ubatan ini bermakna pelabur-pelabur asing dapat mengembangkan perniagaan di Negara Oked sekaligus merancakkan peluang pekerjaan dan pertumbuhan ekonomi negara. Pelabur-pelabur akan berurusniaga dengan pelabur luar untuk mengembangkan perniagaan dan saling bertukar-

tukar ubatan negara masing-masing, apabila ini berlaku, pertukaran matawang juga akan berlaku. Pendapatan Negara ada hubungkait dengan jumlah pelabur atau pelancong yang datang untuk melibatkan diri dalam bidang pelaburan khususnya. Sekiranya berlaku kegiatan jenayah, ia akan mengurangkan jumlah pelabur asing yang melabur di negara ini kerana mereka tidak sanggup menanggung kerugian pada masa akan datang. Bidang pelancongan pula, adalah antara penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi negara dan juga sumber pendapatan wang asing negara.Sekiranya kegiatan berlarutan dan bertambah buruk, ia kan memberikan imej yang buruk kepada negara dan memberikan gambaran tiada jaminan terhadap pelancong untuk datang ke negara ini dari segi ketenteraman dan keselamatan. Secara ringkasnya didapati bahawa apabila berlaku peningkatan jenayah, maka tahap ekonomi negara akan menurun.

Selain itu, peluang pekerja juga dapat diwujudkan kerana kejatuhan mata wang dan nilai saham serta meningkatnya golongan yang muflis memyebabkan mereka tidak mampu menyelesaikan beban hutang serta kegagalan dalam perniagaan mendekatkan golongan ini kepada jenayah. Kegawatan ekonomi juga menjadikan seseorang terdesak melakukan jenayah. Hilang pekerjaan dan keperluan hidup yang mendesak boleh menyebabkan seseorang terlibat dengan kegiatan jenayah seperti merompak, peras ugut atau membunuh.

Masalah jenayah banyak dicetuskan oleh keadaan, perkembangan dan perubahan sikap yang berlaku dalam masyarakat. Kepesatan pembangunan negara sedikit sebanyak dapat memberikan kesan positif terhadap masyarakat seperti membuka peluang pekerjaan yang luas kepada rakyat. Akan tetapi, secara tidak langsung ia juga memberikan kesan yang negatif terhadap semua lapisan masyarakat khususnya iaitu peningkatan kadar jenayah yang semakin meningkat dari semasa ke semasa.Jika ia tidak dibendung dengan segera, jenayah ini akan memberikan kesan buruk yang lebih besar terutamanya dalam pertumbuhan ekonomi negara yang semakin pesat.

Sistem dan faktor ekonomi boleh juga menyebabkan meningkatnya jenayah kolar putih yang melakukan penyelewengan dan penipuan. Kejadian pecah amanah merupakan jenayah yang semakin mengancam kepentingan masyarakat dan negara. Oleh itu, perkembangan ekonomi yang cekap, sihat dan adil perlu wujud bagi membersihkan segala bentuk gejala jenayah ekonomi.

Persekitaran sosial yang buruk pada negara juga boleh menyebabkan berlakunya kemelut sosial yang menjadikan sesuatu kawasan tidak dapat menarik minat golongan pengusaha untuk memajukannya bagi kegiatan perniagaan, pelancongan dan perusahaan. Kawasan yang mempunyai kadar jenayah yang tinggi, dianggap mempunyai risiko yang menyebabkan kerugian dari segi pelaburan. Dengan kemasukkan ubatan ini, negara mempunyai kepelbagaian ubatan untuk merawat sesuatu penyakit. Dalam sektor perubatan, ubatan ini amat diperlukan bagi menyelamatkan sesetengah kes yang memerlukana ubatan ini. Dengan cara ini masyarakat yang sihat dapat menyumbangkan tenaga dalam sektor pekerjaan dan dapat menjana pendapatan sesebuah keluarga dan negara itu sendiri . Untuk membendung penyalahgunaan ubatan ini, Negara Oked harus merancang agar hanya sektor- sektor tertentu menggunakan ubatan ini. Contohnya sektor perubatan dibenarkan untuk menggunakan ubatan ini bagi tujuan perubata dan rawatan kesihatan.Ianya perlu agar rakyat dapat menilai ubatan tersebut mempunyai fungsi untuk merawat dan bukan untuk disalahgunakan bagi tujuan yang negatif. Dengan ini kerajaan dapat menjalinkan perhubungan dengan negara lain berkaitan dengan perubatan Negara lain. Jika perkara ini berlaku, bermakna, negara dapat menarik pelabur untuk terus mengembangkan perusahaan mereka di negara antara satu dengan lain.

