9
KAEDAH PENGAJARAN AKHLAK / SIRAH Berkisarkan tentang sejarah, pelajar dapat mengambil iktibar dan pengajaran dari kisah yang mereka dengari. Antara objektif pengajaran sirah ialah : 1. menyedarkan pelajar tentang perjalan hidup dan perjuangan Rasulullah S.A.W menegakkan agama Islam. 2. mengambil pengajaran dari peristiwa yang berlaku ke atas umat yang terdahulu. 3. menjadi Rasulullah SAW sebagai contoh ikutan yang terbaik. 4. menanamkan semangat dan cintakan islam. Antara kaedah dan teknik yang boleh digunakan dalam pengajaran akhlak / sirah ialah: a) kaedah bercerita b) kaedah perbincangan c) kaedah lakonan. Berbentuk drama pendek atau sketsa yang melibatkan lebih daripada dua orang pelajar. Setiap pelajar melakonkan watak mengikut skrip atau isi pengajaran. Berpeluang mengalami sendiri situiasi dan masalah. Pelajar diminta mengumpul maklumat dan perbincangan akan dibuat di akhir sesi pembelajaran dengan memberi ulasan dan pendapat masing-masing.

Kaedah Pengajaran Sirah

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Kaedah Pengajaran Sirah

KAEDAH PENGAJARAN AKHLAK / SIRAH

Berkisarkan tentang sejarah, pelajar dapat mengambil iktibar dan pengajaran dari kisah yang mereka dengari.

Antara objektif pengajaran sirah ialah :

1. menyedarkan pelajar tentang perjalan hidup dan

perjuangan Rasulullah S.A.W menegakkan agama

Islam.

2. mengambil pengajaran dari peristiwa yang berlaku

ke atas umat yang terdahulu.

3. menjadi Rasulullah SAW sebagai contoh ikutan

yang terbaik.

4. menanamkan semangat dan cintakan islam.

Antara kaedah dan teknik yang boleh digunakan dalam pengajaran akhlak / sirah ialah:

a) kaedah bercerita

b) kaedah perbincangan

c) kaedah lakonan.

• Berbentuk drama pendek atau sketsa yang melibatkan lebih daripada dua orang pelajar.

• Setiap pelajar melakonkan watak mengikut skrip atau isi pengajaran.

• Berpeluang mengalami sendiri situiasi dan masalah.

• Pelajar diminta mengumpul maklumat dan perbincangan akan dibuat di akhir sesi pembelajaran dengan memberi ulasan dan pendapat masing-masing.

• Pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan seperti kemahiran lisan, mengambil nota dan catatan, kemahiran menulis dan mengarang serta kemahiran membuat keputusan.

• Beberapa perkara perlu diberi perhatian untuk menjalankan kaedah ini. Antaranya :

a) peristiwa yang sesuai

- pilih peristiwa yang agak relevan dengan isi pengajaran.

b) Pelakon memahami situasi

Page 2: Kaedah Pengajaran Sirah

- guru perlu menjelaskan terlebih dahulu situasi yang hendak dilakonkan seperti punca dan akibat peristiwa itu berlaku supaya pelajar dapat

memahami dan menghayati watak masing-masing.

c) Penjelasan kepada penonton

- guru menjelaskan kepada pelajar apa yang nereka tonton. Dengan ini pelajar akan tahu dan memahami apa yang cuba dilakonkan oleh rakan mereka.

d) Pelakon yang sesuai

- pilih secara sukarela keran adijangkakan akan memberi hasil lebih berkesan.

- lakonan boleh diulang menggunakan pelajar lain.

e) Lakonan secara bebas

- biar pelajar mainkan watak secara bebas tetapi perlu diawasi supaya mereka tidak menyeleweng dari situasi yang sepatutnya.

f) Perbincangan selepas lakonan

- guru dan pelajar berbincang tentang babak yang disaksikan dan hasilnya akan membantu pelajar lebih memahami peristiwa yang dipelajari.

