24

Click here to load reader

Assingment full sains

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Assingment full sains

BAHAGIAN 1

1.0 Pengenalan

Sains adalah suatu subjek yang sangat menarik kerana ia membolehkan kita

memahami banyak perkara dalam alam ciptaan Tuhan ini. Pembelajaran yang teratur

dan interaktif akan dapat membantu pelajar-pelajar meningkatkan serta menambah

kefahaman mereka berkaitan subjek sains di sekolah. Subjek sains juga mampu untuk

meningkatkan daya kognitif murid-murid untuk melatih mereka berfikir secara kritis

dalam menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi.

Pengajaran dan pembelajaran sains dalam kalangan murid Pendidikan Khas

Bermasalah Pembelajaran adalah jauh perbezaannya dengan methodologi Sains dalam

kalangan murid arus perdana. Mereka memerlukan kaedah pengajaran khusus bagi

membolehkan mereka untuk menguasai konsep-konsep asas sains serta konsep yang

absrak. Dalam mempersoalkan hal ini, para guru memainkan peranan yang sangat

penting dalam memberi pemahaman kepada murid bermasalah pembelajaran berkaitan

dengan pembelajaran dalam setiap topik seperti mana yang telah sedia ada dalam

sukatan pelajaran mereka. Dengan kata yang lebih mudah, para guru perlulah menjadi

lebih kreatif dan kritis dalam menghasilkan bahan bantu mengajar untuk diaplikasikan

kepada murid-murid di dalam bilik darjah.

Kepentingan mata pelajaran sains kepada murid-murid bermasalah pembelajaran

ini antaranya termasuklah meningkatkan sikap ingin tahu dan suka menyiasat,

memupuk gaya pemikiran yang logikal matematik melalui manipulasi objek secara

konkrit, meningkatkan kemahiran berfikir dan kemahiran proses Sains serta

mengembangkan kemahiran dalam menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian.

Terdapat juga beberapa strategi-strategi yang boleh diguna pakai bagi

menyampaikan konsep Sains dalam bilik darjah bagi murid-murid bermasalah

pembelajaran. Antara strategi yang dimaksudkan termasuklah inkuiri penemuan, kajian

lapangan, projek, eksperimen dan sebagainya. Namun begitu, tidak semua strategi

pengajara ini boleh diaplikasikan kepada murid-murid kerana semua ini bergantung

Page 2: Assingment full sains

kepada masalah yang mereka hadapi. Justeru, adalah menjadi tanggungjawab guru

untuk mencari strategi pengajaran yang sesuai dengan murid mereka agar

pembelajaran Sains dapat dilaksanakan secara optimum.

2.0 Masalah Berkaitan Pengajaran dan Pembelajaran Sains Dalam Kalangan Murid Bermasalah Pembelajaran

Masalah-masalah yang dialami oleh murid bermasalah pembelajaran merupakan

elemen yang paling penting untuk menjamin pencapaian objektif pembelajaran

sains di dalam bilik darjah. Guru perlu bijak menangani masalah murid dengan

mengaplikasikan variasi strategi dan juga pendekatan pembelajaran sehingga

menemui strategi-strategi yang sesuai dan memberikan impak yang positif terhadap

pembelajaran murid-murid.

Antara masalah yang biasa dialami oleh murid-murid berkeperluan khas ini

termasuklah masalah tingkah laku. Masalah tingkah laku itu sendiri mempunyai

dua kategori yang berbeza iaitu tingkah laku bermasalah positif dan juga tingkah

laku bermasalah negatif. Tingkah laku bermasalah positif bermaksud tingkah laku

positif yang ditunjukkan oleh kanak-kanak tetapi tingkah laku itu akan menjadi

bermasalah sekiranya dilakukan secara berlebihan atau tanpa kawalan dan boleh

menimbulkan masalah kepadanya. Sebagai contoh, sifat ingin tahu yang berlebihan

kepada seorang kanak-kanak boleh  menyebabkannya bertindak keterlaluan

sehingga menyusahkan dirinya sendiri dan juga orang lain. Sementara, tingkah laku

bermasalah negatif pula merupakan tingkah laku yang menimbulkan masalah

kepada dirinya dan juga orang lain. Terdapat pelbagai kategori tingkah laku

bermasalah negatif antaranya termasuklah tingkah laku disruptif (mengganggu),

tingkah laku distruktif (merosakkan), agresif, ponteng sekolah, pengasingan diri, dan

sebagainya.

