61
[email protected] 1 KEMAHIRAN-KEMAHIRAN PENGAJARAN OLEH : Prof. Madya hj. Sapon bin Ibrahim

6. Kemahiran Pengajaran 1

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Kemahiran Pengajaran 1

Citation preview

  • KEMAHIRAN-KEMAHIRAN PENGAJARANOLEH :

    Prof. Madya hj. Sapon bin Ibrahim

  • KEMAHIRAN MENERANG

    suatu proses dalam memberi kefahaman kepada orang lain

    ringkas dan mudah difahami

    menurut Mok Soon Sang (1991), komponen kemahiran penerangan terdiri daripada empat komponen yang mana komponen terakhir adalah penutup dan dimulai permulaan penerangan, susunan idea dan aplikasi contoh dan peralatan

  • PRINSIP-PRINSIP

  • PRINSIP-PRINSIPTerdapat beberapa prinsip-prinsip dalam kemahiran menerang iaitu:

    Perancangan pengajaran oleh guru haruslah diteliti dengan lengkap agar setiap penerangannya adalah jelas, mudah difahami, menarik perhatian pelajar dan juga memberi maklumat yang bermakna.Penerangan haruslah selaras dengan si penerima (pelajar-pelajar) dari segi umur, kebolehan dan tahap pengetahuan individu yang berlainan.Penerangan hendaklah sesuai dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan.Tindak balas guru hendaklah bersifat positif terhadap maklum balas daripada pelajar-pelajarnya.

  • OBJEKTIF

  • OBJEKTIFKemahiran penerangan juga mempunyai objektif di mana ianya membolehkan pelajar-pelajar :

    Memahami sesuatu konsep ataupun isu yang diketengahkan.Menghuraikan suatu proses ataupun prosedur.Menaakul sebab-sebab terjadinya sesuatu peristiwa dan meramalkan kemungkinan-kemungkinan sesuatu peristiwa akan berlaku.

  • KESAN

  • KESANOleh itu, pelajar-pelajar akan menerima kesan ke atas pengajaran dan pembelajaran apabila kemahiran menerang dipraktikkan iaitu :

    Pelajar-pelajar akan memahami sesuatu prosedur dan proses secara terperinci dan teratur.Pelajar-pelajar dapat menaakul sebab-sebab terjadinya sesuatu peristiwa.Konsep-konsep dalam pembelajaran akan menjadi lebih jelas dan mudah difahami.Segala bahan bantu mengajar yang digunakan dalam penerangan dapat memudahkan pemahaman pelajar-pelajar serta meneguhkan pembelajaran mereka.Perhatian pelajar-pelajar dapat ditarik dalam topik-topik pembelajaran tertentu.Contoh dan ilustrasi yang digunakan dapat membantu pelajar-pelajar dalam memahami konsep pembelajaran mereka.

  • KOMPONEN

  • KOMPONENDi dalam kemahiran menerang, terdapat beberapa komponen yang penting dalam memudahkan pelajar-pelajar memahami iaitu :

    Arah permulaan. Kemahiran ini merangkumi kebolehan para guru dalam memulakan sesuatu pengajaran dan dapat mengekalkan tahap minat dan perhatian relajar-pelajar terhadap pembelajarannya. Jikalau pelajar-pelajar telah mula bersedia dalam menerima tajuk yang ingin diajar, konsep pembelajaran akan menjadi lebih mudah.

    Kemahiran ilustrasi. Contoh-contoh yang berkaitan dengan tajuk yang ingin diajar haruslah dipilih oleh guru dalam menerangkan sesuatu konsep. Hal ini kerana sekiranya contoh-contoh yang dipilih agak menarik dan mudah difahami, tahap kefahaman para pelajar akan meningkat dan dapat merangsang dalam tajuk yang ingin disampaikan. Contoh-contoh bahan media termasuklah LCD projektor, persembahan dari Microsoft powerpoint, gambar-gambar yang berwarna-warni, rakaman suara atau video, slaid tayangan dan lain-lain lagi.

