33
REFLEKSI DAN KONFLIK KOGNITIF DALAM PENYELESAIAN MASALAH MATEMATIK SEKOLAH RENDAH Matapelajaran matematik telah mengalami evolusi yang pesat dimana mengetahui fakta dan konsep tidak lagi mencukupi. Murid pada masa kini perlu menguasai kaedah-kaedah penyelesaian masalah dalam matematik. Namun begitu, tidak semua murid dapat menguasainya dengan mudah. Guru perlu menggunakan kaedah- kaedah yang dapat menarik perhatian murid dan murid mestilah belajar sesuatu dan bukannya menghafal sesuatu. Justeru, kaedah refleksi dan konflik kognitif ialah di antara kaedah- kaedah yang dapat membantu penyelesaian masalah matematik di sekolah rendah. APAKAH DIA REFLEKSI DALAM PENYELESAIAN MASALAH? Refleksi ditafsirkan sebagai aktiviti kognitif untuk memantau, menilai dan mengubah proses pemikiran seseorang ( Lin, Kinzer & Secules, 1999). Di dalam pendidikan, refleksi ialah salah satu strategi untuk membantu murid mengingat kembali pengalaman yang dialami, tindakan yang diambil dan keputusan yang dibuat.

Cognitive Conflict

Embed Size (px)

Citation preview

REFLEKSI DAN KONFLIK KOGNITIF DALAM PENYELESAIAN MASALAH MATEMATIK SEKOLAH RENDAH Matapelajaran matematik telah mengalami evolusi yang pesat dimana mengetahui fakta dan konsep tidak lagi mencukupi. Murid pada masa kini perlu menguasai kaedah-kaedah penyelesaian masalah dalam matematik. Namun begitu, tidak semua murid dapat menguasainya dengan mudah. Guru perlu menggunakan kaedah-kaedah yang dapat menarik perhatian murid dan murid mestilah belajar sesuatu dan bukannya menghafal sesuatu. Justeru, kaedah refleksi dan konflik kognitif ialah di antara kaedah-kaedah yang dapat membantu penyelesaian masalah matematik di sekolah rendah. APAKAH DIA REFLEKSI DALAM PENYELESAIAN MASALAH? Refleksi ditafsirkan sebagai aktiviti kognitif untuk memantau, menilai dan mengubah proses pemikiran seseorang ( Lin, Kinzer & Secules, 1999). Di dalam pendidikan, refleksi ialah salah satu strategi untuk membantu murid mengingat kembali pengalaman yang dialami, tindakan yang diambil dan keputusan yang dibuat. Diantara teori utama dalam refleksi dihasilkan oleh Donald Schon iaitu beliau memperkenalkan reflection in action and reflection on action. Reflection in action ialah murid menyusun proses pembelajaran dengan mengubahsuai maklumat baru yang diterima menggunakan proses asimilasi. Reflection on action pula boleh didefinasikan sebagai proses murid menggunapakai pengetahuan lalu secara aktif bagi tujuan menerima pemikiran semasa atau masa depan dan tindakan yang perlu diambil. Ertmer dan Newby (1996) pula mengembangkan model refleksi Schon dengan memasukkan reflection for action. Ianya didefinasikan sebagai menggunakan kemahiran berfikir secara reflektif untuk menilai hasil pembelajaran murid itu sendiri.

Secara keseluruhannya, refleksi membantu murid dalam penyelesaian masalah dengan murid menilai dan menyusun proses pembelajarannya dengan menggunakan pengetahuan lalu bagi menerima pengetahuan baru dengan menggunakan proses asimilasi dan akomodasi. Murid berfikir dan membuat refleksi untuk menilai tindakan dan keputusan yang diambil secara berterusan dalam proses pembelajaran. Ini menyumbang kepada proses pembelajaran murid. APAKAH DIA REFLEKSI DALAM PENYELESAIAN MASALAH? Konflik kognitif pula berasal dari teori perkembangan kognitif yang dibangunkan oleh ahli psikologi Swiss iaitu Jean Piaget. Ianya telah digunapakai sebagai salah satu kaedah pengajaran matematik yang berkesan dari tahun 1980an lagi. Piaget mengatakan bahawa apabila kanak-kanak menghadapi konflik kognitif (disequilibrium), dia bermotivasi untuk menyelesaikan konflik (equilibration). Proses equilibration ini bermaksud proses di dalam diri seseorang yang mengawal keseimbangan asimilasi dan akomodasi. Seperti refleksi, kanak-kanak akan mengalami proses adaptasi apabila menerima rangsangan atau pengetahuan baru dari persekitarannya. Proses adaptasi ini melibatkan dua proses utama iaitu proses asimilasi dan akomodasi. Proses asimilasi berlaku apabila kanakkanak itu menerima pengetahuan baru itu dan memuatkannya dalam pengetahuan sedia ada atau skema manakala proses akomodasi berlaku apabila kanak-kanak itu mengubahsuai pengetahuan sedia adanya apabila menerima pengetahuan baru. Lee & Kwon (2001) mengatakan kognitif konflik ini ialah keadaan dimana seseorang menyedari terdapat percanggahan di antara struktur kognitif dan persekitarannya (maklumat luaran) atau di antara komponen yang berlainan (konsep, kepercayaan dll.) dalam struktur kognitif seseorang. Dalam erti kata lain, kognitif konflik berlaku apabila pengetahuan sedia ada murid tidak dapat menghasilkan penyelesaian bagi masalah yang dihadapi. Justeru, Bell (1986)