Kebiasaannya, tingkah laku bermasalah negatif akan mencatatkan peratusan

yang tinggi yang dapat mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di

dalam bilik darjah seperti marah dengan tiba-tiba disebabkan oleh pelbagai faktor

Page 3: Assingment full sains

yang berlaku dalam persekitaran pembelajaran murid. Pendekatan yang digunakan

oleh guru tidak bersesuaian dengan murid juga boleh menjadi faktor terjadinya

masalah ini. Perkara ini akan memberi kesan negatif kepada pembelajaran mereka

di mana murid tidak mampu untuk menguasai sub topik pembelajaran terutamanya

bagi mata pelajaran sains.

Tingkah laku bermasalah kedua yang menyumbang kepada masalah murid

dalam pembelajaran sains ialah pengasingan diri. Murid-murid ini biasanya kurang

bermotivasi selain kurang bersosial sehingga memberi kesan kepada proses P&P

mereka. Murid yang mengalami masalah ini biasanya tidak suka untuk didampingi

sama ada oleh rakan-rakan mahupun guru. Hanya guru yang bijak mengawal

tingkah laku ini sahaja dapat mendampingi mereka. Hal ini disebabkan oleh

timbulnya perasaan percaya murid kepada guru untuk menyampaikan ilmu kepada

mereka selain menjadikan guru sebagai tempat untuk meluahkan perasaan atau

masalah yang dialami oleh mereka. Dalam masa yang sama guru perlu mencari

kekuatan atau bakat yang terpendam dalam diri murid-murid dan cua untuk

menyerlahkan bakat terpendam berkenaan. Melalui cara ini, murid –murid secara

perlahan-lahan akan dididik dengan semangat dan juga motivasi kendiri yang

penting bagi mereka terutamanya dalam proses P&P Sains sekaligus dapat

mengatasi masalah tingkah laku ini secara total.

Malu yang keterlaluan juga banyak memberi kesan terhadap pembelajaran

muid-murid berkeperluan khas untuk mempelajari Sains. Murid yang mengalami

masalah tingkah laku bermasalah negatif jenis ini kadangkala untuk berkomunikasi

dengan guru mereka sendiri adalah tidak berkecuali. Justeru, para guru perlu bijak

dalam menjalankan intervensi kepada murid-murid yang memiliki masalah tingkah

laku ini kerana mereka sukar untuk mempelajari Sains sekiranya tingkah laku ini

tidak diubah secara beransur-ansur. Hal ini kerana pembelajaran Sains adalah tidak

berfokus di dalam bilik darjah semata-mata kerana pembelajaran subjek ini turut

melibatkan aktiviti luar seperti kajian lapangan, simulasi serta pembelajaran secara

hands-on.

Page 4: Assingment full sains

Masalah lain yang menyebabkan murid bermasalah pembelajaran untuk

mempelajari Sains ialah sawan. Sawan merupakan rangsangan elektrik yang

berlaku di dalam otak secara tiba-tiba yang menyebabkan berlakunya perubahan

dalam tingkahlaku atau aktiviti kanak-kanak tersebut. Serangan sawan dapat

ditentukan apabila kanak-kanak kelihatan diam untuk seketika, terjatuh ke lantai

secara tiba-tiba diikuti dengan kaki dan tangan menyentak-nyentak, kaki dan tangan

menjadi kejang selain kelihatan keliru atau hilang kesederan. Tindakan serangan ini

terhadap kanak-kanak akan menyebabkan mereka sukar untuk mempelajari mata

pelajaran Sains di dalam blik darjah.

Bagi mengurangkan masalah ini, terdapat pelbagai jenis ubat-ubatan yang

digunakan bagi merawat atau mengurangkan kesan sawan ini dalam kalangan

kanak-kanak khas. Antara ubat atau dadah yan sering digunakan termasuklah

Vigabatrin, Lamotrigine, Topiramate dan sebagainya. Namun demikian, seperti

ubatan atau dadah lain, pengambilan ubatan ini akan memberikan kesan

sampingan terhadap tubuh badan murid seperti mengantuk, sakit atau pening

kepala, loya dan seumpamanya. Kesan sampingan ini turut memberi masalah

kepada murid untuk menguasai atau mengikuti subjek Sains di sekolah.

Mental antara masalah yang paling ketara dalam mempengaruhi P&P murid

dalam pembelajaran Sains. Antara masalah mental yang sering dialami oleh mereka

ialah ingatan jangka pendek. Perkara ini kebanyakannya terjadi dalam kalangan

murid hiperaktif dan juga slow learner. Adalah menjadi suatu kesukaran bagi murid-

murid ini untuk mengaplikasikan pembelajaran Sains secara praktikal dalam

kehidupan seharian kerana mereka tidak mampu untuk menguasai konsep-konsep

Sains yang mudah disebabkan oleh ingatan jangka pendek yang dialami.

