18
RANCANGAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU 1 Tahun 4 Zamrud Tarikh / Masa 14 April 2015/ 10.00 pagi – 11.00 pagi Bilangan murid 30 orang (13 lelaki dan 17 perempuan) Mata pelajaran Bahasa Melayu Tema Yang Baik Jadikan Teladan Tajuk Monyet Yang Pintar Fokus Utama 2.1 Bercerita menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan intonasi yang baik dan jelas. Aras 3 Mempersembahkan cerita dengan sebutan, intonasi dan penghayatan yang sesuai. Fokus Sampingan 5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca. Aras 1

Bm Rph 1 Komunikatif

Embed Size (px)

DESCRIPTION

SEM 7

Citation preview

RANCANGAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU 1

Tahun4 Zamrud

Tarikh / Masa14 April 2015/ 10.00 pagi 11.00 pagi

Bilangan murid30 orang (13 lelaki dan 17 perempuan)

Mata pelajaranBahasa Melayu

TemaYang Baik Jadikan Teladan

TajukMonyet Yang Pintar

Fokus Utama2.1 Bercerita menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan intonasi yang baik dan jelas.Aras 3Mempersembahkan cerita dengan sebutan, intonasi dan penghayatan yang sesuai.

Fokus Sampingan5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengansebutan dan intonasi yang betul dan lancar sertamemahami perkara yang dibaca.Aras 1i) Membaca lancar bahan sastera dan bukan sastera dengan sebutan dan intonasi yang betul.

ObjektifPada akhir pelajaran, murid dapat :1. Membaca lancar bahan sastera dan bukan sastera dengansebutan, intonasi yang betul, dangaya pnyampaian yang menarik.2. Mempersembahkan cerita & menghuraikan sesuatu yang didengar dengan intonasi yang betul dan penghayatan yang sesuai.3. Menyatakan watak dan perwatakan dalam karya.

Kemahiran bahasa

1. Mendengar ; teks yang dibaca oleh rakan sekelas2. Bertutur: Tanya jawab secara bertatasusila3. Membaca : Petikan teks cerita4. Menulis : Menjawab soalan pemahaman dan melengkapkan soalan yang diberi berdasarkan teks yang dibaca

Sistem bahasaTatabahasa: Kata kerja

Pengisian kurikulumIlmu : MoralNilai murni : Kerjasama, hormat menghormati, keberanian dan kebijaksanaan.1. Kemahiran berfikir : menilai, mencirikan2. Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi : Audio, pembesar suara3. Kemahiran belajar cara belajar : mendengar aktif4. Kecerdasan pelbagai : muzik, verbal linguistik, interpersonal kinestetik5. Pembentukan Kontruktivisme6. Pembentukan Kontekstual

Bahan Bantu BelajarKomputer riba, pembesar suara, audio bunyi binatang,

Elemen Merentas KurikulumTeknologi Maklumat dan Komunikasi

Belajar Cara BelajarBacaan Intensif

Kemahiran berfikir Menjana idea, mengenalpasti,

Konsep 5PPenggabungjalinan: Kemahiran membaca, bertutur, mendengar dan menulis.Penyerapan:Kerjasama, menghargai dan hormat-menghormatiPengayaan: Soal jawab lisanPemulihan : bimbing murid mengikut tahap penguasaan merekaPenilaian: Latihan lembaran kerja

Pengetahuan sedia adaMurid mengetahui nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian seperti bekerjasama antara satu sama lain.

LANGKAH DAN MASAISI KANDUNGANAKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANCATATAN

AKTIVITI GURUAKTIVITI MURID

Set Induksi(5 minit)

Audio memperdengarkan bunyi-bunyi binatang.Contoh: Monyet Singa Kambing Arnab Burung 1. Guru memperdengarkan bunyi-bunyi binatang.2. Guru menyoal tentang jenis binatang yang menghasilkan bunyi tersebut. Soalan: Apakah jenis binatang yang menghasilkan bunyi ini?3. Guru mengaitkan bunyi dengan pembelajaran pada hari ini. 1. Murid dikehendaki mendengar dengan teliti.2. Murid menjawab soalan guru dengan betul.

