21
1.0 PENGENALAN Menurut pandangan Rosini Abu dan Ramlah Hamzah, Konsep bilik darjah berubah mengikut perkembangan pendidikan. Konsep bilik darjah menjadi lebih luas. Bilik darjah adalah setempat sekumpulan pelajar sedang mendengar penerangan guru atau perbincangan dengan guru atau sedang membuat aktivit. Bilik darjah juga boleh terdiri dari makmal, padang, sekolah, pusat sumber dan lain-lain lagi. Menurut pandangan ABD.GHAF AR MD. DIN adalah Bilik darjah ialah bilik-bilik di sekolah mana sekumpulan murid atau pelajar mengikuti pelajaran atau belajar sesuatu mata pelajaran yang di ajar oleh guru. Bilik darjah tidak semata-mata merupakan ruang untuk proses pengajaran dan pembelajaran, tetapi mencakupi pelajar-pelajar dan guru yang belajar dan mengajar dan berinteraksi di dalamnya. Definasi pengurusan bilik darjah menurut , adalah pengurusan bilik darjah merupakan satu proses yang memerlukan guru mengurus bilik darjah agar aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dapat dijalankan. Tugas mengurus bilik darjah termasuk juga aktiviti mengatur reka letak fizikal dan mewujudkan komunikasi serta interaksi di kalangan pelajar dan guru. Pengurusan bilik darjah yang berkesan akan memberi focus kepada aspek pengajaran, kemajuan pelajaran, interaksi, dan penglibatan pelajar. Menurut Kamus Dewan, displin merujuk kepada latihan pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri dan patuh pada tatatertib.(DBP, 2002 : 308). Manakal Mok Soon

Edu Assingment Kajian Kes Kanaga

Embed Size (px)

DESCRIPTION

dfghjkl;'

Citation preview

Page 1: Edu Assingment Kajian Kes Kanaga

1.0 PENGENALAN

Menurut pandangan Rosini Abu dan Ramlah Hamzah, Konsep bilik darjah

berubah mengikut perkembangan pendidikan. Konsep bilik darjah menjadi lebih luas.

Bilik darjah adalah setempat sekumpulan pelajar sedang mendengar penerangan guru

atau perbincangan dengan guru atau sedang membuat aktivit. Bilik darjah juga boleh

terdiri dari makmal, padang, sekolah, pusat sumber dan lain-lain lagi. Menurut

pandangan ABD.GHAF AR MD. DIN adalah Bilik darjah ialah bilik-bilik di sekolah mana

sekumpulan murid atau pelajar mengikuti pelajaran atau belajar sesuatu mata pelajaran

yang di ajar oleh guru. Bilik darjah tidak semata-mata merupakan ruang untuk proses

pengajaran dan pembelajaran, tetapi mencakupi pelajar-pelajar dan guru yang belajar

dan mengajar dan berinteraksi di dalamnya. Definasi pengurusan bilik darjah menurut ,

adalah pengurusan bilik darjah merupakan satu proses yang memerlukan guru

mengurus bilik darjah agar aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dapat

dijalankan. Tugas mengurus bilik darjah termasuk juga aktiviti mengatur reka letak

fizikal dan mewujudkan komunikasi serta interaksi di kalangan pelajar dan guru.

Pengurusan bilik darjah yang berkesan akan memberi focus kepada aspek pengajaran,

kemajuan pelajaran, interaksi, dan penglibatan pelajar.

Menurut Kamus Dewan, displin merujuk kepada latihan pemikiran dan kelakuan

supaya boleh mengawal diri sendiri dan patuh pada tatatertib.(DBP, 2002 : 308).

Manakal Mok Soon Sang(1995) pula menyatakan pada peringkat sekolah, displin

adalah peraturan-peraturan yang dikenakan ke atas pelajar-pelajar dengan tujuan

mengawal tingkah laku mereka melalui hukuman atau ganjaran.

