Upload
nurmiefahmy
View
52
Download
4
Embed Size (px)
DESCRIPTION
school
Citation preview
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI KELAMBU42700 BANTING SELANGOR DARUL EHSAN
KERTAS KERJAKURSUS KEPIMPINAN
PENGAWASPENGAWAS PUSAT SUMBER
KETUA KELASPENOLONG KETUA KELAS
AJK UNIT UNIFORM DAN KELAB
ANJURAN BERSAMAUNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
UNIT KOKURIKULUMPUSAT SUMBER
TARIKH / HARI11 APRIL 2015 ( SABTU )
1.0 PENDAHULUAN
Pengawas sekolah adalah murid terpilih yang diberikan tanggungjawab untuk membantu pihak sekolah, terutamanya dalam hal meningkatkan pencapaian disiplin murid ke tahap yang lebih baik, mereka dianggap mata dan telinga sekolah. Pengawas juga adalah murid, mereka memerlukan keyakinan diri untuk bertugas dengan penuh dedikasi dan berketerampilan. Bagi merealisasikannya mereka memerlukan bimbingan dan panduan.
Untuk mencapai ke tahap keyakinan diri dan kelicinan tugas mereka memerlukan bantuan pihak guru atau pihak sekolah untuk memberi motivasi dan tunjuk ajar kepada mereka. Para pengawas juga perlu mengetahui dengan jelas bidang tugas mereka serta mengetahui senario seluruh murid itu sendiri. Percambahan fikiran dan minda adalah salah satu cara yang dapat memantapkan keyakinan terhadap tugas mereka.
2.0 RASIONAL
Melahirkan pemimpin yang menghayati sikap dan nilai-nilai murni dan positif untuk kepentingan bersama iaitu keluarga, masyarakat dan Negara. Pemimpin juga diharapkan mempunyai semangat bekerja secara berpasukan dan sedia memberikan kerjasama kepada sesiapa sahaja yang berperanan di dalam bidang pentadbiran sekolah dan pengurusan disiplin.
3.0 OBJEKTIF
3.1 Setelah berakhirnya kursus ini, diharapkan para pengawas dapat:
3.1.1 Mengenal diri sendiri sebagai seorang pengawas dan mengenali kawan- kawan.
3.1.2 Memanfaatkan persahabatan untuk menambahkan ilmu pengetahuan.3.1.3 Memahami dan mampu mengendalikan perbincangan secara yang betul.3.1.4 Mewujudkan kumpulan pengawas yang bekerja di dalam satu pasukan.3.1.5 meyakinkan diri sendiri, khususnya apabila bercakap di hadapan khalayak.3.1.6 Memahami tugas yang diamanahkan dan bertindak secara bijak.3.1.7 Mengetahui bahawa tugas mereka sangat penting dan diperlukan oleh pihak
sekolah.3.1.8 Menyedari bahawa mereka adalah pemimpin kecil di sekolah.
4.0 SASARAN
Kursus Kepimpinan ini disasarkan kepada pengawas sekolah, pengawas pusat sumber sekolah ,ketua kelas dan penolong ketua kelas, JK unit beruniform dan kelab-kelab SK Sg Kelambu.
Jumlah penyertaan murid : 90 orang
5.0 JK PELAKSANA
PENASIHAT : PN ZAITON BINTI OTHMAN ( GB )
PENGERUSI : PN MIMI HAIRANI BINTI MANSOR ( PK HEM )
NAIB PENGERUSI : PN HONIMAH BINTI BANURI ( PK KO KURIKULUM) PENYELARAS : PN NORAZAH BINTI AHMAD MARKEH SETIAUSAHA : PN NURULFADILLAH BINTI JAIS PENDAFTARAN : PN SITI AZIZAH BINTI MUHAMMAD
PENGACARA MAJLIS : EN MUHAMMAD MUZAMIL BIN BORIAK
BACAAN DOA : USTAZ HASNUROL B HASHIM
JAMUAN : PN NORIDAH BINTI HASHIM BACKDROP : EN AHMAD FAIDZ BIN AHMAD FUAD
CENDERAHATI PENCERAMAH : PN SUZIYANA BINTI BUYANIN
SIJIL : PN FAUZILAH BT ROSLAN PN NORHAWA BT AHMAD AHSAN
BUKU ATURCARA : PN NORAINI BT HASSIM
DOKUMENTASI : EN MOHD HISHAMUDDIN BIN A. KADIR 6.0 TENTATIF PROGRAM 8.00 PG : PENDAFTARAN PESERTA 8.15 PG : TAKLIMAT PROGRAM
8.30 PG : CERAMAH 1 : TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN
10.00 PG : REHAT
10.30 PG : CERAMAH 2 : MOTIVASI DIRI
12.00 TGH : RUMUSAN DAN PENILAIAN
12.30 TGH : MAJLIS PENUTUP
1.00 TGH : BERSURAI
7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
PERKARA NILAI (RM) KUANTITI JUMLAH (RM)MAKAN/MINUM 8.00 90 720.00FAIL, BUKU DAN ALAT TULIS 4.00 90 360.00SIJIL 1.00 90 90.00FOTOSTAT 50.00 50.00
JUMLAH KESELURUHAN 1220.00
8.0 SUMBER KEWANGAN 1. UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING = RM 400.00
2. UNIT KOKURIKULUM = RM 350.00
3. PUSAT SUMBER = RM 200.00
4. PIBG = RM 270.00
JUMLAH = RM 1220.00
DISEDIAKAN OLEH, DISEMAK OLEH,
……………………………….. ……………………………….( PN NURULFADILLAH BT JAIS ) SETIAUSAHA UNIT PENGAWAS SK SG KELAMBU
DISAHKAN OLEH,
………………………………