8
LAPORAN KEMAHIRAN PENGAJARAN MIKRO Menurut Mok Soon Sang (2008), pengajaran mikro ialah suatu teknik pengajaran dalam masa di antara sepuluh hingga lima belas minit untuk mengajar sesuatu kemahiran pelajaran bagi sekumpulan guru pelatih, biasanya terdiri daripada lima hingga sepuluh orang sahaja. Tetapi Sharifah Alwiah (1986) mendefinisikan pengajaran mikro ialah satu teknik pengajaran untuk meningkatkan kemahiran pengajaran guru dalam aspek-aspek tertentu seperti set induksi atau motivasi,penyoalan,variasi rangsangan ,penggunaan papan kapur, alat bantuan mengajar,pengukuhan ,penutup dan lain-lain. Pendedahan kemahiran mikro adalah penting kerana pengalaman ini amat berguna dan dapat membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran mikro membolehkan guru menguasai pengajarannya secara beransur-ansur, iaitu berperingkat-peringkat. Kemahiran mikro memberi peluang kepada guru pelatih untuk mempraktikkan atau mencubakan teori-teori pembelajaran. Selain itu, ia melatih kecekapan guru pelatih dalam bertutur,menulis dan menyesuaikan diri dengan situasi kelas sebelum memasuki kelas sebenar. Dengan adanya, pengajaran mikro ini guru pelatih boleh mengetahui kekuatan dan kelemahan pengajaran mereka melalui melalui rakaman atau tayangan video yang diambil semasa proses pengajan dan pembelajaran dilaksanakan. Di samping itu, pengajaran mikro ini meningkatkan keyakinan diri guru pelatih untuk menghadapi situasi sebenar.

Laporan Kemahiran Pengajaran Mikro

Embed Size (px)

DESCRIPTION

k

Citation preview

Page 1: Laporan Kemahiran Pengajaran Mikro

LAPORAN KEMAHIRAN PENGAJARAN MIKRO

Menurut Mok Soon Sang (2008), pengajaran mikro ialah suatu teknik

pengajaran dalam masa di antara sepuluh hingga lima belas minit untuk mengajar

sesuatu kemahiran pelajaran bagi sekumpulan guru pelatih, biasanya terdiri

daripada lima hingga sepuluh orang sahaja. Tetapi  Sharifah Alwiah (1986)

mendefinisikan pengajaran mikro ialah satu teknik pengajaran untuk meningkatkan

kemahiran pengajaran guru dalam aspek-aspek tertentu seperti set induksi atau

motivasi,penyoalan,variasi rangsangan ,penggunaan papan kapur, alat bantuan

mengajar,pengukuhan ,penutup dan lain-lain.

Pendedahan kemahiran mikro adalah penting kerana pengalaman ini amat

berguna dan dapat membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Kemahiran mikro membolehkan guru menguasai pengajarannya secara beransur-

ansur, iaitu berperingkat-peringkat. Kemahiran mikro memberi peluang kepada guru

pelatih untuk mempraktikkan atau mencubakan teori-teori pembelajaran. Selain itu,

ia melatih kecekapan guru pelatih dalam bertutur,menulis dan menyesuaikan diri

dengan situasi kelas sebelum memasuki kelas sebenar. Dengan adanya,

pengajaran mikro ini guru pelatih boleh mengetahui kekuatan dan kelemahan

pengajaran mereka melalui melalui rakaman atau tayangan video yang diambil

semasa proses pengajan dan pembelajaran dilaksanakan. Di samping itu,

pengajaran mikro ini meningkatkan keyakinan diri guru pelatih untuk menghadapi

situasi sebenar.