2.0 SINOPSI DAN PERWATAKAN

Kes yang saya memilih untuk kajian adalah suatu kes mengenai dengan seorang

budak yang bernama Aman yang berumur 8 tahun dan dia seorang anak tunggal. Ibu

bapa mereka berkerja dan selalu pulang ke rumah lewat. Oleh itu, Aman dijaga oleh

pembantu rumahnya yang sudi memenuhi semua keperluan harian Aman. Aman

menghadapi kesukaran menyesuaikan dirnya di sekolah rendah. Dia selalu menangsi

apabila berada di tahun 1. Apabila berada di sekolah, dia akan meraung dengan kuat

Page 2: Edu Assingment Kajian Kes Kanaga

secara berterusan jika tidak dapat melihat pembantu rumahnya.setelah Aman berasa

lebih selesa dengan guru darjahnya, dia akan berpaut kepada beliau atau cuba untuk

mengikuti beliau ketika beliau ingin meninggalkan kelas. Walaupun beliau mendapati

bahawa kelakuan Aman sangat membinggungkan, beliau sanggup meluangkan

masanya untuk Aman bagi menyelesaikan masalahnya dengan penuh kesabaran.

Pada awal permulaan tahun dua, sebahagian daripada tingkah laku Aman pada

tahun pertama bertimbul semula. Guru kelas tahun dua berasa aman perlu bedikari dan

beliau juga mendapati bahawa Aman mempunyai masalah berkomunikasi dengan guru

dan rakan sekelasnya. Semasa kerja kumpulan, dia akan mengasingkan diri dan

bermain dengan pensilnya. Dia sering mengulangi gema perkataan yang disebut oleh

rakanya, menjengkelkan mereka dalam proses perbincangan. Dia juga mengetuk

jarinya di atas meja dan ketukan berterusan sehingga merangsangkan guru-gurunya

terutama waktu matapelajaran matematik. Apabila di beritahu untuk berhenti, dia akan

mematuhi untuk seketika danmelakukan perbuatan tersebut semula tidak lama

kemudian. Akibatnya, guru matematik Aman telah membahagikan lima masa untuk

menghantar Aman kepada guru displin. Malangnya tiada perubahan yang diperolehi

oleh Aman walaupun berjumpa dengan guru disiplin.

Kadang-kala, Aman cuba untuk bercakap dengan rakan-rakan sekelasnya, tetapi

ia menjadi agak janggal kerana Aman berdiri terlalu dekat dengan mereka yanga mana

menyebabkan rakannya kurang selesa lalu menjauhkan dri mereka daripada mendekati

Aman. Dia juga fobia dengan gelung getahini berkemungkinan besar akibat daripada

kejadian apabila rakan sekelasnya pernah menggunakan gelung getah untuk

melastiknya. Aman juga sering diusik oleh rakannya. Pada satu hari, Aman sangat

memberi perhatianterhadap kerjanya dan mengabaikan keperluan untuk pergi ke

tandas. Dia menyedari bahawa dia tidak sempat berlari ke tandas semasa perjalanan.

Oleh demikian dia pun membuang air kecil di longkang yang berhampiran dengan

kelasnya. Perbuatan ini telah disaksikan oleh salah seorang rakan sekelasnya yang

melaporkan kepada seluruh rakan sekelas. Oleh sebab itu rakan sekelasnyaketawa

kepadanya dan memanggilnya sebagai “urine boy”. Aman menarik dirinya ke satu sudut

2

Page 3: Edu Assingment Kajian Kes Kanaga

dan menangis. Gurunya cuba memujuk tetapi gagal akhirnya. Dia juga selalu diusik

atau diketawakan oleh rakan-rakan sekelasnya dengan meniru cara dia berlari.

Melalui kes yang dipilih terdapat beberapa watak dan perwatakan dalam kes

tersebut. Watak uatama adalah watak Aman dan watak guru. Dalam kes tersebut Aman

adalah seorang murid yang bermasalah tingkah laku seperti tidak mendengar arahan

guru, degil, sosioemosi, menginginkan kasih saying, kesukaran berkomunikasi dan

kegagalan mengawal emosi. Perwatakan guru dalam kes ini adalah seorang

mempunyai sifat keibuan, prihatin, peka terhadap masalah displin pelajar dan pandai

mengawal pengurusan bilik darjah.

3.0 FAKTOR-FAKTOR KES

Berdasarkan kajian ini, didapati Aman mempunyai masalah emosi dan tingkah

laku. Di samping itu, Aman juga mempunyai masalah sosioemosi.

