16
NORHAYATI BINTI AHMAD OSMAN 690810-13-5566 ELM 3101 1.0 Pengenalan Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, moral ialah ajaran atau pegangan bukan buruk baik sesuatu perbuatan sama ada dari segi kelakuan,akhlak, kewajipan atau lain-lain tetapi yang berkaitan dengan apa yang betulatau adil. Moral membawa erti akhlak, budi pekerti, kelakuan, tabiat , watak danperangai.Kesedaran tentang moral merupakan satu kemestian bagi setiap orang untuk menjamin keamanan sesebuah negara dan dunia. .Usaha-usaha yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk menghasilkan Insan Bermoral .Tingkah laku adalah merangkumi lakuan, aktiviti, tindak balas dan reaksi seseorang individu. Menurut istilah saintifik, tingkah laku sesuatu organisma boleh diperhatikan dan diukur. Manakala menurut istilah pendidikan pula dikenali sebagai tindak balas secara terang-terangan. Sesetengah tingkah laku akan dijadikan sasaran untuk diubah. Ia menjadi matlamat dan objektif utama dalam program pendidikan dan direka sebagai tingkah laku sasaran. Teori tingkah laku mengandaikan bahawa tingkah laku adalah ciri-ciri asas pada organisma yang hidup. Prosedur-prosedur tingkah laku analitik menegaskan bahawa spesifikasi tepat dan pengukuran terhadap tingkahl aku pemerhatian sebagai panduan asas. Andaian seterusnya adalah tingkahl aku boleh diubahsuai melalui pembelajaran dan perubahan tingkah laku tersebut adalah fungsi kepada perubahan dalam persekitaran. PPGBM2611 1

KKP ELM3101.docx

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: KKP ELM3101.docx

NORHAYATI BINTI AHMAD OSMAN690810-13-5566

ELM 3101

1.0Pengenalan

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, moral ialah ajaran atau pegangan bukan

buruk baik sesuatu perbuatan sama ada dari segi kelakuan,akhlak, kewajipan

atau lain-lain tetapi yang berkaitan dengan apa yang betulatau adil. Moral membawa

erti akhlak, budi pekerti, kelakuan, tabiat , watak danperangai.Kesedaran tentang moral

merupakan satu kemestian bagi setiap orang untuk menjamin  keamanan

sesebuah negara dan dunia. .Usaha-usaha yang dijalankan ini adalah bertujuan

untuk menghasilkan Insan Bermoral .Tingkah laku adalah merangkumi lakuan, aktiviti,

tindak balas dan reaksi seseorang individu. Menurut istilah saintifik, tingkah laku

sesuatu organisma boleh diperhatikan dan diukur. Manakala menurut istilah pendidikan

pula dikenali sebagai tindak balas secara terang-terangan. Sesetengah tingkah laku

akan dijadikan sasaran untuk diubah. Ia menjadi matlamat dan objektif utama dalam

program pendidikan dan direka sebagai tingkah laku sasaran.

Teori tingkah laku mengandaikan bahawa tingkah laku adalah ciri-ciri asas pada

organisma yang hidup. Prosedur-prosedur tingkah laku analitik menegaskan bahawa

spesifikasi tepat dan pengukuran terhadap tingkahl aku pemerhatian sebagai panduan

asas. Andaian seterusnya adalah tingkahl aku boleh diubahsuai melalui pembelajaran

dan perubahan tingkah laku tersebut adalah fungsi kepada perubahan dalam

persekitaran.

2.0Teori Perkembangan Moral Jean Piaget

Perkembangan moral melibatkan perubahan pemikiran, perasaan dan tingkahlaku

terhadap nilai kebenaran atau kesilapan.  Ia mempunyai dimensi interpersonal yang

melibatkan regulasi dalaman seseorang individu dan dimensi interpersonal yang

melibatkan interaksi sosial dengan orang di persekitaran. Pemikiran, tingkahlaku,

perasaa dan personaliti seseorang saling berkait dalam penilaian moral seseorang

individu Piaget berminat mengkaji pemikiran kanak-kanak menaakul dan memberi hujah

terhadap persoalan melibatkan moral.Beliau merumuskan kanak-kanak melalui dua

PPGBM2611 1

Page 2: KKP ELM3101.docx

NORHAYATI BINTI AHMAD OSMAN690810-13-5566

ELM 3101

peringkat utama pemikiran moral:Umur 4 hingga 7tahun (Peringkat moral

Heteronomus ).

