LAPORAN KAJI SELIDIK [ KAJI SELIDIK PENGESANAN GRADUAN ILJTM KONVOKESYEN TAHUN 2008] Dis, 2008 Bhgn

  • View
    13

  • Download
    1

Embed Size (px)

Text of LAPORAN KAJI SELIDIK [ KAJI SELIDIK PENGESANAN GRADUAN ILJTM KONVOKESYEN TAHUN 2008] Dis, 2008 Bhgn

  • LAPORAN

    KAJI SELIDIK PENGESANAN

    GRADUAN ILJTM

    SESI 2/2007 DAN SESI 1/2008

    Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Jabatan Tenaga Manusia

    Kementerian Sumber Manusia

    DISEMBER 2008

  • [ KAJI SELIDIK PENGESANAN GRADUAN ILJTM

    KONVOKESYEN TAHUN 2008 ] Dis, 2008

    Bhgn. Perancangan dan Penyelidikan, JTM i

    KANDUNGAN

    RINGKASAN EKSEKUTIF 1

    1.0 PENDAHULUAN 2

    1.1 Skop Kajian 2

    2.0 TUJUAN 3

    2.1 Objektif Kajian 3

    3.0 METODOLOGI 3

    4.0 PENEMUAN DAN PERBINCANGAN 4

    4.1 Maklumbalas Responden 4

    4.1.1 Pecahan Graduan Mengikut Program Persijilan 6

    4.1.2 Pecahan Graduan Mengikut Kursus 6

    4.2 Tahap ‘Employability’ Keseluruhan Graduan ILJTM 7

    4.3 Tahap ‘Employability’ Graduan Mengikut Jantina 10

    4.4 Analisis Terhadap Responden Telah Bekerja 11

    4.4.1 Jawatan Yang Disandang Oleh Graduan 11

    4.4.2 Pendapatan Graduan 12

    4.4.3 Kaitan Antara Kemahiran Yang Dipelajari Dengan 15

    Pekerjaan

    4.4.4 Kaedah Graduan Mendapatkan Pekerjaan 15

    4.4.5 Sektor Pekerjaan Graduan 16

    4.5 Analisis Terhadap Responden Yang Melanjutkan Pelajaran 16

    4.5.1 Tempat Graduan Melanjutkan Pelajaran 17

    4.5.2 Tahap Pengajian Yang Diambil 17

    4.6 Analisis Terhadap Responden Yang Masih Mencari Pekerjaan 18

    5.0 PERBANDINGAN STATUS EMPLOYABILITY GRADUAN ILJTM MENGIKUT 19

    PERATUSAN DARIPADA 2004 SEHINGGA 2008

    6.0 KESIMPULAN DAN CADANGAN 19

    6.1Cadangan 20

    GLOSARI 22

    LAMPIRAN 1 – LAMPIRAN 5

  • [ KAJI SELIDIK PENGESANAN GRADUAN ILJTM

    KONVOKESYEN TAHUN 2008 ] Dis, 2008

    Bhgn. Perancangan dan Penyelidikan, JTM 1

    RINGKASAN EKSEKUTIF

    Tujuan kajian ini dijalankan pada setiap tahun, adalah untuk mengesan dan mengukur

    tahap ‘employability’ pelajar keluaran ILJTM. Secara keseluruhannya, pelajar yang

    berjaya menamatkan latihan bagi sesi 2/2007 dan sesi 1/2008 adalah seramai 7,562

    orang. Daripada jumlah tersebut, seramai 5,436 (71.9%) telah mengemukakan maklum

    balas. Hasil analisa daripada maklum balas yang dikemukakan mendapati 60.1% iaitu

    seramai 3,266 orang graduan ILJTM keluaran sesi 2/2007 dan 1/2008 telah berjaya

    mendapat pekerjaan selepas 6 bulan menamatkan latihan. Manakala, seramai 1,245

    (22.9%) orang graduan lagi berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih

    tinggi, selebihnya iaitu 17% graduan masih mencari pekerjaan pada masa kajian ini

    dijalankan. Namun begitu, masalah ‘employment mismatch’ juga harus diberi

    perhatian serius kerana terdapat sebilangan graduan yang telah bekerja, iaitu seramai

    48.9% yang bekerja di luar bidang kemahiran mereka.