dan Swan (1983) menyatakan perbincangan untuk menyelesaikan konflik sangat berkesan dalam menyelesaikan sesuatu salah faham (misconception). Di dalam matapelajaran matematik, misconception ialah konflik yang kerap terjadi kerana dalam teori konstruktivis, murid membina pengetahuan matematiknya sendiri apabila menerima maklumat atau pengetahuan dari persekitarannya. Sebagai contoh, murid telah mempunyai pengetahuan sedia ada iaitu apabila dua nombor bulat didarabkan, hasil darab yang terhasil ialah lebih besar. Oleh itu, apabila guru memperkenalkan kepada murid tentang topik baru iaitu pecahan dan operasi pecahan, dia dengan sendirinya membuat akomodasi pada struktur kognitifnya iaitu hasil darab dua nombor pecahan akan menghasilkan nombor yang lebih besar. Ini ialah misconception yang selalu terjadi kepada murid-murid. Sebagai guru, perbezaan di antara kesalahan dan misconception matematik perlu untuk dikenalpasti. Jika murid memahami konsep matematik namun terdapat kesalahan kerana cuai, lalai atau lupa tentang prosedur yang betul, ianya ialah kesalahan biasa. Kesalahan ini biasanya berlaku sekali sahaja. Sebaliknya, jika kesalahan itu kerap dilakukan, ia adalah misconception, dimana murid mempunyai idea atau pemahaman yang berlainan (misleading) atau salah mengaplikasikan sesuatu konsep atau algorithms. Murid-murid yang mempunyai

misconception ini perlu dikenalpasti lebih awal agar idea yang misleading itu tidak lekat terus ke ingatan murid. Contoh Kesalahan dalam Matematik Contoh Misconception dalam Matematik

1

1 + 1 2

3 2 5

8 6 4

3 2 5 + = 5 3 8

Kesalahan : murid terlupa untuk bawa atas.

Misconception : Murid menambah seperti nombor bulat apabila menambah pecahan.

CARA MENGATASI MISCONCEPTION DALAM PENGAJARAN MATEMATIK Seorang guru tidak dapat membetulkan misconception kecuali dia memahami alasan mengapa terjadinya perkara ini. Justeru, guru perlu menjalankan diagnostik dengan mengadakan perbincangan di dalam kelas untuk mengetahui pengetahuan sedia ada murid dan apakah maklumat baru yang mereka perolehi. Di sini guru perlu mengenalpasti apakah punca berlakunya misconception ini. Selepas berbincang dan mengetahui punca, guru perlu mencabar misconception yang wujud dalam diri murid dengan konsep yang betul. Guru perlu membuktikan dalam keadaankeadaan lain, struktur kognitif yang disusun oleh murid itu tidak benar. Kajian-kajian yang dijalankan membuktikan bahawa murid dapat mengadaptasi konsep yang betul sekiranya menggunakan kaedah yang betul. Contoh Misconception Contoh Pembuktian

Misconception : Untuk menambah dua Pembuktian : Jika kaedah menambah dua pecahan, tambahkan numerator dan pecahan ialah menambahkan numerator dan denominator maka,

denominator.

