Kaji selidik masalah disiplin (matematik)

  • View
    48

  • Download
    1

Embed Size (px)

DESCRIPTION

matematik, kaji selidik, soal selidik, kajian, percentage

Text of Kaji selidik masalah disiplin (matematik)

PENGENALAN

PENGENALANMasalah disiplin selalu berlaku samada samada di dalam sekolah atau dalam bilik darjah. Semua ini kerana pelajar-pelajar terdiri daripada pelbagai latar belakang, mempunyai sahsiah, intelek, jasmani, rohani dan sosioekonomi yang berbeza. Seperti yang kita sedia maklum, apabila tingkah laku bermasalah atau disiplin berlaku dalam bilik darjah, proses pengajaran dan pembelajaran akan terjejas.

Contoh masalah disiplin yang kerap berlaku semasa pengajaran dan pembelajaran ialah melawan dan tidak menghormati guru, membaca bahan-bahan lain, mengeluarkan kat-kata kesat, makan, membuat bising atau bergerak bebas di dalam bilik darjah, mengganggu pengajaran dan pembelajaran,tidak membuat kerja seperti yang diarahkan, ponteng kelas dan lewat masuk ke kelas. Intensiti gangguan terhadap persekitaran pengajaran dan pembelajaran mempunyai perkaitan dengan kenis kekerapan dan tempoh berlaku tingkah laku tersebut. Selain itu, ia juga mempengaruhi keselamatan psikologi para pelajar,kesediaan mereka untuk belajar, dan tingkah laku masa depan mereka . Jadi, apakah faktor yang mendorong masalah ini berlaku?

FAKTOR-FAKTOR MENYEBABKAN MASALAH DISIPLIN MURID SEMASA PENGAJARAN

FAKTOR-FAKTOR MENYEBABKAN MASALAH DISIPLIN MURID SEMASA PENGAJARANFaktor pertama masalah disiplin ini adalah daripada guru itu sendiri di mana pendekatan dan kaedah pengajaran yang digunakan tidak menarik atau tidak sesuai. Sesetengah guru gagal memilih dan menggunakan pendekatan dan kaedah pengajaran yang dapat menarik dan mengekalkan minat murid kepada perkara yang disampaikan oleh guru. Hasilnya, murid menjadi bosan, tidak menumpukan perhatian dan menimbulkan masalah disiplin.

Kedua, perwatakan dan sahsiah guru juga merupakan salah satu faktor dalam masalah disiplin ini. Menurut (Mok Soon Sang, 2008) guru yang kurang berpengalaman dan kurang tegas atas disiplin bilik darjah tidak akan mendapat penghormatan dan kepercayaan daripada murid-murid. Murid-murid yang nakal sering menimbulkan masalah dengan tujuan untuk membuli guru yang kurang tegas.

Ketiga, hubungan guru dengan pelajar kurang baik dan kurang mesra juga merupakan salah satu faktornya. Menurut Tengku Sarina Aini Tengku Kasim & Yusmini Md. Yusoff 2006, menyatakan bahawa tugas guru bukan bersifat statik dan hanya tertumpu kepada objektif akademik sahaja. Tetapi guru berperanan dan mempunyai pengaruh yang besar kepada pembetukan kehidupan sosial pelajar. Sehubungan itu, pembinaan hubungan berkesan antara guru dan murid adalah pendekatan terbaik bagi mencapai hasrat ini. Antara kelebihan apabila wujud hubungan baik antara guru dan pelajar ialah akan melahirkan persahaman yang baik antara mereka serta wujud rasa percaya mempercayai dan ini dapat memberi kesan positif kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh sebab itu,sudah pasti masalah disiplin akan dapat dikawal dan dikurangkan.

