Upload
zainol-muda
View
151
Download
1
Embed Size (px)
Citation preview
REKOD PENGAJARAN HARIAN
Mata Pelajaran: Bahasa Malaysia
Tahun : 5 Zamrud
Bil.Murid : 35 orang
Hari : Isnin
Masa : 09.15 – 10.15 pagi ( 60 minit)
Tema : Unit 8 - PERTANIAN
Tajuk : HASIL TERNAKAN KITA
Objektif : Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat menyatakan secara ringkas beberapa proses penternakan itik Muscovy
dengan jelas dan tepat.
Fokus Utama :
5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca.
7.1 Menjelaskan maksud yang tersurat dan tersirat berdasarkan bahan grafik dan bukan grafik.
2.2 Membentangkan penemuan dan dapatan secara jelas dan terperinci
Fokus Sampingan :
7.0 Membaca, menaakul ,dan menghayati kandungan teks yang dibaca
7.2 Membaca dan mengenal pasti perkataan, pelbagai jenis ayat, dan gaya
bahasa daripada bahan sastera dan bukan sastera yang dapat
membawa kesan tertentu kepada pembaca.
Kemahiran Bahasa : Mendengar dan bertutur, Membaca, dan Menulis
Sistem Bahasa : Tatabahasa ; Membina ayat topik dan huraian (proses penternakan itik Moscovy - lampiran 1)
Pengisian Kurikulum
Ilmu : Pendidikan Moral/Sivik
Nilai Murni : Bertanggungjawab, kasih sayang
Kemahiran Bernilai Tambah
Kemahiran Berfikir : Menjana idea,menghubung kait,
merumus,
Kemahiran Belajar Cara Belajar : Mendengar, Membaca, Menulis
Kecerdasan Pelbagai : Verbal & Linguistik, , interpersonal,
Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah melihat/menyentuh/menternak itik di rumah.
Bahan Bantu Belajar : Beberapa foto (slide) dan video berkenaan itik Moscovy, papan putih, Projektor & LCD
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN(RPH)
Catatan Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan
Set Induksi(5 min)
i. Guru menayangkan sebuah video ‘telor menetas’ dan bersoaljawab dengan pelajar.
ii. Murid menyatakan haiwan ternakan yang selalu diternak di sekitar kawasan rumah.
iii. Guru mengaitkan set induksi dengan tajuk pelajaran hari ini.
Murid bersoal jawab mengenai video tersebut.
Apakah yang kamu lihat pada video tersebut? (telor sedang menetas)
Ini telor apa? Bapa siapakah yang bekerja sebagai
penternak? Haiwan apakah yang diternak?
F.U. 7.1 A.2(i)BBM
Projektor & LCD
Nilai murniKasih sayang – kepada haiwan
Langkah 1 (10 min )
i. Murid membaca (senyap) dan memaham petikan teks yang diberikan – Itik Moskovy [halaman 107].
ii. Kemudiannya membaca kuat berintonasi, dan bersuara lantang.
iii. Murid berbincang mengenai sifat dan keistimewaan itik ini.
Apakah yang anda faham tentang itik ini.Keistimewaan – [video1]
Sifat : Warna bulu / saiz yang lebih besar Lain-lain kelebihan [video2] Guru menunjukkan beberapa keping
foto/video ‘Itik Muscovy’ Bersoal jawab: Apakah
keistimewaan/perbezaan itik ini berbanding itik lain? [video]
LCD ProjektorTeks halaman 107
Kemahiran:
Kolaboratif
Langkah 2 ( 10 min )
i. Mencari dan mengumpul maklumat tentang proses penternakan itik ini berdasarkan petikan teks tersebut. Contoh maklumat - sila
lihat lampiran 1
Murid membentuk 4 kumpulan kecil – video3Apakah langkah-langkah penternakan itik Moscovy?Nyatakan:1.2.3.4.
Kolaboratif
Kemahiran bahasa
Langkah 3(20minit) i. Murid membentang hasil
kerja(perbincangan) di hadapan kelas.
Murid membentang: Murid daripada kumpulan lain memberi
komen/pendapat Murid membuat catatan ringkas –
rumusan
Nilai : Bekerjasama & bertanggungjawab
*diberi 5 minit bagi setiap 1 kumpulan
Langkah 4(10 minit)
i. Murid mencari dan mengumpul maklumat Mengenai hasil ternakan itik ini dan juga
penternakan lain yang terdapat di Malaysia(pengayaan).
ii. Murid melakar dan melukis itik Muscovy.
Murid membuat carta alir tentang proses penternakan itik Moscovy ini. Contoh – lihat lampiran 2 Dagingnya yang enak & telor itik Murid melukis seekor itik jenis ini dan
mewarnakannya mengikut warna asal itik. Murid melayari internet.
Rujukan: http://shawnagrofarm.wordpress.com/2010/06/02/penternakan-itik-muscovy-itik-nila-itik-serati/
Pengayaan
Pendidikan Seni Visual – Penyerapan-contoh bahan.
Penutup (5 minit) Rumusan isi pelajaran dan nilai
murni.Murid merumuskan tentang penternakan itik Moscovy.
Keistimewaan Galakan kepada pelajar supaya
menceburi bidang ini suatu hari nanti Sayangi binatang peliharaan.
Nilai murniKasih sayang – kepada haiwan
Disediakan oleh:
ZAINOL MUDABMM(D) September 2011