Selain itu, mental yang terencat atau terencat akal juga turut menyumbang

kepada masalah penguasaan subjek Sains dalam kalangan murid bermasalah

pembelajaran. Terencat akal merupakan kanak-kanak yang mengalami

perkembangan minda dan daya pemikiran yang kurang ataupun tidak lengkap

termasuk kecacatan dalam fungsi intelek dan sosial. Secara normal, kanak-kanak

yang mengalami masalah yang minima tidak dapat dikesan sejak kecil. Terdapat

Page 5: Assingment full sains

tanda-tanda awal yang dapat digunakan bagi mengesan kanak-kanak ini yang

mengalami masalah akal terencat dan petanda ini dapat dipastikan menerusi ujian

klinikal dan juga ujian IQ (intelligence quotient).

Murid-murid yang mempunyai masalah akal terencat ini amat sukar untuk

menerima dan memahami sebarang konsep Sains terutamanya yang bersifat

abstrak seperti konsep angin, jirim, jisim, graviti dan sebagainya. Semua ini

memerlukan kreativiti dan juga kebijaksanaan guru dalam menggunakan

pendekatan dan juga strategi yang relevan dengan keperluan dan masalah yang

dialami murid. Bahan bantu mengajar (BBM) memainkan peranan penting dalam

menghadapi murid terencat akal bagi menguasai sebarang konsep Sains yang

dipelajari. Setelah kedua-dua ujian ini dilaksanakan, maka murid terencat ini akan

dikelaskan mengikut kategori IQ mereka seperti terencat akal ringan dengan skor IQ

50 hingga 75, sederhana 30 hingga 50 dan teruk dengan skor IQ 30 ke bawah.

Masalah lain yang dilihat mempunyai pengaruh besar terhadap masalah

pembelajaran murid pendidikan khas untuk mempelajari Sains ialah keadaan fizikal mereka. Masalah kecacatan fizikal merujuk kepada kanak-kanak yang mengalami

ketidakupayaan fizikal, dan memerlukan pengubatan atau peralatan khas seperti

pendakap atau kerusi roda dalam kehidupan seharian, Mohd Sharani(2006).

Masalah ini merangkumi ketidakupayaan yang berbentuk neorologi yang melibatkan

otak dan urat saraf yang mengalami kerosakan serta kecacatan ortopedik.

Kecacatan ortopedik ini merangkumi keabnormalan pada bahagian tulang, sendi

dan juga otot. Masalah fizikal ini akan menyebabkan murid berkeperluan khas ini

mengalami kesukaran dalam memberi tumpuan terhadap P&P Sains kerana mereka

tidak mampu untuk memberi tumpuan dalam tempoh masa yang lama disebabkan

oleh ketidakmampuan otot untuk berada dalam keadaan yang sama pada masa

yang lama.

Murid-murid yang mengalami masalah fizikal turut menghadapi kesukaran untuk

menulis atau memegang bahan-bahan yang bersifat konkrit seperti pensel alatan

eksperimen Sains dan sebagainya lagi. Perkara ini akan menyebabkan mereka

kurang berminat untuk mempelajari Sains bahkan semua subjek. Oleh yang

Page 6: Assingment full sains

demikian, guru harus bijak dalam mengubahsuai cara pengajaran bagi murid-murid

ini supaya mereka mempunyai minat untuk mempelajari apa-apa yang diajar guru

berkaitan dengan subjek Sains ini. Antara kategori murid yang mempunyai masalah

fizikal termasuklah spastik atau palsi serebral, muscular dystrophy, kekurangan

anggota (limb deficiencies) dan sebagainya.

Murid-murid bermasalah fizikal juga akan mempunyai masalah kesukaran untuk

membuat pergerakan disebabkan oleh halangan kecacatan fizikal yang dialami.

Masalah ini menyebabkan murid-murid tidak berupaya untuk menyertai aktiviti-

aktiviti Sains yang dilaksanakan oleh guru di dalam bilik darjah. Disebabkan oleh

masalah ini juga, murid-murid hanya dapat mempelajari Sains menerusi kaedah

penglihatan dan pendengaran semata-mata. Perkara ini melibatkan pengolahan

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam proses pembelajaran mereka.

Menerusi cara ini, kanak-kanak akan dapat mempelajari Sains dengan lebih

sempurna tanpa pergerakan fizikal.

Masalah komunikasi ini turut memberi kesan kepada para guru untuk

menentukan sama ada murid-murid mereka benar-benar faham terhadap isi

pelajaran atau sebaliknya. Perkara ini disebabkan oleh pertuturan murid yang sukar

difahami. Justeru, para guru perlulah membuat perancangan awal dan strategik

dalam proses P&P Sains agar segala imput yang disampaikan boleh diterima oleh

murid bermasalah komunikasi dengan baik. Antara kategori murid yang biasa

mengalami masalah komunikasi ini termasuklah murid sindrom Down, autisme,

hiperaktif, serebral palsi dan juga terencat akal.

