Rancangan Pengajaran Kemahiran Hidup

Embed Size (px)

Citation preview

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURUFAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER/TAHUN : JANUARY 2012 TAJUK KURSUS : PENGENALAN KEMAHIRAN HIDUP KOD KURSUS: HBLS1103

NAMA PENSYARAH : EN. AZIRAN BIN KAMARUDIN

NAMA NO. MATRIK

: SHARIPAH BT DAUD : 661001035896001

NO KAD PENGENALAN : 661001-03-5896 NO. TELEFON E-MAIL MAJOR : 013-9838290 : [email protected] : KEMAHIRAN HIDUP

PENGENALANMakmal Kemahiran Hidup merupakan pusat kelas amali dan teori pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup (KH). Di dalam setiap makmal terdapat peraturan-peraturan tertentu yang perlu diikuti oleh setiap pelajar dan guru agar proses pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan menepati sasaran pendidikan. Justeru pengurusan yang baik dan sistematik memastikan proses pembelajaran dan pengajaran mata pelajaran kemahiran hidup terlaksana dengan sempurna dan melahirkan pelajar yang celik teknologi dan berkemahiran. Dengan pengurusan yang baik ini kita boleh mempertingkatkan lagi mutu keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Ia juga dapat mewujudkan keadaan harmoni, selesa serta membangkitkan semangat kerjasama di kalangan guru-guru dan pelajar sekolah. Di samping itu juga guru-guru KH boleh meningkatkan kecenderungan pelajar terhadap mata pelajaran KH, dengan adanya pengawasan yang teratur. Pentadbiran yang baik ini bukan sahaja dapat menghasilkan satu organisasi kerja yang mudah dijalankan serta terkawal, ia juga dapat mengemas kini maklumat dan data termasuk stok dan inventori serta pemantauan keadaan fizikal makmal bagi tujuan penyenggaraan dan penyelenggaraan. Panel Pengurusan dan Pentadbiran Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah diagihkan kepada 3 organisasi yang berperanan untuk menyelaras dan melaksanakan urusan-urusan mengikut bidang kuasa tertentu bagi menjamin kelancaran proses P&P yang merangkumi teori dan amali ini berjalan dengan bersistematik, selamat dan memberangsangkan.

Rancangan Pengajaran Harian (RPH)Berikut ialah RPH bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Tahun 4. RPH ini disediakan bagi sesi P&P Semester 2, minggu ke 5.

Mata Pelajaran : Kemahiran Hidup Kelas : 5 Budiman Umur : + 10 tahun Bil. Murid : 29 orang Masa : 10.20 hingga 11. 20 pagi Topik : Membaiki pakaian Unit Bidang : 1.6 Jahitan. : Reka Bentuk dan Teknologi.

Kehadiran : Tarikh :

Pengetahuan Sedia Ada 1. 2. Murid mempunyai pengetahuan asas berkenaan jahitan. Murid mengenal beberapa alatan dan bahan jahitan.

Objektif Pengajaran Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat: 1. Menyenaraikan tiga jenis alatan dan bahan jahitan. 2. Menyenaraikan dua kegunaan alat jahitan: dan 3. Menyatakan dua jenis jahitan asas dan dua kegunaannya. KBKK : Membuat keputusan, mengkatogeri dan membuat

rumusan. PENERAPAN NILAI : Bersih, teliti, bersistem, rajin, bekerjasama. BBM : Alatan dan bahan jahitan yang sebenar. Sampel sebenar mata jahitan asas. Buku Teks Kemahiran Hidup Tahun 5. KDM : Kajian Reka Bentuk (sistem penyiraman automatik)

Langkah/ masa

Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Catatan

Set Induksi (5 min)

Pengenalan

Murid diuji sejauh mana pengetahuan mereka tentang alat Memberi pendedahan jahitan dan jenis jahitan. awal kepada murid. Bertanyakan soalan kepada murid sama ada mereka mempunyai pengalaman baju terkoyak dan bagaimana ia dibaiki. Memberi pendedahan kepada murid mengenai tajuk jahitan.