3 2 5 + = 5 3 8

1 1 2 + = 2 2 4 tetapi

samadengan

1 2 ialah 1

jawapan

sepatutnya

Selepas misconception dapat dikenalpasti, diperbincangkan dengan murid-murid dan struktur kognitif diperbaiki, maka pengajaran menjadi lebih berkesan. Jika tidak dapat diatasi, murid akan menghadapi tekanan dalam diri apabila idea, proses atau peraturan baru yang diterima tidak sama dengan pengetahuan sedia ada. Perbincangan dan pembuktian memberi ruang kepada murid untuk menilai dan membuat akomodasi pada pengetahuan mereka. Namun begitu, ramai pengkaji yang menemui reaksi murid yang berbeza terhadap konflik kognitif. Kajian yang dijalankan oleh Miller (1944), Berlyne (1960) dan Smedslund (1961) mendapati guru yang tidak bersedia dalam menghadapi konflik kognitif berdepan dengan murid yang tidak bermotivasi, teragak-agak, kecewa dan sebagainya. Oleh itu guru perlu merancang dan mengawal konflik kognitif dalam pembelajaran. Pengajaran yang terancang dan terkawal menjadi menyeronokkan bagi pelajar dan guru mendapat ganjaran yang berharga apabila murid menguasai maklumat yang diberikan. MENGAWAL DAN MENGAWAL KONFLIK KOGNITIF DALAM PENGAJARAN

Di dalam proses pengajaran, guru memainkan peranan penting dalam mencorakkan hala tuju pengajaran. Di dalam merancang konflik kognitif, terdapat beberapa panduan yang boleh digunapakai iaitu: 1. Guru menentukan isu yang melibatkan konflik kognitif Guru perlu meramalkan isu utama yang dapat menghasilkan konflik kognitif. Selalunya ia di dalam bentuk salah faham yang selalu terjadi (misconception). 2. Guru perlu memastikan murid mempunyai pengetahuan sedia ada Guru perlu mengenalpasti tahap kesediaan murid dan pengetahuan yang dimiliki oleh murid. Ini membantu proses pengajaran yang lebih berfokus terutamanya semasa sesi soal jawab. 3. Zon Selesa Guru perlu bermula dengan kaedah pengajaran yang biasa dimana guru bertanyakan soalan-soalan yang pasti dapat dijawab oleh murid. Justeru, apabila konflik kognitif ditimbulkan, murid dapat menyedari dengan jelas mereka menghadapi satu konflik. 4. Penerokaan Guru perlu member ruang kepada murid meneroka dan bereksperimentasi dalam menghasilkan jawapan selepas berhadapan dengan konflik. 5. Trigger Guru akan mencetuskan konflik kognitif dan membawa murid keluar dari zon selesa mereka. Ianya mungkin dalam bentuk soalan yang menggalakkan murid untuk berfikir di luar zon selesa mereka. Soalan itu mungkin mempunyai lebih dari satu jawapan atau lebih dari satu cara penyelesaiannya. Guru perlu berfikir dengan teliti tentang soalan

yang akan ditanya dan ke arah mana proses pembelajaran itu akan dituju. Konflik juga dapat dicetuskan dengan aktiviti tambahan dimana murid cuba menerima pemerhatian mereka sebagai sesuatu yang masuk akal atau sesuatu yang tidak menepati corak jawapan yang lalu. Konflik boleh terjadi semasa perbincangan secara pasangan, kumpulan kecil atau di dalam kelas. Suatu kenyataan yang dikeluarkan oleh seseorang murid yang lain juga dapat mencetuskan konflik pada rakan-rakan yang lain dan menyebabkan perbezaan pendapat. Justeru, guru perlu memberikan masa yang mencukupi untuk murid berfikir dan membuat refleksi semasa menghadapi konflik kognitif. Sebagai kesimpulan, refleksi dan kognitif konflik sebenarnya ialah kaedah pembelajaran yang sangat berkesan apabila murid tanpa sedar telah menemui masalah dan merasa ingin tahu akan penyelesaiannya, lantas berusaha untuk menyelesaikannya. Murid akan lebih bermotivasi untuk menyelesaikan masalah atau konflik yang dihadapi dengan mengasimilasi dan mengakomodasi maklumat baru yang diterima.

Pengenalan Komponen perkembangan kognitif menjadi fokus utama pendidikan awal kanak-kanak kerana keupayaan kognitif mempengaruhi kanak-kanak semua aktiviti pembelajaran. Komponen ini memberi penekanan kepada pemupukan sikap positif terhadap sains dan matematik. Kemahiran kognitif terdiri daripada kemahiran pengelasan, konsep ruang, konsep nombor, proses sains dan penyelesaian masalah.