Masalah konsentrasi singkat atau Attention Deficit Disorder (ADD) juga turut

tersenarai sebagai penyumbang kepada masalah murid berkeperluan khas untuk

mempelajari Sains. Sesetengah murid memerlukan guru yang berkebolehan untuk

menarik minat mereka untuk mempelajari sesuatu. Sekiranya pengajaran guru tidak

menarik akan menyebabkan murid ini ‘masuk’ ke dunia khayalan mereka dan akan

berinteraksi dengan ‘dunia’ tersebut tanpa mempedulikan individu yang berada di

Page 7: Assingment full sains

sekeliling mereka. Masalah ini akan menyebabkan murid sukar untuk mempelajari

subjek Sains kerana mereka hanya mampu memberikan tumpuan terhadap

pembelajaran hanya untuk seketika sahaja. Kebanyakan murid pendidikan khas

yang mengalami masalah ini ialah autisme. Mereka memerlukan kaedah pengajaran

yang benar-benar dapat menarik minat mereka untuk mempelajari sesuatu subjek

terutamanya subjek Sains seperti penggunaan ICT yang kreatif dan mampu untuk

menarik tumpuan mereka sehingga tamat masa pembelajaran. Namun demikian,

perkara ini tidak mudah untuk diaplikasikan kerana hal ini turut bergantung kepada

jenis murid dan sikap atau tingkah laku yang mereka tunjukkan.

Masalah bahasa yang dialami oleh murid-murid pendidikan khas bermasalah

pembelajaran (PKBP) juga turut menyumbang kepada kesukaran mereka untuk

menguasai kemahiran-kemahiran atau konsep-konsep mudah dalam Sains.

Menurut definisi yang dinyatakan oleh The American Speech-Language-Hearing

Association (ASHA) (1982), masalah bahasa ini merujuk kepada kecacatan atau

perkembangan pemahaman yang menyimpang atau kandungan bahasa atau

penggunaan dalam pertuturan, tulisan (atau kedua-duanya), atau sistem simbol

yang lain. Masalah tersebut mungkin melibatkan satu atau gabungan mana-mana

aspek bahasa berikut :

1) Bentuk bahasa (sistem fonologi, morfologi, dan sintaksis)

2) Kandungan bahasa (sistem semantik) atau

3) Fungsi bahasa dalam komunikasi (sistem pragmatik)

Definisi masalah bahasa yang berbeza diberikan oleh The National

Information Center for Children and Youth with Disabilities (1996), USA dengan

memutuskan bahawa masalah bahasa adalah kelemahan dalam keupayaan untuk

memahami dan atau menggunakan perkataan-perkataan mengikut konteks, sama

ada secara verbal dan bukan verbal. Penggunaan perkataan dan maknanya yang

kurang sesuai, tidak berupaya menyampaikan idea, bentuk tatabahasa yang kurang

sesuai, kurang perbendaharaan kata dan tidak berupaya untuk mengikut arahan

merupakan antara ciri yang ditunjukkan oleh murid-murid yang mengalami masalah

bahasa.

Page 8: Assingment full sains

Daripada definisi masalah bahasa yang dikemukakan oleh kepelbagaian

organisasi kanak-kanak, dapatlah dibuat perkaitan masalah ini dengan keupayaan

murid untuk menguasai konsep Sains yang diajar oleh guru. Pembelajaran Sains

juga tidak dapat dipisahkan dengan bahasa kerana kaedah pembelajarannya

memerlukan bahasa sebagai pengantara untuk memahami konsep yang

dikehendaki. Dengan wujudnya unsur bahasa dalam pembelajaran Sains, maka

perkara ini akan memberi masalah kepada murid-murid pendidikan khas

bermasalah bahasa untuk memahami kemahiran yang mereka pelajari dalam

subjek Sains di sekolah.

Murid yang mengalami masalah bahasa ini sukar untuk mengikut arahan

yang diberikan kerana mereka tidak dapat mengaitkan perucapan secara verbal

dengan semantik yang cuba disampaikan oleh pemberi arahan iaitu guru. Dalam

pembelajaran Sains juga, banyak arahan atau proses pembelajaran yang

memerlukan murid untuk menulis. Sebagai impaknya, pembelajaran murid ini akan

menjadi bertambah rumit kerana mereka turut bermasalah untuk mengenal simbol-

simbol bahasa yang lazimnya digunakan.