KBKK: Kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.

Perkembangan Penerangan Alatan dan bahan jahitan serta kegunaannya. Langkah 1 (25 min) Alatan dan bahan jahitan yang biasa digunakan: a. Pita ukur b. Gunting c. Kapur tukang jahit d. Jarum e. Jarum tangan f. Penetas jahitan g. Pembaris lurus h. Benang i. Seterika j. Fabrik

Guru meletakkan setiap satu alatan BBM: Alatan dan bahan jahitan di setiap meja. dan bahan disediakan oleh guru. Murid dibahagikan kepada 10 kumpulan kecil dan diminta melukis dan menamakan hanya satu NILAI: alatan jahitan pada kertas A4. kerjasama berani Setiap kumpulan membentangkan hasil lukisan dan murid bersoal jawab tentang KBKK kegunaan setiap peralatan yang dibincangkan. Berfikiran kreatif.

Langkah 2 (+ 10 min)

Guru memperkenalkan mata jahitan BBM; asas dengan menunjukkan sampel- Sampel mata sampel sebenar jahitan pada fabric. jahitan disediakan Antara mata jahitan Murid melukis lakaran jahitan pada oleh guru. asas: buku latihan dan menamakan jenisjenis mata jahitan. KBKK: Jahitan kia Berfikiran Jahitan kreatif. jelujurhalus Pengenalan Jahitan sembat Jahitan Memberi lubangbutang pendedahan Jahitan awal kepada lilitkemas murid Jahitan silang pangkah NILAI: Jahitan insang Koperatif pari Jahitan sembat susup Memperkenalkan mata jahitan asas.

Penutup (+ 5 min)

Rumusan isi pelajaran. Jenis dan bahan jahitan serta kegunaan. Jenis-jenis mata jahitan asas dan kegunaannya.

Murid murid membuat rumusan NILAI: dan mengimbas kembali tentang isi bekerjasama pelajaran. bersistem yakin diri Murid disoal secara rawak tentang 3 jenis alatan dan bahan jahitan KBKK: serta satu kegunaannya setiap satu - buat alatan. keputusan Murid disoal secara rawak tentang 2 jenis mata jahitan asas serta satu kegunaannya setiap satu. Lembaran kerja diagihkan sebagai tugasan. BBM: Lembaran kerja

LAMPIRAN ALAT JAHITAN

PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH RENDAH Penilaian merupakan suatu aktiviti yang penting dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Penilaian amat berguna untuk menentukan samada sesuatu pengajaran atau pembelajaran itu telah tercapai objektifnya atau pun tidak. Penilaian juga merupakan antara tugas terpenting seseorang guru. Jika seseorang guru itu tidak mahir dalam penilaian, sudah tentulah dia tidak dapat mengesan atau memperbaiki strategi dan kaedah yang digunakannya dalam pengajaran kerana dia tidak tahu sama ada objektif pengajarannya sudah tercapai ataupun tidak. Selain dari itu, kekuatan dan kelemahan pelajar dalam sesuatu pelajaran juga dapat dikesan. Ini membolehkan strategi pengayaan dan pemulihan dapat dirancang dengan baik. Rekod yang diperolehi daripada penilaian ini juga boleh dirujuk oleh pihak yang berkenaan. Penilaian adalah suatu proses yang merangkumi aktiviti-aktiviti mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, untuk membuat analisis dan keputusan. Oleh itu suatu tindakan yang sewajarnya akan dapat dilakukan seperti merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan lebih baik dan berkesan. Prosedur penilaian boleh dilaksanakan dalam lima (5) peringkat: (i) (ii) Persediaan ujian; Pentadbiran ujian;

(iii) Pemeriksaan dan pengukuran; (iv) Analisis; dan (v) Interpretasi dan tindakan.

