6
Biduk lalu kiambang bertaut, langit dijunjung sama warnanya” Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Yang dihormati tuan pengerusi majlis, barisan para hakim yang arif lagi bijaksana serta rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Saya akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk “biduk lalu kiambang bertaut, langit dijunjung sama warnanya”. Pagi itu, ketika embun masih membasahi bumi,ketika mentari mula menjenguk diri,tatkala burung-burung terbang mencari rezeki, kelihatan Mak Limah terbongkok-bongkok mencari sesuatu di dapur rumah batu tiga tingkat di ibu kota. “ Emak, apa yang emak cari ?” satu suara menyapa. “ Emak hendak siapkan sarapan untuk Encik Rahman dan anaknya Laila. Hari ini kan hari sekolah. Nanti marah pula Laila kalau sarapan lambat disiapkan. Awak itu Nina, siaplah cepat. Hari dah siang ini,” kata Mak Limah. Itulah rutin harian Mak Limah selaku orang gaji di rumah Encik Rahman. Mak Limah sudah kematian suami sejak Nani berumur satu tahun lagi. Jadi, bagi menampung kehidupan mereka dua beranak, dia bekerja di rumah Encik Rahman, seorang pegawai bank. Dia diberikan sebuah bilik kecil di tepi dapur. Tinggallah dia bekerja di situ sambil menjaga anaknya, Nani. Kawan-kawan……………… Encik Rahman dan isterinya Puan Rina mempunyai seorang anak perempuan yang sebaya dengan Nani bernama Laila. Disebabkan tinggal serumah, mereka telah berkawan sejak dari kecil lagi. Encik Rahman dan Puan Rina telah menganggap Nani

Cerita Utk Kokoria -Bm-Thp-2 Kiambang Bertaut

  • Upload
    zaidi07

  • View
    18

  • Download
    5

Embed Size (px)

DESCRIPTION

cerita tahap 2

Citation preview

` Biduk lalu kiambang bertaut, langit dijunjung sama warnanya`

Biduk lalu kiambang bertaut, langit dijunjung sama warnanya Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Yang dihormati tuan pengerusi majlis, barisan para hakim yang arif lagi bijaksana serta rakan-rakan yang dikasihi sekalian.

Saya akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk biduk lalu kiambang bertaut, langit dijunjung sama warnanya.

Pagi itu, ketika embun masih membasahi bumi,ketika mentari mula menjenguk diri,tatkala burung-burung terbang mencari rezeki, kelihatan

Mak Limah terbongkok-bongkok mencari sesuatu di dapur rumah batu tiga tingkat di ibu kota. Emak, apa yang emak cari ? satu suara menyapa.

Emak hendak siapkan sarapan untuk Encik Rahman dan anaknya Laila. Hari ini kan hari sekolah. Nanti marah pula Laila kalau sarapan lambat disiapkan. Awak itu Nina, siaplah cepat. Hari dah siang ini, kata Mak Limah.

Itulah rutin harian Mak Limah selaku orang gaji di rumah Encik Rahman. Mak Limah sudah kematian suami sejak Nani berumur satu tahun lagi. Jadi, bagi menampung kehidupan mereka dua beranak, dia bekerja di rumah Encik Rahman, seorang pegawai bank. Dia diberikan sebuah bilik kecil di tepi dapur. Tinggallah dia bekerja di situ sambil menjaga anaknya, Nani.

Kawan-kawan

Encik Rahman dan isterinya Puan Rina mempunyai seorang anak perempuan yang sebaya dengan Nani bernama Laila. Disebabkan tinggal serumah, mereka telah berkawan sejak dari kecil lagi. Encik Rahman dan Puan Rina telah menganggap Nani seperti anak kandung mereka sendiri, diberinya pelajaran sama rata dengan anak mereka. Tetapi kawan-kawansejak Laila dan Nani kenal alam persekolahan, sikap Laila banyak berubah. Dia mula tidak menyukai Nani yang pada anggapannya lebih cantik dan lebih cerdik daripadanya. Apa sahaja yang dibuat oleh Nani tidak kena pada Laila. Sehinggakan semua kerja rumah disuruh Nani yang melakukannya, dari membasuh bajunya, menyapu biliknya, membersih longkang sehinggakan kerja sekolah pun disiapkan oleh Nani. Pada suatu hari selepas balik dari sekolah..

Nani, tolong bawa masuk beg sekolah aku! Aku penatlah, kata Laila pada Nani sesampainya mereka di muka pintu. Dia terus meluru masuk ke dalam rumah dan berbaring di sofa. Dengan rasa penat, Nani pun membawa beg Laila bersama begnya ke dalam rumah.

Nani, tolong ambilkan aku air,! Aku dahaga ini.Kedengaran lagi suara Laila. Pekikan Laila didengari oleh Mak Limah. Dia terus membawa air kepada Laila.

Mak cik ini tidak faham bahasakah? Saya suruh Nani, bukannya Mak cik! Kata Laila dengan garangnya kepada Mak Limah.

Nani sedang solat, Laila. Awak pun pergilah solat dulu. Lembutnya kata-kata Mak Limah.