3.0 Cadangan Strategi-Strategi Yang Boleh Diubahsuai Bagi Mengatasi Masalah Murid Bermasalah Pembelajaran Untuk Memahami Konsep-Konsep Sains

Strategi merupakan kemahiran seseorang guru dalam membuat perancangan

dan mengurus kaedah serta pengajaran dengan tujuan untuk mencapai hasil

pembelajaran seperti mana yang telah ditetapkan sementara pengajaran pula

membawa maksud aktiviti ataupun proses yang berkaitan dengan penyebaran ilmu

pengetahuan atau kemahiran yang tertentu. Merujuk kepada Kamus Dewan edisi

ke-4, strategi pengajaran didefinisikan sebagai rancangan yang teratur untuk

mencapai matlamat atau kejayaan. Sekiranya dilihat dengan lebih terperinci dalam

konteks pendidikan, strategi pengajaran ini memberi pengertian kebijaksanaan

dalam memilih pendekatan serta kecekapan dalam merancang kaedah dan teknik

dalam satu-satu pengajaran bersandarkan kepada objektif pelajaran yang telah

ditentukan.

Page 9: Assingment full sains

Secara tuntasnya disini dapatlah disimpulkan bahawa strategi pengajaran

merujuk kepada teknik perancangan kaedah atau teknik mengajar berdasarkan

kepada sesuatu pendekatan untuk tujuan mencapai objektif pelajaran dengan

berkesan selain memberi impak yang positif kepada murid-murid. Dalam bidang

Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran, guru memainkan peranan yang sangat

penting dalam membuat analisis masalah setiap murid yang berada di dalam

sesebuah bilik darjah mereka. Langkah berikutnya ialah dengan mencari strategi-

strategi atau kaedah serta pendekatan yang bersesuaian dengan masalah yang

dialami oleh murid-murid mereka. Perkara ini tidak seharusnya dipandang ringan

kerana input pembelajaran murid-murid sama ada mereka dapat memahami

perkara-perkara yang diajar adalah bermula disini. Sekiranya guru gagal dalam

menyusun dan mengaplikasikan strategi pembelajaran, kemungkinan besar murid

tidak dapat menerima sebarang intipati pembelajaran terutamanya dalam subjek

Sains.

Daripada pernyataan di atas, para guru Pendidikan Khas wajar memberi

penekanan yang lebih terhadap pengetahuan berkaitan strategi-strategi yang perlu

dan berkesan dalam pembelajaran Sains murid-murid kurang upaya. Cara belajar

mereka mempunyai jurang perbezaan yang amat ketara sekiranya hendak

dibandingkan dengan murid-murid yang berada dalam arena pendidikan arus

perdana. Ketepatan strategi yang diaplikasikan guru terhadap pembelajaran murid

akan membolehkan murid menerima kandungan atau intipati pembelajaran Sains

dengan baik dan berkesan seterusnya membolehkan mereka menggunakan ilmu

Sains dalam kehidupan seharian yang berkaitan dengan konsep-konsep Sains yang

mudah dan praktikal untuk mereka.

Salah satu daripada strategi yang boleh digunakan oleh para guru di sekolah

dalam pembelajaran Sains dalam kalangan murid Pendidikan Khas ialah

eksperimen. Dalam strategi atau kaedah eksperimen ini terdapat banyak langkah-

langkah yang harus dilakukan oleh murid disertai dengan bimbingan guru. Antara

langkah yang harus dilaksanakan dalam proses membuat eksperimen ini

Page 10: Assingment full sains

termasuklah mengenal pasti masalah, membuat hipotesis, merancang eksperimen

(mengawal pemboleh ubah, menentukan peralatan dan bahan yang diperlukan,

menentukan langkah menjalankan eksperimen, kaedah mengumpul dan

menganalisis data), melaksanakan eksperimen, mengumpul data, menganalisis

data, mentafsir data, membuat kesimpulan dan juga membuat laporan. Daripada

langkah-langkah yang dinyatakan di atas, adalah jelas bahawa semua ini akan

memberikan kesulitan atau kesukaran kepada murid-murid bermasalah

pembelajaran untuk mengikuti sesi P&P Sains menerusi kaedah atau strategi

ekperimen. Oleh yang demikian, sedikit pengubahsuaian perlu dilakukan terhadap

kaedah eksperimen ini iaitu dengan cara pelaksanaan yang lebih mudah seperti

melakukan eksperimen dengan menggunakan alat dan radas yang bersesuaian.