Pengelasan ialah kemahiran paling asas bagi perkembangan kognitif iaitu kemampuan mengenal pasti sesuatu ciri objek dan mengumpul objek tersebut mengikut ciri yang telah dikenalpasti. Ini diikuti dengan kemampuan murid menyusun objek mengikut dimensi dan urutan. Konsep ruang memberi kefahaman mengenai lingkungan dan kedudukan objek dalam ruang. Bagi memahami konsep nombor pula murid perlu menguasai kemahiran seriasi dan padanan satu dengan satu secara logik. Penguasaan kemahiran proses sains membolehkan murid berinteraksi dengan bahan dan fenomena alam semesta serta memupuk sikap ingin tahu dan suka menyiasat. Penyelesaian masalah adalah hierarki tertinggi dalam kemahiran berfikir. Kualiti penyelesaian masalah bergantung kepada kemahiran membuat keputusan berasaskan naluri atau sebab yang dapat diterima. Murid boleh dilatih membuat refleksi atau menilai keputusan yang diambil. Kanak-kanak menguasai kemahiran kognitif melalui interaksi sebenar dengan menggunakan pelbagai bahan maujud atau konkrit daripada pelbagai jenis bahan yang mudah didapati di sekeliling mereka seperti butang, guli, kotak, tutup botol, biji benih, batu dan daun. Murid memahami persekitarannya melalui pengalaman pembelajaran sebenar dan memanipulasi yang berulang-ulang. Kanak-kanak mempelajari idea nombor sama seperti mereka belajar bahasa, kemahiran sosial dan konsep-konsep lain di sekitarnya. Konsep Nombor Membilang adalah proses yang melibatkan hubungan antara satu sama lain atau padanan set. Hubungan ini melibatkan benda dengan simbol, sama ada dalam bentuk simbolik atau tertulis. Murid di peringkat awal biasanya membilang dalam bentuk hafalan tanpa kefahaman. Contohnya, mereka akan menyanyi satu, dua, tiga, empat, siapa cepat dia dapat. Kemungkinan mereka belum memahami konsep 1, 2, 3 dan 4. Murid mendapat pengalaman nombor secara tidak langsung melalui pelbagai cara seperti permainan dalaman (domino nombor, puzzle), permainan luaran (main teng-teng, main pukul berapa datuk harimau), nyanyian (10 anak ayam), nombor pendaftaran kenderaan dan sebagainya. Kebolehan mengira secara hafalan bukanlah bererti kanak-kanak sudah dapat mengaitkan kuantiti dan fungsi. Sebaliknya proses mengira sebenar hanya berlaku sekiranya murid faham maksud satu dengan satu benda, dua dengan dua benda dan seterusnya (Fuson, 1988). Konsep ini dikenali padanan satu sama lain. Melalui aktiviti nyanyian dan permainan yang berulang-ulang menggalakkan murid sedar bunyi dan susunan nombor, memahami makna nombor, mengenal simbol angka, menyusun angka dan membilang atau mengira. Pelbagai kognitif konflik boleh timbul dikalangan murid apabila mereka bermain dengan nombor. Konsep nombor boleh dikaitkan dengan pelbagai topik yang dipelajari semasa berada di sekolah rendah. Konsep ini ada dalam topik pecahan, perpuluhan, masa, jisim, wang, pengukuran, isipadu cecair, ruang dan bentuk dan pengendalian data. Pengetahuan berkaitan nombor perlu melalui aktiviti yang dikaitkan dengan persekitaran fizikal dan koordinasi reaksi ke atas objek kepada proses

pemikiran yang logik. Bagi membentuk konsep matematik, murid-murid perlukan pengalaman, interaksi sosial, masa, pengetahuan bahasa dan kefahaman pemikiran.