Peringkat pertama perkembangan moral, Kanak-kanak melihat peraturan

sebagai sesuatu yang telah ditetapkan dan tidak boleh diubah. Mereka menilai sesuatu

tindakan melalui akibat. Contoh: Mereka mengemaskan barang mainan sebab takut

dimarahi, Mereka sukar mengubah sesuatu peraturan dan mementingkan akibat yang

akan diterima daripada sesuatu perbuatan.

Peringkat kedua Umur 7 hingga 10 tahun iaitu peringkat transisi. Pada peringkat

ini kanak-kanak mempunyai ciri-ciri peringkat pertama tetapi sudah mula beralih kepada

ciri-ciri peringkat seterusnya. Umur 10 tahun ke atas (Peringkat Moral Autonomus) di

mana kanak-kanak mula sedar bahawa peraturan dan undang-undang dicipta

oieh manusia dan bukan sesuatu yang mutlak. Mula menilai sesuatu tindakan

berdasarkan niat dan akibat. Boleh mempertimbangkan sesuatu perlakuan moral

berdasarkan aspek-aspek lain seperti niat, perasaan, keadilan dan tingkahlaku.

Menurut Piaget, perkembangan intelektual kanak-kanak tidak bergantung kepada

pengajaran secara langsung orang dewasa. Sebaliknya, perkembangan kanak-kanak

bergantung kepada interaksi antara dua faktor utama iaitu faktor keturunan (baka) dan

faktor persekitaran. Kanak-kanak lahir dengan kebolehan mental semula jadi untuk

belajar.Piaget percaya bahawa kanak-kanak belajar melalui aksi. Interaksi mereka

dengan persekitaran semasa membesar membantu mereka mencipta dengan sendiri

tanpa pertolongan orang dewasa, pengetahuan atau skema. Pengetahuan baru

sentiasa menggantikan skema yang lama dalam proses yang dikenali sebagai asimilasi,

akomodasi dan ekuiliberasi. Skema adalah potensi am yang ada dalam pemikiran

manusia untuk melakukan sesuatu. Skema adalah dalam bentuk pengetahuan dunia

berfungsi untuk memandu tingkah laku individu. Manakala adaptasi merupakan proses

mental yang wujud akibat keseimbangan antara akomodasi dan asimilasi untuk

disesuaikan dengan persekitaran. Dua aspek penyesuaian yang dialami oleh seseorang

individu, iaitu asimilasi dan akomodasi. Asimilasi dan akomodasi digunakan oleh kanak-

kanak ketika dia belajar untuk menyesuaikan diri dengan persekitarannya. Setiap

PPGBM2611 2

Page 3: KKP ELM3101.docx

NORHAYATI BINTI AHMAD OSMAN690810-13-5566

ELM 3101

individu hendaklah menyesuaikan diri dengan alam sekitarnya apabila umurnya

meningkat. Ini melibatkan asimilasi dan akomodasi. Seseorang individu itu

menunjukkan asimilasi ketika dia menggunakan gerak balas yang telah dipelajari

kepada rangsangan yang baru.  Piaget juga menekankan bahawa perkembangan

intelektual menguasai semua aspek perkembangan yang lain seperti emosi, sosial dan

moral.

