Aqidah 2203 Sept 2015

  • View
    255

  • Download
    1

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Aqidah

Text of Aqidah 2203 Sept 2015

1.0PENGENALAN

AKIDAHHBIS 2203_V2

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBIS 2203_V2AKIDAH

NAMANORIDAH BINTI HAJI PADUPAI

NO MATRIK791206135060001

NO KAD PENGENALAN791206-13-5060

NO TELEFON019-8915001

[email protected]

NAMA PENSYARAHENCIK HAMILAN BIN SONI

PUSAT PEMBELAJARANSARAWAK LEARNING CENTRE

SEMESTERSEPTEMBER 2015

Isi Kandungan

Muka surat

1.0PENDAHULUAN

[ 2-3 ]1.1Pengertian Khurafat Dalam Islam

[ 4 ]

2.0 PANDANGAN ULAMA TENTANG HUKUM AMALAN KHURAFAT.

[ 5-8 ]2.1 AMALAN KHURAFAT DAN KAITANNYA DENGAN HUKUM SYARAK

[9]3.0 FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN MASYARAKAT TERJEBAK DENGAN AMALAN KHURAFAT

[ 10-12]3.1 Kejahilan3.2Kepentingan peribadi

3.3Niat yang jahat

3.4Pergaulan

3.5Keadaan sekeliling

3.6Adat kebiasaan

3.7Kepercayaan Karut

3.8 Pengaruh politik

4.0 KAJIAN TERHADAP KEFAHAMAN MASYARAKAT ISLAM TENTANG AMALAN KHURAFAT

[ 13 ]4.1 Amalan-amalan khurafat yang berlaku dalam masyarakat dan analisis terhadap amalan tersebut

[ 14 18 ]5.0 KESIMPULAN

[ 19 ]

RUJUKAN

[ 22 ]1.0PENDAHULUANAgama Islam sangat menitikberatkan persoalan aqidah dan syariah yang menjadi tunjang asas agama yng suci ini. Segala bentuk amalan dan kepercayaan yang tidak berasaskan kepada sumber hakiki Al-Quran, Hadiths, Ijmak dan Qias adalah ditolak dan haram hukum untuk mempercayai dan meyakininya.Walaupun kehidupan berada dalam arus kemodenan ,namun amalan khurafat( superstitions ) yang telah diwarisi oleh nenek moyang terdahulu kelihatan masih terus juga menjadi kepercayaan masyarakat masa kini .Kepercayaan kepada amalan yang menyimpang jauh dari syariat Islam ini boleh menyebabkan keruntuhan akhlak dan akidah dikalangan umat Islam.Skop perbahasan mengenai khurafat adalah terlalu luas. Untuk tugasan kali ini di sini saya fokuskan skop kajian kepada :1.Apakah yang dimaksudkan dengan amalan khurafat?

2.Apakah pendapat ulama terhadap amalan-amalan khurafat?

3.Apakah pendapat ulama jika melakukan amalan khurafat kerana bertujuan baik seperti menyembuhkan penyakit (berubat), menolong orang dalam kesusahan dan sebagainya?

4.Sejauhmanakah pendapat masyarakat Islam di tempat anda faham tentang amalan khurafat? Pernahkah mereka terjebak? Faktor-faktornya?Besar harapan saya melalui kajian ini , kesedaran tentang bahaya khurfat dalam masyarakat dapat dipertingkatkan serta usaha membenteras amalan-amalan tersebut daripada terus menular agar masyarakat dapat diselamatkan daripada terjebak dalam bahaya syirik. Firman Allah yang bermaksud :

Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukan Nya (dengan sesuatu apa jua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan Syariat Nya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar.

Surah An Nisa : Ayat 48Memahami persoalan khurafat ini adalah satu perkara yang amat penting dan serius ia perlu difahami dengan baik dan tepat.Ummah seharusnya disedarkan tentang bahayanya khurafat ini dalam kehidupan, samada yang membabitkan persoalan hidup mereka di dunia ini, atau yang lebih utama lagi, yang membabitkan persoalan kehidupan mereka di akhirat kelak.

