29
HBAE 3103 FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER SEPTEMBER 2014 HBAE 3103 SARJANA MUDA PENGAJARAN ( PENDIDIKAN RENDAH ) DENGAN KEPUJIAN KRAF TRADISIONAL NAMA : NORAINI MA’ARIAH BT TAJIDIN NO. MATRIKULASI : 740607105946001 NO. KAD PENGENALAN : 740607105946 NO. TELEFON : 012 6854864 E-MAIL : [email protected] 0

HBAE 2203 NORAINI MA'ARIAH BT TAJIDIN ( 740607105946 ).doc

Embed Size (px)

Citation preview

HBAE 3103

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER SEPTEMBER 2014HBAE 3103SARJANA MUDA PENGAJARAN ( PENDIDIKAN RENDAH )

DENGAN KEPUJIAN

KRAF TRADISIONALNAMA

:NORAINI MAARIAH BT TAJIDINNO. MATRIKULASI

: 740607105946001

NO. KAD PENGENALAN: 740607105946NO. TELEFON

: 012 6854864E-MAIL

: [email protected] PEMBELAJARAN: SHAH ALAM LEARNING CENTRE

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

1.0 Pengenalan

2

2.0 Jenis-jenis Kraf Tradisional2.1Tembikar

2.2Tenunan Songket2.3Ukiran

2.4Batik3.0Motif Ragam Hias Bagi Kraf Tradisional4.0Fungsi Motif Kepada Budaya Dan Aktiviti Masyarakat

5.0Rujukan1.0Pengenalan

Kesenian merupakan salah satu peninggalan generasi terdahulu dan merupakan lambang kebudayaan masyarakat Melayu. Dengan wujudnya keseniaan ini, maka akan tergambarlah identiti sesuatu bangsa atau masyarakat. Bagi masyarakat Melayu mereka memang terkenal dengan warisan kesenian kraf tradisional mereka sendiri. Kraf tangan menurut sumber yang diperolehi dari Akta 222- Akta Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia 1979 ialah barangan yang dihasilkan menggunakan kemahiran tangan, dikeluarkan dengan menggunakan alat atau peralatan mudah yang dijalankan secara sendiri atau tidak langsung oleh pengusaha.

Manakala kraf tradisional pula ialah hasil kerja seni yang melibatkan hasil kerja tangan yang memerlukan daya cipta dan kreativiti oleh masyarakat yang dihasilkan secara turun - menurun . Antara kraf tradisional yang dihasilkan termasuklah membuat tembikar, batik, anyaman, tekat, membuat wau, gasing, perhiasan diri, ukiran, tenunan dan sebagainya.

Kraf tradisional merupakan merupakan warisan peninggalan nenek moyang kita yang terkenal dengan budaya-budaya Melayu yang tidak lapuk di telan zaman. Kebanyakan kraf tradisional yang dihasilkan dahulu digunakan untuk tujuan kegunaan harian atau kegunaan kerohanian. Walau bagaimanapun, terdapat kraf tangan yang dihasilkan untuk tujuan yang lain bergantung pada keperluan masyarakat ketika itu.

Kraf tradisional juga dikenali sebagai salah satu peninggalan yang diwarisi dari satu generasi ke satu generasi yang lain. Setiap bangsa dan masyarakat di seluruh negara pasti mempunyai kraf tradisional yang diperturunkan kepada generasi yang baru. Kraf tradisional dalam kebudayaan Melayu mempunyai ciri-ciri dan nilai estetika yang tersendiri. Selain itu, karya kraf tradisional budaya Melayu juga turut dipengaruhi oleh kehidupan sesebuah masyarakat setempat. Ciptaan kraf tradisional Melayu turut berubah sejajar dengan perkembangan agama Islam di Tanah Melayu. Dengan kesedaran yang mendalam ini, mereka turut mencipta kraf tangan yang boleh berfungsi serta dapat memenuhi keperluan mereka tanpa mengenepikan tuntutan keagamaan mereka. Maka dengan itu, lahirlah ciptaan kraf tradisional Melayu yang dipengaruhi oleh ajaran Islam yang mengenepikan ragam hias yang berbentuk figura manusia ataupun haiwan.