Pendapat : (Menentang)

Walau bagaimanapun,peningkatan kadar jenayah di negara membangun boleh juga dikaitkan dengan faktor imigrasi penduduk dan pendatang haram yang mendatangkan pelbagai masalah sosial, termasuk jenayah berat seperti membunuh dan merompak. Jumlah pendatang asing, khususnya pendatang haram dari negara jiran seperti Indonesia, Filipina dan Myanmar, semakin meningkat. Kemasukkan pendatang tanpa izin menjadi beban sosial di negara ini. Pengaruh budaya negatif seperti pergaulan bebas di tempat asal mereka akan menular dalam masyarakat tempatan. Selain itu, mereka yang gagal dalam mencapai impian untuk membina kehidupan yang lebih baik di negara ini, mudah terjerumus ke kancah jenayah sehingga menyebabkan tindakan undang-undang terpaksa diambil terhadap mereka yang terlibat.

Dengan memutuskan untuk membenarkan kegiatan ubatan/dadah, Negara Oked harus mengawal kegiatan ini kerana jika tanpa pengawalan, penduduk negara ini akan mudah terdedah dan menyalahgunakan ubatan tersebut sehinggagolongan yang tidak sepatutnyaseperti remaja dibawah umur memiliki ubat tersebut kerana ianya mudah untuk diperolehi dan dijual secara meluas. Ianya haruslah mengikut peratusan keperluan atau kegunaan di dalam sesebuah industri itu. Tindakan Negara Oked mengenakan hukuman berat untuk mengurangkan jenayah tidak memberikan kesan, malah kadar jenayah semakin meningkat, ini bermakna, walapun cuba disekat, golongan tertentu merasakan ubatan tersebut adalah satu barangan yang menjadi satu keperluan meraka. Sekatan kerajaan hanya mengundang jenayah ekonomi yang sukar dikesan kerana perniagaan dijalankan mengikur prosedur dan peraturan yang dibenarkan. ( melakukan pasaran gelap ).

Kesimpulan :

Permintaan adalah merupakan satu perkara asas dalam ekonomi.. Permintaan adalah juga merupakan satu perhubungan diantara harga dengan kuantiti yang diminta bagi satu barang atau perkhidmatan, dan perhubungan ini adalah berbentuk negatif. Penawaran pula boleh didefinisikan sebagai satu keluk yang menerangkan perhubungan diantara kuantiti yang ditawarkan dengan harga barang tersebut, dan perhubungan ini adalah secara positif iaitu apabila harga meningkat, kuantiti yang ditawarkan juga akan meningkat.Keanjalan permintaan harga pula ialah konsep yang mengukur tindakbalas perubahan kuantiti yang diminta kesan daripada perubahan harga bagi sesuatu barang. Peningkatan kadar jenayah dalam masyarakat berhubung kait dengan etika dan peraturan sosial. Dalam mewujudkan masyarakat beretika, langkah yang wajar ialah kerjasama daripada semua lapisan masyarakat itu sendiri. Masyarakat yang beretika mempunyai tanggungjawab social dan moral yang kukuh dalam membanteras pelbagai bentuk jenayah. Etika yang lemah boleh menyebabkan wujudnya krisis dalam masyarakat kerana kecenderungan pihak tertentu untuk melakukan jenayah sukar dibendung. Jenayah akan terus meningkat dan menjadi lebih kritikal sekiranya etika tidak menjadi tunjang pembinaan masyarakat dan negara.

Masalah jenayah yang mengancam masyarakat dan Negara tidak boleh dibanteras tanpa kerjasama semua pihak. Keberkesanan sistem perundangan juga penting demi membanteras fenomena tersebut. Undang-undang member kuasa kepada pihak berwajib seperti Polis dan pasukan keselamatan, untuk membantu melindungi daripada ancaman sebarang bentuk jenayah.

1,402 Patah Perkataan

RUJUKAN / REFERENSI

1) Ekonomi ( Bahagian Mikroekonomi ) Edisi Ke-4 Oleh Dr. Hamzaid Bin Yahya: www.drhamzaid.com 2) Daniel E. Georges.(1980). Crime: A spatial perspective. New York : Columbia University Press. Hlm.93 3) Mohd Reduan Aslie.(1980). Jenayah di Malaysia : Aliran, punca dan penyelesaian. Kuala Lumpur : AMK Interaksi. 4) Steven Rapheal & Rudolf Winter Ebmer. (1998, August). Identifying the effect of umemployment on crime.Paper presented at the University of California, San Diego.