Faktor keempat seterusnya ialah suasana bilik darjah yang kurang selesa. Keadaan bilik darjah yang tidak terurus,kerusi meja yang banyak dan nampak berselerak, cahaya yang tidak mencukupi, panas, bekalan elektrik tidak ada atau sudah tidak berfungsi menimbulkan ketidakselesaan kepada pelajar ,menyebabkan mereka gelisah. Oleh sebab itu,mereka tidak dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran sepenuhnya dan ini memungkinkan berlaku gangguan kepada pengajaran dan pembelajaran.

Selain itu, bilangan murid yang terlalu ramai juga merupakan faktor yang mendorong kepada masalah disiplin ini. Guru tidak akan dapat mengawal kelasnya dengan baik apabila bilangan murid terlalu ramai lebih-lebih lagi terdapat berbagai-bagai tahap kebolehan pelajar. Ada pelajar yang lemah, sederhana dan tinggi tahap kebolehan menerima apa yang diajar oleh guru. Guru tidak mampu melayan semua karenah pelajar di dalam kelas tersebut. Jadi,pelajar yang tertinggal atau atau tidak berminat mengikuti pengajaran guru akan melakukan aktiviti-aktiviti yang mengganggu pengajaran dan pembelajaran. Contohnya membuat bising, mengganggu rakan dan bergerak ke sana sini.

OBJEKTIF KAJIAN

OBJEKTIF KAJIANObjektif umum kajian ini adalah untuk mengenal pasti fenomena ponteng di kalangan pelajar sekolah menengah. Objektif khusus kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk :1. Mengenal pasti sama ada faktor sikap pelajar merupakan faktor utama yang menyebabkan pelajar melakukan masalah disiplin semasa pengajaran.2. Mengenal pasti sama ada faktor suasana sekolah merupakan faktor utama yang menyebabkan pelajar melakukan masalah disiplin semasa pengajaran.3. Mengenal pasti sama ada faktor guru merupakan faktor utama yang menyebabkan pelajar melakukan masalah disiplin semasa pengajaran.4. Mengenal pasti sama ada faktor rakan sebaya merupakan faktor utama yang menyebabkan pelajar melakukan masalah disiplin semasa pengajaran.5. Mengenal pasti sama ada faktor keluarga merupakan faktor utama yang menyebabkan pelajar melakukan masalah disiplin semasa pengajaran.6. Mengenal pasti sama ada media elektronik merupakan faktor utama yang menyebabkan pelajar melakukan masalah disiplin semasa pengajaran.

KUMPULAN SASARAN

KUMPULAN SASARANKajian yang saya jalankan ialah berkaitan dengan isu mengurangkan masalah disiplin murid-murid semasa pengajaran di Sekolah Kebangsaan Chenein. Saya telah membuat soal selidik dengan 60 orang responden yang terdiri daripada murid-murid sekolah tersebut.

KAEDAH KAJIAN

KAEDAH KAJIANKajian ini telah dijalankan dengan menyediakan borang soal selidik yang mengandungi beberapa soalan yang berkaitan dengan isu masalah disiplin murid-murid semasa pengajaran. Saya telah menyediakan satu set borang soal selidik yang mengandungi beberapa soalan-soalan tentang latar belakang responden serta 10 soalan-soalan mengenai isu yang dikaji. Borang soal selidik yang telah saya sediakan mengalami perubahan dari segi soalan berdasarkan nasihat dan panduan yang telah diberikan oleh pensyarah pembimbing. Borang soal selidik yang telah diperbaiki soalannya telah dicetak sebanyak 60 keping untuk diedarkan kepada 60 orang responden yang terdiri daripada kalangan murid Sekolah Kebangsaan Chenein. Borang soal selidik tersebut telah diedarkan kepada 60 orang responden. Borang soal selidik tersebut kemudian telah dikutip untuk dianalisis bagi mengkaji hasil dapatan daripada kajian ini.