BBB: Komputer riba pembesar suaraKB: Menjana idea Mengenalpasti

TEKNIK: Soal jawab

KP: Muzik Verbal-linguistik.STRATEGI: Berpusatkan bahanNILAI: Bekerjasama Tekun Yakin diriPenggabungjalinan: Kemahiran mendengarEMK: TMK

Langkah 1(10 minit)Aktiviti MembacaPetikan teks Monyet Yang Pintar(Rujuk Lampiran 1)1. Guru membahagikan murid kepada lima kumpulan.2. Guru mengedarkan teks Monyet Yang Pintar kepada setiap kumpulan.

3. Guru memilih secara rawak daripada setiap kumpulan untuk membaca petikan teks dengan intonasi dan sebutan yang betul.4. Guru meminta murid lain memberi perhatian terhadap teks yang dibaca oleh rakan mereka sambil membaca dalam hati.5. Kemudian guru membetulkan kesalahan dari aspek sebutan dan tanda baca (jika ada) serta merta semasa murid membaca teks tersebut.

1. Murid bergerak dan berkumpul dengan kumpulan masing-masing.2. Murid menerima teksdan mengucapkan terima kasih kepada guru.

3. Murid yang dipilih membaca petikan teks dengan intonasi dan sebutan yang betul.

4. Murid-murid mendengar dengan sepenuh perhatian sambil memahami teks yang disampaikan oleh rakan mereka. (Baca dalam hati).

5. Murid menerima teguran dan memperbetulkan kesilapan serta merta. Manakala murid yang lain diminta memberi perhatian terhadap kesalan sebutanBBB: Petikan teks cerita Monyet yang PintarBCB: Bacaan mekanis Mendengar aktifKP: Verbal-linguistikPENDEKATAN: KomunikatifKAEDAH: Kaedah Oral-AuralTEKNIK: BerceritaNILAI: Bekerjasama Hemah tinggi

Langkah 2(10 minit)Mempersembahkan cerita Monyet yang Pintar dengan sebutan, intonasi dan penghayatan yang sesuai.

1. Guru meminta murid terus berada dalam kumpulan yang sama.2. Guru memberikan contoh persembahan cerita dengan mengunakan sebutan, intonasi dan penghayatan yang sesuai.3. Guru meminta setiap kumpulan diberikan watak yang berbeza bagi melakonkan cerita Monyet Yang Pintar di hadapan kelas.4. Guru memberikan teks dialog kepada murid-murid bagi setiap watak. (Rujuk Lampiran 2)5. Murid dikehendaki mengajuk dan menghafaz dialog berdasarkan watak yang diberi.6. Guru memilih salah seorang daripada mereka untuk melakonkan watak yang telah diberikan.7. Guru meminta murid berbincang dalam kumpulan tentang aktiviti lakonan yang akan dijalankan.8. Guru meminta murid mempersembahkan lakonan di hadapan kelas dengan sebutan dan intonasi yang betul serta penuh dengan penghayatan.9. Guru memberi tunjuk ajar kepada setiap lakonan yang dipersembahkan.1. Murid mendengar dan mematuhi untuk berada dalam kumpulan yang sama.2. Murid mendengar dengan sepenuh perhatian.3. Murid bersedia untuk melakonkan cerita Monyet Yang Pintar di hadapan kelas seperti yang dikehendaki oleh guru.4. Murid menerima teks dialog bagi setiap watak sambil mengucapkan terima kasih. 5. Murid mengajuk dan menghafaz dialog berdasarkan watak yang diberi.6. Murid yang terpilih tinggal dihadapan kelas manakala yang lain pulang ke tempat duduk masing-masing.7. Murid berbincang dalam kumpulan tentang aktiviti lakonan yang akan dijalankan.8. Murid mempersembahkan lakonan di hadapan kelas dengan sebutan dan intonasi yang betul serta penuh dengan penghayatan.9. Murid memperbaiki lakonan berdasarkan tunjuk ajar guru. BBB:Kad watak berlidi, teks dialog.KP: Verbal-linguistikKAEDAH : Ajuk hafazTEKNIK: Drama-main perananNILAI: Kerjasama Bersungguh-sungguh Kerja berpasukan