Kebanyakan penghasilan kraf tradisional Melayu ketika itu banyak menggunakan motif ragam hias fauna sebagai subjek penciptaan. Mereka turut mengaplikasikan penggunaan ragam hias berunsurkan geometri, arabes, motif flora dan fauna, di samping penggunaan motif ayat-ayat Al Quran di dalam karya mereka. Walaupun ketika itu masyarakat Melayu telah dijajah oleh beberapa kuasa asing, namun keseniaan dam keaslian ragam hias kraf tradisional Melayu tidak terpengaruh dengan budaya dan pengaruh budaya penjajah.

Kesimpulannya, kraf tradisional Melayu dilihat masih lagi terpelihara dan mempunyai nilai estetik yang tinggi. Kraf tradisional Melayu seperti songket, anyaman,batik, ukiran, tenunan, tekat, tembikar dan perhiasan yang lain tetap mempunyai keistimewaan yang tersendiri dan mampu bersaing setanding dengan seni budaya tamadun yang lain. Oleh sebab itu, generasi muda kita mestilah berusaha mengenali dan menghargai kraf tradisional Melayuini agar ia terus dihargainya dan diingati dari satu generasi ke satu generasi yang lain.

2.0Jenis-jenis Kraf Tradisional

2.1Tembikar

Tembikarmerupakan hasil kraf tradisional yang dihasilkan menggunakan tanah liat yang telah dibentuk, dibakar seterusnya digilap untuk dijadikan keperluan harian. Tembikar juga turut dikenali sebagai seramik dan porselin wares. Terdapat beberapa jenis tembikar dihasilkan oleh pembuat tembikar di Malaysia. Tembikar yang dihasilkan adalah berbeza dari satu negeri ke satu negeri yang lain. Perbezaannya penciptaan tembikar dilihat dari segi teknik pembuatan serta dipengaruhi oleh budaya dan latar belakang masing-masing.

Tembikar merupakan hasil pertukangan yang paling yang awal dikesan dalam perkembangan tamadun manusia.Ketika itu, tembikar dicipta bagi memenuhi keperluan kehidupan harian dan keperluan kerohanian masyarakat ketika itu. Menurut Adi Taha tembikar merupakan satu unsur penting dalam memahami dan mengetahui perkembangan sejarah kebudayaan masyarakat kerana ia melambangkan keupayaan manusia pada masa prasejarah membuat satu kaedah pembuatan dan pengeluaran atau teknologi bagi kesejahteraan masyarakat tersebut.

Di Malaysia, tembikar mula digunakan sejak Zaman Neolitik. Ini dapat dibuktikan dengan penemuan tembikar di beberapa tempat seperti diGua Cha di Kelantan , Ulu Tembeling di Pahang dan Gua Niah di Sarawak. Keperluan tembikar ketika itu lebih kepada penggunaan alatan kegunaan seharian seperti memasak dan menyimpan makanan dan mengisi minuman. Ketika itu reka bentuk tembikar adalah lebih ringkas dengan hanya menggunakan ragam hias lorekan dan garisan pada setiap tembikar yang dihasilkan. Ini kerana masyarakat ketika itu tidak begitu mementingkan reka corak dan ragam hias dalam ciptaan mereka.

Di antara tembikar yang dihasilkan di Malaysia termasuklah tembikar Labu Sayung di negeri Perak, Tembikar Mambong di Kelantan, Tembikar Tembeling di negeri Pahang dan Tembikar Sarawak berasal dari negeri Sarawak. Kebanyakan tembikar yang dihasilkan berfungsi sebagai barangan utiliti bagi memenuhi keperluan hidup masyarakat di Malaysia. Penghasilannya bukan sahaja memenuhi keperluan hidup tetapi ia merupakan lambang penyataan yang ekspresif kepada masyarakat. Melalui pembuatan tembikar, nilai estetik pasti mampu dilahirkan oleh seseorang pengkarya. 2.2Tenunan Songket

Tenunan Songket merupakan kraf tradisional yang dihasilkan daripada jalinan atau sulaman benang secara berselang seli antara benang loseng ( yang menunggu ) dengan benang pakan ( yang mendatang ) untuk dijadikan sehelai kain. Tenunan Songket merupakan lambang kehalusan seni tenunan Melayu yang telah diwarisi sejak zaman berzaman. Tenunan songket merupakan salah satu kraf tradisional masyarakat Melayu yang memerlukan ketekunan dan ketelitian penciptanya. Kebanyakan tenunan songket banyak di hasilkan oleh masyarakat di bahagian Pantai Timur Semenanjung dan di negeri Sarawak.

