55
Nota khas buat “A must-have book for all ‘daie’. Untuk terus bergerak laju, untuk mendapat goosebumps atau untuk mendapat wake up call. Kerna terkadang, ayat-ayat dalam buku ini membuatkan bulu roma saya meremang memikirkannya.” - Nur Fadhilah Husna, guru bahasa Inggeris. “Sudah lama saya sangat berminat untuk sekadar menyokong perjuangan pemuda yang mahu kembalikan kemenangan Islam. Alhamdulillah, buku ini berjaya membuat saya berfikir “Apa alasan yang aku ada untuk tidak turut menyertai perjuangan ini?” - Anis Farhana, pelajar SMKA Maahad Hamidiah. “Tiada ukuran terlalu muda untuk membuat perubahan. Dan tiada ukuran terlalu tua untuk berubah. Bila hidayah Allah menyapa, sedarlah bahawa kita adalah orangnya. Jika kita hendak berubah, jangan terlalu fokus pada aspek mencari, sebaliknya fokus pada menjadi perubahan itu. Alhamdulillah, karya yang ditulis dari hati, akan terus ke hati.” - Nabihah Abdullah, pekerja Geologi Marin.

Mencari Hud Hud

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Mencari Hud Hud yang Kini

Citation preview

Nota khas buat

“A must-have book for all ‘daie’. Untuk terus bergerak laju, untuk mendapat goosebumps atau untuk mendapat wake up call. Kerna terkadang, ayat-ayat dalam buku ini membuatkan bulu roma saya meremang memikirkannya.”

- Nur Fadhilah Husna, guru bahasa Inggeris.

“Sudah lama saya sangat berminat untuk sekadar menyokong perjuangan pemuda yang mahu kembalikan kemenangan Islam. Alhamdulillah, buku ini berjaya membuat saya berfikir “Apa alasan yang aku ada untuk tidak turut menyertai perjuangan ini?”

- Anis Farhana, pelajar SMKA Maahad Hamidiah.

“Tiada ukuran terlalu muda untuk membuat perubahan. Dan tiada ukuran terlalu tua untuk berubah. Bila hidayah Allah menyapa, sedarlah bahawa kita adalah orangnya. Jika kita hendak berubah, jangan terlalu fokus pada aspek mencari, sebaliknya fokus pada menjadi perubahan itu. Alhamdulillah, karya yang ditulis dari hati, akan terus ke hati.”

- Nabihah Abdullah, pekerja Geologi Marin.

“Karya yang menggugah jiwa! Jalan penceritaan yang mengambil pengajaran kisah Abu Dzar al-Ghifari dan Saiyidina Umar al-Khattab sebagai inspirasi. Kemudian ditambah pula rencah perkembangan dunia hari ini; kemunculan dan kebangkitan Apple, Amazon dan laman-laman sosial seperti Facebook, Instagram dan Youtube yang pengaruhnya terhadap masyarakat sedunia tak dapat disangkal menjentik hati saya untuk berfikir; “Apa saya akan sumbang kepada ummah setelah hidup dua dekad lamanya?”

- Fatin Fatini, pelajar Beijing Foreign Studies University.

“Buku ini patut dijual serata dunia kerana betul-betul mampu menyentuh hati, memberi semangat, mengubah persepsi terhadap sesuatu dan meluaskan fikiran. Wujud perasaan berkobar-kobar dalam diri untuk sebar kebaikan!”

- Wan Ainur Syahira, pelajar SMK Seksyen 4 Bandar Kinrara.

“Rasa seperti penulis sedang berbicara face to face dengan saya. Cerita yang lahir daripada hati dan pengalaman sendiri. Tahniah!”

- Abdullah, rakan seperjuangan.

Dengan namaMu, Tuhan Sekalian alam,ku seru dikau sang Hud Hud.

Haza min fadhli Rabbi.Semua ini adalah kurniaan Tuhanku.

Ya Allah, engkau berkatilah Rasulullah SAWdan keluarga baginda.

Redhailah pemimpin-pemimpin kami Abu Bakar, Umar,Uthman dan Ali, kesemua para Sahabat dan para Tabi’in

serta semua yang mengikuti Tabi’in dengan baik.

Engkau kurniakanlah sebaik-baik ganjarankepada ibu bapaku atas jagaan mereka.

Ahli-ahli keluargaku pula atas kasih, masadan sokongan mereka.

Murabbiku yang dahulu, kini dan seterusnyaatas tarbiah dan cinta mereka.

Rakan-rakan seperjuanganku, para syabab dan syuyukh,atas kebersamaan mereka di jalan dakwah.

Guru-guruku atas tunjuk ajar merekayang penuh keikhlasan.

Para pembaca nukilan-nukilanku atas kesungguhanmeneroka jalan juang ini bersama-samaku.

Dan akhir sekali, peneman hidupkudan anak-anak yang bakal tiba,

atas segala-galanya.

Perkenankan.

Indeks

Warkah Pembuka

Siapa Hud Hud?

Sujud Pembebasan

PhD Dakwah

Segenggam Waktu

Bina Siapa?

Hamasah As-Syabab

Demokrasi Peribadi

Cita-cita

Rugi Tak Bersama!

Warkah Penutup

1

7

19

35

47

57

77

91

103

115

129

Maka apabila engkau telah berazam maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang

bertawakal kepada-Nya.

Al-Imran ayat 159

1

Dengan nama Allah, Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, bacalah.

Alhamdulillah. Setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan kepada Allah SWT atas anugerahNya yang ini iaitu peluang menulis pendahuluan buat buku nukilan saya yang ketiga selepas buku “Aku Hamasah As-Syabab” dan “Bagaimana Mengubah Dunia.”

Saya mula mengukir sejarah dalam penulisan saya sejak pengenalan saya kepada Islam, Alhamdulillah. Bukanlah hendak mengatakan bahwa saya merupakan seorang mualaf (kedua-dua ibu bapa saya adalah orang Islam ya), tetapi saya mula melihat Islam dan seluruh kehidupan saya dengan kaca mata yang berbeza pada 24 Jun 2012 bersamaan pelantikan Presiden Mohamed Morsi di Mesir.

Tarikh tersebut juga menjadi titik tolak perkenalan antara saya dengan Dakwah dan Tarbiah Alhamdulillah. Suatu perkenalan yang saya begitu syukuri dan doakan ianya akan berkekalan.

Warkah Pembuka

2

Mencari Hud Hud yang Kini

Saya telah bermula dengan penulisan di Facebook dan juga Blogger. Rasa ingin berkongsi membuak-buak dalam dada saya kerna setelah hampir 2 dekad saya bernafas di muka bumi ini, saya akhirnya menemui kemuliaan yang dicari-cari selama ini. Islam meniup nafas yang baru ke dalam jasad saya. Tidak pernah saya rasa lebih hidup berbanding setelah mengenali Islam dengan sebenar-benarnya.

Dengan izin Allah, penulisan saya telah mencuri perhatian beberapa orang yang saya kasihi kernaNya. Mereka setia mengikuti penulisan dan juga perkembangan diri saya Alhamdulillah. Mereka berterusan memberi galakan serta dorongan kepada saya untuk terus mencorak Dunia ini dengan penulisan saya. Moga Allah senantiasa merahmati dan memberkati serta memberikan mereka ganjaran.

Buku pertama saya, ‘Aku Hamasah As-Syabab’ merupakan manifestasi penghargaan saya buat insan-insan yang membaca dan mencari manfaat daripada penulisan saya di Facebook dan Blogger.

Keazaman untuk menerbitkan buku tersebut memuncak tika seseorang memberitahu bahwa beliau telah mencetak beberapa isi penulisan saya dan menampalnya di dinding biliknya.

Pada ketika itu, saya merasakan perlunya penulisan-penulisan ini dicetak agar berkekalan dan mampu memberi manfaat yang jauh lebih besar kepada Ummah.

Alhamdulillah, genap setahun sudah usia saya sejak cetakan pertama buku ‘Aku Hamasah As-Syabab.’ Syukur pada Allah buat se-gala-galannya. Alhamdulillah.

3

Mencari Hud Hud yang Kini

Setahun tanpa Buku

Hati yang berbolak-balik telah menghalang diri saya daripada menulis buku yang kedua, ‘Bagaimana Mengubah Dunia’. Saya tiada alasan untuk diberikan kepada Ummah. Saya kehilangan kata-kata buat berbulan lamanya. Terseksa jiwa saya.