Langkah 3(10 minit)

Watak & Perwatakan: Singa: Ganas, kejam Monyet: Berani Kijang : Penyayang Kambing tua: Baik hati. Arnab: Ingin tahu

1. Guru meminta murid kekal dalam kumpulan yang sama.2. Guru menunjukkan satu kotak ajaib yang mengandungi watak-watak dalam cerita Monyet Yang Pintar.3. Guru meminta murid dari setiap kumpulan untuk mencabut salah satu watak dan menggayakannya di hadapan kelas tanpa bersuara.4. Guru meminta kumpulan yang lain memerhatikan dan seterusnya meneka watak yang digayakan serta memberikan perwatakan watak tersebut dalam cerita Monyet Yang Pintar.5. Guru bertanyakan tentang watak yang menjadi pilihan mereka dan mengapa mereka memilihnya? 1. murid masih lagi dalam kumpulan yang sama.2. Murid teruja dan memberi sepenuh perhatian kepada kotak ajaib tersebut.3. Murid mencabut salah satu watak dan menggayakannya di hadapan kelas tanpa bersuara.4. Murid memerhatikan dengan tekun dan meneka watak yang digayaan tersebut.5. Murid menyatakan watak yang disukainya dan sebab mereka menyukainya.BBB: Kotak ajaibKP: Kinestetik, intrapersonal, logikTEKNIK: Teknik drama-simulasiNILAI: Kerjasama

Langkah 4(20 minit)

PenilaianSoalan pemahaman(Rujuk Lampiran 2)1. Guru mengedarkan soalan pemahaman2. Guru meminta murid membaca soalan pemahaman tersebut dan memahami kehendak soalan.3. Guru meminta murid merujuk, mencari dan menyemak semula petikan cerita Monyet Yang Pintar.4. Guru meminta murid menulis jawapan pada ruangan yang disediakan.1. Murid mengucapkan terima kasih kepada guru atas lembaran kerja yang diberikan.2. Murid membaca soalan pemahaman pemahaman tersebut dan memahami kehendak soalan.3. Murid mencari dan menyemak semula petikan cerita Monyet Yang Pintar bagi mendapatkan jawapan.4. Murid menulis jawapan pada ruang yang disediakan. BBB: Lembaran kerjaKP: Menjana ideaBCB: Kemahiran menulis

NILAI: Bersungguh-sungguh Tekun Kerjasama

Pemulihan Aktiviti MembacaPetikan teks Monyet Yang Pintar1. Guru memperbetulkan sebutan serta intonasi yang kurang sesuai digunakan oleh murid.1. Murid memperbetulkan kesilapan dengan mengulangi sebutan serta intonasi yang betul dengan bmbingan guru. BBB:Petikan Teks Monyet Yang Pintar

Pengayaan Mempersembahkan cerita Monyet yang Pintar dengan sebutan, intonasi dan penghayatan yang sesuai.1. Guru meminta murid berbincang dalam kumpulan tentang aktiviti lakonan yang akan dijalankan.2. Guru meminta murid mempersembahkan lakonan di hadapan kelas dengan sebutan dan intonasi yang betul serta penuh dengan penghayatan.1. Murid berbincang dalam kumpulan tentang aktiviti lakonan yang akan dijalankan.2. Murid mempersembahkan lakonan di hadapan kelas dengan sebutan dan intonasi yang betul serta penuh dengan penghayatan.BBB:Kad watak berlidi, teks dialog.