JENIS-JENIS PENILAIANPenilaian adalah aktiviti untuk mendapatkan maklumat tentang pencapaian aktiviti pengajaran dan pembelajaran. (a) Dua jenis penilaian yang biasa ialah:

Penilaian Formatif

Digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di sepanjang persekolahan. Penilaian ini bertujuan untuk membimbing pelajar ke arah kemajuan di samping membantu memperbaiki proses pengajaran dan pembelajaran. Perkembangan murid dapat dikesan serta merta. Penilaian KBSR lebih mengutamakan jenis penilaian ini. Penilaian jenis ini boleh digunakan secara formal dan tidak formal, pemerhatian, lisan, amali dan juga bertulis. (b) Penilaian Sumatif

Ujian ini mementingkan bidang keupayaan yang lebih luas dan menyeluruh dan meliputi semua aras kemahiran. Biasanya ujian ini akan dijalankan pada akhir sesi pembelajaran iaitu pada akhir semester atau pada akhir tahun. Untuk membandingkan prestasi calon atau pelajar, gred akan diberikan. Tahap pencapaian murid juga akan dapat dikesan. Peperiksaan UPSR, PMR dan SPM merupakan contoh penilaian sumatif.

Rajah diatas menunjukkan tujuan, jenis dan frekuensi ujian-ujian di sekolah Sumber: Yap Yee Keong, Wan Chwee Seng dan Ismail Abu Bakar

CARA MENILAI DAN MENTAKSIR KEMAHIRAN DAN PENGETAHUAN DALAM KHSRKemahiran Hidup Sekolah Rendah (KHSR) perlu dinilai dan ditafsir kemahiran murid-murid yang berjaya dikuasai. Cara penilaian dan mentafsir kemahiran pengetahuan adalah melalui ujian bertulis samada ujian objektif dan/atau ujian subjektif. Ujian Bertulis Ujian ini juga dikatakan sebagai ujian kertas dan pensil. Ujian dijalankan dan ditadbir kepada seluruh kelas. Ujian jenis ini boleh dibahagikan kepada Ujian objektif dan Ujian Subjektif. (Lihat Rajah di sebelah)

Rajah di atas menunjukkan Jenis-jenis ujian Ujian bertulis merupakan satu prosedur yang bersistem untuk mengukur sebahagian daripada semua aspek tingkahlaku seseorang individu. Ia merupakan satu alat yang bersistem untuk membuat perbandingan prestasi tingkahlaku diantara 2 atau beberapa individu. Ujian itu

bersistem jika soalan-soalan dibina mengikut peraturan tertentu. i.e mengikut JSU (Jadual Spesifikasi Ujian). Tujuan pengujian dilakukan ialah: (a) (b) (c) Sebagai penggerak; Untuk maklumbalas; Untuk mengesan punca kelemahan;

(d) Pemilihan/penempatan; (e) (f) (g) Penilaian; Ramalan; Pensijilan;

(h) Klasifikasi; (i) (j) Penyelidikan; dan Pembelajaran lampau.

Beberapa langkah dan peraturan perlu dipatuhi apabila ujian ini ingin dijalankan. Langkahlangkah tersebut ialah: (a) (b) (c) Menentukan objektif ujian; Menentukan Jadual Spesifikasi Ujian; Menulis item;

(d) Menapis dan mengedit item; (e) (f) (g) Menentukan bentuk atau format ujian; Mengelolakan pra-ujian; Mentadbir ujian;

(h) Memeriksa jawapan; (i) (j) Menganalisa item; dan Menilai dan membuat laporan.

PENILAIAN MELALUI PEMERHATIANCara ini adalah sesuai untuk mengukur sesuatu kemahiran. Biasanya, dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup ujian pemerhatian penting untuk mengukur kemahiran menggunakan alatan dan kemahiran menguasai sesuatu topik. Penilaian melalui pemerhatian dilakukan secara berterusan mengikut jangka waktu yang diperlukan/ditentukan, bagi membantu guru mendapat maklumbalas tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Penilaian meliputi aspek kognitif, afektif dan psikomotor. Proses penilaian ini boleh dilaksanakan dengan penggunaan Senarai Semak, Rekod Anekdot atau Rekod Profil. Dapatan daripada proses ini boleh membantu guru dan pelajar membuat refleksi terhadap prestasi masing-masing.