Walau bagaimanapun, seorang pelayar dituntut untuk terus berjuangan biarpun dia keseorangan di tengah lautan yang bergelora. Ombak menghempas ganas. Kilat sabung-menyabung. Hanya Allah yang akan menyelamatkannya. Pergantungan seorang manusia hanya layak disandarkan kepadaNya, Pencipta Segala-galanya.

Bumi berputar mengikut susunanNya. Sedang di sebelah timur bercahaya, mereka di sebelah barat berselimutkan kegelapan. Ombak ada masanya meninggi garang, ada masanya pula menghempas tubuh lautan.

Begitu juga perihalnya ‘Mencari Hud Hud yang Kini.’ Idea menulis buku ini tiba tika ‘Bagaimana Mengubah Dunia’ menyorok di sebalik kerak otak. Obor harapan menyala dan semangat bertiupan kembali. Saya mengambil keputusan untuk menulis buku ‘Mencari Hud Hud yang Kini’.

Selepas ‘Tahun tanpa Buku’ berakhir, saya belajar sesuatu yang sangat penting Alhamdulillah. Saya mengenali apa ertinya bergerak tanpa ilmu yang mencukupi. Bayangkanlah situasi itu. Seorang penulis bercita-cita menulis kalam yang menerangi Dunia dalam keadaan diri dia sendiri berada di dalam kegelapan.

4

Mencari Hud Hud yang Kini

“Aku belum cukup bersedia. Aku perlukan ilmu lagi.”

Itulah kalimat yang menjadi pendorong bagi saya menyiapkan buku yang ketiga saya terlebih dahulu. Saya mendoakan dengannya, saya akan memperoleh perkara-perkara berikut:

1) Mendalami risalah kebenaran ini. 2) Menghayati perit jerih perjuangan. 3) Membekali diri dengan ilmu. 4) Mematangkan pemikiran.

Amatlah saya mengharapkan ‘Bagaimana Mengubah Dunia’ benar-benar sehebat dan sekukuh tajuknya.

Tepatkah Keputusan Saya?

Alhamdulillah, setahun merupakan suatu jangka masa yang panjang untuk seseorang menuntut ilmu dan mematangkan diri. Ianya cukup untuk seseorang melalui dan merasai pelbagai jenis usaha dan gerak kerja dakwah.

Buku ‘Mencari Hud Hud yang Kini’ tidak dimulakan dengan set pemikiran “Buku ini aku buat biasa-biasa sahaja. Sekadar mengisi kelapangan sebelum menerbitkan buku kedua.”

Sama seperti buku-buku sebelum ini, Alhamdulillah saya ada matlamat yang ingin dicapai. Buku ini ditulis dengan cita-cita ingin menghembus semangat dan ruh ke dalam para sahabat seperjuangan yang saya cintai kernaNya.

5

Mencari Hud Hud yang Kini

Sekali lagi, malah saya yakin bahwa hingga ke kalimat terakhir nukilan saya, saya melalui detik-detik yang sukar dan sempit. Berulang kali saya temui dinding yang tinggi atau lebih dikenali ramai sebagai ‘writer’s block’.

Alhamdulillah, dinding tersebut berjaya dipanjat sedikit demi sedikit dengan izinNya. Ilmu-ilmu yang dituntut menjadi batu-bata yang mengangkat diri ke langit. Nasihat para Daie menjadi tali-tali yang menarik diri ke atas. Segalanya adalah dengan izin Allah.

Menjadi lumrah seorang manusia ingin memberikan yang terbaik buat mereka yang dicintaiNya. Atas asbab inilah, saya padam dan ubah manuskrip buku ini pada setiap peluang ada. Hinggalah akhirnya Allah menetapkan hati saya bahwa buku ini sudah siap.

Persoalannya, apakah berhasil usaha mendahulukan buku ini sebelum ‘Bagaimana Mengubah Dunia’? Apakah tercapai matlamat yang saya letakkan ke atasnya?

“Cukuplah Allah bagiku; kepada-Nyalah hendaknyaberserah orang yang mahu berserah diri.”

Az-Zumar ayat 38

“... Kita akan menyaksikan al-Quran hidup dan memberi pengaruh dalam kehidupan generasi pertama umat Islam

dan akan mampu memberi pengaruh dalam kehidupan kita.

Kita akan merasa bahwa Al-Quran bersama kita hari ini, dan juga esok hari.

Dan kita juga akan tahu bahwa al-Quran bukan hanya bacaan-bacaan yang dibaca secara tartil tanpa makna

serta jauh dari realiti yang sedang kita hadapi;

bukan juga sebuah penggalan sejarah yang telah berlalu, selesai serta terhenti pengaruh dan interaksinya

dengan kehidupan manusia.

Syed Qutb, ‘Fikih Pergerakan: Aku Wariskan Untuk Kalian’

7

Siapa Hud Hud?

Nama Hud Hud menerjah ke dalam kehidupan saya dalam salah satu liqa’ usrah saya Alhamdulillah. Kami telah mentadabbur ayat 20 hingga 28 surah An-Naml, potongan surah yang menceritakan perihal Nabi Sulaiman dan Hud Hud serta Balqis;

“Dan Nabi Sulaiman memeriksa kumpulan burung lalu berkata: Mengapa aku tidak melihat burung belatuk, adakah ia dari

mereka yang tidak hadir?

Niscaya Aku akan menyeksanya dengan seksa yang berat, atau aku akan menyembelihnya, kecuali ia membawa kepadaku

alasan yang terang nyata.

Burung belatuk itu tidak lama ghaibnya, lalu berkata: Aku dapat mengetahui secara meliputi akan perkara yang engkau tidak

cukup mengetahuinya, dan aku datang kepadamu dari negeri Saba dengan membawa khabar berita yang diyakini kebenarannya.

Sesungguhnya aku dapati seorang perempuan memerintah

8

Mencari Hud Hud yang Kini

mereka, dan ia telah diberikan kepadanya (serba sedikit) dari tiap-tiap sesuatu dan ia pula mempunyai singgahsana yang besar.

Aku dapati raja perempuan itu dan kaumnya sujud kepada matahari dengan meninggalkan ibadat menyembah Allah, dan

memperelokkan oleh syaitan pada pandangan mereka perbuatan (syirik) mereka, lalu menghalangi mereka dari jalan (yang benar);

oleh itu mereka tidak beroleh petunjuk.

(Mereka dihalangi oleh Syaitan) supaya mereka tidak sujud kepada Allah yang Mengeluarkan benda yang tersembunyi di langit dan

di bumi, dan yang Mengetahui apa yang kamu dan yang mengetahui apa yang kamu rahsiakan serta apa yang kamu zahirkan.

Allah! Tiada Tuhan melainkan Dia,

Tuhan yang mempunyai Arasy yang besar.

Sulaiman berkata: Kami akan fikirkan dengan sehalus-halusnya, adakah benar apa yang engkau kata, ataupun

engkau dari golongan yang berdusta.

Pergilah bawa suratku ini, serta campakkanlah kepada mereka, kemudian berundurlah dari mereka; dalam pada itu

perhatikanlah apa tindak balas mereka.”

An-Naml ayat 20 hingga 28

Nah, rasakanlah getaran jiwa yang luar biasa! Hati saya kagum dengan Hud Hud pada perkenalan pertama kami Alhamdulilah. Kisah ini membuatkan saya terus bertanya pada diri, “Apakah wujud tentera sebegini rupa pada zaman ini? Kerna jika ya, maka sudah pasti gerak

9

Mencari Hud Hud yang Kini

kerja dakwahnya sangat hebat!”

Syed Qutb dalam tafsir Fil Zilal juga menyatakan sifat Hud Hud yang luar biasa;

“Kita mendapati diri kita sedang berhadapan dengan Hud Hud yang luar biasa. Sesungguhnya ia memiliki pemahaman, kecerdasan, keimanan, keindahan tutur kata dan juga susunan kalimat dalam dalam melaporkan suatu perisitwa, daya respons yang sensitif dalam sikapnya dan isyarat yang sangat tajam.

Hud Hud betul-betul mengetahui bahwa wanita itu adalah Ratu Kerajaan Saba’ dan pengikut-pengikutnya adalah rakyatnya. Ia tahu bahwa mereka semua menyembah dan bersujud kepada matahari dan tidak menyembah Allah. Ia mengetahui bahwa sujud itu hanya layak dilakukan kepada,

“... Allah yang mengeluarkan apa yang terpendam di langit dan di bumi dan yang mengetahui apa yang kamu sembunyikan

dan apa yang kamu nyatakan.”