Guru dalam bilik darjah menggunakan berbagai teknik dan kaedah

untuk membolehkan murid melakukan proses pembelajaran.    Aktiviti pembelajaran

seperti  set  induksi, penerangan, penyoalan, tunjuk cara,  variasi rangsangan,

peneguhan,  penggunaan gerak-geri , gerak-isyarat, sikap(‘gesture’) dan perlakuan

bukan lisan seperti senyum , anggukan kepala dan gerakan tangan dan sebagainya

akan menentukan keberkesanan guru. Pengajarn ini melatih diri seseorang guru

dengan satu kemahiran pada satu masa, dan apabila satu kemahiran itu telah

dikuasai, barulah dapat digabungjalinkan kemahiran-kemahiran yang diperlukan

dalam pengajaran mereka.

Page 2: Laporan Kemahiran Pengajaran Mikro

Pengajaran mikro adalah melatih diri sendiri, pelajar dilatih pengajarannya 

dari segi kemahiran mengajar yang boleh diukur, dinyatakan, dilihat dan dikawal,

membantu pelajar bersiap sedia untuk membuat latihan pengajaran mikro dengan

berkesan. Kemahiran-kemahiran berikut adalah komunikasi dua hala guru-murid

dalam bidang pengajaran dan pengajaran  seperti set induksi, penerangan,

penyoalan, peneguhan, penggunaan sumber, bahan bantu mengajar, variasi

rangsangan dan penutup.

Set induksi adalah salah satu daripada kemahiran mikro yang yang

dijalankan di peringkat permulaan proses pengajaran dan pembelajaran. Set

induksi ialah kemahiran yang berkaitan dengan cara untuk menyediak murid anda

untuk mengikuti sesi pengajaran. Ini merupakan bahagian pra pengajaran. Set

induksi dilaksanakan untuk menyediakan murid dari segi mental, fizikal, emosi dan

sosial. Set induksi dilaksanakan untuk membina aliran fikiran murid. Di sini guru

akan menyampaikan idea kepada murid melalui penyampaian maklumat awal yang

berkaitan dengan pelajaran yang akan disampaikan. Ini memudahkan murid

memahami pelajaran yang bakal diikuti oleh mereka. Guru perlu mengekalkan dan

menarik perhatian muridnya serta menggerakkan mereka untuk membuat aktiviti,

berfikir dan belajar. Dalam set induksi guru bertanggungjawab dalam memandu

muridnya ke arah manakah tujuannya, membina perkaitan yang jelas dengan

pengalaman lalu dan sedia ada.

Aspek kedua yang dititikberatkan ialah kemahiran menerang.

Penerangan ialah satu proses memberi kefahaman kepada orang lain, dan

kemahirannya ialah menentukan yang penerangan itu difahami. Kemahiran memberi

penerangan dengan tepat dan berkesan salah satu kemahiran yang mesti ada pada

guru. Oleh itu ada banyak peringkat dan bentuk kefahaman, juga banyak peringkat

penerangan, iaitu, pentarifan bermaksud menjelaskan sesuatu isu, keduanya

penerangan iaitu menerangkan proses, struktur dan langkah-langkah dan akhirnya

sebab iaitu pemberian alasan.

Justeru itu, kemahiran yang perlu ada pada seseorang guru ialah

kemahiran penyoalan. Kemahiran penyoalan ialah kemahiran yang sangat

kompleks berbanding dengan kemahiran yang lain. Kemahiran ini tidak diberi

Page 3: Laporan Kemahiran Pengajaran Mikro

penilaian dan tempat yang sewajarnya oleh guru semasa ia mengajar. Penggunaan

kemahiran penyoalan dapat meningkat tahap pencapaian murid  dan dapat

mewujudkan suasana pembelajaran sosial yang berkesan. Kemahiran seterusnya

ialah kemahiran variasi rangsangan. Kemahiran ini meliputi aktiviti yang boleh

digunakan oleh pelajar untuk mempelbagaikan kaedah dan teknik penyampaian.

Latihan dalam kemahiran ini dapat menolong pelajar mengajar dengan berkesan

dan menarik minat murid kepada pelajaran yang diajarnya.