1.1 Pengertian Khurafat Dalam IslamAmalan khurafat merupakan amalan yang telah berlaku sejak zaman Arab jahiliyyah lagi. Namun begitu sehingga kini amalan tersebut masih menjadi amalan dalam masyarakat Islam. Khurafat adalah salah satu bentuk penyelewengan dalam aqidah Islam. Amalan khurafat mengalih pergantungan manusia daripada khalik iaitu Allah kepada makhluk yang dicipta oleh Allah.Dari segi bahasa , menurut Kamus Dewan Edisi yang Ke Empat khurafat di definisikan sebagai kepercayaan yang karut , dongeng , tahyul serta mengandungi unsur-unsur bidaah. Dalam kamus al-Marbawi pula khurafat itu diberi makna cerita karut atau karut marut.

Istilah khurafat telah diterima pakai di dalam masyarakat Melayu dan pada umumnya membawa maksud kepercayaan karut yang direka-reka dan diadakan untuk membentuk suatu keyakinan tentang akan berlakunya baik atau buruk terhadap sesuatu kerja berpandukan kepada perbuatan dan kejadian-kejadian alam yang berlaku dengan mentafsirkan kejadian itu akan membawa bala bencana atau membawa tuah keberuntungan.Menurut Kitab Addarul Nadid , menyatakan :Adapun apa yang diiktiqadkan oleh manusia dari dahulu hingga sekarang tentang adanya bagi seekor burung atau ada hari-hari atau bulan-bulan yang boleh memberi kesan pada kebahagiaan atau kecelakaan manusia. Semuanya itu adalah khurafat. Islam membatalkannya kerana jelas bertentanagn dengan tauhid.Didalam Kitab Al-Muljam al-Wasit mendefinsikan khurafat adalah cerita-cerita yang mempersonakan yang dicampur adukkan dengan perkara dusta lagi melalaikan serta boleh memesongkan akidah dan tauhid umat Islam.2.0 PANDANGAN ULAMA TENTANG HUKUM AMALAN KHURAFAT. Pada 9 Ogos 1996 , persidangan Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali Ke-40 telah mengariskan beberapa panduan yang boleh diguna pakai oleh orang ramai untuk memberi kefahaman tentang persoalan khurafat dalam masyarakat.Dalam persidangan tersebut satu kertas kerja yang bertajuk Khurafat dan Azimat Menurut Perpektif Islam telah di bentangkan.Antara panduan tersebut ialah : Khurafat ialah semua cerita rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran,adat istiadat,pantang larang , ramalan-ramalan,pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang dari landasan dan ajaran Islam.Khurafat juga merangkumi cerita atau perbuatan yang direka bersifat karut atau dusta. Tangkal atau azimat ialah satu bentuk permohonan untuk mendapatkan pertolongan atau bantuan bagi tujuan manfaat kepada diri sendiri atau bertujuan jahat untuk memudaratkan orang lain dengan menggunakan objek-objek dan ayat-ayat tertentu yang dianggap mempunyai kesajtian atau kuasa ghaib yang melapaui kekuatan semula jadi apabila di jampi atau di puja. Islam sangat menitikberatkan soal akidah dan syariat. Segala amalan dan kepercayaan yang tidak berdasarkan kepada sumber-sumber yang asal seperti al-Quran, hadith, ijmak dan qias adalah ditolak oleh Islam.

Amalan memuja dan memohon pertolongan darinya seperti yang selalu dilakukan oleh setengah bomoh dan dukun adalah syirik dan menyesatkan orang-orang yang bersahabat dan menggunakan jin dan tukang sihir dan tukang tenung adalah tergolong di dalam golongan orang-orang yang bodoh dan menzalimi diri sendiri.