Hei, orang tua! Suruh anak awak sembahyang sudahlah. Janganlah suruh aku. Aku hendak sembahyang atau tidak, aku punya fasallah. Kata Laila tanpa ada rasa hormat pada Mak Limah yang telah menjaganya sejak kecil. Kawan-kawan semua.

Sedih Mak Limah tidak terkira atas kata-kata Laila padanya.

Sebenarnya kawan-kawan, Laila berkelakuan demikian apabila ibu dan bapanya tiada di rumah.Bila malam pula.

Hei, Nani! Jangan lupa siapkan kerja sekolah aku dulu, barulah kau habiskan kerja kau. Kalau tidak jangan harap kau boleh ke sekolah naik kereta aku. Jalan kaki lah esok. Ugut Laila pada Nani.

Nani yang sedar siapa dirinya di rumah itu, menurut sahaja apa yang disuruh oleh Laila walaupun badannya letih dan sakit-sakit.Sedih benar hati Mak Limah melihat anaknya diperlakukan sedemikian oleh anak majikannya.

Disebabkan selalu dihina, Nani telah menanam azam untuk belajar bersungguh-sungguh dan akan mengubah nasib diri dan emaknya. Dia berdoa supaya suatu hari nanti ,Tuhan akan mengubah nasibnya dan keluar dari kepompong kemiskinan serta penindasan orang.

Kawan-kawan.

Perangai Laila semakin menjadi-jadi sehingga pada suatu hari semasa ayahnya menjemput mereka pulang dari sekolah

Hei, Nani! Awak ini tidak malukah? Sedarlah diri sikit. Awak itu anak orang gaji. Jangan hendak berlagak. Awak balik naik bas sajalah. Muka tidak malu,!ejek Laila. Laila, jangan cakap begitu pada Nani, tidak baik. Kata ayahnya.

Kawan-kawan.

Nani berasa amat sedih mendengar kata-kata Laila. Namun dia sentiasa ingat pesanan ibunya supaya banyak bersabar kerana Allah sayang orang yang bersabar.

Jika kita menumpang orang,

Pandai-pandailah membawa diri,

Kata orang jangan dibantah,

Fikirlah dulu sebelum berkata.

Masa terus berlalu..

Peperiksaan UPSR diumumkan, Nani mendapat 5A tetapi Laila gagal semua mata pelajaran. Sakit hati Laila menjadi-jadi kepada Nani. Nani telah ditawarkan belajar di sekolah berasrama penuh. Sejak Nani tiada di sisi. Mak Limah telah berhenti bekerja di rumah Encik Rahman dan kembali ke kampung halamannya.

Belajarlah Nani dengan tekun untuk mengejar cita-citanya menjadi seorang doktor.Kawan-kawan.

Beberapa bulan yang lalu.

Laila, hari ini tolong bawa ayah ke hospital. Ayah rasa tidak sihatlah.Telefon Encik Rahman kepada Laila yang bekerja sebagai operator pengeluaran. Sejak akhir-akhir ini, Encik Rahman selalu sakit-sakit selepas bersara daripada kerjanya.

Tengoklah dulu ayah, bila saya senamg, saya bawalah ayah,jawab Laila.

Petang itu, tiba di hospital,Laila dan ayahnya amat terkejut kerana doktor yang merawat Encik Rahman adalah Doktor Rosnani bt Abdullah, anak bekas orang gajinya.Kawan-kawan

Sekarang Nani telah menjadi seorang doktor dan bertugas di hospital kerajaan.

Pakcik, syukurlah saya dapat berjumpa dengan pak cik, insya-Allah saya akan rawat pak cik hingga sembuh. Saya juga ucapkan terima kasih kepada pak cik kerana memberi kesempatan saya belajar sehingga mencapai ke tahap ini, kata Dr. Nani dengan gembira.

Laila yang memerhati dari jauh berasa amat malu kepada Nani. Ini kerana orang yang selalu dihina dan dibencinya selama ini berada di hadapannya dan telah berjaya menjadi seorang doktor. Nani, maafkanlah aku di atas perbuatan aku dulu. Mana ibumu, Mak Limah?

Aku ingin memohon maaf dengannya,Aku banyak berdosa kepadanya. Dia telah kuanggap seperti ibuku sendiri, kata Laila.

Ibuku telah tiada, Laila. Tidak sempat dia melihat aku menggenggam segulung ijazah. Dia telah banyak berkorban untukku, kata Nani dengan rasa sebak.

Ibu..ibu.engkaulah ratu hatiku..

Bila ku berduka, Engkau hiburkan selalu,

Ibu..ibuengkaulah ratu hatiku

Kawan-kawan semua,

Pengajaran yang dapat kita ambil dari cerita yang saya perdengarkan tadi ialah kita sebagai makhluk Tuhan, janganlah menghina sesama kita. Kita hendaklah sentiasa berbuat baik, tolong-menolong dan saling membantu insan yang berada dalam kesusahan. Selain itu, kita hendaklah mempunyai kesungguhan dan berkeyakinan untuk mercapai sebuah kejayaan yang cemerlang. Bak kata pepatah di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

Sekian terima kasih.