Rajah di atas menunjukkan Persekitaran Gambar Rajah di atas menunjukkan bagaimana cara pemerhatian boleh dijalankan didalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Pemerhatian berlaku diantara guru dengan pelajar, dan diantara pelajar dengan pelajar. Pemerhatian juga dibuat oleh guru terhadap keberkesanan bahan, dan komunikasi pelajar dengan bahan dalam pelbagai situasi persekitaran. Antara jenis alat pemerhatian yang biasa digunakan di sekolah adalah:

(a) Rekod Anekdot (Peristiwa) (i) Pemerhatian dibuat ke atas individu yang mana tujuannya adalah untuk mengesan

kemahiran seseorang. Pemerhatian ini dijalankan secara tidak formal. Setiap peristiwa atau perlakuan pelajar akan dicatat untuk kegunaan masa depan; dan (ii) Rekod anekdot mestilah mempunyai butiran seperti nama murid, darjah, tarikh

pemerhatian dibuat, nama pemerhati (guru), peristiwa yang diperhatikan dan cadangan atau ulasan guru mengenai peristiwa tersebut. (b) Senarai Semak (i) (ii) Ianya digunakan untuk menyemak pelbagai hal yang dapat diperhatikan; and Senarai semak dibawah digunakan untuk menentukan samada seorang pelajar telah cukup

bersedia untuk memulakan suatu kelas amali pertanian. (c) Skala Kadar (d) Carta Penyertaan

Rajah di atas menunjukkan aspek penilaian melalui pemerhatian

Rajah di sebelah menunjukkan aspek-aspek yang diambil kira oleh pemerhati semasa proses penilaian melalui pemerhatian. Biasanya pemerhatian ditumpukan kepada aspek yang menjadi fokus penilaian iaitu kognitif atau afektif atau psikomotor, atau gabungan aspek-aspek tersebut. Walau bagaimanapun, objektif penilaian menjadi hala tuju pemerhatian.

Kualiti PemerhatianApakah kualiti yang perlu ada pada anda sebagai seorang guru untuk menjadi pemerhati yang baik? Kualiti pemerhatian yang diperlukan adalah: (a) (b) (c) Berpengetahuan yang mendalam dalam bidang tugasnya; Prihatin terhadap persekitaran; Peka terhadap perubahan yang berkaitan dengan bahan dan pembelajaran;

(d) Yakin dengan rumusan yang dibuat dan keputusan yang diambil; (e) (f) (g) Ikhlas dan jujur serta adil dalam membuat keputusan terhadap sesuatu pemerhatian; Bersikap luwes atau terbuka terhadap dapatan pemerhatian; Sabar untuk mengikuti sesuatu perkembangan sehingga tercapai matlamat yang dituju; dan

(h) Tekal dan stabil dalam penilaiannya.

Sebagai seorang guru Kemahiran Hidup yang mempunyai pengetahuan luas dalam bidang pengurusan bengkel, saya telah mengadakan lawatan ke sebuah sekolah dan membuat kajian terhadap bengkel Kemahiran Hidup sekolah tersebut:-

Berikut adalah hasil kajian yang telah dilakukan;-

A. PENGURUSAN & PENTADBIRAN BENGKEL/MAKMAL/BILIK DARJAHPengurusan dan pentadbiran bengkel/makmal/bilik darjah meliputi tiga aspek utama iaitu ruang, susun atur dan keselamatan. (a) Ruang Saiz makmal/bengkel adalah bergantung kepada jenis kerja yang akan dilakukan di dalamnya. Keluasan Makmal KH yang sesuai ialah 20 meter x 25 meter dan hendaklah akur kepada ciri-ciri berikut: (i) (ii) (iii) Boleh menampung bilangan pelajar seramai 20 orang atau lebih. Membolehkan seseorang bergerak dengan bebas. Lantai mestilah dari bahan tahan lasak, mudah dibersihkan dan tidak menampung habuk