Aman mempunyai masalah emosi kerana kurang kasih saying dan perhatian

daripada ibu bapanya. Ibu bapa Aman selalu sibuk dengan kerja masing-masing

sehingga tiada masa untuk meluangkan dengan Aman. Dan Aman juga tiada adik

beradik untuk meluangkan masa, berkomunikasi dan bermain atau memberii kasih

saying. Aman bersendirian di rumah manakala pembantu rumahnya menolong Aman

untuk membuat keperluan Aman seperti sediakan makanan, barang untuk sekolah dan

lain-lain. Ini menyebabkan Aman menghadapi masalah untuk menyesuaikan diri di

sekolah tanpa pembantu rumahnya. Aman juga tidak dapat berkomunikasi dengan

rakan sekelas walaupun diberi kerja kumpulan diberi oleh gurunya. Aman mempunyai

masalah dari segi perhatian daripada sekellingnya.

Selain itu, Aman juga fobia dengan gelung getah kerana rakan sekelas. Aman

selalu di buli oleh rakan sekelasnya dengan melastik dengan gelung getah. Ini mungkin

Aman tiada kemahiran berkomunikasi dan bersendirian di dalam kelas.

Aman juga digelar “urine boy” kerana dia tidak sempat lari ke tandas jadi dia

kencing di longkang berdekatan kelas. Salah seorang rakannya menyebarkan isu

3

Page 4: Edu Assingment Kajian Kes Kanaga

kepada seluruh kawannya di dalam kelas. Gelaran tersebut memalukan Aman dan rasa

rendah diri untuk menyesuaikan diri dengan rakan-rakan di dalam bilik darjah.

Secara keseluruhan, keperluan asas seperti kasih saying, perhatian daripada

keluarga dan gurunya menyebabkan Aman mempunyai masalah displin tingkah laku di

dalam bilik darjah. Aman menginginkan kasih saying dan perhatian daripada guru,

rakan, dan ibu bapanya.

Modal pengurusan displin telah memperkenalkan bagi membantu guru dalam

membentukan tingkah laku pelajar. Model-model pengurusan displin berkaitan dengan

kes ini adalah Model Akibat Logical Dreikurs, Model Pengurusan Kelempok Kounin dan

Model Modifikasi Tingkah Laku B.F.Skinner

4.0 MODEL-MODEL PENGURUSAN BILIK DARJAH

4.1 MODEL AKIBAT LOGICAL DREIKURS

Model Akibat Logical Dreikurs Dreikurs  menekankan kepentingan guru

memberiikan kepercayaan dan tanggungjawab kepada murid-murid untuk bersama-

sama menjaga disiplin di dalam bilik darjah. Dalam model ini juga terdapat murid perlu

dilatih untuk mendapatkan kawalan kendiri terhadap pengurusan disiplin bilik darjah.

Murid dan guru bersama-sama memikul tanggungjawab dalam pengurusan disiplin bilik

darjah. Dreikurs berpendapat displin kendiri boleh dicapai di dalam suasana bilik darjah

yang demokratik.

Disamping itu guru perlu mengenalpasti punca salah laku. Pelajar juga

dibimbing untuk memaham peraturan di dalam bilik darjah. Seperti dalam kes ini, guru

Aman tidak mengenalpasti punca salah laku yang Aman lakukan dalam kelas.

Menurut dreikurs, masalah tingkah laku dalam bilik darjah berlaku disebabkan

oleh motif pelajar. Terdapat empat mptif iaitu inginkan perhatian, mencabar kuasa,

membalas dendam dan memaparkan kekurangan. Dalam dreikus juga terdapat cara-

cara menangani masalah tingkah laku murid di dalam kelas. Langkah pertama adalah

mengenal pasti motif murid yang menunjukan masalah tingkah laku. Langkah kedua

adalah guru harus membantu murid memahami motif yang ditunjukkan di dalam kelas.

4

Page 5: Edu Assingment Kajian Kes Kanaga

Langkah ketiga pula guru harus membantu murid tukar matlamat salah kepada

matlamat yang betul. Langkah keempat guru harus memberii bimbing murid

bertanggungjawab ke atas matlamat baharu. Dan langkah akhirnya guru harus

membantu murid melihat akibat di sebalik tingkah laku.

Sebagai contoh Aman bermotif yang menginginkan perhatian daripada rakan-

rakan sekelas dan guru dengan mengetuk mejanya. Dan dia juga cuba menarik

perhatian rakan-rakanya melalui bercakap tentang kereta retro.

