9

Click here to load reader

Contoh Penulisan 1tugasan 1 4 Jun 2014

Embed Size (px)

DESCRIPTION

penulisan kertas kerja, untuk panduan kepaada penulisan kertas cadangan penyelidikan

Citation preview

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

GGGB 6013: KAEDAH PENYELIDIKAN 1

TUGASAN 1:pengenalanAPLikasi PEmbelajaran berasaskan masalah (Pbm) dalam peningkatan kemahiran porses sains (kps) dalam topik tenaga sains tahun 5PENSYARAH:

DR MOHD KHALID BIN MOHAMMAD NASIRPELAJAR:

faizatunaziyah binti mohd jaisPENDIDIKAN SAINS

P78956BAB I

PENDAHULUAN

1.1PENGENALANSains secara ammnya, adalah satu bidang keilmuan yang merangkumi proses hasil dan sikap untuk kesejahteraan manusia. Sains secara keseluruhannya memerlukan pembelajaran secara aktif di mana penglibatan mental dan perbuatan murid diperlukan dalam sesebuah proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) (Sarimah, 2004). Pembelajaran secara aktif memerlukan minda murid untuk mengkaji idea, menyelesaikan masalah dan menerapkan apa yang dipelajari. Pembelajaran secara aktif juga adalah pantas, seronok, membantu dan menarik. Melalui kaedah ini murid akan sentiasa beredar dari tempat duduk mereka, berlegar-lengar dan melahirkan perasaan mereka (Mel Siberman, 2004).

Pembelajaran secara aktif ini sangat sesuai untuk pelajaran sains terutamanya bagi membantu murid menguasi Kemahiran Proses Sains (KPS). Kemahiran Proses Sains bukan sahaja bertindak sebagai penyokong dalam aktiviti inkuri penemuan malahan ia memainkan peranan penting dalam membeza dan mengkoorditkan teori dan bukti (Tobin dan Capie, 1982). Tanpa pengetahuan dan kemahiran yang mantap dalam aspek kemahiran saintifik, murid tidak akan dapat melaksanakan aktiviti penyiasatan dengan berkesan.

Tambahan pula menurut Wellington (1989) penguasaan kemahiran proses sains (KPS) adalah lebih tinggi dari segi intelek berbanding dengan penguasaan fakta dan pronsip sains. Apabila murid berjaya menguasai kemahiran proses sains, mereka boleh mencari jawapan serta membentuk idea atau konsep sendiri mengenai sebarang fenomena sains. Oleh itu, pada peringkat ini murid akan dapat membentulkan miskonsepsi yang dibuat oleh mereka sendiri dan membentuk semula konsep baru yang selaras dengan konsep sains melalui proses asimilasi dan akomodasi.

Salah satu contoh pendekatan pembelajaran secara aktif yang sesuai untuk meningkatkan kemahiran KPS ialah pembelajaran berdasarkan penyelesaian masalah atau problem based learning (PBL); melalui kaedah ini murid akan didedahkan kepada pencarian kepada permasalahan yang mirip dengan permasalahan sebenar dan tidak mempunyai satu penyelesaian (Trop & Sage 2002). Kaedah pembelajaran seperti ini mampu melahirkan individu yang memiliki ilmu pengetahuan yang kekal dan mantap.

Di samping itu juga, melalui kaedah ini bukan sahaja pengetahuan murid dapat ditingkatkan tetapi pada masa yang sama juga mampu menyokong kepada pembangunan kemahiran generik seperti kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran bekerja dalam kumpulan dan kemahiran komunikasi (Trop & Sage 2002). Maka kaedah ini dilihat bukan sahaja mampu menepati kaedah pembelajaran abad ke-21malahan juga dapat membentuk generasi yang bukan sahaja berpengetahuan malahan mampu berfikir secara kreatif dan kritis.

1.2PERMASALAHAN KAJIANPenguasaan kemahiran proses sains yang lemah menyebabkan murid sering kali gagal mengkaitkan fakta yang dipelajari dengan situasi sebenar dalam kehidupan dan dalam menjawab soalan yang berkaitan dengan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).

1.3PERNYATAAN MASALAHKEMAHIRAN PROSES SAINS (KPS)Kemahiran proses sains boleh dikategrikan kepada kemahiran proses sains asas dan kemahiran proses sains bersepadu (Wellington, 1994). Kemahiran proses sains bersepadu adalah tinggi hierarkinya berbanding dengan kemahiran proses sains asas (Collette & Chiappetta 1986). Murid-murid hanya akan dapat mengaplikasikan kemahiran proses sains bersepadu setelah mereka menguasai kemahiran proses sains asas (Brotherton & Preece, 1985). Kebanyakan pengajaran sains sebelum ini hanya bertumpu kepada penyampaian isi kandungan semata-mata yang bertujuan supaya murid dapat mengingat fakta dan konsep untuk dicurahkan dalam peperiksaaan awam.