Page 3: Kaedah Pengajaran Sirah

LANGKAH-LANGKAH KAEDAH LAKONAN DALAM PENGAJARAN SIRAH

Guru sediakan satu situasi masalah seperti situasi penyeksaan orang kafir Quraish ke atas kaum muslimin Mekah

Guru terangkan secara ringkas situasi tersebut, peranan watak dan tempat lakonan Guru memilih pelajar menjadi pelakon Mekah Pelajar memainkan peranan mereka dalam sesi lakonan berdasarkan watak yang ditentukan Guru berbincang dalam kelas tentang situasi dan peristiwa dalam lakonan Guru membimbing pelajar membuat rumusan

Sirah Nabawiyyah bermaksud perlajanan kehidupan atau kisah hidup Rasulullah s.a.w sama ada peristiwa atau kisah itu berlaku sebelum atau sepanjang tempoh masa kerasulan. Sirah meliputi semua perkara, keadaan serta peristiwa yang telah berlaku. Memandangkan sirah meliputi aspek yang begitu luas, untuk memudahkan proses pembelajaran skopnya diperkecilkan dengan meliputi aspek ekonomi, politik, kemasyarakatan, agama dan intelek.

Sebenarnya sirah merupakan satu disiplin ilmu yang meliputi aspek-aspek kehidupan berikut:

1.      Falsafah: akal dan pemikiran2.      Sastera: tulisan dan lisan3.      Agama: ketuhanan dan kepercayaan4.      Politik: pentadbiran, pemerintahan dan ideology5.      Kebudayaan: cara bermasyarakat6.      Ekonomi: pertanian, perdagangan dan perindustrian

Memandangkan sirah merupakan himpunan peristiwa yang telah berlalu dalam kehidupan Rasulullah s.a.w, maka kaedah pengajaran yang dicadangkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sirah adalah bercerita, projek, lawatan dan main peranan. Tanpa menafikan keupayaan kaedah yang lain, empat kaedah yang dicadangkan akan dapat membantu murid menghayati dan merasakan kepentingan peristiwa-peristiwa dalam kehidupan Rasulullah s.a.w.

Page 4: Kaedah Pengajaran Sirah

Kaedah BerceritaMendengar cerita merupakan antara perkara yang paling digemari oleh semua kanak-kanak. Kaedah bercerita akan menjadi sangat berkesan andainya guru dapat menguasai kemahiran-kemahiran sampingan yang dapat  menarik minat pendengar untuk menghayati cerita yang disampaikan. Antara kemahiran sampingan itu termasuklah menyanyi (nasyid dan qasidah), melakonkan watak, menukar nada serta intonasi suara. Bahan bantu seperti carta bergambar, gambar-gambar pegun (tidak melibatkan wajah-wajah para rasul, sahabat mahupun isteri-isteri Rasulullah s.a.w), slaid persembahan, klip video dan sebagainya.

Aplikasi kaedah ini memerlukan guru menjadi kreatif di samping telah membuat persediaan yang rapi tanpa membuat kesilapan fakta dan kecelaruan kronologi kisah (story board) yang disampaikan. Sebaiknya guru melibatkan penyertaan murid melalui komunikasi dua hala semasa cerita disampaikan tanpa melibatkan unsur-unsur yang boleh menghinakan Rasulullah, para isteri baginda serta para sahabat.

Ciri-ciri umum1.      Tajuk cerita telah dibuat pilihan lebih awal dengan memastikan fakta yang akan disampaikan

adalah betul dan tepat.2.       Isi kandungan cerita perlu memasukkan nilai-nilai akhlaq yang mulia untuk dihayati dan

pendidikan untuk dijadikan pengajaran.3.      Pencerita perlu menggunakan kemahiran menyampaikan secara kreatif (intonasi suara, gaya,

mimik muka) serta menggunakan pelbagai variasi rangsangan dan penyampaian.

Langkah-langkah umum1.      Tentukan tajuk dan objektif penceritaan.2.      Pastikan murid bersedia untuk mendengar.3.      Sediakan tugasan untuk murid seperti mencatatkan nilai-nilai akhlaq dan pendidikan.4.      Adakan perbincangan tentang nilai-nilai serta pengajaran yang dikemukakan berkaitan tajuk

pelajaran.

Page 5: Kaedah Pengajaran Sirah

Kaedah ProjekKaedah ini melibatkan penyelidikan dan kajian terperinci tentang sesuatu tajuk untuk dilaksanakan oleh murid dalam bentuk tugasan projek sama ada secara individu atau kumpulan. Projek boleh dijalankan sama ada di dalam atau di luar bilik darjah malah boleh melibatkan kawasan luar sekolah seperti perpustakaan awam, aked dan sebagainya. Guru boleh menyediakan panduan (rubrik) untuk diikuti oleh murid melalui penyediaan aspek-aspek yang perlu diselidiki atau soalan-soalan yang perlu dicari jawapannya. Untuk mendapatkan jawapan atau maklumat, murid mungkin perlu melakukan penerokaan bahan, penyiasatan atau eksperimen yang dirancang. Sekiranya projek dilaksanakan dalam kumpulan, kerjasama semua ahli kumpulan adalah penting untuk menghasilkan projek yang baik. Oleh itu guru perlu memastikan keahlian kumpulan telah diatur untuk memudahkan kerjasama sesama ahli.