4.2 Model Modifikasi Tingkah Laku B.F.Skinner

Secara ringkasnya model Modifikasi Tingkah Laku dipelopori oleh

Skinner. Model ini menggunakan prinsip peneguhan yang mengutamakan elemen -

elemen luaran untuk meningkatkan tingkah

laku. (Haliza Hamzah, Joy Nesamalar Samuel, Pengurusan Bilik Darjah, 2008).

Terdapat  dua jenis peneguhan iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif.

Peneguhan positif berlaku apabila rangsangan seperti hadiah, pujian dan sokongan di

atas apa yang dilakukan. Peneguhan ini diberikan untuk meningkatkan tingkah laku

murid yang diingini. Manakala peneguhan  negatif pula berlaku apabila rangsangan

yang lebih keras diberi. Rangsangan yang dikeluarkan adalah untuk meningkatkan

tingkah laku pelajar. Contohnya, cikgu sering kali meleteri pelajar supaya menyiapkan

kerja rumah, akhirnya pelajar menyiapkan kerja yang diberi. Dendaan adalah satu

proses atau tatacara untuk melemahkan atau mengurangkan berulangnya tingkah laku

yang tidak diingini. Tegasnya, dendaan adalah kesan negatif yang membawa kepada

pengurangan dalam kekerapan berlakunya tingkah laku tersebut. Contohnya, Pelajar

membuat bising dalam kelas dan guru membuat amaran kepada pelajar. Pelajar

berhenti membuat bising dalam kelas. Pembentukan tingkah laku boleh dilakukan

dengan memberiikan peneguhan yang berkala setiap kali selepas sesuatu tingkah laku

yang diingini ditunjukkan.

Menurut kes tersebut guru boleh menggunakan model B.F.Skinner dalam

beberapa situasi. Sebagai contoh, Aman selalu menangis apabila berada di sekolah

dan akan meraung dengan kuat secara berterusan jika dia tidak dapat melihat

5

Page 6: Edu Assingment Kajian Kes Kanaga

pembantu rumahnya dan semasa kerja kumpulan dia mengasingkan diri dan bermain

dengan pensilnya. Dia juga akan mengetuk jarinya di atas mejanya.

4.3 Model Displin Asertif Canter

Lee and Marlene Canter menubuhkan Canter Associates dan buku Assertive

Discipline: A Take-Charge Approach for Today’s Educator (1976). Model ini berasaskan

peneguhan terhadap tingkah laku yang diingini dan penerimaan murid terhadap akibat

daripada tingkah laku yang ditunjukkan. Menekankan penetapan dan kuat kuasa

peraturan dan memastikan peraturan dipatuhi dengan tegas. Model ini juga melibatkan

ganjaran dan dendaan akibat daripada peraturan yang ditetapkan disamping

pengurusan bilik darjah perlu dilakukan secara asertif (berkeyakinan dan tegas).

Canter menekankan tentang hak guru dan murid dalam bilik darjah. Oleh itu,

penguatkuasaan peraturan perlu untuk memastikan aktiviti bilik darjah berjalan lancar.

Hak tersebut adalah seperti hak guru adalah mengajar tanpa gangguan. Jadi guru perlu

menyediakan persekitaran pembelajaran yang membantu murid memilih tingkah laku

yang sesuai. Manakalah hak murid ialah untuk belajar dalam persekitaran kondusif.

Jadi murid perlu memilih dalam bertingkah laku. Canter berpendapat guru yang asertif

harus jelas dengan matlamat pengurusan, yakin dan tegas dalam menetapkan

peraturan. Pada masa yang sama, guru asertif mengambil berat dan berlaku adil

kepada semua murid. Di samping itu juga, guru yang asertif perlu memberiikan

pengiktirafan kepada murid-murid untuk menggalakkan tingkah laku yang diingini

manakala tindakan pembetulan dikenakan kepada murid-murid yang mengganggu hak

murid-murid lain untuk belajar dengan selesa. Dalam model Asertif ini, Canter ada

memperkenalkan Langkah-langkah Penerangan Pelan Pengurusan Bilik Darjah.