“... Dia Tuhan yang mempunyai ‘Arasy yang besar..”

Burung Hud Hud biasa tidak mungkin tahu perkara ini dan tidak memiliki kemampuan seperti itu. Burung Hud Hud itu adalah burung Hud Hud yang khusus dianugerahkan kemampuan ini sebagai salah satu bentuk mukjizat yang luar biasa.”

Sifat Hud Hud

Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, saya kagum dengan

10

Mencari Hud Hud yang Kini

Hud Hud kerna beberapa sifatnya yang saya kira sangat perlu ada pada para Daie. Sifat-sifatnya sekiranya ditanam dalam diri kita, insyaAllah akan menjadikan kita seorang tentera Allah yang lebih hebat.

1) Memahami tanggungjawab dakwah

Betapa ramai manusia yang melupakan sama sekali tujuan mereka dicipta. Mereka bersikap angkuh dan enggan bertanya akan mengapa mereka dicipta. Mereka memilih untuk tidak memikirkan perkara ini lantas menyangka mereka akan berjaya melepaskan diri daripada tanggungjawab yang digalas ke atas bahu mereka pada saat mereka dicipta. Ternyata mereka silap.

“Dan mereka menjerit di dalam Neraka itu: Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami! Kami akan kerjakan amal yang soleh; lain dari yang kami kerjakan.

Bukankah Kami telah lanjutkan umur kamu untuk berfikir dan beringat padanya oleh sesiapa yang berfikir dan beringat? Dan kamu pula telah didatangi seorang pemberi amaran.

Oleh itu, rasalah azab seksa, kerana orang yang zalim tidak akan beroleh sesiapa pun yang dapat memberikan pertolongan.”

Al-Fatiir ayat 37

Manusia diciptaNya untuk memenuhi dua matlamat yang nyata. Tiada kompromi mahupun pengecualian dalam perihal ini. Maka, kesedaran terhadap perkara ini adalah wajib bagi mana-mana manusia yang inginkan redhaNya.

11

Mencari Hud Hud yang Kini

Tujuan penciptaan manusia ada dua iaitu:

“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah-Ku.”

Adz-Dzaariyat ayat 56

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang

khalifah di bumi.

Al-Baqarah ayat 30

Dalam buku ‘Asas-asas Berdakwah ke Jalan Allah’ karya Dr. Hamman Said bahagian pertama iaitu ‘Dakwah kepada Allah SWT adalah Jalan Keselamatan di Dunia dan Akhirat’ telah dinyatakan:

“Berdakwah kepada Allah SWT adalah cara yang paling utama untuk kita menzahirkan pengagungan kita pada Allah SWT.”

Oleh kerana itulah, saya merasa begitu dekat dengan ciri yang pertama ini. Hud Hud secara jelas menonjolkan kefahamannya akan tanggungjawab dakwah dan meletakkannya sebagai terutama dalam gerak kerjanya melalui bicaranya.

Aku dapati raja perempuan itu dan kaumnya sujud kepada matahari dengan meninggalkan ibadat menyembah Allah, dan memperelokkan oleh syaitan pada pandangan mereka perbuatan (syirik) mereka, lalu

menghalangi mereka dari jalan (yang benar); oleh itu mereka tidak beroleh petunjuk.

12

Mencari Hud Hud yang Kini

(Mereka dihalangi oleh Syaitan) supaya mereka tidak sujud kepada Allah yang Mengeluarkan benda yang tersembunyi di langit dan di

bumi, dan yang Mengetahui apa yang kamu dan yang mengetahui apa yang kamu rahsiakan serta apa yang kamu zahirkan.

Allah! Tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai Arasy yang besar.

Fokus laporan Hud Hud kepada Nabi Sulaiman a.s. adalah perbuatan Balqis dan kaumnya menyembah selain Allah SWT. Ianya adalah berkenaan dakwah. Bicaranya menyuarakan pemikirannya.

Dan sebegitulah seharusnya kita para pendakwah juga.

2) Meyakini Kemampuan Diri

“Aku dapat mengetahui secara meliputi akan perkara yang engkau tidak cukup mengetahuinya, dan aku datang kepadamu dari negeri Saba dengan membawa khabar berita yang diyakini kebenarannya.”

Bila saya membaca kata-kata Hud Hud ini, saya terkejut. Dia boleh berkata-kata macam ini kepada Nabi Sulaiman a.s., raja yang memiliki bala tentera terdiri daripada jin, manusia dan burung?

“Dan dihimpunkan bagi Sulaiman bala tenteranya, dari jin dan manusia serta burung; lalu mereka dijaga serta

diatur keadaan dan perjalanan masing-masing.”

An-Naml ayat 17

13

Mencari Hud Hud yang Kini

Ini merupakan sifat kedua Hud Hud yang saya kagumi. Ia memberi saya inspirasi melalui keyakinan dirinya. Pasti hanya mereka yang begitu meyakini kebenaran yang dibawa akan berani buat begitu.

Seorang Daie perlu memiliki keyakinan yang tinggi agar tidak terbatas kepada memerlukan perintah dan tunjuk ajar murabbi atau pimpinan dalam setiap perkara. Hasilnya adalah sebuah gerak kerja yang dinamik dan fleksibel serta efisyen.

3) Teliti dan terurus

Hud Hud juga mendemonstrasi ketelitiannya dalam bertugas. Ia hadir di hadapan Nabi Sulaiman a.s. dalam keadaan ia telah pun memastikan kebenaran berita yang dibawanya. Ia telah mengkaji dan meneroka secara menyeluruh situasi Balqis dan kaumnya di negeri Saba.

“... dengan membawa khabar berita yang diyakini kebenarannya.”

Alangkah besar tuntutan ke atas para Daie untuk teliti dalam pelaksanaan amanahnya. Seorang Daie perlu memastikan tugas-tugas yang dibebankan ke atas bahunya dikerjakan dengan tersusun dan menggunakan kaedah-kaedah yang berkesan.

Bagi mencapai matlamat kita iaitu menegakkan Islam agama yang diredhaNya,di seluruh muka Bumi, Daie tidak boleh melepaskan diri daripada kecemerlangan dan kegemilangan.

Fathi Yakan menyatakan keperluan Daie yang berkebolehan

14

Mencari Hud Hud yang Kini

dalam karyanya ‘Isti’ab: Meningkatkan Kapasiti Rekrutmen Dakwah’ pada bab ‘Isti’ab dalam Dakwah dan Daie’:

“Tidak dinafikan bahwa para Daie seperti manusia yang lain, memiliki tahap kemampuan yang berbeza dalam isti’ab. Walau bagaimanapun, seorang Daie tetap dituntut memiliki tahap minima kemampuan isti’ab. Hal ini adalah kerna tanpa kemampuan ini, dia tidak akan boleh menjadi Daie dan aktivitis di medan dakwah.

Jika kayu ukur minimal dalam isti’ab tidak dapat dipenuhi, maka seorang Daie itu bukan sekadar tidak produktif dan tidak bermanfaat, bahkan menjadi penghalang proses produksi dan juga penyumbang kemudharatan kepada Islam dan pergerakan Islam.

Sudah berapa banyak manusia yang dianggap sebagai Daie atau aktivis di medan dakwah, tetapi sebenarnya memudharatkan dan juga tidak memberi manfaat. Mereka membinasa dan bukan membina. Akhirnya, mereka ini dijadikan bukti bagi pihak musuh Islam dalam memburuk-burukkan dakwah.

Berapa banyak orang yang hidup dalam kefahaman terhadap dakwah dan memahami prinsip-prinsipnya tetapi enggan menyebar kefahaman itu walau hanya selangkah di luar lingkungannya.

Namun, masih ada Daie lain yang hidup dalam dakwah dan hidup demi dakwah. Mereka inilah Daie yang diperlukan Islam untuk menegakkan panji-panji dan membangun negerinya.”

Jelaslah bahwa kita perlu memiliki, mencungkil dan juga mengasah kebolehan kita untuk dimanfaatkan di jalan dakwah. Moga dengan usaha kita, kita tergolong dalam Daie yang diperlukan Islam

15

Mencari Hud Hud yang Kini

untuk menegakkan panji-panji dan membangun negerinya.