Langkah-langkah dalam pelaksanaan eksperimen ini tidak perlu diterangkan satu

persatu kepada murid kerana perkara ini akan mengalihkan tumpuan mereka

terhadap pernyataan masalah yang hendak diselesaikan menerusi eksperimen yang

telah dirancang. Langkah pelaksanaan eksperimen ini boleh diterangkan kepada

murid-murid secara ringkas dan mudah setelah selesai melakukan aktiviti

ekperimen ini. Sekiranya kaedah eksperimen dijalankan seperti pengajaran kanak-

kanak normal maka risiko murid-murid khas tidak mencapai objektif pembelajaran

adalah sangat besar. Bagi murid yang mempunyai masalah hiperaktif, aktiviti

pembelajaran seperti ini adalah sangat menyeronokkan bagi mereka kerana mereka

gemar bermain dengan peralatan yang halus seperti peralatan eksperimen selain

mempunyai pergerakan fizikal yang aktif.

Sekiranya kaedah eksperimen ini sentiasa digunakan dengan memfokuskan

murid-murid hiperaktif untuk menguasai konsep-konsep asas dalam Sains maka

akan terbentuklah sebuah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan selain

meyakinkan murid-murid dengan penyelesaian masalah yang telah dilaksanakan

mereka dengan bimbingan guru. Oleh yang demikian, para guru perlulah menjadi

seorang berfikiran kritis terhadap cara belajar murid terhadap sesuatu subjek

terutamanya Sains untuk menjamin keberkesanan murid-murid terhadap isi

pelajaran yang dipelajari.

Page 11: Assingment full sains

Guru juga boleh menggunakan strategi bermain sebagai medium proses

pengajaran dan pembelajaran Sains yang efektif. “Belajar melalui bermain adalah

pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada murid

belajar dalam suasana yang menggembirakan dan bermakna. Pendekatan belajar

melalui bermain diberi penekanan khusus dalam proses pengajaran dan pembelajaran

kerana bermain adalah fitrah kanak-kanak. Melalui bermain mereka gembira dan

senang hati membuat penerokaan, penemuan pembinaan melalui pengalaman

langsung secara semula jadi”(Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, 2003).

Kaedah ini turut dapat mengurangkan rasa bosan dalam kalangan murid untuk

menyelesaikan permasalahan yang ada dalam subjek ini. Penggunaan aktiviti bermain

dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah adalah bersandarkan

kepada prinsip ‘bermain sambil belajar’ dan kaedah ini juga amat sesuai diaplikasikan

terhadap murid yang mengalami masalah hiperaktif, sindrom Down, lembam, autisme

dan lain-lain.

Bagi mengubahsuai kaedah atau strategi ini untuk diaplikasikan dalam kalangan

murid-murid bermasalah pembelajaran, guru perlu melihat terlebih dahulu bagaimana

murid mereka bermain. Maksudnya di sini sama ada murid mereka boleh menerima

arahan atau tidak, mampu mengikut peraturan-peraturan permainan atau sebaliknya

dan lain-lain perkara yang dirasakan perlu untuk dipertimbangkan sebelum

menggunakan strategi ini kepada murid. Daripada pengesanan permasalahan ini, guru

boleh membuat pengubahsuaian strategi untuk sesi pengajaran mereka dengan

berkesan. Contohnya permainan yang mempunyai kandungan pembelajaran ini tidak

memerlukan peraturan-peraturan khusus (lebih kepada kebebasan murid untuk

membuat keputusan sendiri) kerana melalui cara ini, murid akan lebih mudah untuk

menerima intipati pembelajaran dengan baik.

Strategi yang boleh diubahsuai berikutnya ialah strategi simulasi atau lakonan

semula. Penggunaan strategi ini membolehkan para guru mencapai objektif

pembelajaran dari segi isi kandungan, konsep, kemahiran dan sikap. Kaedah simulasi

ini juga boleh memperbaiki kesihatan mental selain memberi peluang kepada murid-

murid untuk meluahkan kreativiti masing-masing. Simulasi ini juga merupakan suatu

Page 12: Assingment full sains

situasi pembelajaran dalam keadaan yang terkawal dan sengaja diwujudkan sama

dengan situasi yang sebenar.

Pengubahsuaian strategi ini boleh dilakukan dengan melihat masalah murid dan

peranan yang boleh mereka laksanakan dalam sesebuah sesi pembelajaran. Sebagai

contoh, guru ingin menerangkan situasi atau kitaran hidup kupu-kupu. Melalui teknik

simulasi, guru boleh menggunakan kaedah main peranan ke atas murid-muridnya

dengan cara mereka yang mengalami masalah autisme bertindak sebagai telur rama-

rama yang melekat pada sehelai daun, murid sindrom Down sebagai beluncas, pupa

juga dilakonkan oleh murid autisme, dan rama-rama dewasa dilakonkan oleh murid

hiperaktif. Pengubahsuaian strategi ini dapat dilihat menerusi main peranan kepada

murid yang sesuai dengan watak mereka dalam dunia realiti ini. Melalui cara sebegini

murid akan dapat melihat dan memahami dengan lebih jelas sari pembelajaran mereka

pada hari tersebut sekaligus dapat mencapai objektif pembelajaran yang telah

ditetapkan oleh guru.