  • Penyusunan pemikiran / idea. Idea dalam pengajaran dan pembelajaran mestilah dikembangkan secara tersusun dan berperingkat-peringkat iaitu dari konsep yang mudah kepada konsep yang sukar dan kompleks, dari perkara tidak tahu lepada perkara yang boleh tahu dan dari perkara yang konkrit lepada perkara yang abstrak. Rangsangan yang bervariasi boleh digunakan dalam merangsang dan memotivasikan relajar-pelajar termasuklah perubahan tempo, intonasi dan kekuatan suara. Selain itu isyarat pergerakan juga boleh digunakan dalam meningkatkan daya pemikiran para pelajar.

    Penutup. Pada kategori ini, guru dapat mengimbas kembali isi-isi penting yang telah diajar dan terkandung dalam pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan.

  • KEMAHIRAN MENYOALmerangsang daya pemikiran, sekaligus meningkatkan kefahaman Menurut Esah Sulaiman (2004), berfikir merupakan satu aktiviti mental atau kognitif.

  • 6 PERKARAMengingat semula fakta, prinsip atau generalisasi yang spesifik.Menunjukkan kefahaman dengan cara menyatakan atau menerangkan sesuatu menggunakan ayat kefahaman sendiri.Mengaplikasikan maklumat dalam satu situasi yang baru.Menganalisis maklumat dengan cara mendapatkan hubungan baru antara idea, prinsip-prinsip yang terlibat dan implikasi yang timbul daripada sesuatu perkara.Mensintesis maklumat dengan cara mencantumkannya dalam pelbagai cara.Menilai maklumat dengan menggunakan kriteria tertentu sebagai alasan atau hujah.

  • PRINSIP-PRINSIPSoalan-soalan yang dikemukakan kepada pelajar-pelajar haruslah searas dengan tahap pemikiran mereka yang berbeza di dalam kelas tersebut.Bentuk-bentuk soalan perlu dirancang dan dicanai agar ianya bersesuaian dengan keperluan para pelajar.Teknik menyoal perlu diambilkira di mana soalan perlu dikemukakan secara umum kepada semua pelajar agar mereka terus memikirkan penyelesaiannya. Jangan sesekali menyebut nama pelajar sebelum soalan dikemukakan kerana ianya akan mempengaruhi pelajar-pelajar lain untuk tidak memikirkan jalan penyelesaian kepada soalan yang telah dikemukakan.Soalan perlu dikemukakan ke seluruh kelas dan bukan hanya tertakluk kepada pelajar-pelajar yang mengangkat tangan sahaja.Tempoh masa perlu diberikan kepada para pelajar untuk menjawab soalan yang dikemukakan.Cuba elakkan soalan-soalan yang terkandung bayangan jawapannya sekali. Contohnya seperti adakah ayam serama berkaki dua; betul atau tidak Ahmad?.

  • Sekiranya pelajar tersebut tidak dapat menjawab soalan yang telah diajukan, jangan cuba memaksanya untuk menjawab. Hal ini akan memberi psikologi yang tidak elok terhadap pemikiran pelajar ini.Soalan yang hendak dikemukakan hanya disebut sekali sahaja agar para pelajar betul-betul bersedia dalam menerima soalan dan seterusnya menyelesaikan persoalan tersebut.Bukan sahaja soalan yang dikemukakan perlu searas dengan tahap pemikiran pelajar, ayat dalam persoalan juga perlulah mudah difahami.Bentuk-bentuk soalan perlulah diubahsuai dari masa ke masa agar perhatian mereka dapat dikekalkan.Penyusunan soalan yang teratur dapat menjana satu pemikiran yang logik agar pelajar dapat memikirkan penyelesaian yang kritif dan kritis.Semasa soalan-soalan hendak diajukan kepada para pelajar, suara guru haruslah terang dan jelas didengari oleh keseluruhan kelas.