3.0Perbandingan Perlakuan Murid

3.1 Biodata Murid

BUTIRAN

PERIBADI MURID

MURID A MURID B

Umur 11 Tahun 11 Tahun

Jantina Lelaki Lelaki

Anak ke Pertama Ke 5

Pekerjaan Penjaga Pemandu Ketua Wilayah Bank Rakyat

Status Penjaga Datuk Bapa

Jawatan di sekolah Tiada Pengawas

Alamat rumah Kampung Laruh Taman Long Seng

Ciri-ciri pribadi

yang dikenalpasti

1. Kurang daya tumpuan

2. Sering mengganggu kawan

3. Tidak mematuhi peraturan

4. Bersikap kasar

1. Patuh peraturan 2. Rajin3. Proaktif4.Tekun5. Berhemah

PPGBM2611 3

Page 4: KKP ELM3101.docx

NORHAYATI BINTI AHMAD OSMAN690810-13-5566

ELM 3101

Saya telah menjalankan proses pengumpulan data untuk kajian tentang tingkah

laku murid selama tiga minggu pada bulan September. Saya telah memilih dua orang

murid pada tahap umur yang sama iaitu berumur 11 tahun tetapi mempunyai karektor

dan latar belakang yang berbeza. Murid A adalah responden yang mempunyai

perlakuan yang kurang baik. Jika dilihat daripada biodata kedua-dua orang murid ini

membuktikan latar belakang keluarga menjadi fokus kepada pelahiran tingkahlaku yang

kurang baik.

Pemilihan kedua-dua murid ini adalah bertepatan dengan kajian perkembangan

moral menurut teori Jean Piaget . Justeru, bebarapa kaedah telah saya gunakan untuk

melaksanakan pengumpulan data kedua-dua orang murid yang telah saya pilih. Antara

kaedah yang yang telah saya jalankan ialah mendapatkan maklumat murid tersebut

daripada guru kelas .Melalui guru kelas saya mengumpulkan data pribadi

murid ,maklumat tingkah laku dan kemajuan dalam setiap ujian yang dijalankan.

Saya juga telah mengadakan perjumpaan dengan guru bimbingan sekolah untuk

mengumpul maklumat murid yang mempunyai tingkah laku yang kurang baik. Saya

juga turut serta dalam sesi bimbingan yang dijalankan oleh guru bimbingan dengan

murid yang saya telah pilih sebagai responden.Selain itu , saya juga telah menemubual

kedua-dua orang murid ini. Sebagai memantapkan keesahan maklumat yang saya

kumpul, saya bertemu dengan penjaga kepada murid yang telah dikenalpasti

mempunyai tingkah laku yang kurang baik.

Sepanjang kaedah pemerhatian yang saya jalankan, dari segi perkembangan fizikal

kedua-dua orang murid ini adalah normal seperti murid-murid lain. Namun,terdapat

sedikit perbezaan dari segi perkembangan fizikal di antara kedua-dua orang murid

tersebut di mana Murid B mempunyai tumbesaran yang lebih baik berbanding Murid A.

Menurut teori Jean Piaget iaitu perubahan-perubahan biologi adalah telah

diprogramkan oleh gen dalam setiap individu.Berdasarkan teori tersebut,saya

mendapati ada kebenarannya bahawa kekurangan makanan mempengaruhi

tumbesaran seseorang kanak-kanak.

Hasil dapatan daripada pengumpulan maklumat dan analisa data yang telah saya

kumpulan terhadap kedua-dua orang murid tersebut , saya berpendapat bahawa teori

Jean Piaget mempunyai kebenarannya dalam kajian tentang perkembangan moral

PPGBM2611 4

Page 5: KKP ELM3101.docx

NORHAYATI BINTI AHMAD OSMAN690810-13-5566

ELM 3101

seseorang kanak-kanak.Menurut teori Jean Piaget, umur kanak-kanak dalam

lingkungan Umur 10 tahun ke atas (Peringkat Moral Autonomus) di mana kanak-kanak

mula sedar bahawa peraturan dan undang-undang dicipta oieh manusia dan bukan

sesuatu yang mutlak. Berdasarkan pemerhatian saya, tingkah laku Murid A

bertentangan dengan teori tersebut kerana murid ini telah dikenalpasti seorang murid

mempunyai perlakuan negatif iaitu sukar menumpukan perhatian dan kesukaran

mematuhi peraturan ketika di bilik darjah.Murid ini juga sukar untuk duduk setempat dan

sering tidak menyiapkan latihan yang diberi oleh guru.Hal ini berbeza dengan perlakuan

Murid B, di mana murid ini telah sedar untuk mematuhi peraturan yang perlu

dipatuhi.Oleh yang demikian Murid B didapati lebih cemerlang dari segi pencapaian

akademiknya berbanding Murid A.