BORANG SOAL SELIDIK

BORANG SOAL SELIDIKMENGURANGKAN MASALAH DISIPLIN MURID-MURID SEMASA PENGAJARAN

PENGENALANSaya sedang menjalankan satu kajian mengenai isu mengurangkan masalah disiplin murid-murid semasa pengajaran. Sehubungan dengan itu saya amat mengharapkan kerjasama yang baik daripada pihak Saudara/Saudari dalam memberikan maklum balas yang begitu bermakna secara tulus dan ikhlas. Sila berikan maklum balas Saudara/Saudari dengan selengkapnya borang selidik ini. Borang selidik ini mempunyai 2 bahagian selengkapnya seperti yang berikut. Bahagian A : Profil RespondenBahagian B: Isu mengurangkan masalah disiplin murid-murid semasa pengajaranSegala maklumat yang dikumpulkan nanti adalah sulit dan akan digunakan untuk kajian semata- mata. Oleh yang demikian, kerjasama dari pihak Saudara/Saudari dalam memberikan maklumat adalah amat saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.BAHAGIAN A : PROFIL RESPONDENArahan:Bagi setiap item, sila tandakan ( / ) atau isi tempat kosong pada ruangan yang disediakan yang berkaitan.1. Jantina: Lelaki ( ) Perempuan ( ) 2. Umur : ( ) tahun3. Kaum : Melayu ( ) Cina ( ) India ( ) Lain- lain ( )BAHAGIAN B : ISU MENGURANGKAN MASALAH DISIPLIN MURID-MURID SEMASA PENGAJARAN.Arahan :Sila tandakan ( / ) untuk respon anda bagi setiap item mengikut skala yang berikut:(1- Sangat tidak setuju / 2- Tidak setuju / 3- Kurang pasti / 4- Setuju / 5- Sangat setuju)

BILPERKARA12345

1.Saya berasa seronok dengan pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan oleh guru.

2.Saya dapat memahami apa yang diajar oleh guru.

3.Saya dapat mendengar dengan jelas semasa guru mengajar di kelas.

4.Guru yang mengajar saya di kelas selalu memberi bimbingan kepada saya dan rakan-rakan.

5.Guru saya berlaku adil di dalam kelas.

6.Kemudahan seperti meja dan kerusi di meja di kelas saya mencukupi dan berada dalam keadaan yang baik.

7.Guru saya akan menghukum saya dan rakan-rakan yang berbuat bising dan bermain semasa belajar.

8.Ibu bapa saya tidak mendorong saya untuk belajar bersungguh-sungguh.

9.Ibu bapa saya tidak kisah sekiranya saya melakukan kesalahan di sekolah.

10.Rakan saya selalu mengajak saya bermain di dalam kelas semasa guru mengajar.

DAPATAN KAJIAN

DAPATAN KAJIAN

Soalan 1Saya berasa seronok dengan pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan oleh guru.Skala LikertTallyBilanganPeratus

SangatTidak Setuju|||| ||||1017%

Tidak Setuju|||| |||| |||| |||| ||||2541%

Tidak Pasti||||58%

Setuju|||| |||| |||| |1627%

Sangat Setuju||||47%

Jumlah60100%

Jadual 1: Data Soalan 1

Mean= 10(1) + 25(2) + 5(3) + 16(4) + 4(5)60=2.65Mode=2Median=2

Hasil dapatan yang telah saya perolehi daripada keputusan yang telah diberikan oleh responden- responden melalui Soalan 1 yang dikemukakan iaitu Saya berasa seronok dengan pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan oleh guru, saya mendapati bahawa sebanyak 10 orang responden (17%) mengatakan sangat tidak bersetuju. Manakala, seramai 25 orang (41%) tidak setuju dengan kenyataan tersebut. Selain itu, seramai 5 orang (8%) responden juga mengatakan mereka tidak pasti sama ada mereka seronok dengan pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan oleh guru. Seramai 16 orang responden (27%) juga telah bersetuju mereka seronok dengan pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan oleh guru, manakala, seramai 4 orang responden (7%) telah mengatakan mereka amat bersetuju dengan p