Kemahiran peneguhan ialah suatu teknik mengajar yang boleh

mengubah perlakuan murid dalam beberapa cara yang positif seperti guru memberi

peneguhan dengan senyuman, angguk kepala, memuji murid kerana memberi

jawapan yang baik, menggalakkan murid yang lambat belajar supaya terus tekun

belajar, atau menulis ‘syabas’ dalam buku murid kerana kerja yang telah

disempurnakan.     Peneguhan seperti ini akan membawa kepada perulangan 

perlakuan yang  baik dan seterusnya akan membina sikap yang positif .   

Peneguhan ini boleh diberikan kepada individu, kumpulan atau seluruh kelas.

Justeru itu, mari kita lihat tentang kemahiran penutup. Ia merupakan

bahagian akhir sesuatu pelajaran. Untuk menentukan bahawa pengajaran guru itu

berkesan dan berjalan lancar, kemahiran penutup pelajaran sama juga pentingnya

dengan kaedah memulakan pengajaran. Penutupan pengajaran yang baik akan

meninggalkan kesan yang berkesan dilubuk hati para pelajar. Oleh itu, guru boleh

menggunakan bahagian ini untuk membantu pelajar-pelajar mengukuhkan konsep

atau kemahiran yang baru sahaja dipelajari dengan merumuskan semua isi penting

atau memberikan aktiviti susulan kepada mereka. Di samping itu, guru juga boleh

menggunakan bahagian penutup ini untuk menilai pencapaian objektif serta aktiviti

pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan.

Saya telah menjalankan pengajaran mikro untuk subjek

Pendidikan Moral. Sesi pengajaran mikro itu dibuat di IPG Kampus Tengku Ampuan

Afzan. Saya memilih peringkat permulaan sesi pengajaran iaitu set induksi untuk

pengajaran mikro saya. Aktiviti set induksi yang saya rancang telah berjaya

membimbing murid mengemukakan tajuk pembelajaran hari ini. Saya menggunakan

kaedah demokrasi dalam permulaan pengajaran untuk merangsang minat murid

Page 4: Laporan Kemahiran Pengajaran Mikro

belajar sesuatu yang baru. Melalui kaedah ini, saya telah berjaya menimbulkan

naluri ingin tahu pada murid lalu dapat menarik perhatian para murid terhadap

pembelajaran hari ini.

Dalam set induksi, saya menunjukkan persembahan power point

tentang aktiviti gotong royong di sebuah kawasan kejiranan. Saya mengadakan sesu

soal jawab dengan murid-murid mengenai perisian power point. Di sini, guru

mencatat setiap jawapan yang diberikan oleh murid di papan hitam. Guru membuat

pengukuhan tentang setiap jawapan murid dan menjelaskan betapa pentingnya

sikap saling bekerjasama dalam sesebuah kawasan kejiranan. Akhirnya dalam

aktiviti set induksi, guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran iaitu

“Kempen gotong royong membersihkan kawasan kejiranan”.

Oleh kerana guru memainkan peranan yang penting untuk merentasi

kurikulum teknologi maklumat, saya mempelajari cara menggunakan perisian power

point untuk menyediakan bahan bantu mengajar saya supaya dapat meningkatkan

keberkesanan pengajaran dan pembelajaran saya. Saya menggunakan

persembahan power point yang telah disediakan oleh saya untuk memulakan

pembelajaran hari ini. Saya dapat mengesan bahawa minat dan tumpuan para murid

dalam sesi pengajaran dan pembelajaran telah meningkat dengan adanya

persembahan power point itu. Para murid tertarik dengan animasi yang bergerak,

visual bunyi, corak persembahan dan gambar-gambar yang berwarna-warni dalam

persembahan power point saya. Mereka berasa sangat seronok apabila melihat

animasi-animasi dalam slaid show itu boleh bergerak dan dapat mendengar bunyi

yang berbeza-beza. Kaedah pembelajaran ini bukan sahaja tidak membosankan

murid, ia juga dapat mewujudkan keadaan yang kondusif semasa menjalankan

pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

Sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran, perjalanan dan kelancaran

menguruskan dan mengajar set induksi saya diperhatikan dan dinilai oleh rakan

sebaya dan pensyarah saya. Penilaian memainkan peranan penting dalam proses

pengajaran dan pembelajaran. Penilaian dilakukan untuk mengenal pasti status

semasa dan seterusnya bagi tujuan perancangan dan penambahbaikan pengajaran

dan pembelajaran.