Langkah pertama adalah penerangan peraturan, guru perlu menerangkan peraturan

kelas dan sekolah kepada murid dengan terperinci. Langkah kedua ialah cara

pelaksanaan peraturan, guru perlu memastikan bagaimana peraturan di amalkan oleh

murid di dalam kelas ataupun di sekolah. Langkah ketiga pula adalah semak

kefahaman murid, guru perlu memastikan kefahaman terhadap peraturan jelas untuk

memahami peraturan. Langkah keempat adalah maklumkan tentang ganjaran, langkah

6

Page 7: Edu Assingment Kajian Kes Kanaga

kelima adalah Penerangan tentang tindakan pembetulan, dan langkah keenam pula

cara tindakan pembetulan dikenakan.

Menurut kes yang dipilih terdapat guru menggunakan Model Displin Asertif

Canter secara tidak langsung di dalam bilik darjah. Guru Aman telah memberiikan

teguran supaya tidak mengetuk meja semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam

bilik darjah dan membahagikan lima masa untuk menghantar kepada guru displin bagi

keingkarannya. Tetapi tiada perubahan dalam tingkah laku Aman. Dan juga guru boleh

mengamalkan Model Displin Asertif Canter didalam bilik darjah semasa rakan Aman

mengusik dan membuli Aman di dalam bilik darjah. Masalasah buli berlaku sebab guru

tidak menjelaskan peraturan sekolah dengan jelas kepada murid di dalam bilik darjah.

Guru Aman juga boleh menggunakan Model Displin Asertif Canter semasa Aman

mengasingkan diri dan bermain dengan pensil semasa kerja kumpulan di beri pada

waktu pengajaran dan pembelajaran.

5.0 STRATEGI PENYELESAIAN

Dreikurs telah mengaturkan beberapa cara untuk menangani pelajar yang

mempunyai motif yang salah seperti Aman cuba mendapatkan perhatian rakan-rakan

dan guru dengan mengetuk jarinya di atas meja dan ketukan berterusan sehingga

merengsakan semua. Sebagai langkah pertama guru harus kenal pasti motif Aman.

Seterusnya membantu pelajar untuk memahami motif yang ditunjukkan. Berdasarkan

ini, kita boleh mengatakan bahawa guru boleh diberi kesedaran kepada Aman dengan

menyatakan kesan sebenar yang dialaminya akibat daripada perbuatannya. Perlakuan

mengetuk jarinya di atas meja adalah menimbulkan perasaan marah daripada rakan-

rakannnya. Mereka juga akan rasa menjengkel dan tidak puas hati dengan ganguan

yang Aman melakukan dalam kelas. Kesedaran ini harus diberikan kepada Aman oleh

gurunya. Langakah ketiga pula, guru harus tukar matlamt salah kepada matlamat

baharu. Guru boleh ditunjuk cara perlakuan yang memberii pengiktirafan yang positif

seperti meminta Aman untuk belajar bersungguh-sungguh supaya mendapat

kecemerlangan dalam akademik yang mana ia memberii penghargaan daripada rakan-

rakannya dan meminta Aman memberi perhatian semasa guru mengajar dan

melibatkan diri dalam kerja kumpulan supaya mendapat pujian atau penghargaan yang

7

Page 8: Edu Assingment Kajian Kes Kanaga

positif daripada rakan-rakan dan guru. Langkah keempat pula, adalah bombing pelajar

yang bertanggungjawab terhadap matlamat baharunya apabila matlamat baharu

diperkenalakan kepada pelajar tanggungjawab tersebut harus dipikul oleh pelajar

tersebut.langkah yang kelima ialah membantu murid melihat akibat di sebalik tingkah

lakunya. Guru harus memberiitahu akibat daripada tingkah laku Aman. Guru harus

menyedarkan Aman dengan mengatakan bahawa semua rakan kelas akan rasa marah

dan menjengkel. Kebiasaanya pelajar tidak akan memikirkan akibat daripada

perbuatannya kerana mereka ikut kepada naluri mereka masing-masing.

Model B.F.Skinner menggunakan prinsip peneguhan yang mengutamakan

elemen-elemen luaran untuk meningkatkan tingkah laku yang diingini. Guru harus

menggunakan peneguhan positif untuk tingkah laku tertentu seperti semasa Aman baru

melangkah ke sekolah apabila dia menangis guru perlu mengunakan peneguhan positif

supaya dia menyesuaikan dirinya dengan sekolah. Semasa Aman tahun dua gurunya

telah mengabaikan Aman apabila dia memerlukan sebarangan pertolongan sepatutnya

guru Aman harus mengaplikasikan peneguhan positf supaya dia dapat penghargaan

setiap percubaan yang dia buat walaupun kalah membuat sesuatu kerja tetapi memberii

pujian untuk percubaan yang dia lakukan.