Amalan penggunaan azimat atau tangkal sebagai pelindung diri seperti ilmu kebal, ilmu pengasih, ilmu pelemah hati, ilmu penjauh jin dan sebagainya yang dicampuradukkan dengan sihir adalah syirik dan menyeleweng dari ajaran Islam.Di dalam Kitab suci Al-Quran pula terdapat beberapa ayat yang menyeru kepada pergantungan dengan Allah sepenuhnya dan menolak kepercayaan terhadap yang selain-lainnya bagi mendapat kebaikan dan menolak keburukan. Yang memberi segala kenikmatan dan kebaikan hanya Allah. Yang menolak segala kejahatan hanya Allah. Kepadanya seluruh makhluk bergantung. Firman Allah :

Maksudnya :

Katakanlah apakah kamu tidak melihat kepada apa yang kamu memohon kepadanya selain dari Allah bahawa jika sekiranya Allah menghendaki ke atasku sesuatu kemudaratan, adakah mereka itu boleh menghindari dari kemudaratan itu atau jika Allah menghendaki sesuatu rahmat itu dianugerahkan kepadaku, apakah mereka itu boleh menahan rahmat itu. Katakanlah adalah memadai Allah itu bagiku untuk segala-galanya. Kepadanya bertawakal semua orang yang bertawakal.

Surah Al-Zumar : Ayat 38

Sangat jelas ditekankan dalam ayat ini konsep tawakal kepada Allah dalam semua keadaan. Segala kebaikan dan kejahatan yang terjadi pada mahkluk adalah dari Allah. Dia yang menyebabkan segala-galanya. Dia yang berkuasa atas segala sesuatu, bukannya di sebabkan atas kepercayaan yang karut marut atau sebagainya yang terdapat dalam amalan-amalan khurafat.Selain itu terdapat beberapa hadis sahih yang menerangkan persoalan khurafat ini , antaranya adalah seperti berikut :1. Dari Abu Hurairah R.H. bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: tidak ada jangkitan (yang berlaku tanpa izin Allah), tidak ada buruk sangka pada sesuatu kejadian, tidak ada malang pada burung hantu dan tidak ada bala pada bulan Safar (seperti yang dipercayai).

2. Dari Ibnu Masud R.H. bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: Buruk sangka (dalam amalan khurafat) adalah syirik (dua kali) akan tetapi Allah menghapuskannya dengan bertawakkal kepada Allah.

3. Dari Anas R.H. bahawasanya Rasulullah SAW pernah bersabda: Jangan ada buruk sangka (kerana khurafat) dan alfalu adalah jauh lebih baik. Ditanya Rasulullah, apakah dia alfalu itu: sebut-sebutan yang baik (baik sangka) yang boleh didengari oleh seseorang.

4. Dari Ibnu Umar R.H. katanya: Nabi SAW pernah bersabda: Sesiapa yang kerana buruk sangkanya terhadap sesuatu (khurafatnya) sehingga boleh memesongkan diri menerusi hajatnya, maka sesungguhnya ia telah syirik (kepada Allah). Mereka bertanya apakah kifarat bagi yang demikian itu? Sabdanya: hendaklah ia berkata: Ya Allah, tidak ada kebaikan melainkan kebaikanmu. Tidak ada yang buruk (jahat) melainkan kejahatan yang datang darimu dan tiada tuhan yang berhak disembah melainkan engkau.Melalui ayat-ayat Al-Quran serta hadis-hadis sahih dari Rasulullah SAW yang tersebut, jelas memperlihatkan konsep baik buruk hanya dari Allah S.W.T. Allah yang mengatur segala-galanya, bukannya ada kaitan dengan kejadian-kejadian yang berlaku di dalam hidup ini yang boleh memberi kesan kepada kebahagiaan dan kecelakaan mahupun kemudaratan manusia.