Istilah songket merupakan perkataan yang berasal daripada perkataan Melayu. Ia dihasilkan menggunakan kaedah tenunan dalam menghasilkan sesuatu motif. Penghasilan tenunan songket akan melalui beberapa langkah atau proses yang tertentu. Reka bentuk dan tenunan songket bukan sahaja melambangkan kekayaan khazanah seni pembuatan tekstil Melayu tradisional, tetapi ia merupakan satu inovasi dan penggerak kepada pereka-pereka tekstil kini.

Pada peringkat awal penggunaannya, songket hanya digunakan oleh golongan bangsawan istana bagi menunjukkan kebesaran dan kedudukan mereka. Ini kerana hanya golongan bangsawan sahaja yang mampu memilikinya. Tetapi kini kain songket mampu dimiliki oleh rakyat biasa. Walaubagaimanapun pemakaian songket lebih tertumpu dan dikaitkan dengan upacara adat dan perayaan tertentu, terutama ketika majlis perkahwinan, majlis berendoi dan lain-lain. Ini menunjukkan songket mempunyai nilai sejarah yang tingi sebagai fabrik warisan agung. Selain mengangkat martabat dan kedudukan si emakai, motif dan warna tenunan songket melambangkan kedudukan individu.2.3Ukiran

Seni ukiran merupakan kraf tradisional yang telah lama bertapak di negara kita. Ukiran bermaksud mengukir sesuatu bahan dengan menggunakan alat mengukir seperti pisau wali, carving tool . Bagi masyarakat Melayu, seni ukiran merupakan salah satu aktiviti yang dilakukan dengan menggunakan kayu-kayu yang bermutu tinggi dan mempunyai tahap ketahanan yang tinggi. Pencipta-pencipta seni ukiran akan menggunakan kayu yang tahan lama seperti kayu cengal, kayu merbah, kayu kempas dan kayu-kayu yang lain. Seni ukiran yang dicipta kebiasaannya digunakan bagi menghiasi tingkap;, pintu, kisi-kisi tingkap, cucur atap dan beberapa bahagian di dalam rumah.

Selain masyarakat Melayu, seni ukiran juga turut telah lama wujud di kalangan masyarakat orang asli dan masyarakat etnik di Sabah dan Sarawak. Walau bagaimanapun ukiran yang dipersembahkan oleh sesebuah masyarakat adalah berbeza dari segi cara dan teknik ukirannya. Memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai banyak khazanah alam seperti kayu kayan yang bermutu tinggi, maka tidak mustahil seni ukiran ini telah berapak sekian lama di bumi Nusantara.

Selain itu, ukiran kayu juga menunjukkan simbol kerajinan tangan, penguasaan kemahiran dan ketinggian ilmu yang dapat diterjemahkan melalui penciptaan pelbagai bentuk barangan yang mempunyai unsur seni yang tinggi dan bermutu. Setiap ekspresi yang diterjemahkan melalui ukiran dapat mewakili budaya sesebuah masyarakat di Malaysia. Di antara tokoh seni ukir yang terkenal di Malaysia seperti Wan Mustafa Wan Su, Tengku Wok, Latif Long, Allahyarham Tengku Ibrahin Tengku Wok dan lain-lain lagi tokoh yang tersohor di Malaysia.

Sejarah seni ukir di negara kita banyak diceritakan di dalam catatan Sejarah Melayu. Sejarah telah membuktikan bahawa sejak 500 tahun yang lalu, tradisi seni ukir telah mulai bertapak di Tanah Melayu. Ini terbuktinya dengan ukiran-ukiran yang indah terdapat di istana dan rumah-rumah kediaman. Sehingga kini, masih lagi terdapat rumah kediaman yang mempunyai hiasan seni ukir yang unik dan indah. Keindahan dan kesenian ukiran kayu orang Melayu paling ketara pada binaan rumah tradisional terutama di Kelantan, Melaka dan Negeri Sembilan.