Selain itu, guru Aman harus menggunakan peneguhan negatif seperti hukuman

atau dendaan semasa Aman mengasingkan diri apabila diberi kerja kumpulan supaya

Aman tidak akan mengasingkan dirinya semasa kerja kumpulan. Guru Aman juga

harus memberii peneguhan negatif seperti dendaan kepada tingkah laku yang

mengetuk jarinya di atas meja semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku di dalam

kelas. Guru boleh memberii dendaan seperti tarik balik sebab mungkin Aman akan

mengubah tingkah lakunnya untuk benda yang tarik balik dan guru dapat

meningkatkan rangsanagan tingkah laku yang diingini oleh guru.

Selain guru harus memberiikan hukuman kepada rakan-rakan Aman yang mana

pernah melastikan Aman dengan gelung getah. Hukuman seperti ini akan memberii

amaran kepada pelajar lain dalam kelas supay tidak membuat tingkah laku seperti

mereka yang dihukumkan. Dan juga memberii dendaan kepada pelajar yang mana

memalukan Aman dengan memberii gelaran ‘urine boy’ dan mengusik Aman di dalam

8

Page 9: Edu Assingment Kajian Kes Kanaga

kelas. Dengan ini Aman dapat memberianikan diri dan tidak akan merasai rendah diri

sema di kalangan rakan sebayanya. Pelajar lain juga akan mempelajari kita tidak

sepatutnya membuli atau mengusik kawan kita.

Guru sepatutnya memainkan peranan sebagai guru dengan baik. Guru Aman

tidak memainakan perananya dengan betul apabila Aman menghadapi masalah.

Apabila guru mengaplikasikan Model Modifikasi Tingkah Laku B.F.Skinner semasa

menghadapi masalah tingkah laku di kelas semasa pengajaran dan pembelajaran

berlaku.

Model Displin Asertif Canter telah memberiikan hierarki tindakan pembetulan

canter untuk menyenangkan guru untuk mengatasi masalah displin tingkah laku di

dalam bilik darjah. Guru Aman tidak sepatutnya putus asa dengan tiada perubahan

apabila ditegur dan dihatarakan kepada guru displin malah harus mengikut cara

mengatasi masalah displin hierarki tindakan pembetulan canter. Langkah pertama

adalah memberii teguran atau amaran tentang peraturan kelas. Jika masalah tingkah

laku diteruskan guru harus mengamalakan langkah kedua hierarki canter time out 5

minit di belakang kelas atau hantar kepada guru displin supaya Aman tidak

mengulangkan masalah tingkah laku yang sama di dalam bilik darjah. Jika masih

diterusi oleh Aman guru harus mengambil langkah ketiga iaitu memanggil ibu bapa

Aman dan memberiitahu semua masalah tingkah laku yang Aman melakukan dalam

bilik darjah. Kali yang kelima masih Aman melakukan masalah displin tingkah laku

maka guru harus menghantarkan Aman kepada guru besar untuk mengamil tindakan

seterusnya terhadap Aman.

Model pengurusan kelempok Kounin menekankan kepada pengawasan dan

penyeliaan yang teliti guru dalam pengurusan bilik darjah. Kelancaran dan pelaksanaan

aktiviti perlu dilakukan guru untuk mengurus bilik darjah dengan baik. Dalam kes ini

guru tidak harus mengambil tindakan dengan segera. Malah harus mengawasi semua

perkara yang dilakukan oleh Aman di dalam bilik darjah.

Selain itu guru harus bertindak dengan tegas terhadap Aman untuk mengenal

punca salah laku di dalam bilik darjah. Kesan gelombang yang diperkenalkan dalam

9

Page 10: Edu Assingment Kajian Kes Kanaga

Model Konin sangat membantu guru di dalam bilik darjah untuk menyelesaikan masalah

displin. Apabla guru memberi teguran terhadap seorang pelajar yang melakukan

kesalahan, pelajar lain akan mengambil iktibar daripada tindakan guru tersebut dan

berusaha untuk tidak mengulangi kesalahan rakannya. Tambahan pula, peneguran

tersebut haruslah lebih spesifik kepada masalah tersebut supaya pelajar dapat

mengenal dengan jelas tujuan guru membuat teguran. Ini disebabkan walaupun

masalah ini dihadapi oleh Aman, peneguran harus diberikan kepada semua pelajar

supaya pelajar lain tidak terpengaruh kepada tingkah laku Aman. Dengan peneguran

sebegini semua pelajar akan mengetahui bahawa ini adalah tidak baik dan harus

dihindarkan.