Khurafat adalah kepercayaan karut marut yang tidak benar sama sekali. Tidak sepatutnya kepercayaan-kepercayaan sedemikian menjadi ikutan dan amalan umat Islam sehingga menghindarkan perjalanan hidup mereka kerana kongkongan khurafat itu. Umat Islam perlu bersih niat dan pergantungan mereka hanya kepada Allah SWT sahaja. 2.1AMALAN KHURAFAT DAN KAITANNYA DENGAN HUKUM SYARAK

Jumhur ulamak sepakat menyatakan hukum mempercayai dan mengamalkan khurafat adalah haram dan di kategorikan sebagai dosa besar.Mengamalkan perkara-perkara khurafat atau kepercayaan karut adalah ditegah oleh syarak kerana di samping ketiadaan manfaatnya malahan yang paling berat lagi boleh merosakkan akidah seseorang dan ia juga menambahkan amalan-amalan bidah yang buruk sepertimana tersebut dalam hadith Rasulullah SAW yang bermaksud: Setiap yang bidah itu sesat dan setiap yang sesat akan ditempatkan di dalam neraka.3.0 FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN MASYARAKAT TERJEBAK DENGAN AMALAN KHURAFATTerdapat beberapa faktor yang menyebabkan masyarakat terjebak dengan amalan khurafat.Di antara faktor adalah seperti berikut:3.1 Kejahilan

Ini adalah faktor utama yang mendorong manusia sanggup melakukan amalan-amlan khurafat dan syirik. Sebab itulah Islam amat menitik beratkan agar umatnya sentiasa meningkatkan keupayaan diri dengan menuntut ilmu. Menuntut ilmu adalah suatu kewajipan atas setiap individu muslim.

3.2 Kepentingan peribadi

Bagi mendapatkan sesuatu kepentingan duniawi, manusia sanggup melakukan apa saja walaupun terpaksa mengadaikan aqidah dan agamanya dan terlibat dengan gejala mungkar.

3.3Niat yang jahat

Sesungguhnya di antara hikmah adanya syurga dan neraka ialah adanya manusia yang baik dan yang jahat yang setiap hari sentiasa memikirkan bagaimana dia ingin merealisasikan niat dan amalannya.

3.4Pergaulan

Faktor ini juga sering menjadi sumbangan penting ke arah terjebaknya seseorang dengan amalan khurafat, seperti ikut kawan menurun nombor ekor dan mengamalkan ajaran Black Metal.

3.5 Keadaan sekeliling

Suasana masyarakat yang tidak diikat dengan undang-undang agama juga menjadi factor berleluasanya jaran Khurafat. Oleh itu factor ini penting untuk diberikan perhatian serius oleh masyarakat Muslim atau mana-mana organisasi agama agar tidak wujud keadaan sekeliling masyarakat yang mendorong ke arah berlakunya ajaran khurafat seperti di zaman jahiliyyah.

3.6Adat kebiasaan

Faktor ini dikenal pasti sebagai penyumbang utama kea rah berterusannya amalan khurafat dalam kehidupan manusia. Dengan slogan Biar mati anak jangan mati adat, anggota masyarakat begitu bersemangat mengadakan amalan khurafat secara berterusan, umpamanya mengadakan upacara bersemah atau menjamu hantu, hulubalang dan semangat roh.

3.7Kepercayaan Karut

Sebelum kedatangan Islam masyarakat kita telah lama menganuti ajaran Hindu dengan kepelbagaian fahaman dan upacara yang karut-marut. Apabila Islam datang menghapus sedikit demi sedikit amalan tersebut.