4) Menyedari ‘Urgency of Dakwah’

Hud Hud tidak menunggu arahan Nabi Sulaiman a.s. untuk bertindak. Berbekalkan kefahamannya, ia terus menuju ke kawasan yang memerlukan sinar hidayah menerangi. Ia memahami bahwa ada gesaan untuk bergegas dalam berdakwah, sepertimana yang difahami pemuda ini:

“... datanglah seorang lelaki dari hujung bandar itu dengan berlari, lalu memberi nasihat dengan katanya:

Wahai kaumku! Turutlah Rasul-rasul itu. Turutlah orang-orang yang tidak meminta kepada kamu sesuatu balasan, sedang mereka

adalah orang yang mendapat hidayah petunjuk.”

Yasin ayat 20 & 21

Bagaimana pula dengan kita? Apakah kita jua merasai hati yang memberontak hendak keluar menyantuni mad’u? Apakah kita memiliki keinginan yang membuak-buak ingin berkongsi dengan Ummah petunjuk yang kita peroleh?

Kita para Daie perlu meyakini adanya ‘urgency of dakwah’ dan seterusnya meyakini bahwa kita wajib memperkasa diri dengan bersungguh-sungguh demi melaksanakan cita-cita dakwah ini.

“Sesuatu perkara yang tidak dapat disempurnakan sesuatu yang wajib melainkan dengannya, maka perkara itu wajib.”

16

Mencari Hud Hud yang Kini

Sesungguhnya, kita ingin sekali diampunkan dan dimuliakan Allah. Malah, kita ingin umat manusia jua merasainya bersama. Pasti kita ingin masuk Syurga bersama-sama, bukan?

“Ia berkata: Alangkah baiknya kalau kaumku mengetahui. Tentang perkara yang menyebabkan daku diampunkan oleh Tuhanku, serta

dijadikan-Nya daku dari orang-orang yang dimuliakan!”

Yasin ayat 27

Moga menang.

17

Mencari Hud Hud yang Kini

“Sesungguhnya orang yang bertaqwa, disediakan syurga tempat mereka beroleh apa yang diingini. (Mereka akan beroleh) taman-taman bunga dan kebun-kebun buah-buahan, terutama anggur.

Dan perawan-perawan yang sebaya umurnya. Serta piala atau gelas yang penuh dengan minuman. Mereka tidak mendengar di dalam

syurga itu perkataan yang sia-sia, dan tiada pula perkataan yang dusta.

Sebagai balasan dari Tuhanmu, iaitu satu limpah kurnia yang dikira cukup.”

An-Naba’ ayat 31-37

“Tarbiah bukan segala-galanya, tetapi segala-galanya bermula dengan tarbiah.”

Sheikh Mustafa Masyur

19

Alhamdulillah, pada ketika ini kita dipisahkan antara satu sama lain beribu batu jauhnya. Saya sedang berada di udara, disajikan pemandangan lautan dan awan-awan yang begitu indah sekali. Sinar cahaya mentari yang serba keperangan dan sarat dengan vitamin D menerangi ruangan kapal terbang yang dinaiki ini. Penerbangan kali ini adalah bagi memenuhi tuntutan dakwah di Sarawak.

Perjalanan ini membuatkan saya teringat akan pegangan saya semenjak mengenali tarbiyyah: tiada tempat yang terlalu jauh atau mustahil untuk dijejaki demi mad’u yang dicintai kernaNya.

Tiada sekilometer per segi muka bumi ini yang tidak sanggup diredahi demi menyantuni mad’u yang menanti sentuhan al-akh yang berjuang kernaNya. Tarbiyyah benar-benar telah mengubah cara saya memandang diri saya sendiri, malah Dunia ini keseluruhannya.

Lihatlah sahaja halaqah kita, baik anda mahupun saya yang punya. Ada yang perjalanan mingguannya Melaka-Selangor. Ada pula

Sujud Pembebasan

20

Mencari Hud Hud yang Kini

yang berulang-alik antara Kuala Selangor dan Serdang. Perjalanan jauh diredah sabar.

Di antara kita juga ada yang menyelitkan kerja-kerja dakwah dalam jadual yang padat. Masih berpakaian kemeja yang berpeluh, mereka bergegas ke lokasi halaqah petang itu. Kesesakan lalu lintas mengajar mereka erti payah.

Ada pula ikhwah yang banyak merantau atas urusan dakwah. Lokasi jasadnya cepat berubah. Teman-temannya bersilih ganti. Siang dan malam keduanya medan amal yang sama sahaja baginya.

Kebebasan yang Dibenci

Sememangnya semua ikhwah memiliki alasan yang ‘cukup kukuh’ untuk lari daripada beban dakwah ini. Bebas daripada beban yang selama ini menghalang kita daripada bebas mengaut kemewahan Dunia yang fana.

Tanpa dakwah, kita akan bebas untuk berfoya-foya dengan masa dan harta yang dimiliki. Kita boleh bertungkus-lumus dalam mengaut kekayaan. Malah, kita akhirnya akan memiliki masa untuk dihabiskan bersama keluarga tercinta!

Erti kata lain, kita boleh jadi ‘manusia biasa’.

Namun begitu, bukan itu yang kita mahu. Bukan kebebasan sebegitu yang kita cari. Kebebasan itu bersifat sementara dan akan meninggalkan kita jua pada Hari Perhitungan kelak.

21

Mencari Hud Hud yang Kini

“Mereka menjawab: Wahai Tuhan kami, kami telah dikalahkan oleh sebab kecelakaan kami, dan dengannya kami jadi kaum yang sesat.

Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami dari neraka ini; kalau kami kembali lagi mengerjakan kufur, maka sesungguhnya kami orang zalim.

Allah berfirman: Diamlah kamu dengan kehinaan di dalam neraka, dan janganlah kamu berkata-kata memohon sesuatu kepada-Ku!”

Al-Mu’minun ayat 106-108

Tiada peluang kedua buat kita. Tidak sama sekali.

“Dan berilah amaran kepada manusia akan hari Kiamat yang mereka didatangi azab, maka orang yang zalim akan merayu dengan berkata:

Wahai Tuhan kami, beri tempoh buat kami hingga ke masa yang dekat, agar kami menyahut seruan-Mu, dan mengikuti para rasul itu.

Dikatakan kepada mereka: Tidakkah kamu telah bersumpah dahulu, bahawa keadaan kamu tidak akan mengalami sebarang perubahan?”

Ibrahim ayat 44

Kita tidak ingin menggumam kesal kelak.

“Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam Neraka, mereka berkata: Alangkah baiknya kalau kami dahulu taat kepada Allah

serta Rasul Allah!”

Al-Ahzab ayat 66

22

Mencari Hud Hud yang Kini

Atau merayu hina.

“Sekiranya engkau melihat ketika orang yang berdosa itu tundukkan kepala di hadapan Tuhan mereka sambil berkata: “Ya Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikan kami ke dunia agar kami mengerjakan amal saleh, sesungguhnya kami sekarang telah

yakin dan beriman.”

As-Sajdah ayat 12

Dengan izinNya, jelas bahwa kebebasan di mana kemewahan dan kesenangan Dunia dikaut sepenuh hati hanya membaca bencana kepada kita. Oleh itu, amat penting bagi kita mencari erti kebebasan yang sebenar. Kita hanya ada satu peluang. Hanya satu.

Pembebasan yang Sebenar-Benarnya

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT kita ucapkan atas  nikmat kurniaanNya. Sesungguhnya Islam telah membebaskan kita dengan sebenar-benarnya!

Dengan Islam, kita menjadi mulia dan tidak sesekali kita merasa hina kepada mana-mana hambaNya. Kita hanya mengenal satu Tuhan dan Dia adalah Raja Sekalian Alam. Hanya kepadaNya kita tunduk, dan hanya kepadaNya jualah kita memohon pertolongan.

Selain itu, dengan Islam, kita manfaatkan Dunia sebagai ladang meraih redhaNya. Kita kerah segala kudrat dan kreativiti kita demi melaksanakan amanah yang kita tanggung. Segalanya adalah

23

Mencari Hud Hud yang Kini

kerna dengan Islam, kita kenal Dakwah dan Tarbiah. Nikmat terbesar dalam kehidupan kita.

Kita tidak lagi terikat kepada mana-mana jahiliah yang hanya membinasakan kita di Dunia dan Akhirat. Kita tidak lagi tunduk dan akur kepada mana-mana penguasa mahupun konspirasi yang tujuan mereka hanya untuk menindas dan berlaku zalim.