2.4Batik

Batik merupakan salah satu kraf tradisional yang terkenal di Asia dan Gugusan Kepulauan Melayu. Keunikan dan keindahan corak yang dihasilkan oleh pencipta batik mampu memperlihatkan kehalusan karya seni tekstil yang bernilai. Perkataan batik adalah gaungan dua perkataan Melayu dan Jawa yang bermaksud menulis secara menitik. Menurut Pauziah Hj. Abdullah ( 1983:42 ) menjelaskan perkataan batek mempunyai dua pengertian. Perkataan batik yang berasal dari Indonesia bererti rintik-rintik yang putih yang ada pada kain-kain yang diwarnakan dan dicorakkan.

Batik merupakan hasil kraf tradisional yang dihasilkan melalui proses menerap lilin dan mencelup kain. Terdapat beberapa jenis batik yang boleh dihasilkan, antaranya batik tulis, batik terap ( blok ), batik skrin, batik pelangi dan lain-lain lagi. Batik yang dihasilkan telah menggunakan pelbagai motif yang digemari oleh pelukis batik. Di Malaysia, kebanyakan batik yang dihasilkan banyak dipengaruhi oleh alam sekitar. Motif-motif itu dihasilkan disebabkan kepekaan masyarakat tradisional peka terhadap persekitaran.

Di antara tokoh batik yang terkenal di Malaysia ialah Haji Che Su Bin Haji Ishak yang memulakan perusahaan batik di kawasan Lorong Gajah Mati, Kota Bharu Kelantan. Pada ketika itu, pembuatan batik banyak menggunakan teknik ikatan dan celup yang lebih dikenali dengan Batik Pelangi. Warna yang digunakan bagi menghasilkan batik pelangi hanyalah warna hitam dan biru sahaja. Manakala pada tahun 1922, Haji Che su telah berjaya menghasilkan batik menggunakan blok kayu. Untuk menghasilkan batik, beliau telah menggunakan blok kayu yang dicelup ke dalam lilin cair untuk diterapkan pada kain putih.

Pada tahun 1926, pembuatan batik telah semakin berkembang dan dikomersilkan sejajar dengan penggunaan pewarna kimia yang diperolehi dari Eropah. Kini pembuatan dan pengeluaran produk batik semakin berkembang luas dan dapat dikomersialkan sehingga ke peringkat antarabangsa. Oleh sebab itu,

3.0Motif Ragam Hias Bagi Kraf Tradisional

Ragam hias merupakan bentuk dasar hiasan yang kebiasaannya akan menjadi pola yang akan digunakan secara berulang kali di dalam sesebuah hasil karya. Ragam hias juga dikenali dengan istilah Ornamen iaitu berasal dari perkataan ornare yang berasal dari bahasa Yunani yang bermaksud hiasan atau menghias. Hiasan bererti mengisi kekosongan sesuatu permukaan sesuatu bahan dengan hiasan. Permukaan yang telah dihias akan menghasilkan satu penciptaan yang menarik. Oleh sebab itu, ragam hias merupakan komponen yang penting di dalam menghasilkan kraf tradisional. Ragam hias digunakan dalam kraf tradisional sehingga terbentuknya pelbagai variasi corak yang menarik.

Ragam hias yang digunakan di dalam sesuatu kraf tradisional akan menunjukkan sesuatu maksud yang ingin dinyatakan oleh seseorang pengkarya. Di samping itu juga, penggunaan ragam hias dapat menambahkan nilai estetik sesuatu produk kraf yang dihasilkan. Kebanyakan kraf tradisional yang dihasilkan oleh pengkarya mempunyai ragam hias yang tersendiri dan mempunyai pengertian yang tertentu. Ragam hias yang sering digunakan semasa menghasilkan kraf tradisional termasuklah ragam hias geometris, flora dan fauna,figuratif dan ragam hias poligonal. Terdapat beberapa ragam hias yang digunakan dalam penghasilan kraf tradisional, iaitu :3.1Ragam hias tembikar

Tembikar merupakan kraf tradisional yang dihasilkan menggunakan tanah liat yang berwarna kelabu dan kemerah-merahan. Bagi tembikar, khususnya labu sayong akan dihias ketika permukaannya masih dalam keadaan lembut. Kebiasaannya ragam hias yang digunakan lebih kepada bermotifkan alam sekeliling iaitu flora dan fauna atau menggunakan motif geometri dan organik.