Kes 1: Kognitif Konflik melibatkan kesedaran mengenai bunyi (nyanyian) dan susunan nombor. (strategic knowledge) Murid telah belajar menyanyi lagu Sepuluh Anak Ayam sebelum guru memulakan pengajaran. Kebiasaannya murid telah diajar mengira nombor yang disusun secara menaik, tetapi apabila soalan melibatkan susunan menurun murid menghadapi konflik untuk memberi jawapan. Murid telah mempunyai pengalaman lalu iaitu mengira dalam susunan menaik bermula dari 0, 1, 2, 3 dan seterusnya. Guru mengaitkan nyanyian dengan konsep nombor secara menurun. Sepanjang nyanyian tersebut murid telah didedahkan dengan urutan nombor menurun tanpa sedar. Berikut adalah lirik Sepuluh Anak Ayam: 10 anak ayam, main tepi jalan, Satu sudah jatuh, tinggal lagi sembilan, 9 anak ayam, main atas papan, Satu tersepit, tinggal lagi 8, 8 anak ayam, main tepi perigi, Satu jatuh perigi, tinggal lagi 7, 7 anak ayam, main dengan ketam, Satu kena sepit, tinggal lagi 6, 6 anak ayam, makan buah delima, Satu tertelan biji, tinggal lagi 5, 5 anak ayam, main lompat-lompat, Satu patah kaki, tinggal lagi 4, 4 anak ayam, main tepi jalan, Satu kena langgar, tinggal lagi 3, 3 anak ayam, main dengan kambing, Satu terpijak, tinggal lagi 2, 2 anak ayam, main tepi kolam, Satu jatuh kolam, tinggal lagi 1, Satu anak ayam, sangat susah hati, Tidak mahu makan, lalu ia mati.

Guru membimbing murid nyanyi bersama-sama. Pada awal nyanyian terdapat 10 ekor anak ayam yang ada, tetapi akhirnya anak ayam yang tinggal adalah kosong. Hiburan seperti ini merupakan salah satu cara pendekatan secara didik hibur yang boleh menarik minat murid untuk belajar matematik. Kemudian, guru meminta murid membilang nombor dari 0 ke 10 dengan menggunakan jari. Apabila guru meminta murid membilang nombor secara terbalik dari 10 ke 0, murid mengalami kesukaran. Untuk membantu murid mengatasi masalah ini, guru mengaitkan nyanyian Sepuluh Anak Ayam dengan susunan nombor secara menurun. Guru menyediakan lembaran kerja yang menguji pemikiran murid. Murid telah diberi soalan dimana murid dikehendaki mengisi tempat kosong dengan nombor yang diberi.

a) 10, 9,

, 7, 6

c) 7, 6,

, 4, 3

b) 5, 4, 3,c)

,2,1

d) 4,

, 2, 1, 0

Murid telah didedahkan dengan beberapa soalan yang melibatkan susunan nombor secara menurun. Murid cuba mengaitkan susunan nombor tersebut dengan nyanyian yang telah dinyanyikan. Dalam kes ini guru telah menggunakan kaedah strategi umum (hueristic strategy) untuk menarik perhatian murid mencari jawapan melalui nyanyian yang diberi.

Kes 2: Kognitif Konflik melibatkan pengetahuan bahasa.(linguistic knowledge)

Soalan 1: Ada 10 biji epal di dalam bakul. Ibu memberi 1 biji epal kepada Ani, kemudian ibu makan 1 biji epal. Berapakah jumlah biji epal yang ada di dalam bakul? Soalan 2: Irfan ada 6 biji epal. Ani ada 4 biji epal. Berapakah jumlah biji epal yang ada pada Irfan dan Ani?Merujuk soalan 1 dan 2 di atas, jelas menunjukkan perkataan jumlah yang memberi gambaran awal murid bahawa soalan ini melibatkan operasi penambahan. Tetapi jika dilihat dari konteks pemahaman teks perkataan jumlah untuk kedua-dua soalan berikut mempunyai makna yang berbeza walaupun perkataan yang sama. Dalam konteks ini, pengetahuan murid dari segi pemahaman bahasa amat penting untuk mengenal pasti maksud perkataan jumlah untuk kedua-dua soalan. terlebih dahulu. Soalan 1 menyatakan jumlah bermaksud baki epal yang ada di dalam bakul selepas epal tersebut diberi dan dimakan. Maka jawapan untuk soalan 1 ialah 10 2 = 8, 8 biji epal yang ada di dalam bakul tersebut. Manakala maksud jumlah dalam soalan 2 pula ialah bilangan epal kedua-dua orang tersebut ditambahkan, 6 + 4 = 10. Maka jawapan bagi soalan 2 ialah 10. Salah tafsir dalam perkataan ini sering dilakukan oleh murid. Oleh kerana itu murid digalakkan agar sentiasa semak setiap kali selesai membuat operasi mengira. Murid perlu memahami maksud tersirat perkataan dan kehendak soalan tersebut tanpa melihat perkataan jumlah

Kes 3: Kognitif Konflik melibatkan pengetahuan skematik.(schematic knowledge)