dan tidak licin. (iv) Tingkap yang besar untuk membenarkan cahaya masuk sebanyak mungkin serta pengedaran udara yang bebas. (v) Pintu mempunyai daun pintu yang besar bagi memudahkan jalan keluar semasa

kecemasan. (vi) Meja kerja yang tahan lasak yang berukuran di antara 1.2 meter x 1.5 meter dan tinggi 0.9 meter. (vii) Mempunyai bekalan asas seperti elektrik bagi pencahayaan dan soket kuasa, dan bekalan air siap dengan pili dan singki, bagi pencucian. (viii) Sebuah stor atau bilik bagi menyimpan bahan-bahan, alatan dan projek.

(b) Susun Atur Kita hendaklah memastikan susun atur makmal/bengkel diperkemas dan diperlengkap dengan kriteria-kriteria tertentu supaya kerja-kerja dapat dijalankan dengan sempurna dan mengelakkan daripada berlakunya sebarang kemalangan diri dan kerosakan harta benda. Kriteria-kriteria tersebut ialah: (i) (ii) Rak-rak panel alatan dan kelengkapan mudah digunakan. Rak-rak simpanan bahan binaan projek boleh menempatkan bahan dengan baik.

(iii) Rak-rak bahan bantuan mengajar yang kemas kini dan pelbagai. (iv) Jarak susun atur ruang dibuat hendaklah sekurang-kurangnya 1.5 meter di antara pelajar. (v) Memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan dilakukan.

(c)

Keselamatan

UTAMAKAN KESELAMATAN menjadi teras amalan kita semua bagi setiap kerja yang berkaitan dengan kendalian ketukangan supaya segala aktiviti dapat berjalan dengan lancar dan selamat serta tidak mengabaikan perkara-perkara berikut: (i) Kawasan kerja atau petak kerja yang ditanda dengan garisan menggunakan cat merah,

hijau atau kuning bagi menandakan kawasan kerja selamat. (ii) Menyedia dan menggunakan bahan perlindungan dan pakaian kerja bagi melindungi muka

dan mata, pernafasan, badan dan lengan, tangan, rambut dan kaki. (iii) Menyediakan peti pertolongan cemas dan tempat rawatan. (iv) Mengadakan alat pemadam api yang berfungsi. (v) Memaparkan carta atau nombor telefon panggilan kecemasan seperti Bomba, Ambulan,

Polis dan lain-lain.

B. ORGANISASI STOROrganisasi stor yang praktik terdiri dari lima bahagian besar:

Bahagian Kawalan Stok. Bahagian Legar. Bahagian Penstoran. Bahagian Pembungkusan dan Penghantaran. Bahagian Akaun.

(a) Bahagian Kawalan Stok Bahagian ini bertanggungjawab ke atas perancangan dan organisasi, menyemak dan menentukan bahawa segala Baucer Pemesanan-Pengeluaran Barang-barang (Kew. 300-A1 dan Kew. 300-A2) adalah teratur dan betul, menentukan kuantiti yang akan dikeluarkan, menentukan kod barang-

barang, menyediakan dan mengemaskinikan katalog barang-barang, mengusaha dan menguruskan pembelian dan lain-lain. (b) Bahagian Legar Bahagian ini pula bertanggungjawab untuk mempracatit kad-kad legar, mencatitkan harga ke atas Baucer Pemesanan-pengeluaran Barang-barang. (c) Bahagian Penstoran Bertanggungjawab untuk menerima, menyimpan, mengeluar, mengangkut barang-barang dan lain-lain. (d) Bahagian Pembungkusan dan Penghantaran Bahagian yang bertanggungjawab membungkus barang-barang dan menghantarnya ke destinasi berkenaan. (e) Bahagian Akaun Bahagian Akaun bertanggungjawab ke atas segala hal ehwal akaun dan kewangan stor. C. SISTEM PENYIMPANAN STOK Stok yang terdiri daripada pelbagai jenis barang perlulah disimpan di tempat khas dan dengan cara yang betul. Terdapat beberapa cara untuk menyimpan stok dengan betul bagi mengelakkan kerosakan iaitu: (a) Lokasi Stok Lokasi stok bagi semua barang-barang hendaklah direkodkan di dalam lejar atau kad kawalan stok dan kad petak. Sekiranya perlu dibuat simpanan rambang, lokasinya hendaklah ditunjukkan di dalam satu carta lokasi stok yang kemas kini. (b) Penggunaan Maksima Ruang