Kesinambungan perlakuan yang kurang baik pada diri Murid A , menyebabkan

murid ini kurang diterima oleh rakan-rakan sekelas. Sikap dan tutur kata murid ini juga

agak kasar sering menimbulkan pergaduhan dengan rakan –rakan sekelas. Jelas

menunjukkan murid ini tersasar dari teori Jean Piaget yang mengasaskan bahawa

pada peringkat ini seseorang kanak-kanak mula menilai sesuatu tindakan berdasarkan

niat dan akibat. Boleh mempertimbangkan sesuatu perlakuan moral berdasarkan

aspek-aspek lain seperti niat, perasaan, keadilan dan tingkahlaku.Pernyataan teori ini

bertepatan dengan perlakuan Murid B.Perkembangan sosial Murid B begitu baik dan

sempurna mengikut perkembangan kognitifnya. Hal ini terbukti apabila Murid B diterima

baik oleh rakan-rakan lebih-lebih lagi murid ini gemar membantu guru dan rakan –rakan

yang memerlukan bantuan. Di samping itu , Murid B ini terbukti boleh membuat

keputusan dan tindakan yang tepat semasa menangani murid-murid yang melakukan

kesalahan kerana Murid ini merupakan seorang pengawas sekolah.

Menurut Piaget , perkembangan kanak-kanak bergantung kepada interaksi antara

dua faktor utama iaitu faktor keturunan (baka) dan faktor persekitaran. Piaget percaya

bahawa kanak-kanak belajar melalui aksi. Interaksi mereka dengan persekitaran

semasa membesar membantu mereka mencipta dengan sendiri tanpa pertolongan

orang dewasa, pengetahuan atau skema. Pernyataan Piaget sememangnya bertepatan

dengan perkembangan Murid B di mana Murid B yang berlatarbelakangkan keluarga

PPGBM2611 5

Page 6: KKP ELM3101.docx

NORHAYATI BINTI AHMAD OSMAN690810-13-5566

ELM 3101

yang kukuh dari segi ekonomi,institusi kekeluargaan dan taraf pendidikan yang

sempurna membolehkan murid ini mempunyai skema tingkah laku yang

stabil.Sebaliknya , teori Piaget tidak berlaku kepada Murid A yang berlatarbelakangkan

institusi kekeluargaan yang tidak stabil. Maklumat yang diperoleh daripada temubual

dengan murid ini,membuktikan Murid A ini mengalami gangguan emosi akibat sikap

bapa yang kurang bertanggungjab. Rentetan emosi yang tidak stabil menyebabkab

mired ini sering melakukan pelakuan yang kurang baik.

4.0 Faktor-faktor yang membawa kepada salah laku murid.

Faktor murid adalah faktor yang paling utama dan dominan penyebab tingkah

laku bermasalah. Jika dilihat lebih luas lagi, perkara ini merangkumi beberapa

aspek yang berkait rapat dengan diri murid itu sendiri iaitu latar belakang murid dan

pengaruh keluarga khususnya peranan ibu bapa dalam membentuk diri murid serta

sosio-ekonomi keluarga.

Selain itu, masalah tingkah laku murid juga mungkin berpunca daripada

sosioekonomi keluarga sekaligus boleh dikaitkan dengan masalah penyesuaian diri. Hal

ini, biasanya berlaku di kalangan murid daripada keluarga kelas sosio-ekonomi

rendah.Mereka akan membawa nilai-nilai yang menjadi kebiasaan dan diamalkan di

rumah semasa di sekolah seperti dalam soal pengurusan masa, pergaulan dan

sebagainya.Kehidupan mereka di rumah sememangnya menjadi pengaruh besar

kepada tingkahlaku mereka di sekolah.

 Mereka kurang memberikan perhatian terhadap anak-anak dari segi perasaan

dan bimbingan akademik.Oleh sebab itu, murid ke sekolah hanya untuk memenuhi

kehendak autoriti. Akibat tiada dorongan, murid tidak bersemangat untuk belajar apatah

lagi untuk mencapai kejayaan atau berlumba-lumba dalam pendidikan. Perasaan tidak

puas hati, marah, geram, sedih danlain-lain mulai bercampur baur lantaran tidak siapa

yang ambil peduli. Oleh itu, pelajar   bertindak  meluahkan  perasaan  melalui  tindakan

yang dilarang. 