Soalan 3:Jisim sebiji durian 2 kg, jisim sebiji betik 1.57kg , berapakah jumlah jisim kedua-dua buah?Penyelesaian masalah yang melibatkan konsep nombor dengan topik lain selalunya akan memberi kesulitan kepada murid untuk menyelesaikannya. Soalan 3 di atas melibatkan topik jisim. Hakikatnya jika murid membaca soalan tersebut, murid pasti akan faham akan kehendak soalan, tetapi kaedah penyelesaiannya yang selalu membuat murid keliru kerana murid kekurangan pengetahuan dari segi skematik. Selain itu juga murid sukar untuk mengenal pasti bahawa soalan tersebut juga boleh dikaitkan dengan topik perpuluhan (decimal). Kurangnya pengalaman murid terdedah dengan soalan yang melibatkan pelbagai topik menyebabkan murid mengambil jalan mudah dengan menyelesaikannya tanpa mengambil kira aspek titik perpuluhan yang telah dipelajari. Kebiasaannya murid akan menyelesaikannya seperti kaedah 1 dibawah:

Kaedah 1 :

1.57 kg + 2 kg 1.59 kg

Murid mempunyai pengalaman yang lalu bagaimana menyelesaikan hasil tambah dengan menggunakan bentuk lazim. Secara amnya, sememangnya kaedah murid tersebut adalah betul seperti apa yang telah dipelajari. Tetapi hakikatnya, murid telah mengalami kognitif konflik, mereka lupa konsep penambahan nombor bulat dengan nombor perpuluhan adalah berbeza. Ini kerana nombor bulat perlu ditukarkan kepada nombor perpuluhan agar penambahan yang mengikut skema akan memberi jawapan yang betul dan tepat sama seperti kaedah 2 di bawah: Kaedah 2 :

1.57 kg +2.00 kg 3.57 kg

Kes 4: Kognitif Konflik melibatkan pengetahuan konseptual dan konsep matematik.(mathematics conceptual and concept knowledge)

Soalan 4: Lukiskan jarum jam dan minit pada muka jam untuk menunjukkan pukul 15 minit sebelum pukul 4.Masa tidak boleh disentuh, dilihat, dengar atau dirasai. Ia adalah konsep yang abstrak dan memerlukan kefahaman, kematangan dan pengalaman untuk menguasainya. Istilah-istilah masa seperti semalam, kelmarin, esok, akan datang dan minggu depan adalah istilah yang kompleks sukar difahami oleh murid. Untuk memperkenalkan konsep masa yang berkaitan dengan jam dan minit, mereka perlu mengenali nombor 1 hingga 12 serta nombor selang dalam 5 iaitu, 5, 10, 15, 20, 25, 30, 35, 40, 45, 50, 55, 60. Merujuk pada soalan 4, kebiasaannya murid akan mengira 15 minit sebelum pukul 4, jarum minit mesti menunjukkan nombor 9. Tetapi murid akan keliru apabila tiba jarum jam, murid akan keliru pada nombor tiga atau empat yang perlu dilukiskannya. Konsep jarum minit murid boleh memberi jawapan yang betul tetapi murid lupa bahawa perkataan sebelum pada soalan memainkan peranan penting untuk melukiskan jarum jam pada kedudukan yang betul. Rajah 1 menunjukkan jam minit berada pada nombor 9 manakala jarum jam terletak diantara nombor 4 dan 5. Ini menunjukkan jam adalah pukul 4:35. Jika ini jawapan yang murid beri, jawapannya adalah salah. Rajah 2 pula menunjukkan jarum minit pada nombor 9 manakala jarum jam diantara nombor 3 dan 4. Ini menunjukkan jam adalah pukul 3:35. Jika ini jawapan yang murid beri, maka murid tersebut memahami konsep masa yang telah dipelajari.

Rajah 1: pukul 4:45

Rajah 2: pukul 3:45

Latar BelakangUntuk memahami kognitif konflik yang berlaku dalam kanak kanak sekolah rendah , beberapa pemerhatian telah dilakukan di Sekolah Kebangsaan Pasangan , Kampung Kuantan , Kuala Selangor. Pemerhatian ini dijalankan ke atas 2 orang murid tahun 5 dan 2 orang murid pra sekolah.