Usaha hendaklah dibuat supaya setiap ruang stor digunakan sepenuhnya tertakluk kepada faktorfaktor keselamatan, kemudahan pengeluaran, verifikasi dan kekemasan stor.

(c)

Sistem Lokasi Stok

Sistem lokasi stok hendaklah dirangka semudah mungkin dan setiap stor hendaklah mempunyai satu sistem lokasi stok yang tetap. (d) Penggunaan Rak yang Boleh Diubah Seberapa boleh rak-rak yang boleh diubah-ubah hendaklah digunakan untuk membolehkan penyimpanan berbagai jenis barang dengan lebih baik dan cekap, terutama bagi bangunanbangunan stor yang baru atau menggantikan rak-rak lama. Jika keadaan membenarkan, rak-rak bolehlah dilapis atau ditingkat-tingkatkan untuk penggunaan ruang sepenuhnya. (e) Keteguhan Rak-rak

Jika rak-rak, almari dan laci-laci didapati herut, tidak lurus atau tidak tegap, ianya hendaklah dilaporkan dengan segera kepada Ketua Jabatan untuk diperbaiki. (f) Peraturan Am Penstoran

Sistem penstoran pada umumnya bergantung kepada jenis barang-barang yang disimpan dan ruang stor yang ada, tertakluk kepada peraturan-peraturan berikut: (i) Ruang stor hendaklah dibahagikan kepada beberapa seksyen atau kumpulan seperti

seksyen dadah dan kimia, seksyen elektrik, mekanikal dan lain-lain. Setiap seksyen atau kumpulan barang-barang hendaklah disimpan berasingan; (ii) Jika boleh, barang-barang dalam setiap seksyen atau kumpulan hendaklah disimpan dalam

susunan abjad; dan (iii) Jika peraturan ini tidak dapat dipatuhi disebabkan oleh ukuran, jenis, berat atau ruang rak tidak mengizinkan, lokasi stok barang-barang hendaklah dicatatkan di atas kad legar atau kad kawalan stok barang-barang. (g) Kandungan Sesuatu Bekas

Setiap bekas hendaklah mengandungi hanya barang-barang yang bernombor kod dan berupa bentuk yang sama sahaja.

Langkah Keselamatan yang Boleh Diambil bagi Mencegah Kemalangan dalam Kerjakerja MekanikalBerikut merupakan langkah-langkah keselamatan yang boleh anda terapkan semasa bekerja untuk mengelakkan kemalangan berlaku:(a) Elakkan daripada memegang atau menyentuh bahagian mesin/benda kerja yang tajam semasa ia sedang beroperasi. (b) (c) (d) (e) (f) Pastikan mesin mempunyai suis keselamatan saling mengunci. Pastikan mesin mempunyai sistem pembumian yang sempurna. Matikan suis kuasa sepenuhnya apabila mesin tidak digunakan atau dibersihkan. Laporkan kepada penyelia jika terdapat sebarang kerosakan pada mesin. Keadaan fius mestilah betul untuk mengelakkan beban lampau (overload) yang boleh mengakibatkan kebakaran. (g) Pastikan bahagian-bahagian mesin yang merbahaya dipasang dengan peralatan perlindungan seperti pengadang.

RUJUKAN 1. Buku Rujukan Guru Kemahiran Hidup Tahun 5 Kementerian Pendidikan Malaysia . 2. Buku Tekks Kemahiran Hidup Tahun 5 Kementerian Pendidikan Malaysia. 3. Modul Pengenalan Pendidikan Kemahiran Hidup Open University Malaysia.