    Kursus Sijil Teknologi Penerbangan menunjukkan peratusan tertinggi graduan yang

    telah mendapatkan pekerjaan iaitu 93.8% manakala kursus Diploma Pengajar

    Vokasional (Foundri) dan (Instrumentasi) menunjukkan peratusan tertinggi bagi

    graduan diploma yang telah bekerja iaitu 100.0%. Walau bagaimanapun nilai ini

    hanyalah merujuk kepada sampel-sampel yang diperolehi daripada maklum balas

    yang dikemukakan.

    Berdasarkan kepada analisis juga mendapati terdapat juga kursus-kursus yang kurang

    mendapat sambutan berdasarkan kepada peratusan graduan yang sedang mencari

    pekerjaan yang tertinggi. Bagi kursus Diploma Pengajar Vokasional, 62.5% graduan

    sedang mencari pekerjaan manakala bagi kursus sijil pula, kursus Teknologi Perabot

    mencatatkan peratusan graduan yang sedang mencari pekerjaan yang tertinggi iaitu

    29.2%

  • [ KAJI SELIDIK PENGESANAN GRADUAN ILJTM

    KONVOKESYEN TAHUN 2008 ] Dis, 2008

    Bhgn. Perancangan dan Penyelidikan, JTM 2

    1.0 PENDAHULUAN.

    Borang soal selidik yang dibangunkan dibahagikan kepada 3 bahagian utama iaitu

    maklumat graduan, maklumat kerjaya dan maklumat am. Parameter yang terdapat

    dalam borang soal selidik ini dibangunkan supaya ringkas dan mudah difahami dan

    diberikan maklumbalas oleh graduan. Borang soal selidik kemudiannya dihantar

    kepada semua graduan yang terlibat dalam Majlis Konvokesyen ILJTM bagi tahun

    2008.

    Statistik-statistik yang diperolehi boleh dijadikan sebagai pengukur awal status

    ‘employability’ graduan ILJTM pada masa akan datang. Hasil daripada kajian ini

    diharapkan dapat membantu pihak pengurusan ILJTM dalam meningkatkan kualiti

    latihan dan seterusnya memastikan setiap graduan keluaran ILJTM mendapat

    kepercayaan dan keyakinan daripada pihak industri untuk mengambil mereka

    sebagai pekerja.

    1.1 Skop Kajian

    Bagi mendapatkan hasil maklum balas yang tinggi nilai pengesahan dan

    kebolehpercayaan, borang soal selidik telah diposkan kepada semua graduan

    keluaran 2/2007 dan sesi 1/2008 melalui surat jemputan konvokesyen 2008. Penentuan

    saiz sampel telah dibuat berdasarkan kepada empat aspek utama iaitu jenis kajian,

    jenis populasi, perbelanjaan dan skala pengukuran. Oleh kerana populasi ini adalah

    bersifat heterogenus iaitu mempunyai beberapa sub sampel seperti jantina, jumlah

    gaji, tempoh yang berbeza, maka saiz sampel yang besar adalah diperlukan. Jika

    merujuk kepada Jadual Penentuan Saiz Sampel Krejcie dan Morgan (1970), jumlah

    sampel sebanyak 4,950 (dengan keadaan ralat pensampelan 1% dan aras

    kebolehpercayaan 99%, aras kesignifikanan = 0.01) amat memadai untuk dibuat

    analisa. Oleh yang demikian, kesemua borang soal selidik yang diterima iaitu sebanyak

    5,436 responden daripada 25 buah ILJTM telah digunakan sebagai sampel kajian ini.

  • [ KAJI SELIDIK PENGESANAN GRADUAN ILJTM

    KONVOKESYEN TAHUN 2008 ] Dis, 2008

    Bhgn. Perancangan dan Penyelidikan, JTM 3

    2.0 TUJUAN

    Laporan ini ditulis bertujuan untuk memaklumkan kepada pihak pengurusan ILJTM

    mengenai penemuan hasil daripada maklum balas yang diterima daripada 5,436

    orang graduan ILJTM keluaran sesi 2/2007 dan sesi 1/2008. Laporan ini akan mengulas

    lebih lanjut mengenai objektif kajian yang dibuat serta metodologi yang telah dipilih

    berdasarkan skop kajian. Penemuan-penemuan dan statistik yang terperinci akan

    dilaporkan serta cadangan penambahbaikan. Laporan ini juga akan mengupas

    penemuan-penemuan kajian yang dilakukan sebelum ini. Hal ini bertujuan untuk

    melihat perbandingan dan pencapaian 'employability' graduan ILJTM. Data-data

    perbandingan ini boleh dijadikan kayu pengukur dan memberikan maklumat yang

    berguna kepada pihak pengurusan dalam menentukan hala tuju latihan di ILJTM.