Kita bebas, wahai anda. Kita bebas!

Bilal yang Tinggi

Lihatlah Bilal bin Rabah r.a. Sebelum Islam hadir, beliau tidak dipandang dan dilayan dengan mulia. Pada masyarakat di sekeliling, beliau hanyalah seorang hamba. Segalanya berubah dengan Islam.

Islam menyinari kehidupan para hamba di Mekah sekaligus menyebabkan maruah mereka bersinar keluar daripada susuk tubuh mereka. Berdirilah Bilal bin Rabah selaku seorang hamba kepadaNya yang memiliki jati diri yang utuh.

Bilal bin Rabah r.a. masih kekal sebagai hamba, tetapi jiwa dan hatinya telah terbang tinggi melangit sama sekali. Seksaan tuan beliau dihadapi sebagai hamba Tuhan Yang Maha Berkuasa. Ia tidak berganjak daripada akidah pegangannya. Ini selari dengan statusnya sebagai seorang yang merdeka jiwanya.

Atas keteguhan pegangannya kepada Islam,  Bilal r.a. telah mendapat tempat yang istimewa dalam kaum Muslimin. Allah telah

24

Mencari Hud Hud yang Kini

memuliakan nama Bilal beratus-ratus tahun selepas kematiannya. Hingga kini!

Walau di mana sahaja anda berada, anda boleh bertanya pada kanak-kanak di sana, siapakah Bilal?

InsyaAllah anda akan menerima jawapan yang sama:

“Bilal merupakan seorang muazzin yang pernah diseksa dengan batu besar di tengah panas terik agar ia meninggalkan Islam. Biarpun diseksa secara berterusan, beliau berpegang teguh pada agamanya dan seterusnya diberi ganjaran yang lumayan olehNya di Dunia dan di Akhirat.”

Ataupun anda akan dijawab dengan kenyataan bahwa Bilal adalah muazzin di masjid kampung halamannya. Alangkah beruntung beliau kerna muazzin merata Dunia diberi gelaran sebagai ‘bilal’.

Kemuliaan Bilal terserlah dalam peristiwa pembukaa Kota Mekah. Rasulullah SAW menyuruh Bilal naik ke bahagian atas masjid untuk mengumandangkan azan. Warga Mekah pasti terkejut melihat insan yang sebelum ini mereka perlekeh kerna status hambanya, kini adalah insan yang dimuliakan!

Betapa Islam telah membebaskannya!

Abu Dzar yang Mulia

Kita lihat pula kisah yang lagi satu, iaitu kisah insan hebat

25

Mencari Hud Hud yang Kini

yang bernama Abu Dzar al-Ghifari. Beliau datang dari suku Ghifar. Suku Ghifar adalah perompak yang sangat kejam hinggakan mereka hanya dikenali sebagai perompak. Rombongan pedagang yang berada di kawasan Ghiffar pasti dikerjakan.

Abu Dzar telah melalukan sesuatu yang menakjubkan pada ketika Islam baru sahaja mula berputik. Beliau bertemu dengan Nabi Muhammad SAW dan menyatakan hasratnya untuk memeluk Islam. Dengan perbuatannya itu, maka bermulalah bibit-bibit Islam meresap ke dalam suku Ghifar.

Pada suatu hari di Madinah, kelihatan satu barisan panjang sekumpulan manusia sedang menghampiri kota Madinah. Langkah rombongan itu mengepulkan debu yang banyak. Sekiranya bukan kerana takbir mereka yang bergema, pasti mereka disangka pasukan musuh yang datang menyerang Madinah.

Rombongan tersebut telah memasuki kota lantas menuju ke arah Masjid Nabawi dan kediaman Rasulullah SAW. Rombongan tersebut tidak lain dan tidak bukan adalah kabilah Ghifar dan Aslam.

Lelaki dan perempuan, anak-anak dan orang tua. Abu Dzar memimpin mereka Kesemua daripada mereka sudah pun memeluk Islam. Kaum yang selama ini dikenali sebagai perompak yang ditakuti, kini akan dikenali sebagai kaum pendukung kebenaran.

Ternyatalah Islam itu sifatnya membebaskan penganutnya daripada seburuk-buruk kejahilan dan memaksimakan potensi diri dalam memperjuang kemuliaan diri dan kebenaran.

26

Mencari Hud Hud yang Kini

Islam Pembebas Belenggu

Nah! Bukankah ini sesuatu yang luar biasa?

Dalam keadaan Dunia menyesakkan jiwa, Islam hadir dengan harapan. Islam mengembalikan kemuliaan dan kesucian kepada umat manusia. Tiada lagi manusia yang dipandang hina atau diperlekeh.

Seorang hamba menjadi seorang Bilal yang diingati zaman akan datang? Suku perompak akhirnya menjadi pendukung al-Haq? Siapa sangka?

Amatlah rugi sekiranya kita sekadar melihat kisah-kisah luar biasa ini dengan lagak seorang anak mendengar kisah sebelum tidur daripada sang bapa.

Amatlah rugi sekiranya catatan-catatan sejarah ini sekadar menjadi halwa telinga kita yang kemudiannya dilupakan sebelum dibangkitkan semula tatkala kita semakin mendekati Maulidur Rasul. Amat rugi sama sekali!

Seharusnya tauladan-tauladan ini menggoncang hati dan jiwa kita hingga semangat kita melonjak-lonjak keluar daripada tubuh kita. Seharusnya mereka yang terdahulu ini menjadi guru dan contoh yang kita perlu pelajari daripada dan juga teladani.

Bukankah mereka juga manusia sepertimana kita? Bukankah mereka juga memeluk agama yang sama? Bukankah al-Quran yang mereka imani adalah sama?

27

Mencari Hud Hud yang Kini

Maka, tidak mustahil untuk kita jadi seperti mereka!

Kita sebenarnya mampu melakukan perkara-perkara yang luar biasa. Bukanlah sepertimana yang anda lihat dalam filem-filem ‘superhero’ seperti Superman dan Spiderman yang bersifat mampu terbang ke hulu hilir, menembak sarang labah-labah dan bergayut dari bangunan ke bangunan.

Sebaliknya, kita semua mampu menjadi ‘superhero’ yang benar-benar teruji keikhlasannya dalam berjuang. ‘Superhero’ yang sekiranya diceritakan kisah kita kepada masyarakat, pastinya mereka akan terlopong dan bertanya,

“Benar-benar wujudkah manusia sebegini rupa?”

Superhero Benar-benar Wujud!

Pernahkah anda mendengar kisah seorang doktor yang tiba di hospital tempat ia bekerja seawal 5 pagi setiap hari? Atas tujuan apa ia ke sana begitu awal? Beliau mengejutkan kesemua pesakit tercinta untuk solat Subuh pada hari tersebut. Menakjubkan bukan?

Realitinya menjadi jauh lebih luar biasa kerna perjalanan dari rumah doktor tersebut memakan masa lebih kurang 1 jam. Setiap hari, beliau bertolak seawal 4 pagi. Maka, beliau bangkit daripada tilam yang empuk seawal 3 pagi bagi melaksanakan ibadah malamnya dan juga bersiap untuk kerja.

Sekiranya masyarakat mendengar kisah ini, pasti hati mereka

28

Mencari Hud Hud yang Kini

terdetik, “Bagaimana mungkin insan sebegini mulia wujud?”

Formula melahirkan manusia sebegitu rupa adalah formula yang sama sepertimana yang telah digunakan untuk melahirkan Abu Dzar al-Ghiffari! Abu Dzar tidak akan mampu membawa kaumnya memeluk Islam melainkan dengan usaha yang gigih dan penuh sabar.

Begitu juga dengan kita. Tangga menuju kejayaan dipenuhi dengan tuntutan pengorbanan. Kita tidak boleh bersikap sambil lewa dalam bekerja demi Ummah. Sebaliknya, kita perlu gigih bekerja demi umat agar cahaya Islam berjaya menyinari setiap rumah di Dunia ini. Bukankah kita mencintai umat manusia keranaNya? Maka agenda menyampaikan risalah kebenaran ini adalah mustahak!

Pernahkah anda cuba atau terasa ingin membawa sahabat anda ke arah Islam? Satu-satunya cara untuk berjaya mendekatkannya kepada Islam adalah melalui usaha dan pengorbanan anda? Itu baru seorang. Bayangkan pula jasa Abu Dzar yang berjaya mengislamkan seluruh kaumnya yang jauh lebih ganas dari sahabat anda itu!