Kajian Kes 1 : Ukuran Berat

Murid melakukan aktiviti mengenal objek yang berat dan ringan. Guru menunjukkan beberapa biji bola pelbagai saiz dan berat. Murid diminta meramal objek yang mana lebih berat. Murid kebanyakkannya meramal bola yang paling besar kerana mereka menyatakan semakin besar saiz bola semakin berat bola tersebut. Murid dibiarkan menguji keadaan ini dengan menggunakan bahan yang disediakan. Guru hanya menyelia tanpa membantu apa apa. Keadaan ini membenarkan murid mengekplorasi dan membina pemahaman kendiri seperti yang dinyatakan dalam teori perkembangan Jean Piaget. Eksperimen ini diadaptasi daripada eksperimen dan pemerhatian yang dilakukan oleh Piaget terhadap kanak kanak bagi menguji benda yang terapung dan tenggelam. Setelah menguji dan mendapat jawapan hasil aktiviti yang dilakukan guru memberi satu soalan. Bola mana yang paling berat? Ramai murid akan menyatakan bola sepak kerana saiznya paling besar berbanding bola . Setelah diuji didapati terdapat bola bersaiz kecil yang lebih berat daripada saiz bola besar.

Kognitif konflik yang berlaku disini ialah murid percaya bahawa bola sepak lebih berat kerana saiznya besar. Setelah melakukan eksperimen ini mereka akan mendapat motivasi baru untuk menguji samada semua barang yang saiz berlainan lebih berat atau ringan daripada objek yang saiznya lebih kecil.

Kajian Kes 2 : Operasi asas darab

Subjek merupakan 2 orang murid tahun 5 terdiri dari ML1 dan ML2. Mereka dikehendaki melakukan operasi darab dalam satu ujian yang dilakukan. Hasil daripada jawapan yang diterima didapati bahawa murid murid ini mempunyai kognitif konflik dalam mendarab nombor bulat. Dalam kemahiran mendarab nombor satu digit tiada masalah yang timbul. Bahkan murid ini dapat menghafal sifir dengan baik. Sila rujuk gambar dibawah ini. Ini membuktikan murid ini dapat mendarab nombor satu digit. Sampel jawapan ML1 :

Sampel jawapan ML2 :

Murid ini faham konsep darab dan mendarab dengan ingatan yang dia ada . Namun begitu terdapat kesalahan dalam meletakkan nombor 20 mengikut kedudukan yang betul pada soalan yang ke 2. Kesalahan ini dilakukan oleh kedua-dua murid . Apabila diajukan soalan kepada murid , jawapan

yang diterima ialah mereka tertulis sedemikian rupa dan mereka tahu bahawa nilai digit 2 dalam 20 ialah puluh. Guru menerima jawapan mereka untuk mengetahui lagi sejauh mana mereka

membuat kesilapan. Kesalahan dalam pengiraan membawa kepada pemahaman guru bahawa murid ini tidak memahami dengan jelas apa itu sebenarnya pendaraban. Jawapan yang betul hanyalah dari ingatan hafazan sifir yang dilakukan setiap hari. Sila lihat rajah dibawah untuk mengenal pasti kesalahan lain. Jawapan ML1 :

Jawapan ML2 :

Berdasarkan pemerhatian di atas kita dapati murid masih menggunakan pengetahuan yang mereka ada untuk mengira soalan yang diberi. Namun begitu teknik yang mereka gunakan

menghasilkan jawapan yang salah berbanding soalan 1 dan 2. Pada tahap ini berlaku konflik dalam diri ML1 dan ML2 . Jawapan ML1 dan ML2 pada soalan 3 menunjukkan mereka mendarab dengan betul pada digit sa tetapi tidak melakukan pendaraban pada nombor puluh. Corak pengiraan yang sama diulang pada soalan yang lain. Jawapan berikut diberikan apabila murid menghadapi konflik dalam menjawab soalan yang melibatkan pengumpulan semula. Jawapan ML1 :

Murid ML1 menunjukkan pada soalan 8 , pengumpulan semula dilakukan tetapi masih tidak tepat kerana nombor lain tidak didarab dengan betul. Bagi soalan 10 , pendaraban 2 digit dilakukan dan murid membuktikan bahawa ML1 mendarab sebarang nombor yang selari sahaja .