PPGBM2611 6

Page 7: KKP ELM3101.docx

NORHAYATI BINTI AHMAD OSMAN690810-13-5566

ELM 3101

Masalah tingkah laku di dalam bilik darjah turut mempunyai hubungkait dengan

guru dari segi sikap dan keprihatianan guru, gaya kepimpinan dan kaedah

sertabahan pengajaran guru. Ini disebabkan guru merupakan individu yang bertanggug

awab dalam mengendalikan sesebuah pengajaran dan pembelajaran serta memastikan

kelicinannya sekaligus mempunyai autoriti dalam mengawal tingkah laku murid di dalam

kelas anti kepada sekolah dan masyarakat.

Memberi gelaran yang buruk dan menghina adalah satu  proses  Demoralizing

yang boleh memusnahkan maruah murid. Motivasi diri menjadi  hancur disebabkan

proses  demoralizing  yang  dialami  secara  berterusan  oleh individu. Murid perlu diberi

peluang untuk melibatkan diri secara aktif dalam kegiatan pembelajaran seperti

mengeluarkan  pendapat  dan  saranan  agar  tidak  menjejaskan keupayaan dan

kemampuan mereka untuk menerima pelajaran. Jangkaan guru yang rendah terhadap

murid juga boleh menjadikan mereka lebih suka mengikut daripada berfikir. Hal ini

kerana jangkaan guru yang rendah memberi kesan buruk terhadap pencapaian  murid.

Murid akan berasa guru kurang menunjukkan perhatian dan minat untuk membantu

meningkatkan kebolehan mereka.

Perkembangan moral murid-murid menjadi tanggungjawab semua pihak

khususnya pihak ibu bapa dan guru-guru. Jika perkembangan moral ini tidak dibimbing

oleh pihak ibu bapa dan guru-guru keberangkalian murid-murid tersebut tidak akan

mencapai tahap perkembangan moral seperti yang diasaskan oleh Jean Piaget. Bagi

Murid A, jika masalah perlakuannya tidak ditangani kebarangkalian murid tersebut

melakukan salah laku yang lebih berat berbanding kesalahan yang dilakukan sebelum

ini .Kebarangkalian murid ini menjadi murid yang bertingkah laku baik akan berlaku

sekiranya ibu bapa dan guru-guru dapat menyedari masalah murid ini dan membantu

murid ini keluar dari belenggu kekeliruan yang dialaminya.

Bagi Murid A pula,kestabilan perkembangan sosial ,intelektual dan

perkembangan moralnya kekal akan stabil dan sempurna jika sentiasa mendapat

perhatian dan penghargaan daripada ibu bapa dan pihak guru.Namun, jika murid ini

PPGBM2611 7

Page 8: KKP ELM3101.docx

NORHAYATI BINTI AHMAD OSMAN690810-13-5566

ELM 3101

tidak mendapat bimbingan yang bersistem ,besar kemungkinan akan berubah tingkah

lakunya disebabkan pengaruh faktor persekitaran yang terlalu kompleks.

5.0 Cara –cara membantu murid bermasalah menjadi murid yang baik.

Dengan merujuk kepada analisis teori Piaget, perkembangan moral kanak-kanak

bermula dari rumah, atau dalam kata mudahnya, peranan ibu bapa serta keluarga yang

membawa kepada kemoralan dalam diri kanak-kanak. Semasa diperingkat moraliti

heteronomous, kanak-kanak masih berfikiran egosentrik dan mengganggap peraturan

itu mutlak. Maka, dari situ, ibu bapa harus membentuk kanak-kanak dengan sentiasa

mengingatkan kanak-kanak dengan apa yang patut dan tidak patut dilakukan dan

memberitahu segala kesan sekiranya mereka berbuatsesuatu tingkah laku. Dan apabila

mereka sudah besar nanti, moral serta disiplin mereka akan terbentuk dalam diri

mereka tanpa disedari.