Bagi saya, Abu Dzar dan doktor tersebut adalah ‘superhero’ yang benar-benar wujud, subhanAllah! Apakah formula yang mampu menghasilkan susuk-susuk tubuh sebegini rupa?

Formula ini tidak khusus untuk mereka yang hidup pada zaman Rasulullah SAW, tetapi formula ini terus berkesan buat ratusan tahun akan datang juga.

Jawapannya adalah TARBIAH.

29

Mencari Hud Hud yang Kini

Tarbiah Membebaskan Kita

“Tarbiah bukan segala-galanya, tetapi segala-galanya bermula dengan tarbiah.”

Almarhum Sheikh Mustafa Masyhur

Benarlah kata Sheikh. Segalanya bermula dengan tarbiah. Malah kebersamaan kita berdua di jalan dakwah ini setelah sekian lama juga adalah kerna sentuhan tarbiah. Boleh jadi juga satu-satunya sebab anda sedang membaca nukilan ini adalah kernanya.

Tarbiah mengajar kita untuk memaksimakan potensi diri kita untuk dimanfaatkan di jalan dakwah. Kita berterusan memperbaiki diri dan menuntut ilmu serta menguasai kemahiran baru supaya kita berada di barisan terkehadapan dalam apa jua bidang.

Tidak. Kita tidak akan sesekali memilih kemunduran dalam apa jua aspek kerna ini bertentangan dalam ajaran kita. Imam Hassan al-Banna mengulas perihal ini dalam risalahnya, ‘Wahai Pemuda’:

“Sebenarnya, angkatan Islam mengisytihar saban waktu bahawa seorang muslim itu mesti menjadi pemimpin dalam semua perkara.

Mereka tidak berpuas hati selagi tidak memimpin, bekerja, dan berjuang serta mendahului orang lain dalam segalanya, baik dalam bidang ilmu pengetahuan, kekuatan, kesihatan, dan juga kekayaan.

Perlu disebut bahawa semua jenis kemunduran dalam sesuatu bidang adalah merosakkan fikrah perjuangan kita dan juga menyalahi

30

Mencari Hud Hud yang Kini

pula ajaran ugama kita.”

Jelas, tepat dan padu. Lenyaplah sudah segala alasan untuk bersikap ala kadar dalam perjuangan di medan amal masing-masing. Imam Hassan al-Banna telah menyambung,

“Walau bagaimanapun, kita menolak fahaman materialisma yang menimpa umat manusia. Fahaman itu membuat mereka hidup untuk diri sendiri (individualistik) dan mendorong mereka mengguna segala kemudahan semula jadi, masa dan tenaga ke arah kehebatan diri sendiri semata-mata.

Mereka tidak akan memberi manfaat kepada orang lain walau sekecil-kecil khidmat sekalipun malah ia tidak akan mengambil tahu perihal umatnya. Sedangkan Nabi saw telah bersabda: “Sesiapa yang tidak menghiraukan urusan umat Islam maka dia bukanlah daripada mereka.”

Kita boleh simpulkan bahwa tujuan mengejar kecemerlangan dalam urusan Dunia adalah bagi memberi manfaat kepada Ummah. Fahaman individualistik dan materialistik kita tolak tanpa sebarang kompromi. Pada masa yang sama, kita juga menolak fahaman “Islam melarang kemajuan dan kecemerlangan.”

Sesungguhnya semangat dan keinginan kuat untuk menjadi yang terbaik adalah penting agar gerak kerja dakwah semakin efektif dari semasa ke semasa.

Perihal memaksimakan potensi diri dalam berdakwah juga disebut oleh Dr. Hamman Said dalam dalam bab keempat bukunya

31

Mencari Hud Hud yang Kini

yang berjudul ‘Asas-asas Berdakwah’:

“Bagi memastikan seorang pendakwah mencapai al-Balaagh, Daie tersebut hendak menggunakan kaedah yang dapat menyingkap mesej yang ingin disampaikan agar proses dakwahnya berlaku dengan pantas.

Para pendakwah perlu berbicara dengan manusia menggunakan bahan bantuan seperti gambar, filem, peta, peta minda, ilustrasi, pengembaraan yang bermotif, kisah-kisah, analogi-analogi, puisi serta mengenai makhluk-makhluk Allah SWT dan keajaiban ciptaannya.”

Kebebasan yang kita peroleh melalui tarbiah adalah istimewa. dan bukanlah kebebasan yang remeh atau membinasakan. Sebaliknya, kebebasan yang dimaksudkan adalah kebebasan daripada belenggu kehinaan menuju kemuliaan dan juga perhambaan terhadap manusia kepada perhambaan hanya pada Allah yang Maha Esa.

Kita dituntut menjadi hebat agar kebebasan itu milik Ummah. Segala ilmu dan kemahiran yang melajukan gerak kerja dakwah ini perlu kita mahiri. Manakala sikap-sikap dan tabiat yang melambatkan proses penyampaian risalah kebenaran pula perlu dikikis dan dinyah hingga ke sisa-sisa yang terakhir.

Tugas Kita Duat

Tarbiah adalah jalan yang jelas hala tujunya dalam melahirkan individu-individu yang bersiap sedia berjuang dan berkorban dengan jiwa dan harta mereka. Tarbiah mencungkil dan membuat kebolehan mereka bercahaya lebih terang dari sinar matahari yang menarik umat

32

Mencari Hud Hud yang Kini

manusia daripada kegelapan menuju keindahan Syurga.

Tiada ruangan yang membenarkan para Daie lari mahupun menolak kewajipan memanfaatkan kemahiran dan bakatnya di jalan dakwah. Setiap Daie wajib memiliki kemampuan mempengaruhi mereka di sekeliling atau ia hanya tertipu dengan amalnya yang tidak memberi faedah baik kepada diri mahupun masyarakat.

Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna Daie itu perlu memperoleh hasil daripada usaha dakwahnya. Akhirnya, hidayah itu tetap adalah urusan Allah SWT sepertimana firmanNya,

“Sesungguhnya kamu tidak dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang

yang mendapat petunjuk.”

Al-Qasas ayat 56

Jadilah seperti Hud Hud yang berani dan bersemangat dalam mengajak hamba-hamba Allah tunduk hanya kepadaNya. Ia berusaha dan menyerahkan hasilnya kepada Allah. Kita sudah tahu hasil usaha Hud Hud.

Langkah pertama menuju kejayaan adalah merasa yakin akan kemuliaan dan keistimewaan kita selaku individu yang dipilih Allah SWT. Kita perlu merasa tinggi dalam apa jua keadaan dan kita tidak boleh sama sekali merasa diabaikanNya.

Hanya mereka yang meyakini bahwa mereka adalah khalifah

33

Mencari Hud Hud yang Kini

yang dilahirkan di muka Bumi bagi menegakkan keadilan dan rahmat, akan bekerja keras dan berusaha dengan sungguh-sungguh. Sungguh, tiadalah yang mulia akan mengerjakan perkara yang sia-sia.

Maka, dabiklah dadamu, wahai mujahid.

Allah bersama kita.

“Saudaraku, apakah yang akan berlaku,sekiranya engkau jemu untuk berjuang?

Dan engkau melemparkan dari bahumu,segala senjata-senjata?

Siapakah yang akan mengubati luka para tentera,yang cedera di medan peperangan?

Dan siapa pula yang akan,mengangkat kembali bendera kita?”

Syed Qutb

35

InsyaAllah kebanyakan daripada kita di sini mengenali ijazah atau lebih dikenali masyarakat sebagai “degree”. Sijil itu merupakan salah satu aspek penting dalam kehidupan kita semua baik secara langsung mahupun tidak. Boleh jadi, kita atau kenalan kita sedang menuntut di insitusi pengajian untuk mendapatkannya. Ijazah adalah sesuatu yang kita pasti pernah mendengar kewujudannya.

Dalam nukilan ini, tiadalah saya akan menyentuh perihal manfaat atau keburukan ijazah. Begitu juga dengan perbincangan mengenai penyalahgunaan dan kesalahan dalam memahami tujuan mendapatkan ijazah dalam kalangan mahasiswa. Apatah lagi tips-tips hendak berjaya di universiti.