Di antara ragam hias yang menggunakan motif flora dan fauna termasuklah bunga tanjung, padi, senduduk, lawang, cengkih dan pucuk rebung. Manakala motif ragam hias yang berunsurkan geometri terdiri daripada garisan panjang dan garisan bersilang, titik susun kisi-kisi, garis berkotak, garis tulang ikan, bentuk segi tiga, bentuk potong wajik dan lain-lain. Bagi menghasilkan tembikar yang lebih menarik dan berkualititi, pencipta tembikar sewajarnya tidak memandang ringan dengan penggunaan ragam hias yang ingin digunakan dalam karya mereka.

Pengkarya juga menggunakan ragam hias yang bermotifkan organik seperti sulur kakung, kelopak, sambas, tapak pelanduk, belalang bercula dan sebagainya. Penggunaan ragam hias yang digunakan selalunya mempunyai perkaitan dengan lingkungan persekitaran kehidupan mereka. Objek-objek yang berada di sekeliling mereka sering kali akan menjadi sumber inspirasi bagi penghasilan ragam hias dalam karya mereka.

Rajah1: Ragam hias bermotifkan geometris

Rajah 2 : Ragam hias yang bermotif flora ( pucuk rebung )

3.2Ragam hias tenunan songket

Tenunan songket merupakan kraf tradisional yang memerlukan ketekunan dan ketelitian dalam penghasilannya. Kemahiran dan kreativiti penenun terserlah melalui pengolahan corak serta hasil tenunannya yang menarik.Pada ketika dahulu songket dihasilkan menggunakan benang emas dan hanya dipakai oleh golongan bangsawan. Namun kini, songket ditenun dengan menggunakan benang kapas dan dipakai oleh rakyat biasa dimajlis-majlis tertentu.

Tenunan songket yang dihasilkan oleh seseorang penenun di Malaysia kebiasaannya menggunakan ragam hias yang bermotifkan flora dan geometri. Motif flora banyak digunakan pada bahagian kepala dan kaki kain. Manakala ragam hias yang berunsurkan geometri pula digunakan pada bahagian bahagian kepala dan badan kain. Kebiasaanya warna hitam digunakan untuk bahagian tanah dan benang emas digunakan untuk bahagian motifnya. Penggunaan warna hitan amat bersesuaian sebagai warna latar bagi menjadikan warna terang motif pada kain songket akan lebih menarik dan terserlah.

Di antara ragam hias yang sering digunakan dalam penghasilan songket adalah motif yang berunsurkan unsur alam dan tumbuhan. Motif yang digunakan meliputi bentuk bunga, daun, pucuk bahagian tampuk buah-buahan. Ragam hias yang bermotifkan pucuk rebung sering ditenun di bahagian kepala kain, manakala motif awan larat sering ditenun di bahagian kaki kain.

Penghasilan songket banyak menekankan aspek kesesuaian corak dan motif , ini termasuklah keseimbangan dengan bentuknya iaitu pada bahagian kepala kain, badan kain dan tepi atau kaki kain. Motif Pucuk Rebung Lawi Ayam merupakan motif yang paling sesuai ditenun di bahagian kepala kain.Ini kerana motif ini boleh ditenun secara menegak dan mengiring dengan bertemu di puncak sesuai dengan tempatnya di kepala.

Rajah 3 : Ragam hias yang menggunakan motif pucuk rebung

Tenunan yang menggunakan ragam hias bermotifkan kuda laut ( unduk-unduk ) amat sesuai di gunakan pada bahagian tepi kain untuk dijadikan bingkai. Manakala motif-motif teluk berantai seperti tampuk manggis,bunga cengkih dan bunga bintang amat sesuai diletakkan pada bahagian badan kain kerana amat bersesuaian dengan merangkaikan motif sehingga memenuhi keseluruhan kain.