    2.1 Objektif Kajian

    Terdapat 3 objektif utama dalam kajian ini iaitu;

    3.1 Untuk mendapatkan maklumat mengenai status pekerjaan graduan.

    3.2 Untuk mengenal pasti permintaan pasaran terhadap graduan ILJTM

    3.3 Untuk mengenal pasti kesesuaian pekerjaan dengan bidang latihan

    graduan.

    3.0 METODOLOGI

    Sebanyak 7,562 borang soal selidik telah diedarkan bersama surat jemputan

    menghadiri konvokesyen kepada semua graduan, yang yang melibatkan 25 buah

    ILJTM. Sehingga awal November 2008 sebanyak 5,436 borang soal selidik (71.9%) telah

    dikembalikan oleh graduan.

    Semua borang soal selidik yang diterima telah diproses dan dianalisis menggunakan

    perisian SPSS (Statistical for Social Scienes). Statistik yang dikeluarkan berdasarkan

    kajian daripada parameter dalam borang soal selidik tersebut. Soalan-soalan yang

    dikemukakan menjurus kepada objektif utama kajian seperti yang dinyatakan dalam

    laporan ini. Data-data yang diperolehi dianalisis dan dipersembahkan dalam bentuk

  • [ KAJI SELIDIK PENGESANAN GRADUAN ILJTM

    KONVOKESYEN TAHUN 2008 ] Dis, 2008

    Bhgn. Perancangan dan Penyelidikan, JTM 4

    jadual dan menggunakan pengukur-pengukur statistik yang sesuai bagi

    menggambarkan data-data tersebut.

    4.0 PENEMUAN DAN PERBINCANGAN

    Data-data yang diperolehi telah dianalisis menggunakan perisian SPSS melalui kaedah

    frekuensi statistik. Dalam bab ini laporan akan membincangkan secara terperinci

    penemuan-penemuan tahap ‘employability’ graduan ILJTM keluaran sesi 2/2007 dan

    sesi 1/2008, sempena Majlis Konvokesyen ILJTM tahun 2008. Penemuan ini akan

    memberikan gambaran yang lebih jelas setiap program yang dijalankan di ILJTM.

    Selain daripada itu, ianya juga akan memudahkan pihak pengurusan menilai kualiti

    latihan yang dijalankan.

    4.1 Maklumbalas Responden

    Kajian yang dijalankan terhadap graduan keluaran sesi 2/2007 dan sesi 1/2008

    daripada 25 buah ILJTM telah berjaya mengumpul sebanyak 5,436 borang soal selidik.

    Responden terdiri daripada 4,164 (76.6%) graduan lelaki dan 1,272 (23.4%) graduan

    perempuan. Daripada jumlah tersebut, 4,265 (78.5%) graduan lepasan ILP dan

    selebihnya 1,171 (21.5%) merupakan graduan lepasan Diploma ADTEC dan JMTI.

    Daripada jumlah keseluruhan berkenaan analisis telah dibuat dan dihuraikan di dalam

    tajuk berikutnya. Jadual 1 menunjukkan bilangan graduan yang telah mengemukakan

    maklum balas yang lengkap untuk dibuat analisa.

  • [ KAJI SELIDIK PENGESANAN GRADUAN ILJTM

    KONVOKESYEN TAHUN 2008 ] Dis, 2008

    Bhgn. Perancangan dan Penyelidikan, JTM 5

    BIL ILJTM BIL GRADUAN

    MAKLUMBALAS DITERIMA

    BIL %

    1 JMTI 181 162 89.5%

    2 ADTEC Batu Pahat 234 199 85.0%

    3 ADTEC Sh