Selain itu, mereka juga berbuat baik semata-mata inginkan ganjaran. Pada tahap

ini, ibu bapa boleh melatih anak-anak untuk berbuatbaik dan berdisiplin dengan

sentiasa mengingatkan mereka akibat atau ganjaran yang mereka akan dapat untuk

sesuatu tingkah laku.

  Piaget percaya bahawa interaksi dengan rakan sebaya memainkan peranan

penting dalam menerbitkan bentuk-bentuk pemikiran moral yang lebih canggih. Mereka

bersetuju bahawa jika kanak-kanak dibiarkan mengalami pelbagai konflik semasa

berinteraksi dengan rakan, lama-kelamaan mereka akan menjadi mahir dalam

menghadapi dilema, iaitu mempunyai cara penaakulan yang lebih berkesan dan

kompleks. Kanak-kanak popular yang sering melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti sosial

dan menjadi ketua dalam kumpulan rakan sebaya lebih cenderung membentuk

penilaian moral yang lebih matang.

Justeru, ibu bapa perlu sedar hakikat kepentingan membentuk peribadi anak-

anak. Perhatian yang lebih serius secara keseluruhan terhadap perkembangan mereka

PPGBM2611 8

Page 9: KKP ELM3101.docx

NORHAYATI BINTI AHMAD OSMAN690810-13-5566

ELM 3101

dari pelbagai aspek harus diberikan. Mereka perlu lebih terbuka dalam melayani pertan

yaan anak-anak, berbincang dan memberi peluang kepada anak-anak mereka untuk

memberikan pandangan dan pendapat, membuat pilihan serta menyatakan sebab-

sebab mengapa mereka menggemari sesuatu atau sebaliknya dalam usaha

membentukan peribadi dan tingkah laku murid yang positif.

Peranan guru turut penting dalam pembentukan insan bermoral, di mana mereka

harus menunjukkan contoh perbuatan serta teladan yang baik untuk dicontohi.

Pembentukan insan bermoral lebih mudah dilakukan terhadap kanak-kanak, kerana

mereka lebih cenderung untuk terpengaruh dengan apa yang mereka lihat di sekeliling

mereka. Kanak-kanak akan berusaha berbuat baik untuk mengelak dendaan. Bagi

mereka, sesuatu tingkah laku yangtidak didenda dianggap betul.

Guru hendaklah mempunyai sikap dan sahsiah yang positif agar dihormati

murid. Selain itu,  guru perlu menguasai dan sentiasa berusaha meningkatkan

kemahiran komunikasinya bagi membolehkan murid mudah bergaul dengan mereka

dan lebih terbuka dalam berkongsi pengalaman dan pengetahuan di antara kedua-

duanya.Secara tidak langsung, murid akan berasa diri mereka dikasihi, dihargai dan

dimuliakan.Hal ini pastinya dapat membantu guru dalam mengatasi masalah tingkah

laku  dikalangan murid-murid di dalam bilik darjah

6.0 Kesimpulan

Perkembangan moral yang sempurna akan melahirkan murid-murid yang

mempunyai tingkah-laku yang baik. Berdasarkan kajian terhadap perlakuan murid

terbukti bahawa Teori yang diasaskan oleh Jean Piagen tentang perkembanngan

moral kanak-kanak harus difahami oleh ibubapa dan pihak guru. Untuk melahirkan

insane yang bermoral sudah menjadi tanggungjawab orang yang lebih dewasa sebagai

petunjuk jalan kepada kanak-kanak yang masih belum matang dalam membuat

tindakan.

Sebagai kesimpulan, harus kita ingat bahawa apa jua intervensi yang digunakan

hendaklah setimpal dengan situasi yang berkenaan serta selaras dengan falsafah

PPGBM2611 9

Page 10: KKP ELM3101.docx

NORHAYATI BINTI AHMAD OSMAN690810-13-5566

ELM 3101

gurutersebut. Satu-satu intervensi mungkin tidak sesuai bagi semua guru dan tidak ada

satupun yang boleh dikatakan sebagai yang paling baik atau terbaik. Oleh itu, pelbagai

intervensi yang dicadangkan oleh ahli teoris harus digunakan oleh guru dalam

mengawal disiplin bilik darjah. Sehubungan itu, intervensi disiplin sentiasa

diperkembangkan serta dipertingkatkan bagi memenuhi kehendak dak keperluan

pelbagai jenis murid. Intervensi yang terbaik ialah intervensi yang berlandaskan

pelbagai pendekatan.