Selain itu, strategi yang lain daripada model-model yang dibincangkan di atas

seperti memberi bimbingan dan kaunseling boleh di amalkan oleh guru untuk

menyelesaikan masalah displin dalam bilik darjah. Bimbingan dan kaunseling

merupakan salah satu kompenen yang penting dalam memperbaiki masalah-masalah

psikologi seseorang. Tingkah laku yang masalah memudarat sebenarnay terlahir

daripada masalah psikologi yang luar kawalannya. Maka Aman memerlukan motivasi

ekstinsik untuk mengatur balik tingkah laku yang baik dalam dirinya. Dengan ini dia

akan mendapat kesedaran mengenai kesalahan yang dilakukan dalam bilik darjah.

KESIMPULAN

Masalah displin dalam bilik darjah sebenarnya bermula daripada kekurangan keperluan

asas. Sebagai seorang guru, kita diamanahkan untuk membimbing pelajar supaya

dapat membetulkan kesalahan tingkah laku ataupun mengekalkan tingkah laku yang

baik. Model-model pengurusan displin seperti Model Akibat Logical Dreikurs, Model

Pengurusan Kelempok Kounin dan Model Modifikasi Tingkah Laku B.F.Skinner antara

model yang sesuai dalam pembentukan tingkah laku pelajar yang baik.

10

Page 11: Edu Assingment Kajian Kes Kanaga

Haliza Hamsah dan Jay Nesamalar Samuel ( 2014), Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku, Selangor : Oxford Fajar, Sdn.Bhd

DR. Eh Ah Meng ( 2003), Ilmu Pendidikan & Pengetahuan dan Ketrampilan Ikhtisas, Selangor : Fajar Bakti , Sdn.Bhd

Mok Soon Sang( 2013), Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku ( Edisi Ketiga ) , Selangor : Multimedia , Sdn.Bhd

Myint Swe Khine, Lourdusamy, Quek Choon Lang, Dan Angela F.L.Wong(2005). Classroom Management Facilitating Teaching And Learning. Pearson Education

South Asia Pte Ltd. Singapore.

Rosini Abu,dan Ramlah Hamzah (1998), Pedagogi 1, Selangor:Longman Malaysia. Sdn.Bhd.

Abd.Ghafar Md. Din (2003). Prinsip Dan Amalan Pengajaran.Selangor : Utusan Publication & Distributors Sdn.Bhd

11

Page 12: Edu Assingment Kajian Kes Kanaga

12

Page 13: Edu Assingment Kajian Kes Kanaga

Kajian Kes: Aman

Aman merupakan seorang murid Tahun 2 yang berumur 8 tahun. Dia merupakan

anak tunggal. Ayah Aman adalah seorang peniaga yang sibuk dan sentiasa

menguruskan perniagaannya di luar Negara. Ibu Aman bekerja di sebuah industrii

antarabangsa dan sering lewat balik ke rumah. Oleh itu, apabila Aman di rumah, dia

dijaga oleh seorang pembantu rumah. Pembantu rumah ini sudi memenuhi segala

keperluan harian Aman dari segi pembungkusan beg sekolah, memberi makan

sehingga mengikat tali kasutnya.

Aman mempunyai kesukaran menyesuaikan dirinya di sekolah rendah. Dia

selalu menangis apabila berada di Tahun 1. Pada mulaya, Aman akan berpaut kepada

kerusi atau meja dan menolak untuk pergi ke sekolah. Apabila berada di sekolah, dia

akan meraung dengan kuat secara berterusan jika tidak dapat melihat pembantu

rumahnya. Setelah Aman berasa lebih selesa dengan guru darjahnya, dia akan berpaut

kepada beliau atau cuba untuk mengikuti beliau ketika beliau ingin meninggalkan kelas.