Sebaliknya, ijazah akan digunakan sebagai analogi dalam nukilan yang ini, insyaAllah. Moga Allah jauhkan diri ini dari apa jua kepentingan yang membinasakan melalui nukilan.

Bismillah.

PhD Dakwah

36

Mencari Hud Hud yang Kini

Kenapa Ijazah?

Saya sering bertanya kepada para sahabat:

“Kenapa anda inginkan ijazah?”

Boleh dikatakan ramai yang memberi jawapan bahwa ijazah merupakan keperluan dalam mendapatkan pekerjaan. Hal ini adalah benar, Alhamdulillah. Ijazah adalah keperluan minima mendapatkan pekerjaan di syarikat-syarikat besar.

Hampir semua yang memiliki ijazah mampu mendapatkan pekerjaan selepas graduasi. Dengan syarat, dia perlu berusaha. Cuma mungkin pekerjaan yang diperoleh tidak menepati cita-citanya tika kecil dahulu.

Kesimpulan yang hendak ditegaskan:

“Fungsi ijazah adalah bagi mendapatkan pekerjaan.”

Apa Itu PhD?

PhD ialah “doctor of philosophy” atau bahasa Malaysianya, “doktor falsafah.” PhD merupakan pencapaian akademik yang tinggi. Sekiranya anda memiliki PhD, anda layak dihormati kerna hasil kerja anda berkualiti tinggi.

Proses mendapatkan PhD adalah sukar dan dijauhi ramai. Bilangan pemegang PhD yang jauh lebih sedikit berbanding pemilik

37

Mencari Hud Hud yang Kini

ijazah menjadi bukti kasar.

Degree versus PhD

InsyaAllah, hasil daripada penjelasan kedua-dua pencapaian akademik ini di awal nukilan, kita mampu membuat perbandingan ringkas bagi memudahkan penyampaian mesej selepas ini.

1) Prestij

Prestij adalah penghormatan yang diperoleh kerna kejayaan, nama baik dan prestasi kita. Prestij adalah martabat dan kemegahan. Sekiranya hendak dibuat perbandingan antara Degree dan PhD, sudah semestinya PhD adalah jauh lebih berprestij dan posisi pemegang PhD dalam masyarakat adalah lebih tinggi.

2) Kepakaran

Pemegang PhD adalah pakar dalam bidangnya. Hal ini kerana mereka telah melalui proses pengajian yang lebih panjang. Selain itu, mereka telah membuat kajian intensif dan juga membuat tesis yang komprehensif sebelum layak menerima PhD tersebut.

Di Mana Kita?

Barangkali anda tertanya-tanya mengapa saya menjelaskan setiap satu malah membuat perbandingan antara keduanya. Apakah motif saya? Apakah yang saya ingin sampaikan? Analogi apakah yang hendak saya bentangkan?

38

Mencari Hud Hud yang Kini

Sejak kebelakangan ini, saya kerap memikirkan cara-cara hendak meningkatkan lagi semangat para pemuda agar bergerak lebih laju dan hebat di jalan dakwah. Saya tercari-cari apakah kaedah yang paling sesuai bagi menerangkan kepentingan kita menghayati dan mengkaji setiap gerak kerja dakwah kita.

Maka muncullah analogi ini Alhamdulillah.

Dalam dunia akademi dan pekerjaan, kita memasuki institusi pengajian pada usia yang muda (sekitar 18-20 tahun) dengan harapan berjaya memperoleh ijazah. Selepas itu, secara lumrahnya, kita akan bekerja pula. Itu adalah set pemikiran individu yang normal.

Begitu juga dengan dakwah. Kita bermula dengan melalui proses tarbiah (belajar) sebelum kita pula mentarbiah (bekerja). Ini juga adalah set pemikiran ikhwah yang normal.

Masalahnya adalah: kita tak nak jadi normal! Kita nak jadi luar biasa. Kita nak jadi hebat. Kita nak jadi mulia. Tidak sama sekali akan kita terima kedudukan yang sederhana di sisi Allah. Sasaran kita adalah darjat yang tertinggi di sisiNya!

Oleh kerana itulah, kita akan mencari kaedah yang membawa kita ke arah itu. Kita akan berlumba-lumba. Kita akan sibuk bertanya pada diri kita, “Bagaimana, bagaimana, bagaimana hendak menjadi lebih mulia lagi di sisi Allah?!”

Salah satu tujuan utama kita dibina oleh murabbi adalah supaya kita pula membina orang lain. Erti kata lain, kita pula menjadi

39

Mencari Hud Hud yang Kini

murabbi. Sesungguhnya, murabbi yang baik adalah murabbi yang melahirkan murabbi yang lebih baik. Natijahnya, barisan mujahid akan sentiasa menjadi lebih hebat pada setiap generasi.

Boleh dikatakan graduasi ikhwah adalah apabila ia menjadi seorang murabbi. Ini ibarat perpindahan dari alam pengajian menuju alam pekerjaan. Alhamdulillah, ramai ikhwah yang ‘berijazah’ dalam Dakwah dan Tarbiah.

Namun begitu, itu adalah perkara normal. Kita sememangnya sudah ada ramai murabbi yang ‘berijazah’ dan kita tergolong dalam golongan tersebut Alhamdulillah. Itu adalah sesuatu yang sudah pun kita bercapai dengan izinNya.

Oleh itu, soalan kritikal yang perlu diajukan sekarang adalah:

“Apa seterusnya?”

Jom Ambil PhD!

Pada zaman awal-awal kita menerima tarbiah, kita sekadar mengambil apa sahaja yang diberikan kepada kita. Kita membaca buku fikrah, sirah Nabi dan para Sahabat, serta tafsir al-Quran. Kita memahaminya kemudian menyimpannya rapi di dalam benak otak kita. Kemudian, kita manfaatkannya dalam membina mutarabbi kita.

Ianya serupa seperti transisi antara zaman pengajian dan pekerjaan kita. Kita menyedut ilmu dalam tempoh pengajian kita, kemudian di alam pekerjaan, kita memanfaatkannya.

40

Mencari Hud Hud yang Kini

Perbuatan ini tidak salah. Tidak sama sekali. Perkara yang ditekankan adalah aspek “ambil dan guna.” Kita sekadar mengambil ilmu, kemudian kita guna. Hanya itu. Tanpa sebarang improvisasi, atau kajian. Hasilnya adalah tiada kemajuan dalam dakwah melainkan pertambahan angka sahaja.

Tapi kita bukan nak jadi manusia biasa sahaja kan? Bagaimana jika kita hendak mendapatkan PhD dalam Dakwah dan Tarbiah?

Kita tidak boleh sekadar mengambil ilmu, sebaliknya kita juga mengkaji. Perihal inilah yang saya tekankan. Kepentingan meneroka, keperluan mencipta dan kewajipan membuat kajian. Bukan sekadar ambil dan sumbat dan bukan sekadar masuk kemudian keluar.

Dakwah ini tidak akan berkembang jika para pendukungnya mengamalkan sikap ‘mengambil tanpa memberi’. Sekadar berkongsi ilmu yang diperoleh tidak memadai untuk dikatakan cukup memberi.

Kita mengambil hasil kajian ikhwah yang terdahulu. Mereka meneroka, mengkaji, memperbaharui dan mencipta berdasarkan ilmu yang diperoleh daripada golongan yang hadir sebelum mereka. Maka secara logiknya, kita juga perlu berbuat sedemikian. Barulah setaraf pemberian dan pengambilan kita.

Inilah yang saya maksudkan dengan kita mengambil PhD, yakni dengan menyelesaikan program ijazah kita (melengkapkan ilmu-ilmu dan kemahiran asas) kemudian melaksanakan kajian dan penciptaan serta menghasilkan tesis-tesis yang dimanfaatkan oleh mereka sezaman dengan kita dan juga generasi akan datang.

41

Mencari Hud Hud yang Kini

Perubahan Dunia dan Isinya

Peredaran masa tidak akan pernah berhenti melainkan ditetapkan Allah sebegitu rupa. Kita selaku manusia akan berterusan menimba ilmu dan pengalaman yang berbagai rupa secara langsung dan tidak langsung.

4 September 1998 1 Ogos 2003 3 Februari 2004 14 Februari 2005 21 Mac 2006 6 Oktober 2010

: Google: Myspace: Facebook: Youtube: Twitter: Instagram

Beberapa tahun yang lepas, kita belum mengenali medan amal yang sifatnya seperti Facebook, Youtube, Twitter mahupun Blog. Kita juga tidak mengenali sebarang medan perkongsian bahan-bahan seperti Dropbox dan Soundcloud.