3.8Pengaruh politik

Untuk mendapatkan kuasa dan kedudukan duniawi yang sementara, manusia sanggup untuk terlibat dengan khurafat, seperti mendapatkan bantuan bomoh-bomoh upahan atau bomoh VIP sebagaimana yang banyak terbentang di dada akhbar. Begitu juga mereka yang terlibat dengan ajaran-ajaran khurafat dan ajaran sesat telah menyelamatkan diri melalui saluran politik (kes ajaran Taslim dan kes ayah Pin di Terengganu)

Dan selain itu juga punca khurafat boleh berlaku ialah:-

1. Tidak ada keimanan yang kukuh terhadap Allah SWT. Ini menyebabkan aqidah mereka mudah terpesong.

2. Kejahilan mereka tentang segala perkara mengenai agama.

3. Terdapat tempat-tempat pemujaan seperti kubur-kubur yang dianggap keramat dibina untuk tujuan pemujaan.

4. Tidak ada tindakan tegas diambil terhadap mereka. Ini menyebabkan kegiatan mereka terus berlaku.

4.0 KAJIAN TERHADAP KEFAHAMAN MASYARAKAT ISLAM TENTANG AMALAN KHURFAT

Dalam kalangan masyarakat sekarang, negara kita umumnya terdapat banyak gejala khurafat, ia adalah hasil budaya orang kita yang terlalu percayakan hal-hal yang bawa oleh orang terdahulu daripada mereka tanpa merujuknnya secara mendalam di dalam Al-Quran dan As-Sunnah serta para alim ulama kerana iman yang kurang mantap termasuk sikap masyarakat yang inginkan jalan mudah dalam mencari kesenangan dan kebahagiaan hidup serta sikap orang kita yang amat kuat berpegang kepada adat. Buktinya peribahasa yang berbunyi Biar mati anak, jangan mati adat.

Adapun gejala khurafat ini terdidik dari kecil, contohnya di dalam budaya masyarakat kita adalah menjadi kebiasaan kanak-kanak sering ditakutkan dengan hantu pada malam jumaat sedangkan pada malam tersebut Allah s.w.t menurunkan rahmat untuk semua hamba-Nya pada malam tersebut. Bahkan ada lagi satu situasi di mana kanak-kanak takutkan dengan hantu apabila tidak mendengar ibu bapa, kenapa sahaja tidak katakan kepada anak tersebut bahawa Tuhan akan marah? Rasanya itu lebih baik dan akan memupuk semangat takut akan Maha Pencipta.

Walau bagaimanpun khurafat juga boleh berlaku secara tidak sengaja oleh pelakunya atau sebaliknya. Hal ini boleh berlaku terhadap sesuatu individu, kelompok dan istitusi masyarkat masa kini kerana lemahnya mereka yang bersangkutan untuk menolak godaan khurafat atau ada maksud-maksud tertentu. Mungkin tanggungjawab terhadap Allah s.w.t jauh lebih berat dan besar dibandingkan dengan pelanggaran- pelanggaran lainya yang dilakukan dengan sengaja.

Khurafat secara tidak sengaja lazimnya berlaku disebabkan oleh kejahilan pelakunya bahawa hal berkenaan tidak dibenarkan oleh Islam dan terpesong dari landasan yang benar. Namun, bagi mereka yang melakukan perbuatan khurafat ini dengan sengaja ataupun tidak, pintu taubat masih terbuka untuk mereka asalkan mereka mahu bertaubat.4.1 Amalan-amalan khurafat yang berlaku dalam masyarakat dan analisis terhadap amalan tersebut.1. Anggapan sial atau membawa malapetaka kepada seseorang ataupun masyarakat dengan kehadirannya dan amalan buang sial: tepung tawar, Lenggang perut, Mandi bunga/Sintok limau dan Mandi Safar.

Analisis :Islam menganggap setiap orang itu ada qadar baiknya dan ada qadar buruknya dan sama sekali tidak ada kesialan pada diri seseorang. Begitu juga cara untuk menghindari sesuatu musibah adalah memohon kepada Allah yang menciptakan segala-galanya bukannya dengan amalan-amalan buang sial.

2. Kepercayaan kepada hantu dengan alasan untuk tinggal selamat di suatu tempat atau memberi makan kepada hantu peliharaannya ataupun konon-kononnya untuk membayar niat tertentu.