  • OBJEKTIFUntuk melibatkan pelajar-pelajar secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Menimbulkan minat dan rasa ingin tahu terhadap pelajar-pelajar.Memusatkan penumpuan perhatian pelajar-pelajar kepada suatu konsep yang khusus.Menggalakkan pelajar-pelajar sentiasa bertanyakan soalan.Menolong dalam mengembangkan daya pemikiran mereka.Mengetahui pengetahuan yang sedia ada terdapat di dalam pemikiran pelajar-pelajar.Mengetahui sama ada pelajar-pelajar telah memahami suatu konsep yang telah dipelajari.Mengetahui sama ada pelajar-pelajar dapat mengaplikasikan pengetahuannya ketika menjawab contoh-contoh soalan yang diajukan.Membentuk perhubungan yang sihat antara guru dengan pelajar melalui interaksi penyoalan.Membantu pelajar dalam mengulangkaji pelajaran yang lepas.

  • PENGAPLIKASIAN KONSEP TRANSFER LEARNING

  • IMPAKMenjadikan pelajar-pelajar bertambah aktif di dalam kelas dari segi komunikasi dalam aktiviti penyoalan.Dapat menimbulkan rasa minat dan ingin tahu dalam diri pelajar-pelajar terhadap pembelajaran di dalam kelas atau kuliah.Perhatian pelajar-pelajar dapat ditumpukan terhadap suatu konsep tertentu.Dapat meningkatkan daya pemikiran pelajar-pelajar di mana pemahaman mereka dapat dikembangkan berdasarkan konsep-konsep yang telah diajar.Pengetahuan sedia ada yang dimiliki oleh pelajar dapat diketahui dan seterusnya perancangan pengajaran dapat diubahsuai berdasarkan pengetahuan yang sedia ada.Aktiviti pemulihan dapat dijalankan ke atas pelajar-pelajar yang tidak mencapai aras pemahaman yang memuaskan.Guru dapat mengetahui konsep pemindahan pembelajaran dapat diaplikasikan atau tidak.Interaksi antara guru dengan pelajar dapat mewujudkan suatu komunikasi yang sihat antara mereka.Konsep ulangkaji pelajaran dapat digunakan secara tidak langsung di dalam aktiviti penyoalan terhadap pelajar-pelajar.Aktiviti penyoalan dapat memantapkan lagi tahap kefahaman di dalam sesuatu topik atau subtopik yang baru dipelajari.

  • TAKSONOMI BLOOM

  • TAKSONOMI BLOOM

    Bloom (1956) mengemukakan enam aras soalan dalam domain kognitif yang diklasifikasikan sebagai aras rendah dan aras tinggi.Aras rendah terdiri daripada aras pengetahuan, kefahaman dan aplikasi.Manakala aras tinggi terdiri daripada analisis, sintesis dan penilaian.

  • JENIS SOALAN

    Soalan konvergenMerupakan soalan yang memerlukan satu sahaja jawapan yang betul. Soalan objektif adalah berbentuk konvergen.Soalan divergenMerupakan soalan-soalan yang membolehkan pelajar memberikan jawapan lebih daripada satu.

  • KEMAHIRAN MENERIMA JAWAPANkebolehan guru dalam menerima jawapan dari pelajar selepas diajukan persoalan.

  • PRINSIP-PRINSIPGuru-guru hendaklah menambah maklumat-maklumat yang penting dalam jawapan yang kurang lengkap.Sekiranya pelajar tersebut tidak dapat menjawab soalan dengan lancar, guru haruslah mengubahsuai bentuk soalan kepada yang lebih mudah dijawab dan bayangan jawapan kepada soalan.Ekspresi muka yang positif seperti senyum, mengangguk dan memberi kata-kata pujian adalah penting dalam memberi keyakinan kepada pelajar-pelajar untuk sentiasa lebih terbuka untuk menjawab.Tidak digalakkan menerima jawapan yang diberikan secara beramai-ramai kerana guru tidak dapat memberi fokus yang berkesan kepada jawapan yang tepat.Jika terdapat sekelompok pelajar yang tidak memberi perhatian kepada jawapan yang diberikan oleh pelajar lain, minta kelompok peljar ini memberikan jawapan yang sama yang telah diberikan sebelum itu. Hal ini bertujuan untuk menekankan perhatian setiap pelajar terhadap jawapan yang telah diberikan oleh pelajar lain sebelum itu.Elakkan daripada menerima jawapan pelajar pertama sebagai jawapan yang sebenar kerana ini akan membuatkan pelajar-pelajar lain tidak akan memikirkan jawapan secara mendalam.Dilarang sama sekali mentertawakan jawapan yang telah diberikan oleh pelajar kerana ianya akan mejatuhkan air muka pelajar tersebut. Gelak tawa dari pelajar-pelajar lain juga haruslah diberhentikan sama sekali.