Pengubahsuaian strategi seterusnya ialah kerja berkumpulan. Lazimnya kerja

berkumpulan ini dilaksanakan dalam kalangan murid di arus perdana sahaja. Namun

demikian, strategi ini turut mempunyai impak yang positif kepada murid-murid

bermasalah pembelajaran dalam usaha untuk memberi kefahaman kepada mereka

untuk menguasai konsep-konsep Sains. Pelaksanaan strategi ini boleh diubahsuai

dengan cara meletakkan murid yang mempunyai masalah yang sama dalam sesuatu

kumpulan. Melalui cara ini, murid-murid akan berusaha untuk menyelesaikan sesuatu

masalah yang diberikan selain bersaing dalam kalangan mereka siapa yang lebih hebat

untuk mencari penyelesaian dengan bimbingan guru. Seperti yang sedia maklum,

kanak-kanak gemar untuk menunjukkan kehebatan masing-masing dalam sesuatu

perkara untuk menarik perhatian guru semasa proses P&P berlangsung. Kerja

berkumpulan ini boleh dilakukan terhadap murid-murid yang bermasalah seperti

autisme, sindrom Down, serebral palsi, dan juga lembam. Strategi ini tidak digalakkan

kepada murd-murid hiperaktif kerana mereka tidak mampu mengikuti sesi pembelajaran

dengan baik menerusi strategi ini memandagkan mereka memerlukan sesi

pembelajaran yang lebih kepada pergerakan fizikal.

Page 13: Assingment full sains

Strategi hands-on juga boleh diubahsuai untuk diaplikasikan terhadap murid-murid

bermasalah pembelajaran ini. Pengubahsuaian yang perlu dilakukan ialah dengan

menggunakan alatan radas yang tidak membahayakan semasa melaksanakan sesuatu

aktiviti berbeza dengan alatan yang digunakan oleh murid diarus perdana yang

menggunakan peralatan sebenar untuk pembelajaran Sains mereka. Semasa aktiviti

berjalan, guru perlu berada disisi murid sepenuh masa bagi memberi keyakinan kepada

murid selain membantu mereka untuk menjalankan aktiviti dengan baik. Hal ini kerana

kebanyakan murid pendidikan khas ini bermasalah dalam kemahiran motor halus

mereka seperti penggunaan otot tangan untuk memegang sesuatu. Guru perlu

membantu murid dengan memegang tangan mereka semasa proses pembelajaran

secara hands-on ini berlangsung. Secara tidak langsung, sentuhan guru kepada murid

akan memberi tindak balas yang positif dalam diri mereka selain mendapat sokongan

secara instrinsik dalam pelaksanaan aktiviti yang dilakukan.

Strategi lain yang boleh digunakan dalam P&P Sains terhadap murid berkeperluan

khas ini termasuklah aktiviti lawatan. Pembelajaran Sains amat praktikal untuk

dilakukan kerana strategi pengajaran jenis ini sesuai untuk semua kategori murid

pendidikan khas sama ada murid hiperaktif, serebral palsi, sindrom Down, lembam,

terencat dan lain-lain. Strategi ini dilihat tidak memerlukan sebarang pengubahsuaian

kerana kelihatan ‘neutral’ untuk dilaksanakan. Antara standard kandungan yang sesuai

untuk melakukan aktiviti lawatan ini ialah berkaitan dengan haiwan, tumbuh-tumbuhan,

alam dan fenomena dan lain-lain yang bersesuaian. Penjaga murid sama ada ibu bapa,

adik beradik mahupun saudara terdekat haruslah dijemput untuk menyertai aktiviti ini

bersama-sama bagi menjamin keselamatan murid selain meringankan beban guru

untuk mengawal pergerakan dan tingkah laku mereka yang pelbagai.

Antara kelebihan yang diperoleh murid menerusi pembelajaran Sains menggunakan

teknik atau kaedah lawatan ini ialah murid dapat mempelajari sesuatu berkaitan dengan

Sains dalam dunia atau situasi sebenar sekaligus memberi pemahaman yang konkrit

berkenaan dengan konsep-konsep yang ada dalam pembelajaran Sains. Strategi

pembelajaran secara lawatan juga akan mendedahkan murid dengan situasi

pembelajaran yang berbeza daripada lazimnya di dalam bilik darjah yang agak terhad

Page 14: Assingment full sains

untuk pembelajaran secara meluas dan menyeluruh dalam kalangan murid pendidikan

khas. Kesimpulan yang boleh dibuat di sini ialah aktiviti lawatan dapat memberi peluang

kepada murid untuk berada dalam suasana pembelajaran yang optimum dan terbuka

selain memberi impak positif terhadap pemahaman mereka berkenaan dengan Sains.