Kebanyakan masalah disiplin dan tingkah laku bermasalah yang berlaku dalam

bilik darjah bersifat pelbagai dimensi dan merupakan simptom-simptom masalah yang

dihadapi oleh murid-murid pada pelbagai aras. Sebagai seorang guru, kita harus boleh

bezakan bila sesuatu tingkah laku ditakrifkan sebagai yang bermasalah atau bukan

bermasalah. Jika bermasalah pun, tingkah laku atau disiplin tersebut mempunyai darjat

keseriusannya. Yang tidak kurang penting juga kita ketahui puncanya, kesan dan

implikasi tingkah laku bermasalah dalam bilik darjah agar kita lebih memahami murid

yang menimbulkan masalah disiplin, seterusnya bertindak ke arah mengawasi situasi

bilik darjah agar tidak bertambah lagi teruk sehingga mengganggu proses pengajaran

dan pembelajaran.

7.0 Refleksi

Setelah siap tugasan ini, saya telah memperoleh banyak pengetahuan dan

maklumat baru berkaitan perbezaan individu. Sesungguhnya tajuk ini banyak memberi

input yang bermakna . Hal ini demikian kerana, dalam tajuk ini saya telah mempelajari

makna yang paling tepat terhadap perbezaan individu itu. Malah, saya juga dapat

mengetahui pendapat-pendapat serta pemikiran-pemikiran beberapa orang ahli

psikologi yang telah mengkaji perbezaan individu dengan mencipta teori mereka

sendiri.

Berdasarkan teori yang mereka telah kaji, saya dapati, perbezaan individu

sememangnya dipengaruhi oleh dua faktor utama iaitu faktor baka dan persekitaran.

Menerusi dua faktor inilah yang menentukan sesuatu tahap bagi seseorang individu itu.

PPGBM2611 10

Page 11: KKP ELM3101.docx

NORHAYATI BINTI AHMAD OSMAN690810-13-5566

ELM 3101

Berdasarkan perkara ini, sebagai seorang guru, saya perlu menjadi seorang guru yang

peka terhadap peribadi dan perubahan seorang murid. Ini memandangkan, dengan

cara mengambil berat terhadap murid sahajalah, saya boleh mengetahui punca-punca

mengapa seseorang murid itu lemah di dalam pelajarannya atau sebaliknya.

  Antara langkah yang boleh  diambil untuk mengenal pasti tahap setiap individu

murid adalah dengan mengetahui latar belakang, kekuatan dan kelemahan, minat,

matlamat, aspirasi dan sikap murid. Saya juga boleh dapatkan semua ini melalui kad

kumulatif, pemerhatian tingkah laku, perbincangan dengan murid, berkongsi pendapat

dan pengalaman, mentadbir ujian psikologi serta diagnostik berdasarkan sikap, nilai

kerja, dan minat kerjaya. Dengan cara ini, ia memudahkan saya untuk mengetahui

sebab serta punca seseorang murid mempunyai perlakuan yang kurang baik.

Tugasan ini banyak mengajar saya untuk menjadi lebih bertolak ansur  terhadap

murid-murid dalam apa jua keadaan kelak.Sebagai contoh, sekiranya  masih ada

muridnya yang tidak dapat mencapai objektif pelajaran atau yang lebih teruk lagi ada

dalam kalangan murid dan mereka telah menimbulkan gangguan semasa

pelaksanakan pengajaran walaupun saya telah merancang aktiviti pengajaran dan

pembelajaran yang difikirkan paling bersesuaian , saya perlu bertolak ansur dengan

keadaan ini. Saya akan belajar untuk bersabar melayani karenah mereka

memandangkan saya telah tahu setiap murid itu berbeza pencapaiannya.

            

PPGBM2611 11