  • KEMAHIRAN SET INDUKSI......kemahiran set induksi merujuk kepada cara seseorang guru memulakan sesuatu pelajaran.... (Ee Ah Meng,1997)

  • OBJEKTIFMemberi motivasi dan kata-kata hikmah dalam merangsang minat pelajar-pelajar dalam isi pelajaran.Mencadangkan kepada pelajar-pelajar cara-cara dalam menjalankan suatu tugasan selepas tamat sesi pembelajaran.Dapatkan perhatian daripada setiap pelajar di dalam kelas.Membuat perkaitan pengalaman lalu ataupun pengetahuan yang sedia ada dengan isi pelajaran yang hendak di sampaikan.

  • KESAN-KESAN

    Tahap perhatian pelajar-pelajar terhadap isi pelajaran yang akan diterima sepanjang kelas akan lebih terfokus.Pembelajaran sepanjang kelas akan lebih menjadi menyeronokkan kerana perkaitan dibuat antara isi pelajaran dengan pengetahuan atau pengalaman yang sedia ada pelajar-pelajar.Sifat ingin tahu oleh pelajar-pelajar dapat dipenuhi.Tahap motivasi pelajar-pelajar akan meningkat kerana kata-kata pernagsang telah diserapkan di dalam hati naluri setiap pelajar.Corak interaksi antara guru dan pelajar-pelajar akan sentiasa berubah-ubah kerana suasana pengajaran dan pembelajaran hdala pada tahap yang menggalakkan

  • KESIMPULANKemahiran-kemahiran :-Menerang-Menyoal-Menerima Jawapan-Set Induksi.bertujuan untuk meningkatkan lagi daya pemahaman pelajar-pelajar dalam sesuatu topik / subtopik sepanjang sesi pembelajaran di dalam kelas berlangsung..

  • 8.5) KEMAHIRAN PENGEMBANGAN ISI PELAJARAN8.6) KEMAHIRAN PENUTUP8.7) KEMAHIRAN PENGUKUHAN8.8) KEMAHIRAN MENILAI HASIL PEMBELAJARAN

  • PENGEMBANGAN ISI PELAJARAN

  • PengenalanIsi pelajaran haruslah dipilih berdasarkan minat dan kebolehan pelajar bagi memastikan objektif pelajaran tercapaiProses pengajaran dan pembelajaran boleh dilaksanakan dengan berkesan apabila isi pelajaran dikembangkan mengikut suatu susunan yang sesuai

  • Sumber-sumber Isi PelajaranUtamaBuku teks dan buku panduan khas

    Sampinganbahan-bahan konkritModel & spesimenBuku rujukanCartaLembaran kerjaSurat khabarMajalahPita rakamanSlaidProgram tv pendidikan

  • Kriteria-kriteria Pemilihan Isi PelajaranHarus berdasarkan objektifBerdasarkan kepada pengetahuan pelajarMengandungi unsur-unsur bersepaduHaruslah menggabungkan jalinan kemahiran

  • Prinsip Pengembangan Isi PelajaranPrinsip-prinsip bagi memastikan isi pelajaran dikembangkan baik,berkesan dan dapat mencapai objektif pembelajaran:

    Daripada yang senang kepada yang susahDaripada yang konkrit kepada yang abstrakDaripada yang berbentuk fakta kepada yang berbentuk teoriDaripada yang spesifik kepada yang umumDaripada yang umum kepada yang spesifikDaripada yang dalam pengalaman kepada yang luar pengalamDaripada yang dekat kepada yang jauh

  • Langkah-langkah Pengembangan Isi PelajaranMelibatkan beberapa langkah dan prosesLangkah-langkah yang terlibat ialahPenyampaian konsepPenguasaan kemahiranAplikasi