Page 5: Laporan Kemahiran Pengajaran Mikro

Pada akhir proses pengajaran mikro, pensyarah dan rakan sebaya telah

menyatakan kekuatan dan kelemahan. Penilaian ini memberi peluang kepada guru

pelatih untuk mengekal dan penambahbaik kekuatan. Sementara itu, guru pelatih

juga dapat memperbaiki segala kelemahan yang terdapat dalam pengajaran.

Pensyarah saya yang berwibawa, telah memberi komen tentang

pengajaran mikro saya ialah bahan sumber pengajaran iaitu perisian powerpoint

sesuai dengan tajuk pengajaran. Sumber ini dapat berinteraksi dengan murid dan

dapat menarik perhatian murid. Kesannya, murid memberi tumpuan dan sesi

pengajaran aktif dan mereka sedaya upaya untuk memberitahu tajuk isi pelajaran

yang akan dipelajari dalam aktiviti seterusnya. Selain itu, kaedah yang digunakan

oleh saya telah tertarik minat dan perhatian pernsyarah saya. Beliau mengatakan

kaedah yang digunakan saya ialah interaktif ada interaksi tiga hala iaitu guru-murid,

murid-murid dan sumber dan murid. Tunjuk cara sedemikian ini membantu saya

dalam menambahbaik proses dan aktiviti pengajaran saya. Selain itu, ia member

peluang yang sistematik untuk memperkembangkan kemahiran pengajarannya.

Justeru itu, rakan saya yang menyelia pengajaran mikro saya telah

mengenal pasti kelemahan saya dan member tunjuk ajar untuk memperbaiki

kesilapan supaya saya dapat menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang

berkesan padi hari kelak nanti. Kelemahannya ialah suara saya terlalu perlahan dan

tidak dapat didengari murid-murid terutama yang duduk di bahagaian belakang

kelas. Selain itu, mereka menasihati jika keadaan ini terjadi, murid akan mula

bermain atau mengusik rakan-rakan yang lain dan ini boeh menyebabkan hasil

pembelajaran murid tidak tercapai.

Kekuatan dan kelemahan dalam pengajaran mikro ini, membantu guru

untuk meningkatakan keberkesanan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran.

Sebagai guru pelatih yang berada dalam proses menimbailmu tentang profesion

keguruan, teguran dan komen orang lain iatu rakan dan pensyarah harus siterima

secara positif kerana kita sukar untuk melihat kelemahan kita tetapi kita boleh

bercerita tentang kehebatan kita. Oleh yang demikan, segala kekuatan dan

kelemahan guru pelatih perlu tindakan susulannya.

Tuntasnya, kemahiran mikro membantu memperbaiki kaedah pengajaran

serta meningkatkan kemahiran mengajar yang khusus seperti penyoalan,

Page 6: Laporan Kemahiran Pengajaran Mikro

penggunaan variasi rangsangan untuk menjadikan proses pengajaran dan

pembelajaran lebih menarik, kemahiran pengurusan aktiviti pengukuhan serta set

induksi dan penutup pengajaran yang berkesan.

Sebagai kesimpulannya, pengajaran mikro amatlah berkesan dalam melatih

guru pelatih untuk mengenali proses pengajaran yang dilakukan oleh guru didalam

kelas semasa situasi sebenar pengajaran dan pembelajaran. Ternyata situasi

sebenar adalah lebih sukar kerana mengawal murid-murid sekolah rendah adalah

lebih sukar daripada mengawal rakan-rakan yang berlakon sebagai murid sekolah.

Murid-murid sekolah rendah mempunyai kerenah yang pelbagai dan personaliti

yang berbeza. Guru memerlukan masa yang panjang untuk mengenali setiap murid

didalam kelas.