Kemunculan media sosial banyak mengubah corak kehidupan manusia sejagat. Antaranya adalah budaya menceritakan perihal diri kepada seluruh dunia melalui status-status di Facebook dan kicauan di Twitter. Selain itu, budaya-budaya seperti ‘selfie’ merebak laju hasil timbunan budaya dan media sosial yang wujud sebelumnya.

Kita juga boleh melihat perubahan corak peperangan secara halus dan terang-terangan. Kenyataan-kenyataan rasmi kini boleh dilakukan di Facebook, Twitter, Youtube dan Wordpress. Tambahan pula, surat khabar versi moden boleh dipelopori oleh sesiapa sahaja yang bersedia untuk mencari bahan-bahan perkongsian.

42

Mencari Hud Hud yang Kini

Begitu juga perihalnya filem-filem. Youtube telah membuka jalan kepada para penggiat memaparkan karya mereka tanpa sebarang tapisan kepada masyarakat awam. Ini membawa implikasi sesiapa saja dibenarkan menyebarkan fikrahnya.

Barangkali anda memandang hala tuju Ummah dengan hanya sebelah mata. Walau bagaimanapun, anda perlu segera sedar bahwa mereka yang menentukan bentuk Dunia Media merupakan pencorak pemikiran anak-anak anda. Situasinya menjadi lebih parah jika anda menyajikan mereka video Youtube tanpa sebarang pengawasan!

Perkara yang saya ingin ketengahkan melalui kemunculan fenomena-fenomena baru itu adalah impaknya pada Ummah dalam jangka masa panjang. Fenomena ini bukanlah sesuatu yang hadir dan pergi begitu sahaja, sebaliknya meninggalkan kesan yang mendalam dan menjadi penentu kepada generasi seterusnya.

Oleh itu, amatlah penting bagi kita mengambil tampuk pimpinan arus pemodenan ini dan mengarahkannya ke arah dakwah ila Allah. Hal ini adalah kerana setiap satu perbuatan, keputusan dan pengorbanan kita akan menentukan posisi kita di jalan dakwah ini. Setiap satu daripadanya bermakna dalam usaha menyelamat ummah.

Amal Kita Tidak Sia-sia

Syed Qutb mengupas perihal natijah kehadiran Islam ke atas manusia melalui karyanya ‘Haza Ad-Deen (Inilah Islam)’ bab ‘Aset Pengalaman’. Beliau kemukakan idea ini dalam beberapa petikan yang padu dan tepat.

43

Mencari Hud Hud yang Kini

“Sejarah ini tidak pupus tanpa meninggalkan warisan buat generasi seterusnya sepertimana yang berlaku sebelum ini. Tidak mungkin pupus sama sekali kerna itu bukan sunatullah dalam hidup manusia. Manusia akan kekal sebagai manusia. Tubuh manusia adalah tubuh yang hidup, melalui banyak pengalaman dan mampu menyimpan banyak maklumat.

Walau banyak mana timbunan jahiliah yang menimbus sifat kemanusiaannya, walau betapa banyak ia melalui saat kegelapan. Namun, aset pengalaman ini masih kekal tersimpan bahkan telah menjadi sebati dalam tubuhnya!”

“Akhirnya segala unsur ini (yang dibawa Islam) dikenali oleh hampir seluruh msyarakat dunia selama lebih seribu tiga ratus tahun. Walaupun tidak dikenali melalui pengalaman dan amalan, Islam dikenali melalui kajian dan analisa.

Segala unsur ini tidak lagi asing kepada manusia. Tidak seperti ketika kali pertama diperkenal lantas ditolak keras!”

“Boleh dikatakan bahawa perubahan dibawa agama ini terserlah di muka bumi dan tertanam dalam kehidupan umat manusia. Agama ini meninggalkan kesan terhadap kehidupan manusia. Walaupun berbeza tahapannya, tetap ada.

Secara langsung ataupun tidak, semua arus perdana dalam sejarah pasti menimba pengalaman daripada peristiwa hebat ini atau lebih tepat, fenomena alam yang hebat ini.”

44

Mencari Hud Hud yang Kini

Barisan pejuang Islam yang terdahulu berjaya mempengaruhi budaya dan gaya hidup masyarakat dari zaman mereka hinggalah kini. Tiada yang terlepas daripada terkena tempias gelombang reformasi yang dibawa mereka. Mengapa tidak kita jua?

Kita mampu melakukan perkara yang sama kerna kita jua mengangkat panji perjuangan yang serupa seperti mereka. Dengan izin Allah, kita berupaya mencorak pemikiran dan kehidupan Ummah menuju keamanan dan keadilan. Setiap perbuatan yang kita lakukan sekarang pasti akan membuahkan hasil dalam rentang sejarah yang akan berterusan hingga hari Kiamat!

Namun begitu, kejayaan kita hanya datang sekiranya dibayar dengan harga yang tinggi. Kita dituntut agar mengorbankan jiwa dan harta kita sepenuhnya di jalan dakwah. Kita perlu bekerja demi Islam dengan bersungguh-sungguh hingga ke nafas yang terakhir.

Sungguh, kita mampu memaksimakan manfaat teknologi di jalan dakwah ini. Tidak mustahil bagi kita menjadi pelopor dan penunjuk arah kepada generasi kini dan seterusnya dalam menelusuri era baru ini.

Kita perlu menjadi pakar dalam bidang dakwah zaman moden. Kajian perlu dilakukan dan begitu juga dengan penerokaan. Kita perlu memerhati dan meneliti tabiat Ummah yang dipengaruhi media sosial. Kemudian, kita wajib mencipta kaedah-kaedah dakwah yang baru dan lebih efisyen dalam menyentuh hati-hati mad’u.

Ya, kita SEMUA perlu mengambil PhD!

45

Mencari Hud Hud yang Kini

Resolusi Kita

Kesungguhan dan semangat untuk meniup inovasi ke dalam kaedah dakwah perlu dipupuk murabbi. Budaya menulis hasil kajian atau tesis dakwah dan membentangkannya perlu digiatkan agar lebih ramai murabbi menerima manfaatnya sekaligus mempercepat proses pembinaan mad’u.

Buku ini tidak akan menampilkan sebarang contoh-contoh kajian yang perlu dilakukan. Sebaliknya menjadi tanggungjawab kita bersama untuk melaksanakannya. Lihatlah di sekeliling kita, catitlah perjalanan dakwah kita dan kemudian kajinya. Cari ruang-ruang yang boleh diinovasikan demi kemajuan walau hanya secubit besarnya.

InsyaAllah, kita boleh temui peluang-peluang sebegitu dalam amalan yang diulang-ulang atau diperturun. Bedahlah kitab-kitab yang telah ditulis dan hadamkan cara kajian dilakukan oleh penulis berkenaan.

Kunci kejayaan kita dalam mendapatkan PhD dan menjadi pakar Dakwah adalah kesungguhan dan sikap tidak mengenal putus asa. Moga dengan usaha ini, kita akan terlalu sibuk dengan perihal Ummah laksana susuk tubuh yang dirindui Imam Hassan al-Banna:

“Sesungguhnya aku amat merindui seorang pemuda yang tidak tidur lena kerana memikirkan masalah ummah.”

P.s. Jangan disangka ambil PhD itu mudah ya!

Nota khas daripada penulis:

Assalamulaikum.

E-Book ini adalah satu idea khas bagi saya menyambut hari terakhir Ramadhan dengan kebaikan. Saya berharap agar usaha ini membuahkan hasil yang lumayan buat diri saya di sisi Allah SWT.

InsyaAllah pada 31 Ogos 2015, saya bakal menerbitkan buku Mencari Hud Hud yang Kini Edisi Wanita.

Saya akan kupas isi-isi MHH berdasarkan pemahaman, pengalaman dan juga pengetahuan yang saya peroleh sejak hari pertama MHH diterbitkan. InsyaAllah edisi khas itu akan memuatkan banyak gaya penyampaian dan perkongsian baru.

Oleh itu, setiap idea, pendapat, ilmu dan cadangan anda sangat saya hargai. Maklum balas anda membolehkan buku tersebut menjadi buku yang berkualiti tinggi!

Anda tinggalkan REVIEW di HAS Valley.

KLIK: Mencari Hud Hud yang Kini

Yang Benar,

Afiq Sazlan.