Berasaskan pencapaian murid bagi menjawab soalan yang berkaitan dengan kemahiran berfikir aras tinggi yang melibatkan fenomena sains dalam dunia sebenar di dapati kebanyakan murid tidak mampu memberikan jawapan yang baik kerana gagal untuk mengaplikasikan KPS dan fakta yang diperlajari semasa sesi PdP. Jika permasalahan ini terus berlaku maka matlamat kurikulum sains KSSR yang disemak semula tidak akan tercapai.

PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAN (PBM)

Pembelajaran berasaskan masalah (PBM) memberikan satu ruang ppembelajaran yang masalah menjadi pemandu kepada proses pembelajaran pelajar. Pembelajaran akan dimulakan dengan suatu masalah (trigger) yang akan diberikan oleh guru yang bertindak sebagai fasilitator kepada murid. Permasalahan ini kemudiannya akan diselesaikan secara berkumpulan oleh murid namun begitu bagi menyelesaikan masalah ini murid perlu memahami susunan ilmu pengetahuan yang baru bagi menyelesaikan masalah. Dalam usaha untuk mendapatkan jawapan murid perlu mentafsir masalah, mengumpulkan maklumat yang diperlukan, mengenalpasti penyelesaian yang mungkin, menilai kemungkinan-kemungkinan dan mengemukakan penyelesaian. Melalui kaedah PBM ini murid akan diberikan peluang bukan sekadar untuk menambah kecekapan dalam kemahiran proses sains dan menghubungkaitkan dengan permsalahan dalam kontes dunia sebenar malahan juga dapat membina pemikiran murid yang lebih kritis, kreatif dan inovatif dalam mencari penyelesaian bagi setiap permasalahan yang di hadapi kelak.

1.4TUJUAN KAJIANTujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti keberkesanan penggunaan kemahiran proses sains dalam peningkatan penguasaan proses sains di kalangan murid tahun 5 1.5OBJEKTIF KAJIANKajian ini dijalankan untuk mengenalpasti implikasi penerapan kaedah pembelajaran berasaskan masalah (PBM) terhdap peningkatan kemahiran proses sains (KPS) di kalangan murid tahun 5. Antara objektif kajian ini ialah:1. Menentukan kesesuaian penggunaan kaedah PBM dalam peningkatan KPS murid tahun 52. Mengkaji hubungan penguasaan kemahiran proses sains dengan pencapaian dalam mata pelajaran sains murid tahun 5

1.6PERSOALAN KAJIAN1. Sejauh manakah penerimaan murid dan guru terhadap pembelajaran berasaskan masalah (PBM) berbanding dengan pengajaran konvensional terhadap pencapaian murid dalam penguasaan kemahiran proses sains (KPS) dalam mata pelajaran sains.

2. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara penguasaan KPS dengan pencapaian mata pelajaran sains bagi murid tahun 5?

1.7HIPOTESIS Nol 1. Tidak terdapat perbezaan yang signifikant secara statistik dalam penguasaan KPS sains secara keseluruhannya dalam murid tahun 5 yang mengikuti kaedah pembelajaran berasaskan masalah berbanding kumpulan murid yang mengikuti kaedah konvensional.2. Tidak terdapat hubungan yang signifikan anatara penguasaan KPS dengan pencapaian mata pelajaran sains bagi murid tahun 5

HIPOTESIS Ha

1. Terdapat perbezaan yang signifikant secara statistik dalam penguasaan KPS sains secara keseluruhannya dalam murid tahun 5 yang mengikuti kaedah pembelajaran berasaskan masalah berbanding kumpulan murid yang mengikuti kaedah konvensional.

2. Terdapat hubungan yang signifikan antara penguasaan KPS dengan pencapaian mata pelajaran sains bagi murid tahun 5?1.8KEPENTINGAN KAJIAN

Diharapkan dengan hasil kajian ini dapat menjadi panduan kepada guru untuk memilih kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dalam membantu meningkatkan penguasaan KPS murid. Hasil kajian ini juga boleh digunakan oleh pengkaji-pengkaji lain untuk mempertingkatkan lagi kajian seterusnya bagi mencapai kualiti PdP sains yang selaras dengan kehendak dan keperluan pembelajaran Abad Ke 211.9BATASAN KAJIAN

Kajian ini hanya melibatkan murid-murid tahun 5 dan seorang guru Sains SK Ampang Tinggi, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Pengajaran dan pembelajaran yang dikaji melibatka topik tenaga dengan subtopik; Penjimatan Tenaga dan Perubahan Bentuk Tenaga. Kajian ini melibatkan empat waktu penagajaran sains seminggu dan di jalankan selama 3 minggu. Oleh kerana itu, kajian ini terhad kepada sampel dengan sub topik yang terpilih.1.10DEFINISI OPERASIONAL

Tenaga

PdP abad ke-21

KBAT

Komunikasiperlakuan atau perbuatan berkomunikasi (Longman Active Study Dictionary of English, 1992).