  • Proses-proses Yang TerlibatPeringkat persediaan kurikulumPenentuan isi pelajaranPengembangan isi pelajaran mengikut tahapPengembangan isi pelajaran mengikut penggalPengembangan isi pelajaran mengikut mingguPengembangan isi pelajaran mengikut setiap waktu pelajaran untuk harian

  • Panduan Pengembangan Isi PelajaranGaris panduan pengembangan isi pelajaran:Semasa menjalankan proses pengembangan isi pelajaran,guru harus mengkaji sukatan pelajaran,buku panduan mengajar dan buku teks bagi matapelajaran yang berkenaanBagi menghasilkan pengembangan isi pelajaran yang baik dan berkesan,guru hendaklah merujuk kepada kriteria-kriteria pengembangan isi pelajaran dan pandangan para psikologGuru harus juga menentukan masa peruntukan dalam setiap langkah mengajar supaya isi pelajaran yang dipertingkatkan dapat disampaikan dengan sempurnaKaedah mengajar seperti kaedah keseluruhan kelas dan kaedah kumpulan haruslah sesuai dengan pengagihan masa dan waktu pelajaranSemua isi pelajaran harus disusun dan dikaitkan daripada satu langkah kepada langkah lain

  • KEMAHIRAN PENUTUP

  • PengenalanPenutup pengajaran adalah pernyataan atau tindakan guru yang disusun untuk membawa sesuatu pelajaran ke peringkat akhir. Penutup ialah pelengkap atau penggenap pada akhir pengajaran yang menyusuli induksi set di awal pelajaran. penutup yang digunakan iaitu penutup kognitif dan penutup sosial.

  • PenutupPenutup KognitifPenutup SosialMembuat rumusan Mengulangi isi-isi penting Menjalankan aktiviti pengukuhan Menjalankanaktiviti penilaian Mencadangkan aktiviti susulan Berkaitan dengan pengajaran Memotivasikan Mewujudkan perasaan ingin tahu

  • Tujuan Kemahiran PenutupMembuat suatu rumusan tentang pelajaran yang telah disampaikanMembuat perkaitan antara pengetahuan sedia ada dan pengalaman pelajar-pelajar dengan topik baru.Meneguhkan satu-satu pelajaran yang baru dipelajari para pelajarMenggunakan prosedur-prosedur yang sesuai untuk menilai objektif-objektif pelajaran pembelajaran murid-muridMengemukakan aktiviti-aktiviti susulan untuk murid-muridMenimbulkan motivasi melalui kemesraan,unsur yang menghairankan dan aktiviti-aktiviti susulan.

  • Prinsip-prinsip Dalam Pelaksanaan Kemahiran PenutupPenutup hendaklah bermakna kepada murid-murid dari segi minat,kebolehan dan umur mereka.Penutup hendaklah berkaitan dengan definisi dan objektif pelajaranPenutup hendaklah mewujudkan pertalian antara pengetahuan sedia ada,pengalaman murid-murid dengan konsep baru yang dipelajari.Penutup hendaklah mengaitkan segala aspek sesuatu pelajaran yang telah dipelajari.Penutup sepatutnya dapat menilai keberkesanan satu-satu pelajaranPenutup perlu mengandungi aktiviti-aktiviti susulan.

  • KEMAHIRAN PENGUKUHAN

  • PengenalanPengukuhan digunakan oleh guru untuk menggalakkan tingkah laku yang diinginiMenunjukkan rasa penghargaan guru kepada pelajar disamping meningkatkan harga diri,keyakinan diri,rasa berjaya,puas hati dan ingin berjaya lagi

  • Prinsip-prinsip Panduan Penggunaan Kemahiran PengukuhanPujian dan kemesraan yang ditunjukkan oleh guru dapat meningkatkan pencapaian murid-murid serta memupuk sikap yang positifTukar bentuk pengukuhan dari semasa ke semasa.Kalaulah guru hanya menggunakan perkataan baik sepanjang tahun,murid-murid akan merasa bosan dan keberkesanan pengukuhan positif akan merosotPengukuhan posiif seperti memuji usaha murid-murid adalah lebih berkesan berbanding dengan pengukuhan negatif seperti mengkritik atau menyindir murid-murid.Pengukuhan positif yang digunakan hendaklah selaras dengan umur,jantina dan peringkat sosial murid-murid.Pengukuhan positif hendaklah digunakan secara jujur.Ia tidak mendatangkan apa-apa kesan jika murid-murid merasakan pengukuhan positif adalah tidak jujur.