Analisis :Sesungguhnya Islam dengan aqidah dan tauhid yang amat kental mengajak manusia agar beriktikad bahawa segala sesuatu yang memberi bekas adalah Allah SWT saja yang tidak ada sekutu dengannya. Oleh itu tidak perlu menjamu kepada sesiapa kerana segalanya adalah makhluk ciptaan Allah SWT yang amat lemah.

3. Ilmu seru gerak yang kebiasaannya diamalkan oleh kumpulan silat yang mengamalkan jurus kebatinan.

Analisis :Islam itu lengkap dan amat sempurna dari unsur-unsur luar yang bercadang untuk menyempurnakan Islam. Ilmu mempertahankan diri adalah amat baik dan Islam amat menggalakkan umatnya mempersiapkan kelengkapan dan segala kekuatan bagi mempertahankan kesucian Islam tetapi bukan dengan sesuatu yang tidak ada asalnya dari Islam seperti : ilmu seru gerak dan jurus kebatinan.

4. Jampi serapah yang ada unsur-unsur syirik atau menghina Islam atau tidak difahami maksudnya.

Analisis :Para ulama berbeza pendapat dalam masalah membaca jampi serapah yang bukan bersumber dari al-Quran dan hadits kepada beberapa pandangan. Sebahagian mereka tidak mengharuskan sama sekali sebarang jenis bacaan jampi jika bukan dari al-Quran mahupun hadits. Tetapi sebahagian yang lain mengharuskan dengan syarat difahami maknanya dan tidak ada unsur-unsur yang dilarang dalam agama di dalam bacaan jampi tersebut. Seperti : seruan kepada sesuatu, menghina Allah, Nabi Muhammad SAW, ajaran Islam, memohon sesuatu kepada selain Allah SWT, termasuk meminta keada batu atau kayu dan sebagainya.5. Mempercayai percakapan, ramalan dan tilikan dukun samada terhadap perkara yang telah lalu atau di masa akan datang.

Analisis :Sebahagian daripada perkara yang haram, berdosa besar bahkan syirik di dalam Islam ialah mempercayai tilikan dukun.

6. Penggunaan tangkal di rumah atau dipakai di badan yang bukannya dari sesuatu yang tsabit dalam agama serta tidak dijaga dari dibawa ke tempat-tempat yang bukan suci.

Analisis :Pada kebiasaannya penggunaan tangkal akan menyebabkan seseorang bertumpu kepada tangkal dan merasakan dirinya selamat selama tangkal itu berada dengannya. Maka sebab itulah Baginda Nabi SAW melarang penggunaan tangkal.

7. Bersahabat dan meminta pertolongan kepada Jin/Khadam/Masuk Tok Nenek dalam badan (menurun).

Analisis :Islam amat melarang umatnya bersahabat, meminta pertolongan dan apatah lagi berkahwin dengan golongan jin yang kejadiannya, seleranya dan kehidupannya amat berbeza sama sekali dengan manusia.

8. Mengamalkan ilmu pengasih

Analisis :Ilmu pengasih atau ilmu yang didakwa dapat menawan hati seseorang samada dengan tujuan baik, iaitu ingin bernikah, ataupun dengan tujuan yang jahat, iaitu ingin memperdaya seseorang adalah haram di sisi agama. Ia termasuk dalam kelompok ilmu sihir, walaupun dengan menggunakan ayat al-Quran yang ditokok tambahkan dengan kalimah-kalimah tertentu.

9. Perasapan kemenyan dengan tujuan supaya menghalau jin dan hantu di dalam rumah dan menjemput malaikat datang ke rumah.

Analisis :Amalan yang terdapat dalam masyarakat Melayu ialah perasapan kemenyan pada malam Jumaat. Dengan alasan, agar rumahnya didatangi oleh para malaikat ataupun untuk menghindari rumahnya dari dimasuki oleh iblis syaitan ataupun untuk menyepuh keris-keris atau sebarang jenis senjata warisan dan sebagainya. Sebenarnya amalan-amalan seumpama ini adalah amalan yang bersumberkan kepada ajaran agama Hindu dan jelas bercanggah dengan ajaran Islam bahkan dapat mengundang kemudharatan kepada pelakunya.