Walaupun guru Tahun 1 mendapati bahawa kelakuan Aman sangat membingunkan,

beliau sanggup meluangkan masanya untuk Aman bagi menyelesaikan masalahnya

dengan penuh kesabaran. Dengan penjagaan dan perhatian daripada guru darjah,

Aman menjadi lebih mantap di semester 2. Pada akhir tahun pertama, Aman mendapat

keputusan yang tidak memuaskan dalam peperiksaan akhir tahun.

Pada awal permulaan Tahun 2, sebahagian daripada tingkah laku Aman pada

tahun pertama bertimbul semula. Guru darjah Tahun 2 berasa Aman perlu lebih

berdikari. Jadi, beliau mengabaikan Aman apabila dia memerlukan sebarang

pertolongan. Guru tersebut juga mendapati bahawa Aman juga mempunyai masalah

berkomunikasi dengan guru dan rakan sekelasnya. Dia tidak akan memulakan sesuatu

perbualan dan jarang memberi respon semasa perbualan. Dia jarang membuat eye

contact dengan orang lain. Semasa kerja kumpulan, dia akan mengasingkan diri dan

bermain dengan penselnya. Dia akan sering mengulangi gema perkataan yang disebut

oleh rakannya, menjengkelkan mereka dalam proses perbincangan. Dia juga akan

mengetuk jarinya di atas meja dan ketukannya berterusan sehingga merengsakan guru-

gurunya. Apabila diberitahu untuk berhenti, dia akan mematuhi untuk seketika dan

13

Page 14: Edu Assingment Kajian Kes Kanaga

melakukan perbuatan tersebut semula tidak lama kemudian. Kelakuan mengetuk ini

akan sering berlaku terutamanya sewaktu mata pelajaran Matematik. Apabila telah

dimarahi, Aman akan melukis gambar kereta di atas sekeping kertas kosong dan

enggan berhenti lukis walaupun diminta berhentikannya. Akibatnya, guru matematik

Aman telah membahagikan lima masa untuk menghantar Aman kepada guru disiplin

bagi keingkarannya. Malangnya, tiada perubahan yang diperolehi oleh Aman walaupun

berjumpa dengan guru disiplin. Namun demikian, perkara mengetuk meningkat di

dalam kelas selepas setiap perjumpaan.

Kadang-kala, Aman cuba untuk bercakap dengan rakan-rakan sekelasnya, tetapi

ia menjadi agak janggal kerana Aman berdiri terlalu dekat dengan mereka. Ini telah

menyebabkan rakannya kurang selesa lalu menjauhkan diri mereka daripada

mendekati Aman. Dia juga seolah-olah mempunyai fobia dengan gelung getah, ini

berkemungkinan besar akibat daripada kejadian apabila rakan sekelasnya pernah

menggunakan gelung getah untuk melastiknya. Selain itu, rakan Aman menyatakan

bahawa Aman menjengkelkannya kerana sentiasa bercakap tentang kereta retro

walaupun dia menyuruh Aman diam. Hal ini menjadikannya menyangka bahawa Aman

ingin menunjukkan pengetahuannya tentang kereta dan kekayaan keluarga.

Aman sering diusik oleh rakannya. Keusikkan itu meningkat selepas sesuatu

kejadian yang memalukan berlaku. Aman sangat memberi perhatian terhadap kerjanya

dan mengabaikan keperluan untuk pergi ke tandas. Dia menyedari bahawa dia tidak

sempat berlari ke tandas semasa dalam perjalanan. Oleh demikian, dia pun membuang

air kecilnya ke dalam longkang yang berhampiran dengan kelasnya. Perbuatan ini telah

disaksikan oleh salah seorang rakan sekelasnya yang melaporkan kepada seluruh

rakan sekelas. Apabila Aman balik ke kelas, rakan sekelasnya ketawa kepadanya dan

memanggilnya sebagai “urine boy”. Aman menarik dirinya ke satu sudut dan menangis.

Gurunya cuba memujuk Aman tetapi gagal akhirnya. Malangnya, gelaran “urine boy”

menyebabkan Aman selalu diejek oleh rakan-rakannya semasa kelas pendidikan fizikal.

Dia juga diusik atau diketawakan oleh rakan-rakan sekelasnya dengan meniru cara dia

berlari.

14

Page 15: Edu Assingment Kajian Kes Kanaga

15

Page 16: Edu Assingment Kajian Kes Kanaga

16