KP:Verbal-linguistikNILAI: Bersungguh-sungguh Kerjasama kumpulan

Penutup(5 minit)Rumusan pembelajaran1. Guru berbincang dengan murid berkaitan dengan isi pelajaran hari ini.2. Guru merumuskan isi pelajaran untuk hari ini. 1. Murid memberi respon tentang pengajaran dan pembelajaran hari ini.2. Murid mendengar rumusan daripada guru dengan tekun. NILAI: Kerjasama BCB: Mendengar aktif

LAMPIRAN 1MONYET YANG PINTARBinatang-binatang kecil di hutan tidak senang hati dengan kedatangan singa di tempat mereka. singa itu mengaku dirinya raja walaupun sebenarnya dia bukan raja di hutan itu. Singa itu sangat ganas. Binatang-binatang yang lemah sering menjadi mangsanya. Oleh itu, binatang-binatang di hutan tersebut mencari jalan untuk menghapuskan singa itu. "Biar saya yang pergi berjumpa dengan singa itu. Saya akan merayu kepadanya agar tidak menangkap haiwan di hutan ini lagi," kata kambing tua kepada kawan-kawannya. Dia sanggup berkorban nyawa demi keselamatan rakan-rakannya. Semasa pertemuan dengan kambing, singa itu berkata dengan angkuh. "Kalau kamu tidak mahu aku menangkap binatang di hutan ini lagi, kamu hendaklah mempersembahkan makanan kepada aku setiap hari." Terdiam semua binatang apabila kehendak singa itu disampaikan oleh kambing tua kepada mereka. Naik darah kijang mendengar kata-kata singa itu. Dia berfikir sejenak lalu berkata dengan marah. "Jangan beri muka kepada singa yang kejam itu. Ada hati dia mahu makan kita. Kita mesti membunuhnya sebelum kitamenjadi mangsa seterusnya." "Tapi bagaimana, kijang?" sampuk arnab yang hanya berdiam diri sejak tadi. "Kita masih ada jalan. Biar saya yang menjadi mangsanya yang pertama," kata monyet dengan berapi-api. Esoknya, monyet pergi menyerah diri kepada singa itu. "Mengapa lambat, ha? Engkau tahu tak, aku lapar?" herdik singa."Ma... ma ... maafkan patik tuanku, semasa dalam perjalanan ke sini, patik telah ditangkap oleh seekor singa yang mengaku dirinya raja," sembah monyet pura-pura ketakutan. "Apa? Raja? Hanya aku raja di hutan ini! Tunjukkan kepadaku tempat si bedebah itu. Biar aku tamatkan riwayatnya!" kata singa dengan bengis. Panas hati singa mendengar penjelasan monyet. Monyet pun membawa singa ke sebuah perigi. Apabila tiba di tepi perigi tersebut, monyet pun berkata, "Itu dia singa yang mengaku dirinya raja, tuanku," Monyet menunjukkan bayang-bayang singa di dalam perigi itu. Tanpa membuang masa, singa pun terjun ke dalam perigi tersebut untuk membunuh Sang Singa yang dilihatnya itu. Monyet riang kerana rancangannya berjaya. Semenjak hari itu, binatang-binatang di hutan tersebut hidup dengan aman dan bahagia.

LAMPIRAN 2

Nama: ____________________Kelas : _______ Tarikh: ________

Jawab semua soalan yang diberikan berdasarkan teks petikan Monyet Yang Pintar yang telah anda baca.

1.Berapakah jenis binatang yang terlibat dalam cerita ini?

_______________________________________________________

2.Kedatangan siapakah yang membuatkan binatan-binatang kecil tidak puas hati?

_________________________________________________________

3.Apakah sikap singa yang membuatkan binatang lain mahu menghapuskannya?

___________________________________________________________

4.Siapakah yang pandai memperdayakan singa?

____________________________________________________________

5.Apakah pengajaran yang anda peroleh daripada cerita ini?

____________________________________________________________