10. Menganiaya atau menzalimi orang melalui sihir, santau dan pukau.

Analisis :

Tujuan mereka untuk menguji ilmu mereka, membantu orang lain yang bermusuhan dengan seseorang, memintas perniagaan seseorang, mencuri atau ingin mengambil hak milik seseorang bukan dengan secara hak. Kesemua itu zalim namanya yang sangat layak diancam dengan azab yang amat pedih oleh Allah SWT.11. Pemakaian susuk untuk mencantikkan muka dan badan atau lainnya.

Analisis :

Merubah sesuatu yang telah dijadikan oleh Allah SWT kepada manusia adalah haram. Seperti firman Allah dalam Surah at-Tin, ayat 4 :-

Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia Dalam bentuk Yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai Dengan keadaannya).

12. Membaca ayat al-Quran secara songsang ataupun dihentikan pada tempat yang salah dari segi tajwid dengan alasan tertentu yang bercanggah dengan syarak.

Analisis :Umpamanya membaca surah al-Fatihah atau surah al-Ikhlas terbalik kononnya dengan tujuan perubatan atau untuk menghantar balik sihir yang dibuat oleh orang lain. Amalan ini jelas bercanggah dengan ajaran Islam berdasarkan firman Allah SWT, yang mencela sikap golongan Yahudi yang mengubah-ubah ayat-ayat Allah di dalam kitab-kitab terdahulu sehingga mereka menjadi sesat.

Firman Allah :Di antara orang-orang Yahudi ada Yang mengubah (atau menukar ganti) Kalamullah (isi Kitab Taurat), dari tempat dan maksudnya Yang sebenar, dan berkata (kepada Nabi Muhammad): Kami dengar, (sedang mereka berkata Dalam hati): Kami tidak akan menurut. (Surah an-Nisa, ayat 46)

5.0 KESIMPULAN

Amalan khurafat boleh menyeleweng akidah seorang invidu muslim dengan mengalihkan pergantungan manusia daripada Khalik (Pencipta/Allah) kepada makhluk (yang dicipta). Hal ini ditegaskan boleh menjatuhkan kepada seorang individu muslim kepada syirik kerana apabila kita merujuk kepada Al-Quran terdapat beberapa ayat yang menyeru kepada pergantungan kepada Allah s.w.t dan menolak kepercayaan terhadap yang selainnya sama ada bagi mendapat kebaikan atau menolak keburukan. Yang memberikan kenikmatan dan keyakinan hanya Allah s.w.t. kepada- Nya seluruh makhluk bergantung. Khurafat boleh membatalkan iman seorang muslim dan menggugurkan syahadah yang telah diucapkannya disamping membazir masa, tenaga dan harta dengan perkara sia-sia serta menyekat akal berfikir secara logik dan sistematik disamping boleh menjatuhkan seorang muslim kepada syirik. Hadis Nabi :

Sesiapa yang mengada-adakan sesuatu perkara dalam agama kami, yang tidak termasuk dalam ajaran Islam yang suci, maka apa yang diamalkan itu tertolak (tidak diterima amalan berkenaan oleh Allah dan tidak diberikan pahala)

( Hadis riwayat Bukhari dan Muslim )

Oleh yang demikian tidak beruntunglah sesuatu bangsa suatu umat selagi mana amalan khurafat ini masih bertapak di dalam kelompok mereka walaupun mereka dapat mengecapi nikmat dunia.

Firman Allah SWT di dalam surah An-Nisa ayat 48:

Maksudnya: Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik dan akan mengampunkan dosa lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguh-Nya ia telah melakukan dosa yang besar.

Kepercayaan khurafat boleh membawa kepada kesan negatif kepada seseorang manusia. Khurafat boleh menjadikan seseorang itu berlaku syirik kepada Allah swt kerana mempercayai sesuatu atau ada kuasa yang lain daripada Allah Taala yang mampu memberi pertolongan kepada mereka. Ini menyebabkan seseorang itu terkongkong kerana pantang larang yang diamalkan serta menyekat kebebasan berfikir yang mengakibatkan seseorang itu lemah dan mundur dalam segala hal.