  • Objektif-objektif Kemahiran PengukuhanMemberi galakan kepada murid dalam aktiviti pembelajaran.Memperkukuhkan konsep atau isi supaya kekal dalam ingatan.Menggalakkan murid yang terlibat serta murid-murid lain terus menunjukkan tingkah laku yang positif.Memupuk semangat keyakinan untuk murid yang mewujudkan tingkah laku yang positif.Memperbaiki disiplin kelas dengan mengubah tingkah laku negatif yang timbul.

  • Kesan-kesan Kemahiran PengukuhanPengukuhan akan membawa semangat ingin belajar.Ini kerana pujian yang diberikan oleh guru-guru mereka telah meningkatkan motivasi dan murid-murid merasa dihargai.Murid-murid akan mencuba untuk memberi tingkah laku yang positif dengan lebih giat lagi.Murid-murid lain yang belum menerima pengukuhan akan berusaha menunjukkan tingkah laku yang baik. Dalam situasi ini, disiplin kelas akan bertambah baik dan aktiviti pengajaranpembelajaran dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan.Murid yang menerima pengukuhan itu akan merasa usahanya telah dihargai oleh gurunya. Semangat keyakinan terhadap daya pembelajarannya akan bertambah.Perhubungan di antara guru dengan murid akan bertambah erat dan mesra. Aktiviti pengajaran guru akan menjadi satu proses yang digemari oleh murid.

  • Cara-cara Memberikan PengukuhanLisan Positif Gerak Isyarat Dampingan Sentuhan Gerak Isyarat Negatif Lisan Negatif Baik,bagus,ya,betulBerdiri disebelah pelajarAggukan kepala,menepuk tanganMenyentuh kepala/bahuMenggeleng-gelengkan kepalaSalah,tidak lengkap

  • KEMAHIRAN MENILAI ISI PEMBELAJARAN

  • PengenalanKerja pengajaran masih belum selesai sekiranya guru belum dapat memastikan sejauh manakah pengajarnya berkesan. Kemahiran menilai hasil pembelajaran ini dapat memberi peluang kepada pendidik bagi membina kemahiran pengajarannya yang berkaitan dengan aktiviti pengajaran .Penilaian berdasarkan objektif dilaksanakan pada akhir sesuatu pelajaran. Penyelia amat memainkan peranan yang penting dalam usaha melatih bakal pendidik. Para pendidik juga digalakkan melakukan penyelidikan tindakan.

  • Penilaian Berdasarkan Objektif1) Ditulis dalam bentuk tingkahlaku2) Ditujukan kepada murid-murid3) Pada keadaan bila tingkahlaku dinilai4) Menentukan taraf perlakuan

  • Penilaian Berdasarkan Penyelia1) Menilai aktiviti pengajaran 2) Mengenalpasti kelemahan-kelemahan 3) Mendiagnosis punca kelemahan-kelemahan 4) Mengemukakan kelemahan-kelemahan

  • Melalui Kaedah PenyelidikanIa akan membantu guru menyelesaikan situasi bermasalahIa meningkatkan lagi pemahaman penyelidik (guru) tentang satu-satu masalah didalam bilik darjah3)Ia membantu guru untuk memahami secara mendalam persekitaran dan keadaan di mana dia bertugas4)Ia dapat meningkatkan kesedaran kendiri seseorang,kesedaran tentang satu-satu masalah serta juga meningkatkan aras komitmen.5)Ia melengkapkan guru dengan kemahiran serta metode baru untuk meningkatkan lagi kebolehan analitikal.

  • ..SEKIAN TERIMA KASIH..