Jawapan ML2 :

Murid ML2 tidak melakukan pengumpulan semula dan mendarab seperti yang dilakukan pada soalan

terdahulu. Rujuk rajah di atas dan perbandingan dilakukan. Kedua dua murid melakukan kesilapan yang sama apabila mendarab nombor. Kognitif konflik apabila murid menyelesaikan satu satu masalah dengan pemahaman sedia ada murid. Kemudian dia menyelesaikan masalah yang lain dengan menggunakan kaedah yang sama dan mendapat jawapan yang betul. Wujud keadaan di mana kaedah yang digunakan murid membolehkannya mendapat jawapan yang betul. Apabila guru mewujudkan keadaan yang lain ini mewujudkan konflik dalam murid kerana jawapan yang diberi tidak tepat.

Kajian Kes 3 : Operasi asas tolak

Subjek merupakan 2 orang murid tahun 5 terdiri dari ML1 dan ML2. Mereka dikehendaki melakukan operasi tolak dalam satu ujian yang dilakukan. Hasil daripada jawapan yang diterima didapati bahawa murid murid ini mempunyai kognitif konflik dalam menolak nombor bulat. Dalam kemahiran menolak nombor tanpa penumpulan semula , tidak berlaku konflik . Bahkan murid ini dapat menolak nombor dengan baik. Sila rujuk gambar dibawah ini. Ini membuktikan murid ini dapat menolak nombor.

Jawapan ML1 :

Jawapan ML2 :

Murid menjawab dengan betul soalan 1 dan 3 tetapi salah bagi soalan 2. Jawapan 2 salah kerana murid cuai semasa mengira. Ini dibuktikan apabila sesi soal jawab diadakan di antara guru dan murid. Berdasarkan pemerhatian ini , murid tiada masalah dengan operasi tolak. Bahkan murid dapat mencongak dengan baik dan lancar apabila diajukan soalan oleh guru dan rakan yang lain. Kedua dua murid ini memahami konsep tolak sebagai nombor besar ditolak dengan nombor yang lebih kecil. Pemahaman ini diuji apabila guru menambah soalan lain yang melibatkan pengumpulan semula.

Jawapan ML1 :

Jawapan ML2 :

Kedua dua jawapan murid ini menunjukkan berlaku konflik dalam menolak nombor yang lebih kecil. ML1 cuba melakukan pengumpulan semula tetapi tidak berjaya. Nilai yang dipinjam

dari nombor yang lebih besar dianggap sebagai 1 sa dan bukan sebagai 1 puluh. Ini dilihat pada jawapan nombor 6. Bagi murid ML2 pula, nombor ditolak dengan menggunakan pengetahuan nilai besar tolak nilai yang lebih kecil. Proses akomodasi tidak berlaku dengan jayanya pada tahap ini. Kesilapan seterusnya menunjukkan bagaimana sebenarnya murid murid ini melakukan penolakan mengikut kefahaman mereka.

Kognitif konflik ini berlaku kerana murid tidak dapat melakukan penolakan melibatkan pengumpulan semula dan mereka menggunakan pengetahuan sedia ada.

Guru mereka ujian lain untuk membantu murid mengatasi kognitif konflik yang berlaku. Soalan yang diberikan mempunyai corak yang sama tetapi memfokuskan kepada kemahiran mengumpul semula. Pengajaran berbentuk pemulihan diadakan bagi mendapatkan hasil yang baik dan mengatasi konflik mereka. Salah satu cara yang digunakan oleh guru untuk masalh ini ialah menggunakan benda maujud seperti kepingan kad warna yang berbeza mengikut nilai tempat. Dengan itu sebarang pengumpulan semula dapat ditunjukkan dengan jelas .

Rujukan :

Piagets Theory of Cognitive and Affective Development , Fifth Edition . Barry J. Wadsworth 2004 , USA

Rujukan Ertmer, P. A., & Newby, T. J. (1996). The expert learner: Strategic, self-regulated and reflective. Instructional Science, 24, 1-24. Lin. X., Hmelo C., Kinzer C.K. & Secules T.J., (1999) Designing Technology to Suppport Reflection, Educational Technology Research and Development, 47(3):43-62. Lee G. & Kwon J. (2001, January) What do you know about students cognitive conflict: A theoretical model of cognitive conflict process, Proceedings of 2001 AETS Annual Meeting, Costa Mesa, CA, pp. 309-325. (ERIC Document Reproduction Service No. ED 453083)

Piaget J. (1985), The equilibration of cognitive structure: the central problem of intellectual development, Chicago, IL: University of Chicago Press. Druyan S., (2001) A comparison of four types of cognitive conflict and their effects on cognitive development, International Journal of Behavioral Development, 25, 226-236. Syace L., (2009) Route to Cognitive Conflict,