Untuk membenteras dan menghalang dari berlakunya kepercayaan khurafat di kalangan masyarakat hari ini usaha-usaha dawah dan penerangan kepada semua peringkat umat Islam perlu dilaksanakan dengan lebih meluas lagi. Pihak yang bertanggungjawab hendaklah mengambil tindakan tegas terhadap golongan yang melakukan perkara khurafat iaitu dengan mengenakan hukuman yang berat serta menghapuskan tempat-tempat yang menjadi tempat pemujaan mereka seperti bina-binaan di atas kubur yang dianggap keramat.

Kita sebagai umat Islam telah diturunkan Al-Quranul Karim sebagai pedoman dan telah diutuskan Rasulullah Muhammad SAW sebagai teladan.Rasulullah Muhammad SAW telah berabda,"Telah ku tinggalkan dua perkara untuk menjadi pegangan umat Islam.Iaitu Quran Firman Allah,merupakan petunjuk dan pedoman perkara dunia dan akhirat) dan Hadis (Kata-Kata Nabi Muhammad SAW serta perbuatan-perbuatan dan teladan-teladan).

Pasti tidaklah kita akan sesat dan terjebak dalam perkara-perkara bidaah-bidaan apatah lagi khurafat dapat dibenteras dalam amalan individu dan kepercayaan masyarakat.Janganlah bertaklid buta hanya mengikut tanpa menggunakan akal yang sihat,akal yang berpedomankan Al-Quran dan teladan Rasulullah SAW.

Allah yang berkuasa.Allah Maha Penyelamat,tiada bersekutu yang lain dalam Kekuasaan Allah.Segala yang berlaku adalah atas keizinan dan redha Allah.Memang,bagi orang yang telah terbiasa dengan amalan ini,yang mereka warisi dari nenek moyang mereka akan memberikan jawapan untuk memuaskan dan mengelakkan diri mereka agar tidak termasuk dalam golongan orang syirik.Akan terdengarlah,ini usaha kita juga memohon kepada Allah supaya terselamat dari bala.Jawab mereka.Bukankah agama kita ada syariat.Usahakanlah dan berusahalah supaya Allah menyelamatkan kita.Memberikan kita kesejahteraan.Tetapi hendaklah dengan cara mengikut syariat Allah.Dan tidak terkeluar dari syariat Allah dan tidak dengan cara yang saalah.Tepung tawar ini adalah cara yang jalan yang salah dan bertentangan dengan akidah Islam.Jalan yang sepatunya,lakukanlah sembahyang hajat,jika kita bermohon atau berkehendakkan sesuatu hajat.Sembahyang syukur bila terlepas dari bala-bencana.Atau berdoa,mohonkan keselamatan kerana doa itu adalah otak ibadah,kata Nabi.

3321 Patah perkataanRUJUKAN

Abu Hamid Muhammad ibn Muhammad ibn Muhammad al-Ghazali.(t,t) Ihya Ulumuddin.Beirut : Darul Marifah.Asmaji Aes Mukhtar (pnys).(2001).Al-Muhtamir tafsir Al-Quran Juz 1-30.Johor: Penerbitan Jahabersa.Haji Said Haji Ibrahim.(1995).Akidah ahli Sunnah wa al-jamaah.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

Menjana Masyarakat Beraqidah (2008) Himpunan Kertas Kerja Seminar Motivasi Masyarakat Beraqidah Majlis Ilmu 2007, Cetakan Pertama : 2008,: Jabatan Perdana Mentiri, NBD.Qahtan Abdul Rahman al-Duri. (1996).Usul al-Din al-Islami.Amman: Dar al-Fikr.791206135060001

NORIDAH BINTI HAJI PADUPAI