BAHAGIAN 2

Page 15: Assingment full sains

BAHAGIAN 3

Syukur alhamdulillah kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga saya

menyiapkan kerja kursus pendek(KKP) ini. Di kesempatan ini, saya ingin memberikan

refleksi sepanjang penglibatan saya dalam menyiapkan tugasan ini.

PISMP PK1 telah mendapat tugasan PKB 3110 oleh pensyarah iaitu Cik Fauziah

bt Hj. Yahya. Beliau telah memberikan penerangan tentang segala tugasan ini. Beliau

telah menerangkan perkara-perkara yang perlu dilakukan dari awal hingga akhir.

Sewaktu penerangan berjalan, berlaku sedikit kekeliruan diantara pemahaman kami

semua, iaitu terdapat percanggahan pemahaman terjadi. Pada waktu itu saya berasa

keliru dan takut untuk memulakan tugasan ini kerana takut tersalah tafsir. Tetapi atas

kesungguhan dan bimbingan dari pensyarah kami, kami semua dapat memahami

dengan jelas segala kehendak soalan. Selain itu, pensyarah pembimbing turut

memberikan tunjuk ajar yang berkesan di dalam kelas. Bimbingan dari beliau telah

menaikkan semangat untuk melaksanakan tugasan dengan baik.

Pada waktu ini, kami semua telah disuruh untuk melakukan kerja tugasan ini

secara berpasangan. Kami telah memilih untuk melaksanakannya secara berdua. Saya

telah melaksanakan tugasan ini bersama Fadhilah binti Othman. Kami satu unit telah

membuat pertukaran-pertukaran ahli kumpulan. Hal demikian untuk membiarkan semua

dapat berkerjasama tanpa mementingkan dan memilih rakan-rakan yang rapat sahaja.

Page 16: Assingment full sains

Ini menunjukkan tiada istilah ”memilih rakan” di dalam kerja berkumpulan ini dan secara

tidak langsung dapat merapatkan lagi perhubungan sesama rakan sekelas.

.

Terlebih dahulu, saya dan rakan telah mengumpulkan maklumat-maklumat yang

diperlukan. Banyak maklumat yang dapat dicari. Pada waktu itu kami semua saling

bantu-membantu dalam mencari maklumat ini. Sikap tolong-menolong dan boleh

bekerjasama memberi kesan yang positif dan memudahkan segala pencarian atau

menyelesaikan masalah.

Selain itu, saya juga telah mencari maklumat melalui kemudahan internet.

Kesukaran sedikit dapat dirasa disitu, apabila di asrama tiada kemudahan ”wireless”

disediakan. Jadi saya telah membuat inisiatif untuk meminjam ”moderm” dari rakan-

rakan di bilik lain. Rakan-rakan yang memahami dan boleh bekerjasama memudahkan

pencarian saya. Selain itu, saya juga telah meminjam buku-buku yang berkaitan

dengan tugasan ini dari pelajar-pelajar yang lebih senior dari saya. Perhubungan yang

baik diantara senior dan junior lebih memudahkan saya bertanya dan meminjam buku-

buku yang diperlukan. Ini menunjukkan perhubungan yang baik di antara sesama

”jiran-jiran” di asrama penting untuk memudahkan pencarian maklumat.

Pada semester ini merupakan kali pertama saya dan rakan-rakan akan menjalani

praktikum. Ooleh itu, di dalam tugasan ini juga meminta kami semua untuk membuat

Rancangan Pengajaran Harian(RPH). Kami semua juga diminta untuk menjalankan

pengajaran mikro di dalam kelas. Bagi saya ia merupakan cara yang bagus untuk

memberi peluang kepada semua guru pelatih melatih diri untuk mengajar. Peluang

yang diberikan, dapat kami gunakan dengan sebaik mungkin.

Disebabkan mendapat kerjasama daripada semua pihak, tugasan ini dapat

disiapkan awal sebelum tarikh menghantarnya. Saya berharap agar dapat melakukan

tugasan yang seterusnya dengan mendapat kerjasama seperti sekarang. Segala

Page 17: Assingment full sains

kerjasama daripada semua pihak amat diharapkan dan memudahkan segala tugasan

yang diberikan.