Rajah 4 : Ragam hias motif tampuk manggis

Rajah 5: Ragam hias bunga cengkih pada songket

Bagi tenunan songket, corak tenunan disusun dengan susunan bunga penuh dan susunan bunga tabur. Penggunaan ragam hias seperti bunga tanjung, bunga buah cermai, bunga buah kesemak , lawi ayam dan pucuk rebung mampu menyerlahkan hasil tenunan yang menarik dan berkualiti. Penggabungan motif flora dan geometri di dalam tenunan akan menambahkan lagi keindahan dan kesempurnaan hasil tenunan songket.

Kehalusan pembuatan songket juga dapat dilihat melalui garapan atau gabungan motif terhadap kain tenunan tersebut. Alam semula jadi telah dijadikan sebagai panduan dalam menghasilkan motif oleh seseorang penenun. Namun demikian, objek yang sebenar akan diolah untuk menjadi satu objek yang baru dan dijadikan sebagai motif dalam tenunan mereka.3.3Ragam Hias Ukiran

Seni ukiran merupakan kraf tradisional yang memerlukan ketelitian dalam proses penghasilannya. Ukiran kayu dapat dilakukan dengan menggunakan pelbagai teknik. Penggunaan teknik ukiran adalah bergantung sepenuhnya kepada penguasaan ilmu dan kebolehan seseorang pengukir.Antara teknik yang boleh digunakan dalah tebuk terus, tebuk separuh dan tebuk timbul. Dalam menghasilkan seni ukiran, pengukir lebih gemar menggunakan ragam hias yang bermotifkan unsur-unsur alam sekitar dan cara hidup masyarakat di sekeliling mereka.

Antara motif yang digunakan dalam seni ukir termasuklah motif flora yang terdiri daripada daun, bunga dan tumbuh-tumbuhan. Manakala motif fauna ragam hias yang digunakan seperti itik pulang petang. Selain daripada itu motif Seni Khat dan kaligrafi yang terdiri daripada ayat-ayat suci Al Quran dan tulisan jawi juga turut digunakan dalam ukiran di ambang pintu rumah, masjid , surau dan rehal. Terdapat juga penggunaan Awan Larat dan Kosmos seperti matahari bintang, bulan dan sebagainya juga amat terkenal dalam kraf ukiran.

Ragam hias bermotifkan geometri juga turut diketengahkan dalam seni ukiran dengan menampilkan bentuk segi tiga yang disusun berderet. Kadangkala bentuk segi tiga boleh dicantum dengan sulur-sulur tumbuhan. Kebiasaannya bentuk geometri banyak digunakan pada sarung keris, tepak sirih dan barang-barang tembaga.

Rajah 4 : Ragam hias itik pulang petang pada seni ukiran

Rajah 5: Ragam hias bermotifkan tulisan khat

Rajah 6 : Ragam hias bermotifkan flora

RUJUKAN Dewan Bahasa Dan Pustaka ( 1998 ). Kamus Dewan Edisi Ketiga, Ampang: Percetakan

Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Kementerian Pendidikan Malaysia. ( 2000 ). Huraian Sukatan Pendidikan Seni Visual,

KBSR.. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.Mohd Zairi Husain HBAE 2203 ( 2011 ), Seri Kembangan. Selangor: Meteor Doc. Sdn Bhd.

Prof Dr Hj Abdul Shukor Hashim, Badrul Isa, Khairezan Rahmat dan Zuraimi Zakaria .HBAE1203 ( 2011 ) Perkembangan Seni Kanak- Kanak, Seri Kembangan.Selangor: Meteor Doc. Sdn Bhd.

Pusat Perkembangan Kurikulum.Kementerian Pendidikan Malaysia ( 2000 ). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Pendidikan Seni. Kemeterian Pelajaran Malaysia.

Rousliluddin Ambia, Mohd Jamel, Mohd Taslim Abd Rahim dan Manan Sarbani. ( 2011)

HBAE 1103 Pengenalan Pendidikan Seni Visual.Seri Kembangan, Selangor: Meteor Doc. Sdn. Bhd.

Zulkifli Yaakop. Mohd Jamal Ismail, ( 2007 ). HBEF 1403. Seni Dalam Pendidikan. Kuala

Lumpur : UNITEM Sdn. Bhd.

.

12

_1413890920.bin