Ciri-ciri umum1.      Garis panduan, presedur, rubrik penilaian, jadual pelaksanaan serta tarikh akhir menghantar

tugasan perlu ditetapkan lebih awal.2.      Guru perlu berperanan sebagai pendorong serta pembimbing yang berkesan.3.       Dalam sesetengah topik, murid dibebaskan memilih tajuk yang tidak terkeluar daripada skop isi

kandungan pelajaran.

Jenis-jenis Projek1.      Berasaskan bukua.      Bahan sumber utama adalah buku, majalah, manuskrip dan e-buku.b.      Boleh dilaksanakan di dalam kawasan sekolah atau di luar.2.      Kerja lapangana.      Membuat kajian tentang sesuatu tempat, bangunan bersejarah atau tokoh-tokoh.b.      Maklumat diperolehi melalui temubual dengan masyarakat tempatan, arkib dan perpustakaan

serta Internet.3.      Lawatan berstruktura.      Lawatan atau lawatan sambil belajar ke tempat-tempat yang boleh diperolehi maklumat yang

dicari seperti arkib, museum, mahkamah, masjid, perpustakaan dan sebagainya.b.      Dirancang dan diatur dengan teliti oleh guru.c.      Sepanjang lawatan murid perlu menyiapkan tugasan yang diberikan seperti melakar peta,

mencatat maklumat, melukis gambar dan pelan.

Langkah-langkah1.      Sediakan senarai tajuk yang sesuai.2.      Tentukan tugasan sama ada secara individu atau kumpulan.3.      Menerangkan prosedur penyelidikan serta rubrik penilaian dengan jelas.4.      Memastikan murid menyediakan soalan-soalan sekiranya melibatkan temubual atau

pemerhatian.

Page 6: Kaedah Pengajaran Sirah

Kaedah LawatanKaedah ini melibatkan aktiviti mengunjungi  atau lawatan sambil belajar di luar kelas biasa bagi semua kumpulan murid. Dengan ini murid akan mendapat pengertian yang jelas tentang perkara atau situasi yang dilawati, diperhatikan atau dialami. Guru perlu memastikan tajuk-tajuk yang dipilih untuk ajar menggunakan kaedah lawatan berada dalam lingkungan ciptaan Allah atau sirah yang mengandungi fakta yang jelas dan nyata.

Ciri-ciri umum1.      Murid dapat mempelajari sesuatu yang tidak boleh dibawa ke dalam kelas melalui pemindahan

objek nyata dan maujud.2.      Menarik minat dan membolehkan murid menumpukan perhatian kepada situasi atau masalah

yang memerlukan kajian.3.      Mendapatkan gambaran sebenar tentang amalan dan tindakan operasi kerja secara relistik.4.      Menghubungkan teori dengan praktikal.

Langkah-langkah1.      Tentukan tempat lawatan yang sesuai dengan tajuk serta isi pelajaran yang ingin diajarkan.2.      Tentukan tugasan secara individu atau kumpulan.3.      Membuat penerangan aktiviti secara jelas dan tepat semasa sesi lawatan.4.      Memastikan murid membuat laporan serta menghantar laporan dan tugasan selepas sesi lawatan.

Page 7: Kaedah Pengajaran Sirah

Kaedah Main PerananKaedah pengajaran ini dilaksanakan dengan cara memai nkan peranan watak-watak tertentu dengan tujuan memberi  gambaran sebenar watak tersebut.

Ciri-ciri Umum1.      Menyediakan skrip dan peralatan yang sesuai dengan tajuk.2.      Mengalami sendiri situasi pembelajaran yang aktif dan menyeronokkan.3.      Mengembangkan pelbagai potensi dan kemahiran, membina keyakinan diri.

Langkah-langkah1.      Memilih watak yang sesuai dengan tajuk pelajaran2.      Menyediakan peralatan dan tempat3.      Penghayatan watak oleh pelajar4.      Semasa aktiviti berjalan, pelajar lain memerhati dan mencatat.5.      Selepas aktiviti adakan perbincangan serta  membuat rumusan daripada pemerhatian