Euthanasia Pandangandariagamaberlainan 090904045009 Phpapp02

  • View
    225

  • Download
    0

Embed Size (px)

Text of Euthanasia Pandangandariagamaberlainan 090904045009 Phpapp02

Euthanasia Pendahuluan

Universiti Tunku Abdul Rahman

Perkataan euthanasia berasal daripada bahasa Yunani eu (Baik) dan thanatos (Mati), yang digabungkan menjadi mati dengan baik. Dengan kata lain, euthanasia membawa maksud tindakan menamatkan hidup seseorang dengan sengaja kerana seseorang tidak dapat menahan kesakitan yang dibawa oleh penyakit atau seseorang tidak dapat diubati dengan perubatan yang sedia ada. Selain itu, euthanasia juga bermakna kematian dengan aman tanpa kesakitan. Euthanasia boleh dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu voluntary euthanasia, non-voluntary euthanasia, involuntary euthanasia, euthanasia aktif, dan euthanasia pasif. Pada masa kini, hanya beberapa negara yang membenarkan perlaksanaan euthanasia, iaitu Holland, Belgium dan negeri Oregan serta negeri Washington di Amerika Syarikat. Euthanasia tidak dapat dilaksanakan di seluruh dunia kerana perbuatan tersebut boleh membangkitkan persoalan moral, dan bertentangan dengan ajaran agama serta undang-undang yang sedia ada

Secara umum, euthanasia hanya dapat dilaksanakan di tempat-tempat yang meluluskannya sekiranya mendapat permintaan daripada pesakit yang nazak (voluntary euthanasia). Dalam kes koma, sesetengah keluarga pesakit akan membuat permohonan untuk melaksanakan euthanasia ke atas pesakit supaya kematiannya boleh dipercepatkan (Nonvoluntary euthanasia). Euthanasia boleh dilaksanakan dengan menyuntik ubat-ubatan yang membawa mautan (euthanasia aktif) atau dengan menghentikan bekalan ubatan, keperluan asas dan langkah-langkah yang diperlukan untuk melanjutkan hidup pesakit (euthanasia pasif).1 Perlaksanaan euthanasia untuk menamatkan hidup seseorang yang tidak mempunyai harapan untuk sembuh telah membangkitkan pelbagai soalan moral dalam masyarakat. Isu ini

1

Mohd Ilham Ismail, (23 Mac 2005), Konsep Otak Mati dan Euthanasia, http://members.tripod.com/tibbians/ilham.pdf (30 Januari 2009)

Pr e

vi

ew

di negara masing-masing.

O nl

y

1

Euthanasia

Universiti Tunku Abdul Rahman

melibatkan pelbagai perspektif yang mempunyai idea yang berbeza. Daripada perspektif pesakit, kadang-kala penyakit yang dihidapi akan membawa pelbagai kesakitan dan penderitaan yang tidak dapat ditanggung oleh pesakit. Sebab itu, kebanyakan pesakit yang masih bersedar mempunyai kecenderungan yang tinggi untuk berputus asa dan memilih untuk menamatkan hidupnya tanpa kesakitan. Akan tetapi, ahli keluarga pesakit boleh menghadapi dilemma dalam membuat keputusan jika pesakit tersebut berada dalam keadaan koma. Dengan melaksanakan euthanasia, kos perubatan yang ditanggung oleh ahli keluarga dapat diringankan tetapi pada masa yang sama, adakah itu pilihan yang diingini oleh pesakit untuk menamatkan hidupnya? Dalam proses membuat keputusan, ahli keluarga juga akan menghadapi tekanan daripada pelbagai aspek, termasuk masyarakat, diri sendiri dan lain-lain. Manakala dalam perspektif perubatan, euthanasia membawa alternatif kepada pesakit dan tindakan ini boleh menamatkan hidup seseorang tanpa kesakitan dan menghentikan

masa merekalah yang mengambil keputusan sama ada pesakit berkelayakan untuk menerima euthanasia. Tetapi pada masa yang sama, sebahagian pesakit akan berasa takut sekiranya doktor yang merawatinya berpendapat bahawa pesakit tidak dapat disembuhkan dan doktor akan melaksanakan euthanasia kepadanya. Keyakinan antara pesakit dengan doktor mungkin akan dikurangkan sekiranya euthanasia sentiasa dilaksanakan oleh doktor. Dalam soal agama, kebanyakan agama percaya bahawa hidup seseorang adalah diberikan oleh Tuhan dan manusia tidak menpunyai hak untuk menamatkan hidup. Jelaslah isu euthanasia menerima bantahan yang tegas daripada ahli agama. Oleh itu, perbuatan euthanasia bukan sahaja melibatkan pesakit sahaja tetapi juga melibatkan ahli keluarga, ahli perubatan, isu agama dan lain-lain. Dengan ini, isu euthanasia harus diuruskan secara teliti supaya isu ini tidak menjadi isu perbalahan dalam lapisan masyarakat.2

Pr e

vi

ew

penderitaan. Doktor memainkan peranan yang penting dalam isu ini kerana pada kebanyakan

O nl

y

Euthanasia Huraian Isu Sejarah euthanasia

Universiti Tunku Abdul Rahman

Perkataan euthanasia yang digunakan pada kali pertama adalah dipercayai terdapat dalam karya Suetonius, seorang sejarawan Roman, bertajuk De Vita Caesarum--Divus Augustus, yang menghuraikan kematian Augustus Caesar. Petikan di bawah merupakan salah satu petikan di dalam karya tersebut.

"...while he was asking some newcomers from the city about the daughter of Drusus, who was ill, he suddenly passed away as he was kissing Livia, uttering these last words: "Live mindful of our wedlock, Livia, and farewell," thus blessed with an easy death and such a one as he had always longed for. For almost always, on hearing that anyone had died swiftly and painlessly, he prayed that he and his might have a like

Kira-kira 400 S.M., salah satu frasa dalam Sumpah Hippokratik oleh Hippocrates, seorang ahli perubatan Greek yang amat terkenal, menyatakan bahawa

Saya tidak akan memberi ubat yang boleh membawa kemautan kepada sesiapa pun walaupun diminta ataupun dicadangkan.3

di mana inilah dipercayai bermulanya konsep pertentangan euthanasia. Manakala penyokongan idea euthanasia yang pertama adalah pada abad ke-16, oleh Thomas More. Dia berpendapat bahawa apabila seseorang pesakit menghidapi penyakit yang

2

The Life Information Charitable Trust, (2007), General History of Euthanasia, http://www.euthanasia.org.nz/about-euthanasia/history-global/1/ (2 Februari 2009) 3 Michael North, National Library of Medicine, Hippocratic Oath, (2002), http://www.nlm.nih.gov/hmd/greek/greek_oath.html (8 Februari 2009)3

Pr e

vi

ew

euthanasia, for that was the term he was wont to use. "2

O nl

y

Euthanasia

Universiti Tunku Abdul Rahman

tidak dapat diubati dan dia menderita disebabkan penyakit tersebut, dia haruslah dinasihatkan supaya matikan diri. Pesakit tersebut sepatutnya menyedari bahawa penyakitnya yang langsung tidak dapat diubati akan menjadi beban orang lain dan penderitaannya akan menyebabkan orang lain berasa kasihan terhadapnya. 4 Undang-undang Inggeris iaitu English Common Law telah membantah perbuatan pembunuhan diri, sama ada dengan sendiri ataupun dengan bantuan pihak ketiga sejak tahun 1300 sehingga abad lepas. Dalam English Common law, Bracton, seorang pihak autoriti yang paling awal untuk hukum tersebut, menyatakan bahawa

Sesiapa yang membunuh diri disebabkan oleh ketidakinginan untuk menerima penderitaan badan yang selanjutnya akan dirampaskan harta benda peribadi, tetapi tidak akan merampas hartanya yang berharga.. 5

Pada akhir abad ke-18, Prussia telah menggubalkan undang-undang bagi meringankan hukuman kepada sesiapa yang membantu dalam pembunuhan pesakit yang menghidapi penyakit yang tidak dapat diubati pada 1 Jun 1794. Sejak abad-ke 19, isu euthanasia menjadi semakin hangat didebati di kebanyakan negara, terutamanya di Amerika Utara dan Eropah. Pengubalan akta yang anti-euthanasia iaitu mengharamkan pembunuhan diri dengan bantuan di dalam undang-undang Amerika di New York pada 10 Disember 1828 telah menyebabkan beberapa negeri Amerika Syarikat seperti California dan Dakota turut menggunakan akta tersebut sebagai contoh di setiap negeri masing-masing. Manakala di antara tahun 1857 dan 1865, Suruhanjaya New York yang diketuai oleh Dudley Field telah merangka kod jenayah yang melarangkan pembantuan dalam pembunuhan diri, terutamanya dalam Pembekalan

4

Aysegil Demirhan Erdemir dan Omur Elcioglu, (2001), Eubios Journal of Asian and International Bioethics 11, Eubios Ethics Institute, 47-49. 5 Neil McGill Gorsuch, (2006), The Future of Assisted Suicide and Euthanasia, Princeton University Press, 2829.4

Pr e

vi

ew

O nl

y

Euthanasia

Universiti Tunku Abdul Rahman

kepada seorang dengan sebarang ubat atau senjata yang boleh menyebabkan kemautan, walaupun niat orang tersebut yang hendak mengambil nyawa sendiri telah diketahui. 6 Walaubagaimanapun, dengan kepesatan dalam teknologi perubatan, Amerika Syarikat pada abad ke-20 mulai menimbang semula akta anti-euthanasia tahun 1828 berulang-kali. Pada tahun 1889, Nietzsche, seorang ahli falsafah Jerman menyokong kematian secara sukarela dengan karya falsafahnya yang bertajuk Thus Spoke Zarathustra.

Many die too late, and some die too early. yet strange sounds the precept: Die at the right time!Die at the right time! So teach I, Zarathustra.

My death, praise I unto you, the voluntary death, which cometh unto me because I want it.

Manakala seorang peguam Jerman bernama Jost telah menyediakan sebuah buku bertajuk Killing Law pada tahun 1895. Jost menekankan bahawa hanya mereka yang menghidapi penyakit maut boleh diizinkan kematian jika mereka sendiri meminta untuk dimatikan. Penyokongan isu euthanasia di Jerman diteruskan dengan penerbitan sebuah buku kecil bertajuk The Release of the Destruction of Life Devoid of Value pada tahun 1920 oleh dua orang professor Jerman, Alfred Hoche dan Karl Binding yang menyokong pengambilan nyawa makhluk yang tidak bernilai. Mereka juga berpendapatan bahawa seseorang pesakit yang meminta bantuan untuk mati berhak untuk mendapatkan bantuan tersebut daripada doktor, jika di bawah keadaan yang terkawal. Buku inilah yang telah menjadi asas euthanasia bukan sukarela kepada Nazi Jerman.7

6 7

History of Euthanasia, (2009), http://www.euthanasia.com/historyeuthanasia.html (5 Februari 2009) Malcolm Muggeridge, (1980), The Humane Holocaust, < http://www.prolifeforum.org/ethics/muggeridge.asp> (18 Februari 2009)5

Pr e

vi

